universiti teknologi malaysia - fp.utm.my€¦ · arus”, “aruhan elektromagnet”,...

22
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI KEELEKTROMAGNETAN, FIZIK TINGKATAN LIMA BERASASKAN PENDEKATAN KONSEPTUAL MELALUI VISUAL SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya HALIMATUN SAADIAH BINTI HELL MEE (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ______________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 20, JALAN SRI DAMAK 53, EN. SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH TAMAN SRI ANDALAS, Nama Penyelia 41200 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh: 10 NOVEMBER 2008 Tarikh: 10 NOVEMBER 2008 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 14-Sep-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI KEELEKTROMAGNETAN, FIZIK TINGKATAN LIMA BERASASKAN PENDEKATAN KONSEPTUAL MELALUI VISUAL

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya HALIMATUN SAADIAH BINTI HELL MEE

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ______________________________ ________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 20, JALAN SRI DAMAK 53, EN. SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH TAMAN SRI ANDALAS, Nama Penyelia 41200 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh: 10 NOVEMBER 2008 Tarikh: 10 NOVEMBER 2008

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penyelia : ENCIK SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH

Tarikh : 10 NOVEMBER 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

i

PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI KEELEKTROMAGNETAN, FIZIK TINGKATAN LIMA BERASASKAN

PENDEKATAN KONSEPTUAL MELALUI VISUAL

HALIMATUN SAADIAH BINTI HELL MEE (SPP)

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

November 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelas sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penyelia : HALIMATUN SAADIAH BINTI HELL MEE

Tarikh : 10 NOVEMBER 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

iii

DEDIKASI

Buat ayahanda HELL MEE BIN HASHIM tercinta, Buat bonda ZAMILAH BINTI ZAINUL RASHID tersayang,

Teristimewa ENCIK SHAHARUDDDIN BIN MD SALLEH,

tanpa lelah memberi tunjuk ajar,

Buat teman-teman, Ila, El, Along, dan Eniey,

Bersama susah dan senang, Tidak dilupai Huda, Safrah, Pae, Yam, Ani, Hanim,

Terima kasih di atas sokongan anda.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,

Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan

buku ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Terima kasih yang amat terhingga kepada kedua orang tua saya yang telah mendidik

dan mengasuh saya sehingga ke hari ini dalam keta'atan kepada Allah s.w.t.

Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada

Encik Shaharudddin Bin Md Salleh, selaku penyelia projek ini, kerana bimbingan

dan teguran yang sangat berharga semasa membuat projek ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan dari seperjuangan yang turut

sama memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan projek ini.

Saya juga terhutang budi kepada Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Pusat Sumber,

Fakulti Pendidikan, UTM atas kerjasama yang diberi kepada saya semasa

menjalankan projek.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Juhazren bin Junaidi dan

Encik Johari Hassan kerana sanggup berkorban meluangkan masa untuk menyemak

dan menilai hasil projek saya ini.

Akhir sekali kepada sekalian Muslimin dan Muslimat yang telah membantu

menjayakan projek ini.

Sekian, terima kasih.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

v

ABSTRAK

Bahan pembelajaran yang bermutu merujuk kepada bahan yang dibina berdasarkan

sukatan mata pelajaran bagi mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Lima. Dan

penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

amat diperlukan bagi mengatasi masalah ketidaksesuaian bahan P&P. Kajian yang

dilakukan merangkumi pembinaan dan penilaian terhadap sebuah Modul

Pembelajaran Kendiri (MPK) Keelektromagnetan bagi mata pelajaran Fizik KBSM

tingkatan Lima. Model yang digunakan untuk MPK ini adalah Model Meyer. MPK

Keelektromagnetan ini meliputi lima topik besar iaitu “Kesan magnet yang

disebabkan oleh konduktor membawa arus”, “Daya magnet ke atas dawai membawa

arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran”

berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik Kementerian Pendidikan Malaysia tahun

2006. MPK ini digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi guru fizik dan pelajar

aliran Sains tingkatan 5. Pendekatan secara konseptual dan visual diterapkan dalam

pembangunan ini. Alat pengarangan yang digunakan dalam perisian ini ialah Adobe

PageMaker 7.0 dan Microsoft Word. Melalui MPK ini, diharapkan guru dan pelajar

dapat meningkatkan penghayatan, penguasaan dan prestasi pelajar-pelajar dalam

mata pelajaran Fizik.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

vi

ABSTRACT

The quality of teaching and learning materials which refer to Huraian Sukatan

Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Lima and emphasize the involve of the students is

needed to overcome the problem of the unsuitable teaching and learning materials.

The study of this research extracted learning material of Form Five Physics KBSM,

incorporated the design and evaluation of one Electromagnetisme Self Instruction

Module (SIM). This study had also utilized the Model Meyer. Electromagnetisme

SIM covers subtopics which are “Magnetic effect of a current carrying conductor”,

“The force on a current carrying conductor in magnetic field”, “Electromagnetic

induction”, “Transformers”, and “Generation And Transmission” based on Physics

syllabus by Ministry of Education year 2006. This SIM is used as a teaching aid, for

Physics teacher and for Form Five Science Students. These module developments

use a Conceptual and visual theory. This SIM is being developed using Adobe

PageMaker 7.0 and Microsoft Word. Through this SIM, it is hoped that teachers and

students can level up their ability and achievement in Physics.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang 2

1.3 Pernyataan Masalah 2

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Objektif Modul 6

1.6 Kepentingan Projek 7

1.6.1 Kepentingan Kepada Pelajar 7

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

viii

1.6.2 Kepentingan Kepada Guru 8

1.6.3 Kepentingan Kepada Sekolah dan

Kementerian Pendidikan 9

1.7 Skop Projek 9

1.8 Rasional Pemilihan Tajuk 10

1.9 Definisi Istilah 11

1.9.1 Modul 11

1.9.2 Pengguna 12

1.9.3 Keelektromagnetan 12

1.9.4 Pembelajaran Akses Kendiri 12

1.9.5 Bahan Pembelajaran 13

1.9.6 Kaedah Visual 13

1.10 Penutup 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Permasalahan Keelektromagnetan 16

2.2.1 Pelajar Tidak Memahami Konsep Litar

Lengkap 17

2.2.2 Miskonsepsi 17

2.2.3 Pelajar Mengetahui tetapi Tidak Memahami 18

2.3 Takrifan Pembelajaran 19

2.3.1 Teori Pembelajaran Kognitif 20

2.3.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 25

2.3.3 Teori Pembelajaran Neurosains 27

2.4 Pendekatan Pembelajaran 28

2.4.1 Pembelajaran Akses Kendiri 28

2.4.2 Pembelajaran Visual 29

2.4.3 Kemahiran Berfikir 31

2.4.3.1 Mengkonsepsi 31

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

ix

2.4.3.2 Menyelesaikan Masalah 32

2.4.3.3 Membuat Keputusan 34

2.4.4 Pembelajaran Kreatif 35

2.4.4.1 Pemetaan Konsep 35

2.4.4.2 Penulisan Naratif 36

2.4.5 Pembelajaran Kontekstual 37

2.5 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran 39

2.5.1 Modul Pembelajaran Kendiri 40

2.5.2 Tradisi 41

2.5.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer 42

2.5.3.1 CD-ROM 42

2.5.3.2 Web 43

2.6 Model-model Pembinaan Modul 43

2.6.1 Model Teras Cabang 44

2.6.2 Model Meyer 46

2.6.3 Model Klingstedt 47

2.7 Kajian Pembelajaran Sains 49

2.7.1 Kajian Kemahiran Proses Sains 49

2.7.2 Kajian Gaya Pembelajaran Sains 50

2.7.3 Kajian Penilaian Sains 51

2.8 Penutup 51

3 REKA BENTUK PROJEK

3.1 Pengenalan 52

3.2 Tajuk Modul 52

3.3 Reka Bentuk PPM 53

3.3.1 Fasa Analisis 54

3.3.1.1 Penentuan Butir-butir Diri 55

3.3.1.2 Penentuan Gaya Pembelajaran

Pengguna 55

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

x

3.3.1.3 Penentuan Keperluan Modul 55

3.3.1.4 Penentuan Kandungan Pelajaran 56

3.3.1.5 Penentuan Matlamat Pembelajaran 56

3.3.2 Fasa Reka Bentuk 56

3.3.2.1 Pembentukan Objektif Modul 57

3.3.2.2 Pemilihan Teori, Pendekatan,

Strategi, dan Kaedah Pembelajaran 57

3.3.2.3 Rancang Aktiviti Pembelajaran

Dalam Modul 58

3.3.2.4 Penentuan Alat Penilaian Dalam

Modul 58

3.3.2.5 Tinjauan Semula Bahan-bahan

Modul 58

3.3.3 Fasa Pembangunan 61

3.4 Rangka Kerja Keseluruhan 61

3.5 Penutup 62

4 PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN

KENDIRI (MPK)

4.1 Pengenalan 63

4.2 Cara Penggunaan MPK 63

4.3 Reka Bentuk MPK 65

4.3.1 Muka Depan 65

4.3.2 Tujuan dan Matlamat 66

4.3.3 Senarai Kemahiran Prasyarat 66

4.3.5 Senarai Objektif 67

4.3.6 Pra-ujian 68

4.3.7 Aktiviti Pembelajaran 69

4.4 Penutup 70

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

xi

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan 71

5.2.1 Kekuatan dan Kelemahan Modul 71

5.2.1.1 Kekuatan MPK 72

5.2.1.1.1 Rujukan 72

5.2.1.1.2 Manfaat kepada guru 73

5.2.1.1.3 Manfaat kepada pelajar 73

5.2.1.2 Kelemahan MPK 73

5.2.1.2.1 Persembahan Nota 73

5.2.1.2.2 Penyusunan isi

kandungan 74

5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa proses

pembangunan MPK 74

5.3.1 Kekurangan kemahiran 74

5.3.2 Kekangan Kewangan 74

5.4 Cadangan-cadangan Penambahbaikan 75

5.4.1 Pemfokusan Tema MPK 75

5.4.2 Pengayaan 75

5.5 Penutup 76

BIBLIOGRAFI 77

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

xii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Peringkat Kognitif 24

2.2 Langkah Mengkonsepsi dan KBKK utama. 32

2.3 Langkah Penyelesaian Masalah dan KBKK

utama.

33

2.4 Pelaksanaan langkah membuat keputusan

dan KBKK utama.

34

2.5 Komponen Utama Model Teras-Cabang 44

2.6 Fasa Pemulihan dan Fasa Penggayaan 45

2.7 Model Meyer 46

2.8 Model Klingstedt 48

3.1 Komponen-komponen Model Meyer 60

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

xiii

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK

MUKA

SURAT

1.1 Teori Kecerdasan Pelbagai 14

2.1 Perbandingan perkembangan antara teori

atom dan teori pembelajaran

20

2.2 Penulisan Naratif 37

3.1 Model RELAD 53

3.2 Fasa Analisis 54

3.3 Fasa Reka Bentuk 57

3.4 Rangka Kerja 61

4.1 Muka Depan 65

4.2 Tujuan Dan Matlamat 66

4.3 Kemahiran Pra-syarat 67

4.4 Objektif 68

4.5 Pra-ujian 69

4.6 Aktiviti Pembelajaran 70

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

xiv

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

CD-ROM - Cakera Padat Ingatan Baca

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ICT - Teknologi Internet dan Komunikasi

KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

KPS - Kemahiran Proses Sains

KS - Kemahiran Saintifik

MPK - Modul Pembelajaran Kendiri

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PAK - Pembelajaran Akses Kendiri

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPM - Penulisan dan Pembinaan Modul

SIM - Self Instruction Module

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPP - Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Negara (FPK) bermatlamat untuk memperkembangkan

potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek. Oleh itu, seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem

pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar.

Pembangunan ini bakal menghasilkan Pembangunan Modul Pembelajaran

Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Fizik tingkatan lima bertajuk,

Keelektromagnetan. Sasaran penggunaan MPK ini adalah sebagai bahan rujukan dan

bahan pengayaan dan pemulihan pelajar-pelajar sekolah menengah atas yang

mempelajari mata pelajaran Fizik.

MPK ini akan berfungsi sebagai bahan tambahan kepada pelajar sebelum dan

selepas mereka menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas

bersama guru kelas. Bagi mengguna MPK ini, mereka tidak memerlukan bimbingan

intensif daripada guru. Penerangan secara visual yang terperinci dan lengkap

memudahkan proses pemahaman pelajar. Proses langkah demi langkah ini

menggalakkan pelajar memahami konsep asas iaitu, istilah dan formula yang perlu

dititikberatkan. Cara ini dapat mengaitkan konsep asas dengan kehendak soalan

tersebut. Sekali gus membentuk pelajar kepada persediaan awal menghadapi

peperiksaan terutamanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

2

1.2 Latar Belakang

Fenomena alam sering kali dikaitkan dengan sains. Peranan mata pelajaran

Sains dalam sekolah menengah adalah untuk membantu pelajar menjelajahi dunia.

Di samping meningkatkan kemampuan untuk menyelesaikan masalah secara matang.

Pembelajaran ini mencabar pelajar dan menggalakkan pelajar membiasakan diri

dengan konsep kompleks dan abstrak (Rutherford, 2006).

Prekonsepsi yang sedia ada pada pelajar bertindak sebagai penapis kepada

maklumat baru yang ingin disampaikan oleh guru. Jika pelajar tidak menguasai

kefahaman konsep asas, pelajar akan menghadapi masalah dalam pembelajaran

selanjutnya. Dengan kefahaman konsep yang salah, terus dibawa sehingga ke akhir

bab pembelajaran dan menjadikan miskonsepsi berlaku.

1.3 Pernyataan Masalah

Jika dilihat kepada suasana pengajaran dan pembelajaran kini, segelintir para

guru masih cenderung menggunakan kaedah konvensional iaitu menggunakan

kaedah “Chalk and Talk” di mana guru secara total menjadi tutor kepada pelajar

dengan kapur dan papan tulis. Walaupun perubahan ini perlu dilakukan dengan

menyedari bahawa pendidikan kita mestilah berteraskan teknologi. Namun, kaedah

ini masih popular terutama di kalangan “guru berpengalaman” kerana kaedah ini

mudah dilaksanakan tanpa perlu membuat persediaan yang lama dan rumit. (Hand,

2004).

Namun begitu, pelajar merasakan suasana pembelajaran sebegini menjadikan

mereka bosan dan jemu kerana wujud hubungan satu hala sahaja di mana guru

mengemukakan kandungan dan pelajar mendengar dalam suasana yang statik dan

sama pada setiap sesi pembelajaran. Ini membuatkan minat pelajar-pelajar untuk

mendalami pembelajaran tersebut berkurangan.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

3

Kebiasaannya, kemahiran diiringi dengan pemikiran kritikal, ekspresi

meyakinkan, dan kemahiran menyelesaikan masalah sains. Pemahaman ialah

menggunakan fakta kepada maklumat dan penyelesaian masalah yang sistematik.

(Brown, 2007). Berdasarkan kemahiran yang sesuai, barulah pelajar dapat ,menjana

pemahaman yang tinggi. Sekali gus membimbing pelajar ke aras

Hasil kajian daripada Ezaityesirah (2006), pelajar menghadapi masalah untuk

menguasai konsep serta kemahiran dalam subjek sains. Antara sebab kepada

permasalahan ini ialah kurangnya pengetahuan dan kemahiran saintifik serta kurang

bersedia untuk melibatkan diri dalam kegiatan yang bercirikan sains dalam

kehidupan seharian. Oleh itu, tidak terdapat penyesuaian di antara kehendak konsep

dengan pertumbuhan kognitif pelajar. Maka konsep-konsep sains yang ingin

diterapkan tidak berjaya dicapai oleh pelajar.

Mata Pelajaran Fizik merupakan salah satu daripada mata pelajaran elektif

yang perlu diambil oleh pelajar aliran sekolah menengah atas. Namun, sering kali

berlaku masalah miskonsepsi di mana prekonsepsi pelajar-pelajar tidak dikaji dan

diambil berat oleh guru-guru sebelum proses P&P bermula iaitu guru mengabaikan

penggunaan set induksi. Disebabkan guru kurang peka terhadap masah ini, pelajar

menghadapi masalah dalam memahami keseluruhan bab Keelektromagnetan ini. Ini

akan melambatkan proses P&P dan menyukarkan pelajar memahami tajuk

Keelektomagnetan di peringkat yang lebih tinggi ketika mereka melanjutkan

pelajaran nanti.

Pembangun ada menebual seorang guru pakar. Temu bual pembangun adalah

bersama seorang guru pakar Fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah

Bahiyah. Nama guru tersebut ialah Puan Azlina binti Abdullah. Beliau merangkap

guru kanan sains disekolah teresebut. Berdasarkan pengalamannya selama sepuluh

tahun mengajar mata pelajaran ini, kebanyakan pelajar lemah dalam menguasai tajuk

Keelektromagnetan. Walaupun sebelum dialih bahasa, tajuk ini adalah tajuk yang

sukar difahami pelajar dan hanya 30 peratus calon SPM menjawab soalan tersebut.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

4

Berdasarkan tajuk ini, guru tersebut mengulas persepsi pelajar dalam empat

aspek:-

1. Penguasaan Matematik

2. Miskonsepsi

3. Minat dalam Fizik

4. Aktiviti pembelajaran Fizik

Miskonsepsi yang berlaku disebabkan oleh proses Pengajaran dinamakan

sebagai “Miskonsepsi Didaktikogenik”. Hasil kajian daripada Simanek (2002) ini

lebih berfokus kepada guru dan buku teks. Terdapat tujuh punca berlakunya

miskonsepsi di kalangan pelajar. Namun, pembangun memfokuskan kepada tiga

punca utama yang berkaitan dengan tajuk pembangunan ini iaitu:-

1. Miskonsepsi pelajar tidak diuji kesahan dalam peperiksaan, ujian, latihan,

eksperimen atau kerja sekolah. Lama-kelamaan, miskonsepsi akan menjadi

konsep yang benar dan kukuh bagi pelajar.

2. Miskonsepsi diberi ganjaran atau rangsangan positif akan menjadi konsep

yang kukuh. Hal ini terjadi di dalam peperiksaan yang membenarkan pelajar

menggunakan miskonsepsi mereka sebagai langkah mendapatkan jawapan

yang “betul”.

3. Guru menggalakkan pelajar memilih jawapan yang betul bagi soalan jenis

objektif atau aneka pilihan tanpa menilai pemahaman sebenar pelajar.

Dengan ini, pelajar menanam sikap perlu lulus dan menganggap pemahaman

mata pelajaran ini tidak penting.

Dengan bantuan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berpandukan MPK ini, guru

dapat menguruskan masa dalam proses P&P dengan lebih baik dan bijak kerana ia

mudah dikendalikan. Guru juga tidak perlu lagi menerangkan isi kandungan

pelajaran secara menyeluruh, memadai dengan penerangan terhadap isi kandungan

yang penting sahaja.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

5

MPK ini mengandungi penerangan ringkas dan padat mengenai keseluruhan

tajuk Keelektromagnetan ini. Oleh itu, MPK ini akan mengambil peranan guru

sebagai tutor kepada pelajar. Teori pedagogi dalam pendidikan direalisasikan

dengan guru bertindak sebagai fasilitator kepada pelajar-pelajar. Hal ini bertepatan

dengan pembelajaran berpandukan modul. Kemudian, ini telah dikenal pasti sebagai

bahan yang dapat membantu guru di dalam proses P&P.

Hasil persidangan daripada penggubalan kurikulum sains di bawah

Organisasi Pendidikan Sains pada abad ke-21 tahun 1996 yang dijangka

dilaksanakan tahun 2004 ada menekankan bahawa sistem pendidikan modular boleh

dijalankan. Hasrat ini bagi mencapai tujuan reformasi pendidikan kita. Di dalam

sistem ini, pendidikan sains tidak lagi dijalankan berdasarkan mata pelajaran tertentu

sebagaimana yang ada sekarang. Sebaliknya pendidikan sains lebih bersifat

modular.

Di samping itu, sistem pendidikan sains diberikan kepada semua pelajar

berdasarkan modul-modul yang ada dalam semua bidang pengajian sains. Antara

bidang pengajian sains yang ditekankan adalah Keelektromagnetan dan melibatkan

tiga modul iaitu, Elektrik, Magnet dan Magnet Lanjutan. Jika pemahaman yang

salah sudah menjadi konsep yang betul di minda pelajar, pembelajaran pelajar akan

bertambah rumit dalam tiga modul tersebut.

Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan

bertindakbalas dengan iklim, sumber dan pendekatan P&P. Dengan iklim, sumber

dan pendekatan P&P yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, pelajar dapat

mengoptimumkan proses pembelajaranya. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh

memenuhi gaya pembelajaran pelajar seperti pendekatan behaviorisme,

konstruktivisme, kognitivisme, Teori Kecerdasan Pelbagai dan sebagainya. Bagi

membangunkan modul ini, pembangun memilih pendekatan konseptual melalui

visual.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik

6

Ini memberikan peluang kepada kita mengenal pasti bakal saintis dan

teknokrat di masa akan datang walaupun kita mahu semua pelajar mendapat

pendidikan sains yang sama kita perlu mengenal pasti bakal saintis dan teknokrat

kerana golongan inilah yang bakal memberikan lonjakan terhadap perkembangan

sains dan teknologi.

1.4 Objektif Projek

Pembangunan ini, bertujuan membina MPK Fizik Keelektromagnetan untuk

kegunaan pelajar dan guru tingkatan lima aliran sains yang mempelajari dan

mengajar mata pelajaran Fizik. Antara objektif kajian ini:-

1 Membangunkan MPK Keelektromagnetan Fizik Tingkatan Lima

menggunakan pendekatan konseptual melalui visual.

2 Membangunkan MPK Keelektromagnetan Fizik Tingkatan Lima

menurut Model Meyer.

1.5 Objektif Modul

Pembangunan ini, bertujuan membina MPK Fizik Keelektromagnetan untuk

kegunaan pelajar dan guru tingkatan lima aliran sains yang mempelajari dan

mengajar mata pelajaran Fizik. Antara objektif projek ini:-

1 Membantu pelajar memahami konsep Keelektromagnetan.

2 Membantu pelajar menjelaskan konsep Keelektromagnetan.

3 Membantu guru mengenal pasti strategi pembelajaran.

4 Membantu gurur mengaplikasikan Keelektromagnetan dalam P& P.