universiti teknologi malaysia · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya...

32
PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : HUBUNGAN ANTARA KONSEP KENDIRI DAN PERSONALITI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya NORLAILY BINTI AHMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara Institusi Pengajian Tinggi. 4. Sila tandakan ( / ) ** SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan Oleh / _______________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NAMA PENYELIA LDG. GNG. SUMALAYANG, KARUNG BERKUNCI 535, 86009 KLUANG, JOHOR. PROF. MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA Tarikh : 28 APRIL 2008 Tarikh : 28 APRIL 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tcsis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 20-Mar-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : HUBUNGAN ANTARA KONSEP KENDIRI DAN PERSONALITI DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya NORLAILY BINTI AHMAD (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara Institusi

Pengajian Tinggi. 4. Sila tandakan ( / ) ** SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan Oleh

/

_______________________________ ________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

LDG. GNG. SUMALAYANG, KARUNG BERKUNCI 535, 86009 KLUANG, JOHOR.

Tarikh : 28 APRIL 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. **Jika tesis ini SULIT atau TERH berkuasa/organisasi berkenaan ini perlu dikelaskan sebagai SU♦ Tesis dimaksudkan sebagai tcs

secara penyelidikan, atau diserpenyelidikan, atau Laporan Pro

PROF. MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA

NAMA PENYELIA

Tarikh : 28 APRIL 2008

AD, sila lampirkan surat daripada pihak dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis LIT atau TERHAD.

is bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana tasi bagi pengajian secara kerja kursus dan jek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini sudah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PROF MADYA DR AZIZI BIN YAHAYA

Tarikh : 30 April 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

HUBUNGAN ANTARA KONSEP KENDIRI DAN PERSONALITI DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

NORLAILY BINTI AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satu telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : NORLAILY BINTI AHMAD

Tarikh : 30 April 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

iii

DEDIKASI

Khas buat ayah dan bonda yang disayangi

Haji Ahmad bin Abd. Hamid

dan

Hajah Hasnah Binti Bakri

Yang tidak pernah jemu menitipkan

Kata-kata semangat buat anakmu ini

Tanpa kalian perjuanganku ini tak mungkin berjaya

Buat kakak-kakak dan adik-adikku yang dikasihi

Yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan

Yang tidak berbelah bagi

Buat rakan-rakan seperjuanganku yang diingati

Nurfaizah binti Abdul Majid,

Norliza binti Othman dan Nurul Ain binti Hamsari

Terima kasih atas sokongan kalian

Yang sentiasa memberikan buah fikiran dan idea yang bernas

Terima kasih untuk segalanya

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t dan selawat ke atas junjungan kita Nabi

Muhammad s.a.w. Allhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana memberi

kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun

terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan kesempatan ini, saya

ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada

Profesor Madya Dr Azizi Yahaya selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini atas

segala tunjuk ajar, bantuan, bimbingan serta nasihat yang diberikan sepanjang

tempoh penyelidik menjalankan kajian ini. Segala ilmu yang dicurahkan akan

disimpan dan digunakan untuk kajian akan datang.

Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak KPM dan pihak pengetua

sekolah kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga,

sekalung terima kasih diucapkan kepada ayah bonda yang diingati dan disayangi

kerana banyak memberi galakan dan bantuan semasa menjalankan kajian ini. Buat

sahabat-sahabat yang dikasihi, terima kasih di atas galakan, bantuan dan tunjuk ajar

dalam menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjalankan kajian ini.

Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Amin.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah. Seramai 270 orang pelajar telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di enam buah sekolah menengah di daerah Kluang, Johor. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini ialah 0.8432. Soal selidik berkaitan konsep kendiri diubahsuai daripada Skala Konsep Kendiri Tennessee yang telah dibina oleh Fitts (1971). Manakala soal selidik bagi jenis personaliti pelajar pula diubahsuai daripada soal selidik Inventori Personaliti Junior Eysenck (JEPI) yang telah dibina oleh H. J. Eysenck (1967). Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis dimensi konsep kendiri pelajar paling dominan. Selain itu, statistik inferensi iaitu ujian-t juga digunakan untuk menganalisis perbezaan antara dimensi konsep kendiri dan personaliti mengikut jantina. Manakala statistik inferensi iaitu korelasi Pearson pula digunakan pada aras signifikan 0.05 bagi menganalisis hubungan antara konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan dimensi konsep kendiri paling dominan di kalangan pelajar ialah dimensi konsep kendiri seperti keluarga. Selain itu, analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara dimensi konsep kendiri dan personaliti mengikut jantina. Analisis korelasi Pearson pula mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan konsep kendiri dan juga kecenderungan personaliti pelajar yang positif dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to determine the relationship between the self-concept and personality of students with academic achievement. The sample consist of 270 students from six secondary schools were chosen by using stratified randomly method in Kluang,Johor. The pilot study was done in order to determine the reliability and suitability of the questionnaires. Meanwhile Cronbach Alpha was used to determine the internal consistency of the questionnaires. The reliability value of Cronbach Alpha for the whole set of questionnaires used was 0.8432. The questionnaire for self-concept was modified from Tennesee Self-concept Scale that was created by Fitts (1971). Meanwhile the questionnaire for personality was modified from the Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI) that was created by H. J. Eysenck (1967). The descriptive statistics such as frequency, percentages, mean and standard deviation were used to analyze the dominant dimension in student’s self-concept. Other than that, inferential statistic such as t-test was used to analyze the difference between the self-concept and personality of students according to gender. Meanwhile, Pearson correlations were used at significant level 0.05 to analyze the relationship between self-concept and personality of students with their academic achievement. The research finding showed that the dominant dimension of self-concept was family self-concept. Beside that, t-test analysis showed that there was no significance difference between dimension of self-concept and personality of students according to gender. Pearson correlations analysis showed that there were no significance relation between dimension of self-concept and personality with student’s academic achievement. Therefore, suggestions were made to increase the student’s self-concept and the tendency of their positive personality in order to enhance their academic achievement.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xix

SENARAI SINGKATAN xx

SENARAI LAMPIRAN xxi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

viii

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 10

1.7 Rasional Kajian 11

1.8 Kepentingan Kajian 12

1.9 Skop Kajian 14

1.10 Batasan Kajian 14

1.11 Definisi Istilah 15

1.11.1 Konsep Kendiri 15

1.11.2 Jenis-Jenis Konsep Kendiri 16

1.11.3 Dimensi Konsep Kendiri 17

1.11.4 Jantina 18

1.11.5 Personaliti 18

1.11.6 Jenis-Jenis Personaliti 20

1.11.7 Pencapaian Akademik 21

1.11.8 Pelajar 22

1.12 Kesimpulan 22

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 23

2.2 Teori-Teori Konsep Kendiri 24

2.2.1 Teori Maslow (1970) 24

2.2.2 Teori Pemusatan Individu Carl 26

Roger (1951)

2.2.3 Teori Karen Horney (1950) 29

2.2.4 Teori Hierarki Keperluan Maslow 32

Sebagai Model Kajian Konsep Kendiri

2.2.5 Penggunaan Teori Hierarki Keperluan 33

Maslow

2.3 Teori Personaliti 35

2.3.1 Teori Jenis Trait Eysenck (1967) 35

2.3.2 Teori Trait Gordon W. Allport (1971) 38

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

ix

2.3.3 Teori Psikoanalisis Sigmund 39

Freud (1940)

2.3.4 Teori Jenis Trait Eysenck (1967) 40

Sebagai Model Kajian Personaliti

2.3.5 Penggunaan Teori Jenis Trait 41

Eysenck (1967)

2.4 Kerangka kajian 42

2.5 Sorotan Kajian Konsep Kendiri 43

2.5.1 Sorotan Kajian Konsep Kendiri 43

Dalam Negara

2.5.2 Sorotan Kajian Konsep Kendiri 49

Luar Negara

2.6 Sorotan Kajian Personaliti 55

2.6.1 Sorotan Kajian Personaliti 56

Dalam Negara

2.6.2 Sorotan Kajian Personaliti 59

Luar Negara

2.7 Kesimpulan 62

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 63

3.2 Reka Bentuk Kajian 63

3.3 Tempat Kajian 64

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 65

3.5 Instrumen Kajian 68

3.5.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar 68

Belakang Responden dan Keluarga

3.5.2 Bahagian B: Soal Selidik Inventori 68

Personaliti Eysenck Junior

3.5.3 Bahagian C: Soal Selidik Skala Konsep 70

Kendiri Tennessee

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

x

3.5.4 Pemarkatan Skor Dimensi Konsep 72

Kendiri Paling Dominan

3.5.5 Pemarkatan Skor Jenis Konsep 73

Kendiri Pelajar

3.5.6 Pemarkatan Skor Jenis Personaliti 74

Pelajar

3.5.7 Pemarkatan Skor Pencapaian 75

Akademik Pelajar

3.6 Kajian Rintis 76

3.6.1 Kesahan Instrumen 77

3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen 77

3.7 Prosedur Kajian 78

3.8 Analisis Data 79

3.8.1 Min 79

3.8.2 Ujian–t 80

3.8.3 Korelasi Pearson 80

3.9 Kesimpulan 83

4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 84

4.2 Huraian Latar Belakang Pelajar 85

4.2.1 Jantina 85

4.2.2 Bangsa 86

4.2.3 Keputusan Penilaian Menengah Rendah 86

(PMR) 2006

4.2.4 Lokasi Sekolah 89

4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 89

4.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah Dimensi 89

Konsep Kendiri yang Dominan Seperti

Peribadi, Keluarga dan Sosial Di

Kalangan Pelajar?

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

xi

4.3.2 Persoalan Kajian 2: Apakah Jenis 99

Konsep Kendiri yang Wujud Di

Kalangan Pelajar?

4.3.3 Persoalan Kajian 3: Apakah Jenis 99

Personaliti Pelajar Sama Ada Ekstrovert

Atau Introvert Berdasarkan Skala

Ekstroversi?

4.3.4 Persoalan Kajian 4: Apakah Jenis 102

Personaliti Pelajar Sama Ada Neurotik

Atau Kestabilan Emosi Berdasarkan

Skala Neurotisme?

4.3.5 Persoalan Kajian 5: Apakah Tahap 105

Pencapaian Akademik Di Kalangan

Pelajar?

4.3.6 Persoalan Kajian 6: Adakah Terdapat 105

Hubungan Yang Signifikan Antara

Dimensi Konsep Kendiri Seperti

Peribadi, Keluarga dan Sosial Dengan

Pencapaian Akademik Pelajar?

4.3.6.1 Pengujian Hipotesis 1: Tidak 105

Terdapat Hubungan yang Signifikan

Antara Dimensi Konsep Kendiri

Seperti Keluarga, Sosial dan Peribadi

dengan Pencapaian Akademik Pelajar

4.3.7 Persoalan Kajian 7: Adakah Terdapat 108

Hubungan yang Signifikan Antara

Jenis Personaliti Berdasarkan Skala

Ekstroversi dan Skala Neurotisme dengan

Pencapaian Akademik Pelajar?

4.3.7.1 Pengujian Hipotesis 2: Tidak 109

Terdapat Hubungan yang Signifikan

Antara Jenis Personaliti Berdasarkan

Skala Ekstroversi dan Skala

Neurotisme dengan Pencapaian

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

xii

Akademik Pelajar

4.3.8 Persoalan Kajian 8:Adakah Terdapat 112

Hubungan yang Signifikan Antara

Konsep Kendiri dengan Personaliti

Pelajar?

4.3.8.1 Pengujian Hipotesis Nol 3: Tidak 112

Terdapat Hubungan yang Signifikan

Antara Konsep Kendiri dengan

Personaliti Pelajar

4.3.9 Persoalan Kajian 9: Adakah Terdapat 113

Perbezaan yang Signifikan Antara Dimensi

Konsep Kendiri Pelajar Seperti Keluarga,

Sosial dan Peribadi Mengikut Jantina?

4.3.8.1 Pengujian Hipotesis Nol 4: Tidak 113

Terdapat Perbezaan yang Signifikan

Antara Dimensi Konsep Kendiri

Keluarga, Pelajar Seperti Sosial dan

Peribadi Mengikut Jantina

4.3.9 Persoalan Kajian 10: Adakah Terdapat 116

Perbezaan yang Signifikan Antara Jenis

Personaliti Pelajar Berdasarkan Skala

Ekstroversi dan Skala Neurotisme

Mengikut Jantina?

4.3.9.1 Pengujian Hipotesis 5: Tidak Terdapat 116

Perbezaan yang Signifikan Antara

Jenis Personaliti Pelajar Berdasarkan

Skala Ekstroversi dan Skala Neurotisme

Mengikut Jantina

4.4 Kesimpulan 119

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

xiii

5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 120

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 121

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Pelajar 122

5.2.2 Perbincangan Hasil Analisis Bagi 123

Dimensi Konsep Kendiri yang Dominan

Seperti Peribadi, Keluarga dan Sosial

Di Kalangan Pelajar

5.2.3 Perbincangan Hasil Analisis Bagi Jenis 125

Konsep Kendiri yang Wujud Di

Kalangan Pelajar

5.2.4 Perbincangan Hasil Analisis Bagi 127

Jenis Personaliti Pelajar Sama Ada

Ekstrovert Atau Introvert

Berdasarkan Skala Ekstroversi

5.2.5 Perbincangan Hasil Analisis Bagi Jenis 128

Personaliti Pelajar Sama Ada Neurotik

Atau Kestabilan Emosi Berdasarkan

Skala Neurotisme

5.2.6 Perbincangan Hasil Analisis Bagi 130

Tahap Pencapaian Akademik Di

Kalangan Pelajar

5.2.7 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 131

Terdapat Hubungan Yang Signifikan

Antara Dimensi Konsep Kendiri Seperti

Peribadi, Keluarga dan Sosial Dengan

Pencapaian Akademik

5.2.8 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 136

Terdapat Hubungan yang Signifikan

Antara Jenis Personaliti Skala Ekstroversi

dan Skala Neurotisme dengan

Pencapaian Akademik Pelajar

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

xiv

5.2.9 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 139

Terdapat Hubungan yang Signifikan

Antara Personaliti dengan

Konsep Kendiri Pelajar

5.2.10 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 140

Terdapat Perbezaan yang Signifikan

Antara Dimensi Konsep Kendiri Pelajar

Seperti Keluarga,Sosial dan Peribadi

Mengikut Jantina

5.2.11 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 145

Terdapat Perbezaan yang Signifikan

Antara Jenis Personaliti Pelajar Berdasarkan

Skala Ekstroversi dan Skala

Neurotisme Mengikut Jantina

5.3 Rumusan 147

5.4 Cadangan Kajian 149

5.4.1 Ibu Bapa 150

5.4.2 Guru, Pentadbir dan Pengurusan Sekolah 150

5.4.3 Pelajar 151

5.4.4 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia 152

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 152

5.6 Kesimpulan 154

RUJUKAN 154

LAMPIRAN 160

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

xv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Sampel Bagi Setiap Sekolah 65

3.2 Jadual Menentukan Jumlah Sampel Daripada

Populasi

66

3.3 Pembahagian Item Berdasarkan Dimensi

Personaliti

70

3.4 Pemarkahan Bahagian Item Bahagian B 70

3.5 Pembahagian Item Berdasarkan Faktor-Faktor

Konsep Kendiri

72

3.6 Skor Pemberian Markah Mengikut Jawapan

Item Dalam Soal Selidik Bahagian C

72

3.7 Pemarkatan Skor Dan Tahap Bagi Dimensi

Konsep Kendiri Paling Dominan

73

3.8 Pemarkatan Skor Dan Tahap Bagi Jenis Konsep

Kendiri Pelajar

73

3.9 Pemarkatan Skor Dan Tahap Bagi Jenis

Personaliti Berdasarkan Skala Ekstroversi

74

3.10 Pemarkatan Skor Dan Tahap Bagi Jenis

Personaliti Berdasarkan Skala Neurotisme

75

3.11 Analisa Tahap Pencapaian Mengikut Min 75

3.12 Skor Pencapaian Mata Pelajaran 76

3.13

Jadual Keputusan Analisis Nilai

Kebolehpercayaan Kajian

78

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

xvi

3.14 Penentuan Nilai Pekali Korelasi 80

3.15 Penentuan Kekuatan Hubungan 81

3.16 Penentuan Hipotesis Nol Berdasarkan Nilai

Signifikan

81

3.17 Ringkasan Pengujian Statistik Persoalan Kajian 82

3.18 Ringkasan Pengujian Hipotesis 82

4.1 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Pelajar

Mengikut Jantina

85

4.2 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Pelajar

Mengikut Bangsa

86

4.3 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Pencapaian

PMR Pelajar Bagi Setiap Mata Pelajaran

87

4.4 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Pelajar

Mengikut Lokasi Sekolah

89

4.5 Taburan Pelajar Mengikut Peratusan, Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Dimensi

Konsep Kendiri Seperti Peribadi

91

4.6 Tahap Dimensi Konsep Kendiri Seperti

Peribadi Di Kalangan Pelajar

92

4.7 Taburan Pelajar Mengikut Peratusan, Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Dalam

Dimensi Konsep Kendiri Seperti Keluarga

94

4.8 Tahap Dimensi Konsep Kendiri Seperti

Keluarga Di Kalangan Pelajar

95

4.9 Taburan Pelajar Mengikut Peratusan, Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Dalam

Dimensi Konsep Kendiri Seperti Sosial

97

4.10 Tahap Dimensi Konsep Kendiri Seperti Sosial

Di Kalangan Pelajar

98

4.11 Min Keseluruhan Bagi Dimensi Konsep

Kendiri Pelajar

98

4.12 Jenis Konsep Kendiri Di Kalangan Pelajar 99

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

xvii

4.13 Taburan Pelajar Mengikut Peratusan, Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Jenis Personaliti

Berdasarkan Skala Ekstroversi

101

4.14 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Jenis

Personaliti Pelajar Berdasarkan Skala

Ekstroversi

102

4.15 Taburan Pelajar Mengikut Peratusan, Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Jenis Personaliti

Berdasarkan Skala Neurotisme

103

4.16 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Jenis

Personaliti Pelajar Berdasarkan Skala

Neurotisme

104

4.17 Tahap Pencapaian Akademik Pelajar 105

4.18 Korelasi Pearson Dimensi Konsep Kendiri

Seperti Peribadi Dengan Pencapaian Akademik

Pelajar

106

4.19 Korelasi Pearson Dimensi Konsep Kendiri

Seperti Keluarga Dengan Pencapaian Akademik

Pelajar

107

4.20 Korelsi Pearson Dimensi Konsep Kendiri

Seperti Sosial Dengan Pencapaian Akademik

Pelajar

108

4.21 Korelasi Pearson Dimensi Konsep Kendiri

Secara Keseluruhan Dengan Pencapaian

Akademik Pelajar

108

4.22 Korelasi Pearson Jenis Personaliti Berdasarkan

Skala Ekstroversi Dengan Pencapaian

Akademik Pelajar

110

4.23 Korelasi Pearson Jenis Personaliti Berdasarkan

Skala Neurotisme Dengan Pencapaian

Akademik Pelajar

111

4.24 Korelasi Pearson Jenis Personaliti Secara

Keseluruhan Dengan Pencapaian Akademik

111

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

xviii

Pelajar

4.25 Korelasi Pearson Personaliti Dengan Konsep

Kendiri Pelajar

112

4.26 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (Ujian-T)

Bagi Perbezaan Yang Signifikan Antara

Dimensi Konsep Kendiri Pelajar Seperti

Peribadi Mengikut Jantina

113

4.27 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (Ujian-T)

Bagi Perbezaan Yang Signifikan Antara

Dimensi Konsep Kendiri Pelajar Seperti

Keluarga Mengikut Jantina

114

4.28 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (Ujian-T)

Bagi Perbezaan Yang Signifikan Antara

Dimensi Konsep Kendiri Pelajar Seperti Sosial

Mengikut Jantina

115

4.29 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (Ujian-T)

Bagi Perbezaan Yang Signifikan Antara

Dimensi Konsep Kendiri Secara Keseluruhan

Mengikut Jantina

116

4.30 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (Ujian-T)

Bagi Perbezaan Yang Signifikan Antara Jenis

Personaliti Pelajar Berdasarkan Skala

Ekstroversi Mengikut Jantina

117

4.31 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (Ujian-T)

Bagi Perbezaan Antara Jenis Personaliti Pelajar

Berdasarkan Skala Neurotisme Mengikut

Jantina

118

4.32 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (Ujian-T)

Bagi Perbezaan Yang Signifikan Antara

Keseluruhan Personaliti Pelajar Mengikut

Jantina

118

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

xx

SENARAI SINGKATAN

SPSS Standard Package for Social Sciences

JEPI Junior Eysenck Personality Inventory

PMR Penilaian Menengah Rendah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPNJ Jabatan Pelajaran Negeri Johor

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

STS Sangat Tidak Setuju

TS Tidak Setuju

TP Tidak Pasti

S Setuju

ST Sangat Setuju

SP Sisihan Piawai

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

xxi

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Kajian 160

B Surat Pengesahan Item 166

C Kebolehpercayaan Soal Selidik 167

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Daripada EPRD, KPM

168

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Daripada JPNJ

169

F Surat Akuan Pelajar Daripada Fakulti

Pendidikan, UTM, Skudai

170

G Surat Kebenaran Menulis Laporan Akhir

Projek Sarjana Muda (PSM) Melebihi 100

Muka Surat

171

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada masa kini, perkembangan konsep kendiri di kalangan pelajar semakin

membimbangkan. Kebanyakan pelajar diperhatikan mempunyai konsep kendiri yang

rendah dan bersikap pasif dan negatif sehingga mempengaruhi pencapaian akademik

di sekolah. Menurut Othman (1995), di antara masalah guru di sekolah ialah untuk

melahirkan tingkah laku yang positif sama ada dari aspek tingkah laku akademik atau

tingkah laku bukan akademik. Tugas untuk menyelesaikan masalah ini bukanlah

perkara mudah memandangkan tingginya harapan ibu bapa untuk melihat anak

mereka mencapai kecemerlangan dalam akademik seterusnya menjadi insan yang

berjasa kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

Masalah ini perlu ditangani dengan berkesan. Jika tidak, ianya pasti

menjejaskan harapan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PIPP) dalam teras kedua iaitu untuk membangunkan modal insan. Teras ini

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

menekankan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memberi tumpuan

kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Aspek ini

sangat penting untuk melahirkan generasi pemimpin negara Malaysia pada masa akan

datang. Generasi ini berpotensi untuk mewujudkan masa depan yang dicita-citakan.

Oleh itu sistem pembinaan generasi muda ini haruslah difokuskan kepada

pengembangan untuk menjadi manusia berkualiti dengan memiliki personaliti yang

unggul dan juga konsep kendiri yang tinggi untuk mengejar kejayaan yang

menyeluruh.

Walau bagaimanapun, usaha melahirkan generasi ini tidak akan tercapai tanpa

pendidikan yang sebaiknya. Ia memberi gambaran bahawa pencapaian akademik

yang cemerlang bukan sahaja menjadi kebanggaan pelajar dan ibu bapa, tetapi juga

menjadi ukuran masa depan mereka. Ini kerana sudah menjadi kelaziman bahawa

pencapaian akademik yang cemerlang membuka peluang yang luas untuk berjaya

dalam pekerjaan dan meningkatkan taraf sosial keluarga seterusnya penyumbang

kepada usaha mencapai matlamat negara iaitu untuk menjadi sebuah negara industri

yang maju.

Namun begitu, seringkali dikaitkan antara pencapaian akademik dengan

faktor-faktor seperti ibu bapa, rakan sebaya, guru dan masyarakat di sekeliling.

Bagaimana pula dengan keyakinan kendiri dan juga personaliti pelajar itu sendiri?

Selain itu, aspek personaliti dan juga konsep kendiri boleh mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar itu sendiri. Menurut Rohaty (1992), untuk membina konsep kendiri

pelajar yang positif, ibu bapa perlu menyediakan persekitaran rumah tangga yang

harmoni, bahagia dan keperluan yang mencukupi. Manakala guru di sekolah pula

perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan peka terhadap

psikologi pelajar. Menurut Rohaty (1992) lagi, pengaruh sekolah sangat penting

dalam pembentukan personaliti kerana sosialisasi di rumah diteruskan di sekolah.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

Oleh itu, guru secara langsung mempengaruhi perasaan, inspirasi dan sikap kanak-

kanak seterusnya mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

Menurut Habibah dan Noran Fauziah (2002), bagaimana seseorang itu

berkelakuan bergantung kepada konsep kendirinya, iaitu apa yang ia fikirkan tentang

dirinya termasuk kekuatannya, kelemahannya dan personalitinya. Seseorang itu

menggunakan konsep kendiri apabila meramalkan sama ada dia akan berjaya atau

gagal dalam sesuatu perkara. Konsep kendiri ini juga akan mempengaruhi harapan,

impian dan juga tindakannya. Menurut Azizi et al. (2005), manusia mempunyai suatu

gambaran atau pandangan tentang dirinya sendiri. Gambaran ini merangkumi

gambaran tentang rupa paras, kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan, dan tingkah

laku kita. Konsep kendiri juga didefinisikan sebagai penilaian seseorang terhadap

dirinya sendiri atau bagaimana ia menanggapi dirinya sendiri, yakni sama ada secara

positif atau negatif.

Menurut Shaffer (1985) dalam Rohaty (1992), konsep kendiri adalah

pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang asing

memiliki satu set ciri–ciri yang unik atau istimewa. Ia membawa maksud bagaimana

seseorang individu itu berpendapat dan menganggap dirinya. Anggapan dan pendapat

itu adalah berasaskan kepekaan dan kesedaran tentang kekuatan dan kelemahannya.

Selain itu, menurut Rohaty (1992), konsep kendiri boleh digolongkan kepada dua

jenis yang utama, iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Konsep

kendiri positif bermaksud keadaan atau situasi yang mana seseorang individu itu

percaya dan yakin kepada dirinya, mempunyai minat yang baik, bersifat objektif dan

tidak terlalu sensitif. Individu itu boleh menerima kritikan individu lain serta sudi

memberi pandangan dan pendapatnya jika timbul atau terdapat keadaan yang tidak

logikal atau rasional. Konsep kendiri negatif pula ialah seseorang individu itu akan

menunjukkan sifat-sifat terlalu subjektif.

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

Sehubungan dengan itu, seseorang individu itu pastinya akan bersikap sensitif.

Menurut Azizi et al. (2005), individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati,

tidak gembira, cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung. Individu seperti

ini sering dimarahi atau dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan atau

sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya. Keadaan ini akan menyebabkan individu

berkenaan akan berasa dirinya mempunyai keyakinan yang rendah. Ini

mengakibatkan individu tersebut bersifat rendah diri, pasif, muram dan tidak bergaul

dengan orang lain.

Dalam pembentukan konsep kendiri seseorang, terdapat faktor-faktor yang

mempengaruhi pembentukan tersebut. Menurut Azizi dan Jaafar (2006),

pembentukan konsep kendiri seseorang terbina oleh sifat semula jadi, kematangan,

dan alam sekelilingnya. Model yang dicontohi daripada pengalaman dalam

pembentukan kendiri ialah ibu bapa, orang dewasa, teman sebaya, dan diri sendiri.

Menurut Habibah dan Noran Fauziah (2002), di dalam bilik darjah, guru memainkan

peranan penting dalam pembinaan konsep kendiri kanak-kanak. Penilaian guru

terhadap kanak-kanak dan apa sahaja perkara yang dilakukan boleh memberi kesan ke

atas konsep kendirinya. Sebagai contoh, apabila guru bertindak merendahkan atau

menjatuhkan air muka pelajar, satu kesan negatif mungkin akan timbul seperti

menerima bahawa dirinya lemah.

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan didapati terdapat hubungan

antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik. Menurut Conger (1973) dalam

Rohaty (1992), mengatakan bahawa individu yang mempunyai pencapaian akademik

yang tinggi lebih bertanggungjawab, menyukai sekolah dan jarang melanggar

peraturan. Menurut Garison dan Garison (1975) dalam Azizi et al. (2005), konsep

kendiri adalah konsep penting dalam menentukan personaliti seseorang di mana

terdapat tiga komponen penting dalam konsep kendiri iaitu kesedaran diri,

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

penerimaan diri iaitu perasaan timbal balik antara diri dan orang lain dan penilaian

hasil dari penerimaan orang lain. Menurut Rohaty (1992), ada pendapat yang

menyatakan bahawa pelajar yang ekstrovert memperolehi prestasi yang lebih baik

daripada pelajar yang introversi dan juga sebaliknya. Justeru itu, konsep kendiri dan

personaliti dilihat mempunyai perkaitan dengan pencapaian akademik seseorang.

Apakah jenis konsep kendiri seseorang pelajar? Apakah pula hubungan

konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar? Sehubungan itu,

kajian ini memfokus untuk menjawab semua persoalan tersebut iaitu dengan melihat

hubungan konsep kendiri dan personaliti terhadap pencapaian akademik pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembentukan konsep kendiri pelajar berkembang sejak dari usia kanak-kanak

lagi. Setiap pelajar mempunyai konsep kendiri yang berbeza-beza dan ianya

bergantung kepada hubungan mereka dengan seseorang individu. Konsep kendiri

yang terbentuk boleh menjadi sama ada positif atau negatif bergantung kepada faktor-

faktor didikan ibu bapa dan keluarga, pergaulan dengan rakan sebaya ataupun

persekitarannya dan juga didikan di sekolah. Konsep kendiri yang terbentuk ini yang

akan mempengaruhi tingkah laku, nilai diri dan pencapaian akademik pelajar.

Menurut Othman (1995), faktor latar belakang pelajar iaitu suasana keluarga,

status ekonomi keluarga dan kecerdasan mempunyai kesan dalam pembentukan

konsep kendiri. Beliau menyatakan bahawa suasana keluarga mempunyai kesan tidak

langsung tingkah laku akademik pelajar. Ini bermakna, ibu bapa dan keluarga

memainkan peranan yang penting dalam pembentukan konsep kendiri pelajar.

Menurut Horney (1950) dalam Azlina (2002), menyatakan setiap individu adalah

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

istimewa dan mempunyai potensi yang unik untuk berkembang di bawah bimbingan

ibu bapa. Ibu bapa juga berperanan membentuk persekitaran anak-anak dan

matlamat hidup sedari awal lagi (Adler, 1970 dalam Azlina, 2002). Hubungan yang

harmoni di antara ibu bapa dengan anak akan menghasilkan pembentukan konsep

kendiri yang positif manakala jika sebaliknya akan menghasilkan konsep kendiri yang

negatif.

Menurut Habibah dan Noran Fauziah (2002), kajian oleh Coopersmith (1967)

menunjukkan perhubungan antara keluarga memberi kesan kepada konsep kendiri.

Kanak-kanak yang seringkali dimarahi atau dikritik oleh ahli keluarga akan

membentuk imej kendiri yang negatif di mana merasakan dirinya kekurangan,

menganggap dirinya tidak berkebolehan dan selalunya menghalang untuk dirinya

berjaya. Pada masa kini, didapati bahawa pencapaian akademik pelajar perempuan

lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Adakah konsep kendiri meyumbang

kepada pencapaian akademik mereka?

Menurut Nahar (2005), pada tahun 2005, Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah

Menengah Ulu Tiram, Johor memberi kejutan baru dalam bidang pendidikan di

Malaysia dengan mendapat 17 A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau

mengatakan bahawa dirinya berkeyakinan dan percaya kepada keupayaan dirinya

untuk berjaya. Ini menunjukkan bahawa konsep kendiri beliau adalah positif. Maka,

dengan mengutamakan konsep kendiri seseorang pelajar itu, ia dapat mempengaruhi

pencapaian akademik mereka.

Personaliti juga mempunyai kaitannya dengan konsep kendiri seseorang.

Menurut Allport (1961) dalam Habibah dan Noran Fauziah (2002), personaliti

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kesan luaran, struktur dalaman, dan juga

pandangan positif. Kesan luaran merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang ada pada

seseorang sebagaimana ia diamati atau dilihat oleh orang lain, iaitu kesan seseorang

kepada orang lain. Sekiranya orang lain memberikan pandangan yang negatif kepada

seseorang, pola-pola tingkah lakunya akan berubah dan akan merendahkan konsep

kendirinya.

Menurut Azlina (2002), peratusan pelajar yang mengalami kemurungan dan

suka menyendiri iaitu mempunyai jenis personaliti neurotik (ketidak stabilan emosi)

semakin meningkat. Ini memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar tersebut.

Namun, ada sebahagian pelajar yang suka bersosial dan aktif menunjukkan prestasi

pencapaian yang cemerlang. Oleh itu, dapat dilihat bahawa personaliti mempengaruhi

pencapaian akademik seseorang.

Berdasarkan kepada pendapat dan pernyataan di atas, penyelidik memfokus

untuk mengkaji hubungan antara konsep kendiri dan personaliti terhadap pencapaian

akademik pelajar. Kajian ini juga ingin mengenal pasti dimensi konsep kendiri

dominan dan juga keseluruhan jenis konsep kendiri dan personaliti pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada pemerhatian penyelidik ketika menjalani Latihan

Mengajar, didapati sesetengah pelajar mempunyai konsep kendiri yang positif.

Mereka melibatkan diri secara aktif di dalam sesi pembelajaran. Manakala ada

sesetengah pelajar pula yang agak pasif dan pendiam. Keadaan ini mungkin

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

dipengaruhi oleh konsep kendiri yang berlainan yang dimiliki oleh setiap pelajar.

Pembentukan konsep kendiri seseorang pelajar adalah bergantung kepada beberapa

dimensi konsep kendiri seperti keluarga, rakan sebaya, dan peribadi. Kesemua

dimensi ini adalah saling berkait antara satu dengan yang lain.

Selain itu, konsep kendiri pelajar dipengaruhi oleh keluarga, sosial dan

peribadi. Oleh itu, dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji dimensi konsep

kendiri seperti keluarga, sosial dan peribadi. Penyelidik juga ingin melihat sama ada

terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi konsep kendiri dengan pencapaian

akademik pelajar.

Selain melihat konsep kendiri pelajar, penyelidik juga ingin melihat personaliti

pelajar sama ada dikategorikan dalam golongan ekstrovert atau introvert dan neurotik

atau kestabilan emosi. Seterusnya, penyelidik ingin melihat sama ada terdapat

hubungan yang signifikan antara personaliti dengan pencapaian akademik pelajar.

Justeru itu, kajian ini ingin mengkaji jenis-jenis personaliti pelajar dan hubungannya

dengan pencapaian pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara dimensi konsep

kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar. Objektif khusus kajian

ini dijalankan adalah untuk:

1.4.1 Mengenal pasti dimensi konsep kendiri yang dominan seperti peribadi,

keluarga dan sosial di kalangan pelajar

Page 31: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

1.4.2 Mengenal pasti jenis konsep kendiri yang wujud seperti konsep kendiri positif

dan konsep kendiri negatif di kalangan pelajar

1.4.3 Mengenal pasti jenis personaliti pelajar sama ada ekstrovert atau introvert

berdasarkan skala ekstroversi

1.4.4 Mengenal pasti jenis personaliti pelajar sama ada neurotik atau kestabilan

emosi berdasarkan skala neurotisme

1.4.5 Mengenal pasti tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar

1.4.6 Mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi

konsep kendiri seperti peribadi, keluarga dan sosial dengan pencapaian

akademik pelajar

1.4.7 Mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara jenis

personaliti berdasarkan skala ekstroversi dan skala neurotisme dengan

pencapaian akademik pelajar

1.4.8 Mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara konsep

kendiri dengan personaliti pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan kajian untuk mengenal pasti

hubungan antara konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar.

Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:

Page 32: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2013. 11. 19. · kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan

1.5.1 Apakah dimensi konsep kendiri yang dominan seperti peribadi, keluarga dan

sosial di kalangan pelajar?

1.5.2 Apakah jenis konsep kendiri yang wujud seperti konsep kendiri positif dan

konsep kendiri negatif di kalangan pelajar?

1.5.3 Apakah jenis personaliti pelajar sama ada ekstrovert atau introvert berdasarkan

skala ekstroversi?

1.5.4 Apakah jenis personaliti pelajar sama ada neurotik atau kestabilan emosi

berdasarkan skala neurotisme?

1.5.5 Apakah tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar?

1.5.6 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi konsep kendiri

seperti peribadi, keluarga dan sosial dengan pencapaian akademik pelajar?

1.5.7 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara jenis personaliti berdasarkan

skala ekstroversi dan skala neurotisme dengan pencapaian akademik pelajar?

1.5.8 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan

personaliti pelajar?

1.5.9 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara dimensi konsep kendiri

pelajar seperti peribadi, keluarga dan sosial mengikut jantina ?

1.5.10 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis personaliti

berdasarkan skala ekstroversi dan skala neurotisme mengikut jantina?.