universiti teknologi malaysia · 2010-04-18 · x bab 5 perbincangan, ... mereka dan menjadi...

71
PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GURU PENDIDIKAN KHAS DI DUA BUAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DI DAERAH JOHOR BAHRU. SESI PENGAJIAN : 2009/2010 Saya AHMAD AZWAN BIN ABDUL HALIM mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD _________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia 5760, BT 9 ½ TANGGA BATU, DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN TANJONG KLING, 76400 MELAKA. Tarikh : APRIL 2010 Tarikh: APRIL 2010 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. * * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: vannga

Post on 27-Apr-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

PSZ 19:16(Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GURU PENDIDIKAN KHAS

DI DUA BUAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DI DAERAH JOHOR BAHRU.

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya AHMAD AZWAN BIN ABDUL HALIM mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD _________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia 5760, BT 9 ½ TANGGA BATU, DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN TANJONG KLING, 76400 MELAKA. Tarikh : APRIL 2010 Tarikh: APRIL 2010 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. * * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal)”.

Tandatangan : ...................................................................

Nama Penyelia : Dr. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

Tarikh : ...................................................................

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

i

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GURU PENDIDIKAN KHAS DI DUA

BUAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DI DAERAH JOHOR BAHRU

AHMAD AZWAN BIN ABDUL HALIM

Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Penididikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..................................................................

Nama Penulis : AHMAD AZWAN BIN ABDUL HALIM

Tarikh : ..................................................................

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

iii

Ditujukan khas untuk :

Kedua-dua ibu bapaku

Yang banyak memberi sokongan dan dorongan

Adik beradikku

Serta opah dan atuk

Saya sayang kamu semua.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

iv

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan ditujukan kepada Dr. M. Al Muz-Zammil yang

menyelia penyelidikan ini. Segala buah fikiran dan masa yang dicurahkan untuk

projek ini amat dihargai.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknikal

dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana

memberikan kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah

ini.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizebeth Johor Bahru, Pn Nafisah

Binti Ismail yang membenarkan saya melakukan kajian di sekolah jagaan beliau.

Jasa dan kerjasama yang puan berikan amat saya hargai. Tidak dilupakan juga

ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Guru besar Sekolah Kebangsaan

Pendidikan Khas Taman Perling Johor Bahru serta Guru Penolong Kanan

pendidikan Khas iaitu Pn Hjh Fatimah Binti Simin serta kepada seluruh guru-guru

dari kedua-dua buah sekolah yang menjadi responden kajian ini.

Tidak lupa juga kaluangan terima kasih buat sahabat seperjuangan, warga 4

SPJ. Terima kasih juga kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung dalam penulisan ini.

Ahmad Azwan Bin Abdul halim

APRIL 2010

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh

guru Pendidikan Khas di dalam kelas mereka. Sekolah yang terlibat adalah

Sekolah Kebangsaaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth dan Sekolah Pendidikan

Khas Taman Perling yang terletak di daerah Johor Bahru. Seramai 36 responden

yang merupakan guru Pendidikan Khas di kedua-dua buah sekolah terlibat di

dalam kajian ini. Soal selidik dibina sendiri berdasarkan penulisan Robiah (1991)

bagi mendapatkan data daripada responden. Soal selidik ini dibahagikan kepada

dua bahagian iaitu (1) Bahagian A, digunakan bagi mendapatkan maklumat latar

belakang responden dan (2) Bahagian B, digunakan bagi mendapatkan maklumat

berkenaan skop kajian. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan perisian

Statistical Package for Social Sciences Version 11.5 (SPSS). Data dianalisis

berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan kesemua

dimensi kajian mempunyai skor di bawah nilai min 3.0 dan ini menunjukkan

segala masalah yang dibincangkan di dalam sorotan kajian tidak wujud di dalam

kajian ini. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada skor min item yang ada

dalam dimensi yang dikaji, beberapa cadangan telah dikenalpasti bagi tujuan

mengurangkan masalah yang dihadapi di sekolah tersebut.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the problems faced by special

education teachers in their classroom. The schools involved were the Sekolah

Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth and Sekolah Kebangsaaan

Pendidikan Khas Taman Perling in Johor Bahru. The respondents consisted of 36

teachers who teach special education students in both schools. A self-constructed

questionnaire based on Robiah (1991) writing was used to gather data from

respondents. The questionnaire was divided into two parts (1) Part A, which

consists of respondents’ background information and (2) Part B, which consists of

questionnaire related to the area studied. The data collected was analyzed using

Statistical Package for Social Sciences Version 11.5 (SPSS) software. The data

was analyzed by frequency, percentage and mean. The results of the study showed

that all the dimensions studied were scored below mean value of 3.0 indicating that

most of the problems mentioned in the literature do not exist in the schools studied.

However, based on scores on several individual items within the dimensions,

research has suggested few improvements, which can be made to minimize the

problem in the schools.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pengenalan. 1

1.1 Latar Belakang Masalah. 2

1.2 Pernyataan Masalah. 5

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Batasan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

viii

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Masalah 8

1.7.2 Pendidikan Khas 8

1.7.3 Guru 9

1.7.4 Sekolah Pendidikan Khas 9

1.8 Penutup 10

BAB 2 SOROTAN PENULIS

2.0 Pendahuluan 11

2.1 Latar Belakang Pendidikan Khas 12

2.2 Jabatan Pendidikan Khas 13

2.3 Kanak-kanak Berkeperluan Khas 14

2.3.1 Bermasalah Fizikal 15

2.3.2 Bermasalah Mental 15

2.3.3 Bermasalah Emosi 16

2.3.4 Masalah Pembelajaran 17

2.3.5 Masalah Pendegaran 18

2.3.6 Masalah Penglihatan 19

2.3.7 Kegagalan Komunikasi 19

2.3.8 Pintar Cerdas 20

2.4 Masalah-masalah Guru Pendidikan Khas 21

2.4.1 Masalah Organisasi Dan Pengurusan 21

2.4.2 Masalah Fizikal 22

2.4.3 Masalah Dengan Ibu Bapa 23

2.4.4 Masalah Dengan Pejabat Pelajaran Daerah/Jabatan

Pelajaran Negeri 24

2.5 Kajian Lepas Berkenaan Pendidikan Khas di Malaysia 25

2.6 Penutup 27

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan 28

3.1 RekaBentuk Kajian 28

3.2 Persampelan 29

3.3 Instrumen Kajian 29

3.3.1 Soal Selidik 33

3.4 Prosedur Kajian 31

3.5 Kaedah Analisis Data 32

3.6 Kajian Rintis 33

3.7 Penutup 34

BAB 4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 35

4.1 Analisis Data 35

4.1.1 Analisis Jantina, Keturunan dan Umur 46

4.1.2 Analisis Kelulusan Tertinggi, Subjek Yang Diajar

dan Tempoh Pekhidmatan 37

4.2 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru

Pendidikan Khas 39

4.2.1 Masalah Organisasi Dan Pengurusan 40

4.2.2 Masalah Kemudahan Fizikal 42

4.2.3 Masalah Dengan Ibu Bapa 44

4.2.4 Masalah Dengan Pejabat Pelajaran Daerah/

Jabatan Pelajaran Negeri 46

4.3 Masalah Yang Dikenalpasti 48

4.4 Penutup 49

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

x

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 50

5.1 Perbincangan Hasil 50

5.1.1 Latar Belakang Responden 51

5.1.2 Masalah Organisasi Dan Pengurusan 51

5.1.3 Masalah Kemudahan Fizikal 53

5.1.4 Masalah Dengan Ibu Bapa 55

5.1.5 Masalah Dengan Pejabat Pelajaran Daerah/

Jabatan Pelajaran Negeri 56

5.2 Rumusan 57

5.3 Implikasi / Cadangan Kajian 59

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 60

5.5 Penutup 60

RUJUKAN 61

LAMPIRAN 66

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Persoalan Kajian Dan No Item 30

3.2 Kriteria Menganalisis Data 33

4.1 Maklumat Latar Belakang Responden ; Aspek

Jantina, Keturunan dan Umur 37

4.2 maklumat latar belakang responden ; kelulusan

Tertinggi, subjek diajar dan tempoh

Perkhidmatan 39

4.3 Taburan Kekerapan (Peratusan) Dan Min

Analisis Masalah Organisasi dan Pengurusan 41

4.4 Taburan Kekerapan (Peratusan) Dan Min

Analisis Kemudahan Fizikal 43

4.5 Taburan Kekerapan (Peratusan) Dan Min

Analisis Masalah Guru Pendidikan Khas

Dengan Ibu Bapa 45

4.6 Taburan Kekerapan (Peratusan) Dan Min

Analisis Masalah Guru Pendidikan Khas

Dengan Pejabat Pelajaran Daerah Dan

Jabatan Pelajaran Negeri Johor 47

4.7 Masalah Yang Dikenalpasti dan Min 48

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

xii

SENARAI SINGKATAN

ADHD Attention Deficit Hyperactivity Disorder

BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

HEM Hal Ehwal Murid

IQ Intelligence Quotient

P & P Pengajaran dan Pembelajaran

S Setuju

SPSS Statistical Packages for Social Science

SS Sangat Setuju

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS Sangat Tidak Setuju

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang soal selidik 66

B

C

Analisis Data

Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia

74

81

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

1

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Program Pendidikan Khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah

menengah. Pendidikan peringkat rendah tidak menyediakan sebarang aliran khusus

manakala pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu

akademik dan teknik atau vokasional. Haniz (2006) membentangkan bahawa Program

Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu (1)

Sekolah Khas Bermasalah Penglihatan, Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah

Pembelajaran, (2) Sekolah Integrasi Bermasalah Pembelajaran, dan (3) Sekolah

Inklusif Bermasalah Pembelajaran.

Merujuk kepada portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (2009), program

Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Khas

manakala Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas

ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Program Pendidikan Khas

Integrasi Teknik dan Vokasional pula ditadbirkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal

manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang

berkaitan dengan dasar dan pengisiannya

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

2

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Dasar Pendidikan (2003)

dari segi tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan khas sekolah rendah

selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun. Namun

demikian, tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua tahun maksimum sama ada

peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan.

Di samping itu, hasrat pendidikan adalah untuk memberi peluang kepada setiap

individu untuk memperkembangkan semua potensi yang mereka miliki. Ia dinyatakan

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan

Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum (2001).

1.1 Latar Belakang Masalah

Setiap ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah mahukan anak

mereka mendapat pendidikan terbaik. Ini adalah kerana, pendidikan yang terbaik dapat

menjamin masa depan anak-anak mereka. Perkara ini adalah sama kepada ibu bapa

yang mempunyai anak yang tidak normal seperti anak-anak orang lain. Mereka juga

mahukan anak mereka berpendidikan sekurang-kurangnya dapat mengurus diri

mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. Oleh itu, adalah

perlu sistem pendidikan yang disediakan memenuhi keperluan setiap insan yang ingin

belajar walaupun seseorang itu mengalami kecacatan atau kekurangan dari segi fizikal

untuk bersama-sama belajar dengan insan yang normal dalam menuntut ilmu bagi

membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat yang berguna. Oleh itu, kerajaan

menyediakan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas bagi golongan yang cacat fizikal

mendapatkan pendidikan yang formal sama seperti sekolah normal (Mohd Rahmat,

2002).

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

3

Ang dan Huat (1999) menjelaskan bahawa pemimpin negara perlulah

menyediakan pendidikan yang sama kepada orang kurang upaya. Langkah-langkah

perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua

kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

Namun begitu, terdapat pelbagai penghalang yang timbul kepada ibu bapa

yang mempunyai anak yang berkeperluan khas ini. Antara penghalangya ialah sekolah

yang memberi pendidikan khas terletak jauh dari kediaman mereka dan tempatnya

adalah terhad. Kedudukan sekolah pendidikan khas yang jauh dari kediaman mereka

akan menyusahkan mereka untuk berulang-alik dari sekolah dan rumah. Jumlah

Sekolah pendidikan khas adalah terhad dan setiap negeri hanya mempunyai beberapa

buah sahaja. Berdasarkan Haniz (2006) hanya 44 buah sekolah program pendidikan

khas integrasi dibuka di seluruh Malaysia. Terdapat enam sekolah pendidikan khas

untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25 sekolah pendidikan khas untuk pelajar

bermasalah pendengaran. Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah

penglihatan ialah 337 berbanding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas

bermasalah pendengaran.

Terdapat juga sekolah-sekolah pendidikan khas swasta yang telah diiktiraf oleh

kerajaan bagi kemudahan kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai

ibu bapa yang berpendapatan tinggi. Kedudukan sekolah-sekolah ini adalah di sekitar

bandar. Ini dapat memenuhi keperluan pelajar yang berkeperluan khas bagi

mendapatkan pendidikan. Ini dapat membantu kerajaan dalam memberi pendidikan

khas kepada kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang kurang berkemampuan.

Antara sekolah-sekolah swasta yang terdapat di Malaysia ialah Sekolah Kanak-kanak

Istimewa Johor Bharu dan Sekolah Kanak-kanak Spastik Johor (Portal Rasmi

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

4

Bagi kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas, sekolah pendidikan khas

telah di sediakan oleh kerajaan. Namun terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh

guru-guru di dalam melaksanakan tugas mereka dalam mendidik kanak-kanak ini.

Masalah ini menimbulkan kekangan dan penghalang kepada para guru untuk

menyampaikan pengajaran yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka. Chua dan Koh

Boh (1992) menyatakan bahawa masalah-masalah yang di hadapi oleh mereka adalah

pelbagai jenis dan punca, dan sedikit sebanyak mempengaruhi keberkesanan mereka

dalam pengajaran di sekolah masing-masing. Hasil kajian Robiah (1992) mendapati

terdapat pelbagai masalah pada Guru Pendidikan Khas Pemulihan. Masalah tersebut

boleh dikategorikan kepada empat kategori utama iaitu masalah tempat, masalah alat

bantu mengajar, masalah guru ganti, dan masalah sokongan dan kerjasama. Selain itu

terdapat masalah mendapatkan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk pelajar

Pendidikan Khas. ini diperakui dengan berita yang dilaporkan bahawa perisian yang

terdapat di pasaran untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) pendidikan khas amat

terhad dan ada kala kurang sesuai bagi pelajar berkeperluan khas, terutama kategori

masalah pembelajaran. Walaupun ada peralatan dan perisian luar negara yang boleh

diguna pakai untuk pelajar berkeperluan khas di Malaysia, kosnya sangat tinggi.

Berikutan itu, kekurangan kepakaran untuk membina perisian sesuai bagi pelajar

terbabit juga adalah satu cabaran (Berita Mingguan, 22 April 2007).

Masalah-masalah ini boleh menggangu prestasi dan kualiti penyampaian guru-

guru Pendidikan Khas di dalam proses pengajaran mereka. Menurut Ee Ah Meng

(1994), motivasi ialah suatu usaha yang menggerakkan seseorang individu melakukan

sesuatu. Oleh itu, jika terdapat masalah-masalah pada diri Guru pendidikan Khas ini

sedikit sebanyak boleh mengaggu motivasi mereka untuk memberi pengajaran yang

terbaik kepada anak murid mereka. Guru Pendidikan Khas tidak dapat menyumbang

sepenuh hati mereka untuk mendidik murid-murid khas ini kerana mempunyai

pelbagai masalah dan kekangan untuk mereka berbuat demikian. Pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia tidak boleh mengabaikan guru-guru ini kerana cabang Pendidikan

Khas juga adalah penting bagi pembangunan negara kita.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

5

1.2 Pernyataan Masalah

Setiap ibu bapa mahukan anak mereka mendapat pendidikan terbaik walaupun

anak mereka seorang kanak-kanak yang berkeperluan khas. Anak-anak mereka

mungkin tidak mempunyai sifat fizikal ataupun mental yang normal seperti kanak-

kanak lain. Namun, kekurangan itu bukanlah alasan bagi mereka mendapat pendidikan

terbaik. Pihak kerajaan telah menyediakan pendidikan yang menggunakan pendekatan

dan guru yang terbaik untuk anak-anak mereka. Walaubagaimanapun, terdapat

pelbagai masalah yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Khas di dalam melaksanakan

tugas mereka. Masalah atau kekangan yang timbul dari pelbagai sudut boleh

menganggu dan mengurangkan motivasi guru untuk melakukan yang terbaik untuk

murid mereka. Oleh itu, pengkaji ingin mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi

oleh guru-guru Pendidikan Khas dan kesukaran guru di dalam menjalankan proses

pengajaran mereka di dalam kelas supaya Guru Pendidikan Khas dapat melakukan

proses pengajaran yang lebih baik untuk murid mereka.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

1.3.1 Mengenalpasti masalah organisasi dan pengurusan yang dihadapi oleh guru

Pendidikan Khas di sekolah yang dikaji.

1.3.2 Mengenalpasti masalah kemudahan fizikal yang dihadapi oleh guru Pendidikan

Khas di sekolah yang dikaji.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

6

1.3.3 Mengenalpasti masalah guru Pendidikan Khas dengan Ibu Bapa yang dihadapi

oleh guru Pendidikan Khas di sekolah yang dikaji.

1.3.4 Mengenalpasti masalah guru pendidikan Khas dengan Pejabat Pelajaran

Negeri/ Jabatan Pelajaran Negeri yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas di

sekolah yang dikaji.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai, di antaranya ialah :

1.4.1 Adakah masalah organisasi dan pengurusan merupakan masalah yang dihadapi

oleh guru Pendidikan Khas di sekolah yang dikaji?

1.4.2 Adakah masalah kemudahan fizikal merupakan masalah yang dihadapi oleh

guru Pendidikan Khas di sekolah yang dikaji?

1.4.3 Adakah masalah antara guru Pendidikan Khas dengan Ibu Bapa merupakan

masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas di sekolah yang dikaji?

1.4.4 Adakah masalah antara guru Pendidikan Khas dengan Pejabat Pelajaran

Daerah/ Pejabat Pelajaran Negeri merupakan masalah yang dihadapi oleh guru

Pendidikan Khas di sekolah yang dikaji?

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

7

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini adalah untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan

Khas di dua buah sekolah di Johor Bahru. Populasi terdiri daripada guru-guru yang

mengajar pelajar Pendidikan Khas di dua buah sekolah yang dikaji. Kajian ini akan

dilaksanakan berdasarkan objektif kajian yang terlibat. Data yang dikumpul dari

borang soal selidik yang diedarkan kepada responden dan jawapan yang diberikan

adalah mengikut keikhlasan responden. Oleh itu data yang diperolehi hanya merujuk

kepada Sekolah Pendidikan Khas yang terlibat sahaja dan tidak boleh digunakan untuk

merujuk kepada seluruh Sekolah Pendidikan Khas yang ada di Malaysia.

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian yang diperolehi akan dapat membantu guru menyampaikan

pengajaran mereka dengan lebih berkesan lagi dan menghasilkan pelajar yang

cemerlang. Ini dapat menjamin kemajuan pelajar ini pada masa hadapan supaya tidak

tercicir dari kemajuan manusia normal lain.

Di samping itu, hasil kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak tertentu di

dalam pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menilai semula prasarana

yang diperlukan oleh guru-guru yang mengajar Pendidikan Khas. Kajian ini dapat

membantu pihak Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan sistem Pendidikan Khas

di Malaysia. Hasil daripada kajian ini dapat dipergunakan bagi mengkaji semula

segala prasarana dan kemudahan yang diberikan kepada guru pendidikan Khas.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

8

1.6 Definisi Istilah

Definisi istilah digunakan bagi menerangkan maksud perkataan yang berkaitan

dengan tajuk kajian ini.

1.7.1 Masalah

Kamus Dewan Edisi Baru (1997) memberi maksud masalah sebagai sesuatu

yang memerlukan penyelesaian perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran

atau kesulitan.

Masalah dalam kajian ini adalah kesukaran dan perkara yang boleh menggangu

proses pengajaran guru dan proses pembelajaran murid-murid Pendidikan Khas.

Masalah yang dikemukakan adalah masalah organisasi dan pengurusan, masalah

kemudahan fizikal, masalah Guru Pendidikan Khas dengan ibu bapa, dan masalah

Guru Pendidikan Khas dengan Pejabat Pelajaran Daerah/Jabatan Pelajaran Negeri.

Oleh itu kajian ini adalah bagi mengenalpasti adakah masalah tersebut masih

berlanjutan sehingga kini.

1.7.2 Pendidikan khas

Satu program pendidikan yang dirancang khas untuk murid berkeperluan khas

dari segi intelek, fizikal, sosial, atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai

pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah

sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

9

1.7.3 Guru

Mengikut Atan Long (1982) guru adalah seorang ahli masyarakat yang

mempunyai peranan di dalam masyarakat. Ia sebagai seorang ikhtisas dalam bidang

perguruan yang menjalankan tugas mendidik di sesebuah sekolah dan ia juga

memegang berbagai-bagai peranan di dalam kehidupan sebagai ahli masyarakat dalam

Muallimah (2008).

Kajian ini menggunakan respon guru yang mengajar murid-murid Pendidikan

Khas di dua buah Sekolah Rendah Pendidikan Khas yang di pilih di daerah Johor

Bahru.

1.7.4 Sekolah Pendidikan Khas

Sekolah Pendidikan Khas adalah salah satu institusi pendidikan yang

menempatkan murid-murid yang mempunyai masalah dari segi intelek, fizikal, sosial,

atau emosi. Sekolah ini adalah sama seperti Sekolah Rendah Kebangsaan yang lain. Ia

di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan mendapat bantuan penuh dari kerajaan.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

10

1.8 Penutup

Dalam bab ini pengkaji telah menerangkan latar belakang masalah, pernyataan

masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan

definisi istilah. Dengan segala maklumat telah dijelaskan, adalah menjadi hasrat

pengkaji agar kajian ini dapat dijalankan dengan sempurna dan berjaya.

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

BAB II

SOROTAN PENULIS

2.0 Pendahuluan

Pendidikan khas merupakan salah satu program pendidikan yang di tawarkan

oleh kerajaan untuk pelajar –pelajar yang memerlukan pendidikan berkeperluan khas.

Ianya dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Hallahan dan

Kauffman (2006), mendefinisikan Pendidikan khas sebagai satu bentuk pendidikan

yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Ehly,

Conoley dan Rosenthal (1985) menerangkan Pendidikan Khas mempunyai pengajaran

yang khusus, tidak melibatkan kos kepada ibu bapa, kelas yang khusus, pendidikan

fizikal, pengajaran di rumah, pengajaran di sekolah dan hospital, bagi memenuhi

keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Berdasarkan kedua-dua definisi di atas,

Pendidikan Khas dirancang dan dilaksanakan untuk memenuhi keperluan bagi kanak-

kanak khas yang mereka tidak akan dapat apabila bersekolah di sekolah biasa.

Di Malaysia, pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia

dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan

bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan

untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan

penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

12

menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan

pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

2.1 Latar Belakang Pendidikan Khas

Sufean (2004) menerangkan bahawa Pendidikan khas telah bermula di

Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka Rumah

Kanak-kanak cacat di Johor Bahru pada tahun 1926. Sejak itu, beberapa buah pusat

lain telah ditubuhkan oleh badan sukarela dan persatuan persendirian. Laporan

Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan

169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan

yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini

dinyatakan di dalam portal rasmi Jabatan pendidikan Khas (2009) yang menyatakan,

"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab

terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah

mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak

persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan

oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat

hendaklah terus digalakkan. "

Sufean (2004) di dalam penulisannya menerangkan bahawa di Malaysia

pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah

Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bahru untuk kanak-kanak

buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau

Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam”

(lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap

umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

13

‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali

Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu,

Kuala Lumpur.

2.2 Jabatan Pendidikan Khas

Sebelum 1995, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran (1986)

Pendidikan Khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang

berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh

hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah.

Apabila berlaku penstrukturan baru pada 1 Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas

dinaiktaraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status

jabatan-jabatan lain Sufean (2004). Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan

tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat.

Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan

kesedaran masyarakat terhadap Pendidikan Khas juga menjadi faktor utama yang

menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaiktaraf Jabatan

Pendidikan Khas telah dinyatakan oleh Jabatan Pendidikan Khas (2009) ialah untuk:

1) Menyediakan peluang dan kemudahan Pendidikan Khas untuk pelajar dengan

keperluan Khas.

2) Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar

dengan keperluan khas.

3) Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar

dengan keperluan khas.

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

14

4) Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan

terkini.

5) Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang

Pendidikan Khas.

2.3 Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Terdapat perlbagai istilah yang digunakan di luar negara bagi menunjukkan

kanak-kanak bekeperluan khas. Antaranya Heward dan Orlansky (1984) ialah children

with exceptional needs atau secara ringkas exceptional children, kanak-kanak

istimewa (special children), kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya

(children with disabilities), kanak-kanak cacat (handicapped children), kanak-kanak

abnormal (abnormal children), kanak-kanak bermasalah (children with impairments)

dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan.. Walaupun istilah yang

digunakan berbeza, namun maksud bagi kesemua istilah diatas merujuk kepada kanak-

kanak berkeperluan khas.

Kanak-kanak berkeperluan khas ini boleh dikategorikan kepada beberapa

bahagian. Menurut Heward dan Orlansky (1984) kanak-kanak berkeperluan khas

boleh dikategorikan kepada masalah mental, masalah pembelajaran, masalah emosi,

komunikasi, masalah pendengaran, masalah penglihatan, masalah fizikal, masalah

kekeliruan dan pintar cerdas.

Kanak-kanak yang telah disahkan mempunyai salah satu atau lebih kategori

seperti diatas oleh pegawai perubatan boleh memohon untuk mendapatkan Pendidikan

Khas di sekolah yang disediakan kerajaan. Ini merupakan prosedur pertama yang perlu

dilakukan oleh ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan dan ingin menghantar

anak mereka untuk mendapatkan Pendidikan Khas.

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

15

2.3.1 Bermasalah Fizikal

Menurut Hallahan dan Kauffman (1994) bermasalah fizikal bermaksud mereka

yang mempunyai had atau masalah kesihatan yang boleh mengganggu mereka untuk

hadir ke sekolah atau memerlukan bantuan alat khas, layanan khas, latihan, bahan atau

fasiliti khas untuk belajar. Terdapat perbezaan definisi yang dikemukakan oleh Patton,

Payne and Kauffman (1987) yang mendefinisikan bermasalah fizikal sebagai

seseorang yang bermasalah di dalam menggunakan fizikalnya seperti penggunaan

tangan, kawalan badan dan gerakan serta masalah kesihatan. Walaupun definisi yang

diberi agak berbeza, namun kedua-dua definisi ini merujuk kepada kanak-kanak yang

mempunyai masalah fizikal. Berdasarkan definisi yang diberi, tidak semua kanak-

kanak yang bermasalah fizikal memerlukan Pendidikan Khas. Contohnya, kanak-

kanak yang tidak mempunyai kaki masih boleh pergi ke sekolah biasa dengan

menggunakan tongkat ataupun kerusi roda. Ia tidak dapat dilakukan oleh kanak-kanak

yang mempunyai kecacatan tulang belakang yang memerlukan pertolongan orang lain

untuk melakukan pergerakan atau aktiviti.

2.3.2 Bermasalah Mental

Setiap orang mempunyai tahap tersendiri untuk memahami sesuatu pelajaran.

Ini disokong oleh Heward dan Orlansky (1984) yang mengatakan terdapat sesetengah

orang mengambil masa yang lama untuk belajar sesuatu berbanding orang lain.

Namun, kelewatan untuk memahami sesuatu berbanding kanak-kanak yang sama

umur dengan mereka menunjukkan mereka ini mengalami masalah. Kanak-kanak

yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis pada tahap

kanak-kanak normal mungkin menghadapi masalah keupayaan mental yang rendah.

Schwartz (1979) dalam kajiannya telah mengklasfikasikan keupayaan mental :

Page 31: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

16

“ They are divided by IQ or performance score, into three groups, with some

difference among the states on the limits of range: (1) the educable or mildly

retarted, IQ 50-70 or 75, maximum mental age about 8 to 12 years; (2) the

trainable or moderately retarted, IQ 25-50, maximum mental age roughly 3 to

7 years; and (3) the profound or severly retarted, IQ below 25, maximum

mental age of 3 years” (m/s 23) .

Berdasarkan pernyataan diatas dapat kita ketahui klasfikasi masalah mental ini

seteleh dilakukan ujian IQ (intelligence quotient). Secara umum, mereka mempunyai

keupayaan intelek, namun IQ (intelligence quotient) yang rendah menyebabkan

mereka mengalami masalah mental. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang

menghadapi kerencatan mental. Mereka ini mempunyai fizikal yang sama dengan

kanak-kanak normal. Namun, IQ (intelligence quotient) yang rendah menyebabkan

mereka memerlukan Pendidikan Khas untuk belajar.

2.3.3 Bermasalah Emosi

Kanak-kanak bermasalah emosi kelihatan seperti kanak-kanak biasa. Kanak-

kanak ini boleh dikenalpasti melalui pemerhatian dari segi emosi, hubungan sosial dan

tingkah laku mereka. Ini diterangkan oleh Ehly, Conoly, dan Rosenthal ( 1985)

bahawa seseorang dikategorikan mempunyai masalah emosi apabila mempunyai salah

satu atau lebih sifat berikut;

“a. an inability to learn which cannot be explain by intellectual, sensory or

health factor; b. an inability to build or maintain satisfactory interpersonal

relationship with peers and teacher; c. inappropriate types of behavior or

feelings under normal circumstances; d. a general pervasive mood of

Page 32: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

17

unhappiness or depression; e. a tendency to develop physical symptoms or

fears associated with personal or school problem.” (m/s 289) .

Antara ciri-ciri kanak-kanak bermasalah emosi ialah gelisah dan bergerak ke

sana sini, suka merosakkan harta benda sendiri dan orang lain, kerap bergaduh, tidak

disukai oleh rakan, risau mengenai perkara yang kecil, berbahasa kasar, dan

sebagainya. Ini terbukti dengan pernyataan Payne, Kauffman, and Brown (1974) “The

difference is that emotionally disturbed children exhibit behavior that goes to an

extream:they are too anggressive or too withdrawn, too loud or too quiet, too

euphoric or too depressed” (m/s 21).

Emosi yang tidak stabil pada kanak-kanak ini menyebabkan mereka

memerlukan pendekatan yang berbeza di sekolah. Oleh itu, mereka tergolong di dalam

golongan kanak-kanak yang berkeperluan khas supaya mereka mendapat suasana

pengajaran dan pendekatan yang lebih berkesan untuk diri mereka.

2.3.4 Masalah Pembelajaran

Kanak-kanak yang mempunyai masalah adalah sama seperti kanak-kanak

normal yang lain. Kanak-kanak ini dikesan apabila mempunyai masalah di dalam

melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru serta mempunyai keputusan

peperiksaan yang lebih rendah berbanding kanak-kanak lain di kelas yang sama.

Menurut Smith dan Luckasson (1995), individu bermasalah pembelajaran mempunyai

tahap kecerdasan yang normal tetapi pada hakikatnya mempunyai masalah di dalam

pencapaian akademik.

Page 33: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

18

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah dikenapasti mempunyai masalah

pembelajaran akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan. Menurut Robiah (1992)

pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata

pelajaran asas. Sekolah yang mempunyai murid bermasalah pembelajaran dikenali

sebagai Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Walaupun sekolah ini

merupakan Sekolah Pendidikan Khas, namun terdapat murid normal yang bersekolah

di sekolah yang sama. Contohnya, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taman

Perling.

2.3.5 Masalah Pendengaran

Masalah pendengaran juga merupakan salah satu kategori yang melanyakkan

seseorang kanak-kanak untuk mendapatkan Pendidikan Khas. Masalah pendengaran

boleh dikategorikan kepada tiga. Menurut Payne et al. (1974) bahawa kanak-kanak

yang dilahirkan sejak kecil tidak boleh mendengar dikenali sebagai “pekak” (deaf)

manakala kanak-kanak yang dilahirkan boleh mendengar tetapi apabila sampai umur

untuk mereka boleh bercakap dan tetiba hilang deria pendengaran dikenali sebagai

“dipekakkan” (deafened) dan kesukaran mendengar pula adalah mereka yang

mengalami penurunan pada deria pendengaran sama ada sejak lahir atau semasa

kehidupan seharian. Kesukaran kanak-kanak ini mendengar menyebabkan mereka

memerlukan alat bantuan pendegaran atau pengajaran yang menggunakan bahasa

isyarat. Mereka ini mempunyai fizikal dan mental sama seperti kanak-kanak normal

yang lain.

Page 34: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

19

2.3.6 Masalah Penglihatan

Masalah penglihatan ataupun dalam bahasa inggeris dikenali sebagai visual

impairment adalah merujuk kepada seseorang yang mempunyai masalah pada deria

penglihatan. Masalah penglihatan didefinasikan oleh Payne et al. (1974) sebagai

kegagalan pada mata atau saraf mata yang menyebabkan mereka tidak dapat melihat

seperti orang biasa.

Kanak-kanak yang mengalami masalah pada deria penglihatan memerlukan

Sekolah Pendidikan Khas sebagai tempat mereka menuntut ilmu. Menurut Haniz

(2006) tiada sekolah integrasi diwujudkan di sekolah harian biasa untuk pelajar yang

mempunyai masalah penglihatan. Pelajar-pelajar ini menggunakan alat khas bagi

menggantikan mata mereka untuk membaca. Mereka juga memerlukan guru yang

mempunyai latihan khas untuk mengajar mereka. Ini jelas diperkatakan oleh Heward

dan Orlansky (1984) bahawa “Teachers of visual impaired children are often

associated with specialized equipment and materials such as Braille, canes, tape

recorders, and magnifiying devices…. But the effective teacher must know a great deal

more than how to use these special use these special techniques.” (m/s 276).

2.3.7 Kegagalan Komunikasi

Komunikasi adalah perkara yang penting semasa menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi perlu dilakukan dua hala. Komunikasi satu

hala tidak dapat menghasilkan proses pengajaran. Heward dan Orlansky (1984)

menerangkan bahawa penyampai dan penerima harus mengambil bahagian untuk

menghasilkan komunikasi yang berkesan. Komunikasi boleh dilakukan dalam

pelbagai cara dan perlbagai medium boleh digunakan. Kegagalan pada penyampai

atau penerima menyebabkan sesuatu komunikasi itu tidak dapat dilakukan.

Page 35: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

20

Komunikasi bukan sahaja melibatkan kita mengeluarkan bunyi sahaja. Ini dijelaskan

oleh Hallahan dan Kauffman (1991) bahawa komunikasi tidak berlandaskan pada

ucapan semata-mata. Ia juga boleh dilakukan dengan menggunakan bahasa isyarat

yang membolehkan pihak kedua memahami apa yang hendak disampaikan.

Masalah komunikasi di dalam pendidikan berlaku apabila murid yang

mempunyai masalah komunikasi tidak mengambil bahagian semasa pengajaran guru

di kelas. Mereka lebih suka duduk senyap dan tidak menjawab soalan yang ditanyakan

kepada mereka. Ini dibuktikan dengan pernyataan Schwartz (1979) yang mengatakan

pelajar duduk diam di belakang kelas kerana takut dengan kecacatan dalam

percakapannya.

2.3.8 Pintar Cerdas

Pintar cerdas merupakan salah satu kategori kanak-kanak yang memerlukan

Pendidikan Khas di Malaysia. Pintar cerdas atau dikenali juga sebagai genius

merupakan salah satu isu yang hangat dibincangkan. Contohnya, kanak-kanak yang

mampu menyelesaikan masalah matematik peringkat universiti tanpa bantuan orang

lain. Kanak-kanak ini hanya pandai di dalam matematik, namun di dalam bidang lain

dia adalah sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Terdapat pelbagai definisi yang dikemukakan bagi menunjukkan murid pintar

cerdas ini. Antaranya ialah Smith dan Luckasson (1995) istilah yang digunakan untuk

menerangkan individu yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi, kemampuan

pemahaman dan mempunyai prestasi yang tinggi. Manakala Heward dan Orlansky

(1984) mendefinasikan pintar cerdas sebagai keupayaan menunjukkan prestasi yang

tinggi dalam bidang seperti intelektual, kreatif, artistik, kepimpinan, atau bidang

akademik yang khusus dan sesiapa yang memerlukan servis atau aktiviti yang tidak

Page 36: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

21

disediakan di sekolah umum. Kedua-dua yang diberikan menunjukkan pintar cerdas

ini mempunyai banyak kelebihan di dalam bidang akademik dan intelektual.

2.4 Masalah-masalah Guru Pendidikan Khas

Berdasarkan kajian yang dijalankan Robiah (1992), terdapat pelbagai masalah

yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas di Malaysia. Masalah ini dapat dibahagikan

kepada beberapa kategori. Namun, masalah yang akan dibincangkan di dalam bab ini

terbahagi kepada empat kategori sahaja. Kategori tersebut adalah (1) masalah

organisasi dan pengurusan, (2) masalah kemudahan fizikal, (3) masalah dengan Ibu

bapa, dan (4) masalah dengan Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.

2.4.1 Masalah Organisasi dan Pengurusan

Organisasi dan pengurusan merupakan perkara yang penting di dalam sistem

persekolahan. Mereka ini merupakan tunggak kepada perjalanan dan hala tuju sekolah

tersebut. Namun, mereka ini sama seperti manusia lain yang tidak mempunyai

kesempurnaan menyeluruh. Oleh itu, berlaku perkara-perkara atau tindakan yang

boleh menyebabkan orang lain tersinggung dan membebankan orang lain di

persekitaran mereka. Perkara ini boleh diubah sekiranya mereka tahu kesilapan

mereka dan ada yang sudi membantu mereka.

Masalah yang melibatkan guru adalah seperti beban kerja yang makin

bertambah. Guru bukan sahaja mengajar di kelas sahaja malah terpaksa melakukan

pengurusan sekolah. Antara kerja sampingan yang perlu dibuat oleh guru ialah

Page 37: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

22

menguruskan data, urusan pentadbiran, menjalankan kegiatan kokurikulum dan

kurikulum, dan urusan hal ehwal murid (HEM) (Berita Mingguan, 8 Jan 2006). Selain

itu, menurut Ismail (1991) guru-guru dibebankan dengan tugas seperti guru tingkatan,

guru penasihat persatuan, pasukan beruniform, guru pusat sumber dan lain-lain.

Akibat daripada tugas yang semakin bertambah ini menyebabkan mereka sukar untuk

mengagih-agihkan masa bagi urusan lain.

2.4.2 Masalah Kemudahan Fizikal

Kemudahan fizikal seperti kelas mahupun peralatan di sekolah merupakan

perkara yang perlu dititik beratkan. Kemudahan-kemudahan ini boleh membantu

murid dan guru serta mewujudkan persekitaran yang lebih menarik. Kemudahan

fizikal ini termasuk ruang kelas, perabot di dalam kelas, alat bantu mengajar guru dan

lain-lain.

Masalah yang timbul daripada kemudahan fizikal ini boleh mengganggu atau

menyebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak menarik. Antara

masalah tersebut adalah perabot yang tidak mencukupi, ruang kelas yang tidak sesuai

dengan jumlah murid serta kekurangan alat bantu mengajar. Perkara ini adalah penting

bagi guru Pendidikan Khas di dalam proses pengajaran mereka.

Guru Pendidikan Khas menggunakan alat bantu mengajar yang banyak di

dalam membantu proses pengajaran mereka. Berdasarkan dapatan kajian Robiah

(1992), beliau mendapati guru Pendidikan Khas tidak mempunyai almari dan rak yang

mencukupi untuk menyimpan alat bantu mengajar mereka. Mereka memerlukan ruang

dan rak-rak untuk menyimpan peralatan mereka itu supaya kelas Pendidikan Khas

kelihatan kemas dan mewujudkan suasana yang terbaik untuk murid-murid mereka.

Almari dan rak yang tidak cukup menyebabkan peralatan mereka tidak dapat

Page 38: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

23

tersimpan dengan kemas dan ada yang rosak. Alat bantu mengajar banyak membantu

guru Pendidikan Khas. Hallahan dan Kauffman (1994) memberi cadangan supaya

guru Pendidikan Khas memperbanyakkan pelbagai jenis bahan di dalam meningkatkan

pencapaian murid. Ini jelas menunjukkan peranan alat bantu mengajar di dalam proses

pengajaran guru Pendidikan Khas.

2.4.3 Masalah Guru Pendidikan Khas dengan Ibu Bapa

Sokongan daripada ibu bapa adalah sangat penting kepada guru-guru

Pendidikan Khas. Sokongan dan kerjasama dari mereka dapat membantu guru

Pendidikan Khas di dalam mengekalkan perubahan murid-murid mereka. Shea dan

Bauer (1991) menyatakan bahawa ibu bapa merupakan ejen perubahan yang efektif

untuk anak-anak mereka. Ini menunjukkan, peranan ibu bapa juga adalah penting di

dalam membantu guru melakukan perubahan pada anak mereka. Guru Pendidikan

Khas memerlukan serba sedikit maklumat latar belakang murid mereka dan tanpa

bantuan ibu bapa ia merupakan perkara yang sukar bagi mereka.

Masalah yang timbul adalah apabila ibu bapa tidak mahu berjumpa dan

memberi kerjasama dengan guru Pendidikan Khas. Ini menyukarkan guru Pendidikan

Khas mendapatkan maklumat berkenaan murid mereka. Guru Pendidikan Khas perlu

berjumpa dengan ibu bapa untuk membincangkan masalah murid mereka. Bantuan

dan sokongan daripada ibu bapa amat diperlukan bagi mengekalkan perubahan murid

dan membantu pelajaran anak mereka semasa di rumah. Menurut Shea dan bauer

(1991) penglibatan guru di dalam kelas dan komuniti sekolah sedikit sebanyak boleh

membantu perubahan kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Page 39: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

24

Menurut Robiah (1992) bagi menjalinkan tugas mewujudkan kerjasama

dengan Guru Besar, guru biasa dan ibu bapa maka guru khas mestilah dibekalkan

dengan pengetahuan kemahiran professional, kemahiran menjalinkan hubungan mesra,

hubungan kemanusiaan, kepimpinan serta kemahiran komunikasi. Ini adalah penting

bagi guru Pendidikan Khas untuk menarik ibu bapa bekerjasama dengan mereka.

Kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa banyak membantu guru Pendidikan Khas di

dalam menjalankan tugas mereka.

2.4.4 Masalah Guru Pendidikan Khas dengan Pejabat Pelajaran Daerah/

Jabatan Pelajaran Negeri.

Guru Pendidikan Khas mengalami masalah apabila pihak Pejabat Pelajaran

Daerah/Jabatan Pelajaran Negeri tidak melakukan pemantauan ke atas kelas

Pendidikan Khas. Pemantauan ini adalah perkara yang penting bagi guru Pendidikan

Khas kerana mereka boleh mengutarakan masalah yang mereka hadapi dengan

Pendidikan Khas di sekolah dan mendapatkan maklum balas berkenaan pengajaran

khas yang mereka jalankan. Ini adalah bagi memperbaiki segala kekurangan yang ada

pada diri guru Pendidikan Khas.

Kerjasama yang baik antara guru Pendidikan Khas dan Pejabat Pelajaran

Daerah/Jabatan Pelajaran Negeri adalah penting. Masalah yang timbul apabila tiada

kerjasama yang baik ialah guru Pendidikan Khas tidak mendapat nasihat, guru

Pendidikan Khas tidak mendapat maklumat berkenaan cara ataupun teknik mengajar

yang terkini dan lain-lain. Menurut Robiah (1992) guru khas sukar mendapatkan

pendedahan tambahan mengenai teknik penhgajaran dan penggunaan alat bantu

mengajar yang terkini.

Page 40: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

25

2.5 Kajian Lepas Berkenaan Pendidikan Khas Di Malaysia

Salah satu kajian lepas yang berkaitan tajuk ini ialah hasil kajian oleh Robiah

(1992) di dua buah sekolah rendah yang di pilih. Kedua-dua buah sekolah ini

mempunyai kelas pemulihan. Kajian yang dijalankan adalah untuk mendapatkan

maklumat berkenaan dengan masalah-masalah yang di hadapi oleh guru Khas

Pemulihan di dua buah sekolah. Kajian beliau telah di bukukan di dalam buku yang

bertajuk Guru Khas Pemulihan Fungsi dan Masalah yang diterbitkan pada tahun 1992.

Beliau telah menjalankan kajian tersebut di sekolah rendah di kepong

Selangor. Menurut penulisan beliau, sekolah ini merupakan sekolah gred C dan

terletak diluar kawasan bandar. Sekolah yang kedua yang menjadi tempat untuk

menjalankan kajian ialah sekolah rendah di Shah Alam iaitu di daerah Petaling.

Sekolah ini adalah sekolah gred A dan terletak dikawasan bandar. Sekolah ini terletak

kira-kira tiga kilometer dari pusat bandar Shah Alam, Selangor. Kategori sekolah ini

tekah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor pada masa itu. Kajian ini

dilakukan hanya kepada Kelas Pendidikan Pemulihan kedua-dua sekolah.

Hasil dapatan kajian beliau adalah berkaitan masalah-masalah Guru Khas

Pemulihan di dua buah sekolah ini. Beliau telah mengkategorikan kepada lapan

kategori. Kategori tersebut ialah masalah umum, masalah fizikal, masalah Guru Khas

Pemulihan dengan Guru Besar, masalah Guru Khas Pemulihan dengan Guru Biasa,

masalah Guru Khas Pemulihan dengan Ibu Bapa, masalah Guru Khas Pemulihan

dengan Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, masalah

Guru Khas Pemulihan dengan murid lambat, dan tugas pemulihan yang tidak dapat

dilaksanakan oleh Guru Khas Pemulihan.

Page 41: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

26

Dapatan daripada kajian beliau digunakan bagi menyampaikan saranan beliau

berpandukan kepada masalah-masalah yang beliau temui hasil daripada kajian

tersebut. Saranan-saranan tersebut dapat dijadikan panduan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia pada masa itu mengambil tindakan dan memperbaiki system

yang sedia ada. Beliau mengharapkan segala masalah yang ditemui dapat diselesaikan

dan hasil kajian beliau dapat menyumbang di dalam pembangunan sistem dan

kemudahan Pendidikan Khas di Malaysia.

Yeow Sau Chen (2001) telah menjalankan kajian untuk mengenalpasti

masalah-masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas ketika melaksanakan

Program Pencantuman Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Keputusan yang

diperolehi daripada kajian beliau menunjukkan majority guru pendidikan khas

menghadapi semua permasalahan yang dikaji oleh penyelidik terutamanya berkait

dengan keadaan murid yang bermasalah, diikuti dengan permasalah ketika dalam

pengajaran bidang kemahiran amali, akibat peruntukan kemudahan fizikal dan bahan

pengaran yang terhad, beban kerja yang berat, dan kesukaran untuk mendapatkan

kerjasama dan sokongan daripada pihak atasan dan ibu bapa murid.

Zuriyah (2003) telah menjalankan kajian yang bertujuan mengenalpasti

masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas Program Integrasi Bermasalah

Pembelajaran di dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Kemahiran Hidup. Keputusan yang diperolehi beliau menunjukkan majoriti guru

Pendidikan Khas menghadapi semua permasalahan yang dikaji terutamanya berkaitan

dengan masalah pengajaran dan pembelajaran teori, kemahiran serta masalah-masalah

lain yang berkaitan sewaktu melaksanakan Program Integrasi Bermasalah

Pembelajaran.

Satu kajian telah dilakukan oleh Muallimah (2008) yang bertujuan untuk

mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Khas program

Page 42: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

27

Integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup. Pada keseluruhannya

hasil analisisyang dilakukan menunjukkan majoriti Guru Pendidikan Khas menghadapi

permasalahan , terutamanya dalam permasalahan yang berkaitan teori pengajaran dan

kemahiran amali, diikuti masalah kurang pengetahuan dan kemahiran dalam mengajar

matapelajaran Kemahiran Hidup, kesukaran mendapat kerjasama daripada ibubapa

pelajar dan permasalahan yang akhir berkaitan kemudahan fizikal dan bahan

pengajaran untuk matapelajaran kemahiran hidup.

2.6 Penutup

Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan serba sedikit berkenaan

Pendidikan Khas. Penyelidik telah menerangkan latar belakang Pendidikan Khas,

Jabatan Pendidikan Khas, kanak-kanak berkeperluan khas dan klasifikasi kanak-kanak

berkeperluan khas.

Page 43: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan

Bab ini akan menyentuh perkara-perkara mengenai pengkaedahan dan

prosedur kajian yang dijalankan. Ini termasuklah aspek rekabentuk kajian, sampel

kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan analisis data.

3.1 Rekabentuk Kajian

Pengkaji telah memilih kajian deskriptif sebagai bentuk kajian. Mohd Najib

(1998) menerangkan bahawa sekiranya hanya untuk menerangkan keadaan atau

perhubungan antara pembolehubah, terma yang biasa digunakan ialah deskriptif.

Kajian ini bermatlamat mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru pendidikan Khas.

Data kajian akan dikutip daripada sampel melalui soalselidik. Penggunaan soalselidik

dipilih kerana cara ini dapat memperolehi data terpiawai dengan berkesan dan mudah.

Manakala guru-guru pula lebih memahami mengenai perkara-perkara yang perlu

dinilai berbanding dengan cara penilaian yang lain.

Page 44: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

29

3.2 Persampelan

Menurut Azizi et al. (2006) populasi adalah satu set lengkap semua kumpulan

(manusia, nombor, komuniti, bakteria, dan sebagainya) yang memenuhi spesifikasi.

Oleh itu, populasi kajian adalah terdiri daripada semua guru yang mengajar pelajar

Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth dan

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taman Perling yang terletak di daerah Johor

Bahru. Jumlah populasi guru yang akan terlibat adalah seramai 38 orang. Teknik

persampelan yang akan digunakan adalah menggunakan Jadual Krejcie dan Morgan

(1970) berdasarkan jadual tersebut, jumlah populasi yang hampir dengan kajian ini

adalah 40 orang dan sampel yang akan di ambil adalah seramai 36 orang. Oleh itu,

sampel bagi kajian ini adalah seramai 36 orang. Sampel akan di pilih secara rawak

mudah. Persampelan rawak mudah adalah satu proses di mana setiap ahli populasi

mempunyai peluang yang sama bagi dipilih dan pemilihan subjek adalah bebas dan

tidak bersandar dengan pemilihan subjek (Azizi et al, 2006).

3.3 Instrumen Kajian

Soal selidik menjadi pilihan penyelidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik

sesuai digunakan kerana ia dapat memberikan respon yang lebih tepat kerana

responden tidak berhadapan dengan pengkaji semasa menjawab soalan-soalan

tersebut. Ini memberi peluang kepada responden untuk menjawab dengan gerak hati

mereka tanpa di pengaruhi penyelidik. Responden bebas untuk memberi pendapat

mereka sendiri.

Page 45: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

30

3.3.1 Soal selidik

Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A adalah bagi mendapatkan latar belakang setiap responden. Bahagian B

pula bagi menjawab persoalan kajian yang telah di reka khas oleh penyelidik.

Bahagian A

Bahagian ini mengandungi enam soalan mengenai maklumat umum latar

belakang guru. Soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan jantina, umur,

tempoh perkhidmatan, keturunan, kelulusan tertinggi, subjek yang diajar.

Bahagian B

Soalan yang dikemukakan digunakan untuk mengumpul data bagi menjawab

persoalan kajian. Terdapat empat persoalan kajian yang hendak dikaji. Maklumat

terperinci berkenaan no item dan persoalan kajian aalah seperti jadual 3.1 di bawah

ini.

Jadual 3.1: Persoalan kajian dan no item

Bil Persoalan kajian Item

1. Apakah masalah organisasi dan pengurusan yang

dihadapi oleh guru Pendidikan Khas.

1,2,3,4,5,6,7,8

2. Apakah masalah kemudahah fizikal yang dihadapi

oleh guru Pendidikan Khas.

9,10,11,12,13

Page 46: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

31

3. Apakah masalah guru Pendidikan Khas dengan Ibu

Bapa.

.

14,15,16,17

4. Apakah masalah guru Pendidikan Khas dengan

Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran

Negeri Johor.

18,19,20,21

3.4 Prosedur Kajian

Mendapat tajuk merupakan langkah awal dalam menjalankan kajian ini.

Pengkaji kemudiannya menetapkan perkara yang ingin dikaji terhadap responden.

Seterusnya sorotan penulisan perlu disiapkan bagi membentuk satu cadangan kajian.

Kertas cadangan dibuat untuk memberi gambaran ringkas mengenai tajuk yang

dikemukakan dan persoalan yang dikaji.

Soal selidik direkabentuk oleh penyelidik berdasarkan buku yang ditulis oleh

Robiah (1992) yang bertajuk Guru Pemulihan Fungsi dan Masalah:Satu Kajian.

Berdasarkan buku tersebut, item-item dibina dan diubahsuai supaya bersesuaian

dengan kajian ini. Setelah kertas kerja cadangan diluluskan oleh pensyarah

pembimbing, maka kertas cadangan kajian akan dihantar ke Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) untuk mendapatkan kelulusan sebelum

kajian dijalankan.

Seterusnya adalah proses menjalankan kajian rintis dan kajian sebenar. Kajian

sebenar dijalankan di dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

Princess Elizabeth dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taman Perling. Kajian

Page 47: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

32

dijalankan pada 22 Feburuari 2010. Setelah data diperolehi daripada responden, data

akan diproses. Data akan dianalisis dan perbincangan serta kesimpulan dibuat

berdasarkan dapatan kajian yang dikumpul.

3.5 Kaedah Analisis Data

Data-data yang dikumpulkan akan diproses dan dianalisis dengan

menggunakan perisian komputer SPSS for Window, Version 11.5 (Stastiscal Package

For Social Sciences) dan hasilnya dipersembahkan dalam bentuk peratus (%),

kekerapan (f) dan min. Menurut Mohd Salleh (2001) perisian ini merupakan perisian

yang mesra pengguna (user-friendly) yang boleh digunakan untuk melakukan pelbagai

analisis statistik dan pengurusan data dalam persekitaran yang bergrafik.

Penganalisaan akan dibuat berdasarkan kepada persoalan kajian. Hasilnya akan

dipersembahkan dalam bentuk jadual.

Penganalisaan data melibatkan aktiviti memanipulasi seperti mengatur,

memilih, dan menjadual. Penganalisaan data juga melibatkan pengiraan data mentah.

Dalam pentafsiran data, penyelidik akan menggunakan objektif penyelidikan sebagai

asas untuk mentafsir dan mengumpul data maklumat. Pentafsir dilakukan untuk

mengenalpasti sejauh mana objektif penyelidikan dicapai berdasarkan mata dan

maklumat yang diperolehi.

Ketetapan masalah yang wujud adalah berdasarkan kepada min tanda aras iaitu

3.0 dan ke atas. Min yang di bawah 3.0 dianggap tidak bermasalah. Min yang dilihat

adalah min purata dan min setiap item bagi mengenalpasti kewujudan masalah pada

guru Pendidikan Khas.

Page 48: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

33

Jadual 3.2: Kriteria Menganalisis Data

PERSOALAN KAJIAN ANALISIS DATA

Persoalan Kajian 1 Peratus (%), kekerapan dan min

Persoalan Kajian 2 Peratus (%), kekerapan dan min

Persoalan Kajian 3 Peratus (%, kekerapan dan min

Persoalan Kajian 4 Peratus (%), kekerapan dan min

3.6 Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar ke atas responden dijalankan, set soal selidik diuji

melalui suatu kajian rintis yang bertujuan untuk menentukan kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen kajian. Selain daripada itu, kajian rintis ini juga untuk

mengetahui kesesuaian item-item soal selidik yang digunakan. Menurut Best dan

Kahn (1998) soal selidik yang dibentuk oleh penyelidik perlu diuji bagi mengekalkan

kualiti seterusnya membantu mencapai objektif penyelidikan. Menurut Mohd Najib

(2003) instrumen yang dibina sendiri oleh pengkaji dan dengan itu kajian adalah

berbentuk kajian rintis untuk menguji kebolehobjektifan, kesukaran dan

kebolehpercayaan.

Seramai enam orang guru Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan

Khas Princess Elizabeth Johor Bahru di pilih sebagai sampel kajian rintis. Kesahan

dan kebolehpercayaan soal selidik diproses dengan menggunakan perisian SPSS for

Window, Version 11.5 (Stastiscal Package for Social Sciences). Alpha cronbach yang

diperolehi ialah 0.8364. Oleh itu, dalam kajian rintis ini jika kesahan dan

kebolehpercayaan kajian yang mencapai nilai alpha cronbach 0.8 hingga 1 boleh

dianggap baik dan tinggi (Mohd Najib, 1999). Maka dengan ini item yang dibina

dalam soal selidik boleh dipercayai dan boleh diterima. Selain daripada itu, beberapa

item-item tertentu telah diubah dari segi tatabahasanya bagi menghasilkan soalan yang

benar-benar boleh difahami oleh responden tanpa keliru.

Page 49: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

34

3.7 Penutup

Dalam bab ini penyelidik telah menerangkan metodologi kajian yang

dijalankan. Penyelidik akan menjalankan kajian deskriptif yang menunjukkan

kekerapan dan peratusan terhadap masalah-masalah yang di hadapi oleh guru

pendidikan khas di sekolah.

Huraian analisis yang akan dibuat adalah berdasarkan kepada setiap soalan dan

juga secara keseluruhan bagi setiap aspek atau faktor yang hendak dikaji. Semua

keputusan dan kesimpulan yang diperolehi dari analisis data akan dinyatakan dalam

bab yang seterusnya.

Page 50: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

BAB IV

ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan analisis data yang diperolehi daripada item soal

selidik yang telah diedarkan kepada responden. Sebanyak 36 borang soal selidik telah

diedar dan berjaya mengutip semula mengikut bilangan yang telah diedarkan. Maklum

balas yang diberi oleh 36 responden dianalisis mengikut bahagian di dalam borang

soal selidik.

4.1 Analisis data

Data-data yang dikumpulkan daripada soal selidik dianalisis dengan mengira

kekerapan dan ditukar kepada nilai peratusan. Data dianalisis dengan menggunakan

perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences, Version 11.5), untuk

mendapatkan skor pencapaian sampel. Hasil analisis dinyatakan dalam bentuk jadual

taburan kekerapan, peratusan dan min bagi menunjukkan tahap skor secara terperinci.

Item soal selidik diasingkan mengikut aspek yang dikaji dan dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu:

Page 51: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

36

a. Maklumat latar belakang responden

b. Maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas.

Skala Likert lima mata di pilih sebagai kaedah untuk responden menunjukkan

persetujuan mereka terhadap item-item yang di kemukakan di dalam soal selidik.

Tiada juri diperlukan bagi menentukan kedudukan pada skala pernyataan (Azizi et al,

2006). Ini membolehkan responden menjawab tanpa pengaruh daripada unsur-unsur

luar. Skala lima mata tersebut adalah seperti di bawah ini :

1. Sangat tidak setuju (STS)

2. Tidak setuju (TS)

3. Tidak pasti (TP)

4. Setuju (S)

5. Sangat setuju (SS)

4.1.1 Analsisi Jantina, Keturunan dan Umur

Data yang diperolehi dianalasis dan ditunjukkan dalam bentuk kekerapan,

peratusan dan min. Jumlah keseluruhan responden adalah 36 orang. Daripada jumlah

keseluruhan responden, sepuluh orang (27.8%) adalah guru Pendidikan Khas lelaki

dan 26 orang (72.2%) pula adalah guru Pendidikan Khas perempuan. Manakala dari

aspek keturunan pula, 35 orang guru Pendidikan Khas (97.2%) adalah berbangsa

Melayu dan seorang (2.8%) berbangsa Cina. Bagi bangsa India dan lain-lain bangsa,

dapatan kajian menunjukkan tiada responden daripada bangsa-bangsa ini yang terlibat

didalam kajian ini. Taburan umur di dalam kajian ini adalah 22 orang guru (61.1%)

berada dalam lingkungan umur 23 hingga 29 tahun, lapan orang guru (22.2%) berada

di dalam lingkungan umur 30 hingga 36 tahun, tiga orang guru (8.3%) berada di dalam

kategori umur 37 hingga 43 tahun, dua orang guru (5.6%) berada dalam lingkungan

umur 44 hingga 51 tahun, dan seorang dengan peratusan sebanyak 2.8% berada dalam

Page 52: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

37

lingkungan umur 52 hingga 58 tahun. Hasil daripada analisis data menunjukkan

bahawa kebanyakan responden adalah guru perempuan, berketurunan melayu dan

berada di dalam lingkungan umur 23 hingga 29 tahun. Analisis data yang terperinci

ditunjukkan di dalam Jadual 4.1 seperti di bawah ini.

Jadual 4.1 : Maklumat latar belakang responden ; aspek jantina, keturunan dan umur.

Biodata / Aspek Bilangan responden Peratus (%)

Jantina Lelaki 10 27.8 Perempuan 26 72.2

Jumlah 36 100 Keturunan / Bangsa Melayu 35 97.2

Cina 1 2.8 India 0 0 Lain-lain 0 0

Jumlah 36 100

Umur 23-29 tahun 22 61.1

30-36 tahun 8 22.2

37-43 tahun 3 8.3

44-51 tahun 2 5.6

52-58 tahun 1 2.8 Jumlah 36 100

4.1.2 Analisis Kelulusan Tertinggi, Subjek Diajar dan Tempoh Perkhidmatan

Analisis kedua yang dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat latar

belakang responden dari aspek umur, kelulusan tertinggi dan subjek yang diajar.

Merujuk kepada kelulusan tertinggi responden, peratusan tertinggi adalah peratusan

Ijazah Sarjana Muda dengan peratusan 55.6% dengan jumlah 20 responden. Ia diikuti

dengan peratusan guru yang mempunyai Diploma iaitu 41.7% dengan jumlah 15

Page 53: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

38

responden. Peratusan terendah adalah peratusan guru memiliki STPM dengan

peratusan 2.8% iaitu seorang responden. Bagi kelulusan Ijazah Sarjana dan Ijazah

Kedoktoran, tiada seorang responden pun yang mempunyai kelulusan tertinggi mereka

didalam peringkat ini.

Maklumat seterus yang dikumpul adalah berkenaan subjek yang diajar

responden. Peratusan tertinggi menunjukkan responden mengajar subjek bahasa

dengan peratusan 38.9% iaitu seramai 14 responden. Peratusan kedua tertinggi pula

adalah 27.8% yang dimiliki oleh responden yang mengajar lain-lain subjek dengan

jumlah sepuluh responden. Seterusnya adalah responden yang mengajar Sains dan

Matematik dengan peratusan 22.2% dengan jumlah lapan responden. Peratusan

terendah adalah peratusan responden yang mengajar Pendidikan Islam atau Moral

dengan peratusan 11.1% iaitu seramai empat responden.

Maklumat latar belakang yang terakhir di dalam bahagian A adalah maklumat

tentang tempoh perkhidmatan responden. Peratusan tertinggi adalah 50% iaitu 18

responden yang telah berkhidmat selama satu hingga lima tahun. Peratusan kedua

tertinggi adalah peratusan tempoh perkhidmatan antara 11 hinnga 15 tahun dengan

peratusan sebnayak 13.9% iaitu seramai sepuluh responden. Seterusnya adalah

peratusan bagi tempoh perkhidmatan enam hingga sepuluh tahun dengan peratusan

27.8% iaitu seramai lima responden. Peratusan terendah di dalam tempoh

perkhidmatan adalah peratusan bagi tempoh perkhidmatan antara 16 dan ke atas iaitu

8.3% bersamaan dengan tiga responden. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan

bahawa kajian ini mempunyai majaroti responden yang mempunyai kelulusan Ijazah

Sarjana Muda, dan subjek bahasa adalah subjek yang diajar serta mempunyai tempoh

perkhidmatan satu hingga lima tahun. Analisis data yang terperinci ditunjukkan di

dalam Jadual 4.2 seperti di bawah ini.

Page 54: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

39

Jadual 4.2 : Maklumat latar belakang responden ; kelulusan tertinggi, subjek di ajar

dan tempoh perkhidmatan.

Biodata / Aspek Bilangan responden Peratus (%) Kelulusan tertinggi STPM 1 2.8

Diploma 15 41.7 Ijazah Sarjana Muda 20 55.6 Ijazah Sarjana 0 0 Ijazah Kedoktoran 0 0

Jumlah 36 100 Subjek yang di ajar

Bahasa 14 38.9 Sains dan matematik 8 22.2 Pendidikan islam/moral 4 11.1 Lain-lain 10 27.8

Jumlah 36 100 Tempoh perkhidmatan 1-5 tahun 18 50.0

6-10 tahun 5 27.8 11-15 tahun 10 13.9 16 dan ke atas 3 8.3

Jumlah 36 100 4.2 Analisis Data Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Guru Pendidikan

Khas.

Bahagian ini mempunyai 21 soalan berkaitan masalah-masalah yang dihadapi

oleh guru Pendidikan Khas. Masalah-masalah yang dilibatkan di dalam kajian ini ialah

masalah organisasi dan pengurusan, masalah kemudahan fizikal, masalah guru

Pendidikan Khas dengan Ibu Bapa dan masalah guru Pendidikan Khas dengan Pejabat

Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Page 55: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

40

4.2.1 Masalah Organisasi dan Pengurusan

Sebanyak lapan item soalan dikemukakan untuk masalah berkaitan organisasi

dan pengurusan ini. Berdasarkan analisis data, item dua menunjukkan min yang

tertinggi dengan min 4.057. Seramai 26 responden dengan peratusan sebanyak 72.2%

menjawab setuju bagi item ini. Item tiga pula adalah item yang mempunyai min kedua

tertinggi dengan min 3.222. Seramai 16 responden dengan peratusan sebanyak 44.4%

menjawab setuju dengan pernyataan item ini dan terdapat tiga jumlah yang sama iaitu

sebanyak 11.1% dengan jumlah responden menjawab seramai empat orang yang

menyatakan mereka sangat tidak setuju, tidak pasti dan sangat setuju dengan

pernyataan item tiga. Item ketiga yang tertinggi adalah item pertama dengan min

3.194. Item ini digunakan bagi mendapatkan maklum balas mengenai bilangan guru

Pendidikan Khas yang kecil di sekolah. Peratusan tertinggi item ini menunjukkan

responden menjawab tidak setuju adalah tertinggi dengan peratusan 36.1% iaitu 13

responden yang menjawab. Peratusan terendah pula adalah 5.6% iaitu dua responden

yang menjawab sangat tidak setuju dengan item ini. Item lapan adalah item yang

keempat tertinggi dengan min 2.5. Peratusan tertinggi item ini adalah 33.3% dengan

jumlah 11 responden yang menjawab tidak setuju dan peratusan terendah pula adalah

2.8% dengan seorang responden yang menjawab setuju.

Dapatan kajian menunjukkan item yang mempunyai min terendah adalah item

lima dengan min 1.500. Seramai 21 responden dengan peratusan 58.3% menjawab

sangat tidak setuju dan merupakan jumlah tertinggi yang menjawab item ini.

Seterusnya diikuti dengan item tujuh yang mempunyai min sebanyak 1.556. Item ini

juga mempunyai peratusan tertinggi pada responden menjawab sangat tidak setuju

dengan peratusan sebanyak 55.6% iaitu seramai 20 responden. Item ketiga terendah

adalah item enam. Item ini mempunyai dua peratusan yang sama dan tertinggi iaitu

47.2% dengan jumlah 17 responden yang menjawab sangat tidak setuju dan tidak

setuju dengan pernyataan yang dikemukakan. Item empat merupakan item yang

keempat yang mempunyai min terendah iaitu 1.722. Seramai 17 responden dengan

Page 56: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

41

peratusan 47.2% menjawab sangat tidak setuju dan merupakan peratusan tertinggi bagi

item empat. Secara keseluruhannya, purata min adalah 2.410 dan ini menunjukkan

guru Pendidikan Khas di sekolah yang dikaji tidak mempunyai masalah dengan

organisasi dan pengurusan. Analisis data yang terperinci bagi persoalan kajian ini

ditunjukkan di dalam Jadual 4.3 seperti di bawah ini.

Jadual 4.3 : Taburan kekerapan (peratusan) dan min berkaitan analisis masalah

organisasi dan pengurusan.

No. Item Pernyataan Soalan

Bilangan responden (%) Min

STS TS TP S SS 1. Sekolah ini mempunyai

bilangan guru Pendidikan

Khas yang sangat kecil

berbanding dengan aktiviti

yang perlu dilakukan

2 (5.6)

13 (36.1)

3 (8.3)

12 (33.3)

6 (16.7)

3.194

2. Bilangan tugas yang banyak

bagi setiap orang guru

Pendidikan Khas.

1 (2.8)

0 2 (5.6)

26 (72.2)

7 (19.4)

4.057

3. Guru Pendidikan Khas

memegang jawatan penting di

sekolah sehingga sukar

memberi tumpuan kepada

pengajaran kelas khas.

4 (11.1)

8 (22.3)

4 (11.1)

16 (44.4)

4 (11.1)

3.222

4. Pihak pengurusan tidak

menunjukkan minat terhadap

kelas Pendidikan Khas.

17 (47.3)

12 (33.3)

7 (19.4)

0 0 1.722

5. Pihak pengurusan sering

menjadikan Guru Pendidikan

Khas sebagai guru ganti

berbanding guru lain.

21 (58.3)

12 (33.3)

3 (8.4)

0 0 1.500

Page 57: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

42

6. Terpaksa menggunakan duit

sendiri untuk pembelian alat

bantu mengajar.

17 (47.2)

17 (47.2)

2 (5.6)

0 0 1.583

7. Pihak pengurusan

memandang rendah pada

murid kelas khas

menyebabkan ibu bapa malu

untuk datang ke sekolah.

20 (55.6)

13 (36.0)

2 (5.6)

1 (2.8)

0 1.556

8. Pihak pengurusan melantik

saya menjadi guru kelas biasa

di samping menjadi guru

kelas khas.

7 (19.4)

11 (30.6)

12 (33.3)

5 (13.9)

1 (2.8)

2.500

Purata Keseluruhan 2.410 4.2.2 Masalah Kemudahan Fizikal

Analisis setererusnya adalah berkenaan persoalan kajian kedua iaitu adakah

guru Pendidikan Khas mengalami masalah dengan kemudahan fizikal. Terdapat lima

item dikemukan bagi mendapat jawapan sama ada masalah ini wujud atau tidak pada

diri responden. Item ini bermula daripada item 9 hingga item 13 di dalam soal selidik.

Item yang mempunyai min tertinggi adalah item 13 dengan min 3.167. Item ini

digunakan bagi mendapatkan maklum balas mengenai almari dan rak yang tidak

mencukupi. Item ini mempunyai peratusan tertinggi pada responden menjawab setuju

dengan peratusan 44.5% iaitu seramai 16 orang responden yang menjawab. Peratusan

terendah item ini ialah 8.3% dengan tiga orang responden yang menjawab sangat

setuju.

Page 58: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

43

Berdasarkan analisis data dapat dikenalpasti bahawa item yang mempunyai

min yang terendah adalah item 11 dengan min 2.278. Item ini mempunyai peratusan

yang tinggi pada responden yang menjawab sangat tidak setuju dengan peratusan

41.7% iaitu 15 responden yang menjawab. Peratusan terendah bagi item ini pula ialah

8.3% dengan jumlah responden yang menjawab seramai tiga orang pada sangat setuju

dengan item 11. Item sembilan pula adalah item yang kedua yang memepunyai min

terendah dengan min 2.528. Peratusan tertinggi bagi item ini ialah 47.2% dengan

jumlah 17 responden menjawab tidak setuju dengan item ini. Item sepuluh merupakan

item ketiga yang mempunyai min terendah dengan min 2.722. item ini mempunyai

peratusan tertinggi pada responden yang menjawab tidak setuju dengan peratusan

27.8% iaitu sepuluh responden yang menjawab. Peratusan terendah bagi item ini pula

ialah 8.4% iaitu seramai tiga responden yang menjawab sangat setuju. Item terakhir

yang mempunyai min terendah adalah item 12 dengan min 2.972. item ini mempunyai

peratusan tertinggi pada responden yang menjawab tidak setuju dengan peratusan

30.6% iaitu 11 responden yang menjawab. Peratusan terendah pula adalah 11.1%

dengan jumlah responden seramai empat orang yang menjawab tidak pasti.

Berdasarkan kepada purata min, dapat disimpulkan bahawa guru Pendidikan Khas di

sekolah yang dikaji tidak mempunyai masalah dengan kemudahan fizikal dan purata

minnya adalah 2.733. Analisis data yang terperinci bagi persoalan kajian ini

ditunjukkan di dalam Jadual 4.4 seperti di bawah ini.

Jadual 4.4: Taburan kekerapan (peratusan) dan min berkaitan analisis masalah

kemudahan fizikal.

No. Item Pernyataan Soalan

Bilangan responden (%) Min

STS TS TP S SS 9. Kelas Pendidikan Khas tidak

mempunyai kelas yang tetap

dan terpaksa berkongsi

dengan kelas biasa.

8 (22.2)

17 (47.2)

3 (8.4)

0 8 (22.2)

2.528

Page 59: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

44

10. Tidak mempunyai ruang yang

mencukupi untuk

menggantung alat-alat bantu

mengajar dan bahan

pengukuhan untuk murid.

7 (19.4)

10 (27.8)

8 (22.2)

8 (22.2)

3 (8.4)

2.722

11. Kelas Pendidikan Khas yang

sempit tidak selesa untuk

suasana pembelajaran murid.

15 (41.7)

7 (19.4)

6 (16.7)

5 (13.9)

3 (8.3)

2.278

12. Kemudahan perabot tidak

sesuai dengan murid

Pendidikan Khas kerana

menyukarkan pergerakan

murid.

6 (16.7)

11 (30.6)

4 (11.1)

8 (22.2)

7 (19.4)

2.972

13. Almari dan rak-rak tidak

mencukupi untuk menyimpan

alat bantu mengajar.

6 (16.7)

4 (11.1)

7 (19.4)

16 (44.5)

3 (8.3)

3.167

Purata Keseluruhan 2.733 4.2.3 Masalah Guru Pendidikan Khas dengan Ibu Bapa

Analisis ini dijalankan bagi mengenalpasti masalah guru Pendidikan Khas

dengan ibu bapa. Min tertinggi bagi mengenalpasti masalah ini ialah 2.611 iaitu min

bagi item 16. Peratusan tertinggi bagi item ini ialah 30.6% dan terdapat dua mata

mempunyai peratusan tertinggi ini iaitu tidak setuju dan setuju. Seramai 11 responden

menjawab kedua-dua mata ini. Peratusan terendah ialah 2.8% iaitu seramai seorang

responden yang menjawab sangat setuju. Item kedua yang mempunyai min tertinggi

ialah item 14 dan item 17 dengan min 2.250. Bagi item 14, peratusan tertinggi ialah

41.7% dengan jumlah 15 responden yang menjawab tidak setuju dan peratusan

terendah adalah 5.5% dengan jumlah dua responden yang menjawab sangat setuju.

Page 60: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

45

Bagi item 17 pula, peratusan tertinggi teletak pada responden yang menjawab setuju

dengan peratusan 36.1% iaitu seramai 13 responden.

Berdasarkan analisis data, dapat dilihat bahawa item 15 merupakan item yang

mempunyai min yan terendah dengan min 2.028. peratusan tertinggi bagi item ini

ialah 41.7% dengan jumlah 15 responden yang menjawab tidak setuju. Secara

keseluruhannya, berdasarkan purata min iaitu 2.285 dapat disimpulkan bahawa guru

Pendidikan Khas didua buah sekolah yang dikaji tidak mempunyai masalah dengan

ibu bapa. Analisis data yang terperinci bagi persoalan kajian ini ditunjukkan di dalam

Jadual 4.5 seperti di bawah ini.

Jadual 4.5: Taburan kekerapan (peratusan) dan min berkaitan analisis masalah guru

Pendidikan Khas dengan Ibu Bapa.

No. Item Pernyataan Soalan

Bilangan responden (%) Min

STS TS TP S SS 14. Ibu bapa murid tidak pernah

datang berjumpa saya untuk

membincangkan

perkembangan anak mereka.

10 (27.8)

15 (41.7)

5 (13.9)

4 (11.1)

2 (5.6)

2.250

15. Ibu bapa murid malu untuk

berjumpa dengan saya. 10

(27.8) 15

(41.7) 11

(30.6) 0 0 2.028

16. Ibu bapa menyerahkan segala

urusan persekolahan murid

sepenuhnya kepada guru khas.

8 (22.2)

11 (30.6)

5 (13.9)

11 (30.6)

1 (2.8)

2.611

17. Ibu bapa tidak mengambil

berat tentang anak mereka

yang sering ponteng sekolah.

9 (25)

13 (36.1)

10 (27.8)

4 (11.1)

0 2.250

Purata Keseluruhan 2.285

Page 61: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

46

4.2.4 Masalah Guru Pendidikan Khas dengan Pejabat Pelajaran Daerah dan

Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Analisis ini dijalankan bagi mengenalpasti masalah berkaitan guru Pendidikan

Khas dengan Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Item 19

merupakan item yang mempunyai min yang tertinggi didalam mengenalpasti masalah

guru Pendidikan Khas dengan Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri

dengan min 2.472. item 19 mempunyai peratusan tertinggi pada responden yang

menjawab tidak setuju dengan peratusan 36.1% dengan jumlah responden yang

menjawab seramai 13 orang. Peratusan terendah bagi item ini pula ialah 5.6% dengan

jumlah responden yang menjawab seramai dua orang. Min kedua tertinggi pula adalah

pada item 18 dengan min 2.306. item 18 mempunyai peratusan tertinggi pada

responden yang menjawab tidak setuju dengan peratusan 33.3% dan seramai 12

responden yang menjawab.

Item yang mempunyai nilai min yang terendah adalah item 21 iaitu dengan

nilai min 2.028. Bagi item ini, peratusan tertinggi adalah pada responden yang

menjawab tidak setuju dengan peratusan 41.7% iaitu seramai 15 responden yang

menjawab. Item yang kedua yang mempunyai nilai min terendah adalah item 20

dengan min 2.167. Seramai 15 responden menjawab tidak pasti dengan peratusan

41.7% dan peratusan ini merupakan peratusan tertinggi bagi item 20. Berdasarkan

purata min iaitu 2.243, dapat disimpulkan bahawa guru Pendidikan Khas di dua buah

sekolah yang dikaji tidak mempunyai masalah dengan Pejabat Pelajaran Daerah dan

Jabatan Pelajaran Negeri. Analisis data yang terperinci bagi persoalan kajian ini

ditunjukkan di dalam Jadual 4.6 seperti di bawah ini.

Page 62: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

47

Jadual 4.6: Taburan kekerapan (peratusan) dan min berkaitan analisis masalah guru

Pendidikan Khas dengan Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri

Johor.

No. Item Pernyataan Soalan

Respon (%) Min

STS TS TP S SS 18. Saya sukar untuk mendapatkan

nasihat dan pandangan

berkenaan Pendidikan Khas

daripada Pegawai Jabatan

Pelajaran Negeri/Daerah.

9 (25.0)

12 (33.3)

10 (27.8)

5 (13.9)

0 2.306

19. Saya kurang mendapat

pendedahan mengenai teknik

baru pengajaran dan

penggunaan alat bantu

mengajar yang terkini daripada

Jabatan Pelajaran

Negeri/Daerah.

8 (22.2)

13 (36.1)

7 (19.4)

6 (16.7)

2 (5.6)

2.472

20. Pihak Jabatan Pelajaran

Negeri/Daerah jarang

menjalankan pemantauan dan

seliaan ke atas kelas

Pendidikan Khas.

11 (30.6)

9 (25.0)

15 (41.7)

1 (2.8)

0 2.167

21. Pihak Jabatan Pelajaran

Negeri/Daerah kurang

memberikan kerjasama pada

saya ketika saya menjalankan

urusan di pejabat mereka.

11 (30.6)

15 (41.7)

9 (25.0)

0 1 (2.8)

2.028

Purata Keseluruhan 2.243

Page 63: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

48

4.3 Masalah Yang Dikenalpasti

Secara keseluruhannya didapati guru-guru Pendidikan Khas di dua buah

sekolah yang dikaji tidak mempunyai masalah dengan organisasi dan pengurusan,

kemudahan fizikal, ibu bapa, dan Pejabat Pelajaran Daerah/ Jabatan Pelajaran Negeri.

Namun, daripada dapatan kajian didapati terdapat empat masalah di dalam item-item

yang dikemukakan iaitu item satu ( jumlah guru yang kecil berbanding aktiviti yang

perlu dilakukan), item dua (bilangan tugas yang banyak bagi setiap guru Pendidikan

Khas), item tiga (memegang jawatan penting) dan item 13 ( almari dan rak tidak

mencukupi untuk menyimpan alat bantu mengajar). Item satu, item dua dan item tiga

berada di dalam kategori masalah organisasi dan pengurusan manakala item 13 berada

di dalam kategori masalah kemudahan fizikal.

Jadual 4.7: Masalah yang dikenalpasti dan min.

Bil Masalah yang dikenalpasti Min

1. Sekolah ini mempunyai bilangan guru Pendidikan Khas yang sangat kecil

berbanding dengan aktiviti yang perlu dilakukan

3.194

2. Bilangan tugas yang banyak bagi setiap orang guru Pendidikan Khas. 4.057

3. Guru Pendidikan Khas memegang jawatan penting di sekolah sehingga

sukar memberi tumpuan kepada pengajaran kelas khas. 3.222

4. Almari dan rak-rak tidak mencukupi untuk menyimpan alat bantu

mengajar.

3.167

Page 64: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

49

4.4 Penutup

Dalam bab ini penyelidik telah menerangkan hasil dapatan kajian yang

dijalankan. Penyelidik telah menganalisis data yang dikumpul hasil daripada

responden menjawab soal selidik yang diedarkan di dua buah Sekolah Pendidikan

Khas di sekitar Johor Bahru. Data yang dianalisis diterjemah dalam bentuk jadual

yang mengandungi nilai peratusan, bilangan reponden yang menjawab dan min. Hasil

daripada analisis data, dapat dikenalpasti empat masalah yang timbul dikalangan guru

Pendidikan Khas di dua buah sekolah yang dikaji.

Page 65: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

1

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Program Pendidikan Khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah

menengah. Pendidikan peringkat rendah tidak menyediakan sebarang aliran khusus

manakala pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu

akademik dan teknik atau vokasional. Haniz (2006) membentangkan bahawa Program

Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu (1)

Sekolah Khas Bermasalah Penglihatan, Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah

Pembelajaran, (2) Sekolah Integrasi Bermasalah Pembelajaran, dan (3) Sekolah

Inklusif Bermasalah Pembelajaran.

Merujuk kepada portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (2009), program

Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Khas

manakala Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas

ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Program Pendidikan Khas

Integrasi Teknik dan Vokasional pula ditadbirkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal

manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang

berkaitan dengan dasar dan pengisiannya

Page 66: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

2

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Dasar Pendidikan (2003)

dari segi tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan khas sekolah rendah

selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun. Namun

demikian, tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua tahun maksimum sama ada

peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan.

Di samping itu, hasrat pendidikan adalah untuk memberi peluang kepada setiap

individu untuk memperkembangkan semua potensi yang mereka miliki. Ia dinyatakan

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan

Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum (2001).

1.1 Latar Belakang Masalah

Setiap ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah mahukan anak

mereka mendapat pendidikan terbaik. Ini adalah kerana, pendidikan yang terbaik dapat

menjamin masa depan anak-anak mereka. Perkara ini adalah sama kepada ibu bapa

yang mempunyai anak yang tidak normal seperti anak-anak orang lain. Mereka juga

mahukan anak mereka berpendidikan sekurang-kurangnya dapat mengurus diri

mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. Oleh itu, adalah

perlu sistem pendidikan yang disediakan memenuhi keperluan setiap insan yang ingin

belajar walaupun seseorang itu mengalami kecacatan atau kekurangan dari segi fizikal

untuk bersama-sama belajar dengan insan yang normal dalam menuntut ilmu bagi

membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat yang berguna. Oleh itu, kerajaan

menyediakan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas bagi golongan yang cacat fizikal

mendapatkan pendidikan yang formal sama seperti sekolah normal (Mohd Rahmat,

2002).

Page 67: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

3

Ang dan Huat (1999) menjelaskan bahawa pemimpin negara perlulah

menyediakan pendidikan yang sama kepada orang kurang upaya. Langkah-langkah

perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua

kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

Namun begitu, terdapat pelbagai penghalang yang timbul kepada ibu bapa

yang mempunyai anak yang berkeperluan khas ini. Antara penghalangya ialah sekolah

yang memberi pendidikan khas terletak jauh dari kediaman mereka dan tempatnya

adalah terhad. Kedudukan sekolah pendidikan khas yang jauh dari kediaman mereka

akan menyusahkan mereka untuk berulang-alik dari sekolah dan rumah. Jumlah

Sekolah pendidikan khas adalah terhad dan setiap negeri hanya mempunyai beberapa

buah sahaja. Berdasarkan Haniz (2006) hanya 44 buah sekolah program pendidikan

khas integrasi dibuka di seluruh Malaysia. Terdapat enam sekolah pendidikan khas

untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25 sekolah pendidikan khas untuk pelajar

bermasalah pendengaran. Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah

penglihatan ialah 337 berbanding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas

bermasalah pendengaran.

Terdapat juga sekolah-sekolah pendidikan khas swasta yang telah diiktiraf oleh

kerajaan bagi kemudahan kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai

ibu bapa yang berpendapatan tinggi. Kedudukan sekolah-sekolah ini adalah di sekitar

bandar. Ini dapat memenuhi keperluan pelajar yang berkeperluan khas bagi

mendapatkan pendidikan. Ini dapat membantu kerajaan dalam memberi pendidikan

khas kepada kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang kurang berkemampuan.

Antara sekolah-sekolah swasta yang terdapat di Malaysia ialah Sekolah Kanak-kanak

Istimewa Johor Bharu dan Sekolah Kanak-kanak Spastik Johor (Portal Rasmi

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

Page 68: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

4

Bagi kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas, sekolah pendidikan khas

telah di sediakan oleh kerajaan. Namun terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh

guru-guru di dalam melaksanakan tugas mereka dalam mendidik kanak-kanak ini.

Masalah ini menimbulkan kekangan dan penghalang kepada para guru untuk

menyampaikan pengajaran yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka. Chua dan Koh

Boh (1992) menyatakan bahawa masalah-masalah yang di hadapi oleh mereka adalah

pelbagai jenis dan punca, dan sedikit sebanyak mempengaruhi keberkesanan mereka

dalam pengajaran di sekolah masing-masing. Hasil kajian Robiah (1992) mendapati

terdapat pelbagai masalah pada Guru Pendidikan Khas Pemulihan. Masalah tersebut

boleh dikategorikan kepada empat kategori utama iaitu masalah tempat, masalah alat

bantu mengajar, masalah guru ganti, dan masalah sokongan dan kerjasama. Selain itu

terdapat masalah mendapatkan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk pelajar

Pendidikan Khas. ini diperakui dengan berita yang dilaporkan bahawa perisian yang

terdapat di pasaran untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) pendidikan khas amat

terhad dan ada kala kurang sesuai bagi pelajar berkeperluan khas, terutama kategori

masalah pembelajaran. Walaupun ada peralatan dan perisian luar negara yang boleh

diguna pakai untuk pelajar berkeperluan khas di Malaysia, kosnya sangat tinggi.

Berikutan itu, kekurangan kepakaran untuk membina perisian sesuai bagi pelajar

terbabit juga adalah satu cabaran (Berita Mingguan, 22 April 2007).

Masalah-masalah ini boleh menggangu prestasi dan kualiti penyampaian guru-

guru Pendidikan Khas di dalam proses pengajaran mereka. Menurut Ee Ah Meng

(1994), motivasi ialah suatu usaha yang menggerakkan seseorang individu melakukan

sesuatu. Oleh itu, jika terdapat masalah-masalah pada diri Guru pendidikan Khas ini

sedikit sebanyak boleh mengaggu motivasi mereka untuk memberi pengajaran yang

terbaik kepada anak murid mereka. Guru Pendidikan Khas tidak dapat menyumbang

sepenuh hati mereka untuk mendidik murid-murid khas ini kerana mempunyai

pelbagai masalah dan kekangan untuk mereka berbuat demikian. Pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia tidak boleh mengabaikan guru-guru ini kerana cabang Pendidikan

Khas juga adalah penting bagi pembangunan negara kita.

Page 69: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

5

1.2 Pernyataan Masalah

Setiap ibu bapa mahukan anak mereka mendapat pendidikan terbaik walaupun

anak mereka seorang kanak-kanak yang berkeperluan khas. Anak-anak mereka

mungkin tidak mempunyai sifat fizikal ataupun mental yang normal seperti kanak-

kanak lain. Namun, kekurangan itu bukanlah alasan bagi mereka mendapat pendidikan

terbaik. Pihak kerajaan telah menyediakan pendidikan yang menggunakan pendekatan

dan guru yang terbaik untuk anak-anak mereka. Walaubagaimanapun, terdapat

pelbagai masalah yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Khas di dalam melaksanakan

tugas mereka. Masalah atau kekangan yang timbul dari pelbagai sudut boleh

menganggu dan mengurangkan motivasi guru untuk melakukan yang terbaik untuk

murid mereka. Oleh itu, pengkaji ingin mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi

oleh guru-guru Pendidikan Khas dan kesukaran guru di dalam menjalankan proses

pengajaran mereka di dalam kelas supaya Guru Pendidikan Khas dapat melakukan

proses pengajaran yang lebih baik untuk murid mereka.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

1.3.1 Mengenalpasti masalah organisasi dan pengurusan yang dihadapi oleh guru

Pendidikan Khas di sekolah yang dikaji.

1.3.2 Mengenalpasti masalah kemudahan fizikal yang dihadapi oleh guru Pendidikan

Khas di sekolah yang dikaji.

Page 70: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

6

1.3.3 Mengenalpasti masalah guru Pendidikan Khas dengan Ibu Bapa yang dihadapi

oleh guru Pendidikan Khas di sekolah yang dikaji.

1.3.4 Mengenalpasti masalah guru pendidikan Khas dengan Pejabat Pelajaran

Negeri/ Jabatan Pelajaran Negeri yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas di

sekolah yang dikaji.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai, di antaranya ialah :

1.4.1 Adakah masalah organisasi dan pengurusan merupakan masalah yang dihadapi

oleh guru Pendidikan Khas di sekolah yang dikaji?

1.4.2 Adakah masalah kemudahan fizikal merupakan masalah yang dihadapi oleh

guru Pendidikan Khas di sekolah yang dikaji?

1.4.3 Adakah masalah antara guru Pendidikan Khas dengan Ibu Bapa merupakan

masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas di sekolah yang dikaji?

1.4.4 Adakah masalah antara guru Pendidikan Khas dengan Pejabat Pelajaran

Daerah/ Pejabat Pelajaran Negeri merupakan masalah yang dihadapi oleh guru

Pendidikan Khas di sekolah yang dikaji?

Page 71: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2010-04-18 · x BAB 5 PERBINCANGAN, ... mereka dan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kita. ... perlu diambil untuk menyediakan persamaan

7

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini adalah untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan

Khas di dua buah sekolah di Johor Bahru. Populasi terdiri daripada guru-guru yang

mengajar pelajar Pendidikan Khas di dua buah sekolah yang dikaji. Kajian ini akan

dilaksanakan berdasarkan objektif kajian yang terlibat. Data yang dikumpul dari

borang soal selidik yang diedarkan kepada responden dan jawapan yang diberikan

adalah mengikut keikhlasan responden. Oleh itu data yang diperolehi hanya merujuk

kepada Sekolah Pendidikan Khas yang terlibat sahaja dan tidak boleh digunakan untuk

merujuk kepada seluruh Sekolah Pendidikan Khas yang ada di Malaysia.

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian yang diperolehi akan dapat membantu guru menyampaikan

pengajaran mereka dengan lebih berkesan lagi dan menghasilkan pelajar yang

cemerlang. Ini dapat menjamin kemajuan pelajar ini pada masa hadapan supaya tidak

tercicir dari kemajuan manusia normal lain.

Di samping itu, hasil kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak tertentu di

dalam pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menilai semula prasarana

yang diperlukan oleh guru-guru yang mengajar Pendidikan Khas. Kajian ini dapat

membantu pihak Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan sistem Pendidikan Khas

di Malaysia. Hasil daripada kajian ini dapat dipergunakan bagi mengkaji semula

segala prasarana dan kemudahan yang diberikan kepada guru pendidikan Khas.