universiti teknologi malaysia · 2008-11-19 · 2.7 kos isi rumah (perbelanjaan ibu bapa/penjaga)...

30
PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT Author’s full name : ISMAIL BIN HAJI BUANG Date of birth : 18.08.1958 Title : KEBERKESANAN PROGRAM GEMILANG 7 (G7) SATU KAJIAN KES DI DAERAH SEGAMAT. Academic Session: 2008 / 2009 I declare that this thesis is classified as : I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows: 1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose of research only. 3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange. Certified by : SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR 580818-01-5035 DR. ZAINUDIN BIN ABU BAKAR (NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR Dt 28 A il 2008 Dt 28 A il 2008 OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access (full text) RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)* CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* NOTES : * If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.

Upload: buinhi

Post on 19-Jul-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT

Author’s full name : ISMAIL BIN HAJI BUANG

Date of birth : 18.08.1958

Title : KEBERKESANAN PROGRAM GEMILANG 7 (G7) SATU KAJIAN

KES DI DAERAH SEGAMAT.

Academic Session : 2008 / 2009

I declare that this thesis is classified as :

I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:

1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose

of research only. 3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

Certified by :

SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR

580818-01-5035 DR. ZAINUDIN BIN ABU BAKAR

(NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR

D t 28 A il 2008 D t 28 A il 2008

OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access (full text)

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the

organization where research was done)*

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

NOTES : * If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)”.

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penyelia : DR ZAINUDIN BIN ABU BAKAR

Tarikh : ……………………………………..

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

KEBERKESANAN PROGRAM GEMILANG 7 (G7) SATU KAJIAN KES

DI DAERAH SEGAMAT

ISMAIL BIN HAJI BUANG

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

ii

“Saya akui karya ini “Keberkesanan program Gemilang 7 (G7) satu kajian kes

di daerah Segamat adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penulis : ISMAIL BIN HAJI BUANG

Tarikh : ……………………………………..

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

iii

SEKALUNG BUDI

Buat Ibu dan Ayah tersayang ……………

Terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan.

Segala pengorbanan, didikan, kasih sayang yang kalian curahkan

kepada diriku ini, akan ku jadikan landasan buat menempuh rintangan dan

dugaan di hari mendatang. Tidak terbalas budi kalian kepada ku ini sampai bila-bila.

Buat Isteri tersayang dan anak-anakku………....

Sesungguhnya dikaulah penguat semangat dan menjadi sumber ilhamku.

Pengorbanan kalian tetap akan menjadi pendorong untuk ku berusaha sehingga tamat

pengajian ini.

Buat Teman Seperjuanganku ……………..

Semangat, nasihat serta dorongan kalian membuatkan diriku terus bertahan dan terus

bersaing.

TERIMA KASIH DI ATAS SEMUANYA…..

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis,

Dr. Zainudin bin Abu Bakar di atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang

tempoh penyelidikan tesis ini dijalankan. Sesungguhnya jasa Dr. tidak dapat dibalas.

Akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku.

Kerjasama daripada pihak Jabatan Pelajaran Johor, Pejabat Pelajaran Daerah

Segamat, SKM daerah Segamat dan khususnya SKM Gemilang 7, daerah Segamat

amatlah kami hargai.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat pelaksanaan perkongsian pintar

Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Segamat. Fokus utama kajian adalah untuk

mengenalpasti tahap kemudahan di SKM dan pendapat serta cadangan Guru Besar

SKM tentang perkongsian yang dilaksanakan. Empat aspek tahap kemudahan yang

dikaji iaitu kajian tentang tahap kemudahan fizikal, sumber manusia, peralatan dan

bahan, dan bahan rujukan. Seramai enam guru besar sebagai responden terlibat

dalam kajian ini. Responden ini adalah terdiri daripada Guru Besar SKM yang

terlibat di dalam Program Gemilang 7. Semua data diperolehi daripada soal selidik.

Soal selidik mengandungi enam bahagian iaitu; Bahagian A, latar belakang sekolah

dan latar belakang responden, Bahagian B, tahap kemudahan fizikal, Bahagian C,

tahap sumber manusia, Bahagian D, tahap kemudahan peralatan/bahan, Bahagian E,

tahap kemudahan rujukan dan Bahagian F, pendapat dan cadangan responden. Nilai

kebolehpercayaan alat kajian ini ialah α = 0.8263. Hasil kajian ini dianalisis

menggunakan SPSS (Statictical Package For Social Science) 12.0 untuk

mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tahap

fizikal berada pada tahap sederhana manakala tahap sumber manusia,

peralatan/bahan dan rujukan berada pada tahap rendah sekaligus menunjukkan

bahawa SKM G7 mengalami banyak masalah. Beberapa saranan hasil daripada

kajian dibincangkan.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

vi

ABSTRACT

This research was conducted to investigate a smart partnership for “Sekolah

Kurang Murid” in Segamat. This main focus of the research was to identify the level

of facilities and to view the ideas of the SKM’s headmaster about the partnership.

Four aspects of the level of facilities studied were about the level of physical

facilities, human resources, equipments and reference. Six headmasters were selected

as the respondents of the study. They are headmasters who were involved in the

Gemilang 7 programme. Questionnaire was used to collect the data. The questionare

is divided into six sections, which are demographic data of the respondents, level of

physical resources, level of equipment facilities, level of refercence facilities, and

comments of the respondents. The reliability of the instrument is at α = 0.8263. This

research was analyzed by using SPSS 12.0 (Statictical Package For Social Science)

to get the frequencies and percentage. The findings showed that that the facilities

variable was moderate, whereas other factors such as human resource, refrences, and

other facilities were low. These indicates that the G7 schools faced a lot of problems

in terms of the aspacts investigated. Several suggestions were also discussed.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

SEKALUNG BUDI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 13

1.4 Objektif Kajian 13

1.5 Persoalan Kajian 14

1.6 Rasional Kajian 14

1.7 Kepentingan Kajian 18

1.8 Skop Kajian 18

1.9 Definisi Istilah 19

1.9.1 Sekolah Kurang Murid (SKM) 19

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

viii

1.9.2 Perkongsian 19

1.9.3 SKM Gemilang 7 (SKM G7) 20

1.9.4 Kelas Bercantum 20

1.9.5 Pembantu Guru Besar (PGB) 21

1.9.6 Bekerjasama 21

1.9.7 Kemudahan fizikal 21

1.9.8 Sumber manusia 22

1.9.9 Peralatan dan bahan 22

1.9.10 Buku/Rujukan 22

1.9.11 Sekolah Kebangsaan 23

1.10 Penutup 25

2 KAJIAN LITERATUR 25

2.1 Pengenalan 25

2.2 Program Gemilang 7 28

2.2.1 Objektif Gemilang 7 29

2.2.2 Rasional Gemilang 7 29

2.2.3 Analisa Kekuatan Gemilang 7 30

2.2.4 Analisa Kelemahan Gemilang 7 30

2.2.5 Peluang Gemilang 7 30

2.2.6 Ancaman Gemilang 7 31

2.2.7 Kemudahan Fizikal Gemilang 7 32

2.2.8 Sumber Manusia Gemilang 7 33

2.2.9 Bahan dan Peralatan Gemilang 7 35

2.2.10 Rujukan Gemilang 7 36

2.3 Tinjauan Tentang Permasalahan Kajian 38

2.3.1 Model CO 39

2.3.2 Kajian Analisis Kos SKM 40

2.4 Kajian Dalam Negara 43

2.5 Kajian Luar Negara 46

2.6 Kajian Lalu 48

2.7 Penutup 49

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

ix

3 METODOLOGI KAJIAN 51

3.1 Pengenalan 51

3.2 Reka Bentuk Kajian 51

3.3 Tempat Kajian 52

3.4 Responden Kajian 53

3.5 Instrumen Kajian 54

3.5.1 Taburan Item Soal Selidik 55

3.5.2 Pemarkahan Skor Tahap Kemudahan

Gemilang 7 56

3.6 Analisis Data 57

3.7 Kajian Rintis 58

3.8 Kaedah Analisis Data 60

3.9 Penutup 62

4 HASIL KAJIAN 63

4.1 Pengenalan 63

4.2 Analisa Profil Responden 64

4.2.1 Bahagian A – Maklumat Sekolah dan

Responden 65

4.3 Keputusan dan analisa data Bahagian B,C,

D dan E 69

4.3.1 Bahagian B – Kemudahan Fizikal 69

4.3.2 Bahagian C – Sumber Manusia 72

4.3.3 Bahagian D - Peralatan dan bahan 74

4.3.4 Bahagian E - Buku Rujukan 77

4.3.5 Bahagian F – Analisa Pendapat Responden 80

4.4 Penutup 88

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 91

5.1 Pengenalan 91

5.2 Rumusan dan Perbincangan 92

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

x

5.3 Cadangan Kepada SKM G7 93

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 95

5.5 Penutup 95

RUJUKAN 97

LAMPIRAN 1-9 102 - 143

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Pencapaian Terbaik UPSR Sebagai KekuatanSKM G7 8

2.1 Kemudahan Fizikal Yang Terdapat di Sekolah G7, 2006 32

2.2 Kos Purata Pra Sekolah Murid di SKM 40

2.3 Sumber Kewangan Kerajaan 40

2.4 Sumber Kewangan Bukan Kerajaan 41

2.5 Analisis Kos Mengikut Jenis Sekolah 41

2.6 Saiz Sekolah dan Kos Yang Diperuntukan 41

2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) 41

3.1 SKM Yang Terlibat Dalam Perkongsian Pintar Dalam

Satu Pasukan (G7) di Daerah Segamat, Johor 52

3.2 Senarai Respoden Yang Terlibat Dalam Kajian 53

3.3 Skala Linkert (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2003) 54

3.4 Taburan Item Soal Selidik 56

3.5 Pemarkahan Skor Tahap Kemudahan Gemilang 7 56

3.6 Guilford Rule Of Thumbs (1956) 58

3.7 Pekali Alpha Cronbach 59

3.8 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 60

3.9 Klasifikasi Terhadap Item 62

3.10 Penilaian Peratusan Tahap Bagi Setiap Persoalan Kajian 62

4.1 Item Mengikut Persoalan Kajian 64

4.2 Jenis Sekolah, Gred Sekolah, Kedudukan Sekolah 65

4.3 Jumlah Murid Pada 1 Januari, 2008 66

4.4 Jarak Sekolah Ke Pekan Berhampiran 66

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

xii

4.5 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Jantna, Umur,

Gred Jawatan dan Pengalaman Memegang Jawatan 67

4.6 Bidang Pengkhususan atau Opsyen Responden 68

4.7 Taburan Kekerapan dan Peratusan Berkaitan Tahap

Kemudahan Fizikal Di Sekolah Responden 69

4.8 Purata min keseluruhan bagi kemudahan fizikal 71

4.9 Pembolehubah tertinggi tahap kemudahan fizikal 71

4.10 Taburan Kekerapan dan Peratusan Berkaitan Sumber

Manusia Di Sekolah Responden 72

4.11 Purata min keseluruhan bagi sumber manusia di SKMG7 74

4.12 Pembolehubah tertinggi tahap sumber manusia 74

4.13 Taburan Kekerapan dan Peratusan Berkaitan Peralatan

dan Bahan Di Sekolah Responden 75

4.14 Purata keseluruhan min bagi tahap peralatan dan bahan 76

4.15 Pembolehubah tertinggi tahap alatan/bahan 77

4.16 Taburan Kekerapan dan Peratusan Berkaitan Rujukan

Di Sekolah Responden 77

4.17 Purata min keseluruhan bagi tahap buku rujukan di SKM G7 79

4.18 Pembolehubah tertinggi tahap buku rujukan 79

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Peratus Sekolah Rendah Mengikut Lokasi dan

Jenis Sekolah, 2005 16

1.2 Peratus Guru Mengikut Kelayakan 2005 17

2.1 Hubungan Dimensi Antara Sekolah, Ibu Bapa dan

Komuniti (Hubungan Tiga Penjuru) 37

2.2 Model “CO” 39

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

xiv

SENARAI SINGKATAN

2M - Membaca, menulis

3M - Membaca, menulis, mengira

BBB - Bahan Bantu Belajar

BBM - Bahan Bantu Mengajar

G7 - Kumpulan Gemilang 7

HSP - Huraian Sukatan Pelajaran

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MS - Muka Surat

PIBG - Persatuan Ibu Bapa Guru

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

RMK - Rancangan Malaysia Ke -

SBT - Skim Boucer Tusyen

SK - Sekolah Kebangsaan

SKM - Sekolah Kurang Murid

SMM - Sistem Maklumat Murid

TP - Perkiraan Perjawatan Guru

UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK LAMPIRAN MUKA SURAT

1 Perkiraan Perjawatan Guru Berdasarkan

‘Borang TP’ 102

2 Jadual Waktu Persendirian Mulai 11 Jun, 2007 103

3 Pencapaian UPSR, 2003 hingga 2007, SKM G7 108

4 Analisis SWOT SKM G7 109

5 Mesyuarat Profesionalisme Ketua Sektor

Pengurusan Sekolah JPN bersama Bahagian Sekolah

KPM Bil. 1/2006 Pada 27.2.2006 dan

Talking Point KPPM – Pelaksanaan Program 111

6 ‘Hand Out’ – ‘Model CO’ 113

7 Contoh Borang Soal Selidik Responden G7 116

8 Pendapat Responden (Bahagian F) G7 126

9 Nota Memantapkan Pengurusan Sekolah Kurang

Murid (SKM) – Sumber: Panduan Pengurusan Sekolah

Berkesan oleh Bahagian Sekolah KPM, 2007. 133

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan modal insan yang berkualiti adalah produk sistem pendidikan

yang semestinya berkualiti juga. Hakikatnya pembangunan modal insan dan

pendidikan merupakan kunci kepada maju mundurnya sesebuah negara. Malaysia

kini berada diperingkat pertengahan dan sedang memasuki fasa 15 tahun kedua ke

arah mencapai Wawasan 2020. Kepentingan pendidikan juga dapat dilihat daripada

teras kedua Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) iaitu meningkatkan

keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas pertama”.

Bagi mencapai asprasi ini, kerajaan memberikan penekanan ke arah usaha

menambahbaik sistem pendidikan yang komprehensif daripada peringkat prasekolah

hingga peringkat pengajian tinggi. Antara perkara yang menjadi fokus termasuk

kurikulum dan pengajaran serta kemudahan sekolah dengan tumpuan utama

meningkatkan taraf kemudahan yang dimiliki.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sejak dua

tahun lalu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) yang menggariskan dasar, matlamat,

fokus, startegi, pelan tindakan dan indikator pencapaian ke arah memantapkan lagi

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

2

sistem pendidikan kebangsaan. Beliau menekankan bahawa dalam RMK-9 usaha

difokuskan ke arah pembangunan modal insan bagi mengisi keperluan negara ketika

menjadi sebuah negara maju pada 2020.

Jika ditinjau dari aspek modal insan, beliau menegaskan bahawa bagi

memestikan modal insan dapat dimanfaatkan sebanyak mungkin, usaha akan

digiatkan untuk merapatkan jurang pendidikan antara yang miskin dengan yang kaya,

yang kurang upaya dengan yang bernasib baik dan yang di bandar dengan yang di

luar bandar.

Kecemerlangan pendidikan menjamin kecemerlangan sesebuah Negara.

Justru itu, pembagunan pendidikan perlulah mengambil kira semua aspek tanpa

mengira di mana lokasi sesebuah sekolah berada. Satu masalah yang sentiasa

menjadi isu utama perbincangan ialah kecemerlangan pendidikan antara bandar dan

luar bandar (lihat Mohd Hisham, 2000; Siti Sara, 2000; Suryanti, 2000; Lim Geok

Ping, 2003). Didapati jurang pendidikan sekolah luar bandar dengan bandar masih

ketara terutama aspek kemudahan asas dan sumber pendidikan.

Sekolah kurang murid (SKM) terdiri daripada sekolah yang mempunyai

bilangan murid kurang daripada 150 orang. SKM terbahagi kepada dua gred iaitu

SKM gred A dan SKM gred B. SKM gred A ialah sekolah yang mempunyai asrama

yang bilangan murid antara 101 hingga 149 orang, manakala SKM gred B ialah

sekolah yang mempunyai bilangan murid kurang daripada 100 orang. Perjawatan

guru besar bagi SKM gred A adalah di luar norma dan penolong kanan dalam norma.

Manakala SKM gred B hanya ada jawatan guru besar di luar norma. Pada tahun

2006, bilangan SKM ialah sebanyak 2260 buah (318 buah SKM gred A dan 1942

buah SKM gred B). Manakala jumlah murid di SKM pada tahun 2006 ialah 51,777

orang. SKM di Bandar ialah 184 buah dan di luar Bandar 2076 buah (Panduan

Pengurusan Sekolah Berkesan, 2006. Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran

Malaysia). Di antara masalah yang dihadapi oleh SKM, adalah seperti kekurangan

kemudahan fizikal, kekurangan sumber manusia, kekurangan peralatan bahan,

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

3

kekurangan buku rujukan, sumber kewangan, masalah perhubungan, pengangkutan,

persekitaran, budaya, dan lain-lain.

Mengenai masalah lain yang dihadapi oleh sekolah-sekolah di pedalaman,

yang paling besar ialah untuk memastikan guru dari opsyen yang bertepatan dan

yang berpengalaman dapat dihantar ke kawasan luar bandar dan pedalaman.

Masalah ini telah diambil kira ketika menyediakan Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006-2010 yang menggariskan dua pendekatan yang akan digunakan

sepanjang RMK-9. KPM turut memikirkan bagaimana untuk mewujudkan peluang

pendidikan yang adil dan saksama kepada rakyat tanpa mengira lokasi, kaum

ataupun daripada kelompok kurang upaya, orang asli dan suku minoriti lain.

Sebanyak 2,600 buah sekolah rendah dan menengah juga akan dinaik taraf melalui

penyediaan kemudahan bilik darjah yang mencukupi, sekolah baru, bangunan

tambahan dan bangunan gantian.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga akan mempertingkatkan kelas

pemulihan di luar bandar sebanyak 5,000 buah kelas bagi memperkukuhkan

penguasaan 3M iaitu; Membaca, Menulis dan Mengira. Malah, usaha turut diadakan

untuk membestarikan sekolah luar bandar dengan memberi tumpuan khusus kepada

sistem pengajaran dan pembelajaran termasuk penyediaan makmal komputer, pusat

akses, kelengkapan teleconferencing dan web-TV serta sistem komunikasi termasuk

telefon satelit dan faksimili.

KPM akan menyediakan tambahan peruntukan bagi Rancangan Makanan

Tambahan (RMT) untuk keperluan 550,000 murid miskin di luar bandar. Masalah

3M di kalangan murid di luar bandar dapat dikurangkan dan peratusan murid Tahap

Satu yang dapat membaca, menulis dan mengira akan meningkat daripada 92.3

peratus ketika ini kepada 95 peratus. Begitu juga dengan murid yang memerlukan

pemulihan berkurangan daripada 7.7 peratus kepada kurang 5 peratus dan keperluan

terhadap Skim Baucar Tuisyen (SBT) berkurangan daripada 100 peratus kepada 80

peratus selepas tamat tempoh RMK-9. Disamping itu, kadar keciciran luar bandar

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

4

juga akan berkurangan daripada 1.2 peratus kepada kurang 1.0 peratus pada

peringkat sekolah rendah dan daripada 16.7 peratus kepada kurang 1.0 peratus pada

peringkat sekolah menengah. Malah diharapkan taraf kesihatan murid luar bandar

bertambah baik dan ketidakhadiran murid berkurangan dan begitu juga guru

berkualiti serta berpengalaman lebih bersedia berkhidmat di pedalaman (Datuk Seri

Hishamuddin Tun Husein, Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan pada 2

November, 2006).

Berdasarkan kenyataan di atas, hakikatnya jelas menunjukkan bahawa SKM

mempunyai banyak cabaran dan halangan. Cabaran dan halangan ini sedikit

sebanyak telah menyebabkan pencapaian prestasi SKM terutama dalam bidang

akademik dan kokurikulum di kalangan murid terjejas. Terdapat pelbagai usaha

dilakukan oleh pihak pentadbir dan pengurus sekolah untuk mengatasi permasalahan

yang dihadapi oleh SKM. Antaranya ialah dengan mengadakan perkongsian

bersama di antara sekolah berhampiran untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Sebagai contoh ialah melalui Perkongsian Pintar Gemilang 7 (G7).

SKM Gemilang 7 (SKM G7) adalah merupakan Perkongsian Pintar Tujuh

Buah Sekolah Kurang Murid dalam Zon Kurikulum 1, Daerah Segamat.

Perkongsian SKM G7 ini telah di mulakan sejak tahun 2005 hingga sekarang. SKM

yang terlibat adalah :

SK. Spang Loi , Batu Anam, Segamat.

SK. Balai Badang,Batu Anam, Segamat.

SK. Tambang, Batu Anam, Segamat.

SK. Mensudut Pindah, Batu Anam, Segamat.

SK. Mensudut Lama, Batu Anam, Segamat.

SK. Kampung Awat, Batu Anam, Segamat.

SK. Kemedak, Batu Anam, Segamat.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

5

Sehubungan itu, SKM G7 telah mengadakan pelbagai perkongsian

dalam menjalankan aktiviti, program, atau projek untuk memastikan kecemerlangan

akademik dan kokurikulum meningkat secara bersama khususnya dalam

meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

(UPSR).

1.2 Latar Belakang Masalah

Sekolah Kurang Murid perlu menyahut cabaran dalam era globalisasi serta

ledakan maklumat dan teknologi yang kian deras arus perkembangannya. Tuan Haji

Jailani bin Rusni, Mantan Pengarah Pelajaran Johor semasa merasmikan ‘Gemilang

7’ pada 14 April, 2005 di SK.Spang Loi, Batu Anam, Segamat, Johor dalam

ucapannya menyatakan:

“Sekolah Kurang Murid perlu menjadi Sekolah Kuat dan Maju jika sekiranya

bersatu menjadi satu kumpulan yang dapat membincangkan dan

menyelesaikan masalah yang sama atau hampir sama secara bersama. Selain

daripada itu, ia juga sebagai saling lengkap melengkapi di antara satu dengan

yang lain dalam semua hal terutamanya yang berkaitan dengan pengajaran

dan pembelajaran serta kecemerlangan prestasi. Sebagai contoh, pencapaian

prestasi rendah dalam UPSR. Bagi SKM, untuk mencapai keputusan 5A

bagi seorang pelajar dalam UPSR amat sukar jika dibandingkan dengan

sekolah besar. Ini adalah disebabkan kurangnya pertandingan murid sesama

murid di SKM kerana bilangannya amat sedikit. Ia juga disebabkan oleh

jadual kelas bercantum yang mana mengakibatkan sedikit sebanyak

menjejaskan pengajaran dan pembelajaran”.

Jesteru itu, demi untuk Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, segala sumber

yang ada terpaksa digerakkan supaya segala hasrat kerajaan dapat dicapai. SKM

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

6

perlu memastikan prestasi murid-muridnya sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

Ukuran sesebuah sekolah adalah diukur daripada prestasi pelajar-pelajarnya. Jika

meningkat prestasi sesebuah sekolah itu, maka sekolah itu akan disanjung dan

dijadikan contoh kepada sekolah-sekolah yang lain. Begitu juga dengan hasrat

masyarakat dan ibu bapa/penjaga khususnya sangat berharap agar anaknya berjaya

mendapat keputusan yang cemerlang terutama dalam UPSR.

Terdapat banyak isu dan cabaran yang dihadapi oleh SKM G7. Antara isu

yang di kenal pasti ialah masalah kekurangan tenaga pengajar. Masalah ini menjadi

cabaran dalam mentadbir dan mengurus SKM. Sebagai contoh; merujuk kepada

salah sebuah SKM di Segamat, mendapati pada 1 Januari, 2007 telah diperuntukkan

seramai lima orang guru termasuk guru besar dengan jumlah murid seramai 42 orang

dan diperuntukkan bilangan kelas sebanyak tiga buah (Sila Lihat LAMPIRAN 1,

iaitu Perkiraan Perjawatan Guru berdasarkan ’Borang TP’). Ini menyebabkan

sekolah tersebut terpaksa melaksanakan ‘Kelas Bercantum’. Kelas Pra pula

mempunyai seramai sembilan orang murid dan telah diperuntukan dengan seorang

guru.

Isu bebanan tugas di SKM juga tinggi. Sebagai contoh, guru terpaksa

mengajar dalam jumlah waktu yang tinggi. Merujuk kepada LAMPIRAN 2, Jadual

Waktu Persendirian mulai 11 Jun, 2007 di salah sebuah SKM di Daerah Segamat

yang terdiri daripada lima orang guru termasuk Guru Besar. Didapati Guru Besar

terpaksa mengajar dalam jumlah waktu yang banyak iaitu 930 minit seminggu, selain

daripada menjalankan tugas mengurus dan mentadbir sekolah, kewangan sekolah,

pengurus akademik, dan lain-lain jawatan. Jawatan yang disandang juga agak

banyak jika dibandingkan dengan sekolah gred A. Pembantu Guru Besar (PGB),

lantikan secara dalaman yang berfungsi sebagai Guru Penolong Kanan pula terpaksa

mengajar sejumlah 1290 minit seminggu dan Guru Penolong (selain daripada Guru

Besar dan Pembantu Guru Besar) pula terpaksa mengajar sejumlah 1320 minit

seminggu. Dengan jumlah lima orang guru tadi, perlantikan ahli jawatankuasa

panitia mata pelajaran akan diagihkan kepada lima orang guru ini. Selain daripada

itu, tugas mengurus kurikulum, ko- kurikulum, hal ehwal murid dan tugasan

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

7

pentadbiran perlu diagihkan kepada lima orang guru ini. Segala tugas dan

tanggungjawab ini perlu dilaksanakan sama seperti di sekolah besar yang lain.

Walaupun bilangan murid yang tidak ramai, namun ia mesti dilaksanakan oleh setiap

guru. Hal ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di

SKM.

Fenomena kekurangan kemudahan fizikal, kekurangan sumber manusia,

kekurangan peralatan dan bahan serta kekurangan buku / sumber rujukan menjadi

salah satu punca kecemerlangan murid kurang menyerlah. Hal ini telah sekian lama

berakar umbi di SKM. Tambahan pula SKM biasanya terletak berjauhan dari

bandar. Ada yang terletak di tengah-tengah ladang atau di hujung kampung jauh di

pedalaman. Biasanya adalah merupakan kampung tradisional yang mana

penduduknya menjalankan kerja-kerja sendiri, bercucuk tanam, nelayan sungai,

berkebun getah dan kelapa sawit. Pendapatan purata keluarga adalah sekitar RM300

ke RM1,200 sebulan. Bagi yang bekerja ladang, pendapatan purata ialah sekitar

RM300 ke RM700 sebulan. Hal ini ditambah lagi dengan bilangan ahli keluarga

yang ramai dalam sesebuah rumah. Kanak-kanak di kawasan pedalaman tidaklah

semewah kanak-kanak di bandar. Ada juga kawasan pedalaman ini dihubungi oleh

jalan bertanah merah atau jalan ladang yang sudah pasti sedikit sebanyak akan

menjejaskan semangat guru yang mengajar atau murid-murid itu sendiri (Sistem

Maklumat Murid (SMM), SK. Tambang, 2007).

Maka itu, SKM di Zon Kurikulum 1, Daerah Segamat telah mengambil satu

pendekatan untuk bergabung dan menjalinkan permuafakatan demi untuk mengatasi

sebarang masalah secara bersama dan berusaha sedaya upaya untuk mencapai visi

dan misi yang telah dipersetujui bersama.

Pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari tahun 2003

hingga tahun 2007 menunjukkan pencapaian sebenar sekolah-sekolah G7, di mana

peratus keseluruhan tidak menunjukkan peratus kenaikan yang memberangsangkan.

(Sila lihat LAMPIRAN 3). Secara keseluruhan keputusan UPSR tidak menunjukkan

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

8

pencapaian prestasi yang baik. Banyak sekolah yang mencapai di bawah paras 50

peratus.

Peratus pencapaian mata pelajaran menunjukkan bahawa pencapaian mata

pelajaran Bahasa Inggeris telah menarik turun peratus keseluruhan dan diikuti

dengan mata pelajaran Sains dan Matematik. Terdapat beberapa buah sekolah dalam

SKM G7 yang menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan di dalam mata

pelajaran tertentu seperti Jadual 1.1 di bawah:

Jadual 1.1 : Pencapaian Terbaik UPSR Sebagai Kekuatan SKM G7

(Berdasarkan Keputusan UPSR SKM G7 2003 – 2007)

Bil. Mata Pelajaran Nama Sekolah % Keseluruhan Lulus 1. Bahasa Melayu

Pemahaman SK.Awat. SK. Balai Badang.

100% 100%

2. Bahasa Melayu Penulisan

SK.Awat. SK.Mensudut Lama.

100% 100%

3. Bahasa Inggeris SK.Awat. SK.Spang Loi.

90.9% 90.9%

4. Matematik SK. Mensudut Lama. SK.Spang Loi.

100% 90.9%

5. Sains SK.Awat. SK.Spang Loi.

100% 95.5%

Merujuk kepada kekurangan kemudahan fizikal di SKM, adalah seperti

kekurangan bilik darjah, bangunan lama yang kurang sesuai, ketiadaan makmal

komputer yang khusus, ketiadaan kantin (jika ada pun, tiada pengusaha kerana

bilangan murid yang sedikit dan tidak menguntungkan), keluasan padang yang tidak

mencukupi, ketiadaan bilik guru, ketiadaan gelanggang badminton/sepak takraw dan

lain-lain kemudahan fizikal. Setiap SKM ada kelebihannya dan kekurangannya.

Tambahan pula jumlah murid yang sedikit di dalam sesuatu kelas atau tahap akan

menyebabkan pihak sekolah tidak dapat menghantar wakil ke dalam sesuatu

pertandingan/perlawanan. Sebagai contoh, jika pertandingan itu memerlukan

penyertaan yang ramai seperti permainan bola sepak, bola baling, pertandingan koir

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

9

dan lain-lain, sudah tentu akan menimbulkan masalah kerana kekurangan murid.

Jumlah murid yang sedikit dan suasana persekitaran yang kurang mencabar

menyebabkan murid tiada semangat persaingan.Secara purata keadaan sosioekonomi

ibu bapa yang rendah dan tiada persekitaran pembelajaran di rumah turut

menjejaskan prestasi akademik murid. Kebanyakan SKM yang mempunyai

bangunan lama perlu diberi perhatian khusus untuk diselenggara dan dibaik pulih

(Panduan Pengurusan Sekolah Berkesan 2006. Bahagian Sekolah KPM. 27).

Kekurangan ini sedikit sebanyak akan menyebabkan murid tidak terdedah

kepada permainan atau pertandingan tertentu seperti permainan bola sepak, hoki dan

alin-lain yang mana akhirnya murid yang berbakat tidak dapat di ketengahkan kerana

faktor-faktor yang dinyatakan. Kemudahan fizikal yang lengkap akan dapat

memastikan para pelajar menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran (P

& P) dengan lebih berkesan.

Pendapat ini telah disokong oleh Zaitun Sidin et.al. (1991), dalam kajiannya

yang bertajuk,‘Presepsi Pentadbir Sekolah Menengah mengenai kemudahan fizikal

Sekolah Menengah dalam kawasan Johor Bahru’ mendapati tidak semua sekolah

menengah gred A dan B di Johor Bahru mempunyai kemudahan fizikal yang

lengkap. Kekurangan kemudahan fizikal dan infrastruktur ini merupakan antara

faktur yang menghalang guru-guru menggunakan media elektronik di sekolah-

sekolah.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Siti Aminah (2003), mendapati 70

peratus responden mengatakan aktiviti ko-kurikulum membosankan. Kemudahan

yang disediakan oleh pihak sekolah adalah penting dalam menjalankan aktiviti ko-

kurikulum. Mengikut kajian yang dijalankan telah menunjukkan 53.4% daripada

responden bersetuju bahawa sekolah telah tidak menyediakan kemudahan untuk

aktiviti ko-kurikulum.

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

10

Jika dilihat dari sudut kekurangan sumber manusia pula, bilangan guru adalah

berdasarkan kepada jumlah murid keseluruhannya. Oleh sebab bilangan murid yang

sedikit, maka sudah tentulah jumlah guru juga terhad. Kekurangan murid dan guru

menyebabkan pelaksanaan kelas bercantum. Ketiadaan Jurulatih Utama, Guru

Cemerlang atau Guru Pakar dalam sesuatu bidang mata pelajaran, Pemeriksa Kertas

UPSR, Jurulatih Sukan yang berkelayakan dan sebagainya menambah lagi

pemasalahan bagi SKM. Jika ada pun Guru Cemerlang atau Pemeriksa Kertas

Peperiksaan, masalah yang timbul ialah apabila guru ini berkursus, atau bertugas di

luar sekolah sedikit sebanyak akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran murid.

Pelaksanaan kelas bercantum banyak mendatangkan masalah kerana tahap

perkembangan diri murid-murid Tahun dua dan Tahun tiga adalah berbeza. Begitu

juga tahap perkembangan murid Tahun empat dan Tahun lima juga adalah berlainan.

Dengan ini, guru terpaksa menyediakan bahan bantu mengajar, modul pengajaran

dan pembelajaran yang berlainan disamping terpaksa berkongsi masa untuk mengajar

dua kelas pada waktu yang sama.

Berdasarkan Mesyuarat Profesionalisme Ketua Sektor Pengurusan Sekolah

Jabatan Pelajaran Negeri bersama-sama Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran

Malaysia pada tahun 2005 dan 2006 mendapati bahawa isu utama SKM ialah aspek

pengurusan kurikulum dan organisasi yang kurang mantap. Keadaan ini berlaku

kerana bilangan guru yang terhad mengikut norma perjawatan.Guru-guru yang

ditempatkan kebiasaannya merupakan guru baru yang kurang

pengalaman.Sebahagian besar guru yang ditempatkan tidak dapat menyesuaikan diri

di tempat yang baru.Tambahan pula kekerapan guru yang keluar menghadiri kursus

anjuran JPN dan PPD atau PPG menjejaskan proses pengajaran dan

pembelajaran.SKM gred B juga perlu menggunakan khidmat kumpulan sokongan

secara pool.Guru besar pula terpaksa memegang kelas atau mengajar dengan jumlah

waktu yang banyak.Tugas-tugas pentadbiran sekolah memberi kesan terhadap

pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.Keadaan ini juga berlaku dalam

kalangan guru-guru SKM.

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

11

Kompetensi guru yang kurang mantap juga memberi cabaran kepada

pengurusan sekolah. Opsyen guru yang ditempatkan tidak memenuhi keperluan

sekolah. Tambahan pula SKM tiada guu pemulihan khas yang diperuntukkan di luar

norma seperti sekolah-sekolah rendah yang lain.Secara purata, SKM mengamalkan

jadual kelas bercantum iaitu seorang guru terpaksa mengajar dua kelas dalam satu-

satu masa. Hal ini menimbulkan masalah yang besar kepada guru SKM untuk

melaksanakannya kerana kekurangan kemahiran dan pendedahan secukupnya.

Ketiadaan atau kekurangan peralatan dan bahan pula adalah seperti ketiadaan

atau kekurangan alatan sukan seperti tilam lompat tinggi, papan lombol gimnastik,

kasut bola, kasut trek dan lain-lain. Terdapat juga peralatan sukan yang tidak

selamat digunakan lagi. Ketiadaan atau kekurangan peralatan sukan menyebabkan

murid-murid tidak dapat membuat latihan sewajarnya. Peralatan sukan yang telah

rosak pula boleh mengundang bahaya. Selain alatan sukan, SKM menghadapi

masalah untuk menyediakan alat pembesar suara yang berkualiti dan mencukupi.

Kekurangan alat ini menyebabkan perlaksanaan sesuatu program tidak dapat

dijalankan secara efektif dan berkesan.

Di pejabat sekolah pula, kadang-kadang ketiadaan mesin fotostat atau mesin

fotostat yang sudah dimamah usia dan selalu rosak, tiada mesin ratio, tiada faksimili

dan lain-lain alatan yang menjadi keperluan sekolah. Terdapat juga peralatan sedia

ada yang memerlukan perbelanjaan penyelenggaraan yang tinggi. Perbelajaan ini

memberi bebanan kepada SKM kerana sumber kewangan yang terbatas. Sebagai

contoh, jika mesin photostat rosak maka sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang

tinggi untuk dibaiki. Tambahan pula sumber kewangan daripada tabung PIBG juga

terhad jika dibandingkan dengan sekolah yang besar. Hal ini adalah kerana bilangan

murid yang sedikit dan sumbangan yang diterima daripada ibu bapa atau penjaga

murid juga sedikit.

Siti Aminah (2003), berpendapat pihak pentadbir perlu menyediakan alatan

yang cukup untuk menjalankan aktiviti ko-kurikulum supaya aktiviti dapat

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

12

dijalankan dan ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kebosanan kepada

pelajar-pelajar untuk menunggu giliran untuk menggunakan alatan tersebut dan tidak

lupa juga untuk membaik pulih alatan yang sudah rosak.

Kekurangan buku/bahan rujukan juga menimbulkan masalah kepada SKM

jika dibandingkan dengan sekolah di bandar atau pinggir bandar yang lengkap

dengan segala kemudahan. Bahan-bahan bacaan murid amat terbatas dan terhad. Ini

disebabkan peruntukan untuk pusat sumber yang diterima tidak banyak. Buku-buku

yang terdapat di perpustakaan adalah terdiri daripada buku-buku lama dan perlu

ditukar atau ditambah dengan yang baru.

Kekurangan bilangan guru di SKM boleh mempengaruhi penghasilan soalan-

soalan peperiksaan dan latihan yang dihasilkan. Ini merupakan salah satu faktor di

mana murid-murid tidak mendapat pendedahan kepada soalan-soalan dan latihan-

latihan yang berkualiti dan terkini serta dapat menguji tahap pencapaian murid itu

sendiri secara berkesan.

Mohd. Hafiz (2007), menyarankan agar wujudkan bilik khas. Pelajar akan

sukakan suasana ceria dan harmoni. Oleh itu, disarankan agar guru kaunseling

meyediakan bilik “Rehatkan Minda”. Guru Kaunseling perlu menyediakan bahan

bacaan yang berkaitan dengan prospek kerjaya disamping adanya bahan lain seperti

majalah dan lain-lain lagi.

Sekolah-sekolah yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi (biasanya

berada di bandar) akan terus meninggalkan rakan-rakan mereka yang tidak

mempunyai kelengkapan yang mencukupi (yang biasanya berada di kawasan luar

bandar). Keadaan ini sebenarnya tidak menggambarkan perbezaan sebenar pelajar-

pelajar. Mereka yang berada di luar bandar, walaupun menghasilkan pencapaian

yang rendah, belum bermakna mereka tidak mampu jika dibandingkan dengan rakan-

rakan mereka yang berada di bandar. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · 2008-11-19 · 2.7 Kos Isi Rumah (Perbelanjaan Ibu Bapa/Penjaga) ... 4 Analisis SWOT SKM G7 109 5 Mesyuarat ... 7 Contoh Borang Soal Selidik Responden

13

jurang perbezaan yang wujud dalam aspek pencapaian antara sekolah bandar dan luar

bandar lebih banyak dipengaruhi oleh faktur kemudahan asas, sumber manusia,

persekitaran, dan juga kemudahan buku rujukan (lihat Ain Ahmat, 1999; Prasarana,

1998; Noor Akmalwati, 2000; Haleefa, 2008).

1.3 Penyataan Masalah

Terdapat pelbagai isu yang berkaitan dengan SKM dalam usaha

mempertingkatkan prestasi sekolah. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk

mengkaji tahap kemudahan yang terdapat di SKM kemudahan fizikal, sumber

manusia, peralatan dan bahan, dan buku atau sumber rujukan yang terdapat di

kalangan SKM G7. Kajian ini juga akan menganalisis pendapat Guru Besar SKM G7

tentang perkongsian kemudahan tersebut.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:

i) Mengenalpasti kemudahan fizikal di Sekolah Kurang Murid.

ii) Mengenalpasti sumber manusia di Sekolah Kurang Murid.

iii) Mengenalpasti peralatan dan bahan di Sekolah Kurang Murid.

iv) Mengenalpasti buku rujukan di Sekolah Kurang Murid.

v) Mengenalpasti pandangan Guru Besar Sekolah Kurang Murid tentang

perkongsian.