universiti putra malaysia page 1 of 1bagi terus membangunkan vaksin ibd, katanya, penyelidikan kini...

1
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Isnin, November 21, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » Prof. Dr. Mohd Hair menang WVPA-Merial Innovation in Vaccination AwardOleh Azman Zakaria Foto oleh Marina Ismail SERDANG, 9 Nov: Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohd Hair Bejo memenangi anugerah WVPA-Merial Innovation in Vaccination Awardhasil kejayaan penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersilan vaksin penyakit Gumboro (Bursal Disease Vaccine) di Asia. Anugerah disampaikan ketika mesyuarat WVPA (World Veterinary Poultry Association) Asia di Manila, Filipina, baru-baru ini. Prof. Dr Mohd Hair adalah individu kedua memenangi anugerah itu yang mula diperkenalkan pada 2015. Ia diberikan kepada ahli veterinar ayam/itik atau ahli sains kesihatan unggas yang memberi sumbangan bermakna dalam bidang inovasi dan vaksinasi ayam itik. Sambil melahirkan rasa syukur atas kemenangan itu. katanya, beliau tidak menduga akan memenanginya. Ia sebenarnya adalah pengiktirafan antarabangsa terhadap ahli sains di rantau ini berhubung sumbangan mereka dalam penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersilan produk untuk faedah manusia sejagat,katanya ketika ditemu bual di sini. Presiden WVPA, Nigel Horrox dipetik sebagai berkata: Kita mempunyai pemenang yang sememangnya layak memenangi anugerah tahun ini, iaitu Prof. Dr. Hair.Gumboro adalah penyakit yang menyebabkan kematian ayam yang tinggi dan immunosuppression (hilang daya tahan). Sekiranya unggas itu tidak mati, ia kehilangan daya tahan dan akan mati jika diserang penyakit lain. Prof. Hair berkata, virus Gumboro baharu yang sangat getir (virulent) muncul di dunia pada 1980-an, manakala di Asia pada 1990, dan menurutnya vaksin yang ada ketika itu tidak memberi perlindungan sepenuhnya kepada ayam menyebabkan perlunya kepada vaksin baharu. Katanya, vaksin penyakit Gumboro (Bursal Disease Vaccine) atau MyVAC UPM93 itu mula dibangunkan pada 1993 dan dikomersilkan pada 2005. Vaksin itu hanya perlu dimasukkan ke dalam air minuman ayam. Katanya, sehingga 2012, sebanyak 80.46 juta dos vaksin itu telah dijual di Malaysia, manakala sebanyak 8.68 juta dos dijual di Myanmar dari 2011 hingga 2013. Vaksin itu turut dijual di Vietnam. Pada 2015 pula, MyHatch UPM 93 IBD Vaksin telah dikomersilkan dengan pengamalan pemvaksinan di tapak penetasan atau pemvaksinan hari pertama ayam menetas; satu amalan pemvaksinan ayam yang lebih berkesan. Bagi terus membangunkan Vaksin IBD, katanya, penyelidikan kini dilakukan bagi menghasilkan generasi baharu vaksin seperti recombinant, reverse genetic dan transgenic plant vaccines. Menurutnya, penyelidikan ini sudah dilakukan di peringkat makmal, sebelum dilakukan di peringkat ladang. - UPM RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 18 Nov 2016 MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 1 Universiti Putra Malaysia 21/11/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/anugerahprofhairbejovetbm

Upload: others

Post on 02-Mar-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Universiti Putra Malaysia Page 1 of 1Bagi terus membangunkan Vaksin IBD, katanya, penyelidikan kini dilakukan bagi menghasilkan generasi baharu vaksin seperti recombinant, reverse

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Isnin, November 21, 2016

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

Prof. Dr. Mohd Hair menang “WVPA-Merial Innovation in Vaccination Award”

Oleh Azman ZakariaFoto oleh Marina Ismail

SERDANG, 9 Nov: Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohd Hair Bejo memenangi anugerah “WVPA-Merial Innovation in Vaccination Award” hasil kejayaan penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersilan vaksin penyakit Gumboro (Bursal Disease Vaccine) di Asia.

Anugerah disampaikan ketika mesyuarat WVPA (World Veterinary Poultry Association) Asia di Manila, Filipina, baru-baru ini.

Prof. Dr Mohd Hair adalah individu kedua memenangi anugerah itu yang mula diperkenalkan pada 2015. Ia diberikan kepada ahli veterinar ayam/itik atau ahli sains kesihatan unggas yang memberi sumbangan bermakna dalam bidang inovasi dan vaksinasi ayam itik.

Sambil melahirkan rasa syukur atas kemenangan itu. katanya, beliau tidak menduga akan memenanginya.

“Ia sebenarnya adalah pengiktirafan antarabangsa terhadap ahli sains di rantau ini berhubung sumbangan mereka dalam penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersilan produk untuk faedah manusia sejagat,” katanya ketika ditemu bual di sini.

Presiden WVPA, Nigel Horrox dipetik sebagai berkata: “Kita mempunyai pemenang yang sememangnya layak memenangi anugerah tahun ini, iaitu Prof. Dr. Hair.”

Gumboro adalah penyakit yang menyebabkan kematian ayam yang tinggi dan immunosuppression (hilang daya tahan). Sekiranya unggas itu tidak mati, ia kehilangan daya tahan dan akan mati jika diserang penyakit lain.

Prof. Hair berkata, virus Gumboro baharu yang sangat getir (virulent) muncul di dunia pada 1980-an, manakala di Asia pada 1990, dan menurutnya vaksin yang ada ketika itu tidak memberi perlindungan sepenuhnya kepada ayam menyebabkan perlunya kepada vaksin baharu.

Katanya, vaksin penyakit Gumboro (Bursal Disease Vaccine) atau MyVAC UPM93 itu mula dibangunkan pada 1993 dan dikomersilkan pada 2005. Vaksin itu hanya perlu dimasukkan ke dalam air minuman ayam.

Katanya, sehingga 2012, sebanyak 80.46 juta dos vaksin itu telah dijual di Malaysia, manakala sebanyak 8.68 juta dos dijual di Myanmar dari 2011 hingga 2013. Vaksin itu turut dijual di Vietnam.

Pada 2015 pula, MyHatch UPM 93 IBD Vaksin telah dikomersilkan dengan pengamalan pemvaksinan di tapak penetasan atau pemvaksinan hari pertama ayam menetas; satu amalan pemvaksinan ayam yang lebih berkesan.

Bagi terus membangunkan Vaksin IBD, katanya, penyelidikan kini dilakukan bagi menghasilkan generasi baharu vaksin seperti recombinant, reverse genetic dan transgenic plant vaccines.

Menurutnya, penyelidikan ini sudah dilakukan di peringkat makmal, sebelum dilakukan di peringkat ladang. - UPM

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 18 Nov 2016

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

21/11/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/anugerahprofhairbejovetbm