universiti putra malaysia beriltizam untuk mengekalkan ...dokumen pelan strategik upm 2014-2020 yang...

10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 28 SEPTEMBER - 2 OKTOBER 2015 Beriltizam untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI

Upload: others

Post on 13-Jan-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Beriltizam untuk mengekalkan ...Dokumen Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang mempunyai maklumat terperinci berkaitan Matlamat UPM, boleh dirujuk atau dimuatnaik

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

28 SEPTEMBER - 2 OKTOBER 2015

Beriltizam untuk mengekalkan

STATUSSWAAKREDITASI

Page 2: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Beriltizam untuk mengekalkan ...Dokumen Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang mempunyai maklumat terperinci berkaitan Matlamat UPM, boleh dirujuk atau dimuatnaik

Apakah Maksud SWAAKREDITASI?Satu status yang melayakkan sesebuah Universiti mengakreditasi sendiri program pengajian mereka (tanpa perlu mendapatkan kelulusan Malaysian Qualification Agency “MQA”) dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagaimanapun, status ini tertakluk kepada pemantauan berterusan dan pelaksanaan audit oleh MQA (tidak termasuk program profesional yang masih perlu mendapat akreditasi dan pengiktirafan badan profesional berkaitan) mengikut standard yang telah ditetapkan

Penganugerahan STATUS SWAAKREDITASI kepada UPMUPM telah berjaya dianugerahkan STATUS SWAKREDITASI pada 29 April 2010. Dengan pengiktirafan ini, UPM

diberi kepercayaan untuk mengurus kualiti program akademiknya sendiri supaya menepati standard berlandaskan amalan antarabangsa dan sekali gus meningkatkan kualiti akademik UPM.

Page 3: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Beriltizam untuk mengekalkan ...Dokumen Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang mempunyai maklumat terperinci berkaitan Matlamat UPM, boleh dirujuk atau dimuatnaik

Apakah Maksud Audit Pengekalan Swaakreditasi?Penganugerahan STATUS SWAAKREDITASI adalah tertakluk kepada penilaian semula institusi oleh pihak MQA sekurang-kurangnya sekali dalam setiap lima tahun bagi tujuan pengekalan swaakreditasi. Untuk tujuan tersebut, MQA akan melaksanakan Audit Pengekalan Swaakreditasi yang merupakan audit institusi yang komprehensif pada tahun 2015

Bagi tujuan Audit Pengekalan Swaakreditasi ini, UPM perlu menyediakan dan mengemukakan dokumen Self-Review Portfolio (SRP) (MQA-03). Dokumen ini boleh dirujuk atau dimuatnaik dalam laman web CoSComm: www.CoSComm.upm.edu.my

Kenapa Audit Pengekalan Swaakreditasi ini penting kepada UPM?• Untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI• Status Swaakreditasi memberi gambaran bahawa UPM mempunyai jaminan kualiti akademik yang tinggi dan mengikut standard yang telah ditetapkan (MQF, COPPA dan COPIA)

Page 4: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Beriltizam untuk mengekalkan ...Dokumen Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang mempunyai maklumat terperinci berkaitan Matlamat UPM, boleh dirujuk atau dimuatnaik

• Status Swaakreditasi memberi impak terhadap kuasa autonomi UPM dan sekali gus memperkasakan pengurusan jaminan kualiti akademik UPM

Pengurusan Jaminan Kualiti Akademik UPM (Swaakreditasi)• Jaminan Kualiti Akademik berkaitan swaakreditasi di UPM telah diselaraskan oleh Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm), dan dibantu secara langsung oleh Bahagian Akademik dan Sekolah Pengajian Siswazah.

• Jawatankuasa Penyelarasan Swaakreditasi (Jawatankuasa Kecil di bawah SENAT UPM) ditubuhkan dan bertanggungjawab memastikan proses kelulusan program pengajian dilaksanakan dengan teratur, telus dan memberi penekanan khusus kepada hasil keputusan audit yang dibuat oleh Panel Penilai Dalaman Universiti.

Maklumat berkenaan MQF, COPPA dan COPIA boleh dirujuk atau dimuatnaik dalam laman web CoSComm: www.coscomm.upm.edu.my atau laman web utama UPM www.upm.edu.my

Page 5: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Beriltizam untuk mengekalkan ...Dokumen Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang mempunyai maklumat terperinci berkaitan Matlamat UPM, boleh dirujuk atau dimuatnaik

• Prosedur berkaitan pengurusan jaminan kualiti akademik: (a) Prosedur Swaakreditasi Penuh Program Pengajian (b) Prosedur Swaakreditasi Sementara Program Pengajian (c) Prosedur Pembentukan Program Baharu dan Penstrukturan/Semakan Semula Program Prasiswazah (d) Prosedur Pembentukan Program Baharu Pengajian Siswazah (e) Prosedur Semakan Semula Kurikulum Program Pengajian Siswazah

Apakah maklumat yang terkandung dalam dokumen Self-Review Portfolio (SRP)Part A : General Information on the Higher Education Provider (HEP)

Part B : Information on the Nine Areas of Evaluation for Quality Assurance

Part C : Self Review Report

Maklumat berkenaan terma rujukan Jawatankuasa Penyelarasan Swaakreditasi boleh dirujuk dalam laman web CoSComm: www.coscomm.upm.edu.my dan maklumat berkaitan prosedur, boleh rujuk dalam sistem eISO, laman web utama UPM www.upm.edu.my

Page 6: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Beriltizam untuk mengekalkan ...Dokumen Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang mempunyai maklumat terperinci berkaitan Matlamat UPM, boleh dirujuk atau dimuatnaik

Terdapat 9 Elemen Penilaian Untuk Jaminan Kualiti Akademik, iaitu: (1) Visi, Misi, Matlamat Pendidikan dan Hasil Pembelajaran (2) Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian (3) Penilaian Pelajar (4) Pemilihan Pelajar dan Perkhidmatan Sokongan (5) Staf Akademik (6) Sumber Pendidikan (7) Pemantauan dan Semakan Program (8) Kepimpinan, Tadbir Urus dan Pentadbiran (9) Penambahbaikan Kualiti Program Berterusan

VISI UPMMenjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa

MISI UPMMemberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu

Page 7: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Beriltizam untuk mengekalkan ...Dokumen Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang mempunyai maklumat terperinci berkaitan Matlamat UPM, boleh dirujuk atau dimuatnaik

Apakah Maksud PUTRA GLOBAL 200(PG 200) ?

PG 200 merupakan sasaran yang terkandung dalam visi UPM, iaitu “Pada 2020, UPM beriltizam untuk mencapai kedudukan 200 universiti terbaik di dunia (berdasarkan penilaian QS World University Ranking), di mana kejayaan akademik, penyelidikan, perkhidmatan profesional dan pengantarabangsaan bukan sahaja memberi manfaat kepada pembangunan pelajar dan komuniti UPM, tetapi ia juga akan memacu sumbangan bermakna kepada kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat.”

PG 200 terkandung dalam Dokumen Pelan Strategik UPM 2014-2020 boleh dirujuk atau dimuatnaik dalam laman web CoSComm: www.coscomm.upm.edu.my atau laman web utama UPM www.upm.edu.my

Page 8: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Beriltizam untuk mengekalkan ...Dokumen Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang mempunyai maklumat terperinci berkaitan Matlamat UPM, boleh dirujuk atau dimuatnaik

NILAI Kecemerlangan, Kepelbagaian, Kelestarian, Integriti

MATLAMAT1. Mempertingkat Kualiti dan Daya Saing Graduan2. Menjanakan Nilai melalui Ekosistem RDCE yang Mantap dan Lestari3. Melonjak Perkhidmatan Jaringan Industri dan Masyarakat4. Memperkasakan UPM sebagai Pusat Kecemerlangan Pertanian5. Mempertingkat Kualiti Tadbir Urus

Dokumen Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang mempunyai maklumat terperinci berkaitan Matlamat UPM, boleh dirujuk atau dimuatnaik dalam laman web CoSComm: www.coscomm.upm.edu.my atau laman web utama UPM www.upm.edu.my

Maksud Nilai boleh dirujuk atau dimuatnaik dalam laman web CoSComm: www.coscomm.upm.edu.my

Page 9: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Beriltizam untuk mengekalkan ...Dokumen Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang mempunyai maklumat terperinci berkaitan Matlamat UPM, boleh dirujuk atau dimuatnaik

Moto UPM - BERILMU BERBAKTIBERILMUKami percaya bahawa hanya melalui ilmu manusia berkemampuan untuk meningkatkan tawaduk mereka kepada penciptanya menerusi kebolehannya memahami intipati ciptaan tuhan, serta untuk menghormati dan mengekalkannya bagi generasi akan datang.

BERBAKTIKami mengakui bahawa cara paling baik untuk memberi khidmat kepada masyarakat adalah menerusi graduan kami, penemuan penyelidikan, inovasi dan khidmat profesional

Tagline UPM -PERTANIAN INOVASI KEHIDUPANPembentukan slogan berkaitan pertanian ini adalah suatu iltizam UPM untuk mengekalkan bidang pertanian sebagai teras utama dan sekali gus melonjakkan citra UPM sebagai peneraju pendidikan pertanian di negara ini. Ia bertujuan untuk menggambarkan legacy of knowledge dan leading agriculture di UPM yang banyak memberikan sumbangan kepada penambahbaikan kehidupan, pengkayaan ilmu pengetahuan dan inovasi khususnya dalam bidang pertanian.

Page 10: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Beriltizam untuk mengekalkan ...Dokumen Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang mempunyai maklumat terperinci berkaitan Matlamat UPM, boleh dirujuk atau dimuatnaik

Pertanian telah diwarisi UPM lebih 80 tahun yang lalu. Gahnya pertanian UPM digambarkan sebagai melewati pendidikan dan penyelidikan, menghasilkan modal insan pertanian yang berkualiti, memperkayakan ilmu pengetahuan, meneroka pelbagai inovasi dan mencipta kehidupan yang cemerlang.

Inovasi dalam konteks pertanian adalah menghasil inovasi dan mencari penemuan baharu untuk kelestarian pertanian. Aktiviti pengajaran, penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan pengembangan yang telah dilaksanakan bergerak seiring dengan intipati pertanian. Kehidupan adalah impak daripada kejayaan pendidikan, penyelidikan, penemuan ilmu dan inovasi yang menjadi pelengkap kepada semangat UPM dalam menterjemahkan peranan pertanian.

www.coscomm.upm.edu.my

Tel : 03 8946 6023 / 6092 / 6021

GlosariMQA - Malaysian Qualifications AgencyMQF - Malaysian Qualifications FrameworkCOPIA - Code of Practice for Institutional AuditCOPPA - Code of Practice for Programme Accreditation

Rujukan lebih terperinci, sila layari laman web : www.mqa.gov.my