universiti edisi 2017: bil. 2 kebangsaan malaysia · 2018. 1. 22. · senarai pemenang pertandingan...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
-
Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 1
Edisi 2017: Bil. 2
Kandungan...
Sambungan :
Eksplorasi Elektrik & Elektronik
E3@UKM 2017
2
Pembentangan Projek Reka-
bentuk Sistem
3
Senarai Pemenang Pertandingan
Poster Pelajar Tahun Akhir
4
Pakar Menulis : 5G - Teknologi
Komunikasi Akan Datang
6
Lawatan Penandaras ke UPM : 7
Majlis Makan Malam JKEES 2017 8
Laporan Bergambar 9
Sidang Editor
Penasihat
Prof. Dr. Norbahiah Misran
Ketua Editor
Dr. Muhammad Faiz Bukhori
Editor
Cik Aida Baharuddin
En. Ahmad Yunus Misdi
Editor Bersekutu
Dr. Nor Fazila Kamal
Prof. Madya Ir. Dr. Rosdiadee Nordin
Dr. Aqilah Baseri Hudin
Jurufoto
En. Ahmad Yunus Misdi
UNIVERSITI
KEBANGSAAN
MALAYSIA
Edisi 2017: Bil. 2 01 Apr—30 Jun 2017
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
Sidang Editor, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603-8911 8393 ; Faks : 603-8911 8359 ; Laman sesawang : www.ukm.my/jkees
Bersambung dihalaman 2...
Eksplorasi Elektrik dan Elektronik di UKM 2017 (E3@UKM 2017) merupakan salah satu program penting dalam rangka promosi untuk meningkatkan reputasi dan ketampakan JKEES kepada masyarakat luar. Ia melibatkan pertand-ingan poster projek pelajar tahun akhir, pertand-ingan rekacipta, dan program-program pendidi-kan untuk pelajar-pelajar sekolah di sekitar daerah Hulu Langat. E3@UKM 2017 telah berlangsung pada 23 hingga 24 Mei 2017, di Bangunan Akademik Fakulti Kejuruteraan. Ia dirasmikan oleh Dekan fakulti, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mo-hammad. Ini merupakan kali kedua program tahunan ini dianjurkan dengan jayanya oleh JKEES. E3@UKM 2017 juga merupakan Hari Terbuka
yang memberikan peluang kepada bakal pelajar, ibu-bapa, pihak industri dan sesiapa sahaja un-tuk melawat segala kemudahan di Jabatan, ter-masuk bilik-bilik kuliah, makmal-makmal pengajaran dan makmal-makmal penyelidikan. Ia juga diisi dengan pameran projek pelajar, ceramah teknikal, serta forum kerjaya kejuruter-aan. Selain itu, turut dijalankan semasa program ini adalah pembentangan poster untuk Projek Tahun Akhir, dan juga pembentangan Projek Rekabentuk Sistem. Sempena program E3@UKM ini juga, beberapa organisasi dan kelab telah dijemput untuk membuat pameran dan demonstrasi rekacipta, sebagai pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah dan pelajar-pelajar baru Tahun 1. Antaranya organisasi yang terlibat adalah IEM, IEEE, CRYsTAL, PERMATRA, INVEBOT, Radio Amatur, dan UKM-UDE.
EKSPLORASI ELEKTRIK & ELEKTRONIK
E3@UKM 2017
-
Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 2
Edisi 2017: Bil. 2
Sambungan:
KEMERIAHAN EKSPLORASI ELEKTRIK & ELEKTRONIK
E3@UKM 2017
-
Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 3
Edisi 2017: Bil. 2
KARNIVAL E3@UKM2017: PEMENANG PROJEK REKABENTUK SISTEM
Pemenang
Kumpulan
Ahli
E-VOICE Handygenius Muhammad Anas Sahabuden
Noor Fazilah Fazreen Abdul Rani
Nur Amelia Syakirah Hanafiah
Siti Norsyafiqah Mohamad Daud
Siti Adila Mohd Dan
S—BOARD VKU Tan Shao Yu
Ng Hui Xuan
Kuan Weng Thong
Teng Keh Chong
Kok Chin Seng
Hooi Mun Wei
Blinrael 6 Malows Ching Chiou Yang
Lee Chia Cheng
Andrew Ngi Ing Hui
Lee Tian Peng
Tan Hock Kin
Tang Min Chin
Disediakan oleh: En. Hilmi Sanusi & En. Kamarulzaman Mat
-
Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 4
Edisi 2017: Bil. 2
KARNIVAL E3@UKM2017:
SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN POSTER PROJEK TAHUN AKHIR
ANUGERAH JABATAN
Program Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (KZ)
GOLD:
JEFFER LEE CHIEH XIONG (Penyelia: Prof Dr. Nowshad
Amin)
Tajuk: Design Considerations for an Electronic Battery
Charger Using Combined Photovoltaic-Thermoelectric
SILVER:
MOHAMAD SHAFIQ HANIF BIN AB WAHID (Penyelia:
En Hilmi Sanusi)
Tajuk: Development of GPS Transmitter System using
RFbee
BRONZE:
MOHD YUSHAILE BIN YUSOF (Penyelia: PM Dr. Norhana
Arsad)
Tajuk: Smart Intelligent Power Management System Control by using Fuzzy Logic Gain Scheduling
Program Kejuruteraan Komputer & Komunikasi
(KT)
GOLD:
DARRSHNI A/P TANABBAL (Penyelia: PM Ir. Dr. Man-
deep Singh A/L Jit Singh)
Tajuk: Development of Human Head Phantom for Brain
Stroke and Brain Tumour Detection
SILVER:
MUHAMAD HAZIQ IZUDDIN BIN AZMIN (Penyelia: PM
Ir. Dr. Mardina Abdullah)
Tajuk: Forecasting High Frequency Communica
tion using Software
BRONZE:
NUR FARAHIN BT MOHD MAZNI (Penyelia: PM Ir. Dr.
Rosdiadee Nordin)
Tajuk: Radio Propagation & Planning Based on Practi-
cal 4G Mobile Network Deployment in Campus
Program Kejuruteraan Mikroelektronik (KC)
GOLD:
TAN KAH LOCK (Penyelia: Prof Dr. Md Mamun Ibne
Reaz)
Tajuk: Design of Power Amplifier for 2.4 GHz RF
Devices
SILVER:
NUR ‘AYUNI BT ALBAKRI (Penyelia: PM Ir. Dr. Ah-
mad Ahsrif A Bakar)
Tajuk: Palm Oil Fruit Bunch Optical Sensor
BRONZE:
SAIDATUL AMIRA BT ABDUL WAHAB (Penyelia: Dr.
Noorfazila Kamal)
Tajuk: Low Power Frequency Divider using For
ward Bias Body Technique
Disediakan oleh: Dr. Nor Fazila Kamal
-
Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 5
Edisi 2017: Bil. 2
KARNIVAL E3@UKM2017:
SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN POSTER PROJEK TAHUN AKHIR
ANUGERAH IEEE
IEEE Young Professional Zuhaira Bt Mohd Zulkifli (penyelia: Dr. Fazida Hanim Hashim) Tajuk: A Rapid and Non-Destructive Technique in Determin-
ing the Ripeness of Oil Palm Fresh Fruit Bunch (FFB)
IEEE Women in Engineering Maroline Favius Marcus (penyelia: Prof Dr. Azah Mohamed) Tajuk: Battery Integrated Photovoltaic System for Mitigating
Overvoltage and Intermittency Problems
IEEE Communications & Vehicular Technology So ciety Siti Basirah Bt Borhanudin (penyelia: PM Ir. Dr. Rosdiadee Nordin) Tajuk: How Good is the 4G Network Services inside the
Campus? Suhailah Bt Mahzan (penyelia: Prof Dr. Mahamod Ismail)
Tajuk: Performance WiFi-Femtocell Offloading Algorithms
in Hetnet
IEEE Electron Devices Society Ravinder Singh Sidhu A/L Amrik Singh (penyelia: PM Dr. Huda Abdullah) Tajuk: Synthesis and Fabrication of PANI-Fex-‑Ni(1-
x);x=0.8,0.6,0.4,0.2) Nanocomposite Thin Film Biosensor Synthe-
sized by Low Heat Treatment (300℃) with 30kGy γ irradi-ation for Leptospira Detection in Wet Medium
IEEE Engineering in Medicine & Biology Society Gold: Siti Nur Aishah Bt Ahmad (penyelia: Dr. Wan Mimi Diyana Wan Zaki)
Tajuk: Mymata: A Computer Assisted Ocular Disease Screning Framework for ASPI
Silver: Darrshni A/P Tanabbal (penyelia: PM Ir. Dr. Mandeep Singh A/L Jit Singh)
Tajuk: Development of Human Head Phantom for Brain
Stroke and Brain Tumour Detection
Bronze: Norfazreena Bt Ishak (penyelia: Dr. Kalaivani A/P Chellap-
pan) Tajuk: Multipoint Surface Temperature Sensor for Heat
Stress Management
IEEE Power & Energy Society Mohd Faris Farhan Bin Ahmad Fuad (penyelia: Dr. Ramizi
Mohamed)
Tajuk: Vibration Based Energy Harvester
IEEE Photonics Society Nor Azreen Bt Mohamad Asri (penyelia: PM Ir. Dr. Ahmad Ashrif Bin A Bakar/ Dr. Mohd Hadri) Tajuk: Optical Mouse for Disable People using Microscopic
Finger Movement
IEEE Systems, Man & Cybernetics Society Hafifah Bt Ab. Hamid (penyelia: Dr. Anuar Mikdad Muad)
Tajuk: Automatic Scour Monitoring System using Image
Processing
IEEE Signal Processing Society Zuhaira Bt Mohd Zulkifli (penyelia: Dr. Fazida Hanim Hashim) Tajuk: A Rapid and Non-Destructive Technique in Determin-
ing the Ripeness of Oil Palm Fresh Fruit Bunch (FFB)
Disediakan oleh: Dr. Nor Fazila Kamal
-
Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 6
Edisi 2017: Bil. 2
Rangkaian Generasi Kelima (5G) merujuk kepada penam-bahbaikan ataupun evolusi daripada Rangkaian 4G terdahulu. 5G bakal menawarkan beberapa teknologi pemancaran terkini, seperti antena agam berganda, ataupun Massive-MIMO (Multiple-Input Multiple-Output), peningkatan modulasi, penggunaan gelombang millimeter, komunikasi peranti-ke-peranti, sel bersaiz kecil dan pelbagai lagi teknik pemancaran yang masih dalam fasa pembangunan.
Antena agam berganda merujuk kepada penggunaan bilangan antena yang banyak, hingga membentuk susunan agam (massive) pada menara pemancar 5G akan datang. Lagi ban-yak antena, lagi tinggi kadar data dapat dihantar kepada pengguna. Ia juga membantu mengurangkan kesan gangguan kepada pengguna oleh kerana antena tersebut mempunyai ‘kebebasan’ untuk mengikuti pergerakan peranti 5G kelak. Di-jangkakan sebanyak 128 antena dipasang pada menara pem-ancar, berbanding 3 ataupun 6 (di kawasan padat) antena pada menara pemancar 4G buat masa ini.
Rangkaian 5G masih di dalam peringkat penyelidikan oleh kerana terdapat beberapa isu dan cabaran perlu diselesaikan berkaitan teknologi-teknologi diperbincangkan. Sebagai contoh, keperluan pemprosesan isyarat mudah perlu diperkenalkan un-tuk mengurangkan bebanan kuasa pada menara pemancar antena agam berganda. Untuk mencapai modulasi tertinggi, kesan hingar pada saluran tanpa wayar perlu dikurangkan, manakala untuk menggunakan gelombang millimeter, rekabentuk peranti
PAKAR MENULIS:
GENERASI KELIMA (5G) - TEKNOLOGI KOMUNIKASI AKAN DATANG
elektronik baharu pada perkakasan perlu dimulakan dan juga ramalan liputan rangkaian perlu difahami.
Justeru, International Telecommunication Union (ITU), mem-berikan masa kepada penyelidik-penyelidik bidang telekomu-nikasi untuk mengkaji mengenai teknologi-teknologi terbaik untuk mencapai sasaran 5G. ITU merupakan pengawalselia rangkaian telekomunikasi peringkat antarabangsa dan ITU akan mengeluarkan dokumen rasmi mengenai piawaian berkaitan 5G sekitar 2019. Dokumen rasmi ini akan digunapakai oleh industri telekomunikasi dan juga negara-negara yang ingin memperke-nalkan Rangkaian 5G.
Menariknya untuk 5G, wujud pesaing baru yang selama ini didominasi oleh tiga kuasa besar sahaja, iaitu Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah. Untuk 5G, pesaing baru muncul daripada benua Asia, iaitu Korea (Samsung) dan China (Huawei).
Buat masa ini, masih tiada lagi peranti pintar di pasaran yang mampu menerima isyarat 5G oleh kerana teknologi tersebut masih melalui fasa penilaian dan ujikaji. Oleh kerana itu, kom-puter selalunya digunakan bagi mewakili peranti pintar akan datang untuk memahami kualiti penerimaan isyarat daripada menara pemancar 5G. Dengan menggunakan komputer, penyelidik mudah untuk melakukan tambahan pada komponen ataupun arahan dalam bentuk aturcara untuk penambahbaikan kepada teknologi pemancaran yang ingin diperkenalkan.
Penulis telah menjalani sangkutan penyelidikan di University of Bristol (UoB), UK berkaitan perlaksanaan teknologi antena agam berganda untuk Rangkaian 5G di antara April dan Mei, 2017. UoB merupakan pemegang rekod dunia kecekapan spek-trum tertinggi melalui menara pemancar antena agam berganda ini. Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada Newton-Ungku Omar Foundation (NUOF) atas tajaan sangkutan penyelidikan di University of Bristol (UoB). Artikel penuh boleh dicapai melalui pautan: http://www.majalahsains.com/generasi-kelima-5g-teknologi-komunikasi-akan-datang/
Untuk bacaan terperinci mengenai 5G, pembaca digalakkan untuk membuat rujukan pada artikel tersebut:
Mohammed H. Alsharif, Rosdiadee Nordin, "Evolution Towards Fifth Generation (5G) Wireless Networks: Current Trends and Challenges in the Deployment of Millimetre Wave, Massive MIMO, and Small Cells", Telecommunication Systems, 64(4):617-637, April 2017.
Pautan: http://link.springer.com/article/10.1007/s11235-016-0195-x
Prototaip menara pemancar 5G di University of Bristol, UK, menggunakan antena agam berganda. Sejumlah 128 antena dipasang pada menara pemancar 5G ini.
Disediakan oleh: Prof. Madya Ir. Dr. Rosdiadee Nordin
http://www.majalahsains.com/generasi-kelima-5g-teknologi-komunikasi-akan-datang/http://www.majalahsains.com/generasi-kelima-5g-teknologi-komunikasi-akan-datang/http://link.springer.com/article/10.1007/s11235-016-0195-xhttp://link.springer.com/article/10.1007/s11235-016-0195-x
-
Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 7
Edisi 2017: Bil. 2
Pada 13 April 2017, wakil-wakil dari jabatan yang diketuai oleh Professor Dr. Norbahiah Misran telah ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk lawatan penandaras. Lawatan ini adalah sebagai persediaan JKEES menghadapi akreditasi EAC.
Lawatan bermula sekitar 2.30 petang dengan dimulai dengan sesi pengenalan jabatan masing-masing oleh Professor Madya Dr. Mohd. Amran Mohd Radzi yang mewakili UPM, manakala oleh Professor Dr. Norbahiah Misran mewakili JKEES. Me-nyusul seterusnya adalah sesi perbincangan mengenai struktur kokurikulum dan keperluan EAC di jabatan masing-masing. Akhirnya, wakil jabatan telah dibawa melawat ke makmal-makmal penyelidikan dan pengajaran untuk melihat amalan terbaik (“best practices”) yang diamalkan di UPM. Lawatan berakhir dalam jam 4.30petang.
LAWATAN PENANDARAS:
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK, UPM
-
Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 8
Edisi 2017: Bil. 2
Tanggal 13 April 2017, dengan julung kalinya, kelab pela-jar JKEES, INVEBOT telah berjaya menganjurkan satu majlis
makan malam yang dinamakan ‘Malam Silaturrahim JKEES’.
Majlis yang diadakan di Dewwan Kenanga, Bangi Golf Resort
ini, telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ketua Jabatan
JKEES, Prof Dr Norbahiah Binti Misran. Beberapa pensyarah
JKEES juga turut sama hadir dan memeriahkan majlis ini. Maj-
lis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar
JKEES, di samping meraikan pelajar Tahun 4 yang akan
menamatkan pengajian pada hujung semester ini. Antara acara
menarik sepanjang majlis ini termasuklah cabutan bertuah dan
persembahan dari pelajar Tahun 1, 3 dan 4. Secara kese-
luruhannya, program ini berjaya memupuk semangat ber-
pasukan dan setiakawan antara pelajar JKEES. Kepada kelab
INVEBOT khasnya, program ini telah memberi peluang kepada
kami untuk meraih pengalaman baru dalam mengendalikan
sesuatu program dan meningkatkan keyakinan kami dalam
menguruskan sesuatu program yang melibatkan pihak dari luar
Universiti, Kami, kelab INVEBOT berharap agar program
seumpama ini akan dijadikan tradisi oleh pelajar Jabatan Keju-
ruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES).
MAJLIS MAKAN MALAM JKEES 2017
Disediakan oleh: Dr Aqilah Baseri Hudin
-
Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 9
Edisi 2017: Bil. 2
05 Mei - 06 Mei 2017
CRYsTaL@UKM di Sek. Men. Teknik KL
24 Mei - 25 Mei 2017
Eksplorasi Elektrik dan Elektronik di UKM 2017
LAPORAN BERGAMBAR