unit1

16
PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/1 1.0 PENGENALAN Cuba anda lihat disekeliling anda, pada bangunan terdapat banyak komponen kayu yang digunakan. Kayu tersebut adalah polisas.nizam.dewi.maail INPUT 1 Uni t PEMBINAAN KAYU OBJEKTIF AM Memahami konsep konsep asas kayu, jenis- jenis kecacatan, kesan pembinaan, pengeringan, pengawetan, pemeliharaan, papan lapis, serpihan dan gantian, kemasan, pelarut dan OBJEKTIF Di akhir unit ini anda dapat : Menghuraikan pengkelasan kayu berdasarkan aspek botani, ketumpatan dan kelasakan serta kekuatan. Menerangkan proses pengeluaran kayu bersaiz piawai. Menerangkan tatacara pengeringan kayu dengan kaedah semulajadi dan tanur. Menyatakan sebab-sebab kecacatan kayu/papan dari segi semulajadi dan faktor luaran. Menerangkan kesan kecacatan kayu terhadap pembinaan. Menyatakan tatacara pengawetan kayu dengan kaedah sapuan, semburan, rendaman dan tekanan. Menerangkan kebaikan dan keburukan kayu sebagai bahan binaan. Menerangkan jenis-jenis dan kegunaan produk kayu seperti papan lapis, serpihan, gentina, gentian dan lain-lain produk terbaru. Menyatakan jenis-enis kemasan kayu dan kegunaannya seperti wax, syelek, lekar dan cat. Menyatakan jenis-jenis bahan pelarut dan kegunaannya seperti turpentine, spirit dan thinner. Menerangkan jenis tanggam dan peringkat struktur seperti lantai, tangga, pintu, tingkap, siling dan kekuda bumbung.

Upload: acai-kira

Post on 03-Aug-2015

188 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/1

polisas.nizam.dewi.maail

1Unit

PEMBINAAN KAYU

OBJEKTIF AM

Memahami konsep–konsep asas kayu, jenis-jenis kecacatan, kesan pembinaan, pengeringan, pengawetan, pemeliharaan, papan lapis, serpihan dan gantian, kemasan, pelarut dan tanggam.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Menghuraikan pengkelasan kayu berdasarkan aspek botani, ketumpatan dan kelasakan serta kekuatan.

Menerangkan proses pengeluaran kayu bersaiz piawai. Menerangkan tatacara pengeringan kayu dengan

kaedah semulajadi dan tanur. Menyatakan sebab-sebab kecacatan kayu/papan dari

segi semulajadi dan faktor luaran. Menerangkan kesan kecacatan kayu terhadap

pembinaan. Menyatakan tatacara pengawetan kayu dengan kaedah

sapuan, semburan, rendaman dan tekanan. Menerangkan kebaikan dan keburukan kayu sebagai

bahan binaan. Menerangkan jenis-jenis dan kegunaan produk kayu

seperti papan lapis, serpihan, gentina, gentian dan lain-lain produk terbaru.

Menyatakan jenis-enis kemasan kayu dan kegunaannya seperti wax, syelek, lekar dan cat.

Menyatakan jenis-jenis bahan pelarut dan kegunaannya seperti turpentine, spirit dan thinner.

Menerangkan jenis tanggam dan peringkat struktur seperti lantai, tangga, pintu, tingkap, siling dan kekuda bumbung.

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/2

1.0 PENGENALAN

Cuba anda lihat disekeliling anda, pada bangunan terdapat banyak komponen kayu yang digunakan. Kayu tersebut adalah daripada jenis yang pelbagai. Terdapat banyak kegunaan kayu diantaranya:

Sebagai bahan binaan - kayu digunakan untuk membuat tiang, lantai, dinding, rasuk, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya.

Sebagai bahan perabot Untuk pembungkusan – secara ringan atau berat Untuk membuat alatan dan pemegang Sebagai bahan larikan (turnery) dan patung permainan. Dijadikan papan lapis dan papan gantian.

Selain dari itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan kertas dan sebagai bahan mentah dalam menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine dan lain-lain lagi. Malaysia merupakan sebuah negara pengeksport kayu yang terkenal di dunia.

1.1 KAYU TEMPATAN

Banyak jenis kayu tempatan yang bermutu tinggi baik untuk bahan pembinaan mahupun kegunaan bahan yang lain. Jenis kayu yang biasanya digunakan ialah:

Kayu lembut seperti damar minyak (Rajah 1.4). Kumpulan kayu keras yang berat seperti cengal, balau/selayan

batu, kekatung, merbau, tembusu dan resak (Rajah 1.1). Kumpulan kayu keras yang sederhana berat seperti kapur,

kempas, keruing dan tualang (Rajah 1.2). Kumpulan kayu keras yang ringan contohnya jelutung, meranti,

nyatuh, ramin, sepetir dan kayu getah (Rajah 1.3).

Rajah 1.1 : Kumpulan Kayu Keras yang sederhana berat Rajah 1.2 : Kumpulan Kayu Keras yang Berat

polisas.nizam.dewi.maail

INPUT

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/3

Rajah 1.3 : Kumpulan Kayu Keras yang Ringan Rajah 1.4 : Kayu Lembut

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP (1994)

1.1.1 Pengkelasan Kayu Berdasarkan Aspek Botani, Ketumpatan, Kelasakan dan Kekuatan.

Jadual 1.1 : Menunjukkan Senarai Beberapa Jenis Kayu dan Kegunaanya.

Kumpulan Nama Ketumpatan KekuatanTekanan/Kelasakan

Kegunaan

Keras dan beratGred A

CengalBalau/Selayan batuKekatong

Merbau

Resak

Tembusu

993kg/m3

1027kg/m3

847kg/m39.979N/mm2

11.38N/mm2

9.17N/mm2

4.9-11.45N/mm2

8.00N/mm2

Kapal, rangka, ukiran.Jambatan, landasan, cerocok, gelegar, lantai dan perabotRasuk, rangka pintu/tingkap, pemegang alat lantai parket dan panel.Kerja hiasan, parket, perabot, venir dan pemegang alat.Pembinaan berat, tiang rasuk, cerucuk, lantai, jambatan, kapal, rangka pintu/tingkap, landasan.Pembinaan berat, lantai parket dan perabot.

Keras dan sederhana beratGred B

Kempas

Keruing

KapurTualang

926kg/m3

926kg/m3

791kg/m3

875kg/m3

7.52N/mm2

4.34-9.17N/mm2

6.74N/mm2

8.0N/mm2

Pembinaan berat, tiang, gelegar, panel, jambatan, parket, gerobok, cerucuk dan pemegang alat.Pembinaan umu, tiang, landasan, jambatan dan gerabak lori.Kekuda, rasuk dan tiang.Tiang, rasuk, parket, lantai dan perabot.

Keras dan ringan

Nyatuh 758kg/m3 Pintu, tingkap, rasuk tiang, lantai, siling dan

polisas.nizam.dewi.maail

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/4

Gred CJelutung

Meranti

Ramin

Sepetir

Kayu getah

707kg/m3

657kg/m3

707kg/m3

2.65N/mm2

3.38N/mm2

5.93N/mm2

4.69N/mm2

perabot.Pensel, patung, bingkai gambar dan pemegang berus.Pembinaan ringan, lantai, venir, perabot, papan lapis, pelapisan pintu, tingkap dan panel.Hiasan perabot, dinding dalam dan panel.Gerobok, panel dan perabot.Perabot, panel, parket dan susur tangga.

LembutGred D

Damar minyak

Panel hiasan, venir, papan lapis dan perabot

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP (1994)

1.1.2 Proses Pengeluaran Kayu Bersaiz Piawai

Kayu balak setelah digergaji dikelaskan mengikut ukurannya. Pengkelasan yang berikut adalah terdapat dalam pasaran tempatan.

Jadual 1.2 : Jenis dan Ukuran Kayu

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP (1994)

1.1.3 Tatacara Pengeringan Kayu

Kayu perlu dikeringkan sehingga kandungan lembapannya kurang daripada 15% barulah sesuai digunakan dalam kerja pembinaan, jika kandungan lembapan berlebihan kayu akan mengecut dan mengakibatkan kecacatan pada kerja yang dihasilkan. Oleh sebab itu proses pengeringan kayu merupakan satu langkah yang mesti dilakukan sebelum kayu boleh digunakan. Pengeringan mempunyai tujuan berikut :

menambahkan kekuatan, tahan lasakan dan kesenangan kerja.mengurangkan kemungkinan kayu pecah, mengecut dan menggeleding.mengelakkan kayu daripada serangan serangga dan kulat.

polisas.nizam.dewi.maail

Bil Nama Ukuran1.

2.3.4.5.6.7.

Balak

TiangKayu segi besarPapanBerotiBeroti kecilPapan jalur

Potongan kayu daripada pokok atau dahan yang tidak digergaji.100mmx100mm-150mmx150mmTebal > 100mmxlebar > 150mmTebal 12mm-37mmxlebar > 150mmTebal 37mm-100mm < 150mmTebal 20mm-37mmx25mm-75mmTebal < 20mmxlebar < 100mm

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/5

mengurangkan berat, menjimatkan kos penghantarannya.untuk kemudahan kerja-kerja mengawet, mengecat dan menggilap.

menjadikannya lebih mudah membakar, jika dijadikan sebagai kayu api.

a) Kaedah Pengeringan Secara Semulajadi

Proses pengeringan ini lambat dan mengambil masa yang panjang. Dalam proses ini kayu basah disusun dengan cara yang teratur dan dilindungi di bawah bumbung. Kayu tersebut dibiarkan menjadi kering sendiri. Jangkamasa yang diperlukan adalah bergantung kepada:

Jenis kayuKandungan lembapan kayuCara susunannyaIklim cuaca semasa pengeringan dilakukan

Proses pengeringan ini sukar dikawal. Oleh sebab itu, mutu kayu yang dihasilkan dengan cara ini tidak seragam.

b) Pengeringan Tanur

Dengan pengeringan tanur, kayu dapat dikeringkan dalam masa yang lebih singkat disamping menghasilkan kayu-kayu kering yang lebih seragam. Pada dasarnya, pengeringan tanur ini memerlukan satu relau atau tanur yang dapat mengawal suhu, kelembapan dan peredaran udara. Proses ini dapat dicepatkan dengan meninggikan suhu serta mengawal peredaran udara di dalamnya. Stim juga dimasukkan ke dalam tanur pada hujung proses pengeringan untuk mengurangan retak dan mengawal kecacatan kayu serta mencepatkan proses pengeringan, terdapat beberapa jenis tanur yang digunakan, antaranya ialah tanur berbilik, tanur berperingkat, tanur jet stim, tanur berkipas luar dan tanur berkipas dalam.

Selain kaedah-kaedah yang tersebut di atas, terdapat juga kaedah lain seperti pengeringan air, di mana kayu balak dimasukkan ke dalam sungai supaya sebahagian besar ‘sap’ dikeluarkan oleh air.

1.1.4 Sebab-Sebab Kecacatan Kayu / Papan Dari Segi :

a) Semulajadi Jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim yang dialami

disepanjang pertumbuhannya boleh menyebabkan kecacatan. Kecacatan yang disebabkan oleh faktor ini ialah

polisas.nizam.dewi.maail

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/6

berbuku, rekah kipas, rekah bintang, rekah bulat dan ira berpintal.

Lumut menyerang kayu apabila kayu tersebut lembap dan akan mengakibatkan kayu itu reput. Contoh kecacatan ini ialah reput kering reput basah dan sebagainya.

Serangga merosakkan kayu dengan memakannya. Serangga seperti kumbang, penggerik dan anai-anai menyebabkan kayu berlubang-lubang dan kadangkala terus meruntuhkan sesebuah binaan

b) Faktor luaran Kecacatan juga berlaku semasa pengeringan. Ini

disebabkan kayu-kayu tidak disusun dengan betul, pengeringan tidak seragam, hawa terlalu tinggi, peredaran udara tidak cukup dan sebagainya. Contoh-contoh kecacatan ialah melengkung, piuh, pecah dan menggeleding.

Kecacatan berlaku semasa kayu balak diproses. Ini disebabkan oleh mesin atau cara kerja. Antara kecacatan jenis ini ialah pecah ira, lekuk, ira pepenjuru dan sebagainya.

1.1.5 Kesan Kecacatan Kayu Terhadap Pembinaan

Terpiuh - hasil daripada pengeringan yang tidak baik Menggeleding – hasil daripada proses pengeringan semulajadi

yang tidak sempurna Pecah – proses pengeringan yang tidak seragam Merekah - hasil daripada proses pengeringan semulajadi yang

tidak sempurna Melengkung – akibat daripada pengeringan yang tidak stabil Berlubang – faktor semulajadi daripada serangan

serangga/haiwan

1.1.6 Tatacara Pengawetan Kayu : Dengan Kaedah Sapuan, Semburan, Rendaman dan Tekanan

Ini merupakan pengawetan pada permukaan kayu sahaja. Kemasukan ubat awet ke dalam kayu biasanya tidak melebihi 3mm. Minyak kreosot panas digunakan untuk menyapu. Bahan kimia cecair dalam digunakan sebagai bahan untuk pencelup.

polisas.nizam.dewi.maail

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/7

Kayu basah sesuai dicelupkan ke dalamnya kerana ubat awet yang pekat mudah diserap oleh sel-sel kayu. Selepas dicelup, kayu disusun tanpa menggunakan beroti selama beberapa minggu. Pengawetan pada kayu lapis dilakukan dengan mencampurkan ubat awet yang beracun seperti klordan atau arsenik trioksida ke dalam glu semasa kayu lapis dilapikkan. Pengawetan ini menjamin kayu lapis tidak dimakan anai-anai atau dirosakkan oleh serangga lain.

Kaedah tekanan pula memerlukan satu silinder yang bertekanan tinggi, tudungnya ditutup dan kayu dimasukkan kedalamnya.

1.1.7 Kebaikan dan Keburukan Kayu

Kayu mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Antaranya kebaikannya ialah mudah direkabentuk bagi menghasilkan struktur binaan yang menarik dan mudah diperolehi. Manakala keburukannya pula ialah mudah reput, mudah terbakar, serangan serangga perosak seperti anai-anai, kurang lasak dan memerlukan kos yang tinggi bagi pembinaannya.

1.1.8 Jenis-Jenis dan Kegunaan Kayu :

Papan lapis – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan dengan ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya.

Papan serpihan – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan dengan ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya.

Papan gentina – papan ini diperbuat daripada gentian kayu. Gentian kayu ditekan bersama pengikat dijadikan kepingan besar yang sesuai digunakan untuk pembinaan. Papan ini sesuai digunakan untuk kerja-kerja dalaman seperti dinding, siling, panel, pintu rata, permukaan perabot ayng berangka dan sebagainya.

Papan gentian – papan ini diperbuat daripada gentian kayu. Gentian kayu ditekan bersama pengikat dijadikan kepingan besar yang sesuai digunakan untuk pembinaan. Papan ini sesuai digunakan untuk kerja-kerja dalaman seperti dinding, siling, panel, pintu rata, permukaan perabot yang berangka dan sebagainya.

polisas.nizam.dewi.maail

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/8

AKTIVITI 1A

1.1 Namakan lima jenis kayu tempatan yang sesuai digunakan untuk pembinaan lantai kayu.

1.2 Nyatakan proses pengeringan kayu.

1.3 Huraikan proses pengeringan kayu secara semulajadi.

1.4 Apakah kelebihan proses pengeringan tanur dibandingkan dengan proses semulajadi.

1.5 Terangkan kecacatan yang berlaku pada kayu melalui proses pengeringan serta contoh-contohnya.

polisas.nizam.dewi.maail

SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS BERIKUT !

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/9

1.1 Lima jenis kayu tempatan yang sesuai digunakan untuk pembinaan lantai kayu ialah kayu resak, kayu tualang, kayu nyatuh, kayu meranti dan kayu balau.

1.2 Proses pengeringan kayu ialah secara semulajadi dan pengeringan tanur

1.3 Proses pengeringan ini lambat dan mengambil masa yang panjang. Dalam proses ini kayu basah disusun dengan cara yang teratur dan dilindungi di bawah bumbung. Kayu tersebut dibiarkan menjadi kering sendiri. Jangkamasa yang diperlukan adalah bergantung kepada jenis kayu, kandungan lembapan kayu, cara susunannya, iklim cuaca semasa pengeringan dilakukanProses pengeringan ini sukar dikawal. Oleh sebab itu, mutu kayu yang dihasilkan dengan cara ini tidak seragam.

1.4 Kelebihan proses pengeringan tanur ialah kayu dapat dikeringkan dalam masa yang singkat di samping menghasilkan kayu-kayu yang lebih seragam. Stim yang dimasukkan ke dalam tanur dapat mengurangkan retak, mengawal kecacatan dan mempercepatkan proses pengeringan.

1.5 Kecacatan yang berlaku pada kayu melalui proses pengeringan disebabkan kayu-kayu tidak disusun dengan betul, pengeringan tidak seragam, hawa terlalu tinggi, peredaran udara tidak cukup dan sebagainya. Contoh-contoh kecacatan ialah melengkung, piuh, pecah, dan menggeleding.

OK

polisas.nizam.dewi.maail

MAKLUMBALAS

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/10

INPUT

1.2 JENIS-JENIS KEMASAN KAYU DAN KEGUNAANNYA

Wax – merupakan kemasan yang biasa digunakan sebagai lapisan terakhir untuk mendapatkan satu permukaan yang licin,rata dan berkilat.

Syelek – merupakan kemasan yang biasa digunakan pada kayu.Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs. Resin syelek larut di dalam alcohol dan digunakan untuk mengilat kayu. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan ataupun dibeli siap bancuh.

Lekar – terdiri daripada jenis resin (nitro–cellulose) ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur.

Cat – cat digunakan dalam perusahaan kayu untuk memberi lapisan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain lagi. Cecair cat mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat.

1.3 JENIS-JENIS BAHAN PELARUT DAN KEGUNAANNYA Turpentin – untuk melarutkan cat dan kerja-kerja pembersihan. Spirit – sebagai bahan pelarut untuk melarutkan syelek Tinner – untuk melarutkan cat yang lebih pekat kepada lebih cair. Kerosin - untuk melarutkan lekar

1.4 KERJA KAYU DAN KERJA TANGGAM

Tanggam melebar – untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk dijadikan kepada kepingan papan yang lebar bagi kegunaan permukaan perabot, dinding, lantai dan sebagainya (Rajah 1.5).

polisas.nizam.dewi.maail

TANGGAM PENETAP TANGGAM LIDAH DAN LURAH

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/11

Rajah 1.5 : Jenis-jenis Tanggam Melebar

TANGGAM GLU GESEL

TANGGAM PENETAP TANGGAM LIDAHDAN LURAH

TANGGAM TETINGKAT

Tanggam siku – tanggam ini diperbuat daripada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat. Ia boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak yang dibuat secara cepat (Rajah 1.6).

Rajah 1.6 : Jenis-jenis Tanggam Siku

Tanggam pemidang – tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi. Contohnya ialah pada pintu berpanel, pemidang gambar, meja, kerusi dan lain-lain lagi (Rajah 1.7).

Rajah 1.7 : Jenis-jenis Tanggam Pemidang

TANGGAM LEKAP

TANGGAM KEKANG TANGGAMPENETAP

TANGGAM LUBANG DAN PUTING

Tanggam memanjang – tanggam ini diguna apabila menyambung dua keeping kayu untuk menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan.

polisas.nizam.dewi.maail

TANGGAM MELEBAR

TANGGAM SIKU

TANGGAM BAJANG BIASA

TANGGAM TEMU

TETINGKAT

TANGGAM RENCONG

BIASA

TANGGAM BAJANG HUJUNG

LITUP

TANGGAM TEMU

TEMU TETINGKAT

LIDAH BERPARIT

TANGGAM BAJANG

TUNGGAL

TANGGAM PEMIDANG

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/12

Rajah 1.7 : Jenis-jenis Tanggam Memanjang

polisas.nizam.dewi.maail

TANGGAM MEMANJANG

TANGGAM SAMBUNG

LEKAP

TANGGAM SKAF

TANGGAM PLAT

SAMBUNG

TANGGAM SAMBUNG

JARI

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti di sebelah. Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang masih kabur…..!!!

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/13

1.6 Huraikan bahan-bahan berikut:a. lekarb. syelekc. cat

1.7 Nyatakan kegunaan bahan-bahan pelarut berikut :a. turpentineb. thinnerc. spirit

polisas.nizam.dewi.maail

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/14

1.6 Syelek – merupakan kemasan yang biasa digunakan pada kayu.Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs. Resin syelek larut di dalam alcohol dan digunakan untuk mengilat kayu. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alcohol untuk digunakan ataupun dibeli siap bancuh.

Lekar – terdiri daripada jenis resin (nitro–cellulose) ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur.

Cat – cat digunakan dalam perusahaan kayu untuk memberi lapisan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain lagi. Cecair cat mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat.

1.7 Turpentin – untuk mencairkan cat minyak.

Spirit – sebagai bahan pelarut untuk melarutkan syelek

Tinner – untuk melarutkan cat, lekar dan melakukan kerja-kerja pembersihan.

polisas.nizam.dewi.maail

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/15

PENILAIAN KENDIRI

1. Kayu tempatan mempunyai banyak kegunaan, mahupun diusahakan secara besar-besaran ataupun kecil-kecilan. Nyatakan di antara kegunaan-kegunaan tersebut?

2. Berikan empat jenis kayu tempatan yang baik yang biasa digunakan untuk bahan pembinaan mahupun kegunaan bahan lain?

3. Kaedah pengeringan kayu terbahagi kepada dua iaitu pengeringan secara semulajadi dan juga pengeringan secara tanur. Huraikan kaedah pengeringan kayu secara tanur?

4. Berikan kesan-kesan kecacatan kayu yang berlaku terhadap pembinaan?

5. Penggunaan kayu tempatan dalam kerja pembinaan adakalanya lebih tahan lasak dan adakalanya mudah dimakan anai-anai. Nyatakan kebaikan dan keburukan tersebut kayu dalam kerja-kerja pembinaan?

6. Terangkan perbezaan dan kegunaan kayu-kayu seperti dibawah :a) papan lapisb) papan serpihan

7. Berikan jenis-jenis kemasan kayu beserta dengan bahan-bahan pelarutnya.

8. Terangkan dengan jelas mengenai tanggam siku.

polisas.nizam.dewi.maail

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/16

MAKLUMBALAS

1. Terdapat banyak kegunaan kayu diantaranya:a. Sebagai bahan binaan - kayu digunakan untuk membuat tiang,

lantai, dinding, rasuk, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya.

b. Sebagai bahan perabot c. Untuk pembungkusan – secara ringan atau beratd. Untuk membuat alatan dan pemegange. Sebagai bahan larikan (turnery) dan patung permainan..f. Dijadikan venir, papan lapis dan papan gantian.g. untuk menghasilkan kertas dan sebagai bahan mentah dalam

menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine dan lain-lain lagi.

2. Banyak jenis kayu tempatan yang bermutu tinggi baik untuk bahan pembinaan mahupun kegunaan bahan yang lain. Jenis kayu yang biasanya digunakan ialah:

a. Kayu lembut seperti damar minyak b. Kumpulan kayu keras yang berat seperti cengal, balau/selayan

batu, kekatung, merbau, tembusu dan resak c. Kumpulan kayu keras yang sederhana berat seperti kapur,

kempas, keruing dan tualang. d. Kumpulan kayu keras yang ringan contohnya jelutung, meranti,

nyatuh, ramin, sepetir dan kayu getah

3. Dengan pengeringan tanur, kayu dapat dikeringkan dalam masa yang lebih singkat disamping menghasilkan kayu-kayu kering yang lebih seragam. Pada dasarnya, pengeringan tanur ini memerlukan satu relau atau tanur yang dapat mengawal suhu, kelembapan dan peredaran udara. Proses ini dapat dicepatkan dengan meninggikan suhu serta mengawal peredaran udara di dalamnya. Stim juga dimasukkan ke dalam tanur pada hujung proses pengeringan untuk mengurangan retak dan mengawal kecacatan kayu serta mencepatkan proses pengeringan, terdapat beberapa jenis tanur yang digunakan, antaranya ialah tanur berbilik, tanur berperingkat, tanur jet stim, tanur berkipas luar dan tanur berkipas dalam.

4. Kesan kecacatan kayu terhadap pembinaana. Terpiuh - hasil daripada pengeringan yang tidak baikb. Menggeleding – hasil daripada proses pengeringan semulajadi yang

tidak sempurnac. Pecah – proses pengeringan yang tidak seragam

polisas.nizam.dewi.maail

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/17

d. Merekah - hasil daripada proses pengeringan semulajadi yang tidak sepurna

e. Melengkung – akibat daripada pengeringan yang tidak stabilf. Berlubang – faktor semulajadi daripada serangan serangga / haiwan

5. Kayu mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Antaranya kebaikannya ialah mudah direkabentuk bagi menghasilkan struktur binaan yang menarik dan mudah diperolehi. Manakala keburukannya pula ialah mudah reput, mudah terbakar, serangan serangga perosak seperti anai-anai, kurang lasak dan memerlukan kos yang tinggi bagi pembinaannya.

6. Perbezaan dan kegunaan kayu-kayu seperti dibawah:Papan lapis – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan denagn ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya.Papan serpihan – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan denagn ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya.

7. Wax – merupakan kemasan yang biasa digunakan sebagai lapisan terakhir untuk mendapatkan satu permukaan yang licin, rata dan berkilat.Syelek – merupakan kemasan yang biasa digunakan pada kayu.Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs. Resin syelek larut di dalam alcohol dan digunakan untuk mengilat kayu. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan ataupun dibeli siap bancuh.Lekar – terdiri daripada jenis resin (nitro–cellulose) ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur.Cat – cat digunakan dalam perusahaan kayu untuk memberi lapisan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain lagi. Cecair cat mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat.

8. Tanggam siku diperbuat daripada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat. Ia boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak yang dibuat secara cepat.

polisas.nizam.dewi.maail

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/18

polisas.nizam.dewi.maail