unit pemodenan tadbiran dan …€¦ · 4.15 pertanyaan penyebut harga yang ... discover effective...

19
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PEROLEHAN PERKHIDMATAN MENYEDIA, MENGURUS DAN MELAKSANAKAN LATIHAN PERFORMANCE TEST, LOAD TEST DAN STRESS TEST untuk UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) TARIKH PELAWAAN 19 OKTOBER 2017 (KHAMIS) TARIKH TUTUP SEBUT HARGA 24 OKTOBER 2017 (SELASA) DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 8/2017

Upload: hahanh

Post on 31-Aug-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

JABATAN PERDANA MENTERI

PEROLEHAN PERKHIDMATAN MENYEDIA, MENGURUS DAN

MELAKSANAKAN LATIHAN PERFORMANCE TEST, LOAD

TEST DAN STRESS TEST

untuk

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

TARIKH PELAWAAN

19 OKTOBER 2017 (KHAMIS)

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

24 OKTOBER 2017 (SELASA)

DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL

NOMBOR SEBUT HARGA: 8/2017

1. KENYATAAN TAWARAN

1.1 Sebut harga Perolehan Perkhidmatan Menyedia, Mengurus Dan Melaksanakan Latihan Performance Test, Load Test Dan Stress Test adalah dipelawa kepada penyebut harga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang seperti berikut:

Kod Bidang

210103:

210104

Software – Supply all computer software, operating

system, database, off-the-Shelf packages including

maintenance; DAN

Software/System development/Customization and

maintenance including data entry, data processing.

1.2 Penyebut harga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya

dengan Kementerian Kewangan Malaysia masih sah dalam tempoh pengiklanan.

1.3 Tarikh Tutup

1.3.1 Tawaran sebut harga akan ditutup pada 24 Oktober 2017 (SELASA) sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari

1.3.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN

DIPERTIMBANGKAN.

2. DOKUMEN SEBUT HARGA

Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta lampiran-lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang www.mampu.gov.my.

3. FORMAT DOKUMEN SEBUT HARGA 3.1 Penyebutharga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta

lampiran-lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang www.mampu.gov.my;

3.2 Penyebutharga WAJIB menyerahkan kesemua dokumen mandatori

seperti di JADUAL 1:

Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan secara serahan tangan atau emel ke alamat seperti berikut:

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri Aras 5, Seksyen Kewangan, Blok B2 Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA (u.p: Urus Setia Perolehan) [email protected] [email protected]

3.3 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan dokumen Tawaran Sebut Harga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.

4. SYARAT-SYARAT AM

Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma di bawah ini akan menyebabkan tawaran penyebut harga tidak akan dipertimbangkan.

JADUAL 1

Lampiran 1 Borang Tawaran Harga (Wajib)

Lampiran 2 Jadual Pematuhan Spesifikasi (Wajib)

Lampiran 3 Surat Akuan Pembida (Wajib)

Lampiran 4 Surat Perwakilan Kuasa (Wajib)

Lampiran 5 Keterangan Penyebut Harga (Wajib)

Lampiran 6

Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Wajib);

Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera (Jika Ada);

Penyata bank satu bulan yang terkini (Ogos 2017@ September 2017) (Wajib); dan

Sijil Pendaftaran dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Jika Ada)

4.1 Pembiayaan

Penyebut harga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam penyediaan dan penghantaran dokumen sebut harga. Pihak MAMPU tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos yang terlibat dalam proses penyediaan Dokumen Sebut Harga.

4.2 Keperluan Penyertaan Sebut Harga

4.2.1 Penyebut harga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari segi komputer, keperluan komunikasi dan internet serta keupayaan sumber manusia untuk menyertai sebut harga ini dari lokasi penyebut harga sendiri.

4.2.2 Keputusan sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad

dan tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan Malaysia.

4.3 Tempoh Sahlaku Tawaran

4.3.1 Tempoh sahlaku tawaran sebut harga adalah 60 hari daripada

tarikh tutup sebut harga.

4.3.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran asal, MAMPU boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan. Permintaan dan jawapan akan dilakukan secara bertulis.

4.3.3 Penyebut harga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak

diperlukan atau diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi hanya diminta untuk melanjutkan tempoh sahlaku sebutharga.

4.4 Harga Tawaran

4.4.1 Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan yang berkaitan seperti kos bungkusan, pembungkusan, penghantaran dan lain-lain kos yang bersangkutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan;

4.4.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah

tetap dan tidak boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku sebut harga. Harga yang ditawarkan oleh penyebutharga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa perkhidmatan berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan;

4.4.3 Penyebutharga dikehendaki mengemukakan tawaran harga tanpa mengambil kira elemen cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi menyertai sebutharga ini kerana pihak Kerajaan akan mengambil kira elemen tersebut sebagai tambahan kepada harga yang ditawarkan (sekiranya berkaitan) tertakluk pada pendaftaran syarikat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia; dan

4.4.4 Penyebutharga perlu mengisytiharkan status pendaftaran

GST dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada pihak Kerajaan dan kenaan GST akan ditambah ke atas harga tawaran dalam Surat Setuju Terima (SST) ATAU Pesanan Tempatan sekiranya pembekal berdaftar GST.

4.5 Kadar Fi-Perkhidmatan

Penyebutharga dikenakan kadar fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM 9,600.00 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih. Caj yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem eP.

4.6 Publisiti

Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah, media elektronik atau alat pengiklanan /media massa kecuali telah mendapat kelulusan daripada MAMPU terlebih dahulu.

4.7 Tafsiran

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

4.8 Hak Menerima Atau Menolak

4.8.1 MAMPU berhak menerima atau menolak mana-mana sebut

harga dan membatalkan proses tawaran dan menolak semua penyebut harga pada bila-bila masa sebelum sebut harga

diberikan tanpa melibatkan apa-apa tanggungan kepada penyebut harga yang terlibat atau tanpa memerlukan pihak MAMPU untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada penyebut harga yang terlibat.

4.8.2 Pihak MAMPU adalah berhak mempersetujui tawaran

penyebut harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau mengurangkan kuantiti barangan dalam spesifikasi.

4.8.3 Pihak MAMPU tidak terikat untuk menerima tawaran

penyebut harga yang terendah sekali atau mana-mana penyebut harga jua pun. Keputusan MAMPU adalah muktamad dan MAMPU tidak diperlukan untuk memberi sebab penolakan mana-mana penyebut harga.

4.9 Pesanan Tempatan

4.9.1 MAMPU akan memberi notis bertulis dalam bentuk Pesanan

Tempatan kepada penyebut harga yang berjaya apabila sebut harga dipersetujui dalam tempoh sahlaku sebut harga; dan

4.9.2 Apabila dipersetujui maka satu kontrak hendaklah disifatkan

sebagai telah dibuat di antara pihak MAMPU dengan penyebut harga.

4.10 Penamatan Kontrak

MAMPU mempunyai hak untuk menamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa apabila penyebut harga yang berjaya gagal memenuhi obligasi sebut harga mengikut perjanjian.

4.11 Pembetulan Kesalahan 4.11.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebut harga oleh

penyebut harga selepas dokumen sebut harga dihantar adalah tidak dibenarkan sama sekali.

4.11.2 Jika terdapat apa-apa perbezaaan dalam pengiraan di dalam

sebut harga ianya akan dibetulkan oleh MAMPU seperti berikut:-

a) Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk

angka dan perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambil kira;

b) Jika terdapat perbezaan di antara kadar unit dan jumlah

yang didapati daripada pendaraban kadar unit dan bilangan, kadar unit yang dicatitkan akan diambil kira; dan

c) Jumlah yang dinyatakan di atas harga akan diubah oleh

MAMPU mengikut prosedur di atas bagi pembetulan kesalahan dan penyebut harga adalah terikat atas perubahan ini.

4.12 Hak Milik dan Deliverables

4.12.1 Semua laporan dan deliverables adalah hak milik MAMPU dan tidak boleh ditiru dan disalin dalam apa-apa bentuk media untuk pihak lain tanpa kebenaran MAMPU; dan

4.12.2 Penyebut harga yang berjaya hendaklah memastikan supaya

semua kerja disempurnakan pada tarikh atau dalam tempoh yang telah ditetapkan.

4.13 Rasuah

4.13.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4.13.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi

apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4.13.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan

tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4.13.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4.14 Integrity Pact

Penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti di LAMPIRAN 3 dan Surat Perwakilan Kuasa adalah seperti di LAMPIRAN 4.

4.15 Pertanyaan

Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen sebut harga boleh merujuk kepada: Puan Sri Lakshmi Kanniah No. Telefon: 03-8872 5099 E-mel: [email protected] Pn. Asnida Akmal Noor binti Che Ahmad No. Telefon: 03-8872 5183 E-mel: [email protected] Encik Mohd Hafedzy Bin Mohd Nasir No. Telefon: 03-88927452 E-mel: [email protected]

LAMPIRAN 1

BORANG TAWARAN HARGA

BIL. SPESIFIKASI KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) HARGA (RM)

1.

A. Skop Kerja

Penyebutharga perlu menyediakan perkhidmatan Menyedia,

Mengurus Dan Melaksanakan Latihan Performance Test,

Load Test Dan Stress Test yang meliputi tetapi tidak terhad

kepada skop latihan seperti berikut:

i) Discover effective Wireshark operations and packet-

level TCP/IP communications by examining both

properly and poorly performing networks, security and

application.

ii) Focuses on the reviewing both the normal and abnormal

communication patterns of the TCP/IP suite and most

common applications, including DHCP, DNS, FTP,

Telnet, HTTP, POP, SMTP and other protocols.

iii) Hands-on lab exercises and real-world case using

Wireshark as a network forensic tool to investigate

network reconnaissance operations and breaches which

includes:-

a) High path latency

b) Slow clients

c) Slow servers

d) Authorization Failures

e) Misconfigured clients

f) Misbehaving routers

g) Missing hosts

1 lot

h) Network storms

i) Congestion problems

j) Packet loss

k) Rate throttling

l) Connection refusals

m) Application refusals

iv) Hands-on lab exercises on testing tools such as Ixia,

IxChariot, WAPT, JMeter and Kali Linux

B. Penyebutharga dikehendaki menyediakan perkara-perkara

berikut:

a. Modul Latihan (hardcopy) untuk setiap peserta.

b. Bilik/Makmal latihan

c. Tools/Software yang berkaitan

d. Makanan dan minuman sepanjang latihan

e. Sijil penyertaan

C. Bilangan Peserta

20 orang

D) Tarikh Cadangan latihan : Dilaksanakan sebelum 15

November 2017 (dalam tempoh 4 Hari)

JUMLAH KESELURUHAN (RM) (Harga TANPA kenaan GST)

a. Harga Tawaran : Ringgit Malaysia ……………………………………...........................................................

…….………………………………………………………….................................................

b. Tempoh sah laku Sebut Harga : …………… hari

Dengan ini saya mengesahkan bahawa penerangan di atas adalah benar dan semua harga yang ditawarkan adalah termasuk semua cukai/Fi Perkhidmatan, kos pembungkusan (meliputi ‘cutting cost’, ‘polybag’, ‘carton box’ dan ‘individual packaging cost’), kos pemunggahan dan kos penghantaran serta kos-kos lain yang berkaitan ke destinasi terakhir/pengguna yang telah ditentukan termasuk kos penghantaran, servis dan cukai duti kastam.

………..…………………………………

(Tandatangan)

Nama : Cop syarikat :

Jawatan :

* Perolehan bekalan Kerajaan adalah diberi pelepasan daripada kenaan GST kecuali bagi kereta import dan petroleum (RON 97). Pelepasan daripada kenaan GST bagi perolehan bekalan, pihak MAMPU akan mengeluarkan Certificate of GST Relief (CoGSTR) kepada penyebut harga yang Berjaya bagi perolehan ini.

JADUAL PELAKSANAAN (GANTT CHART)

BIL. BUTIRAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS

1. Perkhidmatan Menyedia,

Mengurus Dan Melaksanakan

Latihan Performance Test, Load

Test Dan Stress Test

Sebelum

15 Nov

2017

LAMPIRAN 2

JADUAL PEMATUHAN

Penyebut Harga WAJIB untuk mematuhi semua keperluan yang telah dinyatakan dalam jadual ini. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana keperluan ini akan mengakibatkan Penyebut Harga berkenaan tidak dipertimbangkan.

BIL. SPESIFIKASI PEMATUHAN CATATAN

YA TIDAK

Perkhidmatan Menyedia, Mengurus Dan Melaksanakan Latihan Performance Test,

Load Test Dan Stress Test

1. Skop Latihan

i) Discover effective Wireshark operations and

packet- level TCP/IP communications by

examining both properly and poorly performing

networks, security and application.

ii) Focuses on the reviewing both the normal and

abnormal communication patterns of the TCP/IP

suite and most common applications, including

DHCP, DNS, FTP, Telnet, HTTP, POP, SMTP

and other protocols.

iii) Hands-on lab exercises and real-world case

using Wireshark as a network forensic tool to

investigate network reconnaissance operations

and breaches which includes:-

a) High path latency

b) Slow clients

c) Slow servers

d) Authorization Failures

e) Misconfigured clients

f) Misbehaving routers

g) Missing hosts

h) Network storms

i) Congestion problems

j) Packet loss

BIL. SPESIFIKASI PEMATUHAN CATATAN

YA TIDAK

k) Rate throttling

l) Connection refusals

m) Application refusals

iv) Hands-on lab exercises on testing tools such

as Ixia, IxChariot, WAPT, JMeter and Kali Linux

3. Penyebutharga dikehendaki menyediakan

perkara-perkara berikut:

i. Modul Latihan (hardcopy) untuk setiap peserta.

ii. Bilik/Makmal latihan iii. Tools/Software yang berkaitan iv. Makanan dan minuman sepanjang latihan v. Sijil penyertaan

3. Bilangan peserta

i. 20 orang

4. Tarikh Cadangan Latihan:

Sebelum 15 November 2017 dilaksanakan

dalam tempoh empat (4) hari.

LAMPIRAN 3

SURAT AKUAN PEMBIDA

Kepala Surat

Saya, (Nama Wakil Syarikat) nombor K.P ……………..................... yang mewakili ….(Nama Syarikat) nombor Pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapat cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau 2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan 2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang

berkuat-kuasa.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……….................…

(Nama dan No. KP)

Cop Syarikat :

Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan.

ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

LAMPIRAN 4

SURAT PERWAKILAN KUASA

Kepala Surat Syarikat Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan, Pengurusan Malaysia (MAMPU) Kompleks Jabatan Perdana Menteri Aras 5, Blok B2, Kompleks B Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA Tarikh: Tuan, PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa saya ………………………. no I/C:……………………………… selaku pemilik Syarikat………………………………………………………………akan menandatangani sendiri semua dokumen berkaitan dengan urusan perolehan sebut harga Perkhidmatan Menyedia, Mengurus Dan Melaksanakan Latihan Performance Test, Load Test Dan Stress Test untuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) atau mewakilkan kuasa untuk menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan perolehan tersebut iaitu: Nama : ………………………………………… Alamat : ………………………………………… Jawatan : ……………………………………… No. I/C : ………………………………………… No Telefon : ………………………………………… Emel : ………………………………………… 3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk makluman/ rujukan pihak tuan selanjutnya. Pihak kami akan memaklumkan kepada pihak tuan sekiranya terdapat perubahan penama bagi perkara ini secara rasmi. Sekian, terima kasih. ………(Tandatangan)…........ (NAMA PEMILIK SYARIKAT) Jawatan: Cop Syarikat: * potong yang mana tidak berkenaan.

LAMPIRAN 5

KETERANGAN MENGENAI SYARIKAT

1. Nama Syarikat :

2. Alamat Syarikat :

3. No.Telefon : 4. Tarikh Syarikat Ditubuhkan : 5. Jenis Syarikat : 6. Jenis Perniagaan : 7. Ahli Lembaga Pengarah :

Bil Nama No. K/P Warganegara

1.

2.

8. Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham.

Bilangan Pemegang Saham Jumlah unit saham %

9. Nama Dan Alamat Bank :

10. Nombor Akaun Bank : 11. Komposisi Kakitangan :

Jawatan Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah

Eksekutif

Teknikal

12. Lain-lain maklumat bagi menyokong cadangan ini: Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar. Tandatangan Penyebut Harga : Tarikh : Nama : Jawatan Rasmi : No. Telefon (Pejabat) : No. Telefon (Bimbit) : Emel : Cop Rasmi Syarikat :

LAMPIRAN 6

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN

Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Wajib)

Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera (Jika Ada);

Penyata bank satu bulan yang terkini (Ogos 2017 @ September 2017) (Wajib);

dan

Sijil Pendaftaran dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Jika Ada)