unit histopatologi histopatologi/unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7....

26
UNIT HISTOPATOLOGI Ketua Unit Dr. Nik Hasimah Nik Yahya Phone +603 2615 5555 extension 5595 Email [email protected] 1. PENGENALAN Unit Hisptopatologi terbahagi kepada empat bahagian iaitu: I. Makmal rutin II. Makmal khusus (pewarnaan khas, immunohistokimia, makmal histopatologi molekular) III. Makmal neuromuscular IV. Makmal molekular 2. LOKASI KAMI Makmal histopatologi rutin dan khusus ditempatkan di dalam kompleks makmal utama Jabatan Patologi. Makmal neuromuskular dan molekular ditempatkan di institut neurologi, aras 1. Rundingan diagnostik bersama pakar histopatologi dijalankan di Pusat Diagnostik Anatomik Patologi (PDPA), yang berada di Institut dermatologi, bersebelahan dengan Auditorium Dermatologi. 3. HUBUNGI KAMI 1. Ketua Unit dan Pakar Perunding Patologi (Dr. Nik Hasimah Nik Yahya): 5595 2. Pejabat Histopatologi : 5595 3. Pertanyaan laporan : 5603 4. Pakar Patologi : 5619, 5707, 5704 5. Bilik mikroskopi (Bilik pegawai perubatan dan pegawai saintifik) : 6851 6. Makmal rutin, pencelupan khas dan histopatologi khas : 5605 7. Makmal neuropatologi : 6651 8. Juruteknologi makmal perubatan kanan : 6572

Upload: others

Post on 28-Oct-2020

32 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

UNIT HISTOPATOLOGI

Ketua Unit Dr. Nik Hasimah Nik Yahya Phone +603 2615 5555 extension 5595 Email [email protected]

1. PENGENALAN

Unit Hisptopatologi terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

I. Makmal rutin

II. Makmal khusus (pewarnaan khas, immunohistokimia, makmal histopatologi molekular)

III. Makmal neuromuscular

IV. Makmal molekular

2. LOKASI KAMI

Makmal histopatologi rutin dan khusus ditempatkan di dalam kompleks makmal utama Jabatan

Patologi. Makmal neuromuskular dan molekular ditempatkan di institut neurologi, aras 1.

Rundingan diagnostik bersama pakar histopatologi dijalankan di Pusat Diagnostik Anatomik

Patologi (PDPA), yang berada di Institut dermatologi, bersebelahan dengan Auditorium

Dermatologi.

3. HUBUNGI KAMI

1. Ketua Unit dan Pakar Perunding Patologi (Dr. Nik Hasimah Nik Yahya): 5595

2. Pejabat Histopatologi : 5595

3. Pertanyaan laporan : 5603

4. Pakar Patologi : 5619, 5707, 5704

5. Bilik mikroskopi (Bilik pegawai perubatan dan pegawai saintifik) : 6851

6. Makmal rutin, pencelupan khas dan histopatologi khas : 5605

7. Makmal neuropatologi : 6651

8. Juruteknologi makmal perubatan kanan : 6572

Page 2: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

4. PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

1. Ujian histopatologi tisu am (HPE rutin).

2. Irisan beku.

3. Histokimia (Pencelupan khas) - Rujuk kepada Lampiran 1 bagi senarai pewarnaan

khas.

4. Immunohistokimia (IHC) - Rujuk kepada Lampiran 2 bagi senarai antibodi bagi IHC

5. Mikroskopi immunofluorescent (IMF) - Rujuk kepada Lampiran 3 bagi senarai antibodi

untuk IMF

6. Histokimia enzim - rujuk kepada Lampiran 4 bagi senarai enzim untuk histokimia

enzim

7. Autopsi klinikal

8. Histopatologi molekular - rujuk kepada Lampiran 5 bagi senarai molekular.

5. PERKHIDMATAN SUB-KEPAKARAN

1. Patologi pediatrik

2. Neuropatologi

3. Patologi ginjal

4. Patologi neuromuskular

5. Patologi urologi

6. Patologi Ginekologi

7. Patologi ‘Bone and soft tissue’

8. Dermatopatologi

9. Molekular Patologi

Senarai nama pakar perunding patologi dan sub-kepakaran bersama dengan maklumat untuk dihubungi terdapat di Lampiran 6.

6. PERKHIDMATAN DILUAR WAKTU PEJABAT

Seorang Pakar histopatologi akan ditugaskan setiap 24jam bagi irisan beku, patologi pembedahan dan perkhidmatan autopsi klinikal. Beliau boleh dihubungi melalui operator hospital.

Page 3: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

7. PERMOHONAN UJIAN HISTOPATOLOGI RUTIN

UJIAN ATAU PERKHIDMATAN HISTOPATOLOGI YANG LAIN 7.1 Ujian Histopatologi rutin

Gunakan borang permohonan berkarbon PER-PAT 301, diisi penuh dengan maklumat klinikal yang berkaitan bagi semua ujian histopatologi. Bagi permohonan segera, borang permohonan perlu ditandakan di bahagian kanan atas.

Makmal histopatologi memerlukan satu set borang bagi setiap permohonan (3 salinan berkarbon). Satu set borang memadai bagi permohonan dengan beberapa spesimen.

7.2 Irisan Beku

Temu janji dan perbincangan bersama pakar patologi pembedahan diperlukan sekurang-kurangnya sehari sebelum hari pembedahan bagi semua permohonan ujian irisan beku. Satu set borang permohonan perlu diisikan dan perlu dihartar makmal histopatologi bagi tujuan notifikasi. Borang permohonan bagi ujian irisan beku (HKL/JP/HI/AK-05-02) boleh didapati di pejabat histopatologi. (Lampiran 7 - A) Sekiranya permohonan irisan beku dibatalkan, sila maklumkan kepada pegawai perubatan / pakar patologi di talian 6851 atau 5603. Semua kes yang memerlukan ujian irisan beku perlu diutamakan dalam senarai pembedahan supaya ujian dapat dilakukan didalam waktu pejabat.

7.3 Autopsi klinikal

Autopsi klinikal atau bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca kematian kes-kes kematian yang bukan medico-legal. Perkhidmatan ini ditawarkan bagi pesakit-pesakit yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sahaja. Prosedur yang perlu diikuti

1. Doktor yang buat permohonan perlu mendapatkan kebenaran ahli keluarga terdekat. Gunakan Borang Keizinan Bedah Siasat Mayat Klinikal (Autopsi Klinikal HKL/JP/HI-BP- 02). Borang ini boleh didapatkan dari kaunter bilik mayat dijabatan forensik, Hospital Kuala Lumpur.

2. Sekiranya ahli keluarga terdekat tidak dapat dihubungi, pengarah hospital dan seorang pakar perubatan am perlu menandatangani borang keizinan.

Page 4: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

3. Bagi pendatang asing yang ahli keluarga terdekat tidak dapat dihubungi, keizinan perlu didapatkan dari pegawai dari kedutaan negara yang berkaitan.

4. Pegawai perubatan yang buat permohonan untuk bedah siasat perlu berurusan terus dengan pegawai perubatan atau pakar histopatologi atas panggilan.

5. Bedah siasat biasanya dilakukan di dalam waktu pejabat. permohonan diluar waktu pejabat boleh dilakukan sekiranya diperlukan.

6. Talian 6851 atau 5603 boleh digunakan untuk menghubungi pegawai perubatan atau pakar patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat.

7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh dihubungi melalui telefon. Jadual tugas dan nombor telefon pegawai perubatan atau pakar patologi bertugas boleh didapati di kaunter bilik mayat, jabatan forensik (ext. 6695) atau melalui operator.

8. Ringkasan klinikal bersama dengan nota-nota kes dan borang keizinan perlu dihantar ker pegawai perubatan atau pakar patologi bertugas.

9. Pakar klinikal yang membuat permohonan bedah siasat perlu hadir bersama ketika bedah siasat dilakukan.

7.4 Perkhidmatan histopatologi khusus / rujukan

Unit histopatologi menawarkan perkhidmatan khusus dalam bidang-bidang yang dinyatakan diatas. Rujukan bagi pendapat kedua atau pakar dialu-alukan.

I. Bagi rundingan:

Klient (pakar patologi atau pakar klinikal) boleh berhubung terus dengan pakar patologi khusus dalam bidang berkaitan.

II. Rujukan bagi pendapat pakar atau pendapat kedua

Bagi pesakit-pesakit HKL, doktor yang buat permohonan perlu melengkapkan borang permohonan seperti biasa dan hantar ke makmal histopatologi bersama dengan spesimen (tisu terbenam dalam paraffin, diwarnakan dan/atau tidak diwarnakan). Tisu terbenam dalam paraffin adalah lebih sesuai sekiranya ujian atau pewarnaan tambahan diperlukan.

Bagi kes-kes diluar hospital, spesimen bersama dengan surat rujukan perlu dihantar ke makmal histopatologi. permohonan perlu ditujukan kepada pakar patologi yang spesifik, bergantung kepada jenis kepakaran. Nombor fax untuk menghantar kembali laporan perlu di sertakan oleh doktor yang buat permohonan.

Kes-kes rujukan am dan sub-kepakaran selain daripada yang disenaraikan akan dikendalikan oleh pakar histopatologi atas panggilan pada hari berkenaan.

Bagi kes-kes yang pernah dilaporkan sebelumnya, laporan lama harus disertakan.

Page 5: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

8. PENGUMPULAN DAN BEKAS SPESIMEN

Semua spesimen untuk ujian histopatologi rutin perlu diawetkan didalam Neutral buffered formaline (NBF) dan disimpan dalam bekas sesuai yang kalis bocor dan bersih. Bekas yang digunakan harus mempunyai pembukaan yang luas dan penutup jenis putar untuk mengelakkan kebocoran. Isipadu formalin yang digunakan mestilah sekurang-kurangnya 10 kali ganda isipadu spesimen untuk diawet. Elakan dari mengunakan bekas yang kecil untuk spesimen yang besar. Ini akan menyebabkan mengubah betuk spesimen dan tidak diawet dengan sempurna.Semua bekas spesimen harus menpunyai maklumat identifikasi yang sama seperti dalam borang permohonan. Secara ideal, beberapa spesimen kecil seperti spesimen biopsi gastrointestinal harus ‘ditetapkan’ diatas kertas turas dan dimasukkan ke dalam formalin dengan segera. Spesimen-spesimen dari bahagian anatomi yang berlainan harus dihantar dalam bekas-bekas berasingan dan disenaraikan dalam borang permohonan dengan jelas. Bagi kes-kes yang memerlukan kepastian ‘adequacy of surgical excision’ margin spesimen perlu ditandakan dengan tepat mengunakan sutures atau dalam gambarajah yang mewakili spesimen yang dihantar. Spesimen bagi irisan beku harus dihantar dalam bekas yang bersih tanpa pengawet. Spesimen bagi ujian histokimia enzim (acetyl cholinesterase) harus dihantar segera dalam bekas tertutup tanpa pengawet dan dilembabkan dengan normal saline untuk mengelak spesimen dari menjadi kering.

8.1 Biopsi otot (muscle biopsy)

Semua permohonan untuk ujian muscle biopsy perlu diaturkan bersama pakar patologi atau juruteknologi makmal (MLT) melalui talian 5605 sekurang-kurangnya sehari sebelum prosedur (biasanya otot biceps atau quadriceps memadai bagi kebanyakan kes). Maklumat-maklumagt penting yang perlu disertakan adalah seperti berikut:

Creatinine kinase

Lactate dehydrogenase (LDH)

Maklumat untuk menghubungi doktor yang merawat / nombor fax hospital

Sejarah salasilah keluarga dengan penyakit yang sama

Bagi biopsi terbuka (open biopsy):

Asingkan sekurang-kurangnya satu silinder mengandungi tisu otot berukuran 1.0x0.5x0.5cm dimana ukuran lebih kecil mewakili keratan rentas otot.

Untuk pemprosesan secara optimum, spesimen otot perlu dibungkus dalam kertas aluminum dan dihantar dalam bekas bersih yang kering dan kedap udara.

Bekas spesimen harus dihantar bersama ais atau ais jel (jangan gunakan ais kering).

Jangan ikat tisu otot untuk meregangkannya dan jangan letakan tisu otot diatas gauze.

Page 6: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

Makmal akan terima spesimen sehingga 4 jam selepas sampel diambil. Diingatkan bahawa keputusan optimum diperoleh dari sampel yang dihantar secepat mungkin. Spesimen harus dihantar ker makmal histopatologi (pintu 6) 8.2 Renal Biopsy

Dinasihatkan agar perancangan lebih awal dilakukan bersama pakar patologi bagi permohonan-permohonan yang diperlukan dengan sangat segera. Dicadangkan dua spesimen dihantar bagi setiap permohonan ujian histopatologi (I.e tisu diawet dalam formalin untuk light microscope biasa dan satu lagi tisu tidak diawet untuk pencelupan immunofluorescent.

Renal biopsy untuk pencelupan immunofluorescence:

Sila ambil sekurang-kurangnya 3mm tisu teras yang segar

Spesimen harus dihantar segera dalam bekas bersih yang kedap udara

Sekiranya spesimen tidah dapat dihantar segera ke makmal, tisu segar harus diletakan

dalam phosphate buffer , dibungkus dengan baik dan dihantar dalam ais atau ais jel

Jangan letakan tisu atas gauze

9. PENGHANTARAN SPEISMEN HISTOPATOLOGI

Spesimen bagi ujian histopatologi rutin harus direndam dalam formalin dan dihantar ke kaunter penerimaan spesimen umum, tingkap 5. Tisu spesimen yang tidak diawet untuk tujuan pencelupan immunofluorescence dan histokimia enzim bagi biopsi otot harus dihantar segera ke makmal histopatologi. Tisu segar harus dibungkus dengan baik dan dihantar bersama ais atau ais kering sekiranya spesimen tidak dapat sampai ke makmal segera (terutamanya spesimen dari hospital lain). Bagi irisan beku, spesimen harus dihantar segera ke makmal histopatologi (Pintu 6) sebaik sahaja diambil dan doktor berkenaan akan tunggu untuk laporan ujian. Biopsi otot harus hantar ke makmal histopatologi (Pintu 6)

10. LAPORAN HISTOPATOLOGI

Laporan ujian histopatologi yang dilabel ‘segera’ akan boleh didapatkan dalam masa seminggu selepasspesimen diterima di makmal (kecuali kes-kes yang memerlukan pencelupan lanjut, pendapat kedua dan sebagainya)

Page 7: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

Nota: Sila tinggalkan nama dan nombor telefon doktor yang membuat permohonan ujian bagi memaklumkan keputusan yang sampai lebih awal. Keputusan irisan beku akan dilaporkan kepada parkar bedah berkaitan melalui telefon atau melalui doktor yang membawa spesimen ke makmal dalam 1 jam. 10.1 Pertanyaan Berkenaan Laporan

Laporan HPE boleh disemak melalu sistem maklumat makmal (LIS) Doctor2U dari klinik atau wad masing-masing. Untuk peminta selain daripada HKL, laporan telah dihantar melalui email kepada jabatan masing-masing. Pemintaan untuk laporan salinan bagi tahun sebelum 2020 harus mengisi borang PERMOHONAN MENDAPATKAN SALINAN LAPORAN HPE UNIT HISTOPATOLOGI (HKL/JP/HI-BP-04) (Lampiran 7 – B)

11. SPESIMEN SELEPAS WASKTU PEJABAT

Semua spesimen untuk ujian histopatologi yang diambil selepas waktu pejabat harus diawetkan seperti biasa (dalam formalin) di dewan bedah atau wad pada suhu bilik. Spesimen perlu dihantar ke ke kaunter penerimaan spesimen umum pada waktu pejabat dan antara 900am hingga 1200 tengah hari pada hari sabtu.

12. PERSIDANGAN PATOLOGI KLINIKAL ANTARA JABATAN

Unit histopatologi akan mengadakan persidangan patologi klinikal clinicopathology conference (CPC) bersama jabatan-jabatan klinikal utama yang lain setiap bulan. Jadual persidangan akan dikeluarkan setiap awal tahun. Jabatan-jabatan klinikal yang terbabit perlu menghantar senarai nama-nama pesakit untuk diperbincangkan ke unit histopatologi sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh persidangan. Pertanyaan berkenaan persidangan patologi klinikal harus ditujukan kepada pegawai perubatan yang bertanggungjawab atau pakar patologi melalui talian 6851/5603.

13. MENGAMBIL KELUAR BLOK PARAFFIN ATAU SLAID KELUAR DARI UNIT HISTOPATOLOGI

Semua blik paraffin dan slaid pesakit diarkibkan di unit histopatologi.

Page 8: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

Bagi sebab-sebab yang munasabah, bahan-bahan diagnostik (blok paraffin/slaid) dibenarkan dibawa keluar dari unit histopatologi. Beraturan berikut perlu digunapakai: i. permohonan untuk meminjam bahan-bahan diagnostic perlu dibuat oleh pakar.

ii. Pakar berkenaan perlu mengisi borang PERMOHONAN PEMINJAMAN /

PENGAMBILAN BAHAN DIAGNOSTIK UNIT HISTOPATOLOGI (HKL/JP/HI-BP-01)

(Lampiran 7 - C) yang boleh diperoleh dari makmal histopatologi.

iii. Borang yang telah dilengkapkan dengan penuh harus dihantar ke pejabat unit histopatologi

dan bahan berkenaan boleh diambil 3 hari bekerja dari tarikh penghantaran borang

permohonan ke pejabat.

iv. Blok paraffin dan slaid harus dipulangkan ke pejabat unit histopatologi dalam masa

sebulan.

14. MENGAMBIL KELUAR TISU DARI UNIT HISTOPATOLOGI

Semua spesimen yang dihantar ke unit histopatologi akan disimpandi makmal histopatologi sehingga 3 bulan selepas laporan rasmi dikeluarkan. Unit histopatologi membenarkan pesakit untuk mengambil kembali tisu, organ atau anggota badan atas permohonan. SIla ikuti langkah-langkah dibawah:

i. Pesakit atau keluarga terdekat perlu membuat permohonan rasmi dengan

melengkapkan borang PERMOHONAN PENGAMBILAN SPECIMEN / TISU UNIT

HISTOPATOLOGI (HKL/JP/HI-BP-02) (Lampiran 7 - D).

ii. Borang ini boleh didapati dari pejabat unit histopatologi.

iii. Borang yang telah dilengkapkan harus dihantar ker pejabat unit histopatologi.

iv. Tisu, organ atau anggota badan akan dibenarkan untuk diambil hanya selepas pakar

patologi menyiapkan laopran.

15. PERMOHONAN MENDAPAT GAMBAR MIKROSKOP DARI UNIT HISTOPATOLOGI

Gambar-gambar mikroskopik biasanya tidak diarkibkan secara rutin. Walau bagaimanapin, permohonan untuk mendapakan gambar-gambar mikroskop boleh dibuat oleh doktor pakar atau melalui pengesahan doktor pakar. I. Bagi tujuan pembentangan:

a) Doktor yang membuat permohoan harus menghubungi pakar patologi yang bertanggungjawab

b) Permohonan boleh dibuat mengunakan borang PERMOHONAN MENDAPATKAN GAMBAR HISTOPATOLOGI (HKL/JP/HI-BP-03) (Lampiran 7 - E). Borang ini boleh

Page 9: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

didapati di makmal histopatologi. Borang yang lengkap harus dihantar kembali ke pajabat makmal histopatologi.

II. Bagi tujuan penerbitan: a) Doktor yang membuat permohoan harus menghubungi pakar patologi yang

bertanggungjawab dan borang permohonan harus dilengkapkan b) Abtrak penerbitan harus disertakan dan pakar patologi yang berkaitan harus

dinamakan sebagai ‘Co-author’ Gambar-gambar mikroskopik boleh didapati dalam dua minggu dari tarikh penghantaran borang. Hanya salinan ‘soft copy’ akan dikeluarkan dan pemohon harus menyediakan cakera padat untuk mendapatkan gambar-gambar yang dimohon dari unit histopatologi.

16. PENYELIDIKAN

Projek penyelidikan atau kajian bersama unit histopatologi amat dialu-alukan.

Projek penyelidikan atau kajian bersama unit histopatologi harus mendapatkan

pengesahan dari ketua jabatan Patologi.

Salinan kertas cadangan untuk penyelidikan harus dikemukakan seorang pakar patologi

dari unit histopatologi akan dinamakan sebagai ‘collaborator’ atau ‘co-researcher’.

Pakar pemyelidik akan membantu penyelidik untuk mendapatkan bahan-bahan kajian yang

diperlukan dari unit histopatologi

Semau slaid yang diarkibkan boleh dipinjam dan digunakan didalam unit sahaja.

Sekiranya blok paraffin diperlukan untuk ujian selanjutnya, ‘sectioning’ harus dilakukan di

stesen yang dikhaskan didalam unit.

Sebarang bahan yang diarkibkan tidak boleh dibawa keluar dari unit histopatologi

Page 10: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

Lampiran 1

SENARAI PEWARNAAN KHAS

1. Alcian Blue

2. Congo Red

3. Cresyl Fast Violet

4. Fouchet (Bile)

5. Giemsa

6. Gomori Trichrome

7. Gram

8. Grocott-Gomori Methena Silver (GMS)

9. Leder Giemsa

10. Luxol Fast Blue

11. Masson Fontana

12. Masson Tichrome

13. Martius Scarlet Blue

14. Melanin Bleach

15. Mucicarmine

16. Oil Red O (Fat)

17. Orcein

18. PAAG

19. Periodic acid Schiff (PAS)

20. PAS / Alcian Blue

21. PAS + D

22. PAS + D/ Alcian Blue

23. Perl Prussian Stain

24. PTAH

25. Reticulin (Gordon/Sweet)

26. Rubeanic acid

27. Schmorl's reaction

28. Toluidine blue

29. Van Gieson

30. Von Kossa

31. Verhoeff Elastic Van Gieson (EVG)

32. Wade Fite

33. Warthin Starry

34. Ziehl-Neelson

Page 11: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

LAMPIRAN 2

SENARAI ANTIBODI BAGI IMMUNOHISTOKIMIA

1. ABCB11 (BSEP)

2. ABCB4 (MDR3)

3. ACTH

4. AFP

5. ALK cl: DSF3

6. ALK PROTEIN

7. Alpha 1 ANTITRYPSIN

8. AMACR

9. AMYLOID A

10. AR1D1A

11. ATRX

12. B-CATENIN

13. BCL2

14. BCL6

15. Ber-EP4

16. BRAHYCURY

17. BRG1

18. C1q

19. C3c – IP

20. C4D

21. CA 125

22. CALCITONIN

23. CALDESMON

24. CALRETININ

25. CARBONIC ANHYDRASE IX (CA IX)

26. CD 1 – ALPHA

Page 12: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

27. CD 10

28. CD 117

29. CD 138

30. CD 15

31. CD 163

32. CD 2

33. CD 20

34. CD 21

35. CD 23

36. CD 3

37. CD 30

38. CD 31

39. CD 34

40. CD 4

41. CD 43

42. CD 5

43. CD 56

44. CD 61

45. CD 68

46. CD 7

47. CD 79

48. CD 8

49. CDX2

50. CEA

51. CHROMOGRANIN A

52. CK 19

53. CK 20

54. CK 5/6

52.CK 7

53.CK AE1/AE3

Page 13: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

55.CMV

56.C-MYC

57.CYCLIN D1

58.D2-40

59.DESMIN

60.DOG 1

61.EBER PROBE

62. E-CADHERIN

63. EMA

64. ER

65. ERG

66. F8

67. Fli 1

68. FSH

69. GATA3

70. GFAP

71. GH

72. GLUT 1

73. Glycophorin A

74. GLYPICAN-3

75. HBs Ag

76. HCG

77. HEPATOCYTE

78. HER-2

79. HHV-8

80. Histone H3

81. HLA-ABC Ag

82. HMB45

83. HMW CK

Page 14: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

84. HPL

85. IDH-1

86. IDH-2

87. INHIBIN

88. INI-1

89. KAPPA

90. KI 67

91. LAMBDA

92. LCA

93. LH

94. LYSOZYME

95. MAMMAGLOBIN

96. MDM2

97. MELAN A

98. MIC 2

99. MLH 1

100. MPO

101. MSH 2

102. MSH 6

103. MUC 2

104. MUC4

105. MUC6

106. MUM 1

107. Myo D1

108. MYOGENIN

109. MYOGLOBIN

110. NAPSIN A

111. NB84

112. Neu N

113. NF

Page 15: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

114. NKX2.2

115. NSE

116. P16

117. P40

118. P53

119. P63

120. PAN CK

121. PAX 5

122. PAX 8

123. PLAP

124. PMS2

125. POLE

126. PR

127. PROLACTIN

128. PSA

129. S100

130. SALL4

131. SAT B2

132. SDHB

133. SMA

134. SMAD4

135. SOX 10

128. STAT 6

129. SV40

130. SYNAPTOPHYSIN

131. Tdt

132. TFE 3

133. Thyroglobulin

134. TIA-1

135. TLE 1

Page 16: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

136. Toxoplasma Gondii

137. TSH

138. TTF1

139. VIMENTIN

140. WILM'S TUMOUR 1

141. YAP1

Page 17: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

LAMPIRAN 3

SENARAI ANTIBODI UNTUK IMMUNOFLUORESCENT

1. IgG

2. IgA

3. IgM

4. C3

5. C1q

6. Fibrinogen

Page 18: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

LAMPIRAN 4

SENARAI ENZIM UNTUK HISTOKIMIA ENZIM

A/ RECTAL BIOPSY UNTUK PENYAKIT HIRCHSPRUNG’S Acetylcholinesterase B/ MUSCLE BIOPSY UNTUK NEUROMUSCULAR DISORDER 1. Acid phosphatase

2. Alkaline phosphatase

3. AT Pase (pH 4.3 TO 10.9)

4. Cytochrome Oxidase

5. Cytochrome Oxidase /Succinate dehydrogenase 6. NADH-TR 7. Succinate dehydrogenase

Page 19: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

LAMPIRAN 5

SENARAI MOLEKULAR

1. HER-2 DDISH

2. EBER ISH

3. NMYC FISH

4. ETV6

5. EWSR1

Page 20: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

LAMPIRAN 6

SENARAI PAKAR PERUNDINGAN HISTOPATOLOGI DAN SUBKEPAKARAN

Nama Pakar Bidang Subkepakaran Email Address Tel Ext.

No.

Dr. Arni Talib Head Of Department

Paediatric Pathology [email protected] 5594

Dr. Nik Hasimah Nik Yahya Head Of Unit

Renal Pathology [email protected] 5595

Datin Dr. Fauziah Kassim Neuropathology [email protected] 5623

Dr. Suryati Mohd Yusoff Neuromuscular Pathology [email protected] 7586

Dr. Zanariah Alias General Histopathology & Cytology

[email protected] 5619

Dr. Razmin Ghazali Gynaecological Pathology [email protected] 5243

Dr. Noraini Mohd. Dusa Bone And Soft Tissue Pathology

[email protected] 5704

Dr. Rosna Yunus Urological Pathology [email protected] 5619

Dr. Norhayati Omar Molecular Pathology [email protected] 7586

Dr. Hemlata Kumari Gnanasegaram

Transplant Renal Pathology [email protected] 5244

Dr. Zuliatul Faizah Baharom Training in Dermatopathology [email protected] 7586

Dr. Sellymiah Adzman Perinatal Pathology [email protected] 5707

Dr. Subasri Armon General Histopathology & Cytology

[email protected] 5244

Dr. Siah Hui Hui General Histopathology & Cytology

[email protected] 5707

Dr. Serena Diane Santhana Dass

Molecular Pathology [email protected] 5244

Dr. Nur Dini Jalaludin General Histopathology & Cytology

[email protected] 5707

Dr. Asmawiza Awang General Histopathology & Cytology

[email protected] 5243

Nota: Maklumkan bahawa semua Pakar Histopatologi telah pindah ke PUSAT

DIAGNOSTIC PATOLOGI ANATOMIK (PDPA) di lokasi aras 1, sebelah Auditorium

Dermatologi, blok institut Dermatologi.

Page 21: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

LAMPIRAN 7 - A

BORANG PERMINTAAN FROZEN SECTION

Page 22: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

LAMPIRAN 7 - B

PERMOHONAN MENDAPATKAN SALINAN LAPORAN HPE UNIT

HISTOPATOLOGI

Page 23: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

LAMPIRAN 7 - C

PERMOHONAN PEMINJAMAN / PENGAMBILAN BAHAN DIAGNOSTIK

UNIT HISTOPATOLOGI

Page 24: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

LAMPIRAN 7 – D (1)

PERMOHONAN PENGAMBILAN SPECIMEN / TISU UNIT

HISTOPATOLOGI

Page 25: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

LAMPIRAN 7 – D (2)

PERMOHONAN PENGAMBILAN SPECIMEN / TISU UNIT

HISTOPATOLOGI

Page 26: UNIT HISTOPATOLOGI Histopatologi/Unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh

LAMPIRAN 7 – E

PERMOHONAN MENDAPATKAN GAMBAR HISTOPATOLOGI