unit 10 ( jenis - jenis tegasan tanah )

Upload: zara-nabilah

Post on 07-Apr-2018

385 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Unit 10 ( JENIS - JENIS TEGASAN TANAH )

    1/14

    KONSEP TEGASAN BERKESAN C3008/10/1

    ````

    Di akhir pembelajaran , pelajar dapat mengetahui jenis-jenis tegasan tanah

    dengan lebih jelas.

    Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

    1. mendefinisikan jenis-jenis tegasan tanah

    2. menerangkan hubung kait antara tegasan pugak, tegasan ufuk dan tegasan

    berkesan.

    3. mengira nilai tegasan pugak, tegasan ufuk dan tegasan berkesan

    4. mengira nilai daya tujah pada sesuatu tembok penahan.

  • 8/6/2019 Unit 10 ( JENIS - JENIS TEGASAN TANAH )

    2/14

    KONSEP TEGASAN BERKESAN C3008/10/2

    10.0 Pengenalan

    Secara umumnya tegasan merupakan keamatan bebanan. Sementara terikan

    adalah suatu unit ukuran ubah bentuk. Terdapat dua jenis beban yang bertindak

    pada tanah iaitu beban luar dan beban yang disebabkan oleh berat tanah sendiri.

    Untuk mengira perubahan tegasan yang disebabkan oleh beban luar seperti beban

    titik dan beban agihan seragam adalah diluar sukatan modul ini. Oleh itu dalam

    unit ini kita hanya bincangkan perubahan tegasan yang disebabkan oleh berat

    tanah, perubahan air kapilari dan perubahan air bumi.

    Terdapat tiga jenis tegasan tanah yang akan dibincangkan, iaitu :-

    (a) Tegasan pugak

    (b) Tegasan ufuk

    (c) Tegasan berkesan

    Perinsip tegasan berkesan akan dibincangkan lebih terperinci dalam unit 11.

  • 8/6/2019 Unit 10 ( JENIS - JENIS TEGASAN TANAH )

    3/14

    KONSEP TEGASAN BERKESAN C3008/10/3

    10.1 Tegasan Pugak ( v )

    Tegasan pugak didefinisikan sebagai daya yang diakibatkan oleh berat tanah

    dibahagikan dengan luas satahnya.

    Untuk menentukan formula tegasan pugak, pertimbangkan rajah 4.1 di bawah.

    h

    Rajah 10.1

    Tegasan Pugak, v =Luas

    BebankN/m2

    =ba

    hbag

    .

    )..(

    = gh

    di ketahui bahawa,

    g = ( atau dikenali sebagai berat unit tanah )

    Oleh itu ;

    v = h (10.1)

    a

    b

    v = h

  • 8/6/2019 Unit 10 ( JENIS - JENIS TEGASAN TANAH )

    4/14

    KONSEP TEGASAN BERKESAN C3008/10/4

    10.2 Tegasan Ufuk ( H )

    Terdapat beberapa struktur kejuruteraan seperti tembok penahan, empangan dan

    sebagainya dibina untuk menahan tanah. Sekiranya tanpa struktur penahan ini

    tanah akan kehilangan sokongan sisi dan seterusnya gagal. Oleh itu, struktur

    penahan sentiasa terdedah kepada tindakan daya tujahan akibat daripada kesan

    tekanan sisi tanah. Dalam konteks ini, tekanan yang terhasil merujuk kepada

    tegasan yang terhasil di antara permukaan tanah dan struktur penahan.

    Oleh itu, tegasan ufuk adalah hasil darab pekali tegasan ufuk (k) dengan tegasan

    pugak ( v ).

    (10.2)

    Nilai k boleh ditentukan dengan menggunakan formula Rankine :

    k =

    sin1

    sin1

    +

    (10.3)

    Di mana, adalah sudut geseran tanah

    10.3 Tegasan Berkesan

    Dari prinsip Terzaghi, jumlah tegasan pugak adalah hasil tambah tegasan berkesan

    dan tekanan air liang.

    v = ' + u (10.4)

    Di mana, ' = tegasan berkesan

    u = tekanan air liang

    H = k v

  • 8/6/2019 Unit 10 ( JENIS - JENIS TEGASAN TANAH )

    5/14

    KONSEP TEGASAN BERKESAN C3008/10/5

    Oleh itu, tegasan berkesan merupakan tegasan yang ditanggung oleh tanah sahaja

    tidak diambil kira tekanan air liang.

    ' = v - u

    (10.5)

    10.4 Tekanan Air Liang

    Tekanan air liang merupakan tekanan hidrostatik. Ia bergantung kepada berat unit

    air dan kedalaman. Tekanan hidrostatik ini adalah sama pada semua arah.

    u = hw (10.6)

    Di mana h = ketinggian paras air bumi

    w = berat unit air ( 1000 kg/m3 atau 9.81 kN/m3 )

    10.5 Gabungan Tegasan

    H = k v

    = k( ' + u )

    = k ' + u

    Tekanan air liang (u = hw ) merupakan tekanan hidrostatik, maka nilai k tidak

    perlu didarab dengan u.

    (10.7)H

    = k ' + hw

  • 8/6/2019 Unit 10 ( JENIS - JENIS TEGASAN TANAH )

    6/14

    KONSEP TEGASAN BERKESAN C3008/10/6

    Contoh 4.1

    Satu profil tanah mempunyai kedalaman dan berat unit seperti rajah 4.2 di bawah.

    Kira nilai tegasan pugak, tekanan air liang dan tegasan berkesan tanah pada

    kedalaman 10 m.

    G.W.L.

    Rajah 4.2

    Penyelesaian 4.1

    Pada kedalaman 10m :

    Oleh kerana profil tanah terdiri daripada dua lapisan tanah iaitu tanah pasir dan

    tanah liat dimana berat unit, bagi setiap tanah adalah berbeza, maka perlu di

    tentukan tegasan pugak bagi kedua-dua jenis tanah tersebut.

    i. Tegasan pugak bagi pasir = pasirpasir h

    Tegasan pugak bagi tanah liat = liatahliatah htantan

    Jumlah tegasan pugak , v = liatahliatahpasirpasir hh tantan +

    = (17)(4) + (20)(6)

    = 188 kN/m2

    (ii) Tekanan air liang berlaku dibawah paras air bumi, iaitu h = 6 m

    4 m

    6 m

    Pasir3

    /17 mkN=

    Tanah Liat3

    /20 mkN=

  • 8/6/2019 Unit 10 ( JENIS - JENIS TEGASAN TANAH )

    7/14

    KONSEP TEGASAN BERKESAN C3008/10/7

    Tekanan air liang, u = hw

    = (9.81)(6)

    = 58.86 kN/m2

    iii. Tegasan berkesan, = v - u

    = 188 58.86

    = 129.14 kN/m2

    Contoh 4.2

    Saya harus ingat ,

    bahawa tekanan air liang

    dalam tanah hanya

    berlaku jika ada air

    dalam tanah tersebut.

  • 8/6/2019 Unit 10 ( JENIS - JENIS TEGASAN TANAH )

    8/14

    KONSEP TEGASAN BERKESAN C3008/10/8

    Satu tembok penahan mempunyai ketinggian 5 m berfungsi untuk menahan tanah

    pasir. Diberi berat unit tanah pasir dan pekali tegasan ufuknya masing-masing

    adalah 17 kN/m3 dan 0.27. Tentukan :

    (a) Jumlah tujahan tanah pasir ke atas tembok penahan.

    (b) Jumlah tujuhan tanah pasir ke atas tembok penahan sekiranya terdapat air

    bumi di paras 2 m di bawah permukaan pasir dan berat unit tepu tanah

    pasir ialah 20 kN/m3.

    Penyelesaian 4.2

    (a)

    Daya Tujahan, P =2

    1( H )(h)

    =2

    1(k v )(h)

    =2

    1(k h)(h)

    =21 (k)(h2)

    =2

    1(0.27)(17)(52)

    = 57.38 kN/m

    (b)

    3/17 mkN=

    h = 5 m

    H

  • 8/6/2019 Unit 10 ( JENIS - JENIS TEGASAN TANAH )

    9/14

  • 8/6/2019 Unit 10 ( JENIS - JENIS TEGASAN TANAH )

    10/14

    KONSEP TEGASAN BERKESAN C3008/10/10

    Soalan 1

    Terangkan istilah-istilah berikut :

    (a) Tegasan pugak

    (b) Tegasan ufuk

    (c) Tegasan berkesan

    (d) Tekanan air liang

    Soalan 2

    Dasar sungai setebal 5 m terdiri daripada pasir yang mempunyai berat unit tepu

    bernilai 19.5 kN/m3. Pada titik 5m di bawah permukaan pasir, kirakan

    (a) tegasan berkesan

    (b) tegasan ufuk jika pekali tegasan ufuk ialah 0.27.

    Soalan 3

    Satu tembok penahan setinggi 4 m digunakan untuk menahan tanah yang

    mempunyai berat unit kering dan berat unit tepu masing-masing adalah 17

    kN/m3 dan 20 kN/m3. Aras air bumi berada di aras 1 m dari permukaan tanah.

    Kira daya tujahan yang dikenakan pada tembok penahan. (Diberi k = 0.27).

  • 8/6/2019 Unit 10 ( JENIS - JENIS TEGASAN TANAH )

    11/14

    KONSEP TEGASAN BERKESAN C3008/10/11

    Jawapan 1

    (a) Tegasan pugak adalah beban yang dialami oleh tanah dibahagikan

    dengan keluasan satahnya. Beban yang dimaksudkan sama ada beban

    sendiri tanah atau beban luar.

    (b) Tegasan ufuk adalah hasil darab pekali tegasan ufuk dengan tegasan

    pugak.

    (c) Tegasan berkesan adalah tegasan yang ditanggung oleh pepejal tanah

    sahaja tidak diambil kira tekanan air liang.

    (d) Tekanan air liang merupakan tekanan hidrostatik iaitu hasil darab berat

    unit air dengan kedalaman air bermula dari aras air bumi.

    Jawapan 2

    (a) = (19.5)(5) = 97.5 kN/m2

    u = (9.81)(5) = 49.05 kN/m2

    = 97.5 - 49.05 = 48.45 kN/m2

    (b) H = k v

    = 0.27 x 97.5

    = 26.32 kN/m2

    Jawapan 3

  • 8/6/2019 Unit 10 ( JENIS - JENIS TEGASAN TANAH )

    12/14

    KONSEP TEGASAN BERKESAN C3008/10/12

    P1 =2

    1(k)(h1)

    2 =2

    1(0.27)(18)(12) = 2.43 kN/m

    P2 = (k )(h1)(h2) = (0.27)(18)(1)(3) = 14.56 kN/m

    P3 =2

    1(k ' )(h2)

    2 =2

    1(k)( wtepu )(h2)

    2

    =2

    1(0.27)(21 9.81)(32) = 13.6 kN/m

    P4 =

    2

    1( w )(h2)

    2 =

    2

    1(9.81)(32) = 44.15 kN/m

    Jumlah Daya Tujahan, P = P1 + P2 + P3 + P4

    = 2.43 + 14.56 + 13.6 + 44.15

    = 74.76 kN/m

  • 8/6/2019 Unit 10 ( JENIS - JENIS TEGASAN TANAH )

    13/14

    KONSEP TEGASAN BERKESAN C3008/10/13

    Ujikan kefahaman anda berkenaan pelajaran dalam unit ini dengan menjawab

    soalan-soalan berikut.

    Soalan 1

    Definisikan tegasan-tegasan berikut :

    (a) Tegasan ufuk

    (b) Tegasan pugak

    (c) Tegasan berkesan

    Soalan 2

    Terangkan hubungkait antara tegasan ufuk, tegasan pugak dan tegasan

    berkesan.

    Soalan 3

    Satu keadaan susuk tanah adalah seperti rajah dibawah. Dapatkan nilai tegasan

    berkesan pada titik A.

    Jawapan 1

    = 18 kN/m32m

    2m

    4m

    = 21 kN/m3

    = 19 kN/m3

    A

    GWL

  • 8/6/2019 Unit 10 ( JENIS - JENIS TEGASAN TANAH )

    14/14

    KONSEP TEGASAN BERKESAN C3008/10/14

    (a) Tegasan ufuk adalah hasil darab pekali tegasan ufuk (k) dengan tegasan

    pugak ( v ).

    (b) Tegasan pugak didefinisikan sebagai daya yang diakibatkan oleh berat

    tanah dibahagikan dengan luas satahnya.

    (c) Tegasan berkesan merupakan tegasan yang ditanggung oleh tanah sahaja

    tidak diambil kira tekanan air liang

    Jawapan 2

    Hubung kait antara tegasan-tegasan adalah seperti berikut :

    H = k v

    = k( ' + u )

    = k ' + u

    Tekanan air liang (u = hw ) merupakan tekanan hidrostatik, maka nilai k tidak

    perlu didarab dengan u.

    Jawapan 3

    Tegasan Berkesan pada titik A ialah 95.14 kN/m2

    H = k ' + hw