unit 1-asal usul dan kedudukan bm..pdf

Upload: suha-jamil

Post on 09-Oct-2015

164 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________________________________________

    1

    UNIT 1

    ASAL USUL BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menjelaskan etimologi istilah Melayu. 2. Menjelaskan asal-usul bangsa dan bahasa Melayu. 3. Membezakan pendirian para sarjana berkenaan dengan asal-usul bangsa dan bahasa Melayu. 4. Memahami dan mengetahui rumpun keluarga bahasa Austrik. 5. Mengenal pasti rumpun Austronesia dan rumpun bahasa Melayu 6. Menyenaraikan persamaan ciri-ciri bahasa yang ada dalam rumpun bahasa Melayu

    .

    PENGENALAN

    nit ini akan memerihalkan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Perbincangan asal-usul bangsa

    dan bahasa Melayu akan memfokuskan konsep Melayu dan etimologi istilah Melayu. Teori dan

    hipotesis tempat asal bangsa dan bahasa Melayu yang dikemukakan oleh sarjana Barat dan

    sarjana tempatan akan dibincangkan Di dalam unit ini anda juga akan didedahkan dengan sejarah asal-

    usul rumpun bangsa dan bahasa Melayu. Unit ini akan mendedahkan konsep dan memahami perkaitan di

    antara filum, rumpun dan keluarga bahasa. Kita juga akan menyelusuri rumpun bahasa Austronesia dan

    keluarga bahasa yang berada di bawah bahasa tersebut. Asal usul keluarga bahasa Nusantara khususnya

    bahasa Melayu dan dialek yang terdapat dalam bahasa Melayu turut dibincangkan.

    PENGERTIAN MELAYU

    angsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara bangsa-bangsa lain di dunia. Sebelum

    membicarakan siapa itu bangsa Melayu dan apa itu bahasa Melayu, terlebih dahulu kita perlu

    memahami asal-usul perkataan Melayu.

    Catatan dalam tulisan Cina (Tiongkok) dianggarkan ditulis sekitar tahun 644 Masihi yang menyatakan bahawa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada pemerintah Tiongkok yang datangnya dari kerajaan Mo-lo-yeu. Nama bagi kerajaan Mo-lo-yeu itu berasal dari nama sebuah sungai yang terletak di sekitar kawasan tersebut, iaitu sungai Melayu. Penamaan kerajaan atau negeri daripada nama sungai sudah menjadi kebiasaan dalam budaya Melayu, seperti nama Negeri Johor, Pahang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak, Siak, Terengganu dan Inderagiri. Berdasarkan cerita, air sungai tersebut begitu deras arusnya, selaju orang berlari. Melayu yang dimaksudkan adalah sama dengan pengertian dalam bahasa Jawa, iaitu lari. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu

    U

    B

  • Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________________________________________

    2

    (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

    Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi. I-Tsing seorang rahib Buddha mencatatkan penggunaan kata Ma-lo-yu merujuk dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 tahun Masihi (Darwis Harahap,1992:13 ). Mereka menggunakan bahasa tempatan, iaitu bahasa Melayu yang disebut oleh I-Tsing sebagai Kw'un Lun di Sriwijaya sebagai bahasa perdagangan dan pemerintahan pada abad ke tujuh.

    Mengikut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan Himalaya yang telah disingkatkan kepada Malaya,dan kemudian menjadi Melayu. Perkataan Himalaya berasal daripada perkataan Hima dan alaya. Hima bererti salji atau salju, sedangkan alaya bererti tempat. Dengan itu himalaya bermaksud tempat sejuk, seperti di puncak gunung yang tinggi.

    Mengikut Slametmuljana, kata Melayu sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskrit. Perkataan tersebut berkembang di dua tempat yang berbeza. Di seberang Utara Selat Melaka, perkataan tersebut mengekalkan sebutan aslinya, iaitu Malaya manakala di seberang sebelah Selatan mengalami perubahan bunyi kepada Melayu.

    Terdapat juga pengkaji berpendapat perkataan melayu berasal daripada perkataan pamalayu, iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat. Di kawasan tersebut didirikan sebuah prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa sebagai peringatan berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur tadi ke daerah Melayu pada tahun 1286. Pamalayu bermaksud Ekspedisi Melayu, iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Melayu.

    Istilah Melayu boleh digunakan dalam pengertian yang luas dan juga sempit. Dalam pengertian

    yang luas, istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung

    Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu. Kamus

    Dewan (2006: 1014) mendefinisikan Melayu merujuk kepada nama suatu bangsa dan bahasa terutama di

    Semenanjung Malaysia.

    Kajian UNESCO(1972) mencatatkan;

    bangsa Melayu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama

    bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus, mempunyai ketinggian sederhana penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu dari Madagaskar di pantai timur benua Afrika di barat hingga ke Pulau Paskah (Easter Islands) di Lautan Pasifik berhampiran dengan Republik Chile di timur, kemudian dari kepulauan Hawaii dan Taiwan di utara hingga ke Pulau New Zealand di selatan. Peta berikut menunjukkan wilayah penyebaran bahasa Melayu

    Takrifan ini dapat disimpulkan bahawa apa yang dimaksudkan sebagai Melayu itu dari segi

    penentuan taraf kewarganegaraan, penduduk yang menjadi rakyat negara Melayu berkenaan boleh

    menjadi sesiapa sahaja selain rakyat Melayu sendiri. Pengertian Melayu dari segi suku bangsa bermaksud

    mereka ini mestilah berketurunan suku Melayu dari segi darah dagingnya. Agama Islam tidak menjadi

    syarat.

  • Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________________________________________

    3

    Di Malaysia orang Melayu itu mestilah beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

    Hal ini dinyatakan dengan tegas dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam perkara 160(2)

    yang menakrifkan

    Dari segi penakrifan antropologi, Syed Husin Ali menjelaskan bahawa orang Melayu itu dari segi lahiriah;

    TEORI ASAL-USUL BANGSA DAN BAHASA MELAYU

    sal usul orang-orang Melayu masih kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara dan wilayah Melayu

    masih banyak yang belum diselidiki. Asal usul bangsa dan bahasa Melayu dipercayai berasal dari

    utara Asia Tengah yang menggunakan bahasa Austronesia .Encyclopedia Britannica mencatatkan

    bahawa "bangsa Melayu adalah kelompok yang berasal dari Yunan dan telah merantau di antara tahun

    2500 S.M. hingga tahun 1500 S.M. Mereka bertaburan mendiami dari Malagasi hingga ke pulau Hawaii di

    lautan Pasifik. Mereka bertutur dalam pelbagai dialek dari rumpun bahasa Austronesia dalam keluarga

    bahasa Melayo-Polynesia". Di sini jelas membuktikan bahawa sarjana-sarjana barat sendiri telah mengakui

    tentang wujudnya bangsa Melayu yang bertaburan di sekitar dua buah lautan yang besar, iaitu lautan

    Pasifik dan lautan Hindi. Secara umumnya terdapat dua teori mengenai asal usul bangsa Melayu, iaitu

    teori Yunan dan teori Nusantara.

    A

    * orang Melayu sebagai seorang yang beragama Islam

    * bertutur bahasa Melayu

    * mengamalkan adat istiadat Melayu

    * lahir sebelum hari Merdeka sama ada di Persekutuan

    * lazimnya berkulit sawo matang,

    * berbadan sederhana besar serta tegap dan

    * selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.

  • Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________________________________________

    4

    TEORI YUNAN ATAU TEORI PENGHIJRAHAN (DARI LUAR NUSANTARA)

    amai sarjana Barat dan sarjana tempatan yang mempercayai bangsa Melayu berasal dari luar

    kepulauan Melayu, iaitu Yunan yang terletak di Tanah Besar Asia. Teori ini lebih popular dan

    kadang kala dinamai Teori Affinities Gendang Dongsong yang dikemukakan oleh H. Kern dan R.H

    Geldern. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang ke Kepulauan Melayu menerusi tiga

    gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan orang Melayu Negrito, Melayu Proto dan diikuti

    Melayu Deutro.

    Penghijrahan dari Yunan ke selatan dikatakan berlaku kira-kira 2500 tahun SM. Perpindahan

    Melayu Proto yang menjadi nenek moyang Orang Asli dan Melayu Deutro kira-kira 1500 tahun SM yang

    menjadi nenek moyang orang Melayu.

    Sebelum perpindahan orang Melayu, di Kepulauan Melayu (Nusantara) ini sebenarnya telah ada

    penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ahli sejarah mengandaikan orang Melayu

    Negrito telah ada sejak 8000 tahun SM di Tanah Semenanjung. Di Kedah sebagai contoh, pada 5000

    tahun SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menjadi induk

    orang Negrito, Sakai, dan Semai. Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu

    berdasarkan data arkeologi yang ditemui di Gua Cha, Kelantan.

    Robert Von Heine Geldern (Sarjana Austria) seorang ahli prasejarah yang membuat kajian ke atas kapak-kapak tuan (beliung batu) di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sungai Irrawady, Sungai Salween, Sungai Yangtze dan Sungai Hwang telah dibawa oleh orang-orang Asia Tengah ke pulauan Melayu ini. Beliau juga berpendapat bahawa orang-orang zaman neolitik (orang darat Mon-Khmer) yang membawa kebudayaan beliung segi panjang itu adalah pengembang bahasa Kepulauan Melayu (Ismail Hussein, 1984:2). Teori ini lemah dan ditolak kerana kapak-kapak ini telah dijumpai di Amerika dan Eropah pada zaman yang sama.

    Hendrick Kern (1889) seorang sarjana Belanda telah mengkaji beberapa perkataan yang digunakan seharian, antaranya tebu, nyiur, buluh, bambu (awi), mentimun, jelatang, tuba, talas, pisan (punti), pandan, ubi, padi, ikan yu, gurita, udang, ikan pari, penyu, buaya, tuna, nyamuk, lalat, babi, asu (anjing), kutu, aalawa, lisa, lab-laba, langau, besi dan wangkang.Perkataan-perkataan ini digunakan di pulau Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau lain di Lautan Pasifik.hingga ke Pulau Pass di Amerika sama dengan perkataan-perkataan yang terdapat di Champa, Chochin Cina dan Kampuchea. Beliau merumuskan bahasa Melayu adalah berasal daripada satu bahasa induk yang ada di Asia

    J.R Logan (1848) telah mengkaji tentang adat resam yang sepunya antara penduduk-penduduk di tanah pergunungan di antara negeri Assam, India dengan kepulauan Hindia Timur sejak pertengahan abad yang lalu. Berdasarkan hasil kajian, beliau telah membuat rumusan bahawa penduduk di Alam Melayu ini berasal dari Assam India. Berdasarkan adat resam yang sama. J.R. Logan juga merupakan orang yang mula-mula menggunakan perkataan Indonesia untuk daerah Alam Melayu, iaitu mendahului A. Bastian.(Darwis Harahap, 1992 : 2)

    John Reinhold Foster (1776):telah menulis sebuah buku yang berjudul 'Voyage Around the World'. Dalam bukunya beliau menyentuh tentang kesamaan bentuk kata antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal dari bahasa

    R

  • Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________________________________________

    5

    yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia purba. Bahasa ini dituturkan oleh penduduk kepulauan Hindi atau kepulauan sebelah utara yang berdekatan dengan benua Asia.

    Asmah Hj Omar(1988) turut menyokong teori ini. Namun begitu, proses migrasi atau perpindahan mereka tidaklah sekali gus dan juga tidak melalui satu jalan. Ada yang melalui jalan darat (tanah Semenanjung), ada yang melalui jalan laut barat melalui Lautan Hindi dan ada yang melalui arah timur, iaitu melalui Laut China Selatan.

    Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa dan Abd Hamid Mahmood (Sarjana Malaysia) dalam buku Tatabahasa Dewan edisi baharu (1997) menyokong teori bahawa penutur-penutur bahasa Melayu datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam beberapa gelombang pergerakan manusia. Mula mendiami wilayah Asia Tenggara di antara tahun 2500 S.M. hingga tahun 1500 S.M. Masyarakat Austronesia ini tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan lautan Pasifik.

    Ismail Hussein (1966) dalam bukunya Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita bersetuju bahawa bangsa Melayu berasal dari golongan Austronesia di Yunan yang kemudiannya bergerak dalm dua puak yang besar, iaitu Melayu Proto (2500 SM) dan Melayu Deutro (1500 SM). Faktor perhubungan dan geografi telah menyebabkan bahasa yang asalnya satu berkembang di dalam lingkungan yang tersendiri. Bahasa awal inilah yang dinamakan bahasa Melayu Proto atau Melayu Kuno.

    Slametmuljana (1975), turut menyokong teori migrasi yang dikemukakan oleh sarjana Barat. Perpindahan bangsa dari tanah asalnya ke Austronesia telah berlaku berpuluh abad yang lampau, namun tambah beliau tidak boleh kita beranggapan bahawa pada waktu perpindahan gelombang yang pertama dari benua Asia, wilayah Austronesia ini tanpa penduduk

    TEORI NUSANTARA

    erdapat beberapa sarjana yang mengemukakan pandangan bahawa bangsa Melayu tidak datang

    dari mana-mana sebaliknya telah mendiami kawasan Nusantara sejak sekian lama. Berikut

    pandangan dan hujah mereka yang menyokong teori ini.

    John Crawford (1848) seorang sarjana Inggeris membuat kajian tentang perbandingan di antara bahasa Melayu dengan bahasa Lampung, bahasa Melayu dengan bahasa Sunda, bahasa Melayu dengan bahasa Madura, bahasa Melayu dengan bahasa Bali, bahasa Melayu dengan bahasa Bugis dan juga dengan beberapa bahasa di Indonesia Timor, Pulau Roti dan Pulau Sawu. Perbandingan perkataan tersebut juga beliau lakukan di antara bahasa Melayu dengan bahasa Tagalog, Bisanya, Campa, Formosa, dan beberapa bahasa lain di Lautan Pasifik hingga bahasa Malagasi di Pulau Madagaskar. Beliau menyimpulkan bahasa Melayu dan bahasa Jawa menjadi induk bagi semua bahasa tersebut. Kedua-dua bahasa ini dinamakan 'Malayan'. Hujah ini menunjukkan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Beliau juga berpendapat bahasa Jawa ialah bahasa yang tertua dan menjadi bahasa induk kepada bahasa-bahasa lain.

    P.W. Schmidt (1906): yang membuat kajian perbandingan bahasa berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer serta bahasa-bahasa di Nusantara. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja. (Asmah Hj. Omar, 28-29). Pendapat beliau telah di sokong oleh K.Hilmly (1980) yang menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun

    T

  • Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________________________________________

    6

    dengan bahasa Campa. Sutan Takdir Alisjahbana seorang ahli bahasa Indonesia menamakan bangsa Melayu ini berkulit

    gelap yang tinggal di Asia Tenggara seperti di negara Thailand, Myanmar, Malaysia dan Indonesia merupakan bangsa Melayu. Penduduk-penduduk ini dikatakan berasal dari rumpun bangsa yang sama. Mereka turut dikatakan bukan hanya mempunyai persamaan dari segi warna kulit tetapi turut mempunyai persamaan dari segi saiz bentuk badan. Manusia kuno seperti Homo Soloinensis dengan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut, iaitu berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

    Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ATMA,UKM) , menegaskan bahawa orang Melayu dan bumiputera bukanlah pendatang, sebaliknya sudah berada di Semenanjung sejak 35,000 tahun lalu. Dengan mengemukakan bukti kajian arkeologi melalui pendekatan sejarah seni, beliau menolak teori migrasi diguna pakai sejak 1930-an dan mengemukakan teori evolusi atau perubahan. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya evolusi ialah perdagangan jalan darat dan juga perdagangan maritim akibat kewujudan kapal layar. Orang Melayu dan bumiputera sebenarnya berasal daripada satu baka sahaja dan yang membezakan orang Melayu dengan bumiputera pada hari ini adalah anutan agama. Beliau menambah tidak pernah berlaku dalam sejarah orang Melayu dan bumiputera di pesisir Selat Melaka yang mereka itu tiba di kawasan ini mengikut gelombang Proto Melayu, Deutro-Melayu atau Melayu. Hasil penyelidikan arkeologi dan analisis bukti arkeologi di pesisir Selat Melaka juga menunjukkan kemunculan tiba-tiba barang baru di zaman Neolitik adalah disebabkan perdagangan antara kawasan, bukan melalui perpindahan penduduk atau migrasi.

    TEORI YANG DITERIMA UMUM

    encari tanah asal bangsa dan bahasa Melayu agak sukar dan sehingga kini masih kabur. Namun begitu pendapat yang menyatakan asal bangsa dan bahasa Melayu dari Tanah Besar Asia atau lebih dikenali dengan Teori Yunan diterima umum dan lebih popular. Secara keseluruhannya,

    alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

    1. Kapak Tua yang ditemui di Asia Tengah dan di Kepulauan Melayu menunjukkan adanya proses migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

    2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada adat resam yang diamalkan oleh suku Naga di daerah Assam yang terletak berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.

    3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja, iaitu bahasa Cham. Ini mengukuhkan kepercayaan penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong. Secara tidak langsung hal ini menunjukkan pertalian bangsa

    M

    Apakah teori yang paling popular berkaitan dengan asal usul orang Melayu?

    Kemukakan alasan yang menyokong hujah anda.

    Jelaskan mengapa agak sukar untuk kita mengesan asal usul bangsa Melayu

    Definisikan makna Melayu mengikut kefahaman anda.

  • Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________________________________________

    7

    Melayu dengan bangsa Kemboja dan sekaligus pertaliannya dengan dataran Asia Tengah atau Yunan.

    Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan orang Melayu Negrito, Melayu Proto dan diikuti Melayu Deutro. Sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ahli sejarah mengandaikan orang Melayu Negrito telah ada sejak tahun 8000 SM di Tanah Semenanjung. Mereka tinggal di dalam gua dan sumber pencarian mereka adalah berburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, dan Semai. Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu berdasarkan data arkeologi yang ditemui di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

    Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.Kedatangan Melayu-Deutro menyebabkan kelompok Melayu-Proto berundur ke kawasan pedalaman iaitu memasuki hutan, lembah dan kawasan-kawasan pergunungan. Walaupun kelompok ini telah melarikan diri ke kawasan pedalaman, namun kelompok ini masih wujud sehingga kini dan keturunan mereka dikenali sebagai orang asli yang terdiri daripada orang asli Negrito, Senoi, Jakun dan Temuan. Petempatan Melayu-Proto ini telah terpisah-pisah. Namun begitu, bahasa yang dituturkan oleh mereka telah berkembang dan melahirkan dialek-dialek dan bahasa yang berlainan.

    Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar. Golongan Melayu-Deutro pula dikatakan mempunyai peradaban lebih tinggi daripada Melayu-Proto. Golongan ini mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu seperti membina petempatan dipesisiran pantai dan turut tinggal menetap disamping mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang pelayaran. Dengan kemahiran yang dimiliki, mereka telah membuka petempatan baru dan seterusnya terus berkembang di kawasan tersebut.

    Encyclopedia Britannica mencatatkan bahawa "bangsa Melayu adalah kelompok yang berasal dari Yunan dan telah merantau di antara tahun 2500 S.M. hingga tahun 1500 S.M. Mereka bertaburan mendiami dari Malagasi hingga ke pulau Hawaii di lautan Pasifik. Mereka bertutur dalam pelbagai dialek dari rumpun bahasa Austranesia dalam keluarga bahasa Melayo-Polynesia" Di sini jelas membuktikan bahawa sarjana-sarjana barat sendiri telah mengakui tentang wujudnya bangsa Melayu yang bertaburan di sekitar dua buah lautan yang besar, iaitu lautan Pasifik dan lautan Hindi.

    Jika benar bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari kepulauan Melayu, sebelum itu dari manakah asal mereka? Bicangkan bersama rakan anda.

  • Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________________________________________

    8

    RUMPUN BAHASA MELAYU

    enurut Asmah Haji Omar (1988), bahasa mempunyai perkaitan kekeluargaan diantara semua

    bahasa-bahasa yang terdapat di dunia. Perkaitan kekeluargaan tersebut boleh dianologikan

    kepada perkaitan antara kekeluargaan manusia. Demikian dalam bahasa juga ada perkaitan yang

    dekat dan yang jauh. Jika sesebuah bahasa tersebut mempunyai banyak ciri-ciri yang sama antara mereka

    akan menganggotai kelompok yang lain yang mempunyai anggotanya sendiri. Walau bagaimanapun,

    antara kedua-dua kelompok itu masih mempunyai perkaitan.

    Berdasarkan perkaitan tersebut bahasa dikelaskan dalam kelompok yang diberi nama-nama khas

    berdasarkan lama-waktu masing-masing. Lama-waktu tersebut ialah umur bahasa tersebut yang dikira

    samasa bahasa itu berpecah dari induknya. Dengan berdasarkan lama-waktu bahasa tersebut yang

    mempunyai perkaitan, kekeluargaa, bahasa-bahasa di golongkan dalam rumpun, keluarga, dan

    subkeluarga.

    Terdapat tiga konsep penting yang perlu difahami terlebih dahulu sebelum kita menyelusuri susur

    galur sesuatu bahasa, iaitu;

    Filum Kelompok bahasa yang menjangkau masa lebih 5,000 tahun.

    Rumpun Sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 hingga 5,000 tahun

    Keluarga Sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun

    Sesuatu bahasa yang sedikit menyimpang atau menunjukkan sedikit kelainan juga disebut sebagai bahasa

    sekeluarga. Sesuatu keluarga bahasa boleh terdiri daripada beberapa bahasa yang dipanggil subkeluarga

    bahasa berdasarkan tempat dan nama bahasa tertentu.

    Filum bahasa Austris dibahagikan kepada tiga rumpun bahasa yang besar, iaitu Bahasa Austroasia, Bahasa Tibet Cina dan Bahasa Austronesia. Menurut Ismail Hussein (1966) ketiga-tiga rumpun bahasa ini menguasai lebih separuh daripada bahasa benua Asia. Filum bahasa ini adalah bahasa yang awal berdasarkan kebudayaan Dongson di Yunan. Tiga rumpun bahasa ini ialah a. Bahasa-bahasa Austroasia yang terdiri daripada bahasa-bahasa di Annam, Nicobar, Mon, Khmer dan

    Munda. b. Bahasa-bahasa Tibet Cina yang terdiri daripda bahasa-bahasa Cina, Tibet, Burma, Siam dan lain-lain Dalam Tatabahasa Dewan Jilid 1, rumpun bahasa Austronesia terdiri daripada empat keluarga bahasa yang lebih kecil, iaitu;

    i. Bahasa-bahasa Nusantara (Bahasa-bahasa kepulauan Melayu) seperti Bahasa Melayu, Aceh, Jawa Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, dan lain-lain.

    ii. Bahasa-bahasa Polinesia seperti bahasa Tonga, Hawaii, Maori dan Haiti

    M

  • Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________________________________________

    9

    iii. Bahasa-bahasa Melanesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Fuji, Irian dan Kepulauan Kaledonia.

    iv. Bahasa-bahasa Mikronesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Marshall, Carolina, Marianna dan Gilbert.

    Rumpun Austronesia

    Keluarga Keluaga Keluarga Keluarga Indonesia Melanesia Mikronesia Polinesia

    Semua rumpun bahasa Austronesia mempunyai persamaan dan kelainan yang terdapat dalam kalangan keluarga bahasa ini berdasarkan, sistem bunyi, pembentukan kata, perbendaharaan kata dan pembentukan ayat

    Menurut Asmah Haji Omar (1988), istilah Austronesia untuk rumpun bahasa Melayu pertama kali digunakan oleh sarjana linguistik bandingan, iaitu Wilhelm Schamidt. Beliau menyimpulkan bahawa bahasa-bahasa itu satu ketika dahulu berasal dari satu sumber yang sama, tetapi perkaitan kekeluargaan itu disusur-galurkan kepada jarak masa yang lama, iaitu 5,000 tahun ke atas. Sumber yang menurun bahasa-bahasa di daratan dan di pulau-pulau di beri nama Filum Austrik. Istilah ini merujuk kepada kelompok bahasa yang lama waktunya 5,000 atau lebih. Filum Austrik dipecahkan kepada dua cabang, iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia. Istilah Austronesia dibentuk dari unsur Latin austro dan unsur Yunani nesos, iaitu pulau, dengan itu Astronesia bermaksud pulau-pulau selatan. Walaupun bahasa Melayu bukan sebuah pulau tetapi bahasa Melayu dan bahasa bangsa asli, iaitu Jakun dan Temuan digolongkan dalam bahasa austronesia.Sebelum istilah Austronesia digunakan, Austronesia dikenali sebagai Malayu-Polinesia. Istilah ini telah dicipta oleh Wilhelm Von Humboldt.

    Perhubungan ketiga-tiga rumpun bahasa ini dapat dilihat melalui rajah berikut;

    Filum

    Bahasa Austrik

    Rumpun bahasa

    Austronesia

    Rumpun bahasa

    Tibet

    Rumpun bahasa

    Austroasia

  • Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________________________________________

    10

    Rumpun Bahasa Austronesia terdiri daripada empat keluarga bahasa, iaitu

    Bahasa-bahasa Nusantara

    (Bahasa-bahasa kepulauan Melayu)

    Bahasa-bahasa Polinesia

    Bahasa-bahasa Melanesia

    Bahasa-bahasa Mikronesia

    Semua rumpun bahasa Austronesia mempunyai persamaan dan kelainan yang terdapat dalam kalangan

    keluarga bahasa ini berdasarkan;

    sistem bunyi

    pembentukan kata

    perbendaharaan kata

    pembentukan ayat

    Berikut beberapa contoh kata-kata bilangan dari satu sampai sepuluh dalam beberapa bahasa

    Austronesia.

    Bahasa 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

    Proto-Austronesia

    esa/isa duSa Telu sepat lima enem pitu walu siwa sa-puluq

    Aceh sa duwa lhee peuet limng nam tujh apan sikureueng plh

    Bali sa dua telu empat lima enem pitu akutus sia dasa

    Jawa kuno sa rwa telu pat lima nem pitu wwalu sanga sapuluh

    Jawa baru siji loro telu papat lima nem pitu wolu sanga sepuluh

    Sunda hiji dua tilu opat ima genep tujuh dalapan salapan sapuluh

  • Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________________________________________

    11

    Bahasa 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

    Tagalog is dalaw

    tatl pat lim nim pit wal siym samp

    Malagasy iry ra tlo fatra dmy nina fto vlo svy flo

    Minangkabau cik duo tigo ampk limo anam tujuah dalapan sambilan puluah

    Melayu satu dua tiga empat lima enam tujuh apan sembilan sepuluh

    KELUARGA BAHASA MELAYU

    Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di empat buah negara Asia Tenggara.

    1. Indonesia 2. Malaysia 3. Brunei 4. Singapura

    Peta penyebaran bahasa Melayu di Asia Tenggara

  • _________________________________________

    Bahasa Melayu yang digunakan di Indonesia dikenali sebagai Melayu turut di kenali sebagai Bahasa Malaysiaatau Bahasa Kebangsaan.

    Selain di luar kawasan Selat Melaka, dialekpantai bahagian selatan dan barat Borneo, di wilayah paling selatan Thailand dan di KepulBurma. Kreol yan berasaskan bahasa Melayu ditemui digunakan bukan sahaja di kalangan penduduk yang asalnya bertutur dalam bahasa Cina di Negeriberbagai-bagai pelabuhan di bahagian timurHindi. Di dalam tiga negara yang lain perkadaran penduduk yang bertutur dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut: Malaysia 45 peratus (35 peratus bertutur dalam bahasa Cina, 10 peratus dalam bahasIndia dan 10 peratus dalam bahasa peribumi bukan bahasa Melayu), Singapura 15 peratus (70 paratus dalam bahasa Cina, 10 peratus dalam bahasabahasa-bahasa peribumi bukan bahasa Melayu, 3 peratus dalterjemahan Aishah Mahdi...[et al]..1998: 56).

    Bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan di Malaysia, Kalimantan, Indonesia, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand tetapi turut menjangkau dari kepulauan Formosa hinggalah ke Madagaskar. Antara faktor yang menyumbang kepada penyebaran bahasa Melaypenghijrahan dan penjajahan. Peta berikut menunjukkan wilayah penyebaran bahasa Melayu

    Sebaran keluarga bahasa Melayu

    Di Malaysia, bahasa Melayu menyebar, berkembang dan membentuk ditandai dengan persempadanan negeri. Maka wujudlah apa yang disebut dialek Utara (Kedah dan Utara Perak), dialek Pulau Pinang, dialek Perak, dialek Johor, dialek Selangor, dialek Melaka, dialek Pahang, dialek Kelantan, dialek Terengganu, dialek Negeri Sembilan, dialek Sarawak dan dialek Sarawak. Di luar Malaysia misalnya di Brunei dialek Brunei dan dialek Kedayan dan di Indonesia dialek Jakarta atau lebih dikenali dialek Betawi

    Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________

    Bahasa Melayu yang digunakan di Indonesia dikenali sebagai Bahasa Indonesia. Di Malaysia bahasa Bahasa Malaysia dan di Singapura dan Brunei sebagai

    Selain di luar kawasan Selat Melaka, dialek-dialek Melayu juga ditemui digunakan di sepanjang pantai bahagian selatan dan barat Borneo, di wilayah paling selatan Thailand dan di KepulBurma. Kreol yan berasaskan bahasa Melayu ditemui digunakan bukan sahaja di kalangan penduduk yang asalnya bertutur dalam bahasa Cina di Negeri-negeri Selat lama bekas British Malaya, tetapi juga di

    bagai pelabuhan di bahagian timur Indonesia dan di Pulau Krismas dan Pulau Cocos di Lautan Hindi. Di dalam tiga negara yang lain perkadaran penduduk yang bertutur dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut: Malaysia 45 peratus (35 peratus bertutur dalam bahasa Cina, 10 peratus dalam bahasIndia dan 10 peratus dalam bahasa peribumi bukan bahasa Melayu), Singapura 15 peratus (70 paratus dalam bahasa Cina, 10 peratus dalam bahasa-bahasa India) dan Indonesia 7 peratus (90 peratus dalam

    bahasa peribumi bukan bahasa Melayu, 3 peratus dalam bahasa Cina) (Bernard Comrie; terjemahan Aishah Mahdi...[et al]..1998: 56).

    Bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan di Malaysia, Kalimantan, Indonesia, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand tetapi turut menjangkau dari kepulauan Formosa hinggalah ke Madagaskar. Antara faktor yang menyumbang kepada penyebaran bahasa Melayu ialah faktor perkahwinan, perdagangan, penghijrahan dan penjajahan. Peta berikut menunjukkan wilayah penyebaran bahasa Melayu

    Sebaran keluarga bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia) (sumber: Ismail Hussein, 1995)

    Di Malaysia, bahasa Melayu menyebar, berkembang dan membentuk beberapa dialek yang kebetulan ditandai dengan persempadanan negeri. Maka wujudlah apa yang disebut dialek Utara (Kedah dan Utara Perak), dialek Pulau Pinang, dialek Perak, dialek Johor, dialek Selangor, dialek Melaka, dialek Pahang,

    k Terengganu, dialek Negeri Sembilan, dialek Sarawak dan dialek Sarawak. Di luar Malaysia misalnya di Brunei dialek Brunei dan dialek Kedayan dan di Indonesia dialek Jakarta atau lebih

    usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    _______________________________________________

    12

    Di Malaysia bahasa ra dan Brunei sebagai Bahasa Melayu

    dialek Melayu juga ditemui digunakan di sepanjang pantai bahagian selatan dan barat Borneo, di wilayah paling selatan Thailand dan di Kepulauan Mergui di Burma. Kreol yan berasaskan bahasa Melayu ditemui digunakan bukan sahaja di kalangan penduduk yang

    negeri Selat lama bekas British Malaya, tetapi juga di Indonesia dan di Pulau Krismas dan Pulau Cocos di Lautan

    Hindi. Di dalam tiga negara yang lain perkadaran penduduk yang bertutur dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut: Malaysia 45 peratus (35 peratus bertutur dalam bahasa Cina, 10 peratus dalam bahasa India dan 10 peratus dalam bahasa peribumi bukan bahasa Melayu), Singapura 15 peratus (70 paratus

    bahasa India) dan Indonesia 7 peratus (90 peratus dalam am bahasa Cina) (Bernard Comrie;

    Bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan di Malaysia, Kalimantan, Indonesia, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand tetapi turut menjangkau dari kepulauan Formosa hinggalah ke Madagaskar. Antara faktor

    u ialah faktor perkahwinan, perdagangan, penghijrahan dan penjajahan. Peta berikut menunjukkan wilayah penyebaran bahasa Melayu.

    sumber: Ismail Hussein, 1995)

    beberapa dialek yang kebetulan ditandai dengan persempadanan negeri. Maka wujudlah apa yang disebut dialek Utara (Kedah dan Utara Perak), dialek Pulau Pinang, dialek Perak, dialek Johor, dialek Selangor, dialek Melaka, dialek Pahang,

    k Terengganu, dialek Negeri Sembilan, dialek Sarawak dan dialek Sarawak. Di luar Malaysia misalnya di Brunei dialek Brunei dan dialek Kedayan dan di Indonesia dialek Jakarta atau lebih

  • Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________________________________________

    13

    Beberapa contoh penggunaan dialek yang terdapat di Malaysia.

    Dialek Perkataan Bahasa Standard Catatan

    Johor leba, bemain lebar, bermain Pengguguran konsonan /r/

    Kedah cayaR, hampiaR cair, hampir Penggantian /r/ dalam lingkungan/R/

    Selangor itam hitam Pengguguran konsonan h

    Selangor habes habis Penukaran vokal /i/ kepada /e/

    Melaka bakaw, tikaw bakar, tikar Penukaran konsonan /r/ kepada /w/

    Perak bileq, tumboq bilik, tumbuk Penukaran konsonan /k/ kepada /q/

    Sarawak alus, ampas halus, hampas Pengguguran vokal /a/

    Sarawak pulo, dango, pande

    pulau, dangau, pandai

    Diftong aw dan ay dalam bahasa baku sejajar dengan /o/ dan /e/

    Kedah kambin, kucin kambing, kucing Konsonan nasal

    Kelantan ssano, jjale ke sana, berjalan Pemanjangan konsonan

    Kelantan saloh, tane salah, tanam Penyengauan

    Terengganu paka, bala, jalong pakai, balai, jalan Pengguguran vokal /i/ dan bunyi nasal

    Terengganu paka, gula,pisa pakai, gulai, pisau Diftong /ay/ sejajar dengan vokal /a/

    Ng. Sembilan bubo, jalo bubur, jala Pengguguran konsonan /r/

    Ng Sembilan nogori, ilang negeri, hilang Penggunaan vokal /o/

    RUMUSAN

    1. Ada pelbagai pendapat tentang etimologi Melayu, misalnya kerajaan Mo-lo-yeu dipercayai wujud di daerah Jambi. I-Tsing seorang rahib Buddha mencatatkan penggunaan kata Ma-lo-yu merujuk dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Kata Melayu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit.

    2. Secara ringkas ada dua teori atau pandangan yang dikemukakan berkenaan asal-usul bangsa dan bahasa Melayu, iaitu teori yang menyatakan bangsa dan bahasa Melayu berasal dari Tanah Besar

    Beri contoh lain dialek bahasa Melayu yang anda ketahui dalam dialek yang anda tuturkan.

  • Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________________________________________

    14

    Asia (Teori Yunan) dan satu lagi menyatakan bangsa dan bahasa Melayu telah berada di kepulauan Melayu sejak sekian lama (Teori Nusantara)

    3. Teori Yunan diterima umum dan lebih popular dengan alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti:

    a. kapak tua yang ditemui di Asia Tengah dan di Kepulauan Melayu menunjukkan adanya proses migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke kepulauan Melayu.

    b. adat resam bangsa Melayu mirip kepada adat resam yang diamalkan oleh suku Naga di daerah Assam yang terletak berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.

    c. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja, yang berasal daripada dataran Yunan dan secara tidak langsung hal ini menunjukkan pertalian bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja dan dataran Asia Tengah atau Yunan.

    4. Teori Nusantara dikemukakan oleh sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. Namun begitu teori ini kurang popular.Antara hujah pendukung teori ini;

    a. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas dan hal ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.

    b. Persamaan yang berlaku antara bahasa Melayu dan bahasa Champa c. adalah satu fenomena "ambilan" d. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang

    Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

    e. Bahasa di Nusantara mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah. 5. Filum ialah kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahun ke atas. Rumpun

    pula bermaksud kumpulan bahasa yang mempunyai lama-waktu antara 2500-5000 tahun. Manakala keluarga pula bermaksud kelompok bahasa yang kurang dari 2500 tahun.

    6. Semua rumpun bahasa mempunyai persamaan dan kelainan yang terdapat dalam kalangan keluarga bahasa ini berdasarkan sistem bunyi,pembentukan kata, perbendaharaan kata dan pembentukan ayat.

    7. Sebelum istilah Austronesia digunakan, Austronesia dikenali sebagai Melayu-Polinesia. Istilah ini telah dicipta oleh Wiihelm Von Humboldt

    8. Bahasa Nusantara tergolong dalam rumpun Austronesia Barat yang biasanya juga disebut sebagai Hesperanesia

    9. Bahasa Nusantara boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti, kelompok Sumatera-Jawa termasuk Kalimantan dan Madura, kelompok Filipina, kelompok Nusa Tenggara dan Maluku, kelompok tanah besar Asia Tenggara dan kelompok Sulawesi

    10. Bahasa Melayu yang menyebar dan berkembang di Malaysia membentuk beberapa dialek seperti dialek Perak, dialek Sabah, dialek Sarawak, dialek Kelantan dan sebagainya yang kebetulan ditandai dengan sempadan geografi.

    KATA KUNCI

    Konsep Melayu Filum Dialek

    Teori Yunan Keluarga bahasa Austronesia

    Teori Nusantara Rumpun bahasa Bahasa Nusantara

  • Asal usul bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

    ________________________________________________________________________________________

    15

    PENILAIAN KENDIRI

    1. Apakah yang anda fahami dengan istilah Melayu dan asal usul bangsa dan bahasa Melayu.

    2. Bincangkan faktor-faktor yang memungkinkan bahasa Melayu mudah diterima oleh masyarakat

    Nusantara?

    3. Mengapakan bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar

    berbanding keluarga bahasa lain yang terdapat dalam rumpun Austronesia?

    4. Jelaskan faktor-faktor yang membantu penyebaran bahasa Melayu.

    RUJUKAN

    Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2006. Sejarah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Pub.& Dist.

    Abdullah Hassan (2006). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1-V1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    Ahmad Adam (1994). Isu bahasa dan pembentukan bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Asmah Haji Omar (1998). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Darwis Harahap (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu. Pulau Pinang : Penerbit USM. Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia. (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ismail Hussein (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka Nik Safiah Karim et.al, (2004). Tatabahasa Dewan: edisi semakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka Noriah Mohamed (1999). Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama. Pulau Pinang: USM. Slametmuljana (1975). Asal bangsa dan bahasa Nusantara. Jakarta: Balai Pustaka.