unhcr

3
PESURUHJAYA TINGGI TENTANG ORANG PELARIAN PBB (UNHCR) Pesuruhjaya Tinggi Tentang Orang Pelarian PBB (UNHCR) ditubuhkan pada tahun 1950. UNHCR bertanggungjawap untuk memimpin dan menyelaraskan tindakan antarabangsa bagi perlindungan orang pelarian dan menyelesaikan masalah mereka. Tujuan utama UNHCR adalah untuk : melindungi hak dan kebajikan orang pelarian. memastikan bahawa setiap orang pelarian berhak untuk mendapatkan suaka dan mencari tempat perlindungan yang selamat di Negara lain membantu orang pelarian kembali ke negara asal mereka atau menetap di Negara lain Peperangan saudara di Kampuchea ini menyebabkan ramai rakyat Kampuchea menjadi pelarian perang. Isu pelarian perang Kampuchea memberi masalah kepada negara Asia Tenggara seperti Thailand yang menerima hampir 17,000 pelarian Kampuchea setiap bulan pada tahun 1979 . Selain Thailand, Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah pelarian ini. Menjelang 1988 pula, seramai13 000 orang pelarian Vietnam ditempatkan di kem pelarian sementara di Sungai Besi dan Pulau Bidong di Terengganu. Selain itu, isu pelarian ini juga menyumbang kepada dampak kemerosotan hubungan negara ASEAN dengan Vietnam. Isu pelarian perang ini telah menyebabkan rantau Asia Tenggara menjadi tidak aman, iaitu kehadiran mereka ini menyebabkan masalah sosial dan penyakit serta membebankan negara Asia Tenggara yang terpaksa menyediakan bekalan makanan dan ubatan bagi pelarian perang yang datang ke negara mereka dan menyebabkan kesukaran menampung mereka. Bagi mengatasi masalah pelarian ini, ASEAN berpendapat keamanan negara Kampuchea perlu dikembalikan. Oleh itu, ASEAN telah menyusun beberapa strategi untuk mengatasi masalah tersebut seperti meminta

Upload: liew-connie

Post on 07-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

koko

TRANSCRIPT

Page 1: Unhcr

PESURUHJAYA TINGGI TENTANG ORANG PELARIAN PBB (UNHCR)Pesuruhjaya Tinggi Tentang Orang Pelarian PBB (UNHCR) ditubuhkan pada tahun 1950. UNHCR bertanggungjawap untuk memimpin dan menyelaraskan tindakan antarabangsa bagi perlindungan orang pelarian dan menyelesaikan masalah mereka.

Tujuan utama UNHCR adalah untuk :

melindungi hak dan kebajikan orang pelarian. memastikan bahawa setiap orang pelarian berhak untuk mendapatkan

suaka dan mencari tempat perlindungan yang selamat di Negara lain membantu orang pelarian kembali ke negara asal mereka atau menetap

di Negara lain

Peperangan saudara di Kampuchea ini menyebabkan ramai rakyat Kampuchea menjadi pelarian perang. Isu pelarian perang Kampuchea memberi masalah kepada negara Asia Tenggara seperti Thailand yang menerima hampir 17,000 pelarian Kampuchea setiap bulan pada tahun 1979 . Selain Thailand, Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah pelarian ini. Menjelang 1988 pula, seramai13 000 orang pelarian Vietnam ditempatkan di kem pelarian sementara di Sungai Besi dan Pulau Bidong di Terengganu. Selain itu, isu pelarian ini juga menyumbang kepada dampak kemerosotan hubungan negara ASEAN dengan Vietnam. Isu pelarian perang ini telah menyebabkan rantau Asia Tenggara menjadi tidak aman, iaitu kehadiran mereka ini menyebabkan masalah sosial dan penyakit serta membebankan negara Asia Tenggara yang terpaksa menyediakan bekalan makanan dan ubatan bagi pelarian perang yang datang ke negara mereka dan menyebabkan kesukaran menampung mereka. Bagi mengatasi masalah pelarian ini, ASEAN berpendapat keamanan negara Kampuchea perlu dikembalikan. Oleh itu, ASEAN telah menyusun beberapa strategi untuk mengatasi masalah tersebut seperti meminta kerjasama daripada Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang pelarian (United Nations High Commision forRefugees-UNHCR). Selepas itu, ASEAN telah memujuk Vietnam menerima rancangan Perpindahan Secara Teratur dan memujuk pelarian Vietnam supaya pulang ke negara asal mereka. Usaha untuk mencari negara ketiga bagi pelarian Vietnam sebagai penempatan baru. Malaysia berjaya mendapat sokongan Amerika Syarikat, Australia,

Page 2: Unhcr

Belanda, Belgium, Britain, Jerman Barat, Kanada, Norway, Perancis dan Sweden untuk menerima pelarian Vietnam yang layak.

Kejayaan dalam Menangani Isu Kampuchea

Penyelesaian isu Kampuchea telah membuktikan kejayaan dalam kerjasama serantau yang mampu membentuk suasana aman damai di Asia Tenggara. Isu Kampuchea bermula dengan serangan Vietnam ke atas Kampuchea pada tahun 1978. Dalam serangan tersebut, Vietnam berjaya mengulingkan pemerintahan Kampuchea yang dikuasai oleh Khmer Rouge atau Demokratik Kampuchea (DK). Kerajaan Vietnam telah mendirikan kerajaan boneka di Phnom Penh iaitu Rejim Heng Samrin pada Januari 1979 bagi menggantikan kerajaan Khmer Rouge. Walaubagaimanapun, isu Kampuchea bertambah serius apabila berlaku perang saudara antara Rejim Khmer Rouge dengan Rejim Heng Samrin di Phnom Penh bagi merampas semula tampuk pemerintahan Kampuchea. Perang saudara ini menyebabkan ramai rakyat Kampuchea menjadi pelarian perang. Namun, negara ASEAN telah bertindak dengan segera dalam memainkan peranan penting bagi mengatasi konflik Kampuchea yang telah menganggu kestabilan dan keamanan rantau Asia Tenggara. ASEAN telah mengutuk serangan Vietnam ke atas Kampuchea kerana serangan tersebut bertentangan dengan prinsip yang didokong oleh ASEAN iaitu konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Mengikut konsep ini seluruh kawasan Asia Tenggara merupakan kawasan aman, bebas dan berkecuali dan mana-mana negara Asia Tenggara tidak boleh menyerang atau mencampuri urusan negara Asia Tenggara. Bagi mengatasi masalah ini, ASEAN telah membawa Konflik Kampuchea ke Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Bangkok pada Januari 1979. Dalam mesyuarat ini, ASEAN juga bersetuju untuk meminta bantuan dari PBB bagi mengatasi konflik Kampuchea yang menganggu keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara. Akhirnya konflik Kampuchea berjaya diselesaikan secara aman pada tahun 1982 melalui penubuhan kerajaan campuran di Kampuchea. Kemampuan ASEAN menyelesaikan konflik Kampuchea dengan cara perbincangan dan tekanan serta menggelakkan menggunakan ketenteraan menyebabkan rantau Asia Tenggara kembali menjadi aman damai semula.

Page 3: Unhcr