undefined

6

Click here to load reader

Upload: lhya-wanttobe-thesmartest

Post on 17-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

l rai

TRANSCRIPT

undefined Close Ad

Al-faqirah Ilallah

Minggu Keenam (Konsep Akhlak Dalam Islam)

Home

Skima Tarbiyyah Peringkat Satu

Skima Tarbiyyah Peringkat Dua

Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga

Ayat Hafazan

Bahan-bahan Usrah

Catatan Usrah Mingguan

Artikel Pilihan

Subhaanallah

KONSEP AKHLAK DALAM ISLAMOBJEKTIF1. Ahli usrah memahami pengertian akhlak menurut pandangan Islam.2. Ahli usrah mengetahui cirri-ciri akhlak Islam serta dapat mengaitkannya dengan kehidupan seharian.KANDUNGAN1. Pengertian akhlak bahasa dan istilah2. Pengertian akhlak menurut Islam3. Skop dan ruang lingkup akhlak dalam Islam4. Perbezaan di antara akhlak dan moral5. Akhlak yang agung akhlak Al-Quran6. Kesyumulan akhlak Islam lahiriah dan rohaniah meliputi aqidah dan syariat7. Ciri-ciri akhlak IslamiyyahPENGERTIAN AKHLAK Menurut bahasa: Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah: Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4) Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman Allah subhaanahu wa taaala: Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. (Ali-Imran:190) Menurut istilah:Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAMIslam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut: Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar. SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAMDalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak.Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggari

KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM: PEMBENTUK MODEL UMAT TERBAIK Melihat kepada situasi dunia yang kian bergolak, masyarakat dunia pada masa kini memerlukan perubahan dan anjakan secara langsung dengan menerima dan mengiktiraf Islam sebagai landasan kehidupan. Tiada apa jua pun di dunia ini yang mempunyai sifat kekal dan tetap. Perubahan pasti akan berlaku setiap masa, ketika dan suasana. Perubahan-perubahan ini kadang kala membawa unsur negatif dan dalam masa yang lain pula membawa perubahan positif. Mengurus perubahan adalah antara model yang telah diperkenalkan oleh Rasulullah S.A.W dalam melahirkan masyarakat madani yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia. Pengurusan perubahan yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W ini memerlukan kaedah yang cekap dan berhikmah. Perubahan yang dilaksanakan dengan asas ketauhidan melalui kaedah yang bijaksana ini telah menukar corak penghidupan masyarakat jahiliyyah kepada masyarakat madani.[1]

Konsep akhlak dalam Islam merupakan sebuah konsep yang asli, murni dan terbaik dalam menyelesaikan konflik manusia yang berpanjangan. Ini kerana pencarian erti kemanusiaan yang dibawa oleh Islam (iaitu konsep asas sebelum pembentukan akhlak terbentuk) itu berbalik kepada Pencipta yang menciptakan manusia itu sendiri bukannya melihat hanya kepada aspek manusiawi dan persekitarannya.

Menurut al-Attas hanya terdapat dua aliran pemikiran dalam tradisi intelektual Islam yang membahaskan berkenaan dengan hakikat kewujudan ini iaitu golongan Esensialis yang terdiri dari semua ahli falsafah serta sebahagian teolog Muslim, dan golongan Eksistentialis yang diwakili oleh para sufi cendiakawan.[2] Oleh itu manusia menurut Islam dilihat kepada kewujudan jatidirinya yang terangkum daripada dua elemen yang saling berkaitan iaitu jasad dan roh. Kedua-dua aspek ini mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dengan dilengkapi oleh fakulti yang memiliki sebutan yang berlainan dalam keadaan yang berbeza iaitu roh (ruh), jiwa (nafs), hati (qalb) dan akal (aql).[3] Menurut al-Attas, fakulti ini memiliki dua makna iaitu yang merujuk kepada aspek jasad atau kebinatangan dan aspek kerohanian.[4] Ia dinamakan akal ketika bergelut dengan sesuatu yang berkaitan dengan intelektual dan pemahaman, disebut jiwa ketika mengatur tubuh, disebut hati ketika sedang mengalami pencerahan intuisi dan disebut roh ketika kembali ke dunianya yang abstrak. Kedudukan manusia di akhirat kelak bergantung kepada keutamaan yang diberikan dalam aspek-aspek tersebut.[5]

Oleh itu dimensi kebahagiaan yang diidamkan oleh setiap manusia menurut Islam terletak kepada tujuan agama iaitu mengembalikan manusia ke kedudukan asalnya iaitu melihat diri dan kehidupan sebagai milik Allah S.W.T seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T dalam surah al-Araf ayat 172.[6] Kebahagiaan menurut Islam bukan sekadar melihat kepada aspek fizikal dan material semata-mata tetapi ia harus mencapai kebahagiaan spiritual yang lebih kekal. Aspek fizikal atau jasadi ini tidak ditolak mentah-mentah tetapi menjadi sumber penting ke arah mencapai kebahagiaan abadi tersebut.[7]

Melalui jasad dan fizikal inilah nilai-nilai kerohanian dapat diperolehi khususnya berkenaan dengan dunia dan pengalaman inderawi. Kebahagiaan yang menjadi matlamat kepada nilai akhlak tertinggi ini tidak terletak kepada usaha untuk meraih persamaan tetapi dilihat kepada usaha untuk mencapai keadilan dengan meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.[8] Keadilan dan ketidakadilan ini bukan setakat membabitkan perhubungan antara dua orang atau lebih tetapi lebih mendasar kepada diri sendiri yang menjadi pemula dan pengakhir. Seorang manusia bukan sekadar boleh berlaku adil atau tidak adil kepada orang lain, malahan boleh juga bersikap atau berkelakuan begitu kepada dirinya sendiri.[9]

Akhlak Islam merupakan akhlak yang bersifat universal dan sejagat. Aspek kesejagatan yang berlandaskan ketauhidan kepada Allah S.W.T ini dilihat mampu menjadi penyelesai paling baik dan berkesan dalam merawat masyarakat dunia yang berbilang bangsa, keturunan, warna kulit dan jantina ini. Tetapi adakah konsep akhlak dan pandangan alam Islam ini mampu dan dapat diterima secara syumulnya oleh umat manusia yang pelbagai. Sememangnya adalah satu kewajipan bagi semua umat manusia menjadikan Islam sebagai panduan dan pedoman cara hidup, tetapi adakah mereka yang tidak mempunyai kefahaman langsung berkenaan dengan Islam, atau jika mempunyai pengetahuan sekalipun ianya diseleweng oleh hasutan dan fitnah musuh atau mereka yang meletakkan rasional akal dan hawa nafsu sebagai kuasa pemutus boleh menerima Islam dengan mudah. Rasulullah S.A.W sendiri memerlukan tempoh masa yang panjang dan perlu melalui beberapa tingkat dan strategi sebelum berjaya menukar masyarakat jahiliyyah kepada masyarakat yang tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T. Satu persoalan di sini. Bagaimanakah umat Islam perlu berperanan apabila berhadapan dengan situasi yang telah sekian lama wujud ini?