undang - undang pendidikan

3
PENGAPLIKASIAN DAN CABARAN UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN TERHADAP PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH MENENGAH : SATU KAJIAN KES Pengenalan Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah pelajar. Peranan guru bukan sahaja sebagai pendorong, pembimbing, penggerak, pembentuk sahsiah, pentadbir, pengurus, pemudah cara, pengganti ibu bapa dan penilai kepada pelajar malah lebih daripada itu. Disiplin merupakan satu kawalan sosial yang dilaksanakan di sekolah untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan teratur dan lancar. Tanpa pengurusan disiplin yang berkesan, adalah sukar untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara efektif dan usaha menghasilkan pelajar yang berkualiti. Pada tahun 2010 masalah disiplin berlaku secara berleluasa, membabitkan isu moral dan keselamatan seperti penglibatan pelajar dalam vandalisme, gangsterisme dan hubungan seks (Statistik Jabatan Masyarakat, 2009). Masalah disiplin sekolah dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar yang menyimpang daripada norma-norma masyarakat sekeliling. Menurut Mohd Ismail (2006), pelajar yang terlibat dengan kesalahan disiplin dikategorikan sebagai melanggar disiplin sekolah dan pihak sekolah boleh mengambil tindakan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Ordinan Pelajaran 1957. Menurut Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Peraturan Sekolah 1959, terdapat pelaksanaan hukuman gantung dan buang sekolah. Sinopsis Kes Putrajaya 12 Julai, 3 orang pelajar dibuang sekolah kerana melanggar ± peraturan sekolah dengan memakai serban. Mereka mendakwa telah dibuang sekolah kerana degil dan memakai bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah. Etika pemakaian pakaian seragam sekolah termasuklah rambut pelajar lelaki dan perempuan, kasut, tudung dan sebagainya. Pemakaian bagi pelajar muslim dan bukan muslim ada perbezaan. Pelajar bukan Islam boleh memakai pakaian pinafore biru tua dan baju putih. Pelajar muslim pula digalakkan memakai tudung dan songkok untuk pelajar lelaki. 1

Upload: rina182

Post on 21-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH MENENGAH

TRANSCRIPT

Page 1: Undang - undang pendidikan

PENGAPLIKASIAN DAN CABARAN UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN TERHADAP PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH MENENGAH : SATU KAJIAN KES

Pengenalan

Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah pelajar. Peranan guru

bukan sahaja sebagai pendorong, pembimbing, penggerak, pembentuk sahsiah, pentadbir,

pengurus, pemudah cara, pengganti ibu bapa dan penilai kepada pelajar malah lebih

daripada itu. Disiplin merupakan satu kawalan sosial yang dilaksanakan di sekolah untuk

membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan teratur dan lancar. Tanpa

pengurusan disiplin yang berkesan, adalah sukar untuk guru melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran secara efektif dan usaha menghasilkan pelajar yang berkualiti. Pada tahun

2010 masalah disiplin berlaku secara berleluasa, membabitkan isu moral dan keselamatan

seperti penglibatan pelajar dalam vandalisme, gangsterisme dan hubungan seks (Statistik

Jabatan Masyarakat, 2009). Masalah disiplin sekolah dirujuk sebagai masalah salah laku

pelajar yang menyimpang daripada norma-norma masyarakat sekeliling.

Menurut Mohd Ismail (2006), pelajar yang terlibat dengan kesalahan disiplin dikategorikan

sebagai melanggar disiplin sekolah dan pihak sekolah boleh mengambil tindakan mengikut

peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Ordinan Pelajaran 1957.

Menurut Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Peraturan Sekolah 1959, terdapat

pelaksanaan hukuman gantung dan buang sekolah.

Sinopsis Kes

Putrajaya 12 Julai, ± 3 orang pelajar dibuang sekolah kerana melanggar peraturan sekolah

dengan memakai serban. Mereka mendakwa telah dibuang sekolah kerana degil dan

memakai bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah. Etika pemakaian

pakaian seragam sekolah termasuklah rambut pelajar lelaki dan perempuan, kasut, tudung

dan sebagainya. Pemakaian bagi pelajar muslim dan bukan muslim ada perbezaan. Pelajar

bukan Islam boleh memakai pakaian pinafore biru tua dan baju putih. Pelajar muslim pula

digalakkan memakai tudung dan songkok untuk pelajar lelaki.

1

Page 2: Undang - undang pendidikan

Pemakaian pakaian seragam sekolah ini telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan

seseorang murid tidak boleh memakai pakaian yang menyalahi peraturan pemakaian

seragam sekolah. Perkara ini terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993. Mana-

mana pelajar yang gagal mengikut peraturan tersebut berulang kali akan dikenakan tindakan

yang berlandaskan prosedur yang betul. Prosedur pembuangan murid diperjelaskan dalam

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1968.

Hukuman pembuangan murid ini merupakan hukuman yang paling berat dapat dikenakan ke

atas mana-mana murid yang didapati bersalah bersabit dengan mana-mana larangan nyata

seperti yang disebut di mana Peraturan-peraturn Pelajaran (Disiplin sekolah) 1959.

Sekiranya keputusan menggantung persekolahan atau membuang murid diambil oleh pihak

lain seperti Lembaga Disiplin atau Jawatankuasa HEM sekolah, maka keputusan itu boleh

dicabar di mahkamah. Hal ini peraturan 4 dan 8 tidak menyebut Lembaga Disiplin sekolah

boleh mengambil tindakan sedemikian. Keputusan untuk menggantung atau membuang

murid adalah keputusan guru besar atau pengetua sekolah berkenaan sahaja.

Bagi mengelakkan tindakan yang diambil oleh guru besar atau pengetua daripada dicabar di

mahkamah, tatacara yang betul dan aspek teknikal hendaklah dipatuhi dan diberi perhatian

teliti ( Mohd Ismail Othman,2006)

Penyataan Masalah Kajian

Disiplin pelajar adalah tanggungjawab pihak pentadbir sekolah. Rutin pengurusan sekolah

terkini, rata-rata pihak pentadbir tidak menjelaskan kepada semua guru yang berada di

bawah pentadbirannya tentang prosedur pelaksanaan kuasa disiplin dan hukuman yang

betul ke atas pelajar. Perkara ini termasuk risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh guru

berhubung dengan pendakwaan dan tindakan mahkamah sekiranya pelajar memanjangkan

kes tersebut. Selain daripada itu, pihak pentadbir sekolah perlu mengetahui kekangan yang

bakal dihadapi serta cara mengatasi yang wajar dilaksanakan bagi menangani masalah

disiplin pelajar.

2

Page 3: Undang - undang pendidikan

Objektif Kajian

1. Mengetahui pengaplikasian undang-undang oleh pentadbir dalam pengurusan

disiplin sekolah.

2. Mengenalpasti cabaran dan strategi mengatasi yang dilaksanakan oleh pentadbir

dalam pengurusan disiplin sekolah.

Persoalan Kajian

1. Apakah pengaplikasian undang-undang yang dilaksanakan oleh pentadbir dalam

pengurusan disiplin sekolah?

2. Apakah cabaran yang dihadapi dan strategi mengatasi yang dilaksanakan oleh

pentadbir dalam pengurusan disiplin sekolah?

Kerangka Konsep Kajian

Rajah 1 : Kerangka Konsep Pengaplikasian Undang-undang Terhadap Pengurusan Disiplin

3

Pentadbir

Sekolah

Aplikasi

Undang-undang

Guru Pelajar