undang-undang malaysia akta 32 akta bahasa kebangsaan...

Download UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 32 AKTA BAHASA KEBANGSAAN …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/akta_bahasa_kebangsaan_semak.pdf · UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 32 AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67

If you can't read please download the document

Upload: tranlien

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 32

    AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 (Di-semak 1971)

    Suatu Akta bagi menyatukan undang-undang berhubung

    dengan penggunaan bahasa kebangsaan.

    [Seksyen 9 hingga 11 11hb April 1963; Yang lain-lain 1hb September 1967.]

    1. (1) Akta ini boleh-lah di-namakan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. (2) Akta ini tidak di-pakai bagi Malaysia Timor.

    *[Akta 7/67,s. 1]

    2. Kechuali sa-bagaimana di-peruntokkan dalam Akta ini dan tertaklok kapada perlindongan2 yang terkandong dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan berhubong dengan mana2 bahasa lain dan bahasa lain2 kaum lain dalam Malaysia bahasa kebangsaan hendak-lah di-gunakan bagi maksud2 rasmi.

    [Akta 7/67,s. 2]

    3. Tiada apa2 jua dalam Akta ini boleh menyentoh hak Kerajaan Persekutuan atau hak Kerajaan mana2 Negeri untok menggunakan apa2 terjemahan bagi suratan2 atau perutusan2 rasmi dalam mana2 bahasa lain bagi apa2 maksud yang di-fikirkan perlu demi kepentingan awam.

    [Akta 7/67,s. 3]

    4. Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan penggunaan bahasa Inggeris di-lanjutkan bagi apa2 maksud rasmi sa-bagaimana yang di-fikirkan patut.

    [Akta 7/67, s. 4]

    5. Yang di-Pertuan Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Raayat dan Yang di-Pertua mana2 Dewan Negeri, atau sa-saorang lain yang pada masa itu menjalankan tugas mana2 jawatan itu, boleh membenarkan sa-saorang ahli mana2 satu Majlis Parlimen atau sa-saorang ahli Dewan Negeri menggunakan Bahasa Inggeris apabila membuat uchapan, atau pun apabila mengambil bahagian dalam kerja, Majlis Parlimen atau Dewan Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan; Dengan sharat bahawa tiada apa2 jua dalam sekshen ini boleh di-sifatkan sa-bagai melarang bahasa Inggeris dari-pada di-gunakan dalam Parlimen oleh sa-saorang ahli bagi atau dari Sabah atau Sarawak.

    [Akta 7/67, s. 5]

    Tajok ringkas dan pemakaian. Mengguna-kan ter-jemahan. Penggunaan bahasa Inggeris boleh di-benar di-lanjutkan Penggunaan bahasa Inggeris boleh di-benar di-lanjutkan

    * Nombor yang terkandong dalam kandongan empat segi di-hujong sa-suatu sekshen menunjokkan nombor sekshen dalam undang2 sa-belum daripada chetakan ini.

  • 6. Teks - (a) bagi segala Rang Undang2 yang akan di-kemukakan

    atau pindaan2 kapada-nya yang akan di-chadangkan dalam Parlimen atau mana2 Dewan Negeri;

    (b) bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kechil, yang di-keluarkan oleh Kerajaan Persekutuan;

    (c) bagi segala Enakmen dan perundangan kechil yang di-keluarkan oleh mana2 Kerajaan Negeri; dan

    (d) bagi segala Ordinan yang di-ishtiharkan oleh yang di-Pertuan Agong,

    hendak-lah dalam Bahasa kebangsaan dan dalam Bahasa Inggeris, dan teks dalam Bahasa kebangsaan itu ada-lah saheh melainkan jika Yang di-Pertuan Agong menetapkan sa-balek-nya sama ada sa-chara am atau bagi mana2 undang2 atau jenis undang2 yang tertentu.

    [Akta 7/67, s. 61] 7. (1) Jika mana2 undang2 bertulis yang di-kanunkan sa-belum satu haribulan September, 1967, telah di-terjemahkan ka-dalam Bahasa kebangsaan maka Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan terjemahan undang2 itu sa-bagai saheh.

    (2) Tiada apa2 jua dalam sekshen 6 boleh di-pakai bagi pindaan kapada mana2 undang2 bertulis yang di-kanunkan sa-belum satu haribulan September, 1967 sa-hingga undang2 bertulis itu telah di-terjemahkan ka-dalam Bahasa kebangsaan dan terjemahan itu telah di-tetapkan sa-bagai saheh.

    [Akta 7/67, s. 7]

    8. Segala pembicharaan (melainkan keterangan yang di-beri oleh sa-saorang saksi) dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi atau mana2 Mahkamah Rendah hendak-lah dalam Bahasa kebangsaan atau dalam Bahasa Inggeris atau sa-bahagian-nya dalam Bahasa kebangsaan dan sa-bahagian-nya dalam Bahasa Inggeris; Dengan sharat bahawa Mahkamah boleh, sama ada atas kehendak-nya sendiri atau atas permintaan mana2 pehak dalam mana2 pembicharaan dan sa-lepas menimbangkan kepentingan keadilan dalam pembicharaan itu, memerentah-kan supaya pembicharaan itu (melainkan keterangan yang di-beri oleh sa-saorang saksi) di-jalankan sama ada kesemua-nya dalam Bahasa kebangsaan atau kesemua-nya dalam Bahasa Inggeris. 9. Tulisan bagi bahasa kebangsaan ia-lah tulisan Rumi: dengan sharat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebeh di-kenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.

    [Akta 10/63, s. 2]

    10. Bentok angka dalam bahasa kebangsaan ia-lah bentok angka Arab.

    [Akta 10/63, s. 3]

    Bahasa Mahkamah Tulisan bagi bahasa kebangsaan Bentok angka.

  • 11. Kechuali sa-bagaimana di-peruntokkan sa-lain-nya dengan nyata, apabila sa-suatu borang dalam bahasa Inggeris di-tetapkan oleh mana2 undang2 bertulis maka terjemahan borang itu dalam Bahasa kebangsaan oleh orang atau pehak-berkuasa yang di-tetapkan dari sa-masa ka-samasa dengan perentah oleh Perdana Menteri boleh di-gunakan bagi segala maksud yang borang itu boleh di-gunakan jika ia-nya dalam Bahasa Inggeris.

    [Akta 10/63, s. 51]

    Borang.