undang-undang malaysia - agc.gov.my 617... · 10 undang-undang malaysia akta 617 atau pengawal yang...

30
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 617 AKTA PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA 2002 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

Upload: phungxuyen

Post on 17-Apr-2019

244 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 617

AKTA PERBADANAN HARTAINTELEK MALAYSIA 2002

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Page 2: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 6172

AKTA PERBADANAN HARTA INTELEKMALAYSIA 2002

Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … 14 Januari 2002

Tarikh penyiaran dalam Warta… … … … 24 Januari 2002

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama ... … 2004

Page 3: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 617

AKTA PERBADANAN HARTA INTELEKMALAYSIA 2002

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

PERBADANAN

3. Penubuhan Perbadanan

4. Peruntukan peletakhakan

5. Meterai perbadanan

6. Keanggotaan Perbadanan

7. Tempoh jawatan

8. Peletakan dan pembatalan jawatan

9. Pengosongan jawatan

10. Saraan dan elaun

11. Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah

12. Mesyuarat

13. Perbadanan boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

14. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat

15. Penzahiran kepentingan

16. Minit

Page 4: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 6174

BAHAGIAN III

FUNGSI DAN KUASA PERBADANAN

Seksyen

17. Fungsi Perbadanan

18. Kuasa Perbadanan

19. Perbadanan boleh menubuhkan jawatankuasa

20. Pewakilan fungsi atau kuasa Perbadanan

BAHAGIAN IV

PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PEKERJA

21. Mengambil kerja pekerja Kerajaan

22. Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan hendaklah diambilkira

23. Pelantikan pekerja lain, ejen dan perunding

24. Peraturan-peraturan berkenaan dengan penggajian

25. Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib

26. Perlindungan daripada liabiliti diri

27. Pekhidmat awam

28. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

BAHAGIAN V

KEWANGAN

29. Kumpulan Wang

30. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

31. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

32. Pemeliharaan Kumpulan Wang

33. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

34. Kuasa untuk meminjam

35. Pelaburan

36. Bayaran kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan

Page 5: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 5

BAHAGIAN VI

AM

Seksyen

37. Pemulaan pendakwaan

38. Prosiding yang dikendalikan oleh pegawai Perbadanan

39. Kewajipan kerahsiaan

40. Kuasa Menteri untuk meminda Jadual Pertama dan Kedua

41. Peraturan-peraturan

JADUAL PERTAMA

JADUAL KEDUA

Page 6: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 6176

Page 7: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 7

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 617

AKTA PERBADANAN HARTA INTELEKMALAYSIA 2002

Suatu Akta untuk menubuhkan Perbadanan Harta Intelek Malaysiadan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi-fungsi dankuasa- kuasanya dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

[3 Mac 2003, P.U. (B) 102/2003]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Harta IntelekMalaysia 2002.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkanoleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteriboleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yangberlainan dalam Akta ini.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maknayang lain—

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yangdibuat di bawah Akta ini;

“ditetapkan”, jika tiada cara penetapan diperuntukkan, ertinyaditetapkan dari semasa ke semasa melalui kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau perintah yang disiarkan dalam Warta;

Page 8: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 6178

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan,sama ada yang sebenar, kontingen atau dijangka;

“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkandi bawah seksyen 19;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perbadanan yang dilantikdi bawah seksyen 11;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan dibawah seksyen 29;

“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, gadaian, kewajipandan obligasi sama ada masa kini atau pada masa hadapan, yangsebenar atau kontingen, dan sama ada yang kena dibayar ataudipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini bertanggungjawabbagi harta intelek;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Cap Dagangan, Pendaftar Paten,Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian dan Pendaftar Petunjuk Geografidi bawah Perundangan Harta Intelek yang berkenaan;

“Pengawal” ertinya Pengawal Hakcipta yang dilantik di bawahsubseksyen 5(1) Akta Hakcipta 1987 [Akta 332];

“Pengerusi” ertinya Pengerusi yang dilantik di bawahseksyen 6;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yangditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Perundangan Harta Intelek” ertinya perundangan yang dinyatakandalam Jadual Pertama;

“rekod” termasuk rekod yang disimpan atau direkodkan denganmenggunakan komputer;

“tarikh letak hak” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti yangditentukan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 4(1)yang kepadanya Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal dibawah Perundangan Harta Intelek yang berkenaan, berhak atautertakluk, berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan;

Page 9: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 9

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuatkuasa;

“terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuklah mempunyaihak mengenai harta masa hadapan atau kontingen dan hakperkembalian atau baki.

BAHAGIAN II

PERBADANAN

Penubuhan Perbadanan

3. (1) Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “PerbadananHarta Intelek Malaysia” ditubuhkan.

(2) Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatumeterai perbadanan.

(3) Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guamanterhadapnya atas namanya.

(4) Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadananboleh, atas apa-apa terma yang didapatinya patut—

(a) membuat kontrak;

(b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang danmenikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan

(c) memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik,memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan,mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkanhakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, ataumenjalankan urusan mengenai apa-apa harta alih atauharta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai hartaitu yang terletak hak pada Perbadanan.

Peruntukan peletakhakan

4. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa kesemasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkansuatu tarikh letak hak dan pada tarikh itu segala harta KerajaanMalaysia dan segala hak atau liabiliti Kerajaan Malaysia, Pendaftar

Page 10: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 61710

atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah ituhendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah kepada dan terletakhak pada Perbadanan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakanatau pemindahan hakmilik.

(2) Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen(1) pada Perbadanan hendaklah terletak hak sedemikian padaPerbadanan dengan hakmilik, harta atau kepentingan yang serupadan pemegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletak hakatau dipegang sebaik sebelum tarikh letak hak itu.

(3) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurutkuasa subseksyen (1) pada Perbadanan boleh, pada dan selepastarikh letak hak itu, dituntut melalui guaman, didapatkan ataudikuatkuasakan oleh Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklahperlu bagi Perbadanan, Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawalmemberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalamtindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat di bawahsubseksyen (1).

(4) Tiap-tiap hak atau liabiliti yang terletak hak menurut kuasasubseksyen (1) pada Perbadanan boleh, pada dan selepas tarikhletak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakanoleh atau terhadap Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklahperlu bagi Perbadanan, Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawalmemberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuholeh peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(5) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai olehatau terhadap Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal berhubungdengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepadadan terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1)boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, diteruskan oleh atauterhadap Perbadanan.

(6) Dalam hal hak atau liabiliti yang berbangkit di bawahmanamana pinjaman yang terletak hak pada Perbadanan pada tarikhletak hak, Perbadanan boleh membuat apa-apa perkiraan atauperjanjian dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketigayang lain mengenai hak dan liabiliti itu.

(7) Pada dan selepas tarikh letak hak, mana-mana perjanjianberhubung dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindahkepada dan terletak hak pada Perbadanan di bawah subseksyen (1)

Page 11: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 11

yang Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal menjadi pihakkepadanya sebaik sebelum tarikh letak hak, sama ada secara bertulisatau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian jenisnya sehinggahak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh KerajaanMalaysia, Pendaftar atau Pengawal, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah Perbadanan menjadi pihak kepada perjanjian itu.

Meterai perbadanan

5. (1) Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah mengandungiapa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan meteraiitu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah ataudibuat baharu sebagaimana yang Perbadanan fikirkan patut.

(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatucap yang mengandungi perkataan “Perbadanan Harta IntelekMalaysia” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meteraiperbadanan bagi Perbadanan.

(3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaanPengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa olehPerbadanan dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atauoleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawaiyang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.

(4) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupasebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan yangdisahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah disifatkan telahdisempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

(5) Walau apa pun subseksyen (4), apa-apa dokumen atau suratcara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatupertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki dimeteraikan bolehdisempurnakan oleh Perbadanan mengikut cara yang serupa; danmana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagipihak Perbadanan oleh mana-mana anggota, pekerja atau ejenPerbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Perbadananbagi maksud itu.

(6) Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberipengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Page 12: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 61712

Keanggotaan Perbadanan

6. (1) Perbadanan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a) seorang Pengerusi;

(b) empat orang anggota yang mewakili Kerajaan, seorangdaripadanya ialah Ketua Setiausaha Kementerian yangpada masa ini bertanggungjawab bagi harta intelek atauwakilnya;

(c) tiga orang anggota lain yang mempunyai pengetahuanatau pengalaman tentang harta intelek dan perkara yangberhubungan dengan harta intelek; dan

(d) Ketua Pengarah.

(2) Menteri hendaklah melantik anggota yang dinyatakan dalamperenggan (1)(a), (b) dan (c).

Tempoh jawatan

7. Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam suratcara pelantikannya, seseorang anggota Perbadanan hendaklah,melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkanjawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegangjawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layakuntuk dilantik semula.

Peletakan dan pembatalan jawatan

8. (1) Seseorang anggota Perbadanan boleh, pada bila-bila masa,meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepadaMenteri.

(2) Pelantikan mana-mana anggota Perbadanan yang dilantikoleh Menteri, kecuali Ketua Setiausaha Kementerian yang padamasa ini bertanggungjawab bagi harta intelek, boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apasebab bagi pembatalan itu.

Page 13: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 13

Pengosongan jawatan

9. Jawatan seseorang anggota Perbadanan hendaklah menjadikosong—

(a) jika dia mati;

(b) jika dia menjadi bankrap;

(c) jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan dandikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidakkurang daripada dua bulan;

(d) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupayamenunaikan kewajipannya; atau

(e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Perbadanan tiga kaliberturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi, atau dalam halPengerusi, tanpa kebenaran Menteri.

Saraan dan elaun

10. (1) Pengerusi Perbadanan hendaklah dibayar apa-apa saraandan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(2) Tiap-tiap anggota Perbadanan hendaklah dibayar elaunmengikut kadar yang ditentukan oleh Menteri.

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah

11. (1) Menteri hendaklah melantik—

(a) seorang yang sesuai yang mempunyai pengetahuan ataupengalaman tentang harta intelek atau perkara yangberhubungan dengan harta intelek untuk menjadi KetuaPengarah; dan

(b) apa-apa bilangan orang yang perlu untuk menjadi TimbalanKetua Pengarah,

atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri, bagipentadbiran sepatutnya Akta ini dan Perundangan Harta Intelek,dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantiksedemikian tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(2) Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiranharian Perbadanan.

Page 14: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 61714

(3) Timbalan Ketua Pengarah hendaklah tertakluk kepada arahandan kawalan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah ituboleh melaksanakan segala kewajipan Ketua Pengarah di bawahAkta ini dan Perundangan Harta Intelek sebagaimana yang ditentukanoleh Ketua Pengarah.

(4) Sekiranya Ketua Pengarah tidak dapat melaksanakankewajipannya buat sementara kerana sakit atau apa-apa sebab lain,salah seorang daripada Timbalan Ketua Pengarah itu boleh menghadirimana-mana mesyuarat Perbadanan atau mana-mana jawatankuasasebagai penggantinya.

Mesyuarat

12. (1) Perbadanan hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yangperlu bagi melaksanakan fungsi-fungsinya.

(2) Lima orang anggota Perbadanan, seorang daripadanya anggotayang mewakili Kerajaan, hendaklah membentuk kuorum mesyuaratPerbadanan.

(3) Jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan olehPerbadanan terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusihendaklah mempunyai undi pemutus.

(4) Sekiranya Pengerusi tidak hadir atau tidak dapat bertindakkerana sakit atau apa-apa sebab lain, mana-mana anggota Perbadananselain Ketua Pengarah boleh dilantik oleh anggota-anggota yanghadir untuk mempengerusikan mesyuarat.

(5) Menteri hendaklah, berkenaan dengan setiap anggotaPerbadanan yang mewakili Kerajaan, melantik seorang anggotasilih ganti yang boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanansebagai ganti anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadirkerana apa-apa sebab dan anggota silih ganti itu, apabila hadirsedemikian, hendaklah bagi semua maksud dianggap sebagai anggotaPerbadanan.

(6) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Perbadanan hendaklahmenentukan tatacaranya sendiri.

Page 15: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 15

Perbadanan boleh mengundang orang lain untuk menghadirimesyuarat

13. (1) Perbadanan boleh mengundang mana-mana orang untukmenghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Perbadananbagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedangdibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidakberhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitianitu.

(2) Mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Perbadanan di bawahsubseksyen (1) boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun yangditentukan oleh Menteri.

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendakimaklumat

14. (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi Perbadananarahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta iniberhubung dengan pelaksanaan fungsi Perbadanan dan Perbadananhendaklah melaksanakan arahan itu.

(2) Perbadanan hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata,akaun dan maklumat berkenaan dengan pelaksanaan mana-manafungsinya di bawah Akta ini atau Perundangan Harta Inteleksebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri darisemasa ke semasa.

Penzahiran kepentingan

15. (1) Seseorang anggota Perbadanan atau mana-manajawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 19 yang mempunyaiatau yang memperoleh kepentingan langsung atau tidak langsungdengan sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusisekutunya berhubung dengan mana-mana perkara yang sedangdibincangkan oleh Perbadanan atau jawatankuasa itu hendaklahmenzahirkan kepada Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikutmana-mana yang berkenaan, hakikat kepentingannya dan jeniskepentingan itu.

Page 16: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 61716

(2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkandalam minit mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikutmana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkandan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a) tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorummesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikutmana-mana yang berkenaan; dan

(b) tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Perbadanan ataujawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,

apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

(3) Mana-mana anggota Perbadanan atau jawatankuasa yangtidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkandi bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabiladisabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4) Tiada tindakan atau prosiding Perbadanan atau jawatankuasaboleh ditaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Perbadananatau jawatankuasa telah melanggar peruntukan-peruntukan seksyenini.

(5) Bagi maksud seksyen ini—

(a) “anggota keluarga”, berhubung dengan seseorang anggotaPerbadanan atau jawatankuasa, termasuklah—

(i) suami atau isterinya;

(ii) ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suamiatau isterinya);

(iii) anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);

(iv) adik beradiknya (termasuk adik beradik suami atauisterinya); dan

(v) suami atau isteri anaknya atau adik beradiknya;dan

(b) “sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Perbadananatau jawatankuasa, ertinya—

(i) mana-mana orang yang merupakan penama ataupekerja anggota itu;

Page 17: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 17

(ii) mana-mana firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;

(iii) pekongsi anggota itu;

(iv) pemegang amanah sesuatu amanah yang dibawahnya anggota itu atau seseorang anggotakeluarganya menjadi benefisiarinya; atau

(v) mana-mana perbadanan, mengikut pengertian AktaSyarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu ataumana-mana penamanya atau seseorang anggotakeluarganya menjadi pengarahnya atau mempunyaikepentingan kawalan atau syer yang jumlah nilainyatidak kurang daripada tiga puluh peratus daripadajumlah modal diterbitkan perbadanan itu.

Minit

16. (1) Perbadanan dan tiap-tiap jawatankuasa hendaklahmenyenggarakan minit semua mesyuaratnya dalam bentuk yangsepatutnya.

(2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Perbadananatau sesuatu jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya,hendaklah, dalam mana-mana prosiding, boleh diterima sebagaiketerangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamminit itu tanpa bukti selanjutnya.

(3) Tiap-tiap mesyuarat Perbadanan atau sesuatu jawatankuasayang minit mengenainya telah dibuat mengikut subseksyen (1) dan(2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengansewajarnya dan kesemua anggota dalam mesyuarat itu layak dengansewajarnya untuk bertindak.

BAHAGIAN III

FUNGSI DAN KUASA PERBADANAN

Fungsi Perbadanan

17. Fungsi Perbadanan adalah—

(a) untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini danPerundangan Harta Intelek ditadbirkan, dikuatkuasakan,diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi;

Page 18: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 61718

(b) untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan untukmengadakan perkhidmatan bagi mentadbirkan, memungutdan menguatkuasakan pembayaran fi yang ditetapkan atauapa-apa caj lain di bawah Perundangan Harta Intelek;

(c) untuk mengawal selia dan mengawasi isu atau perkaraberhubung dengan harta intelek yang berhubungan denganPerundangan Harta Intelek;

(d) untuk menasihati tentang kajian semula danmengemaskinikan Perundangan Harta Intelek;

(e) untuk menggalakkan dan meningkatkan latihan danpenyebaran pengetahuan dan maklumat mengenai hartaintelek;

(f) untuk mengadakan, menggalakkan dan menyediakanprogram kerjasama di peringkat kebangsaan atauantarabangsa mengenai isu atau perkara yang berhubungandengan harta intelek;

(g) untuk memelihara kepentingan Malaysia berkenaan denganmana-mana perjanjian atau konvensyen antarabangsa yangMalaysia menjadi pihak kepadanya, dan hendaklah setakatyang perlu memberikan kuat kuasa kepada mana-manaperuntukan perjanjian atau konvensyen itu;

(h) untuk menasihati Kerajaan mengenai pembangunan diperingkat antarabangsa mengenai isu atau perkara yangberhubungan dengan harta intelek;

(i) untuk menjalankan penyelidikan dan untuk mengkomisikankajian mengenai isu atau perkara yang berhubungan denganharta intelek;

(j) untuk menasihati Menteri secara am mengenai isu atauperkara yang berhubungan dengan harta intelek; dan

(k) untuk menjalankan apa-apa kegiatan dan melakukan apa-apa perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagipentadbiran Perbadanan, atau bagi apa-apa maksud lain,yang selaras dengan Akta ini, yang diarahkan oleh Menteri.

Kuasa Perbadanan

18. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukansegala yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan denganpelaksanaan fungsi-fungsinya.

Page 19: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 19

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Perbadananhendaklah termasuk kuasa—

(a) untuk menggunakan segala harta Perbadanan, alih dantak alih, mengikut apa-apa cara yang didapati suai manfaatoleh Perbadanan;

(b) untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yangdiberikan oleh Perbadanan sebagaimana yang ditetapkanoleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat dibawah seksyen 41;

(c) untuk melantik ejen, pakar atau perunding yang didapatinyapatut untuk membantu Perbadanan dalam menjalankanfungsi-fungsinya;

(d) untuk memberikan pinjaman kepada pekerja Perbadananbagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;

(e) untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhanperbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakanfungsi-fungsi Perbadanan;

(f) untuk melantik dan mengawal selia Pemeriksa di bawahAkta Paten 1983 [Akta 291]; dan

(g) untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan denganmana-mana fungsi dan kuasanya.

(3) Perbadanan hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlubagi atau berkaitan dengan, atau yang dengan semunasabahnyabersampingan dengan, pelaksanaan fungsi-fungsi dan penjalanankuasanya di bawah Perundangan Harta Intelek.

(4) Bagi mengelakkan keraguan diisytiharkan bahawa kuasaPerbadanan tidaklah termasuk kuasa Ketua Pengarah di bawahPerundangan Harta Intelek.

Perbadanan boleh menubuhkan jawatankuasa

19. (1) Perbadanan boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yangdidapatinya perlu atau suai manfaat untuk membantunyamelaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Aktaini.

(2) Anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawahsubseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Perbadananatau mana-mana orang lain yang didapati patut oleh Perbadanan.

Page 20: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 61720

(3) Perbadanan boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggotasesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagipembatalan itu.

(4) Anggota sesuatu jawatankuasa boleh meletakkan jawatandengan memberikan notis bertulis kepada Pengerusi.

(5) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyenini boleh melantik mana-mana anggotanya menjadi pengerusi danboleh mengawal selia tatacaranya sendiri, dan pada menjalankankuasanya jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindakmengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa ituoleh Perbadanan.

(6) Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yangdiundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatujawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lainyang ditentukan oleh Perbadanan.

(7) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan padamasa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa,tertakluk kepada subseksyen (5).

Pewakilan fungsi atau kuasa Perbadanan

20. (1) Perbadanan boleh mewakilkan mana-mana fungsi ataukuasanya kepada mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan dibawah seksyen 19 sebagaimana yang disifatkannya perlu atau wajar.

(2) Apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyenini—

(a) boleh diwakilkan sedemikian tertakluk kepada apa-apasyarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan secaraam atau khas oleh Perbadanan;

(b) hendaklah dijalankan oleh jawatankuasa itu atas namadan bagi pihak Perbadanan.

(3) Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalangPerbadanan melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-manafungsi atau kuasa yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.

Page 21: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 21

BAHAGIAN IV

PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PEKERJA

Mengambil kerja pekerja Kerajaan

21. (1) Perbadanan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan,menerima ke dalam penggajiannya tiap-tiap orang yang sebaiksebelum tarikh itu berada dalam penggajian atau perkhidmatanBahagian Harta Intelek, Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna, Malaysia dan yang telah diberi pilihanoleh Kerajaan Malaysia dan telah memilih untuk berkhidmat sebagaipekerja Perbadanan.

(2) Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen(1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan hendaklah diambilkerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yangtidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yangkepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.

(3) Sehingga terma dan syarat perkhidmatan pekerjanya ditentukanoleh Perbadanan, skim dan terma dan syarat perkhidmatan pekerjaKerajaan hendaklah terus terpakai bagi tiap-tiap orang yang diambilkerja oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1).

(4) Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubahsuaianyang perlu kepada skim dan terma dan syarat yang disebutkandalam subseksyen (3) bagi maksud menghapuskan kesulitan yangberbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.

Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaanhendaklah diambil kira

22. (1) Terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan hendaklahmengambil kira gaji dan terma dan syarat perkhidmatan, termasuklahapa-apa hak terakru untuk mendapat cuti, yang dinikmati olehorang itu ketika berada dalam penggajian Kerajaan sebelum memilihuntuk memasuki perkhidmatan Perbadanan; dan apa-apa terma dansyarat sedemikian yang berhubungan dengan tempoh perkhidmatandengan Perbadanan hendaklah membuat peruntukan bagi mengiktirafperkhidmatan dengan Kerajaan oleh orang yang membuat pilihanitu sebagai perkhidmatan dengan Perbadanan.

Page 22: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 61722

(2) Jika mana-mana orang dalam perkhidmatan Perbadanan yangkesnya tidak termasuk dalam ruang lingkup mana-mana skim pencenatau skim lain yang diwujudkan di bawah seksyen ini bersara ataumeninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Perbadanan ataudilepaskan daripada perkhidmatan itu, Perbadanan boleh memberinyaatau mana-mana orang lain yang ditanggung sepenuhnya atausebahagiannya oleh orang itu, sebagaimana yang difikirkan patutoleh Perbadanan, apa-apa elaun atau ganjaran sebagaimana yangditentukan oleh Perbadanan.

Pelantikan pekerja lain, ejen dan perunding

23. (1) Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat dibawah seksyen 24, Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa,melantik dan mengambil kerja atas apa-apa terma dan syarat yangdidapati patut oleh Perbadanan mana-mana pekerja lain yang perlubagi pentadbiran sepatutnya Akta ini dan Perundangan Harta Intelek.

(2) Perbadanan boleh melantik dan mengambil kerja perundingdan ejen untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukanapa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukanpada melaksanakan fungsinya atau bagi menjalankan maksud Aktaini dengan lebih baik.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan penggajian

24. (1) Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, membuatperaturan-peraturan berkenaan dengan penggajian pekerjaPerbadanan.

(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini bolehtermasuk peruntukan bagi—

(a) cara pelantikan, dan terma dan syarat perkhidmatan pekerjaPerbadanan; dan

(b) pembayaran ganjaran, pencen dan faedah lain kepadapekerja Perbadanan.

Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib

25. (1) Jika pada tarikh yang ditetapkan apa-apa prosiding tatatertibbelum selesai atau wujud terhadap mana-mana pekerja Kerajaanyang telah memilih untuk masuk ke dalam perkhidmatan Perbadanan,

Page 23: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 23

prosiding itu hendaklah diteruskan dan diselesaikan oleh Perbadanan,dan undang-undang yang terpakai bagi pekerja itu sebaik sebelumtarikh yang ditetapkan berhubung dengan prosiding itu hendaklahterpakai bagi prosiding yang diteruskan dan diselesaikan di bawahseksyen ini.

(2) Sesuatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat ataudiberikan oleh sesuatu pihak berkuasa tatatertib Perbadanan menurutseksyen ini hendaklah berkenaan dengan pekerja sedemikianmempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama dengan perintah,keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Pihak BerkuasaTatatertib, Lembaga Tatatertib atau Lembaga Rayuan Tatatertib,mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undangyang disebut dalam subseksyen (1).

(3) Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubahsuaianyang perlu kepada undang-undang yang disebut dalam subseksyen(1) dalam pemakaiannya kepada pekerja sedemikian bagi maksudmenghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukansubseksyen itu.

Perlindungan daripada liabiliti diri

26. Tiada guaman atau prosiding undang-undang lain boleh dibawaterhadap diri mana-mana anggota atau pekerja Perbadanan ataumana-mana orang lain di bawah arahan Perbadanan bagi apa-apayang dilakukan atau dimaksudkan untuk dilakukan dengan sucihati dalam pelaksanaan atau yang berupa sebagai pelaksanaan Aktaini atau mana-mana Perundangan Harta Intelek.

Pekhidmat awam

27. Semua anggota Perbadanan dan jawatankuasanya dan semuapekerja dan ejen Perbadanan semasa menunaikan kewajipannyasebagai anggota, pekerja atau ejen itu hendaklah disifatkan sebagaipekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaaan[Akta 574].

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

28. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaanatau prosiding terhadap Perbadanan atau terhadap mana-mana pekerja

Page 24: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 61724

atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaianatau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yangsedemikian atau atas sifatnya sebagai pegawai-pegawai yangdiperihalkan dalam Jadual Kedua.

BAHAGIAN V

KEWANGAN

Kumpulan Wang

29. (1) Suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai “KumpulanWang Harta Intelek” yang akan ditadbirkan dan dikawal olehPerbadanan ditubuhkan.

(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a) segala wang yang diterima oleh Perbadanan bagiperkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan kepadaKerajaan sebagai ejennya atau bagi perkhidmatan yangdiberikan oleh Perbadanan kepada mana-mana orang;

(b) segala wang yang diterima oleh Perbadanan melaluipemberian;

(c) segala wang yang diperoleh daripada pelupusan, pemajakanatau penyewaan, atau apa-apa urusan lain tentang, apa-apa harta yang terletak hak pada atau yang diperoleh olehPerbadanan;

(d) segala wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripadapelaburan oleh Perbadanan;

(e) segala wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawahAkta ini; dan

(f) segala wang lain yang diterima dengan sah oleh Perbadanan.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada KumpulanWang

30. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengansah oleh Perbadanan, termasuk fi dan kos guaman dan fidan kos lain, dan saraan pekerja Perbadanan, termasukpemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

Page 25: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 25

(b) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lainyang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnyaoleh Perbadanan dalam melaksanakan fungsinya ataumenjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

(c) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan bahan,memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, danmenjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalammelaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasa-kuasanyadi bawah Akta ini;

(d) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawahAkta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

(e) secara amnya, membayar apa-apa belanja bagimelaksanakan peruntukan Akta ini.

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

31. (1) Perbelanjaan Perbadanan setakat apa-apa amaun yangdibenarkan oleh Perbadanan bagi mana-mana satu tahun kewanganhendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2) Sebelum permulaan setiap tahun kewangan, suatu anggaranperbelanjaan bagi tahun kewangan yang berikutnya dalam apa-apabentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yangdiarahkan oleh Menteri hendaklah dikemukakan oleh Perbadanankepada Menteri untuk kelulusannya, dan Menteri hendaklah, sebelumpermulaan tahun kewangan yang berikutnya, memberitahuPerbadanan tentang amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan padaamnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalanperbelanjaan.

(3) Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepadaMenteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahunkewangan dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasukdalam anggaran tambahan itu.

Pemeliharaan Kumpulan Wang

32. Maka adalah menjadi kewajipan Perbadanan untuk memeliharaKumpulan Wang dengan melaksanakan, menjalankan danmenunaikan fungsi, kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini

Page 26: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 61726

dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlahhasil Perbadanan adalah mencukupi untuk membayar semua jumlahwang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaunhasilnya, termasuklah susut nilai dan bunga atas modal, dari setahunke setahun.

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

33. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Perbadanan.

Kuasa untuk meminjam

34. (1) Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusanterlebih dahulu Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam, padaapa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apaterma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnyasebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan,apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Perbadanan bagimemenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

(2) Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusanterlebih dahulu Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam wangdengan menerbitkan bon, debentur, saham debentur atau apa-apasekuriti lain atas apa-apa terma yang didapatinya suai manfaatbagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakanmana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

Pelaburan

35. Kumpulan Wang Perbadanan boleh, setakat yang wang itutidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawahAkta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang didapati patutoleh Perbadanan selepas berunding dengan Menteri.

Bayaran kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan

36. Perbadanan boleh atas arahan Kerajaan menyebabkan dibayarkepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan suatu amaun tidakmelebihi tiga puluh peratus daripada lebihan semasa tahunannyaselepas tahun ketiga pengendaliannya.

Page 27: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 27

BAHAGIAN VI

AM

Pemulaan pendakwaan

37. Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Aktaini boleh dimulakan kecuali melalui atau dengan kebenaran secarabertulis daripada Pendakwa Raya.

Prosiding yang dikendalikan oleh pegawai Perbadanan

38. Seseorang pegawai undang-undang sebagaimana yangditakrifkan dalam Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] atauseorang pegawai undang-undang Perbadanan yang telah diterimamasuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta ProfesionUndang-Undang 1976 [Akta 166] boleh hadir dalam mana-manaprosiding sivil yang melibatkan Perbadanan atau mana-mana orangyang memegang mana-mana jawatan yang ditetapkan dalam JadualKedua dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Perundangan HartaIntelek dan boleh membuat dan melakukan segala tindakan danpermohonan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Perbadananatau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kewajipan kerahsiaan

39. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta iniatau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawahmana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pekerja atauejen Perbadanan, sama ada dalam tempoh jawatannya atau tempohpenggajiannya atau selepas itu, dan tiada orang lain yang mempunyaiakses dengan apa-apa jua cara kepada apa-apa maklumat ataudokumen terkelas yang berhubungan dengan hal-ehwal Perbadananboleh memberikan atau selainnya mendedahkan maklumat ataudokumen itu kepada mana-mana orang.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukansuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihisatu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihitiga tahun atau kedua-duanya.

Page 28: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 61728

Kuasa Menteri untuk meminda Jadual Pertama dan Kedua

40. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,meminda Jadual Pertama dan Kedua.

Peraturan-peraturan

41. Menteri boleh, atas syor Perbadanan, membuat apa-apaperaturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan maksud-maksud Akta ini.

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 2]

1. Akta Cap Dagangan 1976 [Akta 175]

2. Akta Paten 1983 [Akta 291]

3. Akta Hakcipta 1987 [Akta 332]

4. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 [Akta 552]

5. Akta Reka Bentuk Susur Atur Litar Bersepadu 2000 [Akta 601]

6. Akta Petunjuk Geografi 2000 [Akta 602]

7. Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-Aktayang dinyatakan dalam butiran 1, 2, 3, 4, 5 dan 6

JADUAL KEDUA

[Seksyen 28 dan 38]

1. Pengerusi

2. Ketua Pengarah

3. Timbalan Ketua Pengarah

4. Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Paten

5. Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Cap Dagangan

6. Pengawal, Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal Hakcipta

7. Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Reka BentukPerindustrian

8. Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Petunjuk Geografi

Page 29: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 29

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 617

AKTA PERBADANAN HARTA INTELEKMALAYSIA 2002

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasayang meminda dari

—TIADA—

Page 30: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 617... · 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 617 atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah

Undang-Undang Malaysia AKTA 61730

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 617

AKTA PERBADANAN HARTA INTELEKMALAYSIA 2002

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasadari

—TIADA—

DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD,KUALA LUMPURBAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA