undang-undang kecil bangunan seragam 1984-fungsi lukisan

17

Upload: tajul-maulud

Post on 03-Jul-2015

316 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan
Page 2: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan
Page 3: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

Page 4: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

FUNGSI LUKISAN

Menjadi model bagi idea-idea pereka dan membantu menrasional dan menyelesai masalah dan konflik yang dijangka antara lukisan dan binaan sebenarIa menjadi alat menyampaikan hasrat pereka kepada kontraktor

Ia merekod apa yang telah dibuat

Ia mempunyai banyak fungsi – yang biasanya dipenuhi oleh lukisan-lukisan yang berlainan.

Page 5: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

Takrif

“orang berkelayakan” ertinya seseorang arkitek, pelukis pelan bangunan atau jurutera berdaftar; “orang yang mengemukakan” ertinya seseorang berkelayakan yang mengemukakan pelan-pelan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk diluluskan; “Pelan susunatur” ertinya sesuatu pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan yang kompeten; “pelan yang diluluskan” ertinya pelan bagi sesuatu bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984;

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

Page 6: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

Semua pelan bangunan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan untuk diluluskan, hendaklah:- (a) didepositkan di pejabat pihak berkuasa tempatan bersama dengan fee yang ditetapkan bagi pengemukaan pelan-pelan itu (b) mengandungi suatu pernyataan yang menunjukkan maksud bangunan yang dikemukakan pelannya itu hendak didiri dan digunakan; (c) mengandungi perakuan orang-orang berkelayakan itu bersama dengan Borang A sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini yang baginya mereka masing-masing bertanggungjawab; dan 

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

 Tiap-tiap pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah dikemukakan oleh orang berkelayakan.

KEHENDAK PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

Page 7: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

(1) Semua pelan bangunan hendaklah didepositkan dalam tiga salinan atau dalam seberapa banyak salinan yang dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan. (2) Satu set pelan-pelan itu hendaklah dibuat atas linen atau bahan lain yang tahan dipakai dan tahan lama dan set ini bersama dengan satu set lagi, hendaklah disimpan oleh pihak berkuasa tempatan dan set ketiga hendaklah dikembalikan setelah diluluskan. 

KEHENDAK PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

Page 8: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

 (3) Jika pelan-pelan itu tidak diluluskan, satu set pelan-pelan itu hendaklah dikembalikan dengan suatu pernyataan menerangkan sebab-sebab ia tidak diluluskan. (4) Tiada apa-apa pun dalam undang-undang kecil ini boleh melarang set tambahan pelan-pelan didepositkan jika difikirkan bahawa dengan berbuat demikian kerja pihak berkuasa tempatan boleh dipercepatkan

KEHENDAK PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

Page 9: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

Semua pelan hendaklah dilukiskan mengikut skel-skel berikut: (a) pelan tapak - tidak kurang daripada 1 : 1000. (b) pelan-pelan punca atau tempat.  - apa-apa skel yang sesuai . (c) semua pelan bangunan am yang lain - tidak kurang daripada 1 : 100 kecuali dalam hal-hal tertentu di mana saiz bangunan itu menyebabkan lukisan mengikut skel ini tidak praktik dimuatkan dalam had saiz kertas itu atau apabila ukuran lukisan itu tidak sesuai, pihak berkuasa tempatan boleh menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan pelan-pelan itu dikemukakan mengikut skel yang lebih kecil tetapi bagaimanapun skel itu tidak boleh kurang daripada 1 = 200.  

KEHENDAK PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

Page 10: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

Semua pelan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah, melainkan tidak berkenaan, mengandungi yang berikut:-

PELAN TAPAK

-tapak lot bangunan yang dicadangkan itu bersama dengan nombor lot dan nombor seksyennya

-jalan masuk ke tapak itu dari jalan dan mana-mana jalan itu

-jaraknya daripada tengah dan tepi jalan yang ditunjukkan dengan terang atas salah satu daripada pelan-pelan itu

-jika dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan dimensi lot itu;

KANDUNGAN YANG PERLU ADA PADA LUKISAN UTAMA

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

Page 11: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

PELAN TAPAK

-garisan-garisan lengkap bagi saliran air permukaan dan air kotor dan takat kadar alir parit-parit yang dicadangkan itu dengan sempadan-sempadan

-skel, titik Utara dan nombor-nombor lot atau bangunan yang bersampingan

-dimensi kelegaan di antara bangunan yang dicadangkan itu dengan sempadan-sempadan

-semua garis pelarasan tanah atau bangunan yang dicadangkan untuk membaikkan jalan, sungai atau saliran dan yang seumpamanya, jika berkenaan, menunjukkan lebar jalan baharu atau jalan baharu yang dicadangkan itu serta sambungannya dengan jalan awam yang berhampiran sekali

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

Page 12: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

suatu pelan lantai bagi tiap-tiap tingkat kecuali apabila tingkat-tingkat lain itu adalah bersamaan atau serupa, yang mengandungi maklumat berikut:-

PELAN LANTAI

-dimensi berangka mengenai panjang dan lebar bangunan itu dan bilik-biliknya dan ketebalan dinding-dindingnya

-dimensi berangka mengenai ruang buka semua pintu dan tingkap, kawasan telaga udara yang mendapat cahaya matahari, kawasan belakang dan ruang-ruang terbuka bangunan itu

-dimensi berangka di antara dinding-dinding, tembok-tembok sambut dan tiang-tiang besi di atas pelan asas tapak bangunan itu

-garisan saliran kekal tapak itu dengan anak-anak panah yang menunjukkan arah alirannya, parit-parit yang ke dalamnya ia disalur keluar dan saiz parit-parit itu

-nama dan kegunaan bilik-bilik.

Page 13: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

muka-muka keratan lintang, membujur dan muka-muka keratan lain untuk mengambarkan dengan nyata binaan bangunan itu dan menunjukkan:-

KERATAN

-paras tanah yang sedia ada dan paras tanah baharu yang dicadangkan jika paras tapak itu hendak ditinggi atau direndahkan

-paras jalan, parit sisi jalan dan jalan kaki lima (jika bangunan itu bersempadanan dengan jalan)

-lebar dan dalamnya asas tapak dan ketebalan dinding, dinding sekat dan lantainya

-tingginya tingkat, tangga, pintu, tingkap dan lubang pengudaraannya

-saiz, tempat letak dan arah gelegar lantai dan rasuk dan binaan bumbungnya; dan

-bahan-bahan yang hendak digunakan dalam pembinaan struktur itu.

Page 14: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

tampak depan, belakang dan sisi yang menunjukkan:-

TAMPAK

-paras lorong jalan kaki, jalan kaki lima, jalan yang bersimpangan dan paras bahagian sama yang dicadangkan

-sebahagian daripada tampak bangunan bersampingan yang sedia ada menunjukkan paras lantai, kepala tembok utama, parapet dan tinggi berandanya

-bahan-bahan yang dicadangkan untuk dinding, tingkap dan bumbung, jika berkenaan dan boleh dilihat

Page 15: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

PELAN KUNCIPELAN LOKASIPELAN TAPAKPELAN LANTAIPELAN TAMPAKPELAN KERATANPELAN BUMBUNGPELAN ELEKTRIKALLUKISAN PERINCIANLUKISAN SANITARIJADUAL PINTU & TINGKAP

SENARAI LUKISAN UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN PBT

Page 16: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

SEKIAN

Page 17: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984-Fungsi Lukisan

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

ORANG YANG BERKELAYAKAN

ORANG YANG MENGEMUKAKAN

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TAKRIF BERIKUT?

2. NYATAKAN EMPAT KEHENDAK YANG PERLU ADA PADA LUKISAN PELAN TAPAK