undang undang islam

43
Pendahuluan Perundangan Islam atau syariah adalah perundangan wahyu yang bersumberkan al-Qur an dan as-Sunnah. Ada bahagian-bahagian perundangan itu diperuntukkan dengan terperinci dan ada yang ringkas dan umum yang memerlukan huraian, tafsiran dan ijtihad. Secara umum, terdapat tiga bentuk undang-undang Islam iaitu undang- undang jenayah, undang-undang muamalat dan undang-undang keluarga Islam. Perbincangan ini hanya melibatkan satu bentuk undang-undang Islam iaitu undang-undang jenayah. Secara umum, jenayah ialah melakukan perbuatan yang ditegah atau meninggalkan perkara-perkara yang diperintah untuk dilakukan oleh syarak dengan disertakan amaran hukuman hudud, qisas dan takzir. Ia meliputi setiap kegiatan manusia dalam hubungannya sesama manusia, termasuk keluarga dan diri sendiri hablum min al-Nas” dan menyentuh perlanggaran terhadap suruhan Allah “hablum min Allah” yang berhubung dengan hak Allah seperti meninggalkan sembahyang, murtad dan sebagainya. Menurut Ahmad Fathi Bahnasi (1983: 249), kesalahan dan hukuman yang dinaskan dalam al-Qur an dan as-Sunnah ditentukan sebagai hudud dan qisas. Pada prinsipnya hukuman tersebut tidak boleh diubah atau dipinda oleh pemerintah atau hakim. Berlainan dengan takzir yang mana hukumannya tidak dinaskan, pemerintah boleh menentukan jenis-jenis kesalahan dengan kadar hukuman dan hakim pula ada pilihan dalam menjatuhkan hukuman dan hak mereka sebagai penyempurnaan. Tambah beliau lagi, tujuan ditentukan hudud dan qisas pada amnya adalah untuk menjaga maslahah yang dikehendaki oleh syarak, iaitu untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, harta dan keselamatan negara. Ditetapkan hukuman qisas adalah untuk memelihara nyawa dan diri manusia, hukuman hadd ke atas 1

Upload: zaba

Post on 02-Jul-2015

1.223 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Pendahuluan

Perundangan Islam atau syariah adalah perundangan wahyu yang bersumberkan

al-Qur’an dan as-Sunnah. Ada bahagian-bahagian perundangan itu diperuntukkan dengan

terperinci dan ada yang ringkas dan umum yang memerlukan huraian, tafsiran dan ijtihad.

Secara umum, terdapat tiga bentuk undang-undang Islam iaitu undang-undang jenayah,

undang-undang muamalat dan undang-undang keluarga Islam.

Perbincangan ini hanya melibatkan satu bentuk undang-undang Islam iaitu

undang-undang jenayah. Secara umum, jenayah ialah melakukan perbuatan yang ditegah

atau meninggalkan perkara-perkara yang diperintah untuk dilakukan oleh syarak dengan

disertakan amaran hukuman hudud, qisas dan takzir. Ia meliputi setiap kegiatan manusia

dalam hubungannya sesama manusia, termasuk keluarga dan diri sendiri “hablum min al-

Nas” dan menyentuh perlanggaran terhadap suruhan Allah “hablum min Allah” yang

berhubung dengan hak Allah seperti meninggalkan sembahyang, murtad dan sebagainya.

Menurut Ahmad Fathi Bahnasi (1983: 249), kesalahan dan hukuman yang

dinaskan dalam al-Qur’an dan as-Sunnah ditentukan sebagai hudud dan qisas. Pada

prinsipnya hukuman tersebut tidak boleh diubah atau dipinda oleh pemerintah atau

hakim. Berlainan dengan takzir yang mana hukumannya tidak dinaskan, pemerintah

boleh menentukan jenis-jenis kesalahan dengan kadar hukuman dan hakim pula ada

pilihan dalam menjatuhkan hukuman dan hak mereka sebagai penyempurnaan.

Tambah beliau lagi, tujuan ditentukan hudud dan qisas pada amnya adalah untuk

menjaga “maslahah” yang dikehendaki oleh syarak, iaitu untuk menjaga agama, nyawa,

akal, keturunan, harta dan keselamatan negara. Ditetapkan hukuman qisas adalah untuk

memelihara nyawa dan diri manusia, hukuman hadd ke atas pemunum arak adalah untuk

menjaga akal, dinaskan hadd zina adalah untuk memelihara keturunan, dinaskan hadd

curi dan rompak adalah untuk mengawal nyawa dan harta dan dinaskan hadd murtad

untuk mempertahankan dan menjaga kesucian agama Islam. Berdasarkan kepada hakikat

1

inilah Undang-Undang Jenayah Islam memperuntukkan hukuman yang setimpal dengan

jenayah yang dilakukan dengan tujuan untuk menjaga kepentingan masyarakat semata-

mata. Diharuskan hukuman bertujuan untuk menjaga keamanan negara.

Hukuman qisas dan hudud dilaksanakan kerana hukuman denda atau penjara

sahaja tidak dapat menyekat dorongan seseorang untuk melakukan jenayah tersebut.

Seseorang mungkin sanggup melakukan sesuatu jenayah sama ada untuk memuaskan

perasaan marah atau sebagainya, kerana hukuman yang diterima tidak setimpal dan

seberat kesalahan yang dibuat. Akan tetapi dengan adanya hukuman qisas dan hudud

tentu akan dapat menjadi penghalang yang kuat dan berkesan dalam membanteras

jenayah ini.

2

1.0 Undang-Undang Islam Untuk Semua Manusia.

Terdapat tiga bentuk atau bahagian jenayah dalam Islam iaitu Hudud, Qisas dan

takzir. Setiap bahagian ada hukuman-hukumannya yang telah diberi panduan oleh syarak

dan dihuraikan oleh ulama’. Perbezaan antara satu bahagian jenayah dengan jenayah

yang lain ialah nas syarak, dan tafsiran ulama mengenainya. Hukuman itu ada kalanya

dikenakan hudud, qisas, kaffarah, diyah atau takzir.

1.1 Pengertian jenayah

Jenayah dalam Bahasa Arab ialah jarimah atau jinayah. Perkataan jarimah

berasal daripada kata kerja jarama, yajrimu, yang bererti berdosa, memperoleh dan

memotong. Perkataan jinayah pula berasal daripada kata kerja jana, yajni, yang

bermaksud berdosa dan memungut buah-buahan.

Dari segi istilah pula, terdapat satu definisi yang jelas daripada al-Mawardi dalam Alwi

Hj Abdul Rahman (2003; 27) , iaitu

“Jenayah ialah pelanggaran batas-batas yang ditetapkan oleh Syari’at Islam

yang dihukum oleh Allah dengan hukuman hadd atau ta’zir”.

Definisi di atas menjelaskan bahawa pelanggaran batas-batas yang ditetapkan

oleh syari’at Islam adalah meliputi melakukan sesuatu larangan secara positif dan juga

tidak melakukan sesuatu perintah dengan secara yang negatif . Menurut ‘Abd al-Qadir

‘Awdah dalam Alwi hj Abdul Rahman (2003:28), hukuman hadd yang dimaksudkan

dalam definisi sebagai hukuman yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh syari’at Islam

melalui nas-nas daripada al-Qur’an dan hadith, tidak ada batas minimum ataupun

maksimumnya. Sementara hukuman ta’zir ialah hukuman selain hukuman hudud dan

qiyas, yang mempunyai bataas minimum dan maksimumnya. Penentuannya terserah pada

budi bicara pemerintah mengikut keadaan pesalah (penjenayah).

3

Tambah “Abd al-Qadir ‘Awdah lagi, berdasarkan definisi tersebut, pelanggaran

batas-batas yang ditetapkan oleh syari’at Islam tidak dikira sebagai jenayah jika tidak

ditetapkan hukuman balas yang sepatutnya dikenakan ke atas penjenayah.

Kesimpulannya, jenayah ialah perbuatan yang melanggar undang-undang atau lebih tepat

lagi ialah perbuatan yang menjejaskan keamanan dan kesejahteraan masyarakat umum

dan menyebabkan pelakunya dihukum bersalah dan akan mendapat pembalasan.

1.2 Pengertian Jenayah Hudud

Perkataan hudud diulangi beberapakan kali di dalam al-Qur’an, diantaranya dalam

surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud,

“ Demikian itulah hudud Allah maka janganlah kamu melangarnya”

Menurut Ahmad Fathi Bahnasi (1983: 123-223), hudud adalah perkataan ganda

(jamak) daripada hadd. Dari segi bahasa ia bererti sekatan, memisahkan, menahan dan

mencegah. Dari segi istilah syarak, hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang ditetapkan,

yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T., yang dimaksudkan dengan “yang

ditetapkan” ialah hukumannya telah ditetapkan oleh syarak tentang kadar dan jenisnya.

Pemerintah atau hakim tidak boleh meminda atau mengubahnya apabila cukup syarat-

syarat pelaksanaannya. Maksud “hak Allah SWT” ialah keseksaan ini diwajibkan untuk

menjaga kepentingan umum.

Mahfodz Mohammad juga berpendapat hudud berasal daripada kata majmuk

hadd. Malah tambah beliau, jenayah hudud ialah kesalahan yang dikenakan hukuman

hudud. Kesalahan yang dimaksudkan ialah kesalahan terhadap Allah kerana perbuatan ini

menyentuh kepentingan masyarakat umum iaitu menjejaskan ketenteraman keselamatan

orang ramai dan hukumannya pula memberi kebaikan kepada mereka. Di samping itu,

kesalahan ini tidak dapat diampunkan oleh manusia sama ada mangsa jenayah sendiri,

warisnya ataupun masyarakat umum.

4

Kesalahan dalam bahaguan jenayah hudud ini terdiri daripada tujuh kesalahan

yang telah ditetapkan sebagaimana juga hukumannya (Mat Saad Abd Rahman,1989:10-

11) seperti yang berikut:- jenayah zina, Jenayah tuduh berzina tanpa empat saksi, Jenayah

minum arak atau yang memabukkan, Jenayah curi, Jenayah rompak, Jenayah murtad, dan

Jenayah penderhakaan terhadap pemerintah Islam yang adil.

1.3 Pengertian Jenayah Qisas

Menurut Ahmad Fathi Bahnasi (1983), qisas dari segi bahasa ialah persamaan.

Manakala dari segi syarak ialah keseksaan yang sama dan kesalahan terhadap bunuh dan

kecederaan anggota dengan sengaja. Menurut Mahfodz Mohamad dan Abd al-Qadir

‘Awdah dalam Alwi Hj Abdul Rahman (2003: 30) ‘berpendapat jenayah qisas ialah

kesalahan yang dikenakan hukuman qisas atau diyah. Kesalahan dalam bahagian jenayah

ini dianggap sebagai kesalahan terhadap hak manusia atau hak individu iaitu mangsa

jenayah ataupun warisnya berhak menuntut supaya pesalah dihukum atau diampun.

Kesalahan yang termasuk dalam bahagian jenayah qisas ini merangkumi

(Mahfodz Mohammad dalam Alwi Hj Abdul Rahman,2003; 30):-

a) Jenayah pembunuhan

b) Jenayah Kecederaan

c) Jenayah penguguran janin

Hukuman ini dinaskan dalam al-Qur’an dan Sunnah. Terdapat perbezaan pendapat dalam

cara pelaksanaan hukuman ke atas pesalah jenayah ini. Syarat-syarat yang ketat

dikenakan dalam pelaksanaan qisas pada anggota. Jika tidak dapat dilaksanakan qisas

maka hendaklah dikenakan diyah. Termasuk juga dalam bahagian jenayaj ke atas jenayah

sihir, jenayah racun dan jenayah bubuh diri.

5

1.4 Pengertian Jenayah Ta’zir

Ta’zir menurut pendapat Ahmad Fathi Bahnasi (1983:129-134) ialah hukuman

atau balasan yang dikenakan ke atas kesalahan, termasuk maksiat dan mencuaikan

kewajipan, yang tidak ditetapkan hukumannya oleh syarat; atau hukuman yang dikenakan

ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan hukumannya, tetapi tidak

mencukupi syarat bagi menjatuhkan hukuman tersebut. Oleh itu pemerintah boleh

menentukan kadar hukuman ta’zir dengan mengadakan undang-undang ke atas kesalahan

ini, sama ada kesalahan jenayah atau awam, dengan tujuan untuk memelihara

keselamatan, ketenteraman dan maslahah awam.

Beberapa ciri hukuman ta’zir iaitu:-

i. Berlainan dengan hukuman hudud, hukuman ta’zir boleh diminta syafaat dan

kemaafan daripada pemerintah.

ii. Dalam hukuman ta’zir, pertimbangan khas boleh diberi kepada “orang yang

berkenaan” dengan membezakan hukuman antara mereka kerana sebab-sebab

tertentu.

iii. Kerosakan yang berlaku akibat hukuman ta’zir boleh dikenakan ganti rugi.

Hukuman ta’zir berbeza dari segi cara dan kadarnya berdasarkan kecil dan besar

kesalahan yang dilakukan. Hukuman itu dalam berbagai bentuk-tidak terbatas kepada

sebat, penjara dan buang negeri bahkan termasuk juga penghinaan, cacian dan

seumpamanya. Jumhur ulama tidak mengharuskan demikian. Dalam keadaan ini wang

denda tersebut hendaklah dibelanjakan kepada apa yang difikirkan sesuai. Ulama juga

berbeza pendapat mengenai hukuman maksimum ke atas kesalahan ta’zir.

6

1.5 Konsep Masyarakat Majmuk

Perkataan “majmuk” adalah pinjaman daripada perkataan Arab iaitu pada asalnya

dari perkataan “majmu’” yang bermaksud sejumlah benda atau barang yang dikumpul.

Menurut Kamus Dewan edisi baru (1992:786), perkataan “majmuk” diertikan sebagai

terdiri atau terbentuk daripada beberapa bahagian dan sebagainya tetapi merupakan

kesatuan. Oleh itu, ungkapan masyarakat majmuk ditakrifkan sebagai masyarakat yang

terdiri daripada beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa.

Masyarakat majmuk juga dikatakan sebagai masyarakat yang berbilang kaum,

kebudayaan, agama dan bahasa. Menurut J.S.Furnivall ianya merupakan satu keadaan di

mana kaum-kaum di dalam sesebuah negara itu “bercampur tetapi tidak bersatu”.

(J.S.Furnivall, 1948:304)

Di Malaysia, konteks masyarakat majmuk adalah meluas yang terdiri daripada

berbilang kaum atau etnik, malah setiap kaum mempunyai latarbelakang kepercayaan dan

kebudayaan yang berbeza, berkongsi mendiami sebuah negara dan menjadi rakyatnya.

Hal ini kerana ianya diikat oleh kepentingan bersama di dalam pelbagai bidang

khususnya politik, ekonomi, dan pendidikan, sama-sama berusaha bagi mengekalkan

kestabilan negara dari pelbagai sudut serta mempertahankan keselamatannya. Firman

Allah SWT dalam surah Hujurat ayat 13 yang bermaksud,

“ Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-

laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan

bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang

yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang paling

bertaqwa di antara kamu”.

7

Menurut pandangan sebahagian penulis politik Islam yang dinyatakan oleh Mat

Saad Abdul Rahman (2006:29), rakyat bagi sebuah negara majmuk terbahagi kepada

rakyat Islam dan bukan Islam. Ini dapat dicontohi dengan negara Madinah yang didiami

oleh orang-orang Islam dan bukan Islam. Rakyat Islam dikenali sebagai muslim atau

muslimun dan rakyat bukan Islam dikenali sebagai dhimmi atau ahl al-dhimmah.

Sementara golongan pendatang pula dikenali sebagai musta’min atau musta’minun.

Masing-masing mengakui kedaulatan negara dan undang-undang, Rasulullah SAW

adalah ketua negara yang menghakimi sebagarang perbalahan di antara mereka,

mentadbir urusan negara dan rakyat serta mengetuai angkatan tentera.

Kafir dhimmi ialah orang bukan Islam yang telah membuat perjanjian dengan ketua

negara Islam atau naibnya untuk tinggal selama-lamanya di dalam negara Islam. Kafir

musta’min ialah orang bukan Islam yang telah diberi kebenaran tinggal sementara di

negara Islam setelah mendapat kebenaran daripada pemerintah Islam. Ulama’-ulama’

Islam juga membahagikan orang bukan Islam kepada kafir mu’ahad dan kafir harbi.

Kafir mu’ahad ialah kafir yang membuat perjanjian perdamaian dengan kerajaan Islam

untuk tidak berperang dengan kerajaan Islam dalam masa-masa tertentu. Perjanjian

perdamaian yang dibuat ini adalah sama ada semasa berlakunya peperangan ayai tidak.

Contohnya ialah kafir Quraysh yang membuat perdamauan Hudaibiyah dengan

Rasulullah SAW di Mekah. Manakala kafir harbi ialah kafir yang tidak ada keamanan

bagi diri dan harta bendanya berbanding dengan warganegara Islam. Kafir ini adalah

warganegara Harbi, iaitu negara bukan Islam yang tidak ada perjanjian perdamaian

dengan negara Islam.

Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Hujurat ayat 13 menjelaskan

undang-undang Islam tidak memusuhi orang-orang bukan Islam walaupun orang-orang

bukan Islam memusuhi undang-undang Islam. Hal ini kerana Islam tetap mempercayai

bahawa pelaksanaan undang-undang Islam adalah sesuai bagi memberi kebebasan,

keadilan dan keamanan bagi seluruh umat manusia sama ada beragama Islam atau bukan

Islam.

8

2.0 Kesesuaian undang- undang Islam dalam masyarakat majmuk

2.1 Pendahuluan

Sumber sesuatu undang- undang, dalam mana- mana masyarakat ialah pertamanya,

kesedaran anggota masyarakat itu tentang perlunya suatu sistem perundangan yang

mengikat. Kemudian barulah wujud persetujuan dalam masyarakat itu tentang bentuk

perwakilan yang daripadanya akan timbul pihak berkuasa untuk memenuhi keperluan

bagi sesuatu sistem undang- undang, bagi membincangkan persoalan awam dan membuat

undang- undang (Said Ramadan,1990:1)

Islam adalah agama yang merangkumi prinsip,hukum, sejarah dan tradisi.

Elemen-elemen ini merupakan komponen utama yang mencorak kehidupan keagamaan

sesebuah masyarakat Islam. Umumnya, prinsip- prinsip serta hukum agama dilahirkan

dari sumber wahyu ilahi, iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Sejarah dan

tradisi keagamaan di dalam pengalaman umat Islam pula, dari sejak zaman Nabi

Muhammad s.a.w sehinggalah ke hari ini, menunjukkan keanjalan Islam dan bagaimana

masyarakat Islam terdahulu berusaha mengharmoniskan di antara keperluan keagamaan

dan keadaan kehidupan mereka yang berubah- ubah.

Sebagaimana firman Allah s.w.t :

36. dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.

( al- isra’: 36)

Sejak Allah s.w.t menjadikan manusia di dunia yang luas terbentang ini, kita

dapat memerhati dan mengamati bahawa manusia sentiasa mencari keperluan asasinya

seperti makan,minum,tempat tinggal, pakaian, rawatan tubuh badan dan sebagainya, dan

9

juga kehendak rohaninya seperti selamat sejahtera di dunia mahupun di akhirat kelak.

Jika dibiarkan mereka hidup tanpa undang- undang atau peraturan, sudah tentu berlakulah

huru- hara dan kezaliman yang dasyat. Kehidupan manusia akan menjadi gelap dan sukar

sama seperti haiwan, tiap- tiap orang tidak memperdulikan orang lain, dan satu golongan

tidak menaruh belas kasihan terhadap golongan yang lain. Nilai keadilan hanya

ditafsirkan dengan keperluan peribadi dan suku sakat, dan seterusnya hal- hal kebajikan

dilaksanakan menurut selera nafsu masing- masing.

Demikianlah gambaran secara kasar atau fenomena tanpa undang- undang dan

peraturan yang mengikat manusia di antara satu sama lain. Keadaan ini mencabar nilai-

nilai semulajadi, iaitu Allah menjadikan manusia untuk mencari kepentingan bersama

iaitu manusia wajib hidup saling bantu- membantu.

Allah s.w.t menjadikan Adam dan Hawa, dan daripada kedua- duanya itu lahirlah

berbagai- bagai bangsa dan suku atau puak, untuk berkenalan dan bekerjasama di antara

satu sama lain. Oleh itu, Allah s.w.t telah menetapkan perlunya syariat dan undang-

undang yang mengatur kehidupan bersama, agar kehidupan manusia menjadi senang,

selesa, aman dan sejahtera. Allah berfirman :

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

(surah al-hujurat: 13)

2.2 Undang- Undang Ciptaan Manusia

10

Undang- undang ciptaan manusia mempunyai dua bahagian, iaitu

undang- undang umum dan undang- undang khusus. Pihak berkuasa

dalam sesebuah Negara melalui majlis perundangannya membuat

prinsip- prinsip perundangan bagi mengatur undang- undang dalam

negeri supaya ia selaras dengan ideologi atau falsafah masing-

masing. Negara komunis mengikut falsafah komunismenya dan Negara

kapitalis mengikut falsafah kapitalismenya.

Di Malaysia, dewan rakyat (parlimen) dan dewan Negara

( senat ) adalah pihak berkuasa yang berhak membuat akta dan

undang- undang, dan kedua- dua dewan ini menjadi sumber

perundangan di Negara ini. Pada dasarnya, undang- undang ciptaan

manusia digubal dan dicipta oleh fikiran manusia yang tinggal dalam

sebuah masyarakat atau Negara. Oleh itu, undang- undang ciptaan

manusia bolehlah ditakrifkan sebagai undang- undang yang dipilih oleh

satu bangsa untuk dilaksanakan dalam pentadbiran orang ramai

dengan tujuan untuk menyusun kehidupan mereka

2.3 Ciri-Ciri Keistimewaan Syariat Islam

Syariat Islam dianggap paling kaya dan paling sempurna bagi memenuhi keperluan

manusia dalam semua bidang kehidupan, seperti mana yang telah diterangkan di dalam

buku al-tashri’ al-Islami, terdapat 8 ciri istimewa syariat Islam. Antaranya ialah:

1) Ia sanggup mengisi keperluan tiap- tiap insan dari segi jasmani dan rohani secara

sederhana dan sepadu tanpa melampaui batas di antara satu sama lain.

2) Ia mudah dan tidak membebankan. Firman Allah s.w.t:

11

185 Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu

menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan

Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya,

dan supaya kamu bersyukur.

Abu hurairah meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa seorang arab

badawi memasuki masjid untuk menunaikan sembahyang, kemudian

dia membuang air kecil dalam kawasan masjid, lalu ahli masjid

berkerumun hendak memukulnya kerana kelakuannya yang biadap itu,

tetapi tiba- tiba Nabi melarang mereka mengambil tindakan tersebut.

Baginda berkata : “ sesungguhnya kamu dibangkitkan dengan

kemudahan bukan dengan kesukaran, curahkanlah sebaldi air ke

tempat air kencing itu”. Para fuqaha menganggap tindakan Nabi itu

merupakan satu daripada dasar kemudahan dalam Islam yang banyak

diamalkan dalam hukum syarak. Hukum ini, antara lain memberikan

kemudahan meninggalkan ibadat puasa kepada pesakit dan para

musafir pada bulan Ramadhan dan sebagainya.

3) Sedikit kewajipan dan mudah memahaminya. Ada seorang arab

badawi yang berjumpa Nabi untuk memeluk agama Islam, lalu

baginda mengajarnya perkara – perkara yang penting mengenai

Islam, terutama tentang halal dan haram dalam satu kursus

sahaja. Kemudian beliau berjanji mematuhinya. Maka baginda

berkata : “ dia berjaya jika dia benar”. Di antara perkara yang

menyokong dasar seperti ini ialah sabda baginda yang

bermaksud, “ sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa

keperluan, maka janganlah kamu menetapkan beberapa

sempadan, maka janganlah kamu mencerobohinya dan 12

seterusnya diharamkan beberapa perkara, maka janganlah

kamu menodainya dan akhirnya didiamkan beberapa perkara

semata- mata kerana kasihan kepada kamu tanpa melupainya,

maka janganlah kamu menghalusinya.

4) Tentang matlamat hukum- hukum syarak, baik yang mengenai

hal- hal perseorangan, perkara sivil,politik, perang mahupun

damai, adalah untuk mengawal sifat- sifat terpuji, seperti

kebenaran, keadilan, kejujuran, amanah dalam sebarang

kontrak, kerahmatan, dan belas kasihan.

5) Seluruh hukum Islam ditegakkan di atas dasar persamaan, maka

hendaklah dijalankan hukuman itu ke atas tiap- tiap orang

perseorangan dan kumpulan tanpa memandang perbezaan dan

kedudukan masing- masing. Semuanya mesti tunduk di bawah

hukum Allah s.w.t.

6) Syariat Islam mempunyai kaedah – kaedah kulliyah dan dasar-

dasar umum yang boleh diamalkan dalam segala zaman dan

keadaan mengenai apa sahaja persoalan baharu yang muncul

dari masa ke semasa dalam masyarakat. Ini dapat dijalankan

oleh ahli- ahli ijtihad umat Islam.

7) Islam menganggap ‘urf’ sebagai satu daripada dasar

perundangan apabila ia tidak bertentangan dengan ‘ijmak’ atau

satu daripada nas syarak yang tetap (qat’).

8) Syariat Islam adalah serasi dengan akal fikiran yang sempurna.

Ia mempunyai kerahmatan, kebijaksanaan, dan kenikmatan

(Mohd Azam Hamzah, 90-91)

Justeru, bagaimana yang dikatakan dengan kesesuaian undang-

undang Islam dalam masyarakat majmuk ialah kita mengaplikasikan

syariat Islam dalam masyarakat yang berbilang kaum dan pelbagai

agama. sebagai contoh pelaksanaan hukuman hudud,qisas yang

13

diamalkan pada zaman Rasulullah s.a.w sangat berkesan. Walaupun

nampak kejam, tetapi bilangan jenayah kurang kerana rakyat tahu

bahawasanya pelaksanaan hukuman Islam itu akan membuatkan

pesalah itu benar- benar menyesal.

Di samping itu, hukuman hudud hanya akan dijalankan apabila pesalah

betul- betul didapati bersalah. Jika dia mencuri kerana mahu member

makan kepada keluarganya kerana kemiskinan, maka pelaksanaan

hukum hudud itu tidak akan dilaksanakan.

Oleh itu, sekiranya hukuman pada zaman Rasulullah s.a.w

dilaksanakan pada hari ini, masyarakat akan menjadi takut untuk

melakukan kesalahan, dan ini juga adalah bertindak sebagai

pengajaran kepada orang lain, kerana hukuman terhadap pesalah akan

dijalankan di khalayak ramai.

3.0 Keadilan Undang-Undang Islam Dalam Masyarakat Majmuk

Keadilan adalah asas yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila

melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat

terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran

yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah s.a.w sewaktu mengembangkan

agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada

budaya di zaman itu.

Dalam pemerintahan berteraskan wahyu, keadilan menjadi asas yang paling

utama dan ia dibawa oleh seluruh risalah ketuhanan semenjak dari zaman Nabi Adam a.s

hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Allah SWT telah menjelaskannya dalam Al-

Quran :

14

(Al-Quran, Al-Hadiid:25)

Mafhumnya: “Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan”.

Prinsip utama keadilan dalam undang-undang Islam berdasarkan kepada sikap

saling hormat menghormati di antara sesama manusia , yang mana masyarakat yang adil

bererti masyarakat yang menjaga taraf dan memperolehi kehormatan serta melalui

berbagai-bagai peraturan kemasyarakatan yang menjadi kepentingan bersama.

(A.Rahman I.Doi 1992:7)

Firman Allah swt lagi :

(Al-Quran, An-Nisaa’:135)

Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”.

Dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kepada berlaku adil dalam

setiap aspek kehidupan. Termasuk juga tuntutan berlaku adil ini dalam sistem

perundangan Islam. Rasulullah s.a.w menjalankan sistem pemerintahan di Negara Islam

Madinah juga terdapat masyarakat yang berbilang bangsa dan pegangan. Cara mentadbir

15

masyarakat majmuk Madinah yang terdiri daripada orang-orang Muhajirin dan Ansar

serta Yahudi dan Nasrani telah ditentukan oleh perlembagaann atau Sahifah Madinah

(Piagam Madinah). Orang Yahudi dan Nasrani selama mana mereka tinggal di Madinah,

tidak pernah dipaksa oleh Rasulullah saw untuk memeluk agama Islam. Sepertimana

firman ALLAH SWT:

(Al-Quran, Al-Baqorah:256)

Mafhumnya: “ Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)”.

Namun mereka ini tetap terikat dengan ketetapan undang-undang Islam. Hal ini

kerana mereka ini telah memeterai perjanjian zimmah atau perjanjian aman yang

menjadikan mereka berhak mendapat perlindungan oleh kerajaan Islam di bawah

peruntukan undang-undang Islam di Madinah ketika itu. Selain itu, mereka juga masing-

masing mengakui kedaulatan negara dan undang-undang, Rasulullah s.a.w adalah ketua

Negara, mentadbir urusan negara dan rakyat serta mengetuai angkatan tentera (Mat Saad

Abd Rahman 2006:30).

Dalam bidang jenayah, undang -undang Islam mewajibkan pelaksanaanya

meliputi orang Islam dan orang bukan Islam. Ini kerana Islam menganggap bahawa

kesalahan jenayah melibatkan individu, masyarakat dan negara. Oleh itu ia mestilah

dipatuhi oleh semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama (Abu Bakar Abdullah

1986:222). Dalam perbincangan ini, kita akan melihat keadilan undang-undang Islam

dalam masyarakat majmuk dari sudut Undang-undang Jenayah Hudud dan Undang-

undang Jenayah Qisas berserta beberapa contoh berkaitan.

Secara umumnya, setiap orang Islam dan orang bukan Islam yang tinggal di

negara Islam adalah tertakluk di bawah bidang kuasa undang-undang Islam. Bagi orang

bukan Islam yang tinggal di negara Islam, mereka telah memeterai perjanjian zimmah 16

(perjanjian perlindungan daripada kerajaan Islam) yang mengikat mereka dengan

pertauran undang-undang Islam ini. Maka dengan itu mereka juga akan di hukum

sepertimana orang-orang Islam sekiranya melakukan jenayah qisas atau jenayah hudud.

Tujuannya adalah untuk member perlindungan yang adil sesama masyarakat yang

majmuk dalam sesebuah negara Islam itu (Mat Saad Abd Rahman 2006:34).

Sebagai contoh disini adalah berkaitan dengan hukuman bagi kesalahan jenayah

hudud. Hudud bermaksud pembalasan yang telah ditetapkan (jenis dan kadarnya) dan

diwajibkan sebagai memenuhi hak Allah. Hudud bukanlah milik kita atau milik orang

lain. Ianya diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia kerana keihsanan Allah Yang

Maha Berkuasa. Perlaksanaan hudud sebagai satu pembalasan terhadap pesalah adalah

untuk tujuan-tujuan berikut, iaitu:

Untuk mengawal kepentingan individu yang berkaitan dengan agama,

nyawa, keturunan, kehormatan diri, akal fikiran harta benda dan akhlak

serta keadilan dalam sesebuah negara.

Untuk mengawal kepentingan umum berkaitan dengan keselamatan,

keharmonian dan keadilan dalam sesebuah negara.

Untuk meneruskan kelangsungan tugas umat Islam yang dianggap sebagao

pewaris para anbiya’ dalam merealisasikan warisan yang ditinggalkan

kepada mereka (Mat Saad Abd Rahman 2006:88).

Menurut jumhur fuqaha’ hudud terbahagi kepada tujuh jenis kesalahan dan

hukuman. Kesalahan-kesalahan tersebut terdiri daripada:

Zina

Tuduhan zina (qadhaf)

Minum arak

Mencuri

Merompak

Murtad

Penderhakaan

17

Kesalahan dan Hukuman Minum Arak

Meminum arak adalah haram bagi umat Islam samada sedikit ataupun banyak kadar yang

diminum itu. Firman Allah SWT:

(Al-Quran, Al-Maidah:90)

Mafhumnya: “Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan

pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya)

kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu

berjaya”.

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

ام@ CرCح FرGك IسKم MلK كGرF خCمIر@ وCك IسKم MلK ك

(Sahih Muslim Juz 10:251)

Maksudnya: “Setiap yang memabukkan itu adalah khamr (arak) dan setiap yang memabukkan

itu adalah haram”.

Maka berdasarkan kedua-dua dalil diatas jelas kepada kita bahawa meminum arak itu

dihukum haram. Kesalahan minum arak dalam kalangan orang Islam dikenakan hukuman

sebatan. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi:

اب�ع�ة� إ�ن� ع�اد� ف�ي الر� ل�د"وه" ف� اج� ر� ف� م� ر�ب� ال�خ� م�ن� ش�

ت"ل"وه" اق� ف�

18

(Sunan At-Tirmizi 5:355)

Maksudnya: “Barangsiapa yang meminum arak, maka hendaklah kamu sebatnya, kemudian jika

dia meminumnya lagi pada kali keempatnya, maka hendaklah kamu membunuhnya”.

Menurut pendapat kebanyakkan ulama’, hukum bunuh seperti yang terdapat dalam hadis di atas

telah dimansukhkan. Namun bagi sebahagian yang lain, hukuman itu masih kekal dan harus

dilaksanakan oleh pemerintah ketika ia diperlukan (Abd Karim Zaidan 1976:401-402).

Kadar sebat yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w adakalanya sedikit dan adakalanya

banyak, tetapi tidak melebihi 40 kali sebatan (Faezah Ismail 2001:186). Hal ini disepakati oleh

kesemua ulama’ untuk dilaksanakan ke atas setiap orang Islam yang telah sabit melakukan

kesalahan meminum arak. Walaubagaimanapun, para ulama’ telah berselisih pendapat tentang

perlaksanaannya ke atas orang-orang bukan Islam yang meminum arak. Ini kerana dalam

kepercayaan agama sesetengah orang bukan Islam itu, meminum arak tidak dihukum sebagai

satu kesalahan malah ianya (arak) dianggap ‘halal’.

Jumhur fuqaha’ dari kalangan ulama’ mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafi’e

dan mazhab Hanbali telah mengecualikan orang-orang bukan Islam (zimmi dan musta’min)

daripada menerima pembalasan had (hudud) minum arak. Ini kerana mereka tidak menganggap

arak sebagai sejenis minuman yang diharamkan ke atas mereka.

Para ulama’ lain, terutamanya dari kalangan ulama’ mazhab Zahiri berpendapat bahawa

pembalasan had minum arak wajid dikenakan ke atas peminumnya sama ada dia seorang Islam

atau pun bukan Islam.

Manakala ulama’ mazhab Syi’ah Imamiyyah berpendapat bahawa mereka (orang bukan

Islam) wajib dikenakan had minum arak jika mereka terang-terangan melakukan kesalahan

tersebut (sama ada mereka mabuk ataupun tidak). Bagi ulama’ mazhab Syi’ah Zaidiyyah pula,

19

mereka berpendapat bahawa orang-orang bukan Islam yang meminum arak dikenakan hukuman

had minum arak jika mereka didapati dalam keadaan mabuk selepas meminumnya. Hal ini

kerana keadaan itu adalah punca ia diharamkan ke atas mereka. Pendapat ini dipersetujui oleh al-

Hassan bin Ziyad, salah seorang anak murid Abu Hanifah (Mat Saad Abd Rahman 2006:115).

Kebanyakan ulama’ salaf pula berpendapat tidak menjadi satu kesalahan bagi orang-

orang bukan Islam meminum arak dan tidak dikenakan ke atas mereka (Abu Bakar Abdullah

1986:228).

Oleh itu, berdasarkan pendapat-pendapat ulama’ yang telah dikemukakan diatas,

pendapat ulama’ mazhab Syia’ah Zaidiyyah yang mewajibkan hukuman had apabila mereka

sudah mabuk lebih diterima pakai. Ini kerana kesan arak yang memabukkan peminumnya boleh

mencetuskan pelbagai masalah dan mungkin juga jenayah lain yang lebih besar serta boleh juga

mendatangkan keburukan kepada masyarakat lain. Perbuatan ini juga boleh dianggap sebagai

mencabul kedaulatan undang-undang negara (Mat Saad Abd Rahman 2006:116).

Selain itu, Abdul al-Qadir ‘Awdah dan Muhammad Abu Zahrah juga berpendapat

bahawa menjadi satu kesalahan bagi seorang Islam mahupun bukan Islam yang meminum arak.

Maka menurut mereka, wajib dikenakan hukuman had ke atas mereka yang meminum arak (Abu

Bakar Abdullah 1986:228).

Muhammad Abu Zahrah dalam hujahnya mengatakan bahawa undang-undang Islam

tetap mengharamkan arak meliputi orang-orang bukan Islam. Ini kerana pada dasarnya

kebanyakkan agama di dunia tidak membenarkan penganutnya meminum minuman keras dan

hukuman hudud adalah merupakan satu peraturan umum dan undang-undang awam, tidak

membezakan antara orang Islam dan orang bukan Islam. Meminum minuman keras membawa

keburukan bukan sahaja kepada diri peminum, tetapi juga kepada orang lain yang mungkin

mengakibatkan kerosakan kepada orang yang berada dalam negara tersebut (Muhammad Abu

Zahrah t.t:345).

20

Selain itu, fasal 25, fasal 36-b dan fasal 37 dalam Piagam Madinah juga masing-masing

memerihalkan hal berkaitan perlindungan ke atas seluruh umat manusia dalam sesebuah negera

Islam dan perlindungan ke atas orang-orang bukan Islam yang mendiami negara Islam.

Kandungannya adalah seperti berikut:

Fasal 25 : Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah

bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama

mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka

(Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu

juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat

dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan

keluarganya sendiri.

Fasal 36-b : Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan

oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa

membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan

keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah

akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.

Fasal 37 : Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara

seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai

negara; dan hendaklah mereka sama-sama tolong-menolong

menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang

menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-

menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan

dosa (http://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah).

Berdasarkan hujah-hujah yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa

pelaksanaan hukuman hudud ke atas peminum arak sama ada orang Islam mahupun orang bukan

Islam adalah wajar. Di sini dapat dilihat konsep keadilan yang terdapat dalam undang-undang

21

Islam. Walaupun orang-orang bukan Islam juga dikenakan hukuman hudud ini, ianya adalah

bertujuan untuk menjaga maslahah dan melindungi keselamatan serta kepentingan masyarakat

bukan Islam yang lain. Maka disini tidak timbul isu ketidakadilan ke atas golongan bukan Islam

walaupun agama mereka tidak memutuskan sebagai arak sebagai haram. Ini kerana arak yang

menyebabkan mabuk lebih membawa kemudharatan berbanding kebaikan. Sepertimana firman

Allah SWT:

(Al-Quran, Al-Baqarah:219)

Mafhumnya: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”.

Maka dengan itu, wajarlah undang-undang Islam mengenakan hukuman had ke atas sesiapa

sahaja yang meminum arak tidak kira sama ada peminum itu seorang Islam mahupun bukan

Islam. Selain menunjukkan keadilan undang-undang Islam itu sendiri, ia juga mampu menjaga

kemaslahatan masyarakat bukan Islam yang telah memeterai perjanjian zimmah atau perjanjian

aman selama mana mereka tinggal di negara Islam.

Walaubagaimanapun, ada pendapat lain mengatakan bahawa hukuman hudud dan qisas

adalah dikecualikan ke atas orang-orang bukan Islam yang melakukan jenayah hudud dan qisas

di negara Islam.

Golongan ini menyatakan bahawa undang-undang Islam yang hendak dilaksanakan

adalah undang-undang untuk orang-orang Islam sahaja. Bagi orang bukan Islam terdapat sedikit

perbezaan dalam pelaksanaan undang-undang terhadap mereka. Jika sesuatu kes atau kesalahan

yang dilakukan oleh orang bukan Islam (ahli zimmah) dalam negara Islam , pihak hakim selaku

wakil kepada pemerintah (Ulil Amri) boleh menolak kes itu ke mahkamah awam, iaitu kes

22

tersebut akan dibicarakan di mahkamah awam bagi mewakili masyarakat bukan Islam. Ini

dilakukan sebagai menepati kaedah Fiqh :

تصرف االمام على الـــرعيــــة منوط بالمصــــلحة

“Tindakan yang dijalankan oleh Imam (Ketua Negara) terhadap rakyatnya adalah bergantung

kepada maslahah (perkara yang mendatangkan kebaikan untuk ummah)”

Kaedah tersebut dengan jelas menyatakan, sebarang tindakan atau keputusan yang

hendak diputuskan oleh Imam atau ketua negara atau hakim yang mewakili ulil amri yang tidak

terdapat nas atau dalilnya dalam Al-Quran dan As-Sunnah mestilah melihat kepada maslahah

ummah dengan mengambil kira penjagaan terhadap semua aspek dalam kehidupan dan

kemasyarakatan. Perkara ini sudah tentu berkait rapat dengan kebijaksanaan hakim dalam

mengendalikan sesuatu kes (Abdul Karim Zaidan 2003:120).

Sebagai contoh, seorang bukan Islam yang telah melakukan kesalahan, kemudian dibawa

ke mahkamah Syariah untuk diadili mengikut undang-undang Islam. Hakim ketika itu mestilah

melihat kes tersebut dalam semua aspek yang berkaitan dengan maslahah umum. Sekiranya

pengadilan yang akan dibuat nanti mencetuskan kemarahan atau ketidakpuasan hati oleh

tertuduh atau ahli keluarga tertuduh yang mungkin akan menyebabkan perkara yang lebih buruk

berlaku, maka hakim berhak menolak kes tersebut untuk dibicarakan dan mengusulkan supaya

ianya dibawa ke mahkamah awam yang mungkin boleh memberikan ketenangan dan kepuasan

daripada tertuduh atau keluarganya walaupun hukuman yang akan diputuskan hakim mahkamah

awam itu lebih berat (Said Ibrahim 1998:153).

Selain itu firman Allah swt :

23

(Al-Quran, Al-Maidah:5)

Mafhumnya: “Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”.

Firman Allah SWT di atas adalah ditujukan kepada para hakim. Maksudnya kes-kes

jenayah syar’iyyah yang dilakukan oleh orang yang bukan Islam, pihak hakim boleh

membicarakan kes itu dalam mahkamah syariah atau menolaknya (mengenepikan) kes itu untuk

dibicarakan dalam mahkamah awam dan dihakimi oleh hakim mahkamah awam (Said Ibrahim

1998:118).

Maka dengan ini, pengecualian yang diberikan kepada orang bukan Islam yang

melibatkan hukuman hudud sahaja adalah satu kaedah yang telah digariskan oleh Islam bagi

menjamin keadilan dan kesejahteraan umat manusia.

Meminjam kata-kata Ibn Al-Qayyim bahawa asas kepada syari’ah adalah kearifan dan

kebijaksanaan serta perlindungan kepada kepentingan manusia duniawi dan ukhrawi.

Keseluruhan undang-undang syari’ah adalah keadilan ihsan dan kebijaksanaan. Maka

terpulanglah kepada badan kehakiman dan pegawai-pegawai perundangan di Mahkamah Syari’ah

untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa perundangan Islam bukanlah hanya terbaik dari

aspek teorinya sahaja, bahkan juga terbaik dalam pelaksanaannya (Siti Shamsiah Md Supi, Feb

2007:10).

Mereka juga telah mendatangkan contoh penghakiman terhadap orang bukan Islam di

zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w apabila dua orang Yahudi yang berzina, mereka dihukum

dengan hukuman yang terdapat dalam kitab Taurat. Menurut mereka, inilah bukti bahawa orang-

orang bukan Islam dihukum mengikut agama mereka sendiri yang jelas dilakukan sendiri oleh

Rasulullah s.a.w ketika di Madinah (A.Rahman I.Doi 1992:7).

24

Bagaimana pula jika timbul isu daripada sebahagian golongan orang Islam yang masih

tidak puas hati dengan pelaksanaan undang-undang Islam mengatakan tidak adil jika orang-

orang Islam dihukum dengan undang-undang Islam sementara orang-orang bukan Islam

dikecualikan?

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang diriwayatkan daripada cUbadah bin

As-Somit yang katanya :

“Pada satu ketika disatu majlis kami duduk bersama-sama Rasulullah saw ,kemudian baginda

saw telah bersabda : Hendaklah kamu berjanji dan mengaku kepadaku bahawa kamu sekali-kali

tidak akan menyekutukan Allah SWT dan tidak akan melakukan penzinaan dan tidak akan

melakukan pencurian dan juga tidak akan membunuh orang yang diharamkan membunuhnya,

kecuali dengan jalan yang hak. Sesiapa dikalangan kamu yang menyempurnakan (melaksanakan

janji itu dengan sepenuhnya) maka ia akan menerima pahala dari Allah SWT. Dan sesiapa yang

melakukan sesuatu perkara dari apa yang dijanjikannya itu lalu mereka dijatuhkan hukuman

hudud , maka hukuman yang diterimanya itu adalah menghapuskan dosa yang dilakukannya itu

(mereka tidak akan diazab di akhirat)”. (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Daripada hadis di atas, perbuatan jenayah hudud yang dilakukan oleh orang Islam adalah

satu perbuatan yang dianggap sebagai mencabul kepentingan dan hak Allah SWT. Maka dalam

konteks ini, setiap kesalahan yang dihukum dengan hukum Allah swt akan menghapuskan

dosanya terhadap perbuatan jenayah yang dilakukan, dan diakhirat nanti ianya akan terlepas

daripada hukuman atau azab Allah SWT.

Mengenai dengan orang bukan Islam yang melakukan jenayah syar’iyyah, walaupun

mereka dijatuhkan hukuman hudud di dunia ini, mereka tetap tidak akan terlepas daripada azab

dan siksaaan di akhirat dengan sebab kesyirikan dan kekufuran mereka terhadap Allah SWT.

Oleh itu tidak boleh ditafsirkan atau dianggap orang-orang bukan Islam yang melakukan jenayah

syar’iyyah dalam negara Islam tidak dikenakan dengan hukuman hudud, dan orang Islam yang

25

melakukan jenayah dikenakan hukuman hudud sebagai sesuatu yang bersifat kejam , zalim dan

tidak adil (Mohd Rafizal Zulkifli t.t:atas talian).

Maka berdasarkan dalil dan hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh golongan ini,

dapat disimpulkan bahawa, orang-orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam sekalipun

dikenakan hukuman hudud, mereka tidak akan terlepas diakhirat nanti. Menurut mereka,

golongan bukan Islam ini tetap akan dikenakan azab siksa daripa Allah SWT disebabkan oleh

kekufuran dan kesyirikan mereka terhadap Allah SWT. Walaupun hal ini mungkin boleh

dianggap strategi dakwah Islamiyyah untuk golongan ini, namun ianya bukanlah satu cara yang

tepat untuk menarik golongan ini untuk lebih mendekati Islam. Ini kerana, golongan bukan Islam

ini akan memutuskan bahawa jika mereka terus berada dalam agama mereka, maka mereka akan

selamat daripada sebarang hukuman hudud yang menyakitkan. Sekiranya mereka memeluk

Islam, maka mereka kelak akan dihukum dengan pelbagai hukuman hudud itu tadi. Maka

hilanglah sudah kepercayaan serta keyakinan mereka terhadap undang-undang Islam yang

dikatakan adil. Harus diingatkan juga bahawa segala ketentuan azab dan siksa ke atas golongan

bukan Islam ini adalah hak Allah SWT untuk menghukum mereka kelak. Adalah diluar bidang

kuasa dan keupayaan manusia untuk menghukum mereka di akhirat kelak.

4.0 Bentuk Perlaksanaan Undang-undang Islam dalam Masyarakat Majmuk

Undang-undang Islam sebagai undang-undang yang bersifat (universal) adalah diciptakan oleh

Allah s.w.t untuk dilaksanakan oleh seluruh umat manusia di dalam masyarakat majmuk.

Hakikat ini ditegaskan dalam firman-Nya :

26

49. dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka Dengan apa Yang telah

diturunkan oleh Allah dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka..

(Surah al-Maidah : 49)

Perbezaan agama di kalangan umat manusia bukanlah merupakan unsur yang tidak

membolehkan undang-undang Islam dilaksanakan, kerana mengikut pandangan Islam hubungan

manusia sesama mereka adalah berasaskan (karimah insaniah) sebagaimana yang dijelaskan oleh

al-Qur’an mengenai kejadian manusia.

Islam mengakui perbezaan bahasa dan warna kulit manusia tetapi ianya bukanlah

merupakan unsur perpecahan, malahan sebagai tanda-tanda kekuasaaan dan kebenaran Allah

untuk manusia berkenal-kenalan dan memelihara hubungan baik sesama mereka. Menurut Ismail

Faruqi, Islam mengiktiran orang-orang bukan Islam dari kaca mata kemanusiaa sejagat, kerana

Islam adalah untuk seluruh umat manusia dan fitrah manusia mampu mengenal Allah dan

suruhan-Nya.

Zulkiflee Muhammad menegaskan bahawa keadaan masyarakat majmuk tidak boleh

dijadikan alasan untuk menolak perlaksanaan undang-undang Islam, kerana undang-undang

Islam penuh dengan keadilan, kesejahteraan, kebahagiaan dan memelihara kepentingan umat

manusia sama ada Islam atau bukan Islam.

Bagi melaksanakan undang-undang Islam dalam sesebuah negara terutamanya di kalangan orang

bukan Islam. Terdapat dua cara untuk melaksanakannya iaitu :

i. Dengan mengishtiharkan sesebuah negara itu sebagai negara Islam yang melaksanakan

sistem pemerintahan Islam dan mengamalkan undang-undang Islam.

atau

27

ii. Menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara.

Berhubung dengan perlaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat bukan Islam, Islam

menetapkan supaya dilaksanakan semua bidang undang-undang Islam termasuk jenayah, Sivil

dan Keluarga. Cuma dalam bidang keluarga diberi pilihan sama ada ingin mengikut undang-

undang Islam atau mengikut undang-undang agama mereka.

4.1 Undang-undang Jenayah

Dalam undang-undang jenayah, undang-undang Islam mewajibkan perlaksanaannya meliputi

orang Islam dan orang bukan Islam, kerana Islam menganggap bahawa kesalahan jenayah

melibatkan individu, masyarakat dan negara. Oleh itu ia mesti dipatuhi dan diikuti oleh semua

masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Undang-undang Islam tidak mengiktiraf mana-

mana undang jenayah lain yang dilaksanakan kecualilah undang-undang jenayah Islam (Abu

Bakar Abdullah, 1986: 222).

4.1.2 Kesalahan Hudud dan Hukumannya

Dalam bahagian kesalahan hudud ini membincangkan mengenai kesalahan hukuman zina, curi,

menuduh zina, minum arak, hirabah iaitu merompak sambil membunuh dan baghyi iaitu

memberontak terhadap pemerintah yang adil.

Zina

28

Umumnya, kesalahan zina yang dilakukan oleh orang-orang bukan Islam sesama bukan Islam,

(kafir zimmi dan musta’min) maka hukumnya ialah rejam sampai mati (bagi yang pernah

berkahwin) dan sebat seratus kali di khalayak ramai (bagi yang belum pernah berkahwin).

Ahli fuqaha’ mazhab Hanafi, Hanbali, Syafie dan Zaydiyah berpendapat wajib dijatuhkan

hukuman terhadap had ke atas orang-orang kafir zimmi yang melakukan zina di kalangan

mereka. Pendapat ini berdasarkan Rasulullah s.a.w pernah merejam ke atas dua orang Yahudi

yang telah disabitkan melakukan zina.

Pendapat Mazhab Maliki berbeza dengan pendapat ahili fuqaha’ tersebut. Menurut mazhab

maliki, tidak dikenakan hukuman had ke atas kafir zimmi yang melakukan zina sesama mereka,

tetapi hendaklah dihukum mengikut hukuman agama mereka. Hujah mereka berdasarkan riwayat

daripada Umar dan Ali bahawa kedua-duanya telah ditanya berhubung dengan hukuman ke atas

dua orang kafir zimmi yang berzina. Umar dan Ali menjawab; serahkanlah kedua-duanya kepada

ahli agama mereka.

Walaubagaimanapun, pendapat Mazhab Maliki ditolak oleh Abu Hanifah dengan

mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w melaksanakan hukuman had ke atas kedua-dua orang

Yahudi yang berzina itu merupakan ikutan yang baik. Oleh kerana, kafir zimmi merupakan,

warganegara Islam, maka adalah wajar hukuman had dikenakan ke atas mereka sebagaimana

yang dikenakan ke atas orang-orang Islam bagi menghapuskan segala bentuk kejahatan dan

kerosakan dalam negara serta menjaga kemaslahatan masyarakat.

Berdasarkan perbincangan situasi di atas iaitu kafir berzina sesama sendiri, penulis

berpendapat dalam konteks nagara Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama penulis

memilih pendapat mazhab Hanafi sebagai jalan penyelesaian kepada aktiviti zina di kalangan

kafir. Hal ini kerana, memandangkan negara Malaysia kini tidak langsung mengamalkan

undang-undang jenayah Islam di kalangan umat Islam sendiri maka sebagai langkah awal

pelaksanaan undang-undang Islam dalam perbuatan jenayah ini tidak perlulah melibatkan

29

masyarakat bukan Islam. Ini kerana untuk memastikan undang-undang Islam tetap dilaksanakan

di kalangan umat Islam dan menolak dakwaan kafir yang mengatakan undang-undang Islam

bersifat zalim, memaksa mereka yang tidak memeluk Islam dan sebagainya. Inilah yang

dinamakan strategi dakwah melalui pelaksanaan undang-undang Islam. Jika dibandingkan

dengan apa yang berlaku pada hari ini, undang-undang Islam tidak digunapakai kerana dikhuatiri

masyarakat bukan Islam tidak dapat menerima undang-undang ini tetapi dalam masa yang sama

undang-undang Islam ini juga tidak dilaksanakan terhadap umat Islam yang mengaku Allah

sebabagai tuhan tetapi menafikan undang-undang yang diwajibkan ke atas mereka.

Ulama-ulama Islam bersependapat bahawa dikenakan hukuman had ke atas kafir zimmi

yang berzina dengan wanita Islam atau kafir musta’min. Tetapi mereka berbeza pendapat

sekiranya kesalahan itu dilakukan oleh kafir musta’min dengan wanita Islam atau wanita zimmi.

Menurut pendapat Abu Hanifah dan Imam Muhammad tidak dijalankan hukuman had ke atas

kafir musta’min itu. Abu Yusuf berpendapat dikenakan hukuman had ke atasnya. Imam Malik

dan Ahmad bin Hanbal berpendapat tidak dijalankan hukuman had ke atas kafir musta’min yang

berzina dengan wanita bukan Islam, tetapi sekiranya mereka berzina dengan wanita Islam, maka

wajib dihukum bunuh sahaja.

Pada pendapat penulis, pendapat di kalangan kebanyakan ulama yang mengatakan tidak

dikenakan hukuman had ke atas orang Islam menuduh Zina ke atas orang bukan Islam lebih

utama untuk diterima, kerana hujjah yang dikemukakan oleh mereka adalah kuat di mana syarat

utama untuk dikenakan hukuman had mestilah orang yang dituduh itu beragama Islam.

Sekiranya orang kafir musta’min melakukan kesalahan qazaf ke atas orang Islam sama ada lelaki

atau perempuan, maka mengikut pendapat mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali

dokenakan hukuman had ke atas kafir musta’min itu. Sekiranya kafir musta’min melakukan

qazaf terhadap perempuan zimmi atau musta’min, maka kebanyakan ulama fikah berpendapat

tidak dikenakan hukuman had ke atas kafir musta’min itu, kerana antara syarat yang boleh

dikenakan hukuman had ialah mesti orang yang dituduh itu beragama Islam. Tetapi mazhab

Zahiriyah berpendapat dikenakan hukuman had.

30

Mengenai persaksian bagi orang kafir musta’min yang sabit melakukan kesalahan qazaf, maka

hukumannya tidak diterima persaksian itu, kecualilah ia memeluk Islam sebelum dilakukan

persaksian itu sama ada ke atas orang Islam atau bukan Islam.

ada pendapat penulis, pendapat di kalangan kebanyakan ulama feqh lebih utama diterima,

di mana tidak dikenakan hukuman had ke atas kafir musta’min yang menuduh zina sama ada ke

atas kafir musta’min atau kafir zimmi, kerana mengikut undang-undang Islam syarat yang boleh

dikenakan hukuman had ke atas penuduh zina itu mestilah orang yang dituduh itu beragama

Islam.

Mencuri

Undang-undang jenayah Islam secara umumnya menetapkan kesalahan mencuri dan hukuman

potong tangan meliputi orang Islam dan bukan Islam. Iaitu apabila seorang kafir zimmi

melakukan kesalahan curi ke atas harta orang Islam atau kafir zimmi dan cukup syaratnya, maka

dikenakan hukuman potong tangan ke atas kafir zimmi itu.

Ulama-ulama fiqah berbeza pendapat sekiranya seseorang kafir zimmi mencuri harta

kafir musta’min. Mengikut mazhab Maliki dan Hanbali, kafir zimmi dikenakan hukuman had.

Tetapi menurut mazhab Syafie dan Hanafi tidak dikenakan hukuman had. Sekiranya benda yang

dicuri itu adalah arak ataupun babi, maka mengikut mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali

tidak dikenakan hukuman had ke atas orang yang mencuri itu sama ada ianya orang Islam

ataupun orang bukan Islam.

Tetapi menurut pendapat mazhab Hanbali dan Maliki, wajib dikenakan hukuman had ke

atas kafir musta’min yang melakukan perbuatan curi, kerana kafir musta’min tertakluk kepada

undang-undang Islam selagi mana ia berada dalam negara Islam. Tujuan dikenakan hukuman

tersebut adalah untuk memelihara harta benda seseorang yang merupakan salah satu daripada

hak asasi mereka.

31

Daripada pendapat di atas, maka pendapat yang lebih baik untuk diterima adalah

pendapat mazhab Maliki dan Hanbali, yang mengenakan hukuman had ke atas kesalahan curi

yang dilakukan oleh kafir musta’min kerana tujuan hukuman undang-undang Islam ialah untuk

memelihara hak asasi manusia termasuk harta benda mereka.

Pendapat yang mengatakan hukuman had dikenakan ke atas orang Islam yang mencuri

harta kafir zimmi adalah lebih sesuai diterima, kerana harta itu terpelihara di bawah perlindungan

keamanan yang diberikan kepada mereka. Kecualilah benda yang haram seperti arak dan babi

kerana menurut ulama’ fiqah, arak dan babi bukanlah merupakan harta di sisi undang-undang

Islam.

Minum Arak

Kebanyakan ulama’ salaf tidaklah menjadi kesalahan bagi orang bukan Islam untuk meminum

arak dan tidak dikenakan hukuman had ke atas mereka. Tetapi mengikut Ab. Kadir Awdah dan

Muhammad Abu Zahrah adalah menjadi suatu kesalahan bagi orang bukan Islam yang meminum

arak dan wajib dikenakan hukuman had ke atasnya sebagaimana dikenakan ke atas orang Islam.

Muhammad Abu Zahrah ketika mengemukakan pendapatnya mengatakan bahawa undang-

undang Islam tetap mengharamkan arak meliputi orang bukan Islamm kerana pada dasarnya

kebanyakan agama di dunia ini tidak membenarkan penganutnya meminum minuman keras dan

hukuman hudud adalah merupakan suatu peraturan umum dan undang-undang awam, tidak

membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Meminum minuman keras juga

membawa keburukan bukan sahaja kepada diri peminum, tetapi juga kepada orang lain yang

mungkin akan mengakibatkan kerosakan kepada orang yang berada dalam negara tersebut.

Daripada pendapat di atas maka pendapat Abd Qadir Awdah dan Muhammad Abu

Zahrah lebih baik diterima, iaitu dikira sebagai suatu kesalahan jenayah bagi orang bukan Islam

yang meminum arak dan wajib dikenakan hukuman had sebagaimana ianya dikenakan ke atas

32

orang Islam, kerana tujuan undang-undang Islam untuk menjaga akal manusia yang merupakan

salah satu hak asasi mereka yang mesti dijagai.

4.1.3 Kesalahan Qisas dan Hukumannya

Kesalahan qisas dan hukumannya meliputi orang Islam dan orang bukan Islam, kerana demi

menjaga kemaslahatan nyawa dan kesejahteraan tubuh badan manusia. Umpamanya dalam

kesalahan bunuh dengan sengaja yang dilakukan oleh kafir zimmi, ulama-ulama fiqah telah

mengemukakan pendapat masing-masing mengenainya. Mengikut mazhab Syafie, Hanafi,

Hanbali, Maliki dan Zahiri dikenakan hukuman bunuh balas ke atas kesalahan bunuh dengan

sengaja yang dilakukan oleh kafir zimmi ke atas kafir zimm, kerana darah kafir zimmi

terpelihara darahnya dan pembunuh adalah setaraf dengan mangsa yang dibunuh.

Mengenai pembunuhan sengaja yang dilakukan oleh lelaki zimmi ke atas perempua

zimmi, maka kebanyakan ulama fiqah berpendapat dikenakan hukuman bunuh balas ke atas

lelaki zimmi itu dan sekiranya perempuan zimmi itu membunuh dengan sengaja lelaki zimmi itu,

maka dibunuh balas perempuan zimmi itu. Sekiranya kafir zimmi itu membunuh orang Islam

sama ada sengaja atau disebabkan berlakunya permusuhan, maka ulama fiqah bersependapat

dihukum bunuh balas kafir zimmi itu. Penulis bersetuju dengan pendapat ini, kerana demi

menjaga nyawa umat Islam, maka pembunuh kafir harus dikenakan hukuman balas bunuh selagi

mana ianya tertakluk kepada undang-undang negara Islam.

Ulama fiqah berbeza pendapat mengenai pembunuhan sengaja yang dilakukan oleh orang

Islam ke atas kafir zimmi atau musta’min, mengikut pendapat kebanyakan ahli fiqah tidak

dikenakan hukuman balas bunuh ke atas orang Islam itu. Tetapi mazhab Abu Hanifah

berpendapat dikenakan hukuman bunuh balas. Manakala Mazhab Maliki dan al-Laythi

berpenapat dikenakan hukuman bunuh balas ke atas orang Islam itu sekiranya pembunuhan itu

dilakukan secara tipu helah. Daripada pendapat tersebut, penulis berpendapat pendapat Mazhab

Hanafi yang mengenakan hukuman balas bunuh ke atas orang Islam yang membunuh sengaja

33

atau tidak ke atas kafir zimmi atau musta’min lebih baik untuk diterimam kerana bagi

memelihara kehormatan nyawa manusia yang patut dijagai.

Penutup

Pelaksanaan undang-undang Islam sebagai strategi dakwah harus dijalankan dengan bijak dan

bersesuaian dengan konteks semasa masyarakat yang berbilang kaum. Ianya perlu dilaksanakan

secara teratur, berhemah dan tidak mendesak atau memaksa orang bukan Islam untuk turut

terlibat dalam pelaksanaan undang-undang Islam ini. Apa yang penting, perlaksanaan secara

menyeluruh perlu dilaksanakan di kalangan umat Islam bagi mempamerkan impaknya kerana

undang-undang Islam menjaminkan keamanaan dan keharmonian. Melalui impak yang terhasil

inilah yang akan membuka minda dan mata orang bukan Islam untuk memperakui bahawa

undang-undang Jenayah Islam adalah undang-undang yang universal untuk dilaksanakan dalam

sesebuah negara Islam. Inilah yang dinamakan pelaksanaan undang-undang Islam sebagai

strategi dakwah. Pemimpin seharusnya mengangkat undang-undang Islam secara praktikal dan

diamalkan dalam kalangan seluruh rakyat yang beragam Islam dan tidak hanya diwarwarkan

secara teorikal kerana ianya akan dipandang sebagai propaganda demi kepentingan politik dan

sebagainya. Wallahu A’lam.

Rujukan

Abdul Karim Zaidan.(1976).Majmu’ah Buhuth Fiqhiyyah.Mu’assasah al-Risalah:Beirut.

Abu Bakar Abdullah (1986), Ke arah perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia: masalah

dan penyelesaiannya, Terengganu: Pustaka Damai

Abu Bakar Abdullah.(1986).Kearah Perlaksanaan Undang-Undang Islam Di

Malaysia.Pustaka Damai:Kuala Terengganu.

34

Ahmad Fathi Bahnasi (1983), al-Siayasah al-Jinaiyyah fi al-Shari’ah al-Islamiyyah, Kuala

Lumpur; IKIM.

Alwi Hj Abdul Rahman (2003), Jenayah kanak-kanak menurut undang-undang Islam, Selangor;

Darwana Sdn.Bhd.

Faezah Ismail (2001). al-Fiqh al-jina'i al-Islami. Intel Multimedia and Publication: Kuala

Lumpur.

Kamus dewan, edisi baru, 1992, kuala lumpur, DBP.

Mahmood zuhdi abd majid (1997), Pengantar Undang- Undang Islam Di Malaysia, UKM

Mat Saad Abd Rahman (2000), Uqubah di dalam jenayah hudud dan pelaksanaannya dalam

masyarakat majmuk, Kuala Lumpur; IKIM

Mat Saad Abd Rahman (2006), Pembalasan Kesalahan jenayah dalam masyarakat Majmuk,

Selangor: Intel Multimedia and Publication

Mat Saad Abd Rahman.(2006).Pembalasan Kesalahan Jenayah Dalam Masyarakat Majmuk

(Dengan Penumpuan Kepada Peruntukannya Terhadap Bukan Islam). Multimedia

and Publication:Selangor.

Mohd Azam Hamzah (1986), Falsafah Dan Prinsip Perundangan Islam, UKM

Mohd Rafizal Zulkifli.(2008).Bagaimana Kemungkinan Undang-Undang Islam Dilaksanakan

Di Zaman Moden.(atas talian)http://aljawhar.wordpress.com/2008/06/28/bagaimana-

kemungkinan-undang undang-islam-dapat-dilaksanakan-di-zaman-moden- diambil pada

5 Mac 2011.

35

Muhammad Abu Zahrah.(t.t).al-‘Uqubah.Dar al-Fikri al-Arabi:Mesir.

Piagam Madinah (atas talian) http://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah diambil pada 8

Mac 2011.

Said Ibrahim (bekas mufti Sabah).(1998). Jenayah Murtad dari Sudut Hukum Syara’ Dan

Perundangan Islam.Dewan Bahasa & Pustaka:Kuala Lumpur.

Siti Shamsiah Md Supi.(2 Feb 2007). Penghakiman Mesti Adil. Utusan Malaysia.hlm.10

Wan Azmil Ramli dan Dr Muhammad Ariffin (penterjemah) A.Rahman I.Doi.(1992).Non-

Muslim under Syariah (Islamic law) edisi terjemahan Orang bukan Islam dibawah

Undang-undang Syariah. A.S. Noordeen:Kuala Lumpur.

36