undang- johor: satu kajian teks nor ashikin · pdf filejohor: satu kajian teks ... selawat dan...

25

Upload: vohanh

Post on 06-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah
Page 2: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah
Page 3: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

i

UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DALAM AHKAM SYAR’IYYAH

JOHOR: SATU KAJIAN TEKS

NOR ASHIKIN BINTI CHE AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 4: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

ii

Page 5: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

iii

NOR ASHIKIN BINTI CHE AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 6: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

iv

Dedikasi

Tuhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Pengayang,

Segala Puji Pujian Hanya Pada Mu Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam,

Syukur Di Atas Kurniaan-Mu,

Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW

Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang

Che Ahmad Bin Abdullah Dan Sapiah Bt Abd. Ghani

Segala dorongan, bimbingan dan iringan doa, Membuatkanku masih teguh berdiri

Setulus Ingatan Buat

Kakanda Dan Kakak Iparku

Zulkifli, Hasbullah, Zarina Dan Baiyah

Segala Nasihat Dan Suntikan Semangat

Menjadikanku Insan Yang Tidak Kenal Penat Dan Lelah

Buat Guru-Guru Dan Pensyarah Yang Dihormati

Warga muallim,Terutamanya Ustaz Sulaiman Syakib B Mohd Noor

Serta Dr. Kamarul Azmi B Jasmi Yang Telah Memberi Bimbingan Dan Tunjuk Ajar

Akan Ku Abadikan Segala Nasihat Kalian Dalam Hidup Yang Fana Ini

Buat Sahabat Sahabiyah Sekalian

Syukran Jazilan Diatas Segala Sokongan Dan Bantuan Kalian

Disini Bermulanya Erti Persahabatan Dan Kehidupan

Semoga Ukhuwah Yang Terbina Fillah Abadan Abada…

Page 7: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

v

Penghargaan

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA dapat

penulis menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) dengan jayanya. Selawat dan

salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarganya yang telah

banyak berkorban demi menyebarkan syiar Islam di seluruh pelusuk dunia.

Jutaan penghargaan penulis tujukan buat penyelia yang dihormati iaitu Ustaz

Sulaiman Syakib bin Mohd Noor yang telah memberi bimbingan serta tunjuk ajar

sepanjang tempoh dalam menyiapkan projek ini. Tidak dilupakan juga kepada Dr.

Kamarul Azmi bin Jasmi yang telah banyak memberikan idea, tunjuk ajar, dan panduan

yang amat berguna kepada penulis. Jasa kalian tidak dapat dilupakan.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada ayahda dan bonda yang telah

banyak memberi semangat dan dorongan serta iringan doa sepanjang perjuangan dibumi

UTM ini. Tanpa iringan doa dan kata-kata semangat dari ayahda dan bonda, tidak

mungkin anakanda berjaya sampai ke tahap ini.

Ucapan penghargaan juga diberikan khas, buat pensyarah fakulti Tamadun Islam

serta fakulti Pendidikan yang telah mencurahkan segala ilmu kepada penulis.Tidak

ketinggalan juga, buat rakan-rakan seperjuangan, kesudian kalian dalam membantu

serta berkongsi idea amat dihargai dan dikenang. Akhirnya, ribuan terima kasih

diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala jasa yang telah diberikan,

semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian sepanjang masa.

Page 8: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

vi

ABSTRAK

Kajian ini memfokuskan kepada Undang-Undang Perkahwinan Dalam Kitab Ahkam

Syar’iyyah Johor : Satu Kajian Teks. Fokus kajian ini adalah melihat Undang-Undang

Kekeluargaan Islam dalam kitab Ahkam Syar’iyyah Johor. Objektif utama kajian ini

adalah untuk mengkaji hukum meminang, rukun nikah dan aspek pengharaman nikah

dalam kitab Ahkam Syar’iyyah. Teks kajian meliputi bab satu yang mempunyai enam

fasal, manakala bab dua mempunyai dua puluh tiga fasal yang telah dijadikan data

verbatim untuk dianalisis dalam program N’Vivo 7.0 bagi menghasilkan tema dan

subtema. Hasil dapatan menunjukkan hukum meminang terdiri daripada empat tema

utama, iaitu yang terdiri daripada sunat, harus, makruh dan haram. Manakala tema

dalam rukun nikah terdiri lima tema utama, iaitu suami, isteri, wali, dua saksi, dan lafaz.

Akhir sekali, pengharaman nikah terdiri daripada sembilan sub tema utama, iaitu

persemendaan, wati syubhah, nikah dalam ihram, janda yang ditalak tiga, hamba,

mahram kerana nasab, kafir, susuan dan murtad. Semua tema ini terkandung subtema

dan sub-sub tema. Pada akhir kajian ini satu model undang-undang perkahwinan terhasil

untuk dijadikan asas dalam undang-undang kekeluargaan Islam.

Page 9: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

vii

ABSTRACT

The study focuses on the Marriage Law in Johor ‘ Ahkam Syar’iyyah’ book : a case

study. The study aims to see the Islamic Kindred Law included in Johor ‘ Ahkam

Syar’iyyah’ books . The main objective of this study is to investigate the Engagement

Law, marriage pillars and forbidden aspects in marriage which contained in the Johor ‘

Ahkam Syar’iyyah’ book. The text study included chapter one that consists of six part,

meanwhile for chapter two consists of twenty forth have been formulated to ‘verbatim’

data to be analyzed in N’Vivo 7.0 in order to create theme and sub-theme. The findings

shown that Engagement Law consists of four main themes which is Marriage Law

namely constitutes of circumcision, things that ought to do, things that is objectionable

but is not forbidden and forbidden things. The themes in marriage pillars encompasses

five main themes which are husband and wife, guardian, two eyewitness, and recitation

.Finally, the marriage prohibition covers nine main themes including parents- in-law,

cynical guardian, marriage within consecration, a widow who has been divorced for the

third time, slave, ‘mahram’ due to ancestry , ‘susuan’, pagan, an apostate. All these

themes are included in sub-theme and sub-sub theme. At the end of the study, one

model of marriage law has been created as the basis in Islamic kindred Law.

Page 10: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA

HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

i

HALAMAN PENGAKUAN

ii

HALAMAN DEDIKASI

iv

HALAMAN PENGHARGAAN

v

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

ISI KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

xiii

xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1

1.2 Latar Belakang Masalah

4

1.3 Penyataan Masalah

6

1.4 Objektif Kajian

7

Page 11: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

ix

1.5 Persoalan Kajian

8

1.6 Kepentingan Kajian

8

1.7 Batasan Kajian

9

1.8 Definisi Istilah

10

1.9 Kesimpulan

12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

13

2.2 Sejarah Ahkam Syar’iyyah Johor

14

2.3 Biodata Dato’ Syed Alwe Bin Tahir Al-Hadad

16

2.4 Hukum Meminang

20

2.5 Rukun Nikah

2.5.1 Sighah

2.5.2 Suami

2.5.3 Isteri

2.5.4 Wali

2.5.5 Saksi

2.5.6 Susunan Wali

24

25

26

27

28

34

36

2.6 Wanita Yang Haram Dikahwini

2.6.1 Haram Dikahwini Untuk Selama-

Lamanya

40

41

Page 12: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

x

2.6.2 Haram Nikah Untuk Sementara

Waktu

46

2.7 Kajian Lepas

52

2.8 Kesimpulan 53

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

55

3.2 Reka Bentuk Kajian

56

3.3 Method Pengumpulan Data

56

3.4 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Data

58

3.5 Analisis Data

59

3.6 Kesimpulan

61

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

63

4.2 Hukum Peminangan Dalam Ahkam Syar’iyyah

Johor

64

4.3 Rukun Nikah Dalam Ahkam Syar’iyyah Johor

67

4.4 Sebab-Sebab Pengharaman Nikah

78

4.5 Kesimpulan

98

Page 13: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

xi

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan

99

5.2 Perbincangan Dan Rumusan

100

5.3 Rumusan

103

5.4 Implikasi

105

5.5 Cadangan Dan Saranan

106

5.6 Kajian Lanjutan

108

5.7 Kesimpulan

108

BIBLIOGRAFI 109

LAMPIRAN

Page 14: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.1 Undang-Undang Perkahwinan 64

4.2 Peminangan 64

4.3 Rukun Nikah 67

4.4 Dua Saksi 70

4.5 Wali 72

4.6 Pengharaman Nikah 78

4.7 Mahram Kerana Nasab 79

4.8 Susuan 82

4.9 Persemendaan (Musaharah) 83

4.10 Wati Syubhah 85

4.11 Nikah Dalam Ihram 87

4.12 Janda Yang Ditalak Tiga 88

4.13 Hamba 92

4.14 Kafir 94

4.15 Murtad 96

Page 15: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

xiii

SENARAI SINGKATAN

S A W Sallallahu Alaihi Wasallam

r. a Radhiallahu anhu

SWT subhanahu Wa Taala

a.s Alaihissalam

ASJ Ahkam Syar’iyyah Johor

Page 16: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

xiv

SENARAI LAMPIRAN

Page 17: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

BAB 1

Pengenalan

1.1 Pendahuluan

Hukum Islam merupakan salah satu ketentuan yang telah ditetapkan dan

diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibril kepada Nabi

Muhammad SAW sebagai panduan utama kepada ummat Islam. Kita sebagai seorang

ummat Islam tidak perlu meragui untuk menerima dan melaksanakan hukum Islam

sebagai hukum yang suci dan tinggi nilainya dan harus berani untuk

memperjuangkannya. Hal ini kerana, dasar-dasar hukum yang dikeluarkan di dalam

hukum Islam adalah daripada sumber al-Quran dan al-Hadis yang menjadi rujukan

utama di dalam perundangan Islam.

Page 18: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

2

Sebagai umat Islam, kita hendaklah melaksanakan hukum Islam sebagaimana

yang kita semua ketahui bahawa, kita tidak ada jalan atau peluang yang lain kecuali

undang-undang Islam. Hal ini kerana, undang-undang Islam adalah berpunca daripada

al-Quran yang mengandungi ajaran-ajaran yang telah diwahyukan oleh Allah SWT

kepada manusia dan setiap ajaran itu telah diterangkan oleh Rasulullah SAW. Proses

pengembangan undang-undang Islam telah dikembangkan oleh Khulafa al-Rasyidin

dan dengan usaha ulamak serta ahli hukum yang telah berusaha menggunakan ijtihad

mereka menerangkan dan menggunakan ajaran al-Quran dan al-Sunnah untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Walaubagaimanapun terdapat ayat

al-Quran yang menerangkan punca dan asas-asas perundangan Islam, iaitu dalam surah

al-Nisa’ ayat yang ke 59:

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan

taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika

kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia

kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-

benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu

lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

( Surah al-Nisa’ 5: 59)

Berdasarkan kepada ayat al-Quran diatas ialah Allah SWT menerangkan bahawa

kita perlu taat kepada Allah dan rasulNya, pemerintah yang berkuasa dan apabila timbul

sesuatu masalah, maka hendaklah kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Disini

menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa al-Quran dan Sunnah merupakan

perundangan yang utama kepada kita.

Page 19: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

3

Justeru itu, lahirlah undang-undang keluarga Islam yang berada dibawah

mahkamah Tinggi Syariah yang berhubung dengan pertunangan, perkahwinan,

penceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nafkah, pembahagian atau tuntutan

kepada harta sepencarian, wasiat dan apa-apa yang berkaitan dengannya.

Pelaksanaan undang-undang kekeluargaan Islam tidak akan terbentuk dengan

sendirinya apabila tidak di mulai dengan perkahwinan. Menurut Islam perkahwinan

merupakan suatu ibadah yang merangkumi hubungan antara makhluk dan Allah SWT

kerana pihak isteri dan anak-anak telah diamanahkan kepada suami untuk menjaga,

mendidik dan menafkahi mereka. Dalam pada itu, perkahwinan juga merupakan tali

perhubungan antara lelaki dan perempuan yang mewujudkan institusi keluarga.

Keluarga adalah anggota masyarakat yang akan membentuk sesebuah Negara. Manakala

peranan melaksanakan tanggungjawab adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak

lelaki dan perempuan.

Islam telah menetapkan hukum-hukum kekeluargaan dengan terperinci bagi

mempastikan institusi keluarga yang terbentuk adalah masyarakat yang wujud adalah

bahagia. Masyarakat yang dianggotai oleh lelaki dan perempuan adalah yang

bertanggungjawab dan mempunyai persamaan hak dan pengagihan yang sama bagi

menentukan kebahagiaan keluarga. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-

Nisa’ ayat :1:

Page 20: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

4

Maksudnya: Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu

yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya

Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah

memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak dan

bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya

kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan

silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi

kamu.

( surah al-Nisa’5: 1)

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam Islam, institusi kekeluargaan adalah amat penting bagi melahirkan

ummah yang baik dan bahagia tanpa sebarang masalah yang boleh menggugat

kedudukan bagi sesebuah keluarga. Menurut Sayid Mujtaba Rukni Musawi Lari institusi

kekeluargaan (1997). Pandangan ini boleh diringkaskan seperti berikut:

1. Keluarga merupakan sebagai media penyaluran cinta, seks dan

untuk mendapatkan anak.

2. Keluarga dapat memenuhi naluri untuk hidup dalam kumpulan

dan tolong-menolong ke arah penyempurnaan hidup mereka.

3. Keluarga sebagai salah satu bentuk perkongsian hidup yang

mendatangkan keuntungan kepada suami dan isteri.

4. Keluarga sebagai tempat mendapatkan perlindungan bagi wanita

kerana mereka merupakan golongan yang lemah dan terdedah

kepada berbagai-bagai bahaya.

Page 21: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

5

Disamping itu, Islam tidak menolak keempat-empat pendapat di atas secara

kolektif, kerana Islam mengakui keempat-empat pendapat ini mumpunyai perkaitan.

Sebaliknya, jikalau keempat-empat syarat ini dilihat secara berasingan, maka Islam tidak

akan menerimanya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa terbentuknya institusi

kekeluargaan bukanlah atas dasar untuk memuaskan hawa nafsu, memenuhi perkongsian

hidup dan untuk mendapatkan perlindungan semata-mata (Mustafa Haji Daud, 1997:1)

Justeru itu, apa yang kita dapat lihat pada hari ini ialah, banyak berlakunya

masalah sosial seperti kepincangan kekeluargaan, penceraian, penzinaan, lahirnya anak

luar nikah, sumbang mahram, pembuangan bayi, pergaulan bebas antara lelaki dan

perempuan dan banyak lagi. Di Negara kita statistik penceraian semakin meningkat pada

setiap tahun dan ia amat membimbangkan kerana pada tahun 2007 sebanyak 20529 kes

dan meningkat pada tahun 2009 kepada 27,116 kes. Data rasmi itu juga memberitahu

"sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian

pula direkodkan pada tahun berkenaan”. Hal ini berlaku adalah hasil daripada

berlakunya perubahan masyarakat dan strategi pembentukan keluarga yang tidak

sempurna daripada awal lagi. Disini dapat kita lihat bahawa, institusi kekeluargaan

merupakan satu elimen yang terpenting bagi membangunkan sesebuah masyarakat yang

bertamadun (Utusan. Com, 2010).

Sebaliknya tidak ada jalan atau cara yang lain bagi menggantikan institusi

kekeluargaan untuk mencapai kebahagiaan, kerana kebahagiaan yang hakiki adalah lahir

daripada institusi keluarga yang berasaskan konsep Islam itu sediri sebenarnya.

Pembinaan dan pembentukan ummah bermula dari institusi kekeluargaan yang

berlandaskan kepada syariat Islam. Jika baik dan terurus institusi kekeluargaan, maka

baik dan kukuhlah generasi yang dilahirkan oleh sesuatu ummah pada masa hadapan.

Hal ini kerana, rumahtangga adalah institusi yang terawal dan terpenting yang

Page 22: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

6

bertanggungjawab membentuk sahsiah individu sama ada dari segi akidah, syarak dan

akhlak.

Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa betapa pentingnya undang-undang

keluarga Islam adalah sebagai landasan kepada ummat Islam di dalam membentuk

ummah yang bebas dari permasalahan rumahtangga. Keluarga adalah anggota

masyarakat yang akan membentuk sesebuah Negara. Peranan melaksanakan

tanggungjawab kekeluargaan adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak perempuan

dan lelaki. Islam menetapkan hukum-hukum kekeluargaan dengan terperinci untuk

memastikan masyarakat yang wujud adalah masyarakat yang amat bahagia. Atas dasar

itulah, kita jangan mudah pandang enteng tentang masalah pembentukan keluarga kita

dan berusaha untuk membangunkannya di atas landasan yang kukuh dan kuat

berdasarkan kitabullah dan sunah RasulNYA (Muhammad Ali Quthb, 2010: 50).

1.3 Penyataan masalah

Belakangan ini, banyak berlakunya krisis atau permasalahan dan perpecahan

dalam rumahtangga. Ini adalah akibat daripada kejahilan tentang hukum dan undang-

undang yang berkaitan dengan perkahwinan. Dalam pandangan Islam , perkahwinan

merupakan satu cara untuk menjaga kebahagiaan ummat dari kerosakan dan

kemerosatan akhlak. Disamping itu, perkahwinan juga berguna untuk menjaga individu

dari pengaruh kerosakan masyarakat kerana kecenderungan nafsu kepada jenis kelamin

lain dapat dipenuhi melalui perkahwinan yang sah hubungan yang halal. Atas asbab

itulah Islam telah memandang serius kepada kaum pemuda khususnya mengenai soal

perkahwinan. Ini adalah bagi menyelamatkan mereka daripada perbuatan liar dan

kemerosatan akhlak, dari kerosakan, dari penzinaan dan sebagainya.

Page 23: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

7

Berdasarkan latar belakang masalah yang dikemukakan, satu kajian yang akan

dibuat bagi mengembalikan keberkesanan pelaksanaan undang-undang keluarga Islam

yang bersifat Din Ilahi untuk menangani masalah ummah yang berlaku sekarang. Oleh

itu, kitab Ahkam Syar’iyyah Johor dipilih adalah kerana ia merupakan sebuah kitab

yang membincangkan dan mengeluarkan hukum yang berkaitan dengan masalah-

masalah hal ehwal alam perkahwinan, penceraian, dan perkara yang berkaitan dengan

institusi kekeluargaan Islam.

Sesungguhnya, dengan adanya kajian khusus terhadap kitab Ahkam Syar’iyyah

Johor ini dapat memberi peluang dan ruang kepada semua pembaca memahami undang-

undang keluarga Islam serta memahami peruntukan undang-undang yang ada dan

amalannya di Malaysia.

1.4 Objektif kajian

1.4.1 Mengkaji hukum meminang dalam Kitab Ahkam Syar’iyyah

Johor

1.4.2 Mengenalpasti hukum dalam rukun nikah kahwin dalam Kitab Ahkam

Syar’iyyah Johor.

1.4.3 Mengenalpasti hukum-hukum yang berkisar pengharaman nikah dalam kitab

Ahkam Syar’iyyah Johor.

Page 24: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

8

1.5 Persoalan kajian

1.5.1 Apakah bentuk hukum meminang yang terdapat dalam kitab Ahkam Syar’iyyah

Johor.

1.5.2 Apakah hukum dalam rukun nikah kahwin yang terkandung dalam kitab Ahkan

Syar’iyyah.

1.5.3 Apakah hukum-hukum yang berkisar pengharaman nikah yang dibincangkan

dalam kitab Ahkam Syar’iyyah Johor.

1.6 Batasan kajian

Sebagai satu kajian teks, maka batas kajian hanya akan membincangkan tentang

teks yang berkaitan dengan undang-undang Kekeluargaan Islam dalam kitab Ahkam

Syar’iyyah Johor. Antara bentuk batasan yang akan dikaji ialah hukum meminang

dalam kitab Ahkam Syar’iyyah Johor, mengenalpasti hukum dalam rukun nikah kahwin

dalam kitab Ahkam Syar’iyyah Johor dan melihat hukum-hukum yang berkisar

pengharaman nikah dalam kitab Ahkam Syar’iyyah Johor berdasarkan Mazhab Syafie.

Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan penyelidikan kepada :

1. Fasal pertama dalam bab pertama dalam kitab Ahkam Syar’iyyah Johor.

2. Fasal pertama hingga enam dalam bab pertama dalam kitab Ahkam

Syar’iyyah.

Page 25: UNDANG- JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN · PDF fileJOHOR: SATU KAJIAN TEKS ... Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang Che Ahmad Bin Abdullah

9

3. Fasal pertama hingga dua puluh satu dalam bab kedua dalam kitab Ahkam

Syar’iyyah.

1.7 Kepentingan kajian.

Pengkaji berharap agar dapatan dari kajian ini akan dapat memberikan dan

menyediakan maklumat pengetahuan yang berkaitan dengan permulaan perkahwinan

kepada bakal-bakal pengantin yang akan mendirikan rumahtangga.

Selain itu, ia adalah bertujuan untuk mengetengahkan undang-undang

kekeluargaan Islam supaya dapat meningkatkan kefahaman, kesedaran dan kegunaan

dalam melaksanakan hukum syar’iyyah.

Di samping itu. kajian ini dapat dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan

utama untuk memahami undang-undang kekeluargaan Islam terutamanya kepada

pengamal-pengamal undang-undang, para hakim di mahkamah Syariah dan Sivil, para

peguam Syar’ie dan Sivil, para pensyarah dan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi,

orang awam dan badan-badan perundangan di Malaysia. Semoga intipati dalam buku ini,

sedikit sebanyak dapat mempertingkatkan kefahaman, kesedaran, keimanan, ketaqwaan

dan amal soleh kita semua dalam menegakkan undang-undang kekeluargaan Islam.