ulasan buku sense of urgency

Upload: enmat-lazim

Post on 30-May-2018

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Ulasan Buku Sense of Urgency

    1/7

    1

    SIRI WACANA ILMU

    ULUSAN BUKU

    1$0$%8.8 $6(16(2)85*(1&

  • 8/9/2019 Ulasan Buku Sense of Urgency

    2/7

    2

    Siri Ulasan Buku

    Tajuk Buku : Sense of Urgensi oleh John P.Kotter

    Pengulas : En.Jelani bin Sulong,Ketua Unit Rendah,SPS,JPN Terengganu

    Assalamulaikum wrt

    Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran

    Negeri Terengganu;

    Yang Berusaha, En. Razali bin Daud, Timbalan Pengarah, Jabatan

    Pelajaran Negeri Terengganu;

    Ketua-Ketua Sektor;

    Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah;

    Wakil KPP Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu;

    Ketua-Ketua Penolong Pengarah;

    Para pegawai dan kakitangan warga Jabatan Pelajaran Negeri

    Terengganu yang dihormati sekalian.

    Pagi ini sampailah giliran saya dalam wacana ilmu berkaitan ulasan

    buku.Saya akan membicarakan sebuah buku yang ditulis oleh John P.

    Kotter, Professor di Harvard Business School bertajukA Sense of Urgency.

    Beliau terkenal dengan penulisan tentang kepimpinan dan perubahan.Beliau juga merupakan pemenang anugerah kepimpinan pemikiran

    perniagaan dan pengurusan, pengarang terlaris New York Times dan

    pemidato yang disegani.

  • 8/9/2019 Ulasan Buku Sense of Urgency

    3/7

    3

    Buku A Sense of Urgencysetebal 194 muka surat dengan harga US22.00

    dolar telah diterbit pada tahun 2008

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

    Pada pagi yang mulia ini, marilah sama-sama kita menyelami dan

    menghayati pemikiran John P. Kotter dalam bukunya A Sense Of

    Urgency. Semoga perkara-perkara positif yang diperkatakan, boleh kita

    jadikan teladan dan perkara-perkara negatif kita jadikan sempadan.

    Sebelum kita pergi lebih jauh, kita perlu fahami apakah yang

    dimaksudkan dengan urgensi atau kesegeraan itu. John P. Kotter telahmentakrifkan urgensi atau kesegeraan bukan hanya untuk

    menyelesaikan sesuatu tugasan dengan cepat, tetapi ia meliputi

    pemikiran, kehendak dan perlakuan.

    - Pemikiran tentang peluang-peluang yang ada di sekeliling yangtidak terfikir oleh orang lain. Iaitu menuntut untuk kita berfikir di

    luar kotak.

    - Kehendak ialah tahap kemahuan untuk melakukan sesuatusekarang dan kemahuan untuk melakukannya untuk menangatau berjaya.

    - Perlakuan ialah sedar dan sensitif tentang perkara yang sedangberlaku, bukan setakat datang kerja setiap hari dan

    menyelesaikan kerja-kerja rutin setiap hari.

    Berdasarkan konsep ini setiap pemimpin atau pengurus dan ahli

    sesebuah organisasi perlu menyedari dan memahami bahawa :-

    1. Pentingnya memiliki rasa keperluan untuk bertindak cepat dan

    mendapat kepuasan dalam setiap perkara yang kita lakukan

  • 8/9/2019 Ulasan Buku Sense of Urgency

    4/7

    4

    2. Pentingnya Mengetahui Visi dan Misi Organisasi

    3. Boleh membezakan perkara yang perlu diutamakan yang

    mendesak dan apa yang mendatangkan kepuasan

    4. Berupaya bertindak cepat dan bertekad melakukan yang terbaik

    5. Sentiasa peka dan waspada dalam tindakan

    Rumusannya dapatlah kita simpulkan bahawa sebagai ahli organisasi

    JPNT, PPD dan sekolah harus mengetahui peranan masing-masing dalam

    menyelesaikan masalah. Ahli-ahli mesti sedar bahawa sesuatu masalah

    bukan sahaja perlu diselesaikan dengan cepat tetapi juga sempurna

    dan memberi impak terbaik.Cepat di sini bukan bermaksud membuat

    kerja di saat-saat akhir yang bersifat kecemasan tetapi menyegerakan

    tindakan secara terancang , berfokus ,siap siaga tanpa bertangguh.

    Inilah urgensi

    Tuan-tuan dan puan-puan

    Adalah sangat penting setiap organisasi perlu mengenal pasti perkara

    yang urgency dan perkara yang tidak urgensi yang sekadar mendapat

    kepuasan diri atau sekadar rutin kerja sahaja. Kegagalan memberi

    kefahaman yang mendalam bukan sahaja mendatangkan beban dan

    membunuh potensi dan kreativiti ahli organaisasi tetapi juga boleh

    menyebabkan kualiti sesebuah organisasi merudum. Sebagai contoh,

    jika kakitangan JPNT hanya sekadar melaksanakan rutin harian tanpa

    melihat objektif dan hala tuju organisasi yang sebenar maka hasrat JPNT

  • 8/9/2019 Ulasan Buku Sense of Urgency

    5/7

    5

    untuk bersama melonjakkan prestasi pendidikan tidak akan tercapai

    dengan jayanya.

    Kejayaan akan dicapai kerana semua ahli organisasi memberi

    penekanan yang berfokus oleh semua sektor yang berada di JPNT.

    Dalam menggapai kecemerlangan akademik contohnya,bukan sahaja

    Sektor Pengurusan Sekolah perlu membekalkan dan menempatkan guru

    yang berkualiti dan mencukupi tetapi Sektor Pengurusan Akademik perlu

    melatih kemahiran-kemahiran baru dalam penalaan dan penataran

    pengajaran-pembelajaran berfokus.Sementara Sektor Jaminan Kualiti

    memastikan kualiti pengurusan pendidikan berada dalam standard SKPM

    Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan memastikan kemudahan

    fizikal dan kebajikan guru mencapai piawaian yang sepatutnya.Jika

    semua kakitangan setiap sektor dapat memainkan peranan dan

    menwujudkan sense of urgensi proses lonjakan prestasi akademik sebagai

    matlamat sut pasti terjadi dengan sempurna.

    Dalam pengurusan organisasi, kita sering kali tertipu dengan tingkah laku-

    tingkah laku ahli organisasi yang pada pandangan kasar menampakkan

    kesungguhan dan bertenaga bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Kita

    seakan-akan berpuas hati dengan performance yang dizahirkan. Namun

    hakikatnya kita tertipu dengan gelagat ahli organisasi tersebut. Hal ini

    sering berlaku kerana tingkah laku yang begini tidak digerakkan oleh

    tekad yang mendasari hati dan minda untuk bertindak menang. Inisebenarnya lebih kepada dorongan, tekanan yang menimbulkan

    kecemasan dan kemarahan.

  • 8/9/2019 Ulasan Buku Sense of Urgency

    6/7

    6

    IApakah erti sebenar urgency (kehendak menyelesaikan perkara

    dengan cepat)

    1. Melaksanakan sekarang bukannya pada peringkat akhirSekarang bermaksud membuat kemajuan yang nyata setiap hari.

    Iaitu berlaku progress atau perkembangan kerja.

    2. Mencapai sesuatu yang penting pada waktu atau saat ini.3. Sesuatu itu berlaku secara tersusun dan tidak berantakan4. Tindakan yang dilakukan tidak berdasarkan kepada perasaaan

    cemas, kecewa, marah, puas tetapi ditentukan oleh perasaanuntuk bergerak dan menang.

    5. Dengan memahami erti sebenar kehendak orang akan bersediasetiap hari untuk bekerjasama dengan penuh semangat.

    6. Bertindak balas dengan penuh inisitif dan cerdas daripada oranglain.

    7.Mereka mencari berbagai-bagai cara pintar danmelaksanakannya.

    8. Positif dan sangat berfokus melakukan kerja9. Mengelak rasa bosan10.Mengurangkan stress11.Memotivasikan seseorang12.Memberi nilai tambah kepada organisasi13.Tidak membuang masa dengan aktiviti yang tidak relevan

  • 8/9/2019 Ulasan Buku Sense of Urgency

    7/7

    7

    Meneruskan Budaya Urgensi selepas Mencapai Kejayaan

    Budaya sense of urgency tidak hanya berakhir apabila sesebuah

    organisasi telah mencapai sasaran dan kejayaan tetapi budaya ini mesti

    dijadikan amalan nilai dan budaya bagi menggapai keterbilangan

    organisasi tersebut.Sense of urgency diperlukan untuk;

    1. Meramal kehadapan kemungkinan pusingan keperluan terhadapsense of urgency

    2. Merancang untuk menyelesaikan masalah

    3. Kemungkinan atau tidak meramal dan merancang segera

    kombinasi yang tepat untuk mempertingkatkan tektikal melaluirangka kerja ,strategi minda dan hati iaitu:

    3.1 Membawa lebih banyak pandangan luar ke dalam

    orgnasisasi

    3.2 Melaksanakan pelbagai idea baru dan segar

    3.2 Mencetuskan krisis dan fenomena baru

    3.4 Membina kesefahaman dengan ahli organisasi yang masihragu-ragu.

    Tuan-tuan dan puan-puan,

    Kesimpulannya banyak cara, kaedah dan masa untuk kita

    membudayakan sense of urgency dalam organisasi.Justru marilah sama-

    sama kita bertekad membudayakan diri dengan sense of urgency dalam

    kerjabuat kita.