ujian segak

25
Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Ujian 1.2 Pengenalan Ujian 1.2.1 Pelaksanaan Ujian 1.3 Objektif Ujian 1.4 Peranan Ujian 1.5 Peralatan Yang Digunakan 2.0 Prosedur Ujian 7 3.0 Gambar Pelaksanaan Ujian 7 4.0 Analisis Data 8 5.0 Jadual Norma Perbandingan 10 6.0 Dapatan Ujian 11 7.0 Rumusan 13 Bibliografi 14

Upload: saikeung

Post on 20-Oct-2015

238 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Ujian Segak

TRANSCRIPT

Isi Kandungan

1.0Pengenalan11.1 Latar Belakang Ujian1.2Pengenalan Ujian1.2.1 Pelaksanaan Ujian1.3Objektif Ujian1.4Peranan Ujian1.5Peralatan Yang Digunakan2.0Prosedur Ujian73.0Gambar Pelaksanaan Ujian 74.0Analisis Data85.0Jadual Norma Perbandingan106.0Dapatan Ujian117.0Rumusan13Bibliografi14

1.0 Pengenalan

Sukan merupakan antara bidang yang penting kepada negara. Justeru itu, pelbagaipihak perlu memainkan peranan untuk membangunkan sukan. Antaranya, Kementerian Pendidikan memainkan peranan yang amat tinggi dalam bidang ini disebabkan ahli-ahli sukan harus dilatih dan dibangunkan sejak bangku sekolah lagi. Untuk menyediakan atlet yang cemerlang kita tidak dapat lari daripada menempuhi proses dan cabaran yang pelbagai. Antara elemem yang penting dalam pembangunan sukan prestasi kecergasan fizikal atlet merupakan faktor yang utama dalam proses pembangunan dan latihan.

Konsep kecergasan merangkumi pelbagai aspek termasuk aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan itu adalah menyeluruh bagi kesihatan seseorang yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga.

Menurut Falls (1980) dalam Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK), kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagaibagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsifungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007).

Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan ujian kecergasan. Dengan kesedaran peranan kecergasan kepada pembangunan negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan program Malaysia Cergas pada tahun 1985.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut menyumbang ke arah kecergasan dengan kempen bertema mereka. Antara kempen yang berasaskan tingkah laku ialah 1998-Senaman dan Kecergasan, 2000-Kehidupan Keluarga yang Sihat, 2001- Kesihatan Mental dan 2002-Promosi Persekitaran Sihat.

Semakan kurikulum Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tahun 20022004 membawa sedikit perubahan dalam kandungan pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut. Serentak dengan itu juga Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menyediakan Garis Panduan Ujian Kecergasan Fizikal sebagai rujukan dan panduan guru-guru Pendidikan Jasmani untuk melaksanakan ujian tersebut di sekolah-sekolah (Laporan Tahunan PPK, KPM 2005).

SEGAK pula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil SEGAK akan menjadi komponen kecergasan kepada penilaian berasaskan sekolah.

Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

1.1 Latar Belakang Ujian

Satu cara untuk mengenalpasti tahap kecergasan fizikal ahli ialah dengan menjalani ujian kecergasan tertentu yang menggunakan bateri-bateri ujian mengikut komponen yang hendak diuji oleh penguji. Bateri-bateri ujian ini dapat menggukur bahagian-bahagian badan secara khusus dan sistematik yang dapat menunjukkan kemampuan seseorang ahli sukan mengikut komponen kecergasan fizikal.

Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran.Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam.

Terdapat dua komponen utama kecergasan iaitu :

i. Komponen Kecergasan Kesihatan.Komponen kecergasan kesihatan melibatkan kecergasan kardiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan dan daya tahan otot kelenturan serta komposisi badan

ii. Komponen Kercergasan Perlakuan Motor.Komponen kecergasan perlakuan motor melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan yang diklasfikasikan sebagai kecergasan motor.

Secara ringkas, Kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi 5 komponen iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan dan komposisi badan. Kecergasan berlandaskan perlakuan motor merangkumi 6 komponen bagi tujuan khusus dalam kehidupan iaitu koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindakbalas dan kepantasan.

Dengan itu, ujian kecergasan fizikal juga boleh dibahagikan kepada: Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor

Contoh contoh bateri ujian untuk komponen masing-masing seperti berikut:

a) Contoh Bateri Ujian Kecergasan Berasaskan Kesihatan

Komponen KecergasanBateri Ujian

Daya tahan kardiovaskularCooper (larian/berjalan 12 minit)

Kekuatan OtotBangkit tubi berperingkat

Daya tahan ototTekan tubi

KelenturanDuduk jangkauan melunjur

Komposisi badanUkuran lilitan badan

b) Contoh Bateri Ujian Kecergasan Berasaskan Perlakuan Motor

Komponen KecergasanBateri Ujian

KelajuanLari pecut 30m

ImbanganDirian bangau

Ketangkasani. Lompat kuadronii. Illinois

Kuasai. Lompat jauh berdiriii. Lontar bola keranjang

Masa tindak balasNelson Choice-Response-Movement

Kordinasii. Menggelecek bola dengan tanganii. Menggelecek bola dengan kaki

1.2 Pengenalan Ujian

Sebagai Guru Pendidikan Jasmani, satu bentuk ujian untuk mengukur komponen kecergasan berasaskan kesihatan telah dirancang dan ditadbirkan untuk pelajar kelas tahun 5 yang seramai 16 orang. Ujian yang dipilih adalah ujian berasaskan kesihatan iaitu ujian untuk menguji kelenturan. Ujian tersebut dikenali sebagai ujian kelenturan di mana dilakukan untuk mengenalpasti individu yang mempunyai sedikit pergerakan sendi. Kelenturan juga selalunya digunakan untuk mengukur tujuan diagnostik. Ramai guru Pendidikan Jasmani percaya bahawa persembahan kelenturan boleh diukur dengan menggunakan gred.

Ujian ini turut dikenali sebagai ujian kelembutan yang dikenali sebagai kebolehan mengerakkan badan dan bahagian-bahagiannya melalui satu julat pengerakkan tanpa rintangan (strain) kepada artikulasi dan lekatan otot (Johnson & Nelson, 1986).

Untuk tujuan klinikal penilaian kelenturan, alat seperti Leighton Flexometer, elektrogoniometer dan goniometer digunakan. Ujian ini menyediakan ukuran lurus dan menggunakan pita pengukur, pembaris dan kayu pengukur. Terdapat dua jenis ujian kelenturan lurus:a) Ujian kelenturan relative Berhubung dengan kepanjangan dan keluasan di sesetengah bahagian badanb) Ujian kelenturan mutlak Mengukur pergerakan dan bertujuan untuk persembahan mutlak

Tiga jenis pengukuran kelenturan atau bateri ujian adalah seperti berikut:

a. Ujian Jangkauan Melunjur

Ujian ini mengukur kelenturan di bahagian bawah belakang dan atas paha. Subjek kena duduk di alat ujian dengan lutut lurus, data dan badan tegak. Subjek perlu memanjangkan tapak tangan seberapa yang mungkin dengan cubaan 3 kali. Catatan terhadap berapa jarak yang boleh dicapai dibuat dalam cm.

b. Ujian Trunk dan Tengkuk ( Johnson dan Nelson 1986 )

Ujian ini mengukur kebolehan untuk memanjangkan trunk. Subjek perlu duduk di kerusi keras, ukur jarak pada hujung hidung ke tempat duduk. Tiga angkatan terbaik dicatat.

c. Ujian Angkatan Bahu ( Miller dan Alien 1990 )Ujian ini mengukur kelenturan bahu.

Antara pelbagai jenis ujian kelenturan ini, Ujian Jangkauan Melunjur dipilih sebagai ujian yang dilaksanakan terhadap murid-murid Tahun 5 tersebut.

1.2.1Pelaksanaan Ujian

Ujian : Jangkauan Melunjur

Tempat : Sek. Keb. Permatang MerahSampel : Murid Tahun 5 iaitu Tahap DuaBilangan responden : 16 orang (7 lelaki dan 9 perempuan)Tarikh : 28 Februari 2013Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagiLimitasi: Murid yang kurang sihat dikecualikan daripada melakukan ujian ini.

1.3Objektif Ujian

Objektif-objektif pelaksanaan ujian adalah:

Murid-murid dapat,1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal; 2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah; 3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu; 4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan 5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

1.4 Peranan Ujian

Tujuan utama ujian Jangkauan Melunjur ini adalah untuk mengukur fleksibiliti bahagian belakang badan, paha dan sendi pinggul( lower back and poster thighs). Ujian ini memerlukan pelajar menjangkau kehadapan semaksimum yang mungkin dengan menggunakan kotak jangkauan melunjur untuk mengukur fleksibiliti pada otot hamstring.

Menurut Holt et al (1996) di dalam jurnalPresedents Council on Physical Fitness and Sports,Richest Digest, fleksibiliti bermaksud nilai intrinsik tisu tubuh yang mana ia menentukan jarak pergerakan yang boleh dicapai tanpa mengalami kecederaan pada sendi dan kumpulan sendi.

Kebanyakan senaman berkait rapat dengan program sukan bagi memperkembangkan komponan fleksibiliti kerana fleksibiliti dianggap penting bagi menjalankan pergerakan atau aksi yang selamat dan efektif. (Knudson, 2000). Di samping itu, tahap kelenturan yang baik dapat memberikan kebaikan kepada seseorang individu jika latihan dilakukan mengikut kaedah yang betul dan berkesan.

Antara faedah memiliki kelenturan yang baik:1.Meningkatkan prestasi dalam sukan2.Mengurangkan risiko kecederaan3.Menambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah4.Meningkatkan kualiti daya tahan, kekuatan dan ketangkasan5.Mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja6.Mewujudkan rasa selamat dan selesa semasa melakukan aktiviti.1.5 Peralatan Yang Digunakan

Alat-alatan :

i. Alat Pengukur Jangkauan ii. Borang Skoriii. Pensel

2.0 PROSEDUR UJIAN

i. Murid dikehendaki melakukan regangan dan memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti.ii. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tapak kaki diletakkan di belakang penanda 23cm. iii. Kedua-dua kaki mesti lurus sepanjang ujian. Rakan boleh memegang lutut.iv. Tapak tangan kanan ditindih atas sebelah tapak tangan kiri atau sebaliknya, ikut keselesaan. Pastikan hujung jari tengah sama.v. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.vi. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat, baru jarak boleh dikira, ukuran tidak boleh diambil kalau tersentap-sentap.vii. Murid diberi tiga percubaan. Percubaan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter terhampir (bundarkan ke nombor bulat)viii. Murid yang memegang lutut mestilah tidak mengganggu.ix. Selepas ujian siap dilaksanakan, aktiviti menyejukkan badan dilakukan.

3.0Gambar Pelaksanaan Ujian

4.0 Analisis Data Murid kelas Tahun 5 ini berumur 11 tahun maka skor Jangkauan Melunjur adalah berdasarkan skor pada 11 tahun untuk lelaki dan perempuan masing-masing.

Skor Jangkauan Melunjur adalah seperti berikut:

Borang Skor Jangkauan Melunjur Kelas : Tahun 5 Tarikh : 28 Februari 2013

BilNamaJantinaBacaan SkorGred

1AHMAD SYARAF B. AHMAT DAUDL324B

2ANISSA CARREYP263C

3BONG SIN JOOP131E

4CHEALSEE BEATRICP181E

5CHOK HSUEH CHINP141E

6CHONG CHEE ONNL283C

7DESYLEO THAYP253C

8ELICSION MUMENL212D

9ERIC CHONG YU CHENL242D

10JOHN TSAI SZE JINL293C

11KELLY SOO JIA YINGP293C

12RISMAS AK GERETAP293C

13SWAYLIN SAITP283C

14SYLVESTER MARTINL192D

15SYLVIA TIMPAP253C

16THOMAS DE GABRIELL273C

Suatu analisis data telah dijalankan ke atas skor-skor yang diperolehi di atas dengan MS Excel. Rujuk lampiran 1 untuk cara kerja pengiraan. Hasil pengiraan adalah seperti berikut:

a) Analisis Data Keseluruhan

ModMinSisihan PiawaiMaksimum

2924.195.63582332

b) Analisis data untuk skor lelakiModMinSisihan PiawaiMaksimum

-25.714.60848132

c) Analisi data untuk skor perempuanModMinSisihan PiawaiMaksimum

25236.32455529

Analisis data di atas menunjukkan, ujian jangkauan melunjur ini memberi bacaan min keseluruhan sebanyak 24.19 iaitu pada skor 2. Bacaan mksimum adalah 32 di kalangn 16 pelajar dalam kelas ini.

Analisis turut dibuat ke atas jantina masing-masing, di mana pelajar lelaki mencatatkan bacaan min sebanyak 25.17 berbanding dengan bacaan min pelajar perempuan yang 23 sahaja. Keadaan ini menunjukkan secara purata, pelajar lelaki mempuyai kelenturan yang lebih tinggi berbanding dengan perempuan. Pelajar lelaki mencatatkan bacaaan maksimum sebanyak 32 di mana perempuan pula mencatatkan bacaan maksimum 29 sahaja. Tambahan pula, sisihan piawai pelajar lelaki yang sebanyak 4.6 adalah lebih rendah daripada sisihan piawai perempuan yang 6.3. Ini bermakna, jurang perbezaan kelenturan di kalangan pelajar perempuan adalah lebih besar daripada pelajar lelaki.

5.0 Jadual Norma Perbandingan

SkorUmur/Jantina 54321

10 TahunLelaki37 ke atas32-3625-3119-2418 ke bawah

Perempuan35 ke atas30-3424-2918-2317 ke bawah

11 TahunLelaki39 ke atas 32-3825-3118-2417 ke bawah

Perempuan36 ke atas31-3525-3019-2418 ke bawah

12 TahunLelaki39 ke atas32-3825-3119-2418 ke bawah

Perempuan38 ke atas32-3725-3120-2419 ke bawah

SKORULASANCADANGAN AKTIVITI

5Tahniah. Teruskan dengan melakukan aktiviti mematuhi prinsip latihan.

Lakukan aktiviti kelenturan

4Tahap kelenturan anda baik dan boleh dipertingkatkan lagi.

Tingkatkan usaha untukmencapai tahap cemerlangseperti aktiviti kilas pinggandan tengkuk

3Tahap kelenturan anda pada tahap sederhana dan perlu berusaha lagi.

Tahap kecergasan yang lebihbaik boleh dicapai denganmelakukan aktiviti sepertiberenang dan senamrobik.

2Gandakan usaha anda Tingkatkan tahap pencapaianyang dikehendaki denganmelakukan aktiviti duduk dankilas pinggan lebih kerap

1Tahap kelenturan anda mesti diperbaiki.

Perlu melakukan aktiviti yangmelibatkan kelenturan lebihkerap seperti lentik belakangdan bangkit tubi.

Skor54321

GredABCDE

Jadual Norma Perbandingan di atas memaparkan jadual unntuk murid-murid berumur 10, 11 dan 12 tahun yang digunakan dalam ujian SEGAK dan dipetik daripada panduan perlaksnaan aktiviti tersebut. Pelajar-pelajar tahun 5 ialah pelajar yang berumur 11 tahun maka skor 11 tahun yang akan dirujuk. Tahap skor dan gred dipakai bersama dengan bacaan jangkauan melunjur. Skor-skor turut dipadankan dengan gred-gred. Untuk mendapat skor 1 pelajar lelaki memerlukan bacaan sekurang-kurangnya 17 untuk lelaki dan 18 untuk perempuan. Skor 2 pula, untuk lelaki ialah bacaan 18-24 perempuan ialah 19-24. Skor 3 memerlukan 25-31 untuk lelaki dan 25-30 untuk perempuan. Bacaan 32-38 melayakkan lelaki untuk mendapat skor 4 manakala perempuan hanya memerlukan bacaan 31-35 untuk skor 4. Untuk mendapatkan skor 5 iaitu cemerlang lelaki perlu mencapai bacaan 39 dan ke atas manakala perempuan perlu bacaan 36 dan ke atas. Di samping itu, skor tersebut turut dipadankan dengan gred A sampai gred E. Di mana Gred A ialah cemerlang yang sama pencapianannya dengan skor 5 dan gred E adalah pencapaian paling rendah yang sama dengan skor 1. Penafsiran data mengenai murid-murid tahun 5 yang menjalankan ujian ini akan dibincangkan di bahagian dapatan yang melibatkan perolehan skor dang red mereka masing-masing.6.0Dapatan Ujian

Di dalam bahagian ini merupakan penerangan beberapa aspek berdasarkan hasil dapatan ujian. Pelajar lelaki mencatatkan bacaan min yang lebih tinggi daripada perempuan iaitu 25.17 berbanding dengan 23. Kesimpulan boleh dibuat dengan mengatakan kelenturan murid lelaki adalah lebih baik daripada murid perempuan ini disebabkan murid lelaki lebih aktif dan sering melakukan aktiviti lasak.

JantinaSkorLelakiPerempuan

410

336

230

103

Merujuk graf di atas, kedua-dua pelajar-pelajar lelaki dan perempuan mencatatkan min purata yang rendah. Terdapat 3 orang pelajar perempuan yang mencatatkan bacaan 18 dan ke bawah iaitu skor 1. Berdasarkan jadual norma perbandingan, skor 1 menunjukkan tahap kelenturan yang mesti diperbaiki. Pelajar dalam kategori ini perlu melakukan aktiviti yang melibatkan kelenturan lebih kerap seperti lentik belakang dan bangkit tubi. Terdapat 3 orang lelaki yang tergolong dalam kumpulan skor 2 iaitu memerlukan pelajar tersebut meningkatkan tahap pencapaian yang dikehendaki dengan melakukan aktiviti duduk atau kilas pinggan lebih kerap. Kebanyakkan pelajar iaitu seramai 9 orang mencatatkan skor 3 iaitu tahap sederhana dan perlu berusaha lagi dengan melakukan aktiviti seperti berenang dan senamrobik. Seorang pelajar yang mencatatkan skor tertinggi iaitu skor 4. Dia boleh tingkatkan usaha untuk mencapai tahap cemerlang iaitu skor 5 seperti aktiviti kilas pinggan dan tengkuk. 7.0 Rumusan

Pendek kata, ujian jangkauan melunjur ini dilakukan dan dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Namun begitu keeshan ujian ini mungkin diduga kerana membawa kepada analisis yang kurang bertepatan antara individu atas sebab ukuran panjang tangan, kaki dan tulang belakang yang berbeza.Walaubagaimanapun, hasil ujian ini tetap boleh menjadikan suatu penilaian dan rujukan kepada guru-guru pendidikan jasmani yang membimbing murid-murid tersebut dalam apa bentuk senaman mahupun aktiviti yang amat memerlukan kelenturan badan. Pergerakan manusia mustahil tanpa komponen kecergasan yang dinamakan fleksibiliti. Maka, ujian ini penting untuk mengingatkan para athlete untuk meningkatkan tahap kelenturan yang sepatutnya supaya meningkatkan prestasi dalam sukan dan pada masa yang sama mengurangkan mengalami kecederaan atau kesakitan.

Bibliografi

Falls. (1980). Teori and Methodology of Traning. New York. Humans Kinetick Publisher.Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) Sekolah Rendah Dan Menengah Malaysia (2007). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Modul Garis Panduan Ujian Kecergasan Fizikal di Sekolah. (2002). Pusat Perkembangan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Laporan Tahunan. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Borhan Yusof (2008). Sukan mempertahankan diri. Penerbitan PCT. Selangor Darul Ehsan.

Johnson BL, Nelson JK (1986). Practical measurements for evaluation in physical education (4thed). Burgess Publishing Company, Minneapolis, MN

Holt et al (1996). Presedents Council on Physical Fitness and Sports,Richest Digest. Indiana University

Knudson, D., Magnusson (2000). Current issues in flexibility fitness. Presidents Council on Physical Fitness and Sports Research Digest, 3(9): 1-8.

LAMPIRAN

17