ucs101 bab7.klasif.proses.sebab

Upload: nur-zieyma

Post on 02-Mar-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    1/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    1

    BAB 7: ESEI KLASIFIKASI, ESEI PROSES & ESEI SEBAB-KESAN

    Bab ini akan membincangkan TIGA lagi jenis esei; iaitu Esei Klasifikasi, Esei ProsesdanEsei Sebab-Kesan. Ketiga-tiga jenis esei ini digunakan untuk menganalisis sesuatu

    fenomena, isu atau peristiwa, iaitu memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil

    dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur berkenaan. Contohnya, Implikasi

    globalisasi kepada negara-negara Asia Tenggara, Kejadian tsunami, Kesan kepanasan

    global, Punca obsesiti di kalangan rakyat Malaysia; dan sebagainya. Tajuk-tajuk seperti inimemerlukan anda menganalisis isu yang dikemukakan. Kemahiran menganalisis sesuatu

    adalah sangat penting dalam penulis akademik. Dalam kebanyakan kursus-kursus yang anda

    mengikuti pada peringkat sarjana muda, anda dikehendaki menulis esei-esei yang

    menganalisis sesuatu. Dalam sesuatu esei itu, anda mungkin dikehendaki mengklasifikasi

    fakta-fakta yang dikaji atau menerangkan sesuatu proses atau menjelaskan sebabnya berlaku

    sesuatu fenomena atau memerihalkan kesan sesuatu isu, fenomena atau peristiwa (LihatRajah di bawah).

    Diakhir Bab ini anda akan dapat:

    Menerangkan ciri-ciri esei klasifikasi

    Menulis esei klasifikasi

    Menjelaskan ciri-ciri esei proses

    Menulis esei proses

    Menerangkan ciri-ciri esei sebab-kesan

    Menulis esei sebab-kesan

    7.1 PENGENALAN

    ANALISIS ProsesKlasifikasi

    Sebab-Kesan

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    2/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    2

    Kita bermula dengan esei klasifikasi. Apakah yang

    maksudkan dengan klasifikasi? Klasifikasi berasal daripada

    perkataan Bahasa Inggeris Classification yang ditakrifkan

    sebagai kegiatan membahagikan objek, peristiwa atau

    fenomena kepada beberapa kumpulan dan setiap objek,

    peristiwa, atau fenomena dalam seuatu kumpulan ataukategori mempunyai ciri-ciri yang sama. Contohnya,

    kenderaan boleh diklasifikasikan kepada Kenderaan Jepun,

    Kenderaan Jerman dan Kenderaan Perancis. Lihat Jadual

    di bawah.

    Tujuan mengklasifikasi ialah untuk memudahkan perbincangan mendalam. Esei klasifikasi

    digunakan untuk menjadikan perbincangan lebih jelas dan untuk mengelak kekeliruan apabila

    beberapa perkara, peristiwa, objek atau fenomena dibincangkan serentak. Esei klasifikasi

    kerap digunakan di universiti untuk menggalakkan pelajar mengorganisasi idea-idea mereka

    semasa menulis. Esei klasifikasi lebih mudah difahami dan dapat menarik perhatian pembaca.

    Kenderaan Jepun Kenderaan Jerman Kenderaan Itali

    Toyota, Honda, Nissan Volkswagen, Mercedes, BMW Fiat, Alfa Romeo, Lancia

    7.2 ESEI KLASIFIKASI (Classification Essay)

    Bahan-Bahan

    Membuat Pizza

    Esei Klasifikasi

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    3/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    3

    Lihat Rajah di halaman sebelum ini. Tahukah anda bagaimana mengklasifikasi jenis-jenis

    pizza? Empat jenis pizza yang ditunjukkan boleh diklasifikasikan atau dikategorikan menurut

    bahan-bahan yang digunakan dalam membuat sesuatu jenis pizza. Contohnya, pizza

    pepperoni mempunyai kepingan sosej kering berwarna merah dan merupak satu jenis atau

    kategori pizza.

    LANGKAH 1: PENGENALAN

    Dalam Pengenalan, nyatakan dengan jelas tajuk dan memperincikan tajuk kepada kumpulanatau kategori yang akan digunakan dalam esei. Juga terangkan tujuan esei untuk menarik

    perhatian pembaca. Diakhir perenggan Pengenalan, pastikan anda nyatakan pernyataan

    tesis dengan menerangkan jenis atau kategori yang anda ingin memperluaskan. Contohnya,

    anda dikehendaki menulis satu esei bertajuk Pencemaran Alam Sekitar di Kuala Lumpur.

    Berikut ini ialah contoh Pengenalan. Perhatikan bahawa pernyataan tesis dinyatakan

    diahir perenggan Pengenalan. Dinyatakan bahawa tiga jenis pencemaran akan

    dibincangan.

    LANGKAH 2: Menentukan Prinsip atau Kriteria Klasifikasi

    7.3 PROSEDUR MENULIS ESEI KLASIFIKASI

    PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KUALA LUMPUR

    Pengenalan

    Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk

    Kuala Lumpur, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan tidak dapat

    dielakkan. Kegiatan-kegiatan ini telah mengakibatkan kesan pencemaran alam.

    Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan

    hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya

    keselesaan atau kemandirian kehidupan. Pencemaran di Kuala Lumpur dapat

    dikategorikan dan disenaraikan kepada tiga jenis pencemaran alam; iaitu

    pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi.

    PENYATAAN TESIS

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    4/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    4

    Mengelas, mengkategori, melonggok atau mengumpul dengan cara yang logikal ialah

    langkah yang paling penting dalam penulisan esei klasifikasi. Apabila mengklasifikasi

    sesuatu anda memerlukan prinsip atau kriteria klasifikasi yang memandu prosedur

    klasifikasi. Contohnya, batuan yang terdapat pada permukaan bumi boleh diklasifikasikan

    kepada tiga jenis umum, iaitu batuan igneus, batuan sedimen (atau mendak) dan batuan

    metamorf (atau jelmaan). Bagi contoh ini, prinsip atau kriteria klasifikasi ialah bagaimana

    batuan itu terbentuk.

    Dengan merujuk kepada tajuk esei Pencemaran Alam Sekitar di Kuala Lunpur, p rinsip atau

    kriteria klasifikasi ialah punca pencemaran alam sekitar dan TIGA punca pencemaran

    alam sekitar dikenal pasti yang terdiri daripada:

    1. Punca pencemaran udara

    2.

    Punca pencemaran air

    3. Punca pencemaran bunyi

    Pastikan setiap kumpulan atau kategori yang dikenal pasti diberikan nama yang spesifik

    seperti di atas. Pastikan juga anda menggunakan hanya SATU PRINSIP KLASIFIKASI

    dalam sesuatu esei; iaitu punca pencemaran. Juga, pastikan sesuatu ciri hanya dikategorikan

    dalam satu kumpulan. Contohnya, asap yang dilepaskan oleh kenderaan adalah punca

    pencemaran udara dan diletakkan dalam kategori pencemaran udara dan bukan dalam

    kategori lain. Bagaimana pun, kenderaan juga merupakan punca pencemaran bunyi dan

    diletakkan dalam kategori pencemaran bunyi.

    LANGKAH 3: Memerihalkan Setiap Kategori, Kumpulan atau Jenis

    Seterusnya, anda dikehendaki memerihalkan ciri-ciri setiap kumpulan atau kategori.

    Contohnya, untuk kategori Punca Pencemaran Udara anda mungkin membincangkan

    berikut:

    Perenggan 1: Punca Pencemaran Udara

    Kaji dengan teliti kumpulan klasifikasi berikut dan gariskan kategori yang

    bukan sebahagian kumpulan berkenaan:

    Pegawai Polis: sarjan, koporal, konstabel, kerani

    Senaman: aerobik, melangsingkan badan, bermain bola, bermain tenis

    Bahasa: semitik, austronesia, purba, dravidian

    Pengangkutan: air, udara, keretapi, darat

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    5/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    5

    Definisi pencemaran udara

    Asap daripada kenderaan & kilang

    Gas karbon dioksida, sulfar dioksida

    Jerubu, hujan asid & pemanasan bumi

    Perenggan 2: Punca Pencemaran Air

    Definisi pencemaran air

    Pembuangan sisa toksik daripada kilang, hotel

    Sungai dan, tasik tercemarmenjejas kehidupan dalam air

    Pembuangan najis ternakan ke sungai dan tasiktidak dirawat

    Perenggan 3: Punca Pencemaran Bunyi

    Definisi pencemaran bunyi Bunyi kenderaan, kapal terbang, keretapi, kilang & pembinaan

    Gangguan kepada pendudukstres, gangguan tidur, kehilangan kedengaran

    Peningkatan penyakitdarah tinggi

    Berikan contoh-contohyang sesuai untuk menyokong ayat topiksetiap perenggan.

    LANGKAH 4: Bezakan Satu Kategori daripada Kategori Lain

    Bincangkan ciri-ciri Kategori Dua dengan membandingnya dengan ciri-ciri Kategori Satu. Inimemberitahu pembaca tentang perbezaan dan persamaan di antara dua kategori berkenaan.

    Contohnya, bincangkan perbezaan dan persamaan di antara Punca Pencemaran Udara

    dengan Punca Pencemaran Air di Kuala Lumpur. Eesi klasifikasi juga memiliki ciri-ciri esei

    perbandingan yang akan dibincangkan dalam Bab 8.

    Penanda Wacana yang sesuai ialah:

    Namun demikian pencemaran udara

    Bagaimana pun, seperti pencemaran air

    Jika dibandingkan dengan pencemaran bunyi .

    Selari dengan pencemaran udara .

    LANGKAH 5: Kesimpulan atau Penutup

    Nyata semula kategori, kumpulan atau jenis (iaitu pencemaran udara, pencemaran air &

    pencemaran bunyi) yang dibicangkan untuk menjawab Pernyataan Tesis dalam perenggan

    Pengenalan.

    Penanda Wacana yang sesuai ialah:

    Sebagai penggulangan

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    6/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    6

    Kesudahannya

    Ringkasannya .

    Kini kita membincangkan tentang lagi satu jenis esei yang

    memerlukan penulis memecah sesuatu idea, isu, objek atau

    peristiwa kepada beberapa tahap, langkah atau peringkat.

    Jenis penulisan ini dipanggil esei proses.Proses berasal

    daripada perkataan Bahasa Inggeris

    process yang ditakrifkan sebagai satu siritindakan atau urutan langkah-langkah yang

    menghasilkan sesuatu atau mencapai

    sesuatu. Jadi esei prosesbertujuan untuk

    mengajar pembaca bagaimana melakukan

    sesuatu atau bagaimana sesuatu berlaku.

    Contohnya, bagaimana menyediakan gas

    oksigen dalam makmal atau bagaimana

    menyelesai masalah fizik atau bagaimana

    membuat kuih lapis. Lazimnya, sesuatu

    esei proses ditulis mengikuti urutuan kronologi. Eesi proses digunakan dalam bidang-bidang

    seperti sejarah, sains, psikologi, sosiologi, pendidikan dan lain-lain.

    LANGKAH 1: Memahami Pembaca

    Tentukan siapakah pembaca

    Terangkan pentingnya pembaca memahami proses berkenaan

    Memperkenalkan proses dan nyatakan Pernyataan Tesis yang menerangkanlangkah-langkah proses

    7.4 ESEI PROSES (Process Essay)

    7.5 PROSEDUR PENULISAN ESEI PROSES

    Rujuk kepada rangka esei Pencemaran Alam Sekitar di Kuala Lumpur di atas

    dan:

    a) Nyatakan aya topik untuk perenggan Pencemaran Udara

    b) Nyatakan ayat topik untuk perenggan Pencemaran Air

    c) Nyatakan ayat topik untuk perenggan Pencemaran Bunyi

    Esei Proses

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    7/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    7

    Senaraikan bahan, perkakas atau peralatan yang diperlukan oleh pembaca

    Pastikan pengetahuan sedia ada yang diperlukan oleh pembaca

    Menentukan langkah-langkah awal yang perlu dilakukan oleh pembaca

    LANGKAH 2: Proses atau Urutuan

    Sekiranya, pembaca memerlukan peralatan atau perkakas tertentu, nytakannya

    dalam perenggan awal. Contohnya, jika esei anda ialah tentang cara penyediaan

    oksigen, perkakas dan peralatan serta bahan kimia tertentu diperlukan sebelum

    proses dapat dimulakan.

    Susun langkah-langkah sesuatu proses secara kronologiContohnya, pertama......,

    kedua........., ketiga.......... dan seterusnya.

    Susunan kronologi adalah penting untuk memudahkan pembaca mengikuti danmengulangi langkah-langkah tersebut

    Pastikan proses itu terdiri daripada peringkat-peringkat yang lengkap. Contohnya,

    jika sesuatu proses terdiri daripada enam peringkat, pastikan anda tidak

    menyenaraikan hanya empat peringkat.

    Rajah di atas, adalah proses perkembangan kognitif yang dicadangakan oleh JeanPiagat yang terdiri daripada EMPAT Peringkat. Peruntukkan satu perenggan untuk satu tahap

    atau peringkat

    Peringkat Operasi Konkrit [7-11 tahun]

    Peringkat Pra-Operasi [2-7 tahun]

    Peringkat Operasi Formal [> 11 tahun]

    Peringkat Sensorimotor [0-2 tahun]

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    8/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    8

    Pada peringkat kedua, yang dipanggil peringkat pra operasi ketika kanak-kanak

    berumur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental.

    Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat dan gambar. Antara kebolehan lain yangdiperoleh pada peringkat ini ialah permainan membayangkan seperti mengambil watak

    kartun atau karakter popular seperti spiderman, power rangers, serta meniru perlakuan

    doktor, guru dan sebagainya. Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini

    menunjukkan sikap egosentrik yang bermaksud, mereka melihat dan memahmi

    persekitaran melalui persperktif sendiri. Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan

    berfikir secara logik walaupun pemikiran masih terikat dengan situasi yang konkrit.

    Pada peringkat keempat yang dipanggil operasi formal, kanak-kanak berumur 11

    tahun ke atas mula menguasai proses pengelasan. Dalam kemahiran ini, kanak-kanak

    dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri.

    Contohnya, mereka boleh mengelas mengikut ciri, warna, saiz dan sebagainya. Kini

    mereka boleh memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada

    persepsi mereka. Mereka sudah boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan-

    rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.

    Pada peringkat ini yang dipanggil peringkat operasi konkrit, kanak-kanak berumur7 hinggan 11 tahun boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat

    jangkaan atau andaian berdasarkan fata dan pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada

    bahan-bahan konkrit. Antara ciri-ciri pemikiran secara formal yang dilalui seperti berfikir

    secara abstrak, sistematik dan boleh membuat hipotesis. Pada peringkat ini, kanak-kanak

    mula menerima pendapat orang lain.

    Peringkat pertama, bayi yang baru lahir sehingga 2 tahun, menggunakan deria

    dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Contohnya, bayi

    menggunakan mulut untuk merasa objek dan mengkoordinasi mata dan tangan untuk

    mencapai objek. Peringkat sensori motor adalah peringkat yang mana kanak-kanakmengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema bagi

    membolehkan mereka meneroka dan mengetahui persekitaran mereka. Pada peringkat

    akhir sensori motor, kanak-kanak akan meniru tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan.

    Contohnya: meniru perlakuan melambaikan tangan.

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    9/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    9

    Contoh penanda wacana yang sesuai untuk esei proses ialah:

    Pertama

    Kedua

    Seterusnya . Kemudian .

    Akhir sekali

    Ekoran daripada itu ..

    LANGKAH 3: Menerangkan Istilah

    1. Sesuatu tahap atau peringkat mungkin terbahagi kepada langkah-langkah kecil

    2.

    Terangkan setiap peringkat atau tahap

    LANGKAH 3: Kesimpulan

    1.

    Kesimpulan mungkin tidak diperlukan untuk bagi esei proses yang pendek atau

    mudah

    2.

    Menyemak semula langkah-langkah atau prosedur umum

    3.

    Peneguhan pernyataan tesis dengan meringkas langkah-langkah atau prosedur

    serta menjelaskan signifikannya

    a) Apakah tujuan menulis esei proses?

    b) Bagaimana esei proses berbeza daripada esei klasifikasi?

    c) Senaraikan proses:

    Melangsingkan badan

    Membuat sup kambing

    Menukar tayar kereta Menanam bunga orkid

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    10/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    10

    Gambar di atas menunjukkan sebuah kereta yang terbakar.

    Sudah tentu pihak bomba ingin mengetahui apakah yang

    menyebabkan kereta itu tiba-tiba terbakar di tengah jalan.

    Apabila kita menganalisis sebab berlakunya sesuatu,

    kita ingin memahami apakah yang membawa kepada

    kejadian sesuatu. Setiap hari kita cuba memahami

    mengapakah sesuatu berlaku. Misalnya, mengapakah

    berlakunya tanah runtuh, mengapakah kemalangan kerap

    berlaku di persimpangan itu atau mengapakah penduduk di

    Taman Bahagia kerap diserang penyakit denggi. Kita ingin

    mengetahui menyebab sesuatu berlaku kerana kita ingin

    mencegah ia berlaku lagi sekali. Kerap kali penulis

    diminta menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa atau

    perkara berlaku.

    Selain menulis tentang sebabnya berlakunya sesuatu, anda

    juga mungkin dikehendaki menulis tentang kesan daripada sesuatu kejadian. Contohnya,

    kerajaan yang ingin memotong cukai pendapatan perlu mengkaji dengan teliti kesan tindakan

    tersebut. Mungkin ia akan mengglakkan perbelanjaan oleh rakyat yang akan mempunyai

    lebih banyak wang dan seterusnya memajukan ekonomi domestik. Sebaliknya, pemotongan

    cukai akan mengurangkan pendapatan kerajaan dan seterusnya perbelanjaan untuk

    pembangunan oleh kerajaan akan berkurangan.

    7.6 ESEI SEBAB-KESAN

    Esei Sebab-Kesan

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    11/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    11

    Lihat Rajah di bawah. Harga minyak telah meningkat. Apakah sebab harga minyak naik?

    FENOMENA SEBAB KESAN

    Salah satu sebab kenaikan harga minyak ialah perang di Timur Tengah. Apakah kesandaripada kenaikan harga minyak? Kesan daripada kenaikan harga minyak ialah kenaikan

    harga barangan, kenaikan kos pengangkutan, kerajaan terpaksa menambah subsidi minyak

    dan pekerja mungkin meminta kenaikan gaji. Berikut ini ialah satu contoh format esei sebab-

    kesan:

    Pengenalan

    Latar belakang topik

    Fokus kepada penghujahan

    Tujuan esei

    Memerihalkan tentang SEBAB

    Ciri-ciri sebab1

    Ciri-ciri sebab 2

    Ciri-ciri sebab seterusnya ..........................

    Ilustrasi / contoh setiap sebab

    Memperkenalkan kaitan di antara sebab dan kesan

    Memerihalkan tentang KESAN

    Kesan yang spesfiko Kesan 1

    o Kesan 2

    o Kesan 3

    o Kesan seterusnya .........................

    Ilustrasi / contoh setiap kesan

    Analisis kaitan di antara sebab dan kesan

    Kepentingan analisis kaitan ini

    Kesanjangka pendek & jangka panjang

    Cadanganapakah tindakan yang boleh diambil

    Harga

    minyak

    meningkat

    Perang di

    Timur

    Tengah

    Harga barangan naik

    Kos pengangkutan naik

    Bertambah subsidi minyak

    Pekerja meminta kenaikan gaji

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    12/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    12

    Kesimpulan

    Membuat rumusanmengulang pernyataan tesis

    Rayuan penulisbagaimana ia mempengaruhi pembaca

    TIGA JENIS ESEI SEBAB-KESAN

    a) Pelbagai Sebab dan Kesan

    Apabila kita menganalisis sebabnya berlaku sesuatu, kita mungkin dapati bahawa terdapat

    beberapa faktor atau pelbagai sebab yang menyumbang kepada kejadian sesuatu peristiwa.

    Bilangan faktor yang menyebabkan sesuatu kesan tertakluk kepada kompleksiti masalah.

    Lihat Rajah di bawah. Obesiti (kesan) ialah suatu masalah yang kompleks disebabkan oleh

    pelbagai faktor.

    SEBAB KESAN

    Makan berlebihan adalah hanya satu faktor ang menyebabkan obesiti. Sesetengah orang

    adalah gemuk disebabkan oleh kadar metabolik yang rendah yang menyebabkan lemak

    berlebihan berkumpul dan menambahkan berat badan. Bagi orang lain pula, obesiti

    disebabkan kekurangan enzim tertentu yang menghalang seseorang terus makan setelah dia

    mendapat makanan yang cukup.

    Apabila anda menulis esei jenis ini, pastikan anda mengkaji dengan teliti setiap sebab atau

    faktor:

    Peruntukkan satu perenggan untuk setiap sebab atau faktor Sususn setiap perenggan menurut:

    o kebiasaanatau kelaziman(ketara hingga tidak ketara)

    o menarik(menarik hingga kurang menarik)

    o kepentingan(penting hingga kurang penting)

    Kebanyakan faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu perkara, peristiwa atau fenomena

    adalah berkaitan. Contohnya, faktor atau insiden yang mencetuskan Perang Dunia Pertama

    ialah pembunuhan Raja Ferdinand pada 28 Jun, 1914 oleh seorang keturunan Serbia (Lihat

    Gambar dihalaman sebelah). Bagaimana pun, insiden ini tidak mungkin mencetuskan Perang

    Dunia Pertama, jika faktor-faktor lain tidak wujud seperti kebangkitan nasionalisme,pemusuhan ekonomi, pemusuhan ketenteraan, imperialisme dan sebagainya. Pembunuhan

    Kekurangan senaman

    Faktor keturunan

    Makan berlebihan

    Kadar metabolik yang rendah

    OBESITI

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    13/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    13

    Raja Ferdinand adalah sebab terdekat

    (immediate cause) yang mencetuskan Perang

    Dunia Pertama manakala faktor-faktor lain

    adalah sebab jauh (remote cause) yang

    mencetuskan Perang Dunia Pertama. Apabila

    anda menganalsis sebab-sebab yang

    menghasilkan sesuatu kesan (kejadian atau

    peristiwa), adalah dicadangkan anda

    menyusuan perenggan-perenggan:

    bermula dengan sebab terdekat dandiikuti dengan sebab jauh atau

    daripada sebab yang paling pentingkepada sebab yang kurang penting.

    Pernyataan TesisBagaimana pernyataan tesisditulis? Lazimnya, pernyataan tesis bagi esei pelbagai sebab

    dan kesan ditulis dengan mengatakan faktor-faktor atau sebab-sebab yang akan

    dibincangkan seperti berikut:

    Obesiti disebabkan oleh pelbagai faktor yang terdiri daripada makan

    berlebihan, kurang senaman, keturunan dan kadar metabolik yang

    rendah.

    Anda digalakkan memperuntukkan satu perenggan untuk setiap sebab atau faktor. Pastikan

    bahawa setiap perenggan menerangkan bagaimana sesuatu faktor atau sebab itu

    menyumbang kepada obesiti. Lihat contoh di bawah:

    Salah satu faktor yang menyebabkan obesiti ialahkekurangan senaman.. Apabila kita bersenam,badan kita membakar kalori yang kita makan.Kalori yang tidak dibakar akan menjadi lemak yangberkumpul dalam badan dan menyebabkan obesiti.

    PenakulanApabila membincang tentang sebab dan kesan, pastikan analisis anda adalah berlogik.

    Sesetengah penulis membuat andaian yang salah. Contohnya, Presiden Johari dilantik padabulan Januari. Dua bulan kemudian negara menghadapi kegawatan ekonomi. Kesimpulannya,

    perlantikan President Johari menyebabkan kegawatan ekonomi. Ini adalah contoh penakulan

    post hocdan adalah tidak logik. Anda perlu berhati-hati supaya tidak terperangkap dengan

    pemikiran yang salah ini apabila menulis esei sebab-kesan.

    Berikan tiga atau empat sebab untuk berikut:

    a) Apakah yang menyebabkan orang bermigrasi ke Australia?

    b)

    Apakah yang menyebabkan pemandu kereta di Malaysia tidak bertimbangrasa?

    c)

    Pilih satu jenis penyakit. Senaraikan faktor-faktor yang menyebabkan

    penyakit itu?

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    14/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    14

    b) Sebab dan Pelbagai Kesan

    Sepertimana sesuatu kesan (kejadian atau peristiwa) terdiri daripad beberapa sebab,

    sesuatu sebab juga boleh mempunyai beberapa kesan. Lihat Rajah di bawah yang

    mengaitkan makan gula berlebihan dengan pelbagai kesan.

    SEBAB KESAN

    Susunan esei sebab dan pelbagai kesan adalah hampir sama dengan susunan esei pelbagai

    sebab dan kesan. Sesuatu kesan itu tidak semestinya berkaitan. Contohnya, penyaki t

    diabetes tidak ada kaitan dengan gigi menjadi rapuh. Kesan juga terdiri daripada yang

    dekat dan jauh. Contohnya, kesan terdekat sebab makan gula berlebihan ialah masalah

    ketidakseimbangan gula dalam darah. Mungkin hiperaktiviti di kalangan kanak-kanak adalah

    kesan yang lebih jauh. Lazimnya, kepentingan kesan sukar ditentukan kerana semua kesan

    dianggap sama penting. Bagaimana pun anda boleh menentukan kesan manakah yang paling

    penting dan memberikan keutamaan dalam perbincangan seterusnya.

    Pernyataan Tesis

    Bagaimana pernyataan tesis ditulis? Lazimnya, pernyataan tesis bagi esei sebab dan

    pelbagai kesan ditulis dengan mengatakan kesan-kesan yang akan dibincangkan seperti

    berikut:

    Makan gula berlebihan membawa kesan-kesan buruk.

    Makan Gula

    Berlebihan

    Ketidakseimbangan gula dalam darah

    Gigi menjadi rapuh

    Penambahan berat badan

    Hiperaktiviti di kalangan kanak-kanak

    Berikan tiga atau empat kesan untuk berikut:

    a) Penebangan hutan tanpa kawalan

    b)

    Berbelanja berlebihan

    c)

    Banjir

    d) Kesesakan lalulintas

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    15/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    15

    c) Rantai Sebab-Musabab

    Lagi satu jenis esei sebab-kesan ialah esei rantai sebab-musabab (causal chain essay). Jenis

    esei ini berlainan daripada esei sebab pelbagai kesan atau esei sebab dan pelbagai kesan

    kerana sebab dan kesan adalah berkaitan secara langsung.

    Dalam esei rantai sebab-musabab, sesuatu kesan boleh menjadi sesuatu sebab dan

    menajadi sesuatu kesan dan menjadi sesuatu sebab dan seterusnya. Contohnya, seorang

    yang merokok serta gemuk tiba-tiba menghadapi kesukaran bernafas. Doktor telah

    menasihatkan beliau untuk berhenti merokok dan beliau telah berbuat demikian. Lihat Rajah

    di bawah.

    Sebab dia sukar bernafas dia berhenti merokok (kesan). Sebab itu, beliau

    dapat bernafas dengan lebih selesa (kesan). Sebab dia dapat dapat

    bernafas dengan lebih selesa dia merasa lebih baik (kesan). Sebab dia

    merasa lebih baik, dia mula bersenam (kesan). Sebab dia bersenam berat

    badannya turun (kesan).

    Sukar bernafas

    Berhenti merokok

    Dapat bernafas dengan baik

    Badan merasa baik

    Mula bersenam

    Berat badan turun

    Sebab

    Kesan Sebab

    Kesan Sebab

    Kesan Sebab

    Kesan Sebab

    Kesan

    Berikut ini ialah maklumat untuk esei rantai sebab-musabab. Kenal pasti rantai

    sebab-musabab dan tulis satu esei berdasarkan maklumat yang diberikan.

    1.

    Orang kekurangan modal

    2. Membeli barangan dengan berhutang

    3. Membayar kadar faedah yang tinggi

    4.

    Mengurangakn modal atau simpinan yang dimiliki

    5. Membeli lebih banyak barangan dengan berhutang

    6. Mengurangkan lagi modal atau simpinan yang dimiliki

    7.

    Lebih banyak berhutang

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    16/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    16

    Kemahiran menganalisis sesuatu adalah sangat penting dalam penulis akademik.

    Esei klasifikasi digunakan untuk menjadikan perbincangan lebih jelas dan untuk

    mengelak kekeliruan apabila beberapa perkara, peristiwa, objek atau fenomena

    dibincangkan serentak.

    Esei klasifikasi kerap digunakan di universiti untuk menggalakkan pelajar

    mengorganisasi idea-idea mereka semasa menulis.

    Esei prosesmengajar pembaca bagaimana melakukan sesuatu atau bagaimana sesuatu

    berlaku.

    Dalam esei proses, sesuatu tahap atau peringkat mungkin terbahagi kepada langkah-

    langkah kecil dan setiap peringkat atau tahap diterangkan dengan terperinci.

    Apabila kita menganalisis sebabberlakunya sesuatu, kita ingin memahami apakahyang membawa kepada kejadian sesuatu.

    Tiga jenis esei sebab-kesan: pelbagai sebab dan kesan, sebab dan pelbagai kesan dan

    rantai sebab-musabab.

    Bilangan faktor yang menyebabkan sesuatu kesan tertakluk kepada kompleksiti

    masalah

    Apabila membincang tentang sebab dan kesan, pastikan analisis anda adalah

    berlogik.

    Apabila kita menganalisis sebabnya berlaku sesuatu, kita mungkin dapati bahawaterdapat beberapa faktor atau pelbagai sebab yang menyumbang kepada kejadian

    sesuatu peristiwa.

  • 7/26/2019 UCS101 Bab7.Klasif.proses.sebab

    17/17

    Bab 7: Esei Klasifikasi, Esei Proses & Esei Sebab-Kesan

    17

    Byleen, E., Reid, J. M. & Byrd, P. (1998). Looking ahead: Developing skills foracademic 2. writing. Heinle & Heinle Publishers.

    Folse, K. S., Muchmore-Vokoun, A., & Solomon, E. V. (1999). Great essays: An

    5. introduction to writing essays. Boston & New York: Houghton Mifflin.

    Hartmann, P. and Blass, L. (1999). Quest 1: Reading and writing in the academicworld. 6. McGraw Hill.

    Hogue, A. and Oshima, A. (2006). Introduction to academic writing. Pearson

    Education.7.

    Hollowell, I.M., Levernier, J. A., & Parks, A. F. (1986). Structuring paragraphs: A

    guide 8. to effective writing. 2nd ed. New York: St. Martins

    .