tutorial sql payroll - nadicom || sql accounting payroll - tutorial v1.pdf · 1.1.2.pada bahagian...

29
www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0 [email protected] | 019 – 99 43 079 1 TUTORIAL SQL PAYROLL BAHAGIAN 1 : Penetapan Sistem 1. Membina Database 2. Memasuki Sistem 3. Memasukkan Maklumat Syarikat BAHAGIAN 2 : Maklumat Kakitangan 1. Penetapan Asas 1.1. Kakitangan 1.2. Payroll 2. Maklumat Kakitangan BAHAGIAN 3 : Transaksi Bulanan 1. MenyemakTransaksi 2. Proses Pengiraan 3. Open Pending BAHAGIAN 4 : Report Bulanan 1. Slip Gaji 2. EPF 3. SOCSO 4. PCB BAHAGIAN 5 : Backup & Restore 1. Backup 2. Restore

Upload: others

Post on 17-May-2020

42 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 1

TUTORIAL SQL PAYROLL

BAHAGIAN 1 : Penetapan Sistem

1. Membina Database

2. Memasuki Sistem

3. Memasukkan Maklumat Syarikat

BAHAGIAN 2 : Maklumat Kakitangan

1. Penetapan Asas

1.1. Kakitangan

1.2. Payroll

2. Maklumat Kakitangan

BAHAGIAN 3 : Transaksi Bulanan

1. MenyemakTransaksi

2. Proses Pengiraan

3. Open Pending

BAHAGIAN 4 : Report Bulanan

1. Slip Gaji

2. EPF

3. SOCSO

4. PCB

BAHAGIAN 5 : Backup & Restore

1. Backup

2. Restore

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 2

BAHAGIAN 1 : Penetapan Sistem

1. Membina Database

1.1. Klik ikon ‘SQL Payroll’ untuk memulakan sistem.

1.2. Klik ikon yang ditunjukkan dalam rajah di bawah untuk membuka senarai database.

1.3. Klik ‘Create New Database’ untuk membina database yang baru.

1.4. Sila masukkan pada ruangan berikut :

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 3

1.4.1. Database – PAY-0003.FDB (Bagi memudahkan anda mengenal pasti database sila masukkan

ringkasan nama syarikat dibelakang angka seperti contoh di bawah.)

1.4.2. ‘Company Name’ : Masukkan nama syarikat anda.

1.4.3. ‘Remark’ : Masukkan apa-apa nilai/nama pendek yang difikirkan sesuai.

1.4.4. Klik ‘Ok’ untuk menyimpan database yang telah selesai diisi.

1.5. Pemilihan Versi Database

1.5.1. Sila pilih versi database ‘Firebird 1.5.6’.

1.5.2. Setelah itu klik ‘OK’.

1.5.3. Sistem akan melaksanan ‘generate’ pengkalan data.

1.6. Data telah siap di bina ditunjukkan seperti dalam imej di bawah.

1.7. Sila ‘double click’ pada data yang baru di bina bagi memasuki ke dalam sistem.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 4

2. Memasuki Sistem

2.1. Setelah anda selesai membina database tadi, imej seperti di bawah akan kelihatan. Sila isikan ruangan

yang dikehendaki seperti berikut:

2.1.1. User : Masukkan nama ‘ADMIN’ .

2.1.2. Password : Masukkan nama ‘ADMIN’ .

2.1.3. Log On : Klik untuk mula melaksanakan sistem.

2.2. Paparan dalam sistem akan kelihatan seperti berikut.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 5

3. Memasukkan Maklumat Syarikat

3.1. Pada ruangan ini adalah tempat untuk anda memasukkan maklumat berkaitan berikut:

3.1.1. Maklumat Syarikat.

3.1.2. Maklumat KWSP

3.1.3. Maklumat LHDN

3.1.4. Maklumat PERKESO

3.1.5. Maklumat Nadicom

3.2. Langkah untuk memasukkan maklumat dalam 3.1 adalah seperti berikut.

3.2.1. File > Company Profile

3.2.2. Paparan sepertimana berikut akan kelihatan.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 6

3.3. Sila masukan maklumat syarikat anda sepertimana berikut

3.3.1. Logo Syarikat

3.3.2. Company Name – Biasanya sudah diisi semasa proses membina database.

3.3.3. Company Alias – Masukkan jika syarikat mnempunyai nama singkatan.

3.3.4. Reg. No. – Masukkan no. pendaftaran syarikat.

3.3.5. Remark - Biasanya sudah diisi semasa proses membina database.

3.3.6. General – Pada ruangan ini isikan maklumat perhubungan semasai syarikat.

3.3.7. Bila sudah selesai bahagian ini, sila klik tab ‘EPF’. Sila rujuk bahagian seterusnya.

3.3.8. Anda hanya perlu ‘Save’ apabila anda telah selesai memasukkan ruangan yang dikehendaki.

3.4. Memasukkan maklumat EPF

3.4.1. Klik pada tab EPF

3.4.2. EPF – Masukan no. rujukan Majikan

3.4.3. Masukkan pada lain-lain ruangan yang difikirkan perlu.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 7

3.5. Memasukkan maklumat Tax

3.5.1. Klik tab ‘TAX’

3.5.2. Tax Employer No. E – Masukkan no. file cukai syarikat.

3.5.3. Isikan maklumat yang lain jika berkaitan.

3.6. Memasukkan maklumat SOCSO

3.6.1. Klik pada tab ‘SOCSO’

3.6.2. SOCSO Employer No – Masukkan no. file SOCSO syarikat.

3.6.3. Isikan maklumat lain jika perlu.

3.7. Memasukkan maklumat pada ruangan ‘Officer’

3.7.1. Klik pada tab ‘Officer’

3.7.2. Sila isikan pada semua ruangan di bawah dengan maklumat pegawai yang membuat proses payroll.

Kebiasaannya adalah diri anda sendiri.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 8

3.8. Memasukkan maklumat ‘Dealer’

3.8.1. Klik tab Dealer.

3.8.2. Isikan seperti maklumat dalam imej di bawah. Maklumat ini penting bagi memudahkan anda

mendapatkan maklumat kami.

3.9. Setelah anda selesai memasukkan maklumat yang dikehendaki seperti di atas. Sila klik pada butang

‘Save’.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 9

BAHAGIAN 2 : Maklumat Kakitangan

1. Penetapan Asas

1.1. Sebelum mula memasukkan maklumat kakitangan ada dua hal utama perlu dimasukkan terlebih

dahulu iaitu :

1.1.1. Pada bahagian Kumpulan Kakitangan yang meliputi Branch, Department, Group, Category,

Project, Job, Task & Race.

1.1.2. Pada bahagian yang melibatkan pengiraan gaji adalah seperti Wages, Frequency,

Contribution, Allowance, Deduction, Overtime, Claim, Commission & Payment Method

1.1.3. Walaubagaimanapun jika anda tidak menetapkan 2 bahagian ini terlebih dahulu, anda

masih boleh memasukkan maklumat kakitangan tanpa sebarang masalah. Hal ini dinyatakan

bagi memastikan anda mendapat maklumat yang jelas dan tersusun.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 10

1.2. Langkah bagi menambah kumpulan kakitangan adalah seperti berikut :

1.2.1. Human Resource > Maintain Branch

1.2.2. Pada paparan di bawah sila klik ‘New’

1.2.3. Sila masukkan ‘Code’ dan ‘Description’ dan pastikan ruangan ‘Active’ ditanda bagi

memastikan item yang dimasukkan ditampilkan dalam ruangan ‘Human Resource’. Setelah

itu sila klik butang ‘Save’

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 11

1.2.4. Sila ulangi langkah 1.2.2 dan 1.2.3 bagi memasukkan cawangan yang lain.

1.2.5. Setelah selesia sila tutup tetingkap kumpulan kakitangan.

1.2.6. Langkah bagi memasukkan kumpulan kakitangan yang lain adalah sama kecuali pada

langkah 1.2.1 yang mana anda perlu memilih kumpulan kakitangan lain yang ingin

dimasukkan.

1.3. Keterangan berkaitan kumpulan payroll adalah seperti berikut:

1.3.1. Wages – Penetapan jenis gaji yang melibatkan cukai, kwsp dan socso.

1.3.2. Frequency – Penetapan kekerapan bayaran gaji dilakukan syarikat. Kebiasaannya adalah

sekali sebulan.

1.3.3. Contribution – Penetapan berkaitan bonus, director fee, kadar KWSP, bilangan hari dan

masa bekerja.

1.3.4. Allowance – Penetapan jenis elaun sama ada tetap ataupun tidak tetap.

1.3.5. Deduction – Penetapan jenis potongan yang melibatkan tetap dan tidak tetap.

1.3.6. Overtime – Penetapan kadar kerja lebih masa.

1.3.7. Claim – Penetapan jenis tuntutan kakitangan.

1.3.8. Commission – Penetapan jenis komisyen.

1.3.9. Payment Method – Penetapan jenis bayaran gaji.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 12

1.4. Langkah bagi ‘Maintain Wages’ adalah seperti berikut:

1.4.1. Payroll > Maintenance > Maintain Wages

1.4.2. Paparan yang baru muncul adalah seperti berikut.

1.4.3. Pada paparan 1.4.2 terdapat satu senarai (Default Wages) yang telah sedia ada. Sila ‘double

click’ item tersebut. Paparan akan kelihatan seperti berikut.

1.4.4. Pada ruangan ‘Code & Description’ adalah bahagian yang mana anda perlu isi dengan nama

yang sesuai dengan kehendak anda.

1.4.5. Pada ruangan ‘Active’ pula perlu ditandakan bagi memastikan item ini dipamerkan dalam

ruangan ‘Maintain Employee’.

1.4.6. Manakalan pada ruangan ‘contribution’ hendaklah ditandakan mengikut kegunaan syarikat.

Dalam contoh di dalam rajah 1.4.3 adalah tetapan yang mengikut kehendak kerajaan

Malaysia.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 13

1.4.7. Bagi menambah ‘Wage’ yang lain, sila klik butang ‘New’. Setelah itu isikan maklumat baru

mengikut panduan yang telah diberikan. Apabila telah selesai, sila tekan butang ‘Save’.

1.5. Langkah bagi ‘Maintain Contribution’ adalah seperti berikut:

1.5.1. Payroll > Maintenance > Maintain Contribution

1.5.2. Paparan yang akan kelihatan adalah seperti berikut.

1.5.3. Sila double klik ‘Default Contribution’ untuk melihat contoh penetapan di sini.

1.5.4. Ruangan Code, Default Contribution di isi dengan nama yang sesuai.

1.5.5. Pada ruangan ‘Active’ pula perlu ditandakan bagi memastikan item ini dipamerkan dalam

ruangan ‘Maintain Employee’.

1.5.6. Pada ruangan Bonus, Director, Pay Leave & Unpaid Leave setting asal adalah seperti yang

tertera.

1.5.7. Pada ruangan EPF Rate, sila masukkan nilai yang digunakan oleh syarikat.

1.5.8. Manakala pada ruangan ‘Working Day Per Month’ dan Working Hour Per Day’ masukkan

tempoh hari dan masa berkerja kakitangan syarikat.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 14

1.5.9. Bagi menambah jenis ‘contribution’ yang lain, sila klik butang ‘New’. Setelah itu isikan

maklumat baru mengikut panduan yang telah diberikan. Apabila telah selesai, sila klik

butang ‘Save’.

1.6. Langkah bagi ‘Maintain Allowance’ adalah seperti berikut:

1.6.1. Payroll > Maintenance > Maintain Allowance

1.6.2. Paparan senarai ‘Allowance’ akan ditampilkan seperti berikut.

1.6.3. Sila buka pada item ‘Default Allowance’ untuk melihat cara penetapan yang telah

disediakan.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 15

1.6.4. Pada ruangan Code sila masukkan kod yang sesuai (Biasanya dimasukkan ringkasan kepada

nama elaun) manakala pada ruangan ‘Description’ sila masukkan nama bagi Elaun itu.

1.6.5. Sila pastikan ruangan ‘Active’ ditanda bagi memastikan jenis elaun ini boleh digunakan.

1.6.6. Ruangan ‘Rate’ dimasukkan nilai yang digunakan sekiranya nialainya adalah tetap. Jika

sentiasa berubah-ubah bolehlah dibiarkan kosong.

1.6.7. Bagi ruangan ‘Tax Exempted Code’ adalah kategori pelepasan cukai, sila pilih dari senarai

yang disediakan mengikut keperluan jenis elaun.

1.6.8. Manakala bagi ruangan ‘Contribution’. Sila pilih ruangan yang berkaitan dengan jenis elaun

yang dimasukkan. Sebagai contoh jika sekiranya sesuatu elaun itu tetap maka elaun itu

dikenakan EPF, SOCSO dan PCB, maka anda perlu memastikan ruangan disediakan di tanda.

1.6.9. Bagi memasukkan jenis Elaun yang baru, sila klik ‘New’ dan isikan maklumat seperti dalam

penerangan di atas. Setelah itu sila klik butang ‘Save’ untuk menyimpan.

1.7. Langkah bagi ‘Maintain Deduction’ adalah seperti berikut:

1.7.1. Payroll > Maintain > Maintain Deduction

1.7.2. Paparan akan ditunjukkan seperti berikut.

1.7.3. Sila ‘double’ klik pada ‘Default Deduction’ untuk melihat penetapan asal dalam sistem.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 16

1.7.4. Pada ruangan Code sila masukkan kod yang sesuai (Biasanya dimasukkan ringkasan kepada

nama potongan) manakala pada ruangan ‘Description’ sila masukkan nama bagi jenis

potongan itu.

1.7.5. Sila pastikan ruangan ‘Active’ ditanda bagi memastikan jenis potongan ini boleh digunakan.

1.7.6. Ruangan ‘Rate’ dimasukkan nilai yang digunakan sekiranya nialainya adalah tetap. Jika

sentiasa berubah-ubah bolehlah dibiarkan kosong.

1.7.7. Manakala bagi ruangan ‘Contribution’. Sila pilih ruangan yang berkaitan dengan jenis

potongan yang dimasukkan. Kebiasaanya dibiarkan kosong tanpa ditandakan, namun ianya

bergantung kepada situasi.

1.7.8. Bagi memasukkan jenis potongan yang baru, sila klik ‘New’ dan isikan maklumat seperti

dalam penerangan di atas. Setelah itu sila klik butang ‘Save’ untuk menyimpan.

2. Maklumat Kakitangan

2.1. Bagi memasukkan maklumat kakitangan sila ikuti langkah berikut;

2.1.1. Human Resource > Maintain Employee

2.1.2. Paparan berikut akan kelihatan.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 17

2.1.3. Senarai kakitangan yang masih kosong kelihatan. Bagi memasukkan maklumat kakitangan

yang baru sila klik butang ‘New’.

2.1.4. Sila masukkan no. pekerja pada ruangan ‘Code’, isikan nama pekerja dalam ruangan ‘Name’

dan jawatan pada ruangan ‘Job Title. Ruangan ‘Active’ ditanda bagi pekerja yang masih

bekerja di syarikat itu.

2.1.5. Sila isikan ruangan lain mengikut keperluan yang dikehendaki.

2.1.6. Ruangan tab ‘personal’ isikan maklumat jantina, tarikh lahir, alamat semasa, no telefon,

emel, no. i/c dan lain-lain yang berkaitan.

2.1.7. Pada ruangan tab ‘Grouping’ sila pilih maklumat yang berkaitan dengan pekerja tersebut.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 18

2.1.8. Pada ruangan tab ‘Payroll Info’ sila masukkan maklumat berikut. Ruangan ini adalah yang

paling penting.

2.1.8.1. Wages Type : Sila pilih jenis tetapan gaji kakitangan berkenaan.

2.1.8.2. Wages : Masukkan jumlah gaji kakitangan berkenaan.

2.1.8.3. Contribution : sila pilih jenis tetapan yang berkaitan dengan kekaitangan ini.

2.1.8.4. Frequency : Pilih jenis kekerapan bayaran gaji.

2.1.8.5. Payment Method : Pilih cara pembayaran gaji.

2.1.8.6. Bank : Pilih nama bank jika dibayar menggunakan bank

2.1.8.7. Bank Account No. : Masukkan no. akaun

2.1.8.8. Self Disabled : Tandakan jika kakitangan dari golongan OKU

2.1.8.9. Resident : Tandakan bagi kakitangan warganegara Malaysia.

2.1.8.10. EPF No. : Masukkan no. KWSP kakitangan.

2.1.8.11. SOCSO No. : Masukkan no. Perkeso kakitangan.

2.1.8.12. SOCSO Type : pilih jenis kategori perkeso.

2.1.8.13. Tax Branch : Masukkan cawangan bayaran cukai

2.1.8.14. Tax No. : Masukkan no. cukai kakitangan.

2.1.8.15. Marital Status : Masukkan status perkahwinan kakitangan.

2.1.8.16. Tax Deduct Child : Masukkan nilai untuk bilangan anak yang ditolak cukai.

2.1.8.17. Spouse Working : Tandakan jika pasangan kakitangan bekerja.

2.1.8.18. Spouse Disabled : tandakan jika pasangan kakitangan OKU.

2.1.8.19. Tax Category : Tak perlu pilih sendiri. Sistem akan memasukkan secara auto

apabila anda mengisi ruangan sebelumnya.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 19

2.1.8.20. EA Serial No. : Masukkan no siri EA kakitangan.

2.1.8.21. Join Date : Masukkan tarikh kakitangan mula bekerja.

2.1.8.22. Confirm Date : Masukkan tarikh kakitangan disahkan sebagai pekerja tetap.

2.1.8.23. Resign Date : Masukkan tarikh kakitangan berhenti.

2.1.9. Bagi tab ‘Allowance’ adalah seperti berikut.

2.1.9.1. Untuk memasukkan jenis elaun bagi kakitangan berkenaan sila klik butang

‘tambah’ dan satu ruangan untuk memilih jenis elaun akan muncul.

2.1.9.2. Sila klik untuk memilih jenis elaun yang dikehendaki.

2.1.9.3. Setelah itu sila masukkan nilai amaun dalam ruangan ‘Rate’

2.1.9.4. Sila ulangi langkah 2.1.9.1 – 2.1.9.3 untuk memasukkan jenis elaun yang lain.

2.1.10. Langkah memasukkan jenis potongan adalah sama sepertimana ditunjukkan dalam

bahagian elaun.

2.1.11. Setelah selesai mengisi ruangan yang dikehendaki sila klik butang ‘Save’ untuk

menyimpan maklumat yang telah dimasukkan.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 20

BAHAGIAN 3 : Transaksi Bulanan

1. MenyemakTransaksi

1.1. Urusan menyemak transaksi diperlukan jika terdapat perubahan pada nilai-nilai berikut:

1.1.1. Gaji

1.1.2. Elaun

1.1.3. Potongan

1.2. Langkah bagi mengubah nilai-nilai di atas adalah pada bahagian ‘Maintain Employee’ seperti

yang telah diterangkan pada bahagian 2 .

1.3. Bagi jenis transaksi yang lain seperti Bonus, Overtime, Komisyen dsbnya, nilai yang diperlu

dimasukkan adalah terletak pada bahagian ‘Open Pending Payroll’. Proses ini akan diterangkan

pada bahagian yang berasingan dari tutorial ini.

1.4. Jika tiada apa-apa perubahan, proses pengiraan boleh terus dijalankan.

2. Proses Pengiraan

2.1. Langkah bagi melaksanakan proses pengiraan adalah seperti berikut.

2.2. Payroll > New Payroll

2.3. Paparan seperti berikut akan kelihatan.

2.4. Sila isikan maklumat seperti berikut:

2.4.1. Year : Sila pastikan tahun semasa yang dimasukkan.

2.4.2. Month : Sila pastikan bulan semasa dimasukkan.

2.4.3. Prosess Date : Sila pastikan tarikh proses dilaksanakan. Biasanya pada setiap hujung bulan.

2.4.4. Pada ruangan Description sila masukkan maklumat jika diperlukan.

2.5. Sila klik butang ‘Proses’ untuk melaksanakan pengiraan gaji. Sistem akan membuat pengiraan

terhadap kakitangan yang telah ditanda sebgai ‘Active’ di dalam ‘Maintain Employee’. Paparan

yang akan muncul adalah seperti berikut.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 21

2.6. Proses pengiraan gaji telah selesai. Langkah seterusnya adalah untuk mencetak slip gaji dan

laporan-laporan berkaitan yang akan diterangkan dalam bahagian 4 nanti.

3. Open Pending

3.1. ‘Open Pending’ merupakan ruangan untuk merekodkan transaction buat sementara waktu

sebelum proses pengiraan gaji dilakukan yang mana ianya akan hilang setelah proses pengiraan

gaji dilakukan.

3.2. Transaksi yang terdapat dalam ruangan ini adalah melibatkan hal-hal berikut:

3.2.1. Wages

3.2.2. Allowance

3.2.3. Paid Leave

3.2.4. Overtime

3.2.5. Claims

3.2.6. Director Fees

3.2.7. Commission

3.2.8. Bonus

3.2.9. Advance Paid

3.2.10. Loan

3.2.11. Deduction

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 22

3.2.12. Unpaid Leave

3.2.13. Advance Deduct

3.2.14. CP38

3.2.15. Tax Benefit

3.2.16. Tax Deduction

3.3. Contoh bagi transaksi melibatkan ‘Overtime’ adalah seperti berikut:

3.3.1. Payroll > Open Pending Payroll

3.3.2. Paparan akan muncul seperti berikut. Sila ‘double klik’ pada item ‘Overtime’.

3.3.3. Pada paparan yang muncul sila klik pada butang

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 23

3.3.3.1. Sila masukkan tarikh transaksi pada ruangan ‘Trans Date’dan tarikh bayaran gaji

yang akan dibuat untuk ‘Overtime’ ini pada ruangan ‘Post Date’.

3.3.3.2. Pada ruangan ‘Employee’ sila pilih nama kakitangan dan pada ruangan ‘Code’ sila

masukkan jenis ‘Overtime’. Seterusnya pada ruangan ‘Work Unit’ dimasukkan nilai

jam/hari.

3.3.3.3. Setelah selesai sila klik butang ‘Save’ .

3.4. Setelah memasukkan langkah ini barulah anda melaksanakan proses ‘New Payroll’ seperti yang

diterangkan pada bahagian 3 (item no. 2) di atas.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 24

BAHAGIAN 4 : Report Bulanan

1. Setelah proses pengiraan gaji dijalankan satu paparan tetingkap akan kelihatan seperti berikut:

2. Pada paparan yang ditunjukkan di atas anda boleh teruk mencetak mana-mana jenis dokumen yang

dikehendaki dengan menekan item-item yang disediakan meliputi:

2.1. ‘Print Pay Slip’

2.2. ‘Print Payroll Summary’

2.3. ‘Print EPF’

2.4. ‘Print Income Tax’

3. Slip Gaji

3.1. Klik item ‘Print Pay Slip’

3.2. Pada paparan yang baru muncul sila klik ‘Preview’

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 25

3.3. Sila pilih jenis slip gaji yang dikehendaki dan tekan ‘Ok’ dalam paparan di bawah.

3.4. Contoh slip gaji adalah seperti berikut.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 26

3.5. Bagi mencetak slip gaji berikut sila klik butang print seperti berikut.

4. EPF

4.1. Klik butang ‘Print EPF Borang A’

4.2. Pada paparan yang baru muncul sila klik butang ‘Preview’.

4.3. Sila pilih jenis dokumen yang terkini dan klik ‘Ok’

4.4. Paparan borang ‘EPF’ akan kelihatan. Sila klik butang ‘Print’ untuk mencetak.

5. SOCSO

5.1. Klik butang ‘Print SOCSO Borang 8A’

5.2. Pada paparan yang baru muncul sila klik butang ‘Preview’.

5.3. Sila pilih jenis dokumen ‘PR.SOCSO.Borang8A.Report’ dan klik ‘Ok’

5.4. Paparan borang ‘SOCSO’ akan kelihatan. Sila klik butang ‘Print’ untuk mencetak.

6. PCB

6.1. Klik butang ‘Print Income Tax CP39’

6.2. Pada paparan yang baru muncul sila klik butang ‘Preview’.

6.3. Paparan borang ‘SOCSO’ akan kelihatan. Sila klik butang ‘Print’ untuk mencetak.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 27

BAHAGIAN 5 : Backup & Restore

1. Backup

1.1. File > Backup Database

1.2. Paparan akan kelihatan seperti berikut.

1.3. Sila pilih lokasi data hendak disimpan. Setelah itu klik ‘Ok’.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 28

1.4. Setelah keluar mesej ‘gbak; closing file, committing, and finishing. 290816 bytes written’

membawa maksud system telah selesai melaksanakan proses backup.

2. Restore

2.1. Pada ruangan login sila klik ikon ‘…’

2.2. Pada paparan berikut sila klik ‘Restore’

2.3. Sila pilih lokasi database yang hendak di ‘Restore’ dan klik ‘Ok’

2.4. Nama database yang baru perlu dimasukkan atau boleh juga digunakan nama database yang

telah ada dalam sistem. Sila klik ‘Ok’.

www.nadicom.biz TUTORIAL SQL PAYROLL v1.0

[email protected] | 019 – 99 43 079 29

2.5. Sila pilih versi database (kebiasaanya Firebird 1.5) dan klik ‘Ok’

2.6. Setelah selesai sila klik ‘Close’

2.7. Selesai.