tutorial m5

34
Tutorial M5: menganalis faktor-faktor sejarah yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum 1970 Disediakan oleh, Jenny Lau Yeo Fang

Upload: jenny-lau

Post on 13-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tutorial M5

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial M5

Tutorial M5: menganalis faktor-faktor sejarah yang telah

menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum

1970Disediakan oleh,

Jenny Lau Yeo Fang

Page 2: Tutorial M5

Pengenalan • Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan

erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.

• Perpaduan ialah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

Page 3: Tutorial M5

• Kemuncak masalah perpaduan di Malaysia bermula dengan tercetusnya rusuhan etnik pada 13 Mei 1969.

• Pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan telah memenangi majoriti kerusi parlimen dalam negeri- negeri di semenanjung.

• Parti- parti pembangkang yang memenangi beberapa kerusi pilihanraya merancang perarakan kemenangan.

Page 4: Tutorial M5

• Bilangan turut serta dalam perarakan meningkat menyebabkan perarakan tidak dapat dikawal.

• Keluarkan kata- kata kesat, tajam dan menyakitkan hati orang- orang Melayu.

• Rusuhan meragut nyawa.

Page 5: Tutorial M5

Antara sebab yang diperkatakan:

• Pemisahan tempat tinggal/petempatan• Perbezaan tumpuan sektor ekonomi• Pengasingan sistem pendidikan• Fahaman politik yang berbeza• Masalah ekonomi• Perbezaan kepercayaan agama• Penggunaan akhbar yang berbeza• Kesan pemerintahan Jepun

Page 6: Tutorial M5

Dasar Pecah dan PerintahDasar yang diamalkan oleh pihak penjajah Inggeris telah menyebabkan:1. Pemisahan tempat tinggal/petempatan2. Perbezaan tumpuan sektor ekonomi3. Pengasingan sistem pendidikanSekaligus menyebabkan pelbagai perbezaan di

antara kaum-kaum utama pada waktu itu.Tiada perpaduan yang berlaku.

Page 7: Tutorial M5

Taburan penduduk mengikut petempatan, bidang ekonomi dan sistem pendidikan

berdasarkan kaumKAUM PETEMPATAN BIDANG EKONOMI SISTEM

PENDIDIKAN

Melayu Kampung, desa Pertanian, penternakan

Pondok, Madrasah

Cina Bandar, kawasan lombong

Perlombongan, perniagaan

Sekolah vernakular (dari China)

India Ladang getah, estet

Perladangan getah Sekolah vernakular (dari India)

Page 8: Tutorial M5

• Orang-orang melayu dan penduduk asli dibiarkan di perkampungan dan di pedalaman seperti sediakala.

• Alasannya adalah untuk mengekalkan corak hidup mereka yang unik dan menarik pada pandangan penjajah.

Page 9: Tutorial M5

PENDIDIKAN• Setiap etnik mempunyai pendidikan dan

sukatan pelajaran masing- masing.• Orang-orang melayu mendapat pendidikan

aliran melayu dan arab.• Peluang untuk memasuki sekolah Inggeris

tidak terbuka kepada semua,hanya kepada golongan atasan.

Page 10: Tutorial M5

• Sabah-Sarawak: anak orang Dayak tidak diberi pendidikan kerana dianggap memusnahkan kebijaksanaan semulajadi

Page 11: Tutorial M5

2. Fahaman politik yang berbeza• Parti politik lebih bersifat perkauman.• Tiada satu parti politik yang benar-benar menyatukan

rakyat.• UMNO- kaum Melayu, MCA- kaum Cina, MIC- kaum

India• Parti politik lain turut bersifat perkauman. Cth: Parti Tindakan Rakyat (Petir) – kaum Cina.• Petir mempersoalkan tentang hak istimewa orang

Melayu.• Sekaligus, menimbulkan rasa tidak puas hati dan

perselisihan faham antara kaum yang terlibat.

Page 12: Tutorial M5

• Selepas pendudukan Jepun, wujud permusuhan kaum.

• Pertelagahan berlaku antara kaum Melayu dan Cina yang akhirnya membentuk penubuhan parti-parti politik mengikut kaum yang mendukung penubuhannya.

Page 13: Tutorial M5

• Pada awal kedatangan orang Jepun, orang Melayu dan orang India menganggap kedatangan orang Jepun sebagai penyelamat dan penghalau penjajah British.

• Namun bagi orang Cina di Tanah Melayu, serangan Jepun merupakan suatu tindakbalas Jepun terhadap sikap dan tindak-tanduk Inggeris yang selama ini menyokong nasionalis Cina bagi menghalang perluasan kuasa Jepun di negeri itu.

Page 14: Tutorial M5

• orang Melayu diberikan peluang yang lebih baik daripada kaum lain di Sarawak-mereka diberikan peluang bekerja dengan pentadbiran Jepun seperti memasuki polis.

• Orang Cina di Sarawak juga mengalami kesulitan apabila Jepun mengamalkan sikap mengawal pengeluaran makanan dan barangan yang lain

Page 15: Tutorial M5

• Pemisahan kaum melalui pekerjaan dan ketidakseimbangan polisi memberikan rasa prejudis terutamanya orang Iban terhadap orang Melayu yang diberikan layanan baik dariapda Jepun.

• Begitu juga rasa prejudis orang Cina kepada orang Iban dan Orang Melayu yang berkhidmat sebagai polis yang mengawal pengeluaran makanan dan barangan yang dikawal oleh orang Jepun.

Page 16: Tutorial M5

• Parti-parti politik yang wujud selepas pendudukan Jepun:

a) Malayan Union 1946 sebab-sebab penubuhan:• mewujudkan keseragaman dan kecekapan.

Sebelum tercetusnya perang dunia, terdapat tiga bentuk pentadbiran yang tidak seragam, iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

Page 17: Tutorial M5

• memudahkan British menyusun strategi pertahanan. Sebelum perang Dunia Kedua, British mendapati sukar untuk menyusun strategi pertahanan Tanah Melayu kerana bukan semua negeri ditadbir seecara langsung oleh British. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya memudahkan British menyusun strategi pertahanan berkesan.

Page 18: Tutorial M5

• melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu. Diharapkan dengan pemberian kerakyatan yang longgar, orang Cina dan India akan menumpukan taat setia kepada Tanah Melayu apabila mereka menjadi warganegara Malayan Union.

b) United Malay National Organisation (UMNO)c) Parti Komunis Malaya (PKM)

Page 19: Tutorial M5

3. Masalah Ekonomi

• Semasa penjajahan British, disebabkan oleh jurang ekonomi yang besar antara kaum.

• Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan yang berpendapatan rendah.

• Terasa tertindas dan tersisih akibat pendapatan yang jauh berbeza daripada kaum lain.

• Status ekonomi turut mempengaruhi status kedudukan kaum tersebut.

Page 20: Tutorial M5

• Untuk memajukan industri ini, mereka telah membawa masuk tenaga kerja dari Tanah Besar China dan Benua Kecil India. – Orang-orang Cina di tempatkan dalam industri

bijih timah yang terletak berhampiran bandar-bandar

– Orang-orang India pula, tenaga mereka digunakan di ladang-ladang getah.

– Orang Melayu masih kekal dengan pekerjaan tradisi mereka dalam bidang pertanian dan perikanan.

Page 21: Tutorial M5

• Penglibatan orang-orang Melayu dalam industri bijih timah dan getah tidak digalakkan oleh penjajah. – Kekal di dalam kegiatan pertanian untuk menampung

keperluan makanan kepada sektor-sektor ekonomi yang lain.

• Pekebun-pekebun kecil getah dari kalangan orang Melayu dikenakan pelbagai sekatan dan hak-hak mereka dinafikan - untuk menjaga kepentingan pelabur-pelabur asing dalam industri tersebut. – Pengisytiharan sekatan pengeluaran getah di bawah

Rancangan Sekatan Getah Stevenson dan kemudiannya Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa.

Page 22: Tutorial M5

• Implikasi sekatan: – orang-orang Melayu secara puratanya masih kekal

sebagai petani-petani tradisional di luar bandar. – Jurang kemiskinan semakin meluas di kalangan

masyarakat yang kemudiannya menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang antara kaum dalam fasa-fasa pembinaan negara seterusnya.

Page 23: Tutorial M5

• Jurang yang jelas menunjukkan bahawa orang- orang melayu dan penduduk asli menguasai bidang mundur iaitu kerja yang banyak menggunakan tenaga dan berteknologi rendah.

• Kelompok cina menguasai sektor yang lebih maju & menggunakan teknologi moden.

Page 24: Tutorial M5

• Pemilikan harta berpihak kepada penduduk bukan asli negara.

• 1969 - pemilikan syer syarikat kebanyakannya dimiliki oleh rakyat asing iaitu 62.1%.

• Orang cina = 22.8%• Melayu = 1.5% • India = 0.9%

Page 25: Tutorial M5

Kedudukan Nama Kekayaan (USD – Bilion)

1 Robert Kuok Hock Nien US$11.3 (RM40.8 bilion)2 T Ananda Krishnan US$9.7 (RM35 bilion)

3 Quek Leng Chan US$5.6 (RM20.2 bilion)

4 Lim Kok Thay US$5.5 (RM19.8 bilion)

5 Teh Hong Piow US$5.4 (RM19.5 bilion)

6 Lee Shin Cheng US$4.6 (RM16.6 bilion)

7 Yeoh Tiong Lay US$3 (RM10.8 bilion

8 Syed Mokhtar AlBukhary US$2.9 (RM10.5 bilion)

9 Goh Peng Ooi US$1.55 (RM5.6 bilion)

10 Lee Oi Hian & Lee Hau Hian US$1.45 (RM5.2 bilion)

Senarai 10 nama orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2015

http://www.mysumber.com/senarai-top-10-orang-paling-kaya-di-malaysia-2015.html

Page 26: Tutorial M5

4. Perbezaan Kepercayaan Agama

• Bukan sahaja dari segi kaum, rakyat turut berbeza dari segi kepercayaan agama.

• Terdapat 4 agama utama iaitu agama Islam, agama Kristian, agama Buddha dan agama Hindu.

Page 27: Tutorial M5

• Tiada persefahaman dalam agama pada awal kemunculan masyarakat pluralistik di Malaysia.

• Masing-masing hanya memikirkan tentang agama sendiri dan tidak mengambil peduli tentang agama orang lain.

Page 28: Tutorial M5

5. Penggunaan Akhbar yang Berbeza

• Pelbagai jenis akhbar yang digunakan di Malaysia dengan pelbagai jenis medium.

• Cth: akhbar Jawi, akhbar Melayu, akhbar Cina, akhbar India dll.

• Turut lebih bersifat perkauman dan pembaca kebanyakkannya terdiri daripada kaum yang memahami bahasa medium akhbar tersebut.

• Persepsi dalam akhbar tentang isu semasa hanya dari satu sudut pandangan sahaja.

• Lain jenis akhbar, lain isi akhbar dan lain persepsi masyarakat yang menerimanya.

Page 29: Tutorial M5

Akhbar Jawi Akhbar Cina

Page 30: Tutorial M5

6. Kesan Pemerintahan Jepun

• Kaum Cina telah ditindas semasa pemerintahan Jepun manakala kaum Melayu telah dilayan dengan baik.

• Hal ini adalah disebabkan oleh Perang China-Jepun kedua, justeru menyebabkan orang Jepun amat membenci orang Cina (lebih-lebih lagi orang Cina di Tanah Melayu yang menyalurkan sokongan kepada saudara di China)

Page 31: Tutorial M5

• Perang China-Jepun Kedua (7 Julai 1937–9 September 1945), juga dikenali sebagai Perang Menentang Jepun, ialah perang utama antara Republik China dan Empayar Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia II.

• Pencerobohan adalah satu strategi yang dilakukan oleh Tentera Empayar Jepun sebagai sebuah rancangan besar untuk menguasai China.

Page 32: Tutorial M5

Perang China- Jepun II

Page 33: Tutorial M5

• Akhirnya, layanan berat sebelah tentera Jepun telah menyemai perasaan permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina.

• Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang pemusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina.

Page 34: Tutorial M5

• Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis.

• Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.