tutorial en.amin

29
MINGGU 1 Jelaskan konsep, objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Nyatakan proses dan bentuk kemahiran dalam pengajaran Bahasa Melayu KEMAHIRAN MENDENGAR 1.0 KONSEP 1) Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar, difaham dan diingat. ) Pendengaran berlaku melaluilatihan!latihan khas yang dilakukan se"ara berperingkat. #) $ndi%idu lebih banyak belajarmendengar melalui pengalaman daripada ke"erdasan otaknya. &) 'spek fi(ikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi pendengaran. ) Pendengaran yang "ekap memerlukan penyatuan idea yang logik. *) Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan. +) Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah dan bukti. ) Pendengaran untuk tujuan hiburan, melibatkan tindakbalas positif terhadap mu(ik, kesusasteraan, drama dan lain!lain bahan kreatif. -) Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bent dan isi. PROSES a) Mendengar deretan bunyi!bunyi bahasa b) Memahami bunyi!bunyi yang didengar ") Menilai bunyi!bunyi yang didengar d) Bertindak terhadap bunyi!bunyi yang didengar KEMAHIRAN BERTUTUR

Upload: sitifatimah92

Post on 02-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

cxrc

TRANSCRIPT

MINGGU 1

Jelaskan konsep, objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Nyatakan proses dan bentuk kemahiran dalam pengajaran Bahasa MelayuKEMAHIRAN MENDENGAR

1.0 KONSEP

1) Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar, difaham dan diingat.

2) Pendengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat.

3) Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya.

4) Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi pendengaran.

5) Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik.

6) Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan.

7) Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah dan bukti.

8) Pendengaran untuk tujuan hiburan, melibatkan tindakbalas positif terhadap muzik, kesusasteraan, drama dan lain-lain bahan kreatif.

9) Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi.

PROSES

a) Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa

b) Memahami bunyi-bunyi yang didengar

c) Menilai bunyi-bunyi yang didengar

d) Bertindak terhadap bunyi-bunyi yang didengar

KEMAHIRAN BERTUTUR

2.0 KONSEP

i. Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.

ii. Pertuturan berlaku pada peringkat penglahiran. Ia berlaku setelah si- penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang diperdengarkan.

iii. Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya.

iv. Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa yang baik. Tabiat berbahasa yang baik pula akan membolehkan si penutur berinteraksi secara berkesan.

v. Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur.

vi. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi. OBJEKTIF KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Objektif pengajaran lisan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR adalah untuk membolehkan murid-murid:

1) Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah.

2) Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.

MINGGU 2

Berdasarkan Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu, nyatakan prinsip-prinsip pengajaran Bahasa Melayu dan kedah yang digunakan.

PRINSIP PRINSIP PENGAJARAN BAHASA 1 ) Berfalsafahkan aliran Behaviurisme

a ) Bahasa yang diutamakan ialah bahan lisan, bahasa tulisan merupakan bahasa kedua terpenting .

b ) Bahasa ialah satu tabiat .

c ) Pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran .

d ) Latihan-pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan .

e ) Model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan .

f ) Wujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran .

2 ) Berfalsafahkan aliran Kod-kognatif

a ) Pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental

b ) Semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semulajadi untuk berbuat demikian .

c ) Dalam keadaan yang normal , kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama .

d ) Dalam sesuatu huraian bahasa , penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa .

e ) Dalam proses pembelajaran , tulisan dan bacaan adalah diutamakan .

f ) Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal .

3 ) Berfalsafahkan aliran Interaksionalisme

a ) Dalam sesuatu komunikasi bahasa , penyampaian makna adalah lebih diutamakan .

b ) Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik

c ) Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti yang bermakna .

4 ) Berfalsafahkan aliran Fungsionalis

a ) Sistem tatabahasa dan fungsi bahasa adalah satu perkara yang diutamakan .

b ) Variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar-pelajar . KAEDAHi. Kaedah Tatabahasa Terjemahan

ii. Kaedah Terus

iii. Kaedah Semula Jadi

iv. Kaedah Askar/Tentera

v. Kaedah Ajuk-Hafaz

vi. Kaedah Linguistik

vii. Kaedah Oral-Aural

viii. Kaedah Psikologi

ix. Kaedah Terjemahan

x. Kaedah Eklektik

xi. Kaedah Kod-kognitif

xii. Kaedah Khusus

xiii. Kaedah MembacaMINGGU 3Berpandukan satu pengajaran Aktiviti Mendengar dan bertutur, terangkan objektif, langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas aktiviti pengajaranRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 1 Canggih

Tarikh : 27 Ogos 2008

Masa : 60 minit

Bilangan murid : 28 orangTema : Buah-BuahanTajuk : Buah Apa Ini?Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.ii. Membaca lancar dan memberi penjelasan tentang perkara yang dibaca.

iii. Menyenaraikan isi dan idea yang terdapat dalam petikan.Fokus utama :

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Aras 3 (i) Bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul dan gaya penyampaian yang sesuai. Fokus sampingan : 4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.

Aras 2 (i) Menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara yang dibualkan. Kemahiran bahasa : mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

Sistem bahasa : 1. Tatabahasa : Penjodoh Bilangan 2. Sintaksis : Ayat Tanya, Tanda Baca 3. Kosa kata : ranum, pondok

4. Simpulan BahasaPengisian Kurikulum :

a. Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visualb. Nilai murni : baik hati, rajin, bersyukur, bantu-membantuc. Kemahiran Bernilai Tambah :

-Kemahiran berfikir : menghubungkait, menganalisis, penyelesaian masalah

-Kecerdasan pelbagai : imaginasi, video-Belajar Cara Belajar

-Strategi : kontesktual, direktif, metakognitif, konstuktivisme

Pengetahuan sedia ada

Ada: - pernah memakan buah-buahan pernah mengunjungi dusun buah-buahan

pernah melihat iklan amalan gaya hidup sihat di kaca televisyenBahan Bantu Belajar : Persembahan grafik tentang buah-buahan

Petikan Mari ke Dusun Pak Mamat CADANGAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARANLANGKAH/

MASAISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

Set induksi

( 5 minit )Soalan :

1. Apakan buah-buahan kegemaran yang kamu paling gemari?

2. Pernahkah kamu mengunjungi dusun buah-buahan? Guru menunjukkan persembahan grafik tentang buah-buahan.

Guru dan murid bersoal jawab tentang persembahan grafik yang ditunjukkan

Guru mengaitkan tajuk pelajaran dan membincangkan kebaikan memakan buah-buah-buahan BBM:

Persembahan

Grafik tentang Buah-buahanKomputer

LCD

Nilai :

bekerjasama

Langkah 1

( 15 minit )Petikan Mari ke Dusun Pak Mamat

( Rujuk Lampiran A) Guru meminta murid melihat petikan Mari ke Dusun Pak Mamat di dalam buku teks

Guru membaca petikan tersebut dan diikuti murid membacanya dengan beramai-ramai.

Guru membincangkan tentang petikan tersebut dengan murid.

Guru dan murid bersoal jawab BBM:

Buku Teks Tahun1

Petikan Mari ke Dusun Pak Mamat

Langkah 2

( 15 minit )Lakonkan dialog berdasarkan petikan

Guru meminta beberapa orang murid mewakili watak yang terdapat dalam petikan untuk melakonkannya. Murid tersebut diminta untuk melakonkannya dihadapan kelas. Guru memberi ulasan dan penilaian tentang lakonan yang telah ditunjukkan oleh muridBBM :

Petikan Mari ke Dusun Pak Mamat

KP :

Verbal Linguistik

Langkah 3

( 20 minit )Memberi maksud simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan.

( Rujuk Lampiran B ) Guru melekatkan kad-kad simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di papan hitam.

Guru meminta murid untuk memberi maksud simpulan bahasa.

Guru melekatkan makna simpulan bahasa di papan hitam. Guru meminta beberapa orang murid untuk memadankan simpulan bahasa dengan makna yang sesuai.

BBM :

Kad-kad simpulan bahasa

KB :

Penyelesaian masalah

Strategi :

Kontekstual Metakognitif

Nilai :

Kerjasama, keyakinan

Penutup

( 5 minit )Penutup kognitif :

Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi?

Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pelajaran hari ini?

Penutup sosial : Penutup ( 5 minit )

Murid diminta menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari

Guru membuat penutup sosial

Kerja rumah : Membuat latihan penjodoh bilangan.

( Rujuk Lampiran C )

Nilai murni :

Rajin

Bersyukur

Bantu-membantu

Objektif Melihat kepada rancangan pengajaran harian di atas, aktiviti yang dijalankan bagi aktiviti mendengar dan bertutur menekankan kepada kebolehan murid ini membolehkan seseorang murid itu menyebut perkataan dan ayat dengan betul. Sebutannya jelas dan tepat serta dituturkan dalam bentuk pertuturan yang biasa. Selain itu, untuk melatih seseorang itu mendengar dan memahami pertuturan orang lain dengan baik. Oleh itu, guru akan memerhati dan menilai kebolehan murid dalam keadaan iniuntuk menentukan kebolehan mereka dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Di samping itu, wakil-wakil pelajar yang berani tampil ke hadapan memperlihatkan kebolehan dan keyakinan wakil pelajar tersebut dalam menyatakan kehendak, perasaan, pengalaman serta mengutarakan pendapat dan pandangan yang jitu dan berkesan. Sekiranya perkara di atas dapat berjalan dengan baik, maka objektif bagi aktiviti mendengar dan bertutur tercapai. Sebagai tambahan guru boleh bersoal jawab dengan murid, sama ada mereka peka terhadap pembelajaran hari tersebut dan penglibatan murid secara aktif. Kesimpulan, penguasaan kemahiran mendegar dan bertutur di dalam kelas secara tidak langsung melatih murid untuk menggunakan bahasa dengan baik dalam satu-satu situasi mengikut keperluan menggunakannya.Langkah - Langkah Sebelum Pengajaran

tajuk yang dipilih haruslah berkaitan dengan pengalaman sedia ada murid

adakan rangsangan supaya murid dapat memperkatakan tentang sesuatu perkara

menggalakkan sumbangsaran supaya murid bercambah pemikiran dengan apa yang didengar

guru bersedia dengan persiapan pengajaranLangkah Langkah Semasa Pengajaran

melakukan aktiviti yang bermakna dan menarik perhatian murid di mana murid dapat mengikut proses pengajaran yang disampaikan

menyalurkan banyak isi dari pelbagai sumber dan pandangan agar membuka minda murid perhatian murid haruslah pada tajuk yang dibincangkan

Langkah Langkah Selepas Pengajaran hasil pengajaran dapat dilihat dan dinilai secara umumnya.

murid dapat mengamalkan perkara yang dipelajari dalam kehidupan

aktiviti lisan murid bertambah baik dengan perbendaharaan kata yang lebih konkrit

Keberkesanan murid dalam melakukan aktivitiMINGGU 4

Tuliskan prinsip-prinsip pembinaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran

PRINSIP-PRINSIP Pelbagai Alat Bantu MengajarMengikut Dale dan cone of experiencenya, beliau telah mengesyorkan berbagai-bagai kegiatan/pengalaman yang sesuai untuk membantu murid-murid belajar, mengikut peringkat-peringkat tertentu; daripada pengalaman langsung kepada pengalaman yang abstrak. Prinsip umumnya, pembelajaran paling berkesan ialah yang berdasarkan pengalaman langsung, kemudian pengalaman rekaan dan pengalaman dramatized diikuti pula dengan demonstrasi dan pameran, seterusnya dengan gambar-gambar dan rakaman-rakaman. Selepas itu pembelajaran boleh dicapai melalui filem-filem dan pada tahap yang paling tinggi pembelajaran berlaku dengan menggunakan lambing bahasa.

Mutu Alat Bantu MengajarMutu alatan mengajar bergantung kepada pembinaan dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok pula dengan murid-murid yang terlibat. Pembinaannya perlu dibuat berdasarkan lunas-lunas pembinaannya seperti kejelasan bunyi (sebutan), kesesuaian intonasi dan nada (dalam rakaman), keharmonian warna (gambar), kesesuaian saiz dan bentuk huruf (carta), keteguhan dan sebagainya. Alat ini juga harus mudah diperbuat daripada bahan-bahan yang murah atau boleh didapati secara percuma daripada setengah-setengah jabatan kerajaan, agensi kerajaaan, pejabat pos, daripada pihak swasta dan sebagainya.

Kecekapan Menggunakan Alat Bantu MengajarKecekapan seorang guru dalam menggunakan alat bantu mengajar sama pentingnya dengan mutu alat itu. Penyalahgunaan alat bantu mengajar bukan sahaja menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan, tetapi kadangkala boleh merosakkan pelajaran itu seluruhnya.

Dalam masa menggunakan papan hitam, perlulah seseorang guru itu menuliskan butir-butir diatasnya dengan jelas, terang dan boleh dilihat oleh semua murid. guru mestilah seletive dan menentukan butir-butir penting sahaja untuk dituliskan diatasnya.

Semasa menggunakan buku teks pula, guru harus jangan mematuhi buku teks itu secara campur aduk. Ini beerti guru itu terus menggunakan segala isinya dengan tidak langsung mempersesuaikannya denagn keperluan murid dan masa yang diperuntukkan. Penggunaan buku teks yang cekap dan terancang akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan.PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan-bahan yang telah dipilih dan disesuaikan itu perlu pula dinilai terutama bila menggunakannya. Selepas menggunakan bahan bantu mengajar, sepatutnya guru dapat memastikan kesan alat itu kepada pelajar dari segi emosi dan kognitif. Bahan-bahan itu dapat digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan berkesan adalah melalui kaedah-kaedah tertentu. Pembelajaran yang benar-benar bermakna ini hanya akan dapat dicapai apabila guru cuba melibatkan beberapa banyak pancaindera pelajarnya, seperti kata Wayne:

Seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada berbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran.suasana pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran.(Wayne F.Virag, 1976)

a) PERTIMBANGAN SEBELUM MENGGUNAKAN ALAT

Walau apa jenis alat sekalipun, seorang guru perlu menilainya dari segi tujuan menggunakan alat itu, kesesuaian, cara-cara menggunakan, jelas atau tidak idea yang hendak disampaikan. Pendapat guru-guru lain patut ditanya berkenaan alat bantu mengajar ini. (Norizah Abdul Hamid, 1981)

b) PERTIMBANGAN SEMASA MENGGUNAKANNYA

Alat itu harus dapat digunakan sepenuhnya oleh kedua-dua pihak iaitu guru dan murid-murid. Ia harus memberi faedah pada semua murid dan tidak hanya kepada sekumpulan kecil atau hanya beberapa orang individu sahaja. Murid-murid harus mempunyai respon yang baik terhadap alat-alat itu an pastikan setiap orang daripada mereka terlibat dengan penggunaannya semasa ia digunakan. Mesej atau idea yang hendak disampaikan itu harus jelas kepada murid-murid dan sebagainya.c) PERTIMBANGAN SELEPAS MENGGUNAKANNYA

Selepas alat itu digunakan, murid-murid harus mendapat kesan yang baik dari segi emosi dan kognitif. Murid-murid harus dapat menunjukkan sama ada melalui lisan atau tulisan kefahaman mereka terhadap idea yang telah dipelajari. Perlu diingat bahawa alat-alat bantu mengajar tidak boleh berdiri sendiri tanpa kaitan dengan idea, kaedah-kaedah mengajar, teknik-teknik yang digunakan serta prinsip psikologi pembelajaran. Perkara-perkara seperti ini mestilah dipandang berat oleh guru-guru semasa menyediakan dan menggunakan alat-alat itu di bilik darjah.

MINGGU 5

Berdasarkan rencana yang anda baca, jelaskan dari sudut teknik intensif, ekstensif, skimming dan scanning.Mengikut rencana yang saya baca dan kaji iaitu tentang magis sains yang membongkarkan taktik silap mata yang telah digunakan. Rencana tersebut bertajuk Silap Mata Dan Sains oleh Alif Firdaus Azis, majalah Dewan Kosmik, Februari 2008. Rencana ini mengisahkan bahawa silap mata yang sering dikaitkan dengan sihir sebenarnya masih ada penerangan sains.

Oleh itu, saya mengkategorikan kepada beberapa sudut mengikut teknik-teknik bacaan yang dipelajari bagi memahami dan mendapatkan perkara tunjang serta isi dalam artikel yang mengaitkan silap mata dengan penerangan sains.

Intensif ( mendalam ) Dari sudut intensif yang menekankan ketepatan denagn kata lain pembacaan terperinci iaitu memahami kandungan yang disampaikan secara keseluruhan rencana. Dalam perkara ini, cara penyampaian rencana dilihat dengan meneliti gaya penulisan yang mengaitkan unsur sihir dengan sains. Cara pembacaan adalah ringkas untuk mendapatkan maklumat dan informasi dengan mudah. Situasi yang ditunjukkan dalam rencana melihatkan tentang penggunaan ilmu sains untuk menampakkan seolah-olah individu tersebut memiliki kuasa sihir. Individu yang bijak pandai sudah mencipta alternatif lain bagi memperlihatkan seoolah-olah dia memiliki kuasa sihir. Namun, setiap peredaran masa terus berkembang seiring dengan penemuan sains baharu.

Ekstensif ( meluas )

Menerusi perspektif bacaan ekstensif pula, selalunya adalah bagi tujuan kepuasan dan keseronokan sendiri. Bacaan ini boleh dikatakan sebagai bahan tambahan yang dapat menampung apa yang dipelajari dan juga kepada ilmu penerokaan yang lebih daripada kebiasaan. Secara tidak langsung dapat diilhamkan sebagai pengalaman yang dapat membuatkan murid berfikir dan meluaskan pandangan dalam ilmu sains. Bacaaan ini membentuk kepada kepantasan membaca, kelancaran dan pemahaman yang meluas. Seperti di dalam rencana, isi utama yang disampaikan adalah tentang silap mata yang sering dikaitkan dengan sihir. Namun, apabila dikaji dan dipandang dari sudut ilmu sains, masih ada penerangan sains yang boleh menepis anggapan tersebut. Terdapat beberapa contoh silap mata yang dicoretkan mendedahkan bukti dan penerangan sains yang berkaitan dengan silap mata. Ini merupakan maklumat yang lebih jelas dengan kefahaman yang mendalam. Secara tidak langsung mengenalpasti isi penting bersama huraian yang jitu dapat didapatkan.

Skimming

Bacaan secara skimming yang merujuk bacaan pantas untuk mendapatkan idea keseluruhan. Dengan bacaan ini, teks dibaca sepenuhnya dan gambaran atau idea keseluruhan dapat terjana di dalam pemikiran. Oleh itu, gambaran kasar diperoleh dengan membaca mengikut sub-sub topik yang telah dikelaskan. Bacaan yang dilakukan secara permukaan dan tidak mendalam. Oleh itu, kemungkinan huraian pada isi yang dipaparkan terdapatnya unsur yang melibatkan pembohongan atau ketidakpastian berlaku. Pertimbangan tepat melalui bacaan ini tidak dapat disahkan kerana kajian yang tidak mendalam pada pembacaan. Oleh itu, pembacaan ini merupakan bagi melihat cerita keseluruhan tentang rencana disampaikan.

Scanning Bacaan scanning merujuk kepada pembacaan untuk mendapatkan maklumat khusu daripada sesuatu teks. Maklumat yang diperoleh adalah secara khusus apabila melihat kepada isi rencana dan juga huraian terhadap isi serta kefahaman yang lebih mendalam daripada skimming. Pertimbangan dapat dilakukan pada tahap ini di mana pembaca akan terus pada isi atau bahagian seterusnya sekiranya mendapati bahagian-bahagian sebelum ini kurang penting. Hal ini menjimatkan masa dan memudahkan kefahaman yang terus menjurus kepada apa yang dikehendaki. Maklumat khusus diterima dan difahamkan untuk mendapatkan gambaran jelas rencana yang disampaikan. Seperti di dalam artikel tersebut banyak menceritakan tentang kejadian berlakunya silap mata dan dikaitkan dengan ilmu sains. Walaubagaimanapun, perkara-perkara lain yang tidak penting ditolak ketepi.

MINGGU 6Dengan menggunakan Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Bacaan, bina empat kaedah pengajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu-pendekataan binaan, cerakinan, komunikatif, fonetik, abjad, pandang sebut, kaedah gabungan bunyi kata dan sebagainya.MINGGU 7Buat satu catatan ringkas ( rajah pohon ) tentang teknik SQ3R dan KWLH

MINGGU 8 :

Jelaskan matlamat dan peringkat menulisMATLAMAT

1. Kemahiran Menulis diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat merakamkan apa yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik

( penulisan ). 2. Dalam masa yang sama mereka juga akan menggunakan kemahiran berfikir sebaik mungkin. 3. Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga, dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik.PERINGKAT KEMAHIRAN MENULISPeringkat kemahiran menulis terbahagi kepada tiga :(a) Peringkat Pramenulis

(b) Peringkat Mekanis

(c) Peringkat PelahiranPeringkat Pramenulis

Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti mnulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot,, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Antara contoh aktiviti pramenulis ialah :-

Menulis dari kiri ke kanan

Menyambung titik-titik

Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk

Melukis gambar

Melukis sesuatu objek di udara

Melukis sesuatu objek di atas pasir Menggerakkan tangan/jari

Peringkat Mekanis

Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambing-lambang tulisan. Pada peringkat wal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, baharulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis. Contoh latihan terkawal bagi peringkat mekanis ialah : Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal

Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua

Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

Latihan membenyuk lambing tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca.PERINGKAT PELAHIRANSetelah menguasai menulis mekanis, murid-murid digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.di antara aktiviti-aktiviti menulis yang boleh dijalankan ialah :-

Mengisi silang kata

Mengisi tempat kosong dalam ayat

Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai

Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan

Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan

Menulis karangan daipada tajuk yang disediakanMINGGU 9 Buat ringkasan tentang tujuan penulisan dan jenis penulisan karanganTUJUAN PENULISANMenurut Zaba, (1952), mengarang itu sebenarnya ialah hendakkan supaya orang yang membaca faham dan tahu akan fikiran dalam hati pengarang. Dalam bukunya, Bahasa Melayu Sijil Persekolahan, (1969), beliau menjelaskan tujuan utama berhubung dengan mempelajari Bahasa Melayu ialah belajar mengarang bagu menyebutkan fikiran-fikiran atau pendapat sendiri dengan terang dan teratur untuk dibaca oleh orang lain serta memberi kesan pada pembacanya. Menurut Zaba lagi matlamat yang dituju dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah kebolehan menyampaikan fikiran dan pendapat sendiri secara bertulis dengan jelas dan mudah difahami. (Zaba, 1969).

Mengikut Awang Mohd. Amin, 1983, objektif pengajaran dan pembelajaran penulisan berbeza menurut peringkat umur pelajar. Untuk sekolah rendah objektif pengajaran dan pembelajaran ialah bertujuan untuk memberikan kemahiran bertutur dengan menggunakan kata-kata, frasa dan ayat yang berpadanan dengan peringkat umur pelajar-pelajar. Bagi sekolah menengah pula, objektif pengajaran dan pembelajaran penulisan ialah untuk memberikan kemahiran menggunakan bahasa tulisan yang bersesuaian dengan peringkat umur pelajar-pelajar yang berkenaan. Dengan ini mereka dapat melahirkan buah fikiran, pengalaman dan imaginasi melalui penggunaan bahasa yang mereka pelajari beberapa lama sejak daripada sekolah rendah lagi. (Awang Mohd. Amin, 1983). Bagi peringkat yang lebih tinggi, objektifnya menjadi lebih kompleks. Awang Mohd. Amin menerangkan, di peringkat ini mereka sudah banyak pengalaman tentang selok belok pergaulan dalam masyarakat, pengalaman sebagai pelajar, imaginasi dan emosi mereka yang kian berkembang dan banyak perkara lagi yang sememangnya perlu mereka luahkan melalui gubahan atau susunan dalam bentuk wacana atau karangan (Awang Mohd. Amin, 1983:189). JENIS PENULISAN KARANGAN

Terdapat tiga jenis penulisan karangan iaitu :

a) Karangan lisan

b) Karangan bertulis

c) Karangan terkawal

d) Karangan bebasergambar, iaitu latihan bercakap mengenai

KARANGAN LISAN

Karangan lisan ialah latihan bercakap bahasa yang diajar bagi mempraktikannya. Latihan-latihan bercakap itu dijalankan oleh guru dengan pelbagai cara melalui arahan-arahan daripadanya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk melaksanakan karangan jenis ialah :

1- Bersoal jawab perkara-perkara yang telah dialami oleh kanak-kanak dalam kehidupannya sehari-hari.

2- Mengeluarkan semula secara lisan akan isi-isi atau perenggan-perenggan daripada buku bacaan3- Menceritakan semula cerita yang didengar daripada guru mereka, ibu bapa atau buku-buku yang pernah dibacanya

4- Karangan bergambar, iaitu latihan bercakap mengenai gambar yang disediakan oleh guru

5- Berkenaan dengan ucapan-ucapan yang disediakan oleh murid-murid itu sendiri berkaitan dengan pengalamannya.

KARANGAN TULISAN

Karangan bertulis adalah lanjutan daripada karangan lisan. Ia mestilah dilakukan selepas pelajar-pelajar menjalani latihan-latihan praktik dalam bahasa lisan. Sebelum latihan menulis dijalankan guru perlulah menyediakan beberapa perkara untuk menggelakkan kesukaran menulis : Soalan-soalan lisan

Menggunakan gambar-gambar

Membaca dengan kuat

Menyediakan ucapan-ucapan pendek

Membaca senyap

Persediaan di luar kelasPersediaan-persediaan seperti di atas adalah perlu bagi membolehkan :

1) Murid-murid tahu apa yang hendak dibuat

2) Murid-murid mengeluarkan idea-idea yang baik

3) Bertambahnya perbendaharaan kata kanak-kanak

4) Murid-murid memilih perkataan dengan betul

5) Murid-murid fasih dalam penggunaan bahasa

6) Karangan murid menjadi lebih baik

KARANGAN TERKAWAL

Karangan peringkat terkawal merupakan karangan peringkat asas atau pertama, yang harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja penulisan. Karanga terkawal ialah segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh guru. Susunannya dikawal ketat dan sedikit-sedikit dipimpin ke arah karanga bebas. Tujuan karangan terkawal ini ialah untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan berlaku di kalangan murid-murid. Apa yang dititikberatkan dalam karangan terkawal ini ialah kelancaran dalam penggunaan bahasa dan membolehkan murid-murid mengeluarkan fikiran mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa. Karangan jenis ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis :

i. 100% terkawal atau kawalan sepenuhnya. Ia hampir menyerupai peringkat menyalin semula

ii. Separuh terkawal iaitu peringkat menghasilkan semula

iii. Hampir terkawal iaitu peringkat menggabungkan semula ayat-ayatTujuan karangan terkawal :

1. Karangan terkawal dilakukan kerana cara ini akan dapat mengurangkan kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak

2. Karangan terkawal ini juga menjadi asas kepada karangan bebas. Kanak-kanak dilatih dan dipimpim sedikit demi sedikit ke arah karangan bebas yang menitikberatkan soal-soal isi dan bahasa

3. Untuk membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lancer dan mengeluarkan fikirannya dengan tidak diganggu oleh kesulitan-kesulitan berbahasa. Bentuk-bentuk karangan terkawal :

1. Menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu berhubung dengan sesuatu tajuk

2. Menulis semula cerita yang dibaca, didengar atau diperdengarkan

3. Menulis surat. Isi surat itu ditetapkan oleh guru. Ini akan menyenangkan murid-murid menulisnya

4. Mengisi tempat-tempat kosong dalam sebuah cerita atau karangan yang telah disediakan

5. Menuliskan ayat atau cerita daripada gambar-gambar yang disediakan

6. Membuat ayat-ayat secara lisan atau tulisan daripada perkataan yang diberi

KARANGAN BEBAS

Karangan bebas hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik. Pada peringkat ini, murid-murid diberi tajuk-tajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimanan hendak menulisnya. Oleh kerana murid-murid ini telah mempunyai kemahiranmekanikal yang mencukupi, maka guru hanya perlu menumpukan kepada isi dan kesilapan-kesilapan yang dilakukan.

Untuk sekolah menengah pada peringkat kelas-kelas yang lebih tinggi, jenis-jenis karanagn ini diperluaskan lagi kepada beberapa bentuk dan bentuk-bentuk ini dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu karangan bentuk naratif, deskriptif, imaginative, kreatif dan argumentatif.

MINGGU 10Berdasarkan Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis-jelaskan proses pengajaran dengan menggunakan kemahiran LEA

Penekanan

Pengajaran kemahiran menulis karangan yang berfokuskan pengetahuan sedia ada pelajar dan apa-apa yang telah ditempuhi atau dialami oleh pelajar .

Pengalaman

a. Pengalaman adalah apa sahaja yang berlaku kepada diri kita dalam kehidupan seharian .

b. Pengalaman adalah apa sahaja yang dinikmati , dirasai atau di deritai .

c. Pengalaman bahasa yang ditempuhi oleh seseorang itu berbeza dengan orang lain , biasanya dipenngaruhi oleh masyarakat .

d. Pengalaman terbahagi kepada pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain .

MINGGU 11

Jelaskan kemahiran mengarang dengan menggunakan bahan rangsanganSukatan Pelajaran Bahasa Malaysia serta buku-buku teks bahasa Malaysia banyak menyogokkan murid-murid tajuktajuk karangan yang beraneka jenis. Ini satu petanda baik kerana kita mahu supaya murid-murid boleh menulis pelbagai jenis karangan, termasuklah karangan-karangan jenis surat, laporan, ulasan dan berbagai- bagai lagi. Pengajaran karangan daripada jenis-jenis yang disebutkan tadi kadangkala memerlukan bahan-bahan rangsangan sebagai memudahkan pembelajaran .

Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk melatih kemahiran ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu bahan rakaman, gambar dan bahan bercetak. Bahan-bahan rakaman adalah seperti muzik, lagu, perbualan, ceramah, ucapan, cerpen, syarahan, pembacaan sajak dan sebagainya. Gambar yang dipilih seharusnya mempunyai satu dua sifat yang ketara yang dapat memberikan kesan kepada yang melihatnya. Guru boleh mempelbagaikan tema gambar-gambar ini seperti kesedihan, kegembiraan, keluasan, kesempitan, kebanggaan, kekayaan dan sebagainya. Daripada bahan-bahan bercetak pula, guru-guru boleh gunakan sajak, seni kata lagu, karangan-karangan yang bersifat pengembaraan, petikan, cerpen atau novel .

MINGGU 12

Nyatakan secara ringkas kaitan tajuk, kohensi, koheran dan pemerengganan dalam kemahiran mengarang.

Menghasilkan karangan yang baik dan berkesan bukanlah satu usaha yang mudah. Kegiatan menulis karangan memerlukan kecintaan dan kesetiaan terhadap tugas menulis. Penulisan karangan menjadi semakin kompleks sifatnya pada peringkat pengajian tinggi. Kemahiran menulis pelbagai bentuk karangan yang lebih tinggi amat diperlukan oleh para pelajar pada peringkat ini. Latihan menulis karangan yang banyak, berdisiplin diri dan mental yang tinggi serta berpengetahuan tentang tajuk yang ingin ditulis menjadi syaratsyarat penting bagi menghasilkan karangan yang baik. Tajuk memainkan peranan penting dalam proses menulis karangan kerana ia menentukan tujuan penulisan tersebut serta menjadi garis panduan kepada penulis .

Beberapa aspek berkaitan binaan perenggan mestilah dipenuhi. Karangan yang baik dan lengkap perlu terdiri daripada bahagian pengenalan, isi kandungan dan penutup. Ketigatiga bahagian ini perlu di susun dalam perenganperengan yang saling berhubungan bagi mendapatkan kesan kesatuan pada perenggan. Perenggan tidak boleh dibina sesuka hati tetapi dibina kerana adanya sesuatu isi atau maklumat tertentu yang perlu dihuraikan. Ayatayat dalam perenggan perlu saling bertaut dalam suatu rangkaian untuk membentuk sebuah kesatuan idea yang tersusun baik. Hubungan antara perengganperengan yang baik menghasilkan karangan yang baik dan berkesan .

Sebuah perenggan yang baik ialah perenggan yang dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Perenggan akan dapat berfungsi dengan baik sekiranya ciriciri ini iaitu kesatuan dan kepautan dipenuhi. Perenggan hanya akan dianggap mempunyai kesatuan sekiranya ayatayat dalam perenggan tersebut berfokuskan kepada tajuk yang ingin dibincangkan dan tidak memasuki halhal yang tidak relevan. Manakala kepautan membawa maksud ayatayat yang di bina di dalam karangan bergerak lancar dan dapat dibaca dengan mudah daripada satu ayat ke satu ayat yang lain tanpa ada ruang kosong atau idea yang terputus serta tidak dikemukakan. Perenggan yang lemah kesatuannya juga akan lemah kepautannya. Jikalau perenggan yang lemah kesatuannya adalah disebabkan oleh kelemahan rujukan terhadap ayat topik maka perenggan yang lemah kepautannya pula disebabkan oleh kelemahan rujukan terhadap ayat sebelumnya atau hubungan ayat dengan ayat .

SQ3R merupakan kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan

-Membaca bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan kepada soalan yang telah dibuat.

-memastikan tiada fakta yang tertinggal

-Cuba meningat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh

R (REVIEW) BACA SEMULA

S (SURVEY) TINJAU

R (RECITE) IMBAS KEMBALI

R (READ) BACA

-Membaca bahan atau teks sesara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikan sebelum ini.

SQ3R

-Langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks

-Menunjukkan keinginan pemnaca tentang maklumat yang ingin diperoleh

-Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apayang terkandung di dalam bahan bacaan

Q (QUESTION) SOAL

Sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis

TEKNIK MEMBACA KWLH

TUJUAN: menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber

H-HOW

(BAGAIMANA)

L-LEARN

(PELAJARI)

W-WANT

(HENDAK/INGIN TAHU)

K-KNOW

(TAHU)

TEKNIK KLWH

Hampir sama dengan teknik SQ3R kerana pembaca perlu menentukan fokus bacaannya melalui soalan-soalan yang dibina

Mementingkan pengetahuan sedia ada pembaca kerana pengetahuan sedia ada pembaca tentang tajuk yang akan dibaca akan memudahkan pemahaman