tutorial blog

60
PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM OLEH: MOHD FAIRUZ BIN MOHD NOR hakcipta mohd fairuz mohd nor 2008 ©

Upload: azmeer-aizam

Post on 27-Jan-2016

10 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BLOG

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

OLEH:

MOHD FAIRUZ BIN MOHD NOR

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 2: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

PRAKATA

Ebook ini dihasilkan untuk mereka yang masih baru dalam selok belok

membina blog di Internet. Ia bertujuan memberikan panduan, pengajaran dan

menyalurkan maklumat berguna tentang langkah demi langkah menghasilkan dan

membangunkan blog secara online. Melalui ebook ini “PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM” anda boleh menghasilkan blog yang lebih baik dan

percuma.

Di dalam ebook ini anda akan diajar bagaimana untuk menghasilkan blog

dari mula hingga akhir. Ebook ini juga di sertakan dengan

gambarajahgambarajah yang ditunjukkan secara teori dan praktikal untuk

memudahkan anda membina blog tersebut. Daripada blog yang anda hasilkan itu

anda boleh melakukan apa jenis blog termasuklah untuk tujuan perniagaan di

Internet dan mendapatkan pendapatan secara online.

2 hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 3: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Info Penting

Segala maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah berdasarkan

kepada pembelajaran, pembacaan dan pengalaman dalam membina blog di

Internet. Memandangkan maklumat Internet bergerak dan bertukar dengan

pantas, kemungkinan informasi yang kurang tepat akan berlaku semasa anda

membaca ebook ini. Kami tidak akan bertanggungjawab atas segala risiko atau

kesan negatif yang terjadi akibat daripada penggunaan ebook ini.

Hakcipta Terpelihara©2008

Anda dilarang untuk menjual ebook ini, tetapi anda diberi kebenaran untuk mengedar

atau menjadikannya sebagai bonus produk anda tanpa mengubah mana-mana kandungan

yang terdapat di dalam ebook ini tanpa kebenaran.

Diterbitkan oleh : Mohd Fairuz bin Mohd [email protected]

3

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 4: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

ISI KANDUNGAN

1. Prakata ………………………………………………2

2. Info Penting ………………………………………………3

3. Pengenalan ………………………………………………5

4. Apa itu blog? ………………………………………………7

5. Ciri-ciri sebuah blog ………………………………………8

6. Jenis, fungsi dan kepentingan blog ………………………9• Personal Blog ………………………………………9• Blog Untuk Perniagaan ………………………10• Blog Artikel ………………………………………10• Blog Untuk Iklan ………………………………11

7. Langkah Demi Langkah - Bina Blog DenganBlogger.com ………………………………………………12

8. 3 menu utama• Posting ………………………………………………21• Setting ………………………………………………23• Template ……………………………..…………………24

4

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 5: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

PENGENALAN

Penggunaan komputer dan Internet masa kini semakin meningkat dan berkembang dengan pantas. Perkembangan ini juga seiring dengan peningkatan permintaan pengguna terhadap komputer, Internet dan telikomunikasi di seluruh dunia.

Daripada tahun ke setahun pelayar siber semakin bertambah di seluruh dunia setiap bulan. Untuk bulan Mac 2006 sahaja, sejumlah 694 juta pengguna Internet di seluruh dunia yang telah direkodkan oleh “comScore World Metrix”.

Selain itu, menurut NITC jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah melebihi 8 juta pengguna pada Disember 2003 dan ia bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Bilangan ini dijangka meningkat sehingga 10 juta akhir tahu 2007.

Dengan perkembangan ini juga menjadikan ramai di kalangan penggemar dan pengguna Internet ingin menghasilkan laman web atau blog sendiri. Penghasilan laman web atau blog ini dihasilkan untuk tujuan tertentu seperti tujuan peribadi, maklumat dan pandangan, perniagaan dan sebagainya.

Di dalam ebook ini, saya akan menerangkan bagaimana menghasilkan blog menggunakan penyedia perkhidmatan blog percuma iaitu www.blogger.com. Ia merupakan penyedia blog yang paling digemari kerana mudah dan senang untuk dikendalikan.

www.blogger.com

5

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 6: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Namun demikian, bagi mereka yang masih baru dengan blog, mungkin ada beberapa perkara yang menjadi kesulitan atau keraguan dalam menghasilkan blog. Oleh itu, ebook “PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM” akan menunjukkan anda cara yang lebih mudah dan mendalam untuk menghasilkan blog.

Melalui e-book ini anda akan diterangkan langkah demi langkah dalam membina dan menghasilkan blog yang menarik. Ianya disusun begitu rapi, lengkap dan mudah difahami. Teruskan membaca sehingga anda memahami dan boleh menghasilkan blog yang terbaik.

Apa yang penting semasa anda membaca ebuku ini, anda perlulah melakukan praktikalnya sekali. Ini bermaksud anda perlu berhadapan dengan komputer yang mempunyai sambungan Internet. Dengan kata lain, anda baca sambil buat.

6

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 7: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Apa Itu Blog?

Blog atau dengan kata lain weblog adalah satu portal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi mengenai pelbagai perkara. Blog akan sentiasa dikemaskini pada setiap hari atau setiap minggu. Konsep blog adalah seakan-akan sebuah diari harian anda.

Aktiviti penulisan dan pengurusan blog dikenali sebagai “blogging”. Manakala orang yang memiliki, menulis artikel dan menguruskan blog pula dikenali sebagai “blogger”.

Blog sangat mudah digunakan dan diuruskan oleh sesiapa sahaja tanpa memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam. Ini kerana blog telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Pengurusan dan penulisan di dalam blog adalah mudah seakan-akan menggunakan perisian yang biasa anda gunakan seperti di dalam Microsoft Office. Ianya lebih mudah apabila anda menggunakan blogger.com.

Blog seperti juga laman web biasa perlu dikemaskini dari masa ke semasa. Tajuk yang anda tulis perlulah menarik, padat dan bermaklumat supaya pelawat sentiasa mengunjungi blog anda.

Pada masa kini, blog semakin diberi perhatian dan dimanfaatkan oleh pengguna-pengguna blog untuk menghasilkan pendapatan. Blog sudah mula digunakan sebagai alat untuk berniaga. Ia digunakan sebagai tempat untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dijual.

7

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 8: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Ciri-ciri Sesebuah Blog

Ciri utama sebuah blog ialah setiap kali anda mengemaskini atau memasukkan artikel baru, artikel itu akan berada di atas ruangan halaman web blog anda. Manakala artikel yang sebelumnya akan berada di bawah. Dengan ini pembaca akan melihat artikel baru yang anda tulis / publish sebaik sahaja mereka memasuki blog anda.

Selain itu, setiap artikel baru yang anda tulis, tajuknya akan diletakkan di sebelah kiri atau kanan halaman weblog anda - bergantung kepada format / template blog yang anda gunakan. Ruangan tersebut di kenali sebagai “sidebar”. Keseluruhan tajuk artikel yang telah anda tulis juga akan berada di bahagian tersebut. Ini memudahkan pelawat untuk mencari maklumat dengan tajuk yang berkaitan.

Ruangan “sidebar” ini juga merupakan tempat yang sangat digemari dan sesuai untuk meletakkan banner atau iklan produk dan perkhidmatan yang anda jual. Ini kerana ruangan tersebut senang dilihat oleh pelawat blog anda.

Blog juga membolehkan pelawat memberikan komen atau pandangan mereka terhadap sesuatu artikel yang anda hasilkan. Inilah satu ciri yang membezakan blog dengan laman web biasa kerana sesiapa sahaja yang membaca blog anda boleh memberikan komen dan pandangan mereka.

Memandangkan blog lebih mudah dan sentiasa dikemaskini, maka enjin carian (search engine) lebih mudah meng-index laman web jenis blog ini. Enjin carian lebih cepat membuat crawling terhadap artikel baru yang dimasukkan di dalam blog. Ini kerana enjin carian lebih menyukai maklumat yang terkini dan tepat.

8

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 9: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Jenis, Fungsi Dan Kepentigan Blog

Melalui blogger.com, selain ia memberikan perkhidmatan membina blog secara percuma, ia juga mudah untuk dikendalikan. Terdapat banyak yang boleh anda lakukan dengan blog di blogger.com.

Sifat inilah yang menjadikan blog mempunyai fungsi dan kepentingan tersendiri bergantung kepada tujuan seseorang menghasilkan blog tersebut. Berikut merupakan beberapa fungsi dan kepentingan blog dihasilkan.

Antaranya fungsi dan kepentingan blog:

1. Personal blog

Blog jenis ini merupakan blog yang digunakan sebagai tempat untuk meletakkan maklumat peribadi dan yang berkaitan dengannya. Biasanya ia dihasilkan sebagai satu diari untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan mereka yang ingin mengenali diri seseorang itu.

Memandangkan ia dianggap sebagai satu diari, maklumat dan tajuk yang diletakkan dan dibingcangkan di dalam blog tersebut berkisar dengan aktiviti harian, hobi, gambar bersama rakan-rakan dan yang berkaitan dengan maklumat peribadi.

Terdapat juga dikalangan blogger yang menyatakan tentang perasaan dan cinta mereka terhadap seseorang. Blog ini jadikan tempat meluahkan isi hati masing-masing sama ada rasa suka atau pun kecewa.

Selain itu, personal blog juga digunakan sebagai tempat untuk memberikan pendapat dan pandangan masing-masing berkaitan dengan sesuatu tajuk. Ada juga dikalangan mereka ini yang menulis rasa tidak puas hati mereka dan mengkritik terhadap sesuatu perkara.

Biasanya pendapat dan pandangan yang diberikan dalam blog tersebut berkaitan dengan politik, ekonomi, dasar kerajaan, pendidikan, masalah social, hiburan dan sebagainya.

9

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 10: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

2. Blog untuk perniagaan produk anda

Jenis blog yang kedua ialah blog yang dihasilkan untuk tujuan perniagaan. Blog ini digunakan sebagai tempat untuk mempromosikan dan memasarkan produk atau perkhidmatan yang anda jual. Kandungan dan maklumat yang ditulis di dalam blog adalah berkaitan dengan isi kandungan sesuatu produk atau perkhidmatan, matlamat dan kelebihan produk tersebut serta penerangan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang diniagakan.

Ada juga yang menulis blog ini sebagai laman web sampingan atau sokongan untuk tujuan promosi produk dan perkhidmatan mereka selain laman web perniagaan utama mereka. Cara ini sebagai satu strategi pemasaran yang boleh dianggap berkesan.

Keseluruhan penulisan dan penerangan di dalam blog ini berkisar dengan produk dan perkhidmatan yang anda jual. Pelawat blog anda pula boleh memberikan komen serta pandangan mereka berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda. Komen dan pandangan ini boleh anda jadikan sebagai testimoni bagi produk anda.

Untuk mendapatkan trafik yang tinggi dan memastikan pelawat sentiasa melawati blog anda, anda perlu memberikan maklumat dan kandungan terkini yang berterusan dengan pelbagai tajuk dan kandungan yang niche.

3. Blog artikel (kandungan niche)

Blog yang berbentuk artikel ialah blog yang ditulis berkaitan dengan sesuatu kandungan, maklumat dan panduan tertentu. Pelbagai tajuk dan artikel yang boleh ditulis dalam blog ini termasuklah artikel berkaitan dengan perniagaan internet, pemasaran, komputer, internet, teknologi telekomunikasi dan sebagainya.

Sebenarnya blog jenis ini juga boleh anda gunakan sebagai tempat untuk promosi produk anda atau produk affiliate yang anda sertai. Program “google adsense” juga boleh anda selitkan di dalam blog ini sebagai pendapatan sampingan lain. Ini bermaksud blog ini lebih kurang sama dengan blog untuk tujuan perniagaan.

10

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 11: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Namun perbezaanya ialah blog ini lebih kepada maklumat menyeluruh dengan tajuk yang lebih luas dan pelbagai. Blog ini bukan sahaja tempat untuk perniagaan tetapi juga memberikan anda panduan dan maklumat berguna tentang pelbagai perkara. Blog jenis ini tidak tertumpu semata-mata untuk tujuan perniagaan sahaja.

Blog jenis ini dilihat lebih mendapat perhatian kerana ditulis dengan pelbagai perkara, terdapat maklumat dan panduan berguna serta rujukan utama bagi mereka yang memerlukannya. Oleh itu, blog ini sesuai dijadikan sebagai alat untuk tujuan perniagaan internet anda.

4. Blog untuk iklan produk atau perkhidmatan

Sebenarnya jenis blog yang ke empat ini ada kaitan dengan jenis blog yang kedua dan ketiga. Ini kerana ia dihasilkan ada kaitan juga dengan perniagaan. Namun ia lebih kepada tujuan iklan sesuatu produk dan perkhidmatan yang anda jual.

Terdapat banyak bentuk pengiklanan dan tujuan pengiklanan di Internet. Selain untuk iklan produk dan perkhidmatan anda, anda juga boleh meletakkan iklan produk affiliate yang anda sertai. Satu lagi bentuk pengiklanan yang mudah dan boleh menghasilkan pendapatan ialah menyertai program pengiklanan “google adsense” dan “adbrite”.

Selain itu, anda mungkin memberikan peluang kepada orang lain untuk membeli ruang iklan di blog anda dengan bayaran tertentu. Namun, adalah tidak praktikal jika blog anda adalah semata-mata untuk iklan tanpa ada kandungan dan maklumat tertentu berkaitan dengan pelbagai perkara. Ini kerana pelawat lebih menyukai maklumat terkini,panduan berguna dan bahan rujukan.

Oleh itu, selain tujuan iklan, anda digalakkan memberikan kandungan dan maklumat terkini dan panduan berguna untuk membolehkan pelawat sentiasa mengunjungi blog anda.

11

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 12: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Jika dilihat daripada semua jenis blog yang dibincangkan di atas, dapat dilihat blog yang pertama dengan blog kedua, ketiga dan keempat jauh berbeza. Blog pertama lebih kepada personal, manakala tiga blog berikutnya lebih kepada tujuan perniagaan Internet.

Namun bagi mereka yang menumpukan kepada blog untuk tujuan perniagaan Internet dan menghasilkan pendapatan, saya lebih menyarankan kepada anda untuk menggabungkan ketiga-tiga jenis blog tersebut iaitu blog untuk perniagaan, blog berbentuk artikel dan blog untuk iklan. Ini kerana dengan gabungan ketiga-tiga elemen ini lebih mendapat perhatian daripada peminat-peminat blog.

12

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 13: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Langkah Demi Langkah - Membina blog dengan blogger.com

Bahagian ini merupakan perbincangan utama terhadap produk ebook ini. Di dalam bahagian ini akan diterangkan secara teori dan praktikal bagaimana anda boleh menghasilkan blog dengan “blogger.com”. Penerangan dan persembahkan di dalam ebook ini adalah mudah dan senang untuk difahami.

Melalui penerangan yang diberikan di dalam ebook ini, anda pun boleh menghasilkan blog anda sendiri, yang bermaklumat, cantik serta menarik. Oleh itu, fahamilah langkah demi langkah yang telah diterangkan di dalam ebook ini. Apa yang lebih penting sambil anda baca ebook ini sambil anda buat praktikalnya. Dengan cara ini, barulah langkah demi langkah anda menghasilkan blog akan berkesan.

Langkah Demi Langkah

1. Masuk ke laman web blogger.com di www.blogger.com/start. Lihat “gambarajah 1” di bawah.

Gambarajah 1 : Laman web rasmi blogger.com

13

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 14: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Di dalam laman web tersebut, anda dapat lihat diterangkan tentang ciri-ciri baru blogger.com, kotak carian blog-blog yang telah dibina, langkah mudah membina blog dan pelbagai perkara lagi.

2. Langkah seterusnya, perhatikan bahagian “Create a blog in 3 easy steps”. Seperti dalam “gambarajah 2” di bawah.

Dalam bahagian ini, anda ditunjukkan 3 cara mudah untuk menghasilkan blog yang mana akan diterangkan pada langkah yang berikutnya.

Kemudian klik pada “Create Your Blog Now”.

Gambarajah 2 : 3 langkah mudah membina blog

3. Seterusnya anda akan memasuki “Create a Google Account” seperti yang ditunjukkan dalam “gambarajah 3” di bawah.

Di dalam bahagian ini anda dikehendaki untuk membina satu Akaun Google dengan mengisi maklumat yang diperlukan seperti :

Email address : alamat email yang selalu anda gunakan dan ianya masih wujud. Seelok-eloknya anda menggunakan perkhidmatan email dari google mail atau “gmail”. Ini kerana ia diperlukan bila anda ingin mendaftar perkhidmatan pengiklanan “google adsense”.

14

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 15: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Password : masukkan kata laluan yang anda suka sekurang-kurangnya 6 huruf. Kata laluan inilah yang anda gunakan bila anda ingin “sign in” nanti di blogger.com.

Display name : merupakan nama yang anda gunakan untuk blog yang sedang anda bangunkan ini.

Gambarajah 3 : Langkah membina Google Account

Di dalam “Word Verification”, isikan huruf seperti yang terdapat di dalam gambar di atasnya. Kemudian tik pada “I accept the terms of service”.

Setelah selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan, seterusnya klik pada butang anak panah “continue” untuk memasuki langkah yang ke dua.

15

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 16: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

4. Di langkah yang kedua, anda memasuki ruangan “Name your blog” iaitu memberikan nama kepada blog anda. Lihat “gambarajah 4” di bawah.

Di sini anda dikehendaki mengisi maklumat seperti :

Blog title : merupakan tajuk kepada web blog anda. Tajuk ini akan kelihatan di atas laman blog anda. Dalam contoh ini saya menggunakan tajuk “Online Business Tips”. Anda boleh meletakkan tajuk yang sesuai berkaitan dengan tujuan blog anda dihasilkan. Sebenarnya tajuk ini boleh diubah kemudiannya pada bila-bila masa yang anda suka.

Blog address (URL) : ini merupakan perkara yang paling penting kerana ia adalah alamat URL blog anda. Dengan kata lain ia merupakan “domain name” blog anda. Oleh itu, anda perlulah mencari nama domain yang sesuai, ringkas, mudah diingati serta berkaitan dengan blog yang anda hasilkan.

Gambarajah 4 : Memberikan nama kepada blog anda

16

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 17: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Setelah mendapatkan nama domain yang anda kehendaki, anda perlulah “Check Availability” iaitu memeriksa sama ada nama tersebut telah digunakan atau belum. Jika telah digunakan oleh orang lain, anda perlulah mencari nama domain yang lain sehinggalah benar-benar tiada yang menggunakan nama domain tersebut.

Di dalam contoh ini, saya menggunakan nama domain “ebizresource”. Ini bermaksud anda tidak lagi boleh menggunakan nama domain tersebut. Oleh itu, alamat URL blog tersebut menjadi http://ebizresource.blogspot.com yang boleh anda lihat di Internet browser anda.

Setelah selesai mengisi maklumat yang berkaitan, tekan butang “continue” untuk pergi ke langkah yang ketiga.

5. Langkah yang ke tiga ialah “Choose a template” iaitu memilih rekabentuk bagi blog yang anda hasilkan. Lihat “gambarajah 5” di bawah.

Terdapat banyak rekabentuk atau template yang disediakan oleh pihak blogger.com. Ini bergantung kepada anda untuk memilih salah satu template yang dirasakan sesuai untuk blog anda.

17

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 18: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Gambarajah 5 : Memilih template yang sesuai

Setelah memilih salah satu template yang sesuai, tekan butang “finish” yang terdapat di bawah ruangan web tersebut. Ini bermaksud akaun dan blog anda telah berjaya dihasilkan.

Lihat “gambarajah 6” - Your blog has been created!

Gambarajah 6 : Blog anda telah berjaya dihasilkan

18 hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 19: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

6. Selepas akaun dan web blog anda telah berjaya di hasilkan, tibalah masa untuk anda meletakkan maklumat, data, atau kandungan ke dalam ruangan web blog anda.

Untuk memulakan penulisan maklumat itu, klik pada butang “start posting” seperti yang terdapat di dalam “gambarajah 6” di atas.

Seterusnya tetingkap “Posting” seperti yang anda dapat lihat dalam “gambarajah 7” akan terpapar. Dalam ruangan “create”, satu ruangan untuk menulis maklumat disediakan.

Gambarajah 7 : Ruangan menulis maklumat blog anda

Dalam tetingkap tersebut, terdapat 3 menu utama yang mempunyai fungsifungsi tertentu dalam membentuk blog anda yang perlu anda ketahui. Antara 3 menu utama tersebut ialah :

Posting : Create , Edit Posts , Moderate Comments

Settings : Basic, Publishing, Formatting, Comments, Archiving, Side Feed, Email, Permissions

19

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 20: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Template : Page Elements , Fonts and Colors , Edit HTML , Pick New Template

Namun demikian 3 menu utama itu akan dibincang dalam bahagian yang seterusnya.

7. Langkah seterusnya ialah menulis maklumat yang perlu untuk blog anda di ruangan “create”.

Perhatikan di sudut ruangan “create” terdapat 2 menu iaitu “Edit HTML” dan “Compose” seperti dalam “gambarajah 8”.

Edit HTML adalah ruangan untuk anda edit maklumat menggunakan bahasa HTML. Compose pula adalah ruangan untuk menulis maklumat blog.

Gambarajah 8 : Ruangan menulis maklumat - compose

Sebelum anda mula menulis, pastikan anda memilih menu “compose” dan jangan lupa meletakkan tajuk di ruangan “title” seperti yang anda dapat lihat dalam “gambarajah 8” di atas.

20

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 21: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Sebenarnya ruangan “compose” ini kelihatan lebih kurang sama dengan Microsoft word yang biasa anda gunakan. Cuma ruangan “compose” ini mempunyai menu toolbar yang sedikit dan lebih senang digunakan.

Setelah selesai menulis maklumat yang anda kehendaki, tekan “publish” yang terdapat di bawah ruangan tersebut. Publish boleh disamakan sebagai save / simpan / terbitkan.

8. Selepas butang “publish” ditekan, tetingkap “Your blog post publishedsuccessfully!” muncul seperti yang dapat anda lihat dalam “gambarajah 9”di bawah.

Ini bermaksud maklumat yang telah anda tulis telah berjaya diterbitkan di dalam web blog anda. Untuk melihat hasil blog yang telah anda buat, tekan “view blog” atau “in a new window”.

Gambarajah 9 : Maklumat blog telah berjaya diterbitkan

21

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 22: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

9. Blog yang telah anda buat dan hasilkan adalah seperti dalam “gambarajah 10” di bawah.

Gambarajah 10 : Blog telah berjaya dihasilkan

Dapat dilihat, hanya dengan 3 langkah mudah di blogger.com anda sudah memiliki sebuah web blog. Anda hanya perlu menambah maklumat yang berkaitan dan sesuai dengan blog anda dari masa ke semasa.

Untuk melihat keseluruhan hasil blog tersebut, anda boleh lawati http://ebizresource.blogspot.com

Sebenarnya banyak lagi fungsi-fungsi tertentu yang perlu anda ketahui di dalam blog ini. Antara fungsi tersebut ialah menukar rekabentuk template, meletakkan gambar, menukar warna forn, meletakkan iklan atau banner, edit maklumat yang telah dibuat, menambah dan menyusun kandungan sidebar dan sebagainya.

22

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 23: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

3 Menu Utama

Berikut diterangkan 3 menu utama yang telah disebutkan sebelum ini. Menu utama yang di maksudkan ialah “Posting” , “Settings” dan “Template” seperti yang ditunjukkan dalam “gambarajah 11”.

Gambarajah 11 : 3 menu utama

1. Posting Di bawah menu ini terdapat 3 sub menu dengan fungsi masing-masing iaitu

“create”, “edit posts” dan “moderate comments”.

Gambarajah 12 : Sub menu Posting

Create Merupakan tempat di mana anda menulis maklumat untuk dimasukkan ke dalam blog seperti yang telah diterangkan sebelum ini dalam “gambarajah 7” dan “gambarajah 8”.

Ruangan create inilah juga anda gunakan untuk menambahkan maklumat atau kandungan blog anda dari masa ke semasa. Untuk meletakkan gambar bersama-sama maklumat tersebut, tekan “insert picture” seperti dalam “gambarajah 13” di bawah.

Gambarajah 13 : Toolbar dalam menu create 23

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 24: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Edit HTML adalah ruangan untuk anda edit maklumat menggunakan bahasa HTML. Namun demikian ia mungkin lebih digunakan apabila anda ingin meletakkan kod HTML untuk iklan atau banner produk bersama-sama dengan maklumat yang sedang anda tulis.

Edit Posts Berfungsi sebagai tempat untuk anda edit, ubahsuai atau menambah maklumat yang telah anda buat sebelum ini. Bila anda pilih “edit posts”, ia akan kelihatan seperti dalam “gambarajah 14” di bawah.

Gambarajah 14 : Ruangan pada edit posts

Daripada gambarjah di atas, dapat dilihat 4 tajuk kandungan yang telah saya tulis dan terbitkan / publish sebelum ini. Untuk membuat sebarang perubahan / edit maklumat tersebut, anda cuma perlu tekan “edit” di tepi tajuk tersebut.

Moderate Comments

Merupakan tempat di mana anda membuat beberapa aturan terhadap komenkomen tertentu. Namun demikian anda mungkin jarang atau tidak perlu mengunakan fungsi dalam menu ini.

Apapun anda boleh mencuba sendiri fungsi menu ini sebagai satu pengalaman dan pengetahuan. Mungkin anda akan dapati sesuatu yang penting dan berguna di dalam fungsi ini.

24

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 25: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

2. Settings Di bawah menu setting ini terdapat 8 sub menu yang mempunyai fungsifungsi tertentu. Sub menu tersebut adalah seperti yang anda dapat lihat dalam “gambarajah 15” di bawah.

Gambarajah 15 : Sub menu settings

Sebenarnya fungsi menu settings dan sub menu adalah untuk membuat beberapa aturan tertentu yang berkaitan dengan blog anda. Antara setting atau aturan yang boleh anda lakukan ialah mengubah tajuk blog (blog title), blog address, aturan format blog, aturan komen dari pembaca, aturan terhadap blog feed, aturan email blog, dan banyak lagi.

Namun demikian, dibawah menu “settings” ini anda mungkin jarang mengunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalamnya. Ini kerana beberapa aturan yang dibuat dilakukan hanya sekali sekala sahaja.

Oleh itu, penerangan berkaitan menu “setting” ini tidak dapat diberikan secara terperinci di dalam ebook ini.

Walaubagaimana pun, anda boleh mencuba sendiri fungsi-fungsi menu ini sebagai satu pengalaman dan pengetahuan. Mungkin anda akan dapati sesuatu yang penting dan berguna di dalam fungsi-fungsi menu setting ini.

25

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 26: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

3. Template

Di bawah menu “template” ini terdapat 4 sub menu yang mempunyai fungsifungsi tertentu. Sub menu tersebut adalah seperti “page elements”, “fonts & colors”, “edit HTML” dan “pick new template” yang anda dapat lihat dalam “gambarajah 16” di bawah.

Gambarajah 16 : Menu dan sub menu template

Fungsi di dalam menu template boleh dikatakan agak penting dan perlu anda ketahui terutamanya dalam sub menu “page elements”. Ini kerana beberapa aturan latar rekabentuk keseluruhan blog anda termasuklah memasukkan maklumat tambahan dilakukan dalam menu ini.

Page Elements

Menu ini berfungsi sebagai pusat aturan terhadap latar rekabentuk, dan penyusunan keseluruhan maklumat di dalam blog anda. Latar rekabentuk blog anda dalam “page elements” dapat anda lihat seperti di dalam “gambarajah 17” di bawah.

26

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 27: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Gambarajah 17 : Sub menu page elements

Melalui “page elements”, anda juga boleh edit / mengubah kandungan di dalam setiap page element tersebut termasuk mengubah tajuk blog, mengubah kod HTML / java script yang telah anda masukkan, mengubah maklumat peribadi dan sebagainya.

Anda juga boleh memadam setiap page element yang telah dimasukkan sebelum ini. Cara untuk mengubah / edit dan memadam setiap page element ialah dengan klik pada perkataan “edit” yang terdapat di bawah hujung sebelah kanan page element tersebut. Lihat “gambarajah 17” di atas.

Selain itu, anda boleh menambahkan maklumat melalui “page elements” ini. Maklumat yang biasanya ditambah ialah seperti iklan, gambar, kandungan teks, kod HTML / java script dan sebagainya.

Cara untuk menambahkan maklumat “page elements” ditunjukkan melalui langkah-langkah berikut :

27

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 28: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

a. Tekan salah satu daripada 2 perkataan “Add a Page Element” seperti

dalam “gambarajah 18” di bawah.

Gambarajah 18 : Add a page element

Jika anda ingin menambah maklumat page element di bahagian sidebar,

anda boleh tekan perkataan “add a page element” di sebelah sidebar

tersebut. Manakala jika anda ingin menambah maklumat page element di

bahagian atas atau bawah “blog posts”, anda boleh tekan “add a page

element” yang terdapat di bahagian bawah seperti dalam “gambarajah 18” di atas.

28

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 29: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

b. Selepas itu satu tetingkap “Choose a New Page Element” muncul seperti

dalam “gambarajah 19” di bawah.

Gambarajah 19 : Memilih page element yang hendak ditambah

Daripada “gambarajah 19” di atas, anda dapat lihat terdapat banyak kategori page element yang boleh anda tambah ke dalam blog anda. Penambahan maklumat dalam page element ini bergantung kepada keperluan blog anda.

Sebenarnya cara memasukkan page element yang baru untuk semua kategori tersebut adalah lebih kurang sama. Namun dalam contoh ini, saya akan tunjukkan bagaimana menambah dan memasukkan salah satu daripada kategori page element tersebut.

29

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 30: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

c. Seterusnya tekan kategori “HTML / JavaScript” untuk dimasukkan ke dalam blog anda.

Selepas itu, tetingkap seperti dalam “gambarajah 20” di bawah akan muncul.

Gambarjah 20 : Menambah kod HTML / Javascript

Dalam gambarajah di atas, saya telah mamasukkan kod HTML / JavaScript “Google Adsense” yang saya sertai.

Anda juga boleh meletakkan tajuk atau tidak di bahagian “title”. Jika anda meletakkan tajuk seperti Google Adsense, maka perkataan Google Adsense akan kelihatan pada page element. Jika tidak ia akan kelihatan perkataan HTML / JavaScript sahaja.

30 hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 31: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Dalam contoh ini saya tidak meletakkan tajuk pada bahagian”title” tersebut. Ini bermaksud bahagian title dibiarkan kosong sahaja.

d. Selepas itu tekan “save changes”.

Hasilnya kelihatan seperti dalam “gambarajah 21” di bawah.

Gambarajah 21 : Page element yang baru telah dimasukkan

Dalam gambarajah di atas, saya telah memasukkan 2 page element yang

baru. Dapat dilihat jika tajuk tidak dimasukkan, perkataan “HTML / JavaScript” akan kelihatan.

31

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 32: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

e. Untuk melihat hasilnya dalam bentuk halaman web, tekan “view blog”. Ia

akan kelihatan seperti dalam “gambarajah 22” di bawah.

Gambarajah 22 : Pandangan halaman web

Melalui langkah-langkah yang ditunjukkan di atas, anda boleh mencuba

dan menambahkan pelbagai maklumat lagi yang anda kehendaki

menggunakan kaedah “Page Elements” ke dalam blog anda itu.

Apa yang penting maklumat yang anda masukkan itu berkaitan dengan

tujuan blog anda dihasilkan.

32

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 33: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Fonts And Colors Menu ini berfungsi menukar warna font atau huruf yang terdapat di

keseluruhan blog anda.

Terdapat banyak warna-warna pilihan yang boleh anda gunakan jika ingin

menukar warna font yang terdapat di dalam blog anda. Paparan “fonts and colors” dapat anda seperti dalam “gambarajah 23” di bawah.

Gambarajah 23 : Warna-warna pilihan

Bila anda membuat sebarang perubahan pada warna blog dan font anda,

pastikan ia kelihatan terang, tulisan senang dibaca, warna tidak menyakitkan

mata dan kelihatan ringkas serta menarik.

Selepas anda membuat perubahan, jangan lupa menekan butang “save changes” supaya perubahan yang anda buat dapat disimpan.

33

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 34: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Pick New Template Menu ini menempatkan beberapa template menarik yang disediakan oleh

blogger.com.

Jika anda ingin menukar template blog anda, anda boleh memilih salah satu

daripada koleksi template yang ada. Contoh koleksi template dapat dilihat

seperti dalam “gambarajah 24” di bawah.

Gambarajah 24 : Template pilihan

Sebelum anda membuat pilihan template, anda boleh melihat hasil preview

blog dengan menekan perkataan “preview template” yang terdapat di bawah

setiap template tersebut.

Dalam contoh ini saya telah memilih template “Tic Tac Blue” untuk membuat

perubahan kepada template saya yang asal iaitu seperti yang anda dapat

dilihat dalam “gambarajah 22” sebelum ini.

Tandakan bulatan pilihan “Tik Tac Blue” pada template tersebut dan tekan

“save template”.

34

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 35: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Hasil blog anda dapat dilihat seperti dalam “gambarajah 25” dibawah.

Gambarajah 25 : Hasil blog anda

35

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 36: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Daripada hasil blog yang telah dibuat di atas, saya telah menambahkan dua jenis

iklan iaitu “google adsense” dan “amazon.com”. Iklan tersebut merupakan iklan

affiliate program yang saya sertai.

Sebenarnya blog yang dihasilkan itu adalah jenis blog untuk tujuan perniagaan

Internet dan buat duit secara online.

Demikianlah langkah-langkah yang telah diterangkan di dalam ebook ini untuk

menghasilkan blog menggunakan blogger.com. Diharapkan apa yang telah

diberikan melalui ebook ini akan memberikan manfaat dan kebaikan kepada

anda semua.

36

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008

Page 37: Tutorial Blog

PANDUAN BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM

Selamat Mencuba &

Selamat Maju Jaya

37

hakcipta © mohd fairuz mohd nor 2008