tutorial 7

54
Bincangkan aspek manipulasi pada bahagian kamera yang dapat menghasilkan gambar foto yang baik. Disediakan oleh: Loke Yin Chuk Tang Huei Mei PISMP MATEMATIK SEMESTER 4

Upload: yan-ruo-hen

Post on 14-Sep-2015

50 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

aq

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Bincangkan aspek manipulasi pada bahagian kamera yang dapat menghasilkan gambar foto yang baik.Disediakan oleh: Loke Yin ChukTang Huei Mei PISMP MATEMATIK SEMESTER 4Bahagian-bahagian asas dan fungsi kamera1. Lens [ Kanta ]Memainkan peranan untuk menentukan kualiti dan sifat imej yang terdapat dalam penilik pandangan.Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar.Penjagaan diutamakan dan elakkan dari terkena fungus dan wap air.

Jenis-jenis Lens :a) Wide Angle LensMerupakan lensa yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas.Jenis Lensa Wide Angle terdiri daripada 16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm

Angka yang lebih kecil bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya.Sudut yang luas akan membawa kepada kesan lengkung.

b) Standard LensLens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia.Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret.Contoh: 50mm, 55mm, 70mm

c) Telephoto LensLens yang memiliki sudut pandang yang sempit.Sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Contoh : 135mm, 200mm, 300mm, 500mm, 1000mm

d) Micro LensLens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro.Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto.Contoh: 55mm, 105mm, 200mm.

e) Zoom LensLens yang menggabungkan beberapa ciri lensa yang tersenarai di atas.Ini bermakna dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut lens. Contoh: 20mm-55mm, 70mm-135mm, 80mm-200mm.2. Aperture Adalah berapa luas iris lens kamera dibuka.Lebih luas ianya dibuka, bermakna lebih banyak cahaya yang masuk.Aperture yang lebih besar diwakili dengan nombor f/4 dan aperture yang kecil pula diwakili oleh nombor f/6.

Aperture yang besar hanya fokus pada satu bahagian kecil sahaja manakala aperture yang kecil akan fokus pada semua.Jarak di dalam fokus dipanggil depth of field.Contoh aperture analog:f32, f22, f16,f11 lubang kecilf8, f5.4, f6 - lubang sederhanaf3, f3.5, f2, f2.8 - lubang besarSetelah wujudnya kamera digital, aperture telah berubah dan bertambah jumlah bacaannya.Contoh tambahan yang berlaku :f32, f30, f22, f20, f16, f12, f11 - lubang kecilf10, f8, f5, f5.6, f4 - lubang sederhanaf3, f3.5, f2, f2.8 - lubang besar

3. Shutter [Pengatup]Tingkap khas untuk mendedahkan filem kepada cahaya mengikut jangka masa yang tertentu.Shutter Speed [kelajuan pengatup] adalah berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakamkan sesuatu imej.Jika dalam keadaan cahaya yang kurang, lama lagi masa yang diperlukan oleh kamera untuk mengumpul cahaya bagi mendapatkan gambar yang baik.Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan lens yang ditanda dengan angka.Contoh Shutter Speed ialah:1/60, 1/125, 1/250 - Shutter Speed sederhana1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed LajuShutter Speed Laju 1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya.

4. ISO (ASA)Untuk mendapatkan gambar yang menarik.ISO ialah sensitif filem atau digital kamera pada cahaya.Gunakan ISO yang rendah untuk mendapatkan aperture dan shutter speed yang diperlukan.Tambahkan ISO untuk aperture dan shutter speed yang laju.Sebab menggunakan ISO yang perlahan biasanya adalah untuk mengurangkan noise atau grain (bintik-bintik pada gambar).

5. Focal Length [ Jarak Fokus ]Jarak Fokus dimaksudkan sebagai jarak di antara titik fokus lens [ focus point] di dataran fokus dengan titik pusat lens apabila gelung fokus difokuskan kepada infiniti.Perubahan jarak berlaku apabila lens difokuskan di dalam penggambaran jarak dekat [close-up] di mana kedudukan jarak titik pusat lens ke titik fokus lens adalah besar.Sekiranya jarak fokus jauh digunakan, imej yang lebih besar akan terbentuk.Jarak fokus disukat dalam unit mm.Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera yang digunakan.

6. Focusing Techniques [ Teknik Memfokus ]Bidang fokus ialah kawasan yang kelihatan jelas apabila lens difokuskan kapada sesuatu objek.Apabila lens yang difokuskan ke atas sesuatu subjek, kawasan-kawasan yang akan kelihatan jelas termasuklah kawasan-kawasan 1/3 di bahagian hadapan subjek dan 2/3 di bahagian belakang subjek.Apabila butang pengatup ditekan separuh, satu isyarat infra merah atau frekuansi tinggi akan dipancarkan daripada kamera kepada subjek.Kamera akan memproses lama masa yang diperlukan untuk isyarat tersebut dipantul balik kepada kamera dan diterjemahkan menjadi jarak sebenar subjek dari kamera dan jarak fokus lensa akan diubah secara automatik.

7. Depth of Field [ Medan Fokus ]Ialah kawasan (area) ketajaman (sharpness) gambar pada lingkungan jarak dari hadapan hingga belakang. Subjek yang difokus akan menjadi tajam (sharp).Selepas memahami Depth Of Field, selain daripada subjek yang difokus menjadi tajam, subjek di bahagian hadapan dan belakang juga boleh menjadi tajam.Ketajaman subjek yang diperolehi dari bahagian hadapan hingga bahagian belakang subjek yang difokus dipanggil Great Depth of Field.Ketajaman subjek yang terhad di antara bahagian hadapan dan belakang subjek yang difokus dipanggil Shallow Depth Of Field.

8. Filter & Aksesori KameraDiperbuat daripada plastic tahan lasak yang berkualiti tinggi. Ada yang diperbuat daripada kaca yang bermutu.Fungsi: Menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin menyebabkan lens rosak.Memberi kesan sampingan pada gambar warna dan memberi kesan High Contras dan Low Contras pada filem hitam putih.Filter ultra violet (UV) membantu mencegah lens agar tidak tercalar.Filter biru, merah, kuning, Polarizing membantu membuat pantulanStar Filter, Multi Filter membantu untuk kesan sampingan ( Special Effect).

9. Suhu Warna [ Colour Temperature ]Teori asas warna disukat dalam unit Kelvin.Kenali pelbagai sumber cahaya dan kesannya pada warna.Ketahui berbagai jenis preset setting dan manual setting untuk mendapatkan white balance yang sempurna.10. Jenis dan Sifat CahayaFahami sifat asas cahaya melalui teori inverse square law, pantulan cahaya dan sumber cahaya.Ketahui teknik untuk mendapatkan sumber cahaya yang betul untuk subjek tertentu. Kenali sifat natural light, artificial continuous light and flash light.11. Teknik Penggunaan FlashMembantu kerja-kerja fotografi jika keadaan di lokasi kurang atau ketiadaan cahaya.Flash membantu menghilangkan bayangan (shadow) pada muka model jika rakaman dilakukan di bawah cahaya matahari.Pada peringkat awal, flash dibina untuk penggunaan manual. Flash berfungsi mengeluarkan cahaya paling maksimum walaupun gambar yang dirakam itu dekat.Flash moden telah dibina dengan fungsi secara automatik. Fungsi flash ini boleh diubahsuai mengikut keadaan objek yang hendak dirakamkan.

12. Exposure Meter [ Dedahan Meter ]Merupakan alat tambahan yang membantu bagi mendapatkan gambar yang baik.Exposure Meter boleh mengukur cahaya dengan tepat dan pantas.Terdapat dua jenis Exposure Meter di pasaran.

a) Exposure Meter Binaan DalamJenis ini mudah digunakan.Komponennya dibina di dalam kamera.Cahaya yang dimaksudkan seperti di pantai apabila latar belakangnya adalah langit dan air laut pada waktu siang. Objek yang berada di sekitarnya akan hitam jika pengiraan tidak tepat. b) Exposure Meter Bebas GunaExposure ini direka berasingan dengan kamera.Cahaya yang diukur dengan menggunakan exposure jenis ini lebih tepat kerana boleh diukur pada keadaan cahaya yang sebenar.

Kerja-kerja mengambil gambar yang berbentuk pengiklanan lebih mudah dilakukan termasuk juga kerja-kerja Close-up, Modeling.Exposure Meter Bebas Guna terdapat dalam dua kategori. i. Exposure Meter Daylight : hanya mengira cahaya matahari atau cahaya buatan seperti cahaya lampu.ii. Exposure Meter Elektronik : untuk mengira cahaya dari lampu flash studio.

CARA MEMEGANG KAMERA DENGAN BETUL

TerimakasihTerima kasih