tutorial 6

15
Tutorial 6 Disediakan oleh: 1. Shanthini A/P Gunasekaran 2. Logeswari A/P Selvakumaran 3. Edmond Raj A/L Manogaran PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID

Upload: logeswari

Post on 16-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tutorial 6

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial 6

Tutorial 6Disediakan oleh:

1. Shanthini A/P Gunasekaran

2. Logeswari A/P Selvakumaran

3. Edmond Raj A/L Manogaran

PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID

Page 2: Tutorial 6

Pembentangan Tutorial:

1. Bincangkan penyimpanan data maklumat murid di sekolah.

2. Bincangkan cara-cara penyimpanan data maklumat murid di sekolah.

Page 3: Tutorial 6

Sumber maklumat murid merupakan

dokumen yang mengandungi catitan

maklumat tentang profil murid, profil ibu bapa, rekod kesihatan dan

sebagainya

Definisi sumber maklumat murid

Page 4: Tutorial 6

Pengurusan sumber maklumat penting bagi memudahkan dan melancarkan pengurusan data – data peribadi murid di mana ia akan membantu pihak pengurusan sekolah untuk menguruskan sekolah dengan lancar tentang apa juga yang berkaitan dengan pembangunan akademik dan perkembangan moral dan sosial murid – murid.

Pengurusan Sumber Maklumat

Page 5: Tutorial 6

Apa kelemahan dalam pengurusan sumber maklumat murid ?

Guru tidak dapat membezakan antara data yang diperoleh dengan maklumat. Data ialah koleksi fakta yang tidak bermakna dan belum diproses. Maklumat pula merupakan data – data yang bermakna dan telah diproses.

Page 6: Tutorial 6

Penyimpanan data maklumat murid di sekolah

• Rekod dan data maklumat peribadi murid-murid adalah penting dalam membantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah.

• Maklumat peribadi murid-murid membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid.

• Maklumat seperti ketinggian dan berat badan murid memberitahu guru jika kadar pertumbuhan muridnya seperti kanak-kanak biasa yang lain. 

• Ini juga membantu guru dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.

Page 7: Tutorial 6

• Selain itu, melalui maklumat peribadi murid-murid, ia dapat memaklumkan kepada guru tentang keperluan murid-murid lain, misalnya bantuan dari segi kewangan.

• Murid-murid yang menghadapi masalah kewangan akan sentiasa dibantu melalui jawatankuasa yang dibentuk di sekolah.

• Pihak sekolah juga akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan.

• Tetapi, pihak sekolah akan sentiasa melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut.

Page 8: Tutorial 6

• Di samping itu, maklumat ini juga memberi peluang kepada guru kelas menghubungi ibu bapa atau penjaga supaya dapat berbincang tentang anak muridnya.

• Guru boleh memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga jika anak mereka kurang sihat, ponteng kelas atau sekolah, tidak melaksanakan kerja rumah atau menunjukkan masalah tingkah laku yang lain serta rawatan penyakit atau kecemasan boleh diberi kepada murid ketika di sekolah.

• Oleh itu, maklumat seperti nama ibu bapa atau penjaga, pekerjaan ibu bapa, alamat rumah dan nombor telefon perlu ada dalam rekod peribadi murid-murid.

• Maklumat sebegini dapat membantu guru dalam pengurusan bilik darjah, khususnya dalam mewujudkan psikososial yang sihat.

Page 9: Tutorial 6

• Seterusnya, catatan atau komen guru mata pelajaran serta markah purata membantu ibu bapa mengetahui dan memahami kemajuan akademik serta kekuatan atau kelemahan anaknya.

• Keputusan ujian dan peperiksaan yang dilaksanakan setiap tahun dicatat dalam Buku Laporan.

• Buku Laporan juga mengandungi catatan atau komen oleh setiap guru mata pelajaran tersebut.

• Hal ini membolehkan ibu bapa menasihati, membimbing anak-anak mereka dan juga bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu anak ini.

Page 10: Tutorial 6

• Buku kedatangan Murid juga merupakan salah satu lagi rekod rasmi murid.

• Buku ini mencatat kehadiran murid pasa setiap hari persekolahan.

• Sehubungan itu, guru boleh mengesan murid yang ada masalah kehadiran atau kelewatan.

• Buku ini membantu guru memperoleh tren kehadiran muridnya.

• Buku ini memaklumkan kepada guru bilangan murid di dalam sesebuah kelas dan jika ada murid yang berpindah keluar atau masuk atau murid tercicir daripada kelas tersebut.

Page 11: Tutorial 6

• Maka, murid yang sering tidak hadir, guru boleh mengambil tindakan menghubungi ibu bapa dan maklumat kepada mereka.

• Selain daripada persekitaran yang kondusif, pengurusan pentaksiran dan sumber maklumat murid mempunyai implikasi ke atas proses pembelajaran di dalam biik darjah.

• Dengan itu, maklumat ini mesti sentiasa dikemaskini dan disimpan dalam keadaan yang baik dan mudah diperoleh apabila diperlukan.

Page 12: Tutorial 6

Kaedah penyimpanan data maklumat peribadi murid

Sistem konvensional Sistem moden

Page 13: Tutorial 6

Perbezaan Sistem Konvensional dan Sistem Moden Sistem Konvensional Sistem Moden

Menggunakan tempat/ almari/ rak yang sesuai untuk menyimpan fail.

Menerima kritikan kerana guru kurang kemahiran. Proses pencarian memerlukan masa yang lama akan

menyukarkan guru untuk membuat rujukan atau mencari maklumat tersebut.

Sistem fail pula memerlukan kod tertentu. Kod ini perlukan perancangan daripada awal.

Sekiranya berlaku perubahan pentadbiran, sistem kod hendaklah tidak berubah

Dasar pengurusan kerja tanpa kertas atau ‘paperless government’ untuk mencapai matlamat penggunaan komputer secara optima dalam pengurusan pendidikan

Menggunakan perisian yang mudah diperolehi terutamanya yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu perisian Microsoft Office.

Penyimpanan data memerlukan bilangan komputer yang banyak.

Memerlukan back-up seperti External Hard Disk atau CD.

Memerlukan kemahiran menggunakan perisian komputer yang pelbagai.

Page 14: Tutorial 6

Kepentingan Pengurusan Sumber Maklumat Murid Membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat

murid. Memaklumkan kepada guru mengenai keperluan murid lain. Pihak sekolah sentiasa melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah

demi menjaga maruah murid tersebut. Memberi peluang kepada guru kelas menghubungi ibu bapa atau penjaga supaya

dapat berbincang tentang anak murid. Membantu guru dalam pengurusan bilik darjah khususnya dalam mewujudkan

psikososial yang sihat. Catatan atau komen guru matapelajaran serta markah purata membantu ibu bapa

mengetahui dan memahami kemajuan akademik serta kelebihan atau kelemahan anaknya.

Melalui buku kedatangan guru boleh mengesan murid yang ada masalah kehadiran dan kelewatan.

Page 15: Tutorial 6

Sekian, terima kasih