tutoria edu 3195l

3
Tutorial 1. Bincangkan sejauh mana perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kanak-kanak boleh meningkatkan kesejahteraan modal insan negara kita. Berdasarkan kepada kaedah teori Adler, perasaan yang negatif yang tinggi dalam individu akan menghalang potensinya untuk mencapai matlamat hidup. Dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat mengatasi masalah yang melibatkan sosial dengan memberikan bimbingan ke arah mengatasi kekurangan diri dan mencapai matlamat dan kesempurnaan diri. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga membantu individu untuk berfikiran matang dan berkualiti. Klien dapat memahami kepercayaan, motivasi, dan matlamatnya yang ingin dicapai olehnya. Dengan perkhidmatan ini juga dapat membantu klien memahani dan menyedari sebab-sebab mengapa matlamatnya tidak kena, mengapa tingkah lakunya tidak sesuai dan mengapa gaya hidupnya tidak wajar. Dengan itu, klien berkeupayaan untuk membina kehidupan yang lebih baik. Pendekatan Rogerian mengutamakan individu bertanggungjawab mengenal pasti cara-cara untuk menghadapi realiti hidup. individu dapar merefleksi dirinya dengan berbeza dan menerima perasaan dan emosi dirinya dengan sepenuhnya. Seseorang individu bermasalah yang melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat merubah dirinya menjadi seorang yang berguna kepada dirinya sendiri. Dia juga dapat mengubah tingkah laku yang negative kepada seorang yang matang dari segi tindakannya. Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling dapat membantu seseorang individu unutk meneliti kekuatan diri yang dimilikinya dalam menghadapai masalah (Teori Terapi Realiti). Dengan ini individu dapat menilai tingkah laku sama ada tingkah lakunya dapat menghadapi masalah tersebut atau sebaliknya. Dengan itu, individu tersebut dapat membuat penilaian yang betul dan bertanggungjawab ke

Upload: syahnanie-syahrong

Post on 22-Oct-2015

140 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Edu 3105

TRANSCRIPT

Tutorial

1. Bincangkan sejauh mana perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kanak-kanak boleh meningkatkan kesejahteraan modal insan negara kita.

Berdasarkan kepada kaedah teori Adler, perasaan yang negatif yang tinggi dalam

individu akan menghalang potensinya untuk mencapai matlamat hidup. Dengan

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat mengatasi masalah yang melibatkan sosial

dengan memberikan bimbingan ke arah mengatasi kekurangan diri dan mencapai matlamat

dan kesempurnaan diri.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga membantu individu untuk berfikiran

matang dan berkualiti. Klien dapat memahami kepercayaan, motivasi, dan matlamatnya

yang ingin dicapai olehnya. Dengan perkhidmatan ini juga dapat membantu klien memahani

dan menyedari sebab-sebab mengapa matlamatnya tidak kena, mengapa tingkah lakunya

tidak sesuai dan mengapa gaya hidupnya tidak wajar. Dengan itu, klien berkeupayaan untuk

membina kehidupan yang lebih baik.

Pendekatan Rogerian mengutamakan individu bertanggungjawab mengenal pasti cara-cara untuk menghadapi realiti hidup. individu dapar merefleksi dirinya dengan berbeza dan menerima perasaan dan emosi dirinya dengan sepenuhnya. Seseorang individu bermasalah yang melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat merubah dirinya menjadi seorang yang berguna kepada dirinya sendiri. Dia juga dapat mengubah tingkah laku yang negative kepada seorang yang matang dari segi tindakannya.

Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling dapat membantu seseorang individu unutk meneliti kekuatan diri yang dimilikinya dalam menghadapai masalah (Teori Terapi Realiti). Dengan ini individu dapat menilai tingkah laku sama ada tingkah lakunya dapat menghadapi masalah tersebut atau sebaliknya. Dengan itu, individu tersebut dapat membuat penilaian yang betul dan bertanggungjawab ke atas keputusannya. Ini akan membantu individu tersebut untuk menilai dirinya sendiri.

Idea terapi rasional-emotif (RET) pula membuat andaian bahawa individu mempunyai kebolehan untuk bertindak sama ada secara rasional ataupun tidak rasional. Dalam suatu jangka masa dapat membantu individu tersebut untuk bersedia untuk menghadapi masalahnya dengan berfikir secara rasional.

Dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga dapat membantu individu untuk belajar membuat pilihan dan mengurus kehidupan secara efektif. Seseorang individu dapat belajar untuk memikul tanggungjawab untuk dirinya pada waktu menangani segala masalah yang dialami.

Dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat membina pemikiran yang positif dalam diri individu dan menyedarkan diri daripada alam tidak sedar kepada alam sedar.

2. Kod etika kaunselor menjadi landasan kepada semua kaunselor dalam melaksanakan tugas mereka. Analisis secara ktirikal kesignifikan kod etika kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

a. Seorang kaunselor menerima tanggungjawab untuk menjaga rahsia kliennya untuk menghormati kliennya dan mendapatkan kepercayaan daripada kliennya.

b. Seorang kaunselor perlu memahami dan menghormati latar belakang kliennya, klien perlu menyedari perbezaan nilai dan kepercayaan kliennya supaya dapat bertindak adil dan bersikap terbuka dalam sesi kaunseling.

c. Seorang kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan kliennya dan tidak mengambil kesempatan terhadap kliennya untuk kepentingan diri.

d. Seorang kaunselor perlu menerima sesiapa sahaja yang datang untuk mendapatkan bantuan daripadanya. Namun begitu dia tidaklah sampai membenarkan permintaan terhadap perkhidmatannya itu boleh mengurangkan kualiti perkhidmatannya.

e. Dia juga perlu mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menyebabkan konflik kepentingan antara dirinya dan klien. Sekiranya itu berlaku, kaunselor perlu membuat keputusan mengutamakan kepentingan klien dengan tujuan mengekalkan kepercayaan terhadap profesion kaunseling. Seorang kaunselor perlu menunaikan tanggungjawab dengan memberikan pertimbangan berasaskan semua prinsip yang terkandung dalan Kod Etika KAunselor.

f. Seorang keunselor perlu menjaga sempadan sebagai seorang kaunselor. Dia perlu memberikan perkhidmatan mengikut bidang kepakarannya dan tidak melangkaui sempadan kepakaran berdasarkan pendidikan, latihan dan pengalaman yang diselia.

g. Seorang kaunselor perlu mengembangkan pengetahuannya untuk memperbaiki lagi perkhidmatannya. Dia perlu melibatkan diri dalam penyelidikan secara berterusan untuk mengembangkan kerjayanya dan pengetahuannya.

h. Kaunselor perlu menilai kerja-kerjanya dari semasa ke semasa.

3. Guru biasa boleh membantu guru-guru bimbingan dan kaunseling untuk menguruskan emosi serta pembinaan sahsiah murid-murid. justifikasikan kenyataan di atas.

a. Hubungan guru yang lebih erat dan mesra dengan pelajar di dalan kelas membantu kaunselor menangani masalah murid dengan lebih berkesan dan menyeluruh.  

b. Guru kelas lebih memahami murid dalam kelasnya dan dapat membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk mengenalpasti murid yang berisiko dan memerlukan bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor.

c. Guru biasa boleh membantu guru kaunseling untuk mengumpulkan profil dan data bagi murid dalam kelasnya. Guru kelas lebih mengetahui latar belakang dan sosial murid dalam kelasnya. Oleh itu, guru kelas lebih mengenali muridnya dan dengan ini dapat membantu guru kaunseling untuk mengenali kliennya berdasarkan maklumat daripada guru kelas. Seorang guru

kaunseling perlu mengetepikan egonya untuk memahami dan membantu kliennya.

d. Guru biasa boleh membantu guru kaunseling dari segi pelaksanaan program dan aktiviti pembinaan sahsiah dan emosi murid-murid di sekolah