tugasan tmk

31
HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian SOALAN TUGASAN Sebagai seorang guru, anda perlulah mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian sangat penting dalam proses pencarian maklumat secara global. Untuk menjayakan matlamat ini, guru perlulah mahir mengenalpasti dan memilih mod pengajaran dan pembelajaran termasuklah : Mod Tutorial Mod Penerokaan Mod Aplikasi Mod Komunikasi MOD TUTORIAL Kelebihan menggunakan mod tutorial ialah : Bahan bantu mengajar lebih interaktif. Dengan ini pelajar akan berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan tentang subjek yang diajar. Pelajar dapat belajar dengan sendiri. Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan kontekstual dalam pengajaran dan dapat membantu daya kreativiti pelajar dan motivasi pelajar.

Upload: onezaba

Post on 26-Dec-2015

98 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teknologi maklumat

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

SOALAN TUGASAN

Sebagai seorang guru, anda perlulah mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian sangat penting

dalam proses pencarian maklumat secara global.

Untuk menjayakan matlamat ini, guru perlulah mahir mengenalpasti dan memilih mod

pengajaran dan pembelajaran termasuklah :

Mod Tutorial

Mod Penerokaan

Mod Aplikasi

Mod Komunikasi

MOD TUTORIAL

Kelebihan menggunakan mod tutorial ialah :

      Bahan bantu mengajar lebih interaktif. Dengan ini pelajar akan berupaya

meningkatkan kefahaman dan penguasaan tentang subjek yang diajar.

      Pelajar dapat belajar dengan sendiri.

Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan kontekstual dalam pengajaran dan

dapat membantu daya kreativiti pelajar dan motivasi pelajar.     

      Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif.

Page 2: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

MOD PENEROKAAN

Kelebihan menggunakan mod penerokaan ialah :

      Pelajar dapat merasa pengalaman melakukan eksperimen yang sukar, terlalu mahal

dan mustahil untuk dilaksanakan menggunakan realiti maya.

      Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif

      Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif dimana murid mencari bahan

pembelajaran di Internet.

      Membolehkan pembelajaran simulasi.

MOD APLIKASI

Kelebihan menggunakan mod aplikasi ialah :

      Pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti utama.

      Menjimatkan masa pembelajaran.

Membolehkan guru memberi masalah yang lebih mencabar.

MOD KOMUNIKASI

Kelebihan menggunakan mod komunikasi ialah :

      Membenarkan pembelajaran jarak jauh.

      Membolehkan proses komunikasi dengan tokoh-tokoh dan rakan-rakan.

      Mengaplikasikan proses pembelajaran melalui kaedah rakan sebaya.

      Mengaplikasikan teori pembelajaran kolaboratif.

Page 3: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

(1) Berdasarkan kombinasi mod-mod di atas, bina satu Rancangan Pelajaran

Harian (RPH) yang lengkap dalam satu waktu pengajaran mana-mana satu pelajaran

major atau minor anda.

  RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5  

Tarikh : 9 Jun 2008 ( Isnin )

Masa : 60 Minit

Kelas : 5 Aman

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tajuk Pengajaran : Simpulan Bahasa

Fokus Utama : 1.5Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang

tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata,

ungkapan, dan ayat yang sesuai.

Fokus Sampingan : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan

ayat majmuk.    

Pengetahuan

Sedia Ada

: a.     Murid telah mengetahui dan dapat menyenaraikan

simpulan bahasa.

b.     Murid telah didedahkan dengan penggunaan komputer

dalam pembelajaran.

Objektif

Pengajaran

:a.  Murid dapat memberi contoh-contoh simpulan bahasa

dan menyatakan maknanya.

Page 4: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

b. Murid dapat menjawab soalan kefahaman berdasarkan

petikan.

Isi Pelajaran :a.    1.  Murid menyatakan contoh-contoh simpulan bahasa.

b.     2. Menjawab silangkata.

c.      3. Penerangan mengenai tajuk.

d.      4. Bersoaljawab berdasarkan tajuk.

e.      5. Murid memberi makna simpulan bahasa.

f.       6. Memadankan simpulan bahasa berdasarkan makna

yang diberi mengikut kumpulan.

g.     7. Menjawab lembaran kerja iaitu menjawab soalan

kefahaman.

h.     8. Kesimpulan.

Nilai-nilai Murni :a.      Bertanggungjawab

b.      Bersyukur

c.      Bekerjasama

Alat Bantu

Mengajar

 :a.      Projektor LCD

b.      Komputer

Page 5: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

c.      Perisian Multimedia Pendidikan Interaktif

d.      Lembaran Kerja

Bahan Rujukan  :a.     Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Melayu Tahun

Lima Sekolah Kebangsaan.

b.      Perisian Multimedia Pendidikan Interaktif.

Langkah

Keselamatan

 :a.     Guru perlu memberi panduan kepada murid terlebih dahulu

sebelum mengendalikan Perisian Multimedia.

b.     Guru perlu membuat persediaan dan pemasangan perisian

pembelajaran dan LCD tanpa gangguan daripada murid.

Page 6: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

(2) Dengan mod-mod yang telah dipilih dalam merangka RPH tersebut, bina bahan

bantu mengajar dengan menggunakan perisian persembahan elektronik untuk

aktiviti pembelajaran untuk tempoh lebih kurang 10 hingga 15 minit. Anda perlu

menentukan di mana bahan tersebut akan diaplikasikan dalam langkah

pengajaran dan pembelajaran iaitu pada bahagian Komponen Asas atau

Komponen Tambahan. Terapkan rekaletak CASPER dalam pembinaan bahan

pembelajaran tersebut.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5  

Bahagian Isi Pelajaran Fokus Pembelajaran / Aktiviti BBM/Catatan

Set

Induksi

(5minit)

Penerangan

Maksud dan

contoh

simpulan

bahasa

1. Guru mengimbas kembali tentang

maksud simpulan bahasa dan

contohnya melalui capaian URL :

www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?

e=UPSR&s=BM&b=APR&m=4&r=

m&i=NOTA - 27k -

2. Guru membahagikan murid kepada

enam kumpulan dan melantik seorang

ketua.

3. Semua murid dikehendaki

melengkapkan silangkata

berdasarkan soalan yang dipaparkan.

BBM:

Slaid Simpulan

Bahasa

Strategi P&P :

Pendekatan

Pembelajaran

Koperatif

Mod :

Aplikasi &

Komunikasi

Page 7: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

Kumpulan yang paling pantas

melengkapkan teka silangkata dikira

pemenang.

4. Guru beredar dari satu kumpulan ke

satu kumpulan yang lain.

10 Simpulan Bahasa :

gaji buta                  buah hati

baik budi                 gigit jari

harta benda             lupa diri

buku lima                 ada duit

ambil tahu                iri hati   

Kemahiran

Berfikir :

Kritis dan Kreatif

Nilai :

Bekerjasama

SLAID 3

Langkah

1

(10 minit)

Perbincangan

Menyebut

simpulan

bahasa dan

memberi

maknanya

1. Guru memberi penerangan

mengenai tajuk yang diajar.

2. Guru mengarahkan murid meneliti

kandungan perisian pembelajaran

simpulan bahasa. Perisian

menunjukkan simpulan bahasa dan

disertai dengan gambar .

3. Murid menyebut simpulan bahasa

secara kelas apabila simpulan

bahasa dipaparkan pada skrin.

4. Guru memaparkan latihan 1 dan

meminta murid menjawab lembaran

latihan dengan bimbingan guru untuk

menguji minda dan kefahaman murid.

5. Murid memberi makna simpulan

BBM:

-Slaid

-Perisian Latihan

Strategi P&P:

Pemerhatian

Pendekatan

Pengajaran

langsung

Mod :

Tutorial &

Aplikasi

Kemahiran

Page 8: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

secara individu apabila simpulan

bahasa dipaparkan pada skrin .

Soalan simpulan bahasa yang

dipaparkan :

a. Hidung tinggi     sombong

b.    Banyak mulut   suka bercakap

c.    Angkat kaki       mengundur diri

d.     Buku lima           penumbuk

e.     Panjang tangan    suka mencuri

f.     Buah tangan         hadiah

Berfikir :

Kritis dan kreatif

Kaedah :

Kelas

Nilai :

Bertanggungjawab

SLAID 4, 5 & 6

Langkah

2

(20 minit

Latihan

Melalui

Permainan

Memadankan

simpulan

bahasa

dengan

maknanya

1. Murid menjawab latihan 2 dengan

memadankan makna simpulan

bahasa dengan simpulan bahasa

yang sesuai secara individu .

2. Latihan memadankan simpulan

bahasa dengan maknanya.

a. Tidak senang duduk    cacing

kepanasan

b.   Orang yang degil         hati batu

c. Suka menghasut orang batu api

BBM:

-Perisian

permainan

-Slaid Jawapan

Strategi P&P:

Pendekatan

pembelajaran

koperatif

Mod :

Aplikasi &

Komunikasi

Page 9: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

Langkah 3

(15 minit)

Pengukuhan:

Mengetahui

tahap

kefahaman

murid

mengenai

pelajaran yang

telah

disampaikan

d.     Punca rezeki periuk nasi

e.   Keuntungan secara tiba-tiba

durian runtuh

1. Murid membaca dan

memahamkan petikan yang

mengandungi simpulan bahasa.

2. Murid menjawab soalan

kefahaman berdasarkan petikan.

3. Guru beredar dari satu kumpulan

ke satu kumpulan dan memberi

bimbingan.

Contoh soalan :

Azizi merupakan anak tunggal .

2.      Berikut adalah pekerjaan yang dilakukan

oleh Pak Man dan Mak Munah kecuali

mencari kayu api.

3.      Azizi adalah anak yang mengenang

jasa ibu bapa.

4.      Berotak cair sesuai digantikan dengan

cerdik.

KBKK:

Mengelas

SLAID 7

Strategi P&P:

Pendekatan :

Pengajaran

Masteri

Kaedah:

 Kelas

Mod:

Penerokaan &

Komunikasi

  Alat:

   Perisian

pembelajaran

komputer

Kemahiran

Belajar:

Kritis & Kreatif

Nilai:

Bersyukur

Page 10: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

SLAID 8, 9, 10 &

11

Langkah

4

( 5 minit )

Penilaian:

Ujian

berbantukan

komputer:

Menilai

penguasaan

murid tentang

isi pelajaran

yang telah

disampaikan .

1. Guru mengedarkan lembaran kerja

rumah sebagai aktiviti pengukuhan

berdasarkan tajuk yang telah

dipelajari.

2. Murid diarahkan memahami dan

menjawab soalan yang dikemukan

dengan betul.

Contoh soalan :

Budak kacang hantu itu selalu

bertumbuk dengan rakan-rakannya.

Dia pantas seperti lipas kudung

apabila di suruh melakukan sesuatu

pekerjaan.

3. Guru memberi latihan tambahan

untuk aktiviti pengayaan.

http://sttj.edu.my/peribahasa2.htm

http://matseri.juict.net/bm/SIMPULAN.htm

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/

skbm21.HTM

Strategi P&P:

Pendekatan

Pengajaran

langsung

Kaedah:

Individu

Mod:

Aplikasi &

Penerokaan

KBKK:

Menghubung

kaitkan

Alat:

    Perisian

Pembelajaran

Komputer

Kemahiran

Belajar:

Page 11: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

Kritis & Kreatif

Nilai:

Bertanggungjawab

SLAID 12, 13 &

14

Penutup

(5 minit)

Membuat

rumusan

tentang

simpulan

bahasa yang

telah

dipelajari.

1. Murid menyenaraikan simpulan

bahasa yang telah dipelajari.

2. Guru membuat rumusan berdasarkan

tajuk dengan bersoal jawab secara

lisan dengan murid dan menerapkan

nilai-nilai murni.

http://www.rubiyah.net/topic.asp?

TOPIC_ID=73&FORUM_ID=12&CAT_ID

=5&Forum_Title=01+%2D+Peribahasa+

%26+Simpulan+Bahasa&Topic

www. geocities.com / simpulan _ bahasa /

notaA2.html

Strategi P & P:

Pendekatan

Pengajaran

Masteri

KBKK:

-Membuat

Rumusan

Kaedah:

Kelas

Mod:

Tutorial

 

Page 12: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

 

 

 (3) Anda perlu juga menyediakan SATU (1) penerbitan meja atau brosur sebagai

bahan bantu mengajar dalam pengajaran anda.

 

 

Page 13: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

 

 (4) Pengajaran anda perlulah disokong dengan capaian-capaian laman web berkaitan

tajuk tersebut . Senaraikan LIMA (5) URL atau alamat laman web yang berkenaan

dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang anda bina.

ALAMAT CAPAIAN INTERNET

www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp

http://matseri.juict.net/bm/SIMPULAN.htm

http://sttj.edu.my/peribahasa2.htm

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm21.HTM

www. geocities.com / simpulan _ bahasa /notaA2.html

Page 14: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

(5) Sediakan manual pengguna untuk alat bantuan mengajar yang anda bina. Beri

penerangan tentang alat bantu tersebut serta huraikan cara penggunaan alat bantu

tersebut.

TAJUK   PERISIAN : SIMPULAN BAHASA

BIL :   1

Skrin pertama ini merupakan paparan pendahuluan.Paparan animasi seperti skrin

cheekerboard dan bunyi drum roll yang memaparkan tajuk simpulan bahasa. Tajuk

simpulan bahasa akan muncul dari arah bawah. Selepas itu diikuti oleh gambar dan

teks Bahasa Melayu Tahun 5 secara serentak. Paparan seterusnya dipaparkan dengan

menekan butang seterusnya pada bahagian atas sebelah kiri.

TAJUK   PERISIAN :OBJEKTIF

BIL :   2

Page 15: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

Paparan ini merupakan penerangan maklumat mengenaiobjektif keseluruhan perisian

ini. Paparan animasi seperti skrin cheekerboard dan bunyi camera yang memaparkan tajuk

objektif. Objektif akan dipaparkan secara satu persatu diiringi dengan bunyi chime. Dua butang

yang terdapat di bahagian atas sebelah kiri merujuk kepada paparan sebelum dan selepas paparan

ini.

TAJUK   PERISIAN :TEKA SILANGKATA

BIL :   3

Paparan ini merupakan permainan Teka Silangkata mengenai simpulan bahasa yang

berkaitan. Pengguna akan menginput jawapan dengan cara klik di petak yang

disediakan. Jawapan yang betul akan diberi maklum balas. Maklum balas dipapar

diruang yang disediakan iaitu ’Tahniah Kerana Berjaya Menjawab Soalan’. Dua butang

yang terdapat di bahagian atas sebelah kiri merujuk kepada paparan sebelum dan

selepas paparan ini. Butang dengan lambang rumah pula merujuk kepada paparan

maklum balas kepada jawapan yang betul.

Page 16: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

TAJUK   PERISIAN : CONTOH SIMPULAN BAHASA

BIL :   4

Paparan ini merupakan contoh simpulan bahasa disertai dengan gambar berkaitan

simpulan bahasa yang dipaparkan. Paparan animasi seperti skrin cheekerboard dan

bunyi chime yang memaparkan tajuk simpulan bahasa. Diikuti serentak simpulan

bahasa serta gambar yang merujuk kepada simpulan bahasa tersebut. Dua butang

paparan sebelum dan selepas juga dipaparkan di bahagian atas sebelah kiri.

TAJUK   PERISIAN : NOTA SIMPULAN BAHASA

BIL :   5

Paparan ini merupakan penerangan maklumat mengenaI simpulan bahasa secara

ringkas. Paparan animasi seperti skrin cheekerboard dan bunyi arrow yang

memaparkan keterangan secara ringkas mengenai simpulan bahasa dengan

penggunaan petunjuk anak panah. Seterusnya tajuk simpulan bahasa dipaparkan.

Kedua-dua butang yang terdapat pada paparan ini berfungsi seperti paparan

sebelumnya.

Page 17: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

TAJUK   PERISIAN : BERI MAKSUD SIMPULAN BAHASA

BIL :   6

Paparan ini merupakan contoh simpulan bahasa disertai dengan maksudnya. Paparan

animasi seperti skrin cheekerboard dan bunyi chime yang memaparkan simpulan

bahasa dan gambar yang merujuk kepada simpulan bahasa tersebut. Diikuti serentak

dengan maksud simpulan bahasa dan seterusnya tajuk maksud simpulan bahasa

dipaparkan. Dua butang paparan sebelum dan selepas juga dipaparkan di bahagian atas sebelah

kiri.

TAJUK   PERISIAN : SUAIKAN SIMPULAN BAHASA DENGAN MAKSUDNYA YANG TEPAT

BIL :   7

Paparan ini merupakan penerangan maklumat mengenaI simpulan bahasa dan

maksudnya. Paparan animasi seperti skrin cheekerboard dan bunyi arrow yang

Page 18: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

memaparkan keterangan secara ringkas mengenai simpulan bahasa dan maksudnya

dengan penggunaan petunjuk anak panah. Kedua-dua butang yang terdapat pada

paparan ini berfungsi seperti paparan sebelumnya.

TAJUK   PERISIAN : BACA PETIKAN

BIL :   8

Paparan ini merupakan latihan pemahaman yang dapat menilai pemahaman murid

mengenai tajuk yang telah di ajar. Paparan animasi seperti skrin cheekerboard dan

bunyi chime yang memaparkan petikan yang mengandungi simpulan bahasa. Murid

membaca petikan dan memahamkan petikan. Kedua-dua butang yang terdapat pada

paparan ini berfungsi seperti paparan sebelumnya.

TAJUK   PERISIAN : LATIHAN 1

BIL :  9 , 10 ,11

Page 19: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

Paparan ini merupakan latihan pemahaman dari petikan yang sebelumnya. Murid

menjawab soalan dengan cara klik di petak yang disediakan. Jawapan yang betul akan

diberi maklum balas. Maklum balas dipapar diruang yang disediakan iaitu ’Tahniah

Kerana Berjaya Menjawab Soalan . Dua butang yang terdapat di bahagian atas sebelah

kiri merujuk kepada paparan sebelum dan selepas paparan ini. Butang dengan

lambang rumah pula merujuk kepada paparan maklum balas kepada jawapan yang

betul.

TAJUK   PERISIAN : LATIHAN 2

BIL :  12 , 13, 14

Page 20: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

Paparan ini merupakan uijian berbantukan komputer bagi menilai penguasaan murid

tentang isi pelajaran yang telah disampaikan. Murid menjawab soalan dengan cara klik

di petak yang disediakan. Jawapan yang betul akan diberi maklum balas. Maklum balas

dipapar diruang yang disediakan iaitu ’Tahniah Kerana Berjaya Menjawab Soalan . Dua

butang yang terdapat di bahagian atas sebelah kiri merujuk kepada paparan sebelum

dan selepas paparan ini. Butang dengan lambang rumah pula merujuk kepada paparan

maklum balas kepada jawapan yang betul.

(5) Berikan kesimpulan anda terhadap integrasi Teknologi Maklumat dan

Komunikasi dalam pendidikan.

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke

arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan.

Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat,

maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam

pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. Teknologi maklumat dan komunikasi

telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan

perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepada P&P dalam

bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan sistem

Page 21: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif

dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD Rom

interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu persekitaran media yang

serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru dan pelajar (Ng Wai Kong, 1999).

Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran

berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar

menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses

penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill Gates

(1999), dalam bukunya Business @ The Speed of Thought yang menyatakan komputer

peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru

memberi arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakan sepenuhnya sifat

inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Komputer peribadi membolehkan mereka meneroka

maklumat mengikut kapasiti masing-masing.

Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar.

Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding

dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu

pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan hipermedia dan

multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin

dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT menyediakan

kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara

aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P

memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam

kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana

menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan

teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah

pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Page 22: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

Satu kajian ( Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan

bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar

secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih

produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran

secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi.

Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan

inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak

dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT

ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara

untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta

memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

Beberapa kajian (Abdul Rahim, 1998a; 1998b) telah menunjukkan bahawa terdapat

beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara

konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai ‘field

dependent’ berbanding dengan murid ‘field independent’.(Abdul Rahim Saad, 2000).

Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan

mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-

bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan

multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik,

teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar

terhadap sesuatu konsep.

Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan

juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan.

Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar,

guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat

memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran

contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen

sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya.

Page 23: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian

Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat

banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.

(Zalina Yahaya, 2001).

Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room dan

sebagainya guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau dengan guru

dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar

negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan

komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaan dan

negara masing-masing.

Rosenberg (2001) berpendapat integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada

guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid.

Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar

dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar

dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan

perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat

teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang

lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.

Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan

serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan

semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan

fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk

diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan

pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan

terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan

sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan

penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 24: TUGASAN TMK

HBEF 2303 : Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Program Sarjana Muda Pengajaran (Pend. Rendah) Dengan Kepujian