tugasan subsidi

22
GMG 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN UPJJ-UUM _______________________________________________________________________________________________________ ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN..................................................... ................................................ 1 2.0 PERMASALAHAN DAN OBJEKTIF KAJIAN............................................... 2 2.1 Isu Pemberian Subsidi 2.2 Tarif 2.3 Senario Di Malaysia 3.0 SOROTAN LAMPAU DAN HIPOTESIS.......................................................... 7 4.0 METOD DAN ANALISIS KAJIAN......................................................... .......... 8 _____________________________________________________________________ ______ GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

Upload: tenwu-azhar-ii

Post on 17-Dec-2015

75 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

PENGENALAN

GMG 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNANUPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________GMG 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNANUPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

ISI KANDUNGAN1.0 PENGENALAN.....................................................................................................12.0 PERMASALAHAN DAN OBJEKTIF KAJIAN...............................................22.1 Isu Pemberian Subsidi

2.2 Tarif2.3 Senario Di Malaysia3.0 SOROTAN LAMPAU DAN HIPOTESIS..........................................................7

4.0 METOD DAN ANALISIS KAJIAN...................................................................85.0 OUTPUT DAN PEMBINCANGAN...................................................................96.0 BIBLIOGRAFI......................................................................................................127.0 LAMPIRAN............................................................................................................13PENGENALAN1.0PENGENALAN

Belanjawan negara terdiri daripada pembentangan sumber kewangan dan perbelanjaan tahunan dikenali sebagai salah satu daripada instrumen polisi fiskal yang boleh menentukan hala tuju ekonomi sesebuah negara. Dasar fiskal ialah kegunaan perbelanjaan kerajaan dan cukai untuk mempengaruhi ekonomi. Menurut David N. Weil melalui Library Economics and Liberty, apabila kerajaan membuat keputusan terhadap barangan dan perkhidmatan melalui pembelian, bayaran pemindahan yang disumbangkan, atau cukai yang dikumpul, ia merangkumi suatu dasar fiskal. Perbincangan dasar fiskal, bagaimanapun, secara umumnya memberi tumpuan kepada kesan perubahan dalam bajet kerajaan ke atas ekonomi secara keseluruhan.

Pada asalnya polisi fiskal kerajaan dianggap sebagai gangguan atau campur tangan kerajaan dalam pasaran yang tidak begitu diingini oleh pasaran terbuka. Oleh sebab itu, kerajaan berfahaman kapitalis seperti Amerika Syarikat berusaha mengurangkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi sesebuah negara. Namun hakikatnya, selepas berlakunya krisis ekonomi, para kapitalis terpaksa akur bahawa mereka juga memerlukan kerajaan dalam usaha memulihkan ekonomi.

Pendapatan negara pada masa akan datang akan dapat ditentukan melalui tahap perkembangan ekonomi negara dengan setiap sen yang dibelanjakan oleh kerajaan . Kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat penilaian terhadap ke arah mana wang yang perlu mereka belanjakan.

2.0 PERMASALAHAN DAN OBJEKTIF KAJIANSatu lagi perbelanjaan kerajaan, baik dalam aspek operasi dan juga aspek pembangunan. Di dalam aspek operasi, salah satu elemen kos utama ialah penggajian. Adalah amat sukar untuk mengurangkan kos penggajian kerana sebarang usaha untukmemotong gajiakan membuat kerajaan langsung tidak disukai. Satu lagi cara ialah denganmengurangkan perbelanjaan pembangunan. Ini bermakna projek-projek pembangunan seperti jalan raya, kampus universiti dan bangunan sekolah baru diberhentikan atau dipotong. Ini juga akan membuat ramai golongan tidak akan berpuas hati kerana ramai yang mendapat pendapatan melalui projek seperti ini, terutama sekali dari kalangan kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan serta juga sub-kontraktor mereka dari kalangan bumiputera dan juga bukan bumiputera. Apabila, pengurangan perbelanjaan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 oleh Datuk Abdullah Badawi dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam bidang pembinaan, ramai peniaga-peniaga Melayu dari berbagai golongan baik dari pembekal makanan ke tapak pembinaan mahupun kontraktor binaan dan arkitek, merasa tidak senang hati dan ini telah menggugat kedudukan politik beliau. Akhirnya beliau menambahkan perbelanjaan dalam bidang pembinaan melalui dana yang dipinjam dan seterusnya menyebabkan defisit dan hutang terkumpul kerajaan semakin meningkat dengan menarik balik keputusan tersebut.

Mengurangkan ketirisanatau dalam istilah yang mudah difahami iaitu penyelewengan dalam perbelanjaan adalah satu cara lagi bagi kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan. Ini boleh dilakukan dengan melaksanakanlangkah penjimatan. Sebagai contoh jabatan kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu seperti mengurangkan majlis di hotel-hotel, mengurangkan kos hadiah dan cenderamata yang diberikan dalam majlis-majlis tersebut, pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan kurang membuat lawatan ke luar Negara dan lain-lain perbelanjaan yang tidak perlu. Di samping itu, untukmengurangkan rasuah perbelanjaan boleh dikurangkan jika peraturan proses pemberian kontrak kerajaan diperketatkan. Kita semua tahu fenomena cost inflationsering wujuddalam pemberian kontrak kerajaan. Malahan ini adalah cara bagi sesetengah ahli politik memperolehi sumber dana untuk membiayai aktiviti politik mereka.

Malangnya langkah penjimatan di atas sering dibangkang oleh rakyat sendiri dalam suasana masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan tertekan akibat beban hutang. Sebagai contoh menurut pengusaha hotel tempatan langkah tidak mengadakan majlis atau seminar kerajaan di hotel-hotel telah dikutuk oleh persatuan pemilik hotel tempatan kerana tindakan tersebut tidak akan membantu perkembangan sektor perhotelan. Begitu juga langkah mengurangkan pemberian cenderamata dan hadiah akan melembapkan sektor-sektor yang terlibat. Langkah mengurangkan lawatan ke luar negara akan menyumbang kepada pengurangan pendapatan agen penjualan tiket serta pendapatan syarikat penerbangan MAS mahupun Air Asia.

Di samping itu, adalah amat sukar untuk menghapuskan masalahcost inflationdi dalam projek-projek pembangunan kerajaan apabila kebanyakan ahli masyarakat tidak mempunyaietikayang tinggi dan juga tidak patuh kepada kehendak kerajaan. Hakikatnya sumber untuk memperolehi bantuan kewangan sering dilihat oleh sebahagian rakyat pada pemimpin politik mereka. Bagi mereka walau pun pemimpin itu mungkin tidak bermoral namun pemimpin politik yang sering menghulurkan wang tunai kepada rakyat adalah pemimpin yang layak mendapat sokongan mereka. Sebaliknya pemimpin dianggap kedekut kerana tidak sering menghulurkan wang tunai kepada rakyat dan tidak layak mendapat undi mereka walau pun hakikat sebenar pemimpin politik seperti itu yang mempunyai prinsip dan bermoral.

Jelaslah jangka masa panjang diperlukan bagi langkah untuk menghapuskan masalah cost inflationserta rasuah.Penghapusan rasuah memerlukan usaha membentuk ahli masyarakat dari bawah hingga ke atas. Namun adalah amat mustahil untuk kita mengharapkan bahawa amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tersebut akan hilang dengan sekelip mata walau pun kerajaan yang sedia ada dapat ditumbangkan kerana rakyat sudah muak dengan penyalahgunaan kuasa serta amalan rasuah yang berleluasa.

Oleh kerana agak sukar bagi kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan dengan cara-cara di atas, maka kerajaan sekarang sedang memikirkan alternatif lain iaitu dalam bentukmengurangkan subsidi yang berjumlah RM42.4 billion pada tahun 2012. Namun seperti yang sedia maklum, langkah ini juga adalah sangat tidak digemari kerana ianya dikhuatiri akan menambahkan beban perbelanjaan kepada rakyat. Setiap kali kerajaan bercakap tentang keperluan untuk mengurangkan subsidi, ia akan membuat pihak pembangkang menarik nafas lega kerana ini akan membuat kerajaan hilang populariti di kalangan pengundi. Pembangkang seterusnya akan menggunakan isu ini sebagai modal kempen politik mereka untuk memikat hati rakyat. Kerajaan yang memerintah sekarang juga sedar akan hakikat ini dan oleh itu sebenarnya tidak akan sewenang-wenangnya memotong subsidi.

Bagi memastikan perbelanjaan negara dapat disalurkan bukan sahaja kepada saluran yang tepat, malah pada masa yang sesuai kepentingan polisi fiskal amat dititikberatkan. Ini adalah kerana polisi fiskal akan menjamin berlakunya keseimbangan dalam perbelanjaan kerajaan.Di mana ia bermaksud wujudnya perbelanjaan yang sama dengan pendapatan. Lebihan dalam belanjawan tahunan menunjukkan kepincangan dalam proses pengangihan kekayaan, manakala defisit dalam perbelanjaan menunjukkan kelemahan dalam pengurusan. Polisi fiskal yang baik amat penting untuk memastikan perbelanjaan yang berhemah oleh sesebuah kerajaan.Corak ekonomi sesebuah negara untuk jangka panjang akan ditentukan oleh keseimbangan dalam belanjawan jangka pendek. Misalnya, kerajaan memberikan subsidi kepada rakyat dengan menurunkan harga beras, petrol dan beberapa barangan asasi, secara tidak langsung akan menambahkan pendapatan rakyat. Lebihan pendapatan ini akan dibelanjakan kepada sektor lain dan akan menjana pendapatan. Kesannya berlaku pertumbuhan ekonomi jangka panjang dalam masyarakat di mana berlaku perkembangan sektor-sektor industri dalam masyarakat terutama untuk jangka masa panjang.

Subsidi untuk semua barangan bukan semuanya mampu diberikan oleh semua kerajaan. Sejauh mana pemberian subsidi itu memberi kesan yang baik kepada ekonomi sesebuah negara dan kedudukan kewangan sesebuah kerajaan adalah bergantung kepada penentuan subsidi.Kerajaan akan terus memberikan subsidi kepada rakyat terutama dalam sektor yang boleh menjana masa hadapan sesebuah negara seperti biasiswa, peruntukan penyelidikan dan kajian, makanan percuma untuk orang miskin dan seumpamanya sekiranya sudah mencapai kedudukan ekonomi yang baik.OBJEKTIF KAJIAN2.1ISU PEMBERIAN SUBSIDI UNTUK PERTANIAN

2.2TakrifSubsidi merupakan tinadakn kerajaan membayar wang kepada perbadanan tertentu bertujuan untuk menstabilkan harga atau menurunkan harga berbanding harga pasaran sesuatu barangan atau perkhidmatan agar mampu dinikmati oleh rakyat yang memerlukan.

2.3Senario Di Malaysia

Malaysia adalah negara yang paling banyak memberi subsidi kepada rakyatnya iaitu lebih 54% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Pemberian subsidi merupakan perbelanjaan mengurus kedua terbesar kerajaan dan perbelanjaan ini semakin meningkat tahun demi tahun.

2008 RM35.2 bilion

2009 RM20.3 bilion

2010 RM24.9 bilion

2011 RM36.3 bilion

2012 RM42.4 bilion

Sumber: Laporan Ekonomi 2009/2010,2010/2011,2012/2013 Kementerian Kewangan.

Pada tahun 2012, sebanyak RM2.3 bilion dibelanjakan untuk subsidi (RM1.5 bilion) dan insentif (RM854 juta) bagi membantu petani, nelayan dan penternak melaksanakan program peningkatan pengeluaran makanan. Antara program yang dijalankan termasuk pemberian subsidi harga padi, baja dan benih padi serta insentif untuk meningkatkan hasil padi. Nelayan, pemilik bot dan pekerja juga diberi insentif kewangan untuk meningkatkan pendaratan ikan. Sekiranya dilihat dalam konteks pencapaian objektif ekonomi pasaran bebas dianggap tidak efisien serta mendatangkan masalah. Ini berdasarkan kepada faktor-faktor berikut. Pertama, subsidi mengganggu keberkesanan penggunaan dan pengagihan sumber-sumber yang terbatas. Ini berlaku apabila barangan dan perkhidmatan yang termasuk dalam kategori subsidi mempunyai dua tanda harga; harga pasaran/benar dan harga kawalan/subsidi atau harga di bawah harga pasaran. Walhal kos pengeluarannya adalah sama.

Kedua, pengagihan barangan dan perkhidmatan mengikut mekanisme subsidi berbanding pasaran melibatkan kos yang besar serta kadang kala agak kompleks dan memerlukan penubuhan agensi-agensi khusus mengikut tabii golongan sasaran yang dikehendaki.

Ketiga, sukar untuk mensasarkan penerima subsidi. Acap kali, golongan yang berhak menerima subsidi hanyalah minoriti kecil di mana pengagihan lebih efisien dan saksama melalui pemindahan pendapatan.

Keempat, subsidi secara langsung atau tidak langsung menggalakkan aktiviti tidak bermoral seperti rasuah, penyeludupan dan penjualan barangan dan perkhidmatan yang disubsidikan.

Bagaimanapun, apa yang diperkatakan di atas tidak sama sekali bermaksud subsidi tidak diperlukan dalam menentukan agihan pendapatan dan kekayaan yang adil dalam sesebuah negara.

3.0SOROTAN LAMPAU DAN HIPOTESISSebanyak RM5.8 bilion telah diperuntukkan dalam Bajet 2013 khusus untuk sektor pertanian bagi memastikan sektor pertanian terus menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan keperluan rakyat. Langkah yang diambil oleh kerajaan merupakan inisiatif untuk mengubah persepsi masyarakat dan supaya tidak melihat sektor pertanian dikaitkan dengan kemiskinan sebaliknya bidang tersebut perlu dilihat sebagai salah satu penjana pertumbuhan ekonomi negara.

Pemberian subsidi akan meningkatkan produktiviti sektor pertanian dalam negara. Sektor tanaman padi terus menjana hasil bagi meningkatkan pengeluaran makanan dan meningkatkan taraf hidup rakyat yang terlibat. Sokongan dan dorongan turut diberikan oleh kerajaan kepada petani-petani terlibat dalam pengeluaran makanan yang bukan hanya tanaman padi tetapi juga pengeluaran makanan yang lain seperti perikanan dan buah-buahan.

Hipotesis pertama polisi campur tangan yang mendalam ini membawa implikasi dan kesan ekonomi yang pelbagai. Golongan petani bukan sahaja mengurangkan beban daripada kenaikan harga bahan mentah untuk pertanian seperti baja dan racun, tetapi juga dapat menambah kuasa beli dengan mampu membeli barangan keperluan harian penduduk luar bandar serta dapat menambah hasil tabungan. Tahap kemiskinan di kalangan petani telah menurun dan wujud kenaikan dalam pendapatan petani.

Hipotesis kedua subsidi yang ditingkatkan akan merangsang aktiviti ekonomi yang mampu merapatkan jurang pendapatan dengan masyarakat di bandar. Namun, subsidi dan insentif pertanian akan dirasionalisasi bagi meningkatkan produktiviti dan meminimumkan herotan pasaran. Penjimatan subsidi akan digunakan untuk aktiviti pembangunan pertanian dan pembangunan luar bandar. Menurut hipotesis ini lagi, walaupun skim subsidi baja dan skim subsidi harga masing-masingnya berjaya untuk menambahkan pengeluaran dan pendapatan petani tetapi pengagihannya adalah tidak saksama. Di samping itu pemberian subsidi baja tidak dapat mengurangkan jumlah kos pengeluaran secara total disebabkan oleh kenaikan kos input-input pengeluaran yang lain.

4.0METOD DAN ANALISIS KAJIANSatu cara mengatasi kesan ketidakadilan di atas adalah dengan kerajaan mengambil langkah diskriminasi dalam pengagihan subsidi iaitu dengan memberikannya kepada golongan yang paling memerlukan bantuan. Kaedah `targeted subsidiesdi mana bantuan kerajaan ditujukan khas kepada golongan miskin ini sudah lama diamalkan di beberapa negara termasuk negara kita sendiri. Namun kos pentadbiran skim bantuan yang berbentuk diskriminasi dan mengikut sasarannya ini adalah sangat tinggi dan kadangkala tidak praktikal untuk digunakan dalam kes tertentu sebagai contoh subsidi minyak petrol. Contoh-contoh bentuk bantuan kepada golongan ini ialah pengecualian pembayaran bil air jika penggunaanya sedikit, baucer atau stamp makanan (food stamps),biasiswa, bantuan buku teks, bantuan kos perumahan, perkhidmatan kesihatan dan lain-lain.

Kerajaan memperolehi sumber kewangan untuk membayar kos subsidi dari segala pendapatan kerajaan sama ada dari cukai atau dari sumber lain seperti pendapatan dari Petronas dan keuntungan syarikat-syarikat milik kerajaan yang lain. Jika pendapatan sesebuah kerajaan adalah tinggi maka kita akan mendapati bahawa kemungkinan subsidi yang diberikan kepada rakyatnya juga adalah tinggi. Sebagai contoh, di Saudi Arabia, subsidi diberikan kepada rakyat dalam berbagai sektor termasuk petrol, perkhidmatan kesihatan dan pelajaran. Tambahan pula rakyatnya langsung tidak membayar apa-apa bentuk cukai pendapatan. Ini adalah kerana kerajaan Arab Saudi memperolehi pendapatan yang tinggi dari sumber minyaknya. Pada tahun 2010 pendapatan kerajaan Arab Saudi adalah USD185.1 billion sementara perbelanjaannya hanyalah USD173.1 billion. Oleh kerana itulah kerajaan Arab Saudi tidak merasa tertekan dengan perbelanjaan subsidi kepada rakyat walaupun rakyat tidak menyumbang kepada pendapatan negara melalui cukai pendapatan.

Di Malaysia, perbelanjaan kerajaan pada tahun 2012 ialah RM252.4 bilion sementara pendapatan hanya RM207.2 bilion.Inilah yang menghasilkan keadaan di mana defisit belanjawan kita ialah RM45.2 bilion dan akan ditambahkan lagi kepada hutang yang terkumpul dari tahun-tahun yang lepas.

5.0OUTPUT DAN PERBINCANGANKerajaan boleh mengurangkan defisit dengancara menambahkan pendapatan melalui penambahan cukai pendapatan atau cukai-cukai lain. Walau bagaimanapun ini adalah satu kaedah yang tidak digemari dan akan menyebabkan sokongan kepada kerajaan merosot.

Maka sebenarnya apa yang sentiasa berlaku ialah kerajaan akan terus mengalami belanjawan defisit dan menampung defisit tersebut dengancara meminjam dari berbagai-bagai sumbertermasuk dari institusi kewangan dan pelabur individu dari dalam dan luar Negara disebabkan kerana semua langkah penjimatan perbelanjaan adalah sukar dilakukan dan tidak diingini di kalangan rakyat. Dalam jangka masa pendek inilah sebenarnya jalan yang paling mudah dan selamat dari segi politik bagi pihak kerajaan. Berlainan seperti di Amerika di mana wujud golongan, terutama sekali dari kalangan penyokong parti Republikan yang amat bencikan amalan kerajaan menambahkan hutang, sebaliknya di Malaysia tidak wujud golongan yang lantang menentang amalan kerajaan menambahkan hutang.

Walaupun begitu, ramai yang tidak tahumenahu langsung tentang amalan kerajaan berhutang ini dan hampir kesemua mereka tidak tahu jumlah hutang terkumpul kerajaan mahupun di kalangan pendakwah dan penyokong Islam sekalipun. Ramai di kalangan mereka, lebih lantang menentang rancangan kerajaan termasuk dari kalangan gerakan Islam yangSyumul(yakni yang memahami Islam sebagai agama yang mempunyai skop yang luas termasuk dalam bidang ekonomi) untuk mengurangkan subsidi berbanding dengan rancangan kerajaan menambahkan hutang untuk membiayai subsidi tersebut. Ini mungkin kerana elemen riba kurang disedari dalam hutang kerajaan serta jumlah beban hutang terkumpul kerajaan. Akibat dari masalah hutang tersebut mereka juga mungkin tidak peka tentang implikasi jangka panjang kepada kestabilan politik dan sosial negara

Walaupun kerajaan sering menyatakan hasrat untuk mengurangkan subsidi bagi mengurangkan perbelanjaan negara, namun begitu hakikatnya ialah besar kemungkinan kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi yang diberikan kepada rakyat. Hal ini adalah disebabkan keadaan berlaku dalam tahun-tahun yang berdekatan dengan pilihanraya. Subsidi akan terus dikekalkan walaupun memang akan melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan supaya rakyat dapat hidup dengan selesa dan senang demi untuk mengurangkan modal politik dari pihak pembangkang dan seterusnya menjamin masa depan cerah kerajaan di dalam pilihanraya yang akan datang.

Kerajaan yang tidak bertanggungjawab memindahkan beban membayar hutang negara kepada generasi akan datang yakni anak-anak dan cucu-cucu kita akan menyebabkan hanya beberapa individu sahaja yang akan memarahi tindak tanduk kerajaan. Namun demikian, yang merasakan bahawa isu hutang kerajaan ini yang dianggap tidaklah penting berbanding dengan isu keperluan untuk memastikan subsidi akan terus dikekalkan demi keselesaan kehidupan mereka sekarang akan menyebabkan besar kemungkinan individu-individu ini akan dimarahi pula oleh rakyat yang lain .

Mewujudkan satu suasana di mana rakyat mempunyai darjah kepatuhan yang tinggi serta mempunyai kepercayaan yang juga tinggi kepada pemimpin yang dilantik dari kalangan mereka merupakan langkah jangka panjang bagi menyelesaikan masalah.Dalam suasana seperti itu, besar kemungkinan ramai dari kalangan rakyat akan menjadi penderma sukarela kepada kerajaan. Adalah lumrah pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan zaman berikutnya, amalan rakyat mewaqafkan harta kepada kerajaan Islam ataupun dengan kata lain memberikan kepada mereka yang memerlukan. Oleh itu, fenomena kerajaan terpaksa meminjam adalah jarang berlaku. Tumpuan rakyat yang lebih kepada kehidupan yang selesa pada masa hadapan kelak berbanding dengan kehidupan dunia masa kini akan membuat mereka lebih cenderung untuk `memberi berbanding dengan `meminta dari kerajaan dari sudut yang lain. Sebaliknya kalau diperhatikan sekarang ini tidak ramai golongan yang berminat untuk mewaqafkan harta mereka kepada kerajaan sehinggakan kebanyakan masjid yang dibina adalah dari sumber kerajaan dan bukan secara langsung dari derma rakyat.

Persoalan sama ada subsidi pada ketika itu patut diteruskan atau diberhentikan adalah bergantung kepada keadaan pendapatan dan perbelanjaan negara pada masa itu sekiranya. Jika pendapatan kerajaan masih melebihi perbelanjaan walaupun terdapat perbelanjaan subsidi, subsidi harus dikekalkan terutamanya kepada golongan miskin. Tetapi jika pendapatan adalah tidak mencukupi atas beberapa sebab misalnya kekurangannya hasil minyak pada masa itu, besar kemungkinan kerajaan akan memberhentikan subsidi kerana mahu mengelakkan dari meminjam dari sumber yang diragui.

Oleh itu jelas bahawa isu-isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan hutang kerajaan adalah sebenarnya bukan punca utama masalah masyarakat. Isu-isu tersebut hanyalahsimptomkepadawabak utama masyarakat iaitukekurangan sikap patuh kepda undang-undang dalam Negara ini. Maka kita akan dapat mewujudkan suasana di mana rasuah dan penyalahgunaan kuasa, ketirisan dan pembaziran dapat dihapuskan, dan perbelanjaan kerajaan juga akan dapat ditampung oleh pendapatan negara yang ada hanya apabila setiap ahli dalam masyarakat melaksanakan perkara yang sewajarnya. Besar kemungkinan isu subsidi langsung tidak akan menjadi isu dan topik perbincangan pada masa tersebut.RUJUKAN

Unit Pendidikan Jarak Jauh, 2008. Modul MGMF 2014 : Ekonomi Dan Pembangunan, Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Kamus Dewan. (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Portal Rasmi Kementerian Kewangan. Laporan Ekonomi, 2012/2013. http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1213/bab4.pdf Hockle, G. C. (1992). Fiscal Policy: An Introduction. New York : Routledge.

Weil, D. N. The Concise Encyclopedia of Economics. Library Economics and Liberty. http://www.econlib.org/library/Enc/FiscalPolicy.htmlInformasi, 2011. Subsidi Sektor Tertentu Diteruskan Dalam Rancangan Rasionalisasi Subsidi, 2011. http://www.radioinformasi.com/2011/07/03/subsidi-sektor-tertentu-diteruskan-dalam-rancangan-rasionalisasi-subsidi/Utusan Online, 2011. Subsidi:Isu, Dilema, Sasaran, Saranan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2Qpg1iOZpLAMPIRAN___________________________________________________________________________

GMGA2013 Perlembagaan MalaysiaPAGE ___________________________________________________________________________

211088| 13