tugasan penyelidikan individu

48
TAHAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) DI SEKOLAH MENENGAH. Christopher Anak Barat Falkulti Seni dan Muzik, UPSI, Tanjung Malim, Perak, Malaysia ABSTRAK Tujuan Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di sekolah menengah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu, media pengajaran merupakan faktor utama yang mempengaruhi kejayaan seseorang guru dalam usahanya untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran kemahiran hidup bersepadu kepada para pelajar di sekolah. Secara ringkasnya, Media pengajaran merupakan medium atau segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran daripada guru kepada para pelajar sehingga dapat meransang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Kajian berbentuk deskriptif tinjauan dan pemerhatian digunakan dalam kajian ini serta kaedah kuantitatif juga digunakan dalam kajian ini dalam usaha mengenal pasti tahap keberkesanan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah. Dalam kajian ini populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan satu, dua dan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Instrumen kajian yang digunakan dalam pendidikan ini ialah soal selidik dan analisis statistik deskrptif turut digunakan bagi menganalisis data dalam usaha penyelidik mengenal pasti tahap keberkesanan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu di sekolah. Kata kunci : media pengajaran, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), Kemahiran Hidup Bersepadu. ABSTRACT

Upload: medelina-samsurizal

Post on 29-Oct-2015

51 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Penyelidikan Individu

TAHAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN

HIDUP BERSEPADU (KHB) DI SEKOLAH MENENGAH.

Christopher Anak Barat

Falkulti Seni dan Muzik, UPSI, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

ABSTRAK

Tujuan Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu (KHB) di sekolah menengah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu, media pengajaran merupakan faktor utama yang

mempengaruhi kejayaan seseorang guru dalam usahanya untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran kemahiran hidup bersepadu kepada para pelajar di sekolah. Secara ringkasnya, Media pengajaran merupakan medium atau segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyampaikan

isi kandungan pelajaran daripada guru kepada para pelajar sehingga dapat meransang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Kajian berbentuk deskriptif tinjauan dan pemerhatian digunakan dalam kajian ini serta kaedah

kuantitatif juga digunakan dalam kajian ini dalam usaha mengenal pasti tahap keberkesanan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah.

Dalam kajian ini populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan satu, dua dan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu. Instrumen kajian yang digunakan dalam pendidikan ini ialah soal selidik dan analisis statistik deskrptif turut digunakan bagi menganalisis data dalam usaha penyelidik mengenal pasti

tahap keberkesanan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu di sekolah.

Kata kunci : media pengajaran, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), Kemahiran Hidup Bersepadu.

ABSTRACT

The purpose of this study was conducted to determine the level of effectiveness of the use of teaching media in the process of teaching and learning subjects for Integrated Living Skills (KHB) at school. In the process of teaching and learning for life skills integrated subjects,

teaching media is the main factor affecting the success of a teacher in its efforts to communicate the contents of life skills education to students in integrated schools. Briefly, the Media is the medium of instruction or all things that can be used to deliver content lessons from teachers to

students so that they can stimulate thoughts, feelings, attention, interest and attention of students and the next occurrence of the learning process. In this study the study population is composed

of students form one, two and three in the School Besout subjects who took life skills integrated. Instruments used in educational research is questionnaire and statistic deskrptif analysis was used to analyze data in research efforts to identify the level of effectiveness of teaching media in the

process of teaching and learning for subjects living skills in integrated schools.

Key word : teaching media, proses of teaching and learning, Living skills in integrated.

Page 2: Tugasan Penyelidikan Individu

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Tahap pendidikan dewasa ini semakin berkembang maju. Kemajuan tahap pendidikan ini menagih perubahan daripada semua aspek kehidupan. Ini bersesuaian dengan perubahan semasa arus globalisai yang menganjak paradigma kehidupan kearah arus pemodenan. Kehidupan dunia tanpa sempadan dewasa ini, golongan pendidik perlu mencabar diri sendiri agar dapat bergerak selari bersama-sama arus perkembangan teknologi khususnya dalam bidang pendidikan dengan membuat persediaan yang rapi sama ada mempelajari, memahami, menguasai malah kalau boleh menjadi pendahulu teknologi.

Teknologi pendidikan dalam bidang pendidikan pada masa kini berfungsi sebagai bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan sebagai pengganti pengajaran. Teknologi pendidikan digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaiakan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif proses pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Media pengajaran yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat. Guru masih lagi menjadi medium utama dalam bilik darjah.

Media Pengajaran merupakan alat yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan serta memudahkan guru dan pelajar berinteraksi dalam proses penyaluran maklumat. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu, guru-guru yang mengajar mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu harus menitikberatkan keberkesanan penggunaan media pengajaran bagi memastikan isi kandungan pelajaran yang hendak disampai dapat mencapai objektif pembelajaran. Dengan pelbagai keistimewaan dan kegunaan, media pengajaran mampu berfungsi sebagai alat dan sumber pengajaran yang berkesan. Guru-guru kemahiran hidup bersepadu harus menggunakan media untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran kerana pelbagai fungsi yang boleh dimainkan oleh media pengajaran.

Secara formal, dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu, kehadiran guru adalah sangat penting kerana guru bertindak sebagai pemudah cara yang akan membimbing murid untuk mencapai objektif pembelajaran secara berkesan. Kajian juga menunjukkan bahawa peranan guru amat penting dalam memastikan keberkesanan media dalam pengajaran. Guru-guru kemahiran hidup bersepadu bertindak sebagai penentu dalam penggunaan media pengajaran. Guru-guru kemahiran hidup bersepadu menentukan objektif pembelajaran, memilih kandungan aktiviti dan kaedah serta menilai hasil pembelajaran.

Contoh media yang sering digunakan oleh guru-guru kemahiran hidup di sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup terdiri daripada koleksi video, persembahan multimedia, gambar, radio atau bahan media yang disediakan oleh guru itu sendiri. Media pengajaran digunakan oleh guru kemahiran hidup bersepadu untuk memudahkan guru menyampaikan mesej pembelajaran kepada pelajar supaya mudah, cepat dan jelas difahami oleh para pelajar. Guru bertindak sebagai medium utama yang membimbing para pelajar dari awal sehingga ke akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Guru masih berperanan

Page 3: Tugasan Penyelidikan Individu

sebagai pembimbing dalam aktiviti yang menggunakan media pengajaran sama ada aktiviti secara individu mahupun kumpulan.

Secara kesimpulannya, media pengajaran boleh ditakrifkan sebagai bahan yang menjadi saluran komuikasi untuk penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan daripada penghantar kepada penerima yang mencakupi perkakasan, peralatan dan bahan. Seseorang guru juga dianggap sebagai media kerana guru menjadi penyampai maklumat yang amat berkesan kepada pelajar. Penggunaan media pengajaran menjadi keperluan yang amat penting dalam kehidupan dunia tanpa sempadan khususnya kepada guru kerana keberkesanan penyampaian maklumat kepada pelajar dipengaruhi oleh ransangan daripada media yang digunakan.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Penggunaan media pengajaran adalah proses menggunakan bahan pengajaran secara sistematik. Di Amerika, usaha menggalakkan penggunaan media berlaku selepas Perang Dunia Kedua melalui Bahagian Alat Pandang Dengar. Dalam tahun 1946 Edgar Dale telah menerbitkan buku Audiovisual Material in Teaching yang member panduan dan rasional kepada guru memilih dan menggunakan media dalam pengajaran. Kemudian disusul pula oleh penerbitan beberapa buah buku media yang lain seperti Audiovisuals Instruction (Brown, et. al, 1967), Instructional Technology: Its Nature and Use (Wittich dan Schuller, 1979), Planning and Producing Instruc-tional Media (Kemp, 1980) dan Instructional Media and the New Technologies of Instruction (Heinich, Molenda dan Russell, 1982). Buku-buku ini digunakan oleh pelajar pendidikan, guru dan bakal guru dalam kursus-kursus media pendidikan atau teknologi pendidikan di universiti dan kolej. Contohnya, model ASSURE dalam buku Heinich, et al (1982) telah digunakan oleh guru secara meluas untuk merancang penggunaan media instructional secara sistematik.

Di Malaysia, seperti di Amerika usaha untuk menggalakkan penggunaan alat bantu mengajar bermula pada akhir tahun 1920an. Dalam tahun 1929, Abdul Aziz Din telah menterjemahkan sebuah buku bertajuk ‘Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar’ dan pada tahun 1953, Dussek dan Mohd Hashim Talib telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Kitab Pedoman Guru’. Kedua-dua buah buku ini memberi panduan bagi guru pelatih SITC (Sultan Idris Training College) untuk menggunakan kaedah dan alat bantuan mengajar dalam kelas. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, alat pandang dengar mula diperkenalkan. Pada tahun 1967 Pusat Alat Pandang Dengar Kebangsaan (APD) telah ditubuhkan untuk menyelaras penggunaan APD di peringkat negeri dan daerah. Pusat ini telah menerbitkan Buletin APD iaitu sebuah majalah media ulung yang menjadi rujukan utama guru yang menggunakan APD. Pada tahun 1972 siaran TV Pendidikan telah dilancarkan dan serentak dengan peristiwa itu Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP), Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan untuk memantapkan dan meluaskan lagi penggunaan media di sekolah dan maktab perguruan.

Tahun 1980-an menyaksikan perkembangan yang pesat dalam penggunaan teknologi instruksional (Yusup, 1993). Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan. Reformasi kurikulum sekolah rendah dan menengah ini antara lain menggalakkan guru menggunakan pelbagai media semasa mengajar. Mereka telah diberi latihan untuk menghasilkan dan menggunakan bahan pengajaran melalui bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG), universiti tempatan dan maktab

Page 4: Tugasan Penyelidikan Individu

perguruan. Beberapa buah buku teknologi instruksional telah diterbitkan seperti Teknologi Pengajaran (1984) oleh Sharifah Alwiah Alsagoff, Pameran Visual (1984) dan OHP dalam pengajaran (1984) oleh BTP, Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (1987) oleh Bahagian Sekolah, Transparensi dalam sistem pengajaran (1993) oleh Yusup Hashim, dan Buku Prosiding tentang Teknologi Pendidikan oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Di samping itu sebanyak 15 buah PSPN dan 375 PKG telah ditubuhkan untuk menyediakan satu rangkaian penggunaan sumber yang efektif dan cekap dari peringkat negeri hingga ke peringkat daerah dan sekolah. Tiap-tiap sekolah mempunyai pusat sumber untuk menyediakan dan membekalkan bahan pengajaran untuk kegunaan guru.

Bahagian Teknologi Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1988 untuk merancang, menggubal dan melaksana teknologi instruksional di peringkat Kementerian. BTP menyelia penggunaan siaran radio pendidikan (Siaran radio onair ini telah diberhentikan di Semenanjung tahun 1997), TV Pendidikan melalui rangkaian ASTRO dan bahan multimedia CDI yang dibekalkan ke sekolah bestari. Beberapa kajian penggunaan bahan pengajaran di sekolah telah dijalankan oleh BTP, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Nazir Sekolah dan Universiti Tempatan.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Media pengajaran menjadi alat ukur untuk menilai tahap keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu. Kajian ini dilakukan untuk meninjau sejauh mana tahap keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup. Selain itu juga, penyelidik turut meninjau faktor-faktor pemilihan media pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran mata pelajaran kemahiran hidup yang hendak di sampaikan oleh guru kemahiran hidup.

Mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu merupakan mata pelajaran yang melibatkan pembelajaran teori dan amali. Oleh itu, guru kemahiran hidup harus mempelbagaikan kaedah penggunaan media pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif pembelajaran. Huraian ini turut di sokong oleh Yusup Hashim (1992), mengatakan bahawa media pengajaran ialah peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenal pasti, dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran yang membawa mesej bertujuan untuk pengajaran.

Selain itu juga, penyelidik meninjau sejauh mana guru kemahiran hidup menggunakan media pengajaran dengan betul dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu. Oleh itu, kemahiran penggunaan media pengajaran amat penting kepada guru kemahiran hidup dalam usaha menyampaikan isi pelajaran yang hendak dicapai. Disamping itu juga, penyelidik juga meninjau sejauh mana keberkesanan kepelbagaian penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pengajaran dalam mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu. Soalan soal selidik yang dibina oleh penyelidik bertujuan untuk membuat penilaian sama ada kaedah penggunaan kepelbagaian media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dapat memberi ransangan positif kepada para pelajar.

Page 5: Tugasan Penyelidikan Individu

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini telah dilaksanakan bagi mengenal pasti sejauh manakah tahap keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah. Antara lain objektif kajian ini dilaksanakan ialah :-

1. Daripada kumpulan pelajar yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah, penyelidik dapat mengenal pasti sama ada media pengajaran yang digunakan oleh guru sesuai dengan kadar pembelajaran murid serta dapat menarik minat dan perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

2. Daripada kumpulan guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah, penyelidik dapat mengenal pasti sama ada media pengajaran yang digunakan oleh guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu sesuai dengan objektif pengajaran yang hendak disampai serta mengenal pasti sama ada media pengajaran yang digunakan dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran.

3. Daripada soal selidik dan kaedah pemerhatian yang dijalankan, penyelidik dapat mengenalpasti sama ada media pengajaran yang digunakan oleh guru dapat memberi ransangan positif kepada pelajar serta mengenal pasti sama ada media pengajaran yang digunakan dapat membantu guru menjelaskan konsep atau prosedur yang terdapat dalam unit pengajaran.

1.5 HIPOTESIS H1: - Penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup dapat membantu guru menyampaikan mesej pelajaran yang jelas, mudah dan cepat kepada pelajar.

H2: - Kumpulan pelajar yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah yang didedahkan dengan penggunaan kepelbagai media pengajaran yang diaplikasikan oleh guru dapat memberi ransangan atau kesan positif serta menarik minat dan perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

H3:- Majoriti guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dapat menyampaikan maklumat dengan jelas, cepat dan berkesan dengan menggunakan media pengajaran yang bersesuaian dengan tahap penguasaan pembelajaran pelajar.

H4 : - Semua pelajar lebih senang memahami dan minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru sekiranya media pengajaran yang digunakan oleh guru dapat difahami dengan jelas dan tepat. Malah yang lebih penting menarik minat serta memberi ransangan pembelajaran yang positif.

1.6 KEPENTINGAN KAJIANMenurut Amir Hassan Dawi (2006), kepentingan kajian bermaksud apakah kajian berkenaan

berguna kepada mana-mana pihak. Setiap kajian yang dijalankan selalunya mempunyai motif-motif tertentu atau untuk kepentingan pihak tertentu. Kajian ini bermatlamat untuk menilai tahap

Page 6: Tugasan Penyelidikan Individu

keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah. Golongan pendidik terutamnya guru kemahiran hidup harus menyedari tentang kepentingan penggunaan kepelbagaian media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membantu golongan pendidik menyampaikan mesej pelajaran kepada pelajar dengan cepat, mudah dan jelas. Selain itu, media pengajaran juga dapat membantu guru mencapai objektif atau hasil pembelajaran dengan berkesan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, media pengajaran sebagai medium yang membantu guru mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bagi menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Media digunakan untuk memudahkan guru dan pelajar berinteraksi dalam hubungan dua hala untuk menghasilkan tindak balas. Penyampaian maklumat oleh guru kepada murid menjadi lebih berkesan dengan menggunakan gambar atau symbol yang lebih konkrit, gambar yang lebih besar atau juga penggunaan video interatif. Melalui media segala maklumat dapat diperjelas kepada pelajar dan memudahkan mereka memahami konsep dan maklumat yang disampaikan kerana penggunaan teks, gambar, animasi, muzik dan bunyi dapat memberi penjelasan dengan lebih baik.

Hasil dapatan kajian ini diharap dapat memberi maklumat serta input yang mungkin amat berguna kepada golongan pendidik khususnya guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang mana mereka merupakan medium antara pelajar dan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Diharapkan dengan dapatan kajian ini dapat membuka minda atau mendatangkan idea-idea baru yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran Hidup. Pekara yang paling penting, guru-guru kemahiran hidup sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan penggunaan media pengajaran yang semakin selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

Akhir sekali, diharapkan agar dapatan kajian ini boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan pihak sekolah, di dalam merancang sesuatu dasar pendidikan terutamnya berkaitan dengan penggunaan media kepelbagaian media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata Pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah menggariskan keperluan penghasilan modal insane yang mempunyai minda kelas pertama bagi memecut perbangunan negara agar standing dengan kemajuan negara lain di pentas dunia.

1.7 BATASAN KAJIAN

Menurut Amir Hasan Dawi (2006), batasan kajian menjelaskan tentang had-had batasan atau kekurangan yang wujud dalah kajian yang dilakukan. Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajian kepada pekara-pekara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Batasan-batasan kajian meliputi sampel kajian, aspek kajian yang dipilih, tempat kajian serta masa kajian yang digunakan.

Skop kajian ini berfokuskan pelajar-pelajar dan guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah yang mengaplikasikan media pengajaran agar dapat mengetahui tahap keberkesanan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Responden yang terpilih adalah 80 orang pelajar dari

Page 7: Tugasan Penyelidikan Individu

tingkatan tiga Waja dan Arena. Kajian ini juga memfokuskan persepsi guru bagi mengukur tahap keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah. Kajian ini hanya menumpukan terhadap tahap keberkesanan serta faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah yang dipilih oleh penyelidik yang terletak di kawasan Tanjung Malim iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Besout. Penyelidik menjalankan kajian ini pada waktu pagi, iaitu pada pukul 10.30 pagi kerana waktu tersebut merupakan waktu rehat bagi pelajar tingkatan tiga. Penyelidik memilih sekolah ini kerana sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah bestari yang banyak menggunakan media pengajaran yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini memudahkan penyelidik untuk mengedar borang soal selidik dan mengutip maklumat seperti yang diharapkan.

1.8 DEFINISI OPERASIONAL

1.8.1 KEBERKESANAN

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), keberkesanan ditakrifkan sebagai perihal berkesannya sesuatu tindakan atau perubahan dan keberkesanan sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya. Keberkesanan adalah kenyataan struktur yang wujud daripada sesuatu ransangan (Klaper, 1960). Klapper juga menjelaskan bahawa kesan tersebut adalah banyak berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pendek kata, kesan positif ini merupakan kesan yang bermaksud. Dalam konteks kajian ini, penyelidik menggunakan perkataan keberkesanan yang membawa maksud kesan positif penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah.

1.8.2 PENGGUNAAN

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), penggunaan pula didefinisikan sebagai perihal perbuatan, perlakuan, atau kegiatan menggunakan sesuatu. Secara khususnya, penyelidik menggunakan perkataan penggunaan dalam kajian ini membawa maksud pengaplikasian atau penekanan aspek media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah. Ini bermaksud guru adalah individu yang bertindak sebagai pengguna dalam memilih dan melaksanakan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah.

1.8.3 MEDIA

Menurut Sharifah Alawiyah Alsagoff (1079), media ialah apa-apa jua alat atau pekakas yang biasanya digunakan untuk menyampai informasi dalam kehidupan manusia. Media juga merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dengan menawarkan pengalaman sebenar yang tidak dapat diperoleh melalui cara lain. Manakala Russel (1981), mengatakan bahawa media ialah penyampai atau pembawa maklumat antara punca

Page 8: Tugasan Penyelidikan Individu

dengan penerima seperti televisyen, radio, gambar, internet, risalah, foto dan perisisan komputer. Media memudahkan proses komunikasi antara penghantar dan penerima. Mengikut Yusup Hasim (1997), media diistilahkan sebagai peralatan dan bahan perisian yang dibina dan dirancang untuk tujuan menyampaikan maklumat atau pengetahuan.

Mengikut Reiser dan Gagne (1983), media ialah sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Manakala Percival dan Ellington (1984), membahagikan media kepada dua iaitu peralatan fizikal teknologi pendidikan dan saluran komunikasi massa. Secara kesimpulannya, media boleh ditakrifkan sebagai bahan yang menjadi saluran komunikasi untuk penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan daripada penghantar kepada penerima yang mencakupi perkakasan, peralatan dan bahan. Seseorang guru juga dianggap sebagai media kerana guru menjadi penyampai maklumat yang amat berkesan kepada pelajar. Penggunaan media menjadi keperluan yang amat penting dalam kehidupan dunia tanpa sempadan khususnya kepada guru kerana keberkesanan penyampaian maklumat kepada pelajar dipengaruhi oleh ransangan daripada media yang digunakan.

1.8.4 PENGAJARAN Pengajaran digunakan dalam konteks pendidikan dan latihan khususnya untuk guru dan

pelajar. Matlamat pengajaran berbeza mengikut konteks. Jika pengajaran digunakan dalam konteks mendidik pelajar, maka tujuan pengajaran adalah untuk meningkatkan proses pembelajaran bagi sesuatu kemahiran dan pengetahuan. Menurut Heinich, Molenda dan Russel (1981), mendefinisikan pengajaran sebagai penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan pembelajaran. Menurut Romiszowski (1988), pengajaran ialah proses berorientasikan matlamat yang dirancang terlebih dahulu. Begitu sebaliknya jika pengajaran digunakan sebagai latihan, maka tujuan pengajaran berubah kepada peningkatan kemahiran prestasi seseorang dalam sesuatu bidang.

1.8.5 MEDIA PENGAJARANMenurut Yusup Hashim (1992), media pengajaran atau perkakasan dan bahan (perisian)

media yang telah dikenal pasti, dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Heinich (1994), mendefinisikan media pengajaran ialah media yang membawa mesej bertujuan untuk pengajaran. Penggunaan media pengajaran melibatkan komunikasi dua hala, iaitu guru dan pelajar. Media pengajaran merupakan salah satu daripada faktor yang menjadi penentu kepada keberkesanan pengajaran guru. Media pengajaran juga boleh dikatakan sebagai penghubung antara guru dan pelajar.

Naim (2000), menegaskan bahawa media pengajaran ialah apa-apa sahaja bentuk benda, bahan dan peralatan sama ada konkrit atau abstrak yang dapat digunakan dan diekploitasikan oleh seseorang untuk mencapai objektif pembelajaran. Media merupakan alat yang dapat membantu guru bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika guru dapat menggunakan kreativiti, menggabungjalinkan penggunaan media dalam pengajarannya dan meransang seluruh pancaindera para pelajar kerana belajar merupakan fitrah manusia. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana yang menyeronokkan dan menyelesakan sekiranya pelajar meminati dan menyukai proses pengajaran dan pembelajaran yang diikuti.

Page 9: Tugasan Penyelidikan Individu

1.8.6 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua (1994), pengajaran bermaksud perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar cara atau sistem mengajar. Dalam konteks kajian ini, guru adalah sebagai tenaga pengajar dan merupakan individu yang berusaha untuk menyampaikan mesej pelajaran dan berusaha untuk mencapai hasil pembelajaran. Menurut B.G Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian seperti interaksi antara guru dengan pelajar dan di antara pelajar dengan pelajar.

Manakala definisi pembelajaran menurut Victor Jeurissen (2004) mendefinisikan pembelajaran sebagai satu kerja secara berkumpulan yang melibatkan pertukaran penggunaan maklumat iaitu berinteraksi secara perseorangan atau di dalam kumpulan. Pembelajaran dikatakan telah apabila seseorang individu telah Berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya. Ting Kung Shing (2007) pula menyatakan pembelajaran sebagai sebarang perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman yang menyebabkan seseorang menghadapi situasi dengan cara yang berlainan.

1.8.7 KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan satu pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Kemahiran Hidup Bersepadu ditawarkan kepada semua murid di tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam tekologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Selain itu, matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insane yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

Page 10: Tugasan Penyelidikan Individu

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN MEDIA PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Media pengajaran merupakan satu komponen teknologi pengajaran dan menjadi penyokong kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi pengajaran ialah sub komponen teknologi pendidikan. Media berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud perantara. Istilah media sering kali dikaitkan dengan wahana penyebaran maklumat. Kita sering kali mengaitkan media dengan media massa. Mengikut Heinich, Molenda, Russel (1981), media ialah penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti televisyen, radio, gambar, internet, risalah, foto dan perisisan komputer. Media memudahkan proses komunikasi antara penghantar dan penerima. Mengikut Yusup Hasim (1997), media diistilahkan sebagai peralatan dan bahan perisian yang dibina dan dirancang untuk tujuan menyampaikan maklumat dan pengetahuan.

Mengikut Reiser dan Gagne (1983), media ialah sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Percival dan Ellington (1984), membahagikan media kepada dua, iaitu peralatan fizikal teknologi pendidikan dan saluran komunikasi massa. Menurut Sharifah Alawiyah Alsogoff (1979), media ialah apa-apa jua alat atau pekakas yang biasanya digunakan untuk menyampaikan informasi dalam kehidupan manusia. Media juga merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dengan menawarkan pengalaman sebenar yang tidak dapat diperolehi melalui cara lain.

Torkelson (1972) membahagikan media kepada tiga, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej. Mesej ialah isi kandungan. Bentuk mesej ialah cara mesej disimpan seperti bentuk audio visual atau tulisan. Saluran mesej pula ialah peralatan fizikal sama ada berbentuk elektrik atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, video dan komputer. Media boleh ditakrifkan sebagai bahan yang menjadi saluran komunikasi untuk penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan daripada penghantar kepada penerima yang mencakupi perkakasan, peralatan dan bahan. Seseorang guru juga dianggap sebagai media kerana guru menjadi penyampai maklumat yang amat berkesan kepada murid. Penggunaan media menjadi keperluan yang amat penting dalam kehidupan dunia tanpa sempadan khususnya kepada guru kerana keberkesanan penyampaian maklumat kepada murid dipengaruhi oleh ransangan daripada media yang digunakan.

Heinich, Molenda dan Russel (1981), mendefinisikan pengajaran sebagai penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan pembelajaran. Menurut Romiszowski (1988), pengajaran ialah proses berorientasikan matlamat yang dirancang terlebih dahulu. Pengajaran digunakan dalam konteks pendidikan dan latihan khususnya untuk guru dan pelajar. Matlamat pengajaran berbeza mengikut konteks. Jika pengajaran digunakan dalam konteks mendidik para pelajar, maka tujuan pengajaran adalah untuk meningkatkan proses pembelajaran bagi sesuatu kemahiran dan pengetahuan. Begitu sebaliknya jika pengajaran digunakan sebagai latihan, maka tujuan pengajaran berubah kepada peningkatan kemahiran prestasi seseorang dalam sesuatu bidang.

Page 11: Tugasan Penyelidikan Individu

Selain itu, media mempunyai pengaruh yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran. Alat dan bahan media ini dapat membantu guru dalam pencapaian sesuatu objektif pembelajaran dengan lebih berkesan. Pemilihan media yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru menyalurkan maklumat yang sepatutnya dengan lancar dan efektif. Menurut Yusup Hashim (1992), media pengajaran ialah peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenal pasti. Dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Heinich (1994), mendefinisikan media pengajaran ialah media yang mebawa mesej bertujuan untuk pengajaran.

Penggunaan media pengajaran melibatkan komunikasi dua hala, iaitu guru dengan pelajar. Media pengajaran merupakan salah satu faktor yang menjadi penentu kepada keberkesanan pengajaran guru. Media pengajaran juga boleh dikatakan sebagai penghubung antara guru dengan pelajar. Naim (2000), menegaskan bahawa media pengajaran ialah apa-apa sahaja bentuk benda, bahan dan peralatan sama ada konkrit atau abstrak yang dapat digunakan dan diekploitasikan oleh seseorang untuk mencapai objektif pembelajaran. Media merupakan alat yang dapat membantu guru bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika guru dapat menggunakan kreativiti, menggabungjalinkan penggunaan media dalam pengajarannya dan meransang seluruh pancaindera para pelajar kerana belajar merupakan fitrah manusia. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana yang menyeronokkan dan menyelesakan sekiranya pelajar meminati dan menyukai proses pengajaran dan pembelajaran yang diikuti.

Kajian-kajian yang terdahulu menunjukkan bahawa proses dan pembelajaran lebih efektif jika melibatkan penggunaan pancaindera seperti dengar, lihat, sentuh, rasa dan bau. Mengikut Fatimah Ali (1980), penglibatan deria tersebut hanya dapat berlaku jika pelbagai bahan media pengajaran digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Heinich (1993), menyatakan bahawa manusia belajar 10% melalui penglihatan, memahami dan mengingati sebanyak 20% daripada deria pendengaran dan lebih 80% melalui deria pendengaran dan penglihatan. Oleh itu, bagi menghasilkan kesan yang maksimum, proses pengajaran dan pembelajaran perlu menggabungkan semua pancaindera pelajar semasa proses penyampaian maklumat. Kesimpulannya, media pengajaran merupakan medium yang dapat membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan media pengajaran yang sesuai dan jelas dapat memberikan kesan positif kepada pembelajaran murid.

Page 12: Tugasan Penyelidikan Individu

2.1 FUNGSI MEDIA PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Media pengajaran merupakan alat yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan serta memudahkan guru dan murid berinteraksi dalam proses penyaluran maklumat. Dengan pelbagai keistimewaan dan kegunaan, media mampu berfungsi sebagai alat dan sumber pengajaran yang berkesan. Guru-guru harus menggunakan media untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran kerana pelbagai fungsi yang boleh dimainkan oleh media.

Secara formal, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kehadiran guru adalah sangat penting kerana guru bertindak sebagai pemudah cara yang akan membimbing pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran secara berkesan. Kajian juga telah menunjukkan bahawa peranan guru amat penting dalam memastikan keberkesanan media dalam pengajaran. Guru bertindak sebagai penentu dalam penggunaan media. guru-guru menentukan objektif pembelajaran, memilih kandungan aktiviti dan kaedah serta menilai hasil pembelajaran.

Contohnya media yang sering digunakan oleh guru terdiri daripada koleksi video, persembahan multimedia, gambar, radio atau bahan media yang disediakan oleh guru itu sendiri. Media pengajaran digunakan oleh guru untuk memudahkan guru menyampaikan mesej kepada pelajar supaya mudah, cepat dan jelas difahami oleh murid. Guru bertindak sebagai medium utama yang membimbing murid dari awal sehingga ke akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Guru masih berperanan sebagai pembimbing dalam aktiviti yang menggunakan media pengajaran sama ada aktiviti secara individu mahupun kumpulan.

Media pengajaran juga boleh berfungsi tanpa kehadiran guru sebagai pemudah cara. Pelajar boleh belajar melalui proses pembelajaran tanpa panduan guru. Pembelajaran arahan pelajar juga dikenali sebagai pengajaran kendiri. Pembelajaran arahan pelajar ialah satu sistem pengajaran yang isi kandungannya telah dirancang, disusun dan disediakan dengan rapi supaya murid dapat belajar dengan menggunakan bahan-bahan pembelajaran individu secara bersendirian. Isi kandungan mata pelajaran disusun mengikut urutan dan langkah-langkah pembelajaran. Pelajar boleh mengikuti langkah-langkah itu mengikut kadar kecepatannya belajar.

Pelajar dibimbing secara terancang oleh media pengajaran yang digunakan mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Media yang digunakan dalam situasi ini ialah media yang lengkap dengan tujuan, objektif pembelajaran, cara menggunakan media melalui tutorial yang disediakan secara terperinci tentang sesuatu topik dan akhir sekali murid boleh menilai pencapaian sendiri melalui latihan yang disediakan dalam pakej media yang digunakan. Ada sesetengah pakej latihan disediakan bersama-sama jawapan dan ada juga yang perlu merujuk kepada guru.

Guru tidak perlu berhadapan dengan murid setiap masa. Penggunaan pelbagai media seperti pengajaran terancang, modul, buku kerja, perisian, video dan tutorial dapat membantu guru melaksanakan pengajaran mengikut kadar kebolehan dan kecepatan seseorang pelajar secara individu untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Pelajar boleh memilih sendiri cara belajar dan tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada guru untuk proses pembelajaran.

Page 13: Tugasan Penyelidikan Individu

Selain itu juga, fungsi media dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah membantu penghasilan folio bermedia. Folio ialah hasil kerja pelajar tentang sesuatu peristiwa atau pekara mengikut tema yang diberikan. Guru akan memberi tema, tempoh masa tertentu untuk disiapkan, garis panduan atau kriteria yang diperlukan dan sumber-sumber maklumat atau media pengajaran yang boleh membantu pelajar dalam penghasilan tugasan folio ini. Kerja projek atau lebih popular dengan istilah folio menjadi sebahagian daripada aktiviti penting yang boleh memberikan kesan kepada pelajar dalam menguasai sesuatu topik atau unit pembelajaran.

Penghasilan folio berdasarkan tema yang diberikan oleh guru dapat menbantu seseorang pelajar membuat perancangan yang sistematik dalam menghasilkan folio bermedia. Pembelajaran seperti ini dikenali juga sebagai pembelajaran dengan media (learning with media) iaitu pembelajaran yang memberi pelauang kepada pelajar untuk menganalisis, merumus dan menbentangkan dapatan mereka dalam bentuk yang lebih kreatif. Dengan kata lain, pelajar akan lebih bertanggungjawab terhadap maklumat yang dicari dan pembentangan hasil dapatan mereka dengan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber media.

Akhir sekali, fungsi media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah berfungsi sebagai pengajaran Tematik (Thematic). Pengajaran Tematik ini berfokus kepada sesuatu topic yang dipilih oleh guru. Pengajaran ini bermula dengan perkongsian pengalaman yang diperoleh melalui tayangan video, lawatan, ceramah atau persembahan multimedia. Berdasarkan perkongsian pengalaman tersebut, pelajar dikehendaki berkongsi ilmu dan idea untuk menghasilkan data dan maklumat, menganalisis dan menggariskan kesimpulan data yang diperoleh. Pencarian data dan maklumat juga boleh dibuat melalui pelbagai media pengajaran, seperti internet. Satu laporan akan dibentangkan untuk dikongsi oleh semua pelajar di dalam bilik darjah. Pengajaran tematik ini diamalkan secar meluas dalam kalangan guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu kerana Kaedah Berasaskan Projek ( Project Based Learning) boleh digunakan dalam pengajaran tematik ini.

Page 14: Tugasan Penyelidikan Individu

2.2 KEPENTINGAN MEDIA PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah media pengajaran boleh memperkayakan pengalaman murid melalui rakaman peristiwa salinan seperti video, filem, televisyen mahu pun internet. Sesuatu topik yang diajar menjadi lebih dekat dengan pelajar. Pekara yang berlaku di luar darjah boleh dirakamkan atau dipindahkan dalam bentuk video dan dibawa ke bilik darjah. Jika pelajar tidak pernah melihat musim bunga, filem yang menunjukkan musim bunga dari luar negara dapat memberikan satu suasana yang membolehkan pelajar seakan-akan mengalami sendiri peristiwa tersebut. Media pengajaran juga boleh bertindak sebagai sumber maklumat dan boleh dijadikan bahan rujukan kepada murid. Dewasa ini laman web digunakan secara meluas dalam kalangan murid untuk mencari maklumat berkaitan dengan topik tertentu. Proses memuat naik matlamat juga dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.

Media sebagai medium yang membantu guru bagi menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Media digunakan untuk memudahkan guru dan pelajar berinteraksi dalam hubungan dua hala untuk menghasilkan tindak balas yang positif. Penyampaian maklumat oleh guru kepada murid menjadi lebih berkesan dengan mennggunakan gambar atau simbol yang lebih konkrit, gambar yang lebih besar atau juga penggunaan video interatif.

Melalui media, segala maklumat dapat diperjelas kepada murid dan memudahkan mereka memahami konsep dan maklumat yang disampaikan kerana penggunaan teks, gambar, animasi, muzik dan bunyi dapat memberi penjelasan dengan lebih baik. Menurut Sharifah (1986), penggunaan media akan membantu guru-guru menyampaikan kandungan pelajaran dengan cara yang lebih baik dan dapat menarik minat pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan media pengajaran lebih berkesan dan mendatangkan hasil yang lebih baik kerana penggunaan media melibatkan pancaindera seperti mendengar, melihat, merasa dan menyentuh. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika pelbagai bahan dan media digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (Fatimah Ali, 1980).

Selain itu, media merupakan bahan yang digunkan untuk menbantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru menyalurkan maklumat kepada murid mengikut langkah demi langkah yang telah dirancang rapi dengan bantuan penggunaan media. penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran membantu guru untuk menarik minat murid agar dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru memerlukan media sebagai pembantu bagi menyalurkan maklumat. Contohnya , penerangan tentang penggunaan mesin gerudi dapat dibantu melalui tayangan video penggunaan mesin gerudi dengan cara yang betul. Aktiviti yang dirancang disusun mengikut urutan berdasarkan kesesuaian media yang digunakan menjadikan pengajaran lebih tersusun dan sistematik.

Akhir sekali, kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah media pengajaran dapat menyelesaikan banyak masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran biasanya mengalami pelbagai batasan yang mengehadkan penyaluran maklumat secara berkesan. Penggunaan media dapat dijadikan penyelamat kepada kekangan yang dihadapi khususnya dari segi ruang, masa dan pancaindera. Misalnya, objek yang terlalu besar dan mustahil untuk dibawa ke bilik darjah boleh digantikan

Page 15: Tugasan Penyelidikan Individu

dengan penggunaan gambar, video atau model. Selain itu juga, pergerakan yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat diatasi dengan bantuan ‘timelapse’ atau ‘high-speed photography’. Disamping itu juga, objek yang komplek dapat ditunjukkan melalui pembinaan model atau gambar rajah dan konsep yang terlalu abstrak atau luas dapat divisualkan atau dibuat secara gambar rajah.

2.3 JENIS-JENIS MEDIA PENGAJARAN DAN KLASIFIKASI MEDIA PENGAJARAN

Penjenisan media yang pertama dihasilkan oleh Hoban dan Zissman (1937), yang berasaskan kepercayaan bahawa nilai sesuatu bahan pandang dengar terletak pada tahap realismenya. Mengikut Hoban, yang penting dalam pendidikan bukan hanya pembelajaran semata-mata tetapi cara guru menguruskan pembelajaran. Guru sebagai pemudah cara akan mengurus pengalaman pembelajaran yang sedia ada pada murid dengan cara yang boleh meningkatkan prestasi mereka. Semakin realistic sesuatu bahan maka semakin tinggilah nilainya kepada pembelajaran. Dalam pembangunan konsep ini, para penyelidik menyusun pelbagai kaedah pengajaran yang bermula daripada konkrit (situasi benar) kepada abstrak (perkataan).

MEDIA PENGAJARAN PENGALAMANPerkataanGambar RajahPetaGambar/LukisanFilem/ VideoModel 3DObjek/RealiaUjikaji/DemonstrasiKomputer (Simulasi)

Klasifikasi Media Berasaskan Model Hoban dan Zissman

Kajian mengenai klasifikasi media ini berterusan seiring perkembangan arus teknologi. Edger Dale (1946), telah mengambil pendekatan yang sama dengan Hoban dan Zissman dalam membuat justifikasi tentang klasifikasi media ini. Beliau telah memperkenalkan “Kun Pengalaman Dale”. Pengalaman konkrit dimulakan dengan penglibatan pelajar melibatkan diri mereka dalam sesuatu pengalaman yang sebenar. Hal ini kerana menurut Dale, peranan murid semakin berkurangan jika mereka hanya bertindak sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar yang disalin dalam bentuk lain seperti rakaman video. Hasilnya pelajar memperoleh pengalaman abstrak berdasarkan tafsiran melalui pemerhatian terhadap symbol-simbol seperti visual dan lisan yang dipaparkan dalam rakaman yang dipaparkan tadi. Pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang banyak abstrak setelah mereka sendiri telah mempunyai banyak maklumat konkrit yang boleh digunakan bagi mentafsirkan aktiviti yang bersifat pengalaman abstrak

ABSTRAK

KONKRIT

Page 16: Tugasan Penyelidikan Individu

tersebut. Mengikut Dale, Kon Pengalaman Dale ini dianggap sebagai satu model yang praktikal bagi menganalisis cirri-ciri media dan kaedah pengajaran serta kegunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bruner ( 1966), mentafsirkan Kon Pengalaman Dale kepada tiga pengalaman, iaitu pengalaman enaktif, pengalaman ikonik dan pengalaman simbolik atau abstrak. Menurut Bruner (1966), penyampaian pelajaran bermula daripada pengalaman enaktif iaitu pengalaman secara langsung atau sebenar diikuti pengalaman ikonik (visual) dan seterusnya kepada pengalaman simbolik atau abstrak. Lebih-lebih lagi apabila seseorang guru ingin menyampaikan sesuatu topik pembelajaran kepada pelajar yang tidak mempunyai pengalaman yang relevan sebagai asas rujukan. Guru-guru perlu menyusun bahan-bahan pengajaran dengan sistematik supaya dapat membantu pelajar menguasai pembelajaran.

Pada Tahun 1974, Gagne dan Briggs telah mentafsirkan media dari persepsi yang agak berbeza berbanding Hoban dan Dale. Media diklasifikasikan kepada enam kategori berdasarkan ransangan fizikal yang dihasilkan oleh setiap media iaitu perkataan yang diucapkan, bunyi selain daripada perkataan yang diucapkan, perkataan bercetak, gambar pegun, gambar bergerak dan sampel sebenar. Mengikut Yusup Hashim (1996), media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran terbahagi kepada lapan kategori seperti pengelasan media di bawah;

MEDIA PENGAJARAN CONTOH MEDIA PENGAJARAN

1. Media Tayang Kaku a. Transparensi

b. Slaid

2. Media Tayang Gerak a. Video Televisyen

b. Komputer

3. Grafik a. Lukisan

b. Kartun

c. Poster

4. Gambar Kaku a. Gambar Foto/poskad

b. Kad Imbasan

5. Media Pameran a. Model

b. Boneka

6. Media Paparan a. Papan Cerita

b. Papan Tulis

7. Media Audio a. Pita Audio

Page 17: Tugasan Penyelidikan Individu

b. Cakera Padat/Komputer

8. Media Cetak a. Modul Pengajaran

b. Buku Teks/Majalah/Akhbar

Selain itu, media cetak terdiri daripada media yang mempunyai banyak teks, perkataan dan juga gambar yang dicetak. Terdapat pelbagai media cetak yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks, buku rujukan, modul pengajaran, majalah, surat khabar, jurnal dan juga nota-nota yang dibuat oleh guru. Manakala media bukan cetak terbahagi kepada dua kumpulan kecil, iaitu media tayang dan media bukan tayang. Media tayang terdiri daripada dua jenis yang dikategorikan mengikut atribut media iaitu media tayang kaku dan media tayang gerak. Manakala media bukan tayang terdiri daripada lima jenis iaitu grafik, gambar kaku, media pameran, media paparan dan media audio.

Berdasarkan klasifikasi media pengajaran, guru-guru sebenarnya mempunyai banyak pilihan untuk menggunakan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sudah tentu memudahkan keberkesanan kerja-kerja pengajaran mereka kepada para pelajar. Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi sekarang, pelbagai media pengajaran yang tersedia membolehkan mereka menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih berkesan, mudah dan cepat.

2.4 FAKTOR PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Perancangan merupakan langkah yang paling penting dalam penggunaan media pengajaran. Pada peringkat ini, seseorang guru harus menggariskan objektif pengajaran dan pembelajaran seperti murid, masa, tempat dan ruang aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Bilangan pelajar juga perlu dimasukkan dalam perancangan supaya media pengajaran yang sesuai dapat digunakan secara berkesan.

Pemilihan media pengajaran yang dibuat oleh guru berdasarkan topic pengajaran, aktiviti dan pendekatan pembelajaran yang dirancang. Pemilihan media ialah satu proses merancang dan menyediakan media yang paling sesuai untuk sesuatu topik yang diajar. Biasanya pemilihan ini dilakukan semasa menyediakan rancangan pengajaran. Pemilihan media merupakan satu proses yang kompleks dan perlu dibuat secara sistematik dan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa. Dalam perancangan, pemilihan media dibuat berdasarkan sifat-sifat media media yang boleh digunakan dan diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Branson (1975), pemilihan media pengajaran merupakan komponen utama kebanyakkan model dalam sistem pengajaran yang komprehensif. Menurut Abdul Rahim (1985), setiap alat atau bahan yang ada, walaupun diperoleh secara percuma, perlu melalui proses pemilihan yang tertenu supaya alat dan bahan yang terkumpul itu semua berguna.

Prinsip pemilihan media pengajaran adalah berasaskan kepada potensinya yang dapat membantu guru melaksanakan pengajaran secara bermakna dan berkesan. Sebelum sesuatu

Page 18: Tugasan Penyelidikan Individu

media dipilih dan digunakan, selain daripada memikirkan berkenanan dengan topic yang hendak diajar serta objektif pembelajarannya, pengajar juga harus tumpuan kepada empat pekara iaitu:

2.4.1 Faktor Sifat Fizikal Media.

Sifat fizikal media mengandungi enam elemen iaitu visual, perkataan bercetak, bunyi dan suara, pergerakan, warna dan bahan sebenar atau maujud. Elemen visual merupakan langkah awal iaitu mengenal pasti objektif pembelajaran untuk mengetahui sama ada objektif pembelajaran memerlukan penggunaan visual atau tidak. Penggunaan visual penting kerana dapat membantu pelajar memahami sesuatu konsep yang konkrit seperti mengenal pasti sesuatu objek. Penggunaan perkataan bercetak sesuai bagi memberi penerangan secara jelas kepada murid. Penerangan secara lisan mungkin kurang berkesan jika tiada bantuan daripada penggunaan perkataan bercetak. Manakala bunyi dan suara merupakan dua sifat fizikal media yang penting untuk menarik perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bunyi dan suara boleh digunakan bersama-sama perkataan bercetak atau tanpanya. Penggunaan bunyi dan suara boleh menguatkan penyampaian mesej yang jelas kerana dapat membantu pelajar mengenal pasti bunyi seperti muzik, suara binatang dan sebagainya.

Selain itu, elemen pergerakan amat penting jika pengajaran tersebut memerlukan pelajar meniru pergerakan seperti tarian. Pergerakan boleh dipercepat atau dilambatkan bergantung kepada keperluan pembelajaran pada masa itu. Jika murid perlu mengikuti pergerakan dalam aktiviti tersebut, maka pergerakan gambar atau peristiwa perlu dilambatkan supaya murid dapat memahami, meniru atau mengikuti dan menguasai aktiviti tersebut. Manakala elemen warna dapat memantapkan pemahaman pelajar, lebih-lebih lagi jika pengajaran dan pembelajaran lebih berkisar tentang alam semula jadi. Warna asal perlu ditunjukkan kepada pelajar untuk melihat keaslian sesuatu benda atau pekara seperti warna awan atau melibatkan perubahan warna pada uji kaji kimia.

Selain itu, elemen bahan sebenar dan atau maujud perlu bagi membiasakan pelajar dengan sesuatu objek yang tidak pernah dilihat. Dale berpendapat bahawa banyak faedah yang dapat diperoleh daripada pengajaran yang disampaikan dalam bentuk realistic. Contohnya pembelajaran tentang jenis-jenis bunga sepert bunga tanjung, pelajar berpeluang untuk mengetahui rupa sebenar bunga tersebut yang jarang didapati dewasa ini, lebih-lebih lagi di kawasan Bandar.

2.4.2 Faktor Objektif Pembelajaran

Pemilihan media bergantung kepada hasil pembelajaran yang ditentukan oleh guru dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Menurut Yusup (1993), aktiviti yang dirancang bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan memerlukan satu atau mungkin lebih media yang perlu dipilih. Pelbagai media diperlukan untuk memudahkan penyampaian tiap-tiap aktiviti pengajaran. Pemilihan media yang bersesuaian dapat dibuat jika objektif pembelajaran jelas. Mengikut Gagne (1985), Gagne Briggs dan Wager (1988), terdapat lima jenis hasil pembelajaran, iaitu kemahiran intelek, maklumat lisan, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap.

Jika hasil pembelajaran yang hendak dicapai ialah kemahiran intelek, guru perlu bijak memilih media berbentuk bahan terancang atau pengajaran berasaskan komputer supaya ada

Page 19: Tugasan Penyelidikan Individu

interaksi antara murid dengan bahan atau media yang dipilih. Pengajaran harus disusun dengan rapi bagi memastikan media yang dipilih dapat memberikan prestasi yang berkesan terhadap pelajar. Selain itu, penggunaan media berbentuk teks bercetak atau bahan audio (tutur) diperlukan bagi mencapai hasil pembelajaran maklumat lisan. Pelajar perlu menuturkan secara lisan pekara yang dipelajari seperti audio visual supaya matlamat hasil pembelajaran tercapai.

Dalam strategi kognitif, guru perlu memilih pengunaan media interatif supaya boleh membantu mengesan tahap kefahaman murid dan juga menyelesaikan masalah pelajar dengan menyediakan maklum balas sebaik sahaja selesai sesuatu topik pengajaran atau latihan. Untuk mempelajari strategi kognitif, kemahiran intelek yang melibatkan konsep dan peraturan perlu digunakan. Sebagai contoh kaedah latih tubi, tutorial dan simulasi melalui penggunaan media pengajaran seperti video interatif dan perisian digunakan untuk tujuan ini.

Pemilihan media untuk kemahiran motor harus menunjukkan prosedur dan cara yang boleh diikuti oleh murid seperti menyediakan arahan untuk melakukan sesuatu langkah-langkah tertentu. Prosedur merupakan kemahiran intelek yang perlu dikuasai sebelum melakukan latihan sama ada menggunakan peralatan atau tidak. Pelajar perlu mempelajari peraturan dan prosedur sebelum membuat latihan untuk menguasai kemahiran motor yang ingin dikuasai. Manakala sikap positif seseorang pelajar boleh dibentuk dan dilahirkan dengan menggunakan media pengajaran yang boleh menunjukkan teladan yang baik. Pekara yang paling penting ialah maklumat atau mesej yang cuba disampaikan oleh media seperti video, rakaman peristiwa dan perisian mata pelajaran tertentu boleh memberikan kesan kepada sikap pelajar. Untuk memberikan kesedaran kepada sikap yang lebih positif terhadap bahayanya kecuaian di dalam bengkel yang boleh mendatangkan kemalangan dan kecederaan kepada para pelajar di bengkel kemahiran hidup, video atau peristiwa tentang kemalangan dan kecederaan di dalam bengkel boleh dipaparkan untuk tontonan murid. Kesedaran boleh dipupuk dan secara tidak langsung dapat menanam sikap yang lebih baik dalam diri murid akibat kecuaian di dalam bengkel.

2.4.3 Faktor ciri-ciri pelajar

Pemilihan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira cirri-ciri murid kerana keberkesanan penggunaan media bergantung kepada latar belakang murid itu sendiri. Guru perlu menganalisis kumpulan sasaran mereka supaya dapat menyediakan media pengajaran yang sesuai dengan cirri-ciri pelajar. Berdasarkan Model Assure, analisis pelajar merupakan langkah pertama dalam pengguna media pengajaran secara sistematik. Terdapat tiga aspek utama dalam analisis ini iaitu ciri-ciri umum, keperluan khusus dan stail pembelajaran.

Aspek utama yang perlu diambil kira ialah cirri-ciri umum. Guru perlu mengetahui aspek umur, jantina dan latar belakang sosial pelajar supaya mereka dapat mengetahui tahap pelajaran, konteks pelajaran dan penggunaan contoh yang dapat memberikan kesan yang baik. Dale berpendapat bagi mencapai objektif kognitif, media yang abstrak sesuai untuk mengajar pelajar dewasa dan media konkrit sesuai untuk mengajar pelajar yang lebih muda. Selain itu, guru perlu menganalisis tahap kebolehan dan kelemahan pelajar supaya guru dapat mengetahui keperluan media yang lebih sesuai bagi membantu pelajar menerima mesej dengan lebih jelas. Bagi pelajar yang kurang cekap membaca, guru perlu memilih media berbentuk audio berbanding perkataan secara visual kerana ketidakcekapan membaca pelajar tersebut. Pelajar dapat mendengar pekara yang ingin diajar oleh guru melalui media berbentuk audio seperti radio.

Page 20: Tugasan Penyelidikan Individu

Selain itu juga, setiap murid mempunyai stail pembelajaran yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Bagi murid gaya pembelajaran visual, mereka lebih suka belajar dengan paparan komputer atau paparan teks, gaya pembelajaran auditori, mereka lebih senang dengan arahan lisan atau bacaan kuat, kinestetik pula lebih berkesan melalui pengalaman sendiri atau melibatkan diri secara fizikal dalam kelas. Oleh itu, guru digalakkan mempelbagaikan pendekatan mereka supaya dapat memenuhi keperluan stail pembelajaran pelajar dengan media yang bersesuaian.

2.4.4 Faktor Situasi Pengajaran/Kaedah Pengajaran

Mengikut Reiser dan Gagne (1983), antara elemen dalam situasi pengajaran yang mempengaruhi keputusan memilih media pengajaran yang bersesuaian ialah tempat pengajaran, kumpulan pelajar sama ada individu atau kumpulan serta bilangan pelajar dalam sesuatu kumpulan. Elton (1977), telah membahagikan pengajaran dan pembelajaran kepada tiga komponen iaitu pengajaran beramai-ramai, pengajaran kendiri dan pengajaran kumpulan.

Pengajaran beramai-ramai merupakan kaedah yang melibatkan ramai pelajar yang dimuatkan dalam satu kelas atau dewan. Pengajaran dijalankan secara bilik darjah dengan guru berperanan sebagai penyampai tradisional dan mengawal proses pengajaran. Kaedah ini juga boleh dibuat melalui siaran televisyen atau tele siding. Pelajar biasanya pasif dan hanya mendengar sahaja pengajaran guru. Media pengajaran yang digunakan adalah seperti televisyen, filem, video, kertas edaran dan sebagainya.

Manakala pengajaran kendiri lebih berpusatkan pelajar dan digunakan bagi memenuhi keperluan individu yang berbeza seperti dari segi gaya pembelajaran dan kepantasan belajar. Pelbagai media boleh digunakan seperti kertas latihan, modul perisian mata pelajaran tertentu, bahan komputer berinteraktif yang mampu memberikan maklum balas terhadap jawapan dan sebagainya. Manakala pengajaran berkumpulan pula guru bertindak sebagai fasilitator dan membimbing pelajar untuk mencapai hasil pembelajaran. Pelajar berpeluang untuk berinteraksi secara interpersonal. Contoh pengajaran adalah seperti tutorial, seminar, latihan berkumpulan, projek berkumpulan dan simulasi. Contoh media pengajaran yang sesuai ialah internet dan komputer.

2.5 FAKTOR PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam pengajaran dan pembelajaran, kegunaan media pengajaran bergantung kepada keadaan dan keperluan pengajaran. Penggunaan media menggerakkan pelajar untuk berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya serta aktif dalam aktiviti yang dibuat dalam kelas. Penglibatan pelajar semasa menggunakan media membolehkan guru mengesan kemajuan pelajar dan dapat memberikan kesan positif kepada pembelajaran mereka. Mengikut Kassim Abbas (2006), terdapat lima faktor dalam penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu persediaan diri, persekitaran, kelas, pengunaan item dan tindakan susulan.

Persediaan diri adalah seseorang guru perlu melihat dan menggunakan terlebih dahulu media yang hendak digunakan supaya mereka dapat mengetahui langkah-langkah yang terdapat dalam media yang hendak digunakan. Langkah ini juga penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan media berjalan lancar. Contohnya, jika guru hendak

Page 21: Tugasan Penyelidikan Individu

menggunakan perisian semasa mengajar, mereka hendaklah melihat keseluruhan isi kandungan perisian itu. Jika ingin menggunakan video, mereka perlu menonton terlebih dahulu video tersebut. Hal ini perlu dilakukan supaya guru mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam media tersebut dan dapat merancang dengan teliti set induksi, aktiviti-aktiviti berkaitan dan penutup proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh bersedia dengan jawapan terhadap segala maklum balas dan persoalan daripada pelajar.

Persediaan persekitaran adalah guru perlu menyediakan peralatan yang berkaitan dengan media yang ingin digunakan terlebih dahulu supaya berada dalam keadaan bersedia dan boleh digunakan apabila tiba waktu mengajar pelajar. Contohnya, jika ingin menggunakan perisian subjek tertentu, guru perlu menyediakan makmal komputer dengan membuat tempahan terlebih dahulu dan memastikan semua peralatan berkaitan berfungsi dengan baik. Selain itu, persediaan kelas adalah guru guru memberitahu pelajar peralatan yang digunakan, sebab peralatan tersebut dipilih, isi kandungan yang boleh dipelajari dan jelaskan cara menggunakan item tersebut. Penjelasan tentang aktiviti yang akan dilakukan semasa menggunakan peralatan media tersebut kepada pelajar dapat membantu penglibatan yang aktif daripada pelajar.

Semasa menggunakan media pengajaran yang dipilih, guru memastikan keselesaan penggunaan media tersebut kepada pelajar, seperti suara yang jelas, skrin yang besar yang dapat menanyangkan bahan dengan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat yang disampaikan dengan baik. Selepas tamat penggunaan, pastikan media ditutup supaya tidak menggangu proses pengajaran guru. Selepas penggunaan media tersebut, guru perlu membuat aktiviti susulan seperti perbincangan, lakonan semula, sesi soal jawab mahupun ujian pendek bagi memastikan penggunaan media tersebut dapat memberikan kesan yang maksimum kepada pelajar. Lebih baik lagi jika pelajar dapat membuat refleksi tentang penggunaan media tersebut.

Page 22: Tugasan Penyelidikan Individu

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN

Penyelidikan menurut Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud & Faizah Ahmad (2002), merupakan suatu kajian yang berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklumat. Dalam bab ini, penkaji akan membincangkan tentang bagaimanakah langkah dan bagaimana cara penyelidik merancang serta seterusnya mereka pelan tindakan dalam proses untuk membuat kajian untuk mendapatkan suatu dapatan yang akan digunakan dalam membuat rumusan atau kesimpulan terhadap persoalan yang hendak dikaji oleh penyelidik iaitu persoalan mengenai tahap keberkesanan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout. Dalam bab ini, penyelidik akan menerangkan mengenai pendahuluan, reka bentuk kajian, instrumen kajian, pengumpulan dan analisis data.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kaedah tinjauan. Kaedah tinjuan adalah satu cara yang spesifik untuk mengumpulkan maklumat mengenai populasi. Dua jenis tinjauan yang penting dan sering dilakukan dalam bidang pendidikan ialah tinjauan sekolah dan tinjauan komuniti (Mohd. Majid Konting, 2000). Kaedah tinjauan digunakan kerana kajian ini memfokuskan kepada pemboleh ubah yang dianggap boleh diukur. Selain itu, data yang akan di perolehi adalah bersifat empirikal.

Penyelidik mengedarkan bahan kajian dalam bentuk kertas soalan soal selidik agar para pelajar memberi persepsi mereka mengenai keberkesanan penggunaan kepelbagaian media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Borang soal selidik ini diedarkan kepada 60 orang pelajar tingkatan tiga Waja dan Arena yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout. Kertas soal selidik ini merangkumi tiga bahagian, iaitu bahagian A yang menyatakan latar belakang pelajar yang meliputi aspek umur, jantina, bangsa, tingkatan dan pengalaman pembelajaran dalam bilik darjah. Bahagian B pula mengandungi 10 soalan yang melibatkan soalan-soalan mengenai penggunaan media pengajaran untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, tahap keberkesanan penggunaan media pengajaran dan sebagainya. Bahagian C pula meliputi 10 soalan berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

3.2 LOKASI DAN MASA KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah menengah yang terkenal di kawasan Tanjung Malim sebagai Sekolah Bestari iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Besout. Sesi soal selidik ini telah dijalankan di bengkel kemahiran hidup sekolah tersebut. Masa kajian yang diperlukan untuk membuat soal selidik adalah selama 1 jam sahaja. Responen kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan tiga dan guru-guru yang berkaitan dengan media pengajaran untuk

Page 23: Tugasan Penyelidikan Individu

melihat sejauh manakah keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah.

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

Sebelum memilih sampel, populasi kajian ditentukan terlebih dahulu. Populasi ialah satu kumpulan pekara yang mengandungi unsure, objek, individu atau ciri-ciri yang dipertimbangkan dalam suatu kajian yang ingin di ambil oleh penyelidik (Azhar Harun dan Nawi Abdullah, 2004). Perbezaan yang terdapat antara ahli dengan ahli lain adalah tidak ketara. Oleh itu, mana-mana ahli yang dipilih sebagai sampel mampu mewakili ciri-ciri populasinya. Tiap-tiap ahli dalam populasi berkenaan mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel.

Dalam kajian ini, populasi kajian adalah pelajar tingkatan tiga Waja dan Arena, Sekolah Menengah Kebangsaan Besout, Tanjung Malim. Saiz sample bagi kajian ini adalah 60 orang pelajar yang dipilih secara rawak dalam tingkatan yang dinyatakan. Maka, jumlah keseluruhan responen dalam kajian ini ialah 60 orang pelajar dari Tingkatan Tiga Waja dan Arena.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen penyelidikan yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soal selidik yang diedarkan kepada 60 orang pelajar Tingkatan lima Waja dan Arena. Sebanyak 60 set borang soal selidik diedarkan kepada responden tersebut. Soalan-soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik ini dibentuk dengan penuh teliti agar pengkaji dapat mencapai objektif kajian seperti yang diharapkan.

Soal selidik tersebut terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian A, bahagian B, dan bahagian C. Bahagian A mengandungi maklumat responen yang terdiri daripada 5 soalan yang berbentuk nominal iaitu yang berkaitan diri responen seperti umur, jantina, bangsa, tingkatan dan pengalaman pembelajaran penggunaan media pengajaran. Bahagian B pula berkenaan dengan 10 soalan mengenai aspek penggunaan media pengajaran dalam tujuan pengajaran dan pembelajaran serta tahap keberkesanan penggunaan media pengajaran. Bahagian C pula merangkumi 10 soalan berkaitan dengan empat faktor yang diandaikan oleh pengkaji yang dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Dalam Bahagian B dan C, pengkaji menggunakan kod skala Likert di mana pelajar yang disoal selidik dikehendaki untuk membulatkan jawapan pilihan mereka. Melalui ketiga-tiga bahagian ini, pengkaji ingin melihat tahap keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

3.5 PROSEDUR KERJA

Kajian ini telah dijalankan secara berperingkat dan ia melalui dua sesi kerana ia melibatkan seramai 60 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout. Kajian ini berjalan lancar selama 30 minit dimana 30 orang pelajar akan dipilih bagi setiap sesi. Penjelasan akan diberi dan sampel akan dikumpulkan sebelum sesi menjawab soalan soal selidik yang dibina oleh penyelidik dimulakan. Setelah semua responden menjawab semua soalan soal selidik, setiap borang soal selidik akan

Page 24: Tugasan Penyelidikan Individu

dipungut dan diteliti untuk memastikan hanya soal selidik yang dijawab dengan jelas dan sempurna sahaja digunakan dalam proses analisis data.

3.6 ANALISIS DATA DAN PENULISAN LAPORAN KAJIAN

Bagi kaedah analisis data ia bermula di mana borang soal selidik akan diedarkan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Sebelum memulakan analisis, borang-borang soal selidik akan ditapis dahulu bagi memastikan hasil yang diperolehi adalah tepat dan menjawab persoalan kajian.

Untuk soal selidik, data-data yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis secara prosedur statistisk deskriptif. Skor-skor mentah akan dianalsis menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai untuk menentukan keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Seterusnya laporan kajian dibuat dalam bentuk tulisan ilmiah yang menggunakan format penulisan dari pelbagai rujukan.

Page 25: Tugasan Penyelidikan Individu

BAB 4

ANALISIS DATA

4.0 PENGENALAN

Bab ini akan menghuraikan secara terperinci dapatan daripada analisis data yang diperoleh daripada 60 orang responden. Instrumen utama yang digunakan iaitu soal selidik. Data yang diperoleh daripada instrumen soal selidik ini telah dianalisis berdasarkan statistik deskriptif dalam bentuk Jadual. Di akhir bab ini, analisis dapatan kajian berdasarkan soalan kajian akan dikemukakan.

4.1 INSTRUMEN SOAL SELIDIK

Bahagian A (Maklumat Pelajar)

Antara pecahan item dalam bahagian A adalah jantina responden.

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Jadual Taburan Responden Mengikut JantinaJantina Kekerapan Peratus (%) Lelaki 15 60.0 Perempuan 17 60.0

Jadual 4.2 di atas menunjukkan jumlah responden yang digunakan di dalam kajian ini adalah seramai 60 orang. Respondan perempuan seramai 30 orang dengan peratusan sebanyak 50%. Manakala responden lelaki terdiri daripada 30 orang dengan peratusan sebanyak 50%.

4.2 DAPATAN PERSOALAN KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan huraian berkaitan dengan ujian dan dapatan terhadap persoalan kajian.. Purata min yang diperoleh dari beberapa unit akan dipadankan dengan satu nilai min untuk melihat tahap yang dibuat dalam skala Likert.

Skala likertSkala Min Tahap Penggunaan

Sangat setuju 0.00 – 1.00 Sangat Rendah / Sangat NegatifSetuju 1.01 – 2.00 Rendah / NegatifTidak pasti 2.01 – 3.00 Sederhana / NaturalTidak Bersetuju 3.01 – 4.00 Tinggi / PositifSangat tidak bersetuju 4.01 – 5.00 Sangat Tinggi / Sangat Positif

Jadual di atas menunjukkan ukuran min tertentu bagi setiap point dalam skala likert. Penggunaan min adalah bertujuan untuk mencari purata penilaian respon yang diperoleh. Nilai min atau purata yang diperoleh akan menentukan tahap keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

Page 26: Tugasan Penyelidikan Individu

Bersepadu di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout. Analisis data ini adalah penting bagi menentukan purata maklum balas bagi setiap pernyataan soalan dalam borang soal selidik. Ia penting untuk membuat kesimpulan atau pun rumusan bagi keseluruhan dapatan kajian melalui analisis data yang dilaksanakan. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa, majoriti responden kerap menggunakan media pengajaran untuk tujuan pengajaran seperti mempelbagaikan kaedah penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah.

4.4 KESIMPULAN

Hasil daripada dapatan kajian yang diperoleh, didapati bahawa penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan responden adalah pada tahap sederhana. Perbezaan tahap penggunaan media dalam kalangan responden dapat dikenalpasti berdasarkan kemahiaran memilih dan menyediakan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat juga beberapa masalah yang dihadapi untuk mengaplikasikan penggunaan media pengajaran yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Cadangan kepada masalah-masalah ini akan dibincangkan di bab seterusnya.

Page 27: Tugasan Penyelidikan Individu

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN & KESIMPULAN

5.0 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan hasil kajian berkenaan tahap keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Besepadu. Hasil kajian ini kemudiannya akan dirumuskan untuk menjawab persoalan kajian seperti yang diutarakan dalam bab 1. Kemudian kesimpulan akan dibuat berdasarkan kepada data yang diperoleh. Selain daripada perbincangan dan rumusan, bab ini juga akan mengemukakan beberapa cadangan dalam usaha untuk meningkatkan tahap penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah Menengah.

5.1 RINGKASAN KAJIAN

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Besepadu di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti media pengajaran yang sesuai dengan konteks isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

5.2 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian-kajian yang terdahulu menunjukkan bahawa proses dan pembelajaran lebih efektif jika melibatkan penggunaan pancaindera seperti dengar, lihat, sentuh, rasa dan bau. Mengikut Fatimah Ali (1980), penglibatan deria tersebut hanya dapat berlaku jika pelbagai bahan media pengajaran digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Heinich (1993), menyatakan bahawa manusia belajar 10% melalui penglihatan, memahami dan mengingati sebanyak 20% daripada deria pendengaran dan lebih 80% melalui deria pendengaran dan penglihatan. Oleh itu, bagi menghasilkan kesan yang maksimum, proses pengajaran dan pembelajaran perlu menggabungkan semua pancaindera pelajar semasa proses penyampaian maklumat. Kesimpulannya, media pengajaran merupakan medium yang dapat membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan media pengajaran yang sesuai dan jelas dapat memberikan kesan positif kepada pembelajaran murid.

Berikut adalah persoalan kajian dalam penyelidikan ini :i. Sejauh manakah tahap keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah?

ii. Adakah media pengajaran yang dipilih bersesuaian dengan kadar pembelajaran pelajar?

iii. Sejauh manakah media pengajaran boleh membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran?

iv. Adakah media yang dipilih dapat memberi ransangan positif untuk lebih berminat dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan?

Page 28: Tugasan Penyelidikan Individu

5.3 KESIMPULAN

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout, didapati majoriti responen lebih tertarik dan berminat dalam pembelajaran sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaranKemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah. Namun masih terdapat kalangan guru yang masih menggunakan kaedah penggunaan media pengajaran yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ternyata, penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat berkesan serta membantu para guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu menyampaikan isi pelajaran dengan cepat, mudah dan jelas serta membantu pelajar dalam usaha untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan cepat, mudah dan jelas. Justeru, diharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak berkenaan untuk memantapkan lagi institusi pendidikan dalam menghadapi kemajuan teknologi serta meningkatkan penggunaan media pengajaran yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

Page 29: Tugasan Penyelidikan Individu

RUJUKANDick & Reiser. 1994. Merancang Pengajaran Yang Efektif. Pulau Pinang : Universiti Sains

Malaysia, Terjemahan Abdul Rahim Mohd. Saad.

Fatimah Ali. 1980. Keberkesanan Media Pengajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Heinich, Molenda & Russel. 1993. Instructional Media And The New Technologies of Instruction. (3rd. ed). New York : Macmillan Publishing Company.

Ismail Md. Zain. 1994. Keberkesanan Reka Bentuk Pengajaran Bersistem Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah. Tesis Kedoktoran, USM.

Kassim bin Abbas. 2006. Media Dalam Pendidikan. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Muhammad Hasan Abdul Rahman. 2000. Media Pengajaran, Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Norasiah Abdullah & Rosnah Ahmad. 2009. Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Puchong : Selangor.

Romiszowksi & A.J. 1974. The Selection And Use of Instructional Media. London : Kogan Page.

Sharifah Alwiah Alsogoof. 1987. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusup Hashim. 1997. Media Pengajaran Untuk Pendidikan. Shah Alam : Fajar Bakti

Yusup Hashim. 1998. Teknologi Pengajaran, Shah Alam, Selangor : Fajar Bakti.

Page 30: Tugasan Penyelidikan Individu

LAMPIRAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SENI DAN MUZIK

KAJIAN TENTANG TAHAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) DI SEKOLAH MENENGAH.

BORANG SOAL SELIDIK

A. MAKLUMAT PERIBADI Semua maklumat adalah untuk kegunaan kajian sahaja.

Arahan : Anda diminta menandakan ( √ ) dalam bahagian yang berkenaan dan isikan maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan.

1. Jantina : ( ) Lelaki ( ) Perempuan

2. Umur :______ tahun

3. Bangsa : ( ) Melayu ( ) Cina

( ) India ( ) Lain-lain

4. Status Perkahwinan : ( ) Bujang ( ) Berkahwin

5. Lokasi tempat tinggal : ( ) Bandar ( ) Luar Bandar

6.Tingkatan:______________________________________

7. Keputusan peperiksaan semasa bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu :________

8. Kedudukan di dalam kelas :______

Page 31: Tugasan Penyelidikan Individu

9. Jawatan di sekolah

(a) Pengawas sekolah ( )

(b) Ketua Kelas ( )

(c) Penolong Ketua ( )

(d) Pelajar Biasa ( )

10. Tahap kepekaan berkaitan dengan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) :

________________________________________________________________________

B. PENILAIAN TAHAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) KEPADA PARA PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH.

Bahagian ini bertujuan untuk melihat tahap keberkesanan penggunaan media pengunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) kepada para pelajar di sekolah.

Arahan: Tandakan () di dalam kotak yang berkenaan

1. Adakah guru subjek kemahiran hidup anda menerapkan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

( ) Ya ( ) Tidak

2. Adakah guru subjek kemahiran hidup anda mempelbagaikan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

( ) Ya ( ) Tidak

3. Adakah media pengajaran itu dapat membantu menjelaskan konsep atau proses yang terdapat dalam unit pengajaran itu?

( ) Ya ( ) Tidak

4. Adakah isi kandungan media pengajaran yang disediakan oleh guru anda dapat menarik minat dan perhatian anda?

( ) Ya ( ) Tidak

5. Adakah isi kandungan yang terdapat dalam media pengajaran yang disediakan oleh guru kemahiran hidup mudah difahami oleh anda?

( ) Ya ( ) Tidak

6. Adakah anda menyukai proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru kemahiran hidup anda dengan menggunakan media pengajaran yang pelbagai dan menarik?

( ) Ya ( ) Tidak

Page 32: Tugasan Penyelidikan Individu

7. Andakah media pengajaran yang menarik merupakan penyebab anda minat dan menumpukan sepenuh perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup?

( ) Ya ( ) Tidak

8. Adakah media pengajaran yang disediakan oleh guru kemahiran hidup sesuai dengan kadar pembelajaran anda?

( ) Ya ( ) Tidak

9. Adakah media pengajaran yang disediakan oleh guru kemahiran hidup anda menarik dari segi kreativiti?

( ) Ya ( ) Tidak

10. Adakah arahan yang disediakan dalam media pengajaran jelas, ringkas dan konsisten? ( ) Ya ( ) Tidak

C. PENILAIAN TERHADAP KERELEVANAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) DALAM KALANGAN PARA PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH.

Bahagian ini bertujuan untuk melihat tahap keberkesanan proses penagajaran dan pembelajaran dalam subjek reka cipta Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah

Arahan: Tandakan () di dalam kotak yang disediakan mengikut tahap kekerapan.

Setiap angka mewakili tahap keberkesanan;

5 = Sangat setuju

4 = setuju

3 = tidak pasti

2 = tidak setuju

1 = sangat tidak setuju

BIL PERKARA

TAHAP KERELEVANAN

1 2 3 4 5

1 Pada pendapat anda, adakah kepelbagaian media pengajaran yang disediakan oleh guru kemahiran hidup anda dapat meningkatkan tahap kefahaman anda terhadap sesuatu topik yang diajar olehnya?

2 Adakah media pengajaran yang digunakan oleh guru anda dapat membantu anda untuk menguasai topik-topik pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup?

Page 33: Tugasan Penyelidikan Individu

3 Adakah media pengajaran yang disediakan oleh guru kemahiran hidup anda dapat memberikan ruang kepada anda untuk memberi maklum balas secara aktif?

4 Adakah media pengajaran yang disediakan oleh guru kemahiran hidup anda dapat meransang anda untuk mengelolakan pendapat anda?

5 Adakah isi kandungan media pengajaran yang disediakan oleh guru kemahiran hidup anda tidak terlalu padat sehingga boleh mengelirukan anda?

6 Adakah anda lebih faham sekiranya guru kemahiran hidup anda menggunakan pengunaan media pengajaran yang pelbagai dan menarik daripada penggunaan kaedah konvensional?

7 Adakah isi pelajaran yang disampaikan oleh guru kemahiran hidup anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengunakan media pengajaran yang kreativiti dapat menarik minat dan perhatian anda?

8 Bagi modul atau perisian komputer, adakah bahan media pengajaran yang disediakan oleh guru kemahiran hidup anda mempunyai latihan pemulihan jika anda tidak berjaya menguasai sesuatu kemahiran?

9 Jika melibatkan fotografi, adakah media pengajaran yang disediakan oleh guru kemahiran hidup anda mempunyai dedahan yang cukup jelas dan mampu menarik perhatian anda?

10 Adakah isi pelajaran yang disediakan oleh guru kemahiran hidup anda dalam media pengajaran mempunyai pertalian antara satu dengan yang lain atau menpunyai urutan yang tersusun?

Page 34: Tugasan Penyelidikan Individu