tugasan paya bakau.docx

20
Pengenalan Pemuliharaan in- situ ( in-site ) merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah ada di habitat asalnya. Kaedah ini banyak dijalankan dengan mewartakan kawasan-kawasan tertentu sebagai taman negara, hutan simpan kekal dan taman laut. Di Malaysia, terutamanya di bahagian Semenanjung, sumber hutan semula jadinya dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Hutan Pedalaman Kering, Hutan Paya Gambut dan Hutan Paya Bakau. Secara keseluruhannya, sebanyak 15.5 million hektar kawasan tersebut telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal yang meliputi Semenanjung Malaysia seluas 4.9 million hektar, Sabah 3.6 million hektar dan Sarawak seluas 7 hektar ( Prof Dr Nik Muhamad Majid, 2011 ). Selain hutan, taman laut juga adalah jenis pemuliharaan in-situ seperti Taman Laut di Pulau Perhentian, Terengganu dan Pulau Payar. Taman laut adalah kawasan yang dilindungi, biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik. Tidak semua kawasan sesuai diwartakan sebagai taman laut. Hanya kawasan yang berpotensi seperti kawasan terumbu karang dan kawasan pembiakan ikan. Selain itu, pewartaan taman laut mewujudkan ekosistem seimbang dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan. Pemuliharaan ex-situ ( off-site ) merupakan pemuliharaan terhadap organisma sama ada flora dan fauna di luar habitat semula jadinya. Bagi flora, spesies tumbuhan diambil dari habitat asalnya dan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. Sampel yang diambil merangkumi semua bahagian tumbuhan bagi menyediakan bahan untuk tujuan penyelidikan yang berterusan di samping memastikan sumber biologinya sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan

Upload: juliana-zainul

Post on 21-Dec-2015

164 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN PAYA BAKAU.docx

Pengenalan

Pemuliharaan in- situ ( in-site ) merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah

ada di habitat asalnya. Kaedah ini banyak dijalankan dengan mewartakan kawasan-kawasan

tertentu sebagai taman negara, hutan simpan kekal dan taman laut. Di Malaysia, terutamanya

di bahagian Semenanjung, sumber hutan semula jadinya dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

Hutan Pedalaman Kering, Hutan Paya Gambut dan Hutan Paya Bakau. Secara

keseluruhannya, sebanyak 15.5 million hektar kawasan tersebut telah diwartakan sebagai

Hutan Simpan Kekal yang meliputi Semenanjung Malaysia seluas 4.9 million hektar, Sabah 3.6

million hektar dan Sarawak seluas 7 hektar ( Prof Dr Nik Muhamad Majid, 2011 ).

Selain hutan, taman laut juga adalah jenis pemuliharaan in-situ seperti Taman Laut di

Pulau Perhentian, Terengganu dan Pulau Payar. Taman laut adalah kawasan yang dilindungi,

biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik.

Tidak semua kawasan sesuai diwartakan sebagai taman laut. Hanya kawasan yang berpotensi

seperti kawasan terumbu karang dan kawasan pembiakan ikan. Selain itu, pewartaan taman

laut mewujudkan ekosistem seimbang dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti

berasaskan perikanan.

Pemuliharaan ex-situ ( off-site ) merupakan pemuliharaan terhadap organisma sama

ada flora dan fauna di luar habitat semula jadinya. Bagi flora, spesies tumbuhan diambil dari

habitat asalnya dan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. Sampel yang diambil

merangkumi semua bahagian tumbuhan bagi menyediakan bahan untuk tujuan penyelidikan

yang berterusan di samping memastikan sumber biologinya sentiasa mencukupi bagi

meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan. Bagi fauna, spesies yang dikategorikan

terancam atau mengalami kepupusan akan dilindungi serta dibiak bakanya dalam kurungan

atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat asalnya. Apabila saiz populasi

tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai, maka barulah fauna tersebut

dilepaskan ke habitat semula jadinya. Antara program pemuliharaan ex-situ ialah Zoo dan

Akuaria, Taman Botani dan Arboreta serta Bank Benih.

Walau bagaimanapun, strategi jangka panjang yang terbaik bagi memelihara dan

memulihara biodiversiti dalam populasi dan komuniti ialah dalam habitat semula jadinya iaitu in-

situ ( in-site ). Salah satu contoh berkaitan program pemuliharaan in-situ ( in-site ) ialah

pemuliharaan Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang yang terletak dalam Daerah Larut Matang,

Page 2: TUGASAN PAYA BAKAU.docx

Perak. Lebih dikenali dengan nama Hutan Paya Laut Matang, kawasan ini telah diwartakan

sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906.

Pembentukan Hutan Paya Bakau

Paya bakau atau paya laut merupakan spesies yang berasal dari pelbagai keluarga

tumbuhan yang berbeza dari segi habitat pesisir ( pantai ). Sekiranya sesuai dengan

persekitaran, paya bakau boleh membentuk hutan yang luas dan produktif. Paya terbentuk

akibat pengenapan lumpur dan selut yang dibawa oleh sungai dan laut. Kawasan sedemikian

merupakan habitat baru. Akan tetapi, kebanyakan tumbuhan tidap dapat mengklonikannya

kerana beberapa sebab, iaitu :

(a) Tanah lumpurnya yang lembut tidak dapat menyokong tumbuhan.

(b) Tanahnya yang bertakung air mengandungi oksigen yang kurang untuk respirasi akar.

(c) Air laut yang masin ( bertekanan osmosis tinggi ) cenderung menarik air keluar daripada

akar secara osmosis dan mengakibatkan pengdehidratan.

(d) Biji benih mudah tenggelam dan mati lemas di dalam tanah lembut yang bertakung air.

(e) Kawasan paya itu terdedah kepada cahaya matahari yang terik. Ini mempercepatkan

berkadar transpirasi dan meninggikan risiko kehilangan air yang melampau.

Hanya pokok bakau yang dapat hidup di kawasan sedemikian. Semua tumbuhan bakau

adalah tumbuhan halofit, iaitu tumbuhan yang mempunyai kebolehan hidup di tanah yang

kandungan garamnya tinggi. Namun demikian, setiap spesies memperlihatkan pendekatan

yang berbeza untuk menyelasaikan masalah perubahan kemasinan air dan tanah yang

bergenang air. Secara amnya, pokok bakau mempunyai ciri-ciri penyesuaian berikut sebagai

mengatasi masalah yang telah dinyatakan sebelum ini. Ciri-ciri tersebut adalah :

(a) Sistem akarnya yang bercabang meluas dapat mengeratkan dan menyokongnya dalam

tanah yang lembut.

Page 3: TUGASAN PAYA BAKAU.docx

(b) Kebanyakan pokok bakau mempunyai akar pernafasan yang dinamakan pneumatofor.

Pneumatofor menjulur keluar dari tanah. Pada permukaan pneumatofor, terdapat

bukaan yang dinamakan lentisel. Pneumatofor dapat menyerap oksigen atmosfera

melaluinya.

(c) Akar pokok bakau dapat menahan air masin di sekelilingnya. Sap sel akarnya

mempunyai kandungan garam yang tinggi. Oleh itu, tekanan osmosisnya tinggi. Ini

dapat mengurangkan kehilangan air ke persekitaran. Sebaliknya, air laut akan

memasuki akar secara osmosis. Garam berlebihan yang memasuki pokok disingkirkan

melalui liang yang dinamakan hidatod di epidermis bawah daun.

(d) Kebanyakan pokok bakau mempunyai biji benih vivipariti, iaitu biji benih yang boleh

membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda ketika ia masih lagi barada pada

pokok induk. Anak benih ini kemudiannya jatuh daripada pokok induk dan tertanam

dalam tanah. Radikel panjang yang tumbuh membantu mengeratkan pucuknya supaya

menjauhi tanah. Dengan ini, anak benih tidak mati lemas dan juga tidak dihanyut ke laut.

(e) Daun pokok bakau mempunyai kutikel yang tebal serta stoma terbenam untuk

mengurangkan transpirasi. Daunnya yang tebal, liat dan sukulen menyimpan air di

dalamnya.

Pokok bakau yang menjadi perintis di kawasan paya sedemikian ialah Avicennia sp.

( pokok api-api putih ) dan Sonneratia sp. ( pokok perepat ). Kedua-duanya mempunyai sistem

akar ceracak yang bercabang luas dengan banyak pneumatofor berbentuk asparagus. Sistem

akar ini juga membantu memerangkap lebih banyak lumpur. Lama-kelamaan, pantai paya

menjadi menjadi lebih tinggi dan lebih kering. Keadaan ini pula sesuai untuk sejenis pokok

bakau yang lain, iaitu Rhizophora sp. ( bakau minyak ). Maka secara beransur-ansur,

Rhizophora sp. menggantikan pokok perintis tersebut. Rhizophora sp. ini mempunyai akar

jangkang untuk menyokongnya dalam tanah yang masih lembut. Manakala biji benihnya pula

menunjukkan sifat vivipariti yang nyata. Akarnya memerangkap lebih banyak lagi lumpur.

Sementara itu, Rhizophora sp. yang tua dan mati serta daunnya yang gugur

menambahkan humus kepada tanah. Lama-kelamaan, pantai paya menjadi lebih tinggi lagi.

Tanahnya semakin padat, semakin subur dan kurang masin kerana hanya dilimpahi air laut

ketika air pasang. Keadaan sebegini sesuai pula untuk pokok bakau yang lain, iaitu Bruguiera

Page 4: TUGASAN PAYA BAKAU.docx

sp. ( tumu merah ). Bakau ini mempunyai akar banir untuk menyokongnya. Semasa

pengenapan tanah diteruskan, pantai paya yang baru terbentuk mengunjur ke laut. Pantai lama

semakin menjauhi laut dan tanahnya semakin menyerupai tanah daratan. Pokok kelapa, nipah

dan Pandanus sp. akan tumbuh dan menyesarkan pokok Bruguiera sp. . Ini diikuti oleh

pertumbuhan pokok daratan yang lain. Akhirnya sebuah hutan hujan tropika yang merupakan

komuniti klimaks bagi proses sesaran di paya bakau terbentuk. Keseluruhan proses ini

memakan masa beratus tahun. Akan tetapi, kita dapat melihat peringkat sesaran ini apabila kita

berjalan dari pantai paya menuju ke kawasan pedalaman.

Rajah 1 Jenis-jenis akar pokok bakau

Page 5: TUGASAN PAYA BAKAU.docx

Hutan Paya Laut Matang

Hutan Paya Laut Matang yang terletak di Kuala Sepetang Wetlands merupakan

sebahagian daripada 40,537.6 hektar Hutan Simpan Paya Bakau Matang. Ia terletak 10

kilometer ke Barat Taiping. Manakala jarak ke Selat Melaka sejauh 15 kilometer sahaja.

Kawasan paya bakau ini telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906. Kini,

Kawasan ini terkenal di peringkat antarabangsa sebagai pengurusan hutan bakau terbaik di

dunia. Kawasan ini sangat kaya dengan kepelbagaian hidupan liar yang dapat menggalakkan

pecinta alam semula jadi untuk berkunjung dan meneroka tanah lembapnya serta sumber-

sumber yang ada di situ. Berhampiran kawasan rizab ini adalah program silvikultur bagi

Rhizophora, Lenggadai laut dan hutan berus yang dijalankan secara profesional oleh Jabatan

Perhutanan Negeri Perak. Program ini juga merupakan program pembiakan bagi pelbagai

spesies krustasea laut termasulah ketam, udang kecil, udang kara, belangkas dan udang serta

ikan dan kerang-kerangan. Selain itu, Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi Pulau

Kelumpang ( High Conservation Value Forest , HCVFs ) yang merupakan tapak perkuburan

pra-sejarah terletak kira-kira 18.6 kilometer dari hutan ini. Pengunjung boleh ke sana dengan

menaiki bot yang disediakan di jeti.

Berdasarkan pemerhatian di kawasan Paya Bakau Kuala Sepetang ini, saya

berpendapat komuniti bakau ini sangat unik. Kedua-dua hidupan daratan dan akuatik ditemui di

sebatang pokok bakau. Organisma daratan menduduki bahagian atas pokok bakau manakala

pangkalnya pula dihuni oleh hidupan akuatik. Detritus yang terdiri daripada daun dan dahan

bakau yang gugur menyumbangkan nutrien untuk persekitaran akuatik yang juga menjadi asas

makanan kepada spesies pemakan detritus. Organisma akuatik ini terbahagi kepada dua jenis

iaitu yang menduduki substrat keras seperti akar pokok bakau dan yang mendiami zon

berlumpur.

Hidupan akuatik yang dominan di sini ialah moluska, krustasea dan ikan. Walau

bagaimanapun, ketika lawatan dijalankan tidak banyak organisma daratan mahupun akuatik

yang kelihatan. Mungkin keadaan air yang surut ketika itu menyebabkan hanya beberapa

organisma akuatik sahaja yang kelihatan. Begitu juga dengan organisma daratan. Antara yang

jelas kelihatan pada ketika itu ialah ikan belacak ( Boleophalmus boddaerti ) dan ketam uca (

Uca rosea ) dan beberapa spesies burung beterbangan di kawan sungai berhampiran.

Page 6: TUGASAN PAYA BAKAU.docx

Ikan belacak Ketam Uca

Rajah 2 Antara spesies akuatik yang terdapat di Hutan Paya Laut Matang

Ikan belacak atau ikan tembakul cukup menakjubkan kerana menghabiskan masanya di luar

air, merangkak di atas daratan lumpur ataupun memanjat pokok bakau. Selain insang, ikan ini

juga melakukan pernafasan melalui kulit, sama seperti katak. Ketam uca pula membuat lubang

di dasar yang lembut. Kegiatan membuat lubang oleh ketam ini membenarkan oksigen

memasuki jauh ke dalam lumpur dan membantu komuniti hutan bakau yang lain. Spesies lokan

juga boleh ditemui di sini.

Menurut Encik Nadzaruddin bin Shamsudin, Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Perak

yang terlibat secara langsung dengan Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut Matang ini, antara

haiwan yang terbanyak sekali mendiami kawasan ini ialah babi hutan dan kera lutong.

Manakala haiwan yang paling berbisa pula ialah ular kapak yang berwarna coklat. Berdasarkan

maklumat yang diperoleh daripada papan pernyataan pula, antara spesies burung tempatan

yang terdapat di hutan paya laut tersebut ialah bangau, pucung, pekaka, belatuk dan helang.

Bagi spesies yang bermigrasi dari Siberia ke Australia, hutan bakau ini menjadi persinggahan

sebelum meneruskan perjalanan ke Australia yang boleh mencapai jarak perjalanan sejauh

25,000 kilometer setahun. Burung-burung tersebut terdiri daripada common sandpiper ( Actitis

hypoleucos ), common redshank ( Tringa totanus ), little stint ( Calidris minuta ), mongolian

plover ( Charadrius mongolus ) dan grey plover ( Pluvialis squatarola ).

Page 7: TUGASAN PAYA BAKAU.docx

Rajah 3 Spesies burung tempatan yang terdapat di Hutan Paya Laut Matang

Page 8: TUGASAN PAYA BAKAU.docx

Rajah 4 Spesies burung bermigrasi yang singgah di Paya Laut Matang

Selain itu, berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam risalah yang diterbitkan

diberitakan juga pada waktu malam terdapatnya kelip-kelip spesies Pteroptyx yang hinggap

pada pokok bakau jenis berembang atau Sonneratia caseolaris. Bagi pengunjung yang

bernasib baik, mereka dapat melihat Chinese White Dolphin ( Sousa chinensis ) berenang-

renang di muara sungai.

Antara jenis tumbuhan yang kelihatan di sini selain spesies bakau ialah pokok paku

pakis yang tumbuh dengan banyak di kawasan ini. Terdapat juga spesies rotan bakau (

Calamus erinaceus ), spesies cendawan yang agak besar serta paku pakis yang menumpang

pada pokok bakau.

Page 9: TUGASAN PAYA BAKAU.docx

Sistem pengurusan pokok bakau di Hutan paya Laut Matang

Di hutan paya bakau yang seluas 40,466 hektar ini, terdapat empat jenis pokok bakau

yang utama ditanam. Menurut Encik Nadzaruddin, spesies bakau tersebut ialah Rhizophora,

Avicennia ( pokok api-api ), Bruguiera ( pokok lenggadai atau tumu merah ) dan Sonneratia

( pokok perepat ). Walau bagaimanapun, hanya spesies Rhizophora mucronata ( bakau kurap )

dan Rhizophora aplcunata ( bakau minyak ) sahaja yang dikormesialkan. Menurut beliau lagi,

keseluruhannya terdapat 15 jenis spesies bakau yang boleh ditemui di kawasan tersebut.

Kaedah penanaman bakau yang dilaksanakan di sini merangkumi dua cara iaitu

menanam terus dan menanam anak tabung. Bagi bakau minyak, setiap pokok ditanam dalam

jarak 1.2 meter persegi. Manakala bakau kurap pula ditanam dalam jarak 1.8 meter persegi.

Sistem tebangan bergilir dijalankan melalui kaedah tebang habis dan tanam semula untuk

mengalakkan kemusnahan hutan. Pengurusan silvikultur dilaksanakan sebelum penebangan

dilakukan menggunakan kaedah penjarangan. Apabila pokok-pokok tersebut mencapai usia 15

tahun, jaraknya menjadi terlalu rapat. Ketika ini penjarangan pertama dilakukan. Hanya pokok-

pokok yang terbaik sahaja dipilih sebelum ditebang. Pokok yang telah dipilih dijadikan sebagai

pusat bulatan. Dengan menggunakan sebatang kayu yang berukuran 1.2 meter panjang

sebagai jejari, pokok-pokok lain di sekeliling pusat bulatan ditanda untuk ditebang. Pokok-pokok

tersebut ditebang menggunakan kapak bagi mengelakkan kerosakan pada pokok lain. Proses

ini akan dilaksanakan sekali lagi bagi penjarangan kedua ketika pokok tersebut berusia 20

tahun pula dan panjang kayu sebagai jejari bertambah menjadi 1.8 meter. Kaedah ini memberi

ruang kepada pokok terpilih ( pusat bulatan ) membesar dengan seragam. Pokok yang ditebang

semasa penjarangan pertama dan kedua dikeluarkan untuk penghasilan cerucuk. Akhir sekali,

ketika pokok mencecah usia 30 tahun, pokok tersebut akan ditebang habis menggunakan

gergaji berantai ( chainsaw ) dan kayu-kayu tersebut akan dihantar ke kilang arang berdekatan.

Kemudian kawasan tersebut akan dibiar dalam selama 1 hingga 2 tahun bagi membolehkan

sisa-sisa pokok yang telah ditebang mereput sepenuhnya sebelum ditanam semula. Tapak

semaian pokok bakau juga diwujudkan di kawasan ini terutama bagi kaedah penanaman anak

tabung.

Page 10: TUGASAN PAYA BAKAU.docx

Pokok bakau spesies Avicennia Pokok bakau spesies Rhizophora

Pokok bakau spesies Bruguiera

Rajah 5 Antara spesies bakau yang terdapat di Hutan Paya Laut Matang

Page 11: TUGASAN PAYA BAKAU.docx

Kepentingan Hutan Paya Paya Laut Matang

Sebagaimana yang diketahui, pokok bakau yang ada di kawasan ini memainkan

peranan yang sangat penting. Sebagaimana yang telah di taklimatkan oleh Encik Nadzaruddin.

Bakau yang ditanam di sini adalah menjurus kepada bidang sosio- ekonomi. Selain dijadikan

kayu arang dan tiang cerucuk untuk kegunaan dalam negara, hampir 70% kayu bakau ini juga

dieksport ke negara matahari terbit iaitu Jepun. Memandangkan kayu bakau negara kita adalah

berkualiti tinggi, ia dapat digunakan dalam penghasilan produk-produk kosmetik seperti pencuci

muka dan minyak rambut, bantal arang, arang putih, baja, ubat nyamuk, pencuci lantai, sebagai

bahan penapis dalam rokok dan sebagainya.

Dalam penghasilan arang, hanya pokok yang berusia 30 tahun sahaja digunakan.

Manakala untuk membuat tiang cerucuk, kayu-kayu bakau yang ditebang ketika berusia 15 dan

20 tahun digunakan untuk menghasilkan tiang ini yang digunakan dalam kerja-kerja pembinaan.

Memandangkan kayu bakau hidup di kawasan berair, maka ia amat kukuh dan sesuai dijadikan

cerucuk. Merupakan salah satu spesies daripada kayu keras, maka ia mudah retak dan reput

jika sering terdedah kepada panas terik matahari serta hujan. Oleh itu ia mampu bertahan lama

sehingga 100 tahun jika sentiasa berada dalam tanah yang sentiasa lembap dan basah.

Hutan Paya Bakau Matang ini juga merupakan satu daripada beberapa contoh

ekosistem hutan tropika yang mampu mengekalkan keseimbangan persekitarannya. Pokok

bakau dapat memindahkan karbon dioksida dari atmosfera melalui proses fotosintesis. Ini

berkemungkinan dapat mengurangkan masalah pemanasan global dan kesan rumah hijau.

Pokok bakau mampu memerangkap lebih banyak karbon dioksida dan menyimpan dalam tanah

dalam kuantiti yang besar.

Selain itu, kawasan hutan bakau ini merupakan habitat dan kawasan pembiakan ikan,

ketam, udang dan moluska. Banyak ikan dan kerang-kerangan yang bernilai komersial

menggunakan hutan bakau dalam sebahagian daripada kitar hidupnya. Aktiviti akuakultur

seperti ternakan ikan, udang dan kerang di dalam sangkar tetapi masih mengekalkan habitat

semula jadinya mampu menjana pendapatan yang lumayan di samping aktiviti penangkapan

secara semula jadi.

Di samping menjadi tempat hidupan akuatik, hutan paya bakau juga mempengaruhi

pergerakan angin dari laut serta menjadi benteng semula jadi yang menghalang hempasan

Page 12: TUGASAN PAYA BAKAU.docx

tsunami. Pokok bakau yang bertindak sebagai pemecah angin yang menyerap angin kencang

mampu mengurangkan impak angin kuat ke kawasan daratan. Akarnya menjadi pemecah

gelombang dengan menyerap dan mengurangkan tenaga gelombang angin dan arus deras.

Kebolehan bakau memerangkap mendapan menjadikan paya bakau ini satu ekosistem yang

sangat unik kerana berlakunya proses menebusguna tanah secara semula jadi. Akhir-akhir ini,

banyak kajian dan ukuran diambil untuk menghalang dan melonggarkan paras air laut ( global )

pda kadar 2 mm setahun. Pokok bakau merupakan satu-satunya tumbuhan tropikal yang

mampu menghalang dan melonggarkan paras air laut seperti itu memandangkan ia mampu

memerangkap mendapan pada kadar sama dengan peningkatan paras air laut.

Paya bakau ini juga berperanan penting secara langsung atau tidak langsung dalam

mengekalkan kualiti kehidupan manusia. Proses pasang - surut air dapat menyemarakkan

pertumbuhan pokok bakau setiap hari. Proses ini membawa bersama karbon organik, unsur-

unsur organik dan nutrients ke kawasan ini yang menjadi sumber makan kepada ikan-ikan.

Manakala nutrients pula digunakan oleh plankton untuk meningkatkan produktiviti kawasan

tersebut. Ia juga merupakan satu sistem yang kompleks dalam hubungan rantaian makanan

dan proses pemindahan tenaga dan memberi pengaruh yang besar dalam keseimbangan

ekologi. Di samping itu, pokok – pokok bakau ini juga menyediakan kawasan sebagai

persinggahan bagi burung-burung yang bermigrasi.

Rajah 6 Kitar nutrien di hutan paya bakau

Page 13: TUGASAN PAYA BAKAU.docx

Kawasan ini juga berperananan sebagai pusat eko- pelajaran dan rekreasi hutan.

Pelbagai maklumat dapat diperolehi apabila berkunjung ke sini. Kita juga dapat mempelajari

dengan lebih dekat dan melihat sendiri persekitaran di kawasan ini. Pelbagai kemudahan turut

disediakan seperti chalet penginapan, tapak perkhemahan, bot, dewan serbaguna, tempat letak

kenderaan, laluan berpelantar kayu dan sebagainya.

Menurut Encik Nadzaruddin, penggunaan alat pengesan GPS dapat membantu

melancarkan usaha pemuliharaan paya bakau. Ini penting bagi mengesan pokok bakau yang

hendak dilakukan proses penjarangan ketika berusia 15, 20 dan penebangan habis ketika

beruia 30 tahun. Dengan dibantu oleh pekerja-pekerja yang agak ramai memudahkan lagi

pengurusan pokok bakau di kawasan ini. Alat tekonologi juga digunakan oleh pihak Jabatan

Perhutanan bagi mengekang aktiviti pencerobohan dan penyeludupan keluar benih kerang dan

sebagainya.

Badan korperat dan pihak swasta juga turut melibatkan diri dalam aktiviti pemuliharaan

di kawasan ini. Contohnya, syarikat telekomunikasi gergasi di Malaysia iaitu Celcom turut serta

dalam program menanam semula pokok bakau di kawasan ini. Selain itu pihak Jabatan

Perhutanan juga menubuhkan pasukan Rimbawan dan Rimbawati yang bertanggungjawab dan

terlibat sepenuhnya dengan aktiviti pemuliharaan bakau di kawasan ini.

Penutup

Jelaslah di sini betapa pentingnya hutan paya bakau ini. Jika hutan ini tidak diurus

dengan berkesan, negara akan kehilangan khazanah yang sangat bernilai. Usaha-usaha

pemuliharaan yang telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Perak

sewajarnya harus dipuji. Pengiktirafan pada peringkat antarabangsa telah membuka mata dunia

betapa pentingnya hutan paya bakau terhadap manusia dan alam sejagat. Ekosistem yang

mudah terjejas ataau sensitif ini perlu dipulihara sebagai khazanah alam semula jadi.

Page 14: TUGASAN PAYA BAKAU.docx

Rujukan

Dr. Hamdan bin Mohd. Noor et,all. (2005). Fokus U Biologi. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Mang, C.N. et al. (1997). Kuasai Peperiksaan : Biologi STPM Jilid II. Selangor : Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Balu Perumal.(2011) Impak. Importance and benefits of mangrove forests. Department of

Environment, Malaysia, Issue 2, 7-9.

Institut Pendidikan Guru. (2013). Ekosistem dan Biodiversoti. Cyberjaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.