tugasan elm3104

39
PENDIDIKAN MORAL ELM 3104 Nama: Chong Ying Zheng Angka Giliran: 2011292360449 Opsyen: PPG-MT4-SEM 6 Pensyarah: EN M. ASRAR BIN SIDON

Upload: anderson-chong

Post on 19-Jan-2016

97 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan PPG

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan ELM3104

PENDIDIKAN MORALELM 3104

Nama: Chong Ying ZhengAngka Giliran: 2011292360449

Opsyen: PPG-MT4-SEM 6Pensyarah: EN M. ASRAR BIN SIDON

Page 2: Tugasan ELM3104

TUGASAN 1GANGSTERISME

DI SEKOLAH

Page 3: Tugasan ELM3104

Apa MAKSUD GANGSTERISME

???

Page 4: Tugasan ELM3104

Kamus dewan edisi ke-4, halaman 458

• Geng ialah kumpulan kerja (penjenayah), gengster

ialah ahli atau kumpulan penjenayah atau samseng

manakala gengsterisme pula merujuk kepada

kegiatan-kegiatan gengster iaitu masalah-masalah

yang dilakukan oleh kumpulan samseng secara

berkumpulan.

Pusat maklumat rakyat (Mac, 2009)

• gengsterime ialah kelakuan yang akan memusnah

dan merosakkan persekitaran yang dilakukan

secara berkumpulan.

Page 5: Tugasan ELM3104

Gambar Gengster

Page 6: Tugasan ELM3104

Video Klip Kes Buli Gangsterisme SMK Tun Hussein Onn 2013

Page 7: Tugasan ELM3104

DULU SEKARANG

Tujuan:Memelihara kepentingan ahli-ahli demi mempertahankan kedudukan walaupun menjalankan kegiatan yang tidak baik.

Tujuan:Sebagai satu tred.

Contoh-contoh kegiatan: Ponteng kelas Penagihan dadah Keciciran sekolah Rogol Mencuri

Contoh-contoh kegiatan: Penagihan dadah Kegiatan alkohol Rogol dan membunuh*Bersikap lebih keras dan ganas

Ahli-ahli:Terdiri daripada budak sekolah menengah ke atas. (kebanyakkan lelaki)

Ahli-ahli:Terdiri daripada budak sekolah rendah ke atas. (Termasuk lelaki dan perempuan)

GANGSTERISME

MASALAH SEMAKIN SERIUS !!!

Page 8: Tugasan ELM3104

Punca-punca Utama

Masalah Keluarga

Rakan Sebaya

Sifat Semula Jadi

Persekitaran

Didik Agama

Media Massa

Page 9: Tugasan ELM3104

Masalah Keluargaibu bapa yang gagal memberi bimbingan dan

didikan

•Masyarakat pada hari ini berkejar-kejar ke arah kehidupan yang mewah Jadi, anak-anak mereka telah dibiarkan tanpa diberi perhatian yang secukupnya.

•Kesibukan ibu bapa juga menyebabkan mereka tidak ambil tahu kegiatan-kegiatan yang disertai oleh anak-anak mereka.

•Anak-anak yang tidak menerima perhatian daripada ibu bapa mereka akan menjadi lebih erat dengan rakan sebaya sehingga mengikut apa sahaja yang disuruh oleh rakan sebaya mereka.

Page 10: Tugasan ELM3104

- Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekalan kehidupan dewasa kelak sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamik.

- Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti.

- Krisis keluarga seperti penceraian dan pertengkaran ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja kehilangan arah panduan hidup mereka. Maka, lahirlah personalitiremaja yang tidak sihat dan lemah pencapaian akademiknya dan seterusnya menyumbang kepada pelbagai masalah sosial yang negatif.

Page 11: Tugasan ELM3104

- kekurangan kasih sayang dan perhatian ibubapa terhadap anak mereka. Hal ini kerana kecenderungan ibubapa mengejar kekayaan semata-matanya sehinggalah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anaknya.

- Keadaan ini telah menyebabkan golongan remaja ini hidup dalam keadaan yang terbiar .Ibubapa tidak mengetahui tentang kegiatan yang dilakukan anaknya semasa di luar rumah.

- Jadi, terdapat segenlintir remaja melibatkan diri dalam kegiatan gangsterisme misalnya peras ugut supaya menarik perhatian daripada ibu bapa.

- Terdapat juga remaja menyertai kegiataan gangsterisme disebabkan mengalami tekanan perasaan terutamanya bagi keluarga ibu tunggal.Dengan itu,mereka memilih tindakan yang drastik seperti ,menghisap gum,merokok memberontak, melawan dan akhirnya menjadi samseng yang suka menimbulkan masalah sosioal.

Page 12: Tugasan ELM3104

terpengaruh daripada rakan

sebaya

Menurut Kamus Dewan Edisi

ke-4

• rakan sebaya bermaksud

sahabat yang sama umurnya

dan suka bersama dalam

pelbagai aktiviti dan

mempunyai minat yang sama.

Menurut Artwater (1998)

• rakan sebaya didefinisikan

sebagai rakan seumur dan

boleh dikategorikan sebagai

rakan sepermainan atau rakan

seperjuangan.

Page 13: Tugasan ELM3104

- Rakan sebaya menpunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang individu kerana kesilapan bergaul dengan rakan yang buruk boleh mengakibatkan remaja tersebut juga menjadi jahat .

- Pada zaman sekarang,golongan remaja dikatakan lebih suka bergaul rapat dengan rakannya dan menganggap mereka sebagai rakan sebenar jika berbanding dengan ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka kepada anaknya.

- Jadi,tidak hairanlah remaja zaman ini kerap membentuk sekumpulan geng atau samseng yang mempunyai budaya dan peraturan masing masing.

- Contohnya di sekolah,aktiviti yang lazim dilakukan oleh golongan gangster ialah membuli pelajar yang lemah,mengutip yuran perlindungan daripada kalangan pelajar,peras ugut,ponteng sekolah,merosakkan harta benda sekolah,ketagihan rokok dan lain lain .

Page 14: Tugasan ELM3104

terpengaruh daripada media

massa-Media massa adalah alat yang digunakan dalam penyampaian pesan-pesan dari sumber kepada khalayak (menerima) dengan menggunakan alat-alat komunikasi mekanis seperti surat kabar, film, radio, TV, iklan. -Media massa adalah faktor lingkungan yang mengubah perilaku khalayak melalui proses pelaziman klasik, pelaziman operan atau proses imitasi. -Dua fungsi dari media massa adalah media massa memenuhi kebutuhan akan fantasi dan informasi

Apa itu media massa ???

Page 15: Tugasan ELM3104

-Dalam era globalisasi ini,media massa yang berbentuk bercetak dan eletronik yang bersifat negatif semakin sukar dikawal oleh pihak kerajaaan.

-Tindaklaku remaja senang dipengaruhi dengan filem yang tidak bermoral dan beretika yang dibawa dari negara barat.Contohnya,aksi,tindaklaku,perwatakan yang bersifat negatif,keganasan yang ditayangkan dalam filem akan menjadi ikutan kepada remaja kini sehinggalah ia menjadi role model bagi remaja.

- Pembentukan personaliti,sikap dan sifat seseorang remaja melalui saluran media massa telah menjadi kebiasaan bagi zaman remaja sekarang untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh pelakon dalam filem yang ditontoni.

Page 16: Tugasan ELM3104

Movie Yang Mengandungi Unsur Tidak Sihat.

Page 17: Tugasan ELM3104

sifat semula jadi pelajar

•Sifat semula jadi pelajar-pelajar iaitu

berkaitan dengan sifat yang suka

memberontak dan melanggar

peraturan-peraturan sekolah.

Terutamanya pelajar sekolah

menengah.

•Ini disebabkan pelajar-pelajar

inginkan perhatian daripada orang

lain. Apabila mereka menjadi

tumpuan orang ramai, mereka akan

mempunyai rasa kepuasan dan

merasakan diri mereka tidak

diasingkan atau diabaikan oleh

orang lain

Page 18: Tugasan ELM3104

PERSEKITARAN

- Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar rumah.

- Ini jelas di kawasan perumahan setinggan, rumah pangsa dan flat kos rendah. Ada pula dilabel sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan tempat tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gangsterisme. Ada pula yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut di kalangan remaja di sekolah mereka. Ada ketua geng yang memberi kekuatan kepada remaja di kawasan tersebut untuk bergaduh kerana memastikan sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke dalam bentuk tindakan gangsterisme. 

Page 19: Tugasan ELM3104

DIDIKAN AGAMA -Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme. -Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. -Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan bergeng ini. 

Page 20: Tugasan ELM3104

Kesan-kesan Masalah Gangsterisme:

1. Membawa kesan negatif kepada pihak sekolah– Sekiranya ahli kumpulan ini dapat menubuhkan satu jaringan

aktiviti yang kuat di sekolah ia akan menganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah.

2. Menggangu proses pengajaran dan pembelajaran– Kumpulan - kumpulan ini akan mencurahkan perasaan benci dan

tidak puas hati dengan menganggu proses P&P di sekolah.

3. Mewujudkan budaya takut bagi masyarakat untuk melakukan aktiviti harian– Kehadiran gengster ini akan menyebabkan orang ramai berasa

takut untuk melakukan aktiviti harian. – Contohnya mereka akan dipaksa memberi wang, diperas ugut dan

dipukul jika tidak mengikut kemahuan mereka.

Page 21: Tugasan ELM3104

Kesan-kesan Masalah Gangsterisme:4. Sekolah menjadi pusat geng

– Sekolah dijadikan pusat aktiviti geng yang penting untuk pengambilan ahlli-ahli baru dan untuk tujuan sosial yang lain.

– Mereka akan berkumpul di sekolah untuk membincangkan aktiviti mereka.

– Kumpulan kongsi gelap akan memberikan perlindungan kepada ahlinya dan menakut-nakutkan pelajar lain menyertai kumpulan mereka sebagai ahli baru.

5. Memburukkan imej keluarga– Ahli keluarga akan dikritik , dikutuk dan dipandang serong oleh

masyarakat.– Ini akan menjejaskan hubungan baik keluarga.– Selain itu,perbuatan jahat remaja juga akan meninggalkan kesan

mental dan psikologi yang mendalam kepada ahli keluarga.6. Mencemarkan nama baik negara kita

Page 22: Tugasan ELM3104

Langkah-langkah Pihak Sekolah untuk

menangani masalah gangsterisme

Tanggungjawab pihak sekolah

peraturan-peraturan sekolah

Sistem pengurusan

sekolah

Page 23: Tugasan ELM3104

Pada masa kini, pihak sekolah bukan sahaja menjaga keselamatan pelajar di dalam kawasan

sekolah, namun pihak sekolah juga perlu memantau persekitaran di luar pagar sekolah demi memastikan keselamatan pelajar. Bagaimanapun, Kementerian Pelajaran memberi amaran bahawa tindakan tegas, termasuk boleh dibuang sekolah

akan diambil terhadap pelajar yang terbabit anasir jahat seperti kegiatan kongsi gelap.”

Tanggungjawab pihak sekolah

Page 24: Tugasan ELM3104

peraturan-peraturan sekolah

• Pihak sekolah boleh memastikan tiada pelajar melepak semasa waktu persekolahan supaya mengurangkan pendedahan pelajar kepada pengaruh yang tidak sihat.

• Merekod individu pelajar dan rekod pelanggaran disiplin. Apabila mendapati pelajar melanggari peraturan, pihak sekolah perlulah memberi hukuman yang sewajarnya

Page 25: Tugasan ELM3104

peraturan-peraturan sekolah

• Pihak sekolah boleh menambah atau mengubahsuai peraturan-peraturan sekolah sedia ada. Selain itu, juga boleh mengetatkan peraturan dan juga cara denda.

• Guru besar, GPK Hem, Guru disiplin serta murid-murid seperti pengawas, ketua darjah perlu bekerjasama memastikan segala aktiviti sekolah dan murid mengikuti peraturan-peraturan sekolah.

Page 26: Tugasan ELM3104

• sistem pengurusan sekolah juga perlulah

mengadakan satu sistem untuk mengawal ahli-

ahli kumpulan gengster daripada menjadikan

pelajar-pelajar sebagai mangsa.

• Hukuman akan diberikan kepada sesiapa sahaja

yang cuba mengambil peluang untuk memaksa

pelajar lain menyertai kegiatan gengsterisme.

Sistem pengurusan sekolah

Page 27: Tugasan ELM3104

• Guru Besar perlu bekerjasama dengan semua pihak yang

berkaitan untuk menangani masalah gengsterisme di

sekolah.

( Contoh : Pihak Polis, PIBG, JPS Jemaah Pengurus Sekolah )

• Pihak sekolah boleh mengadakan beberapa program

seperti ceramah, pameran, perkhemahan dan juga aktiviti

sukan supaya pelajar tidak terdedah dalam aktiviti

gangsterisme.

• Pihak sekolah mestilah berkerjasama dengan pihak polis,

jangan tidak melaporkan kes gangsterisme kepada polis

atas sebab bimbang reputasi sekolah akan terjejas teruk.

Sistem pengurusan sekolah

Page 28: Tugasan ELM3104

Kes pihak sekolah tidak ambil tindakan

Artikel Dari Surat Khabar Utusan 26 Feb 2011.

SIK 26 Feb. - Gejala gangsterisme seperti tindakan meminta wang perlindungan daripada pelajar didakwa semakin menular di sebuah sekolah di daerah Kuala Muda.Ketika mendedahkan perkara itu, Pengerusi Biro Antarabangsa UMNO Bahagian Sik, Datuk Md. Jali Lateh (gambar) berkata, ia cukup membimbangkan sekiranya pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak bersama-sama menyelesaikannya.Menurutnya, kegiatan itu berlaku akibat pengurusan sekolah yang tidak berani melaporkan masalah tersebut kepada pihak polis.Md. Jali mendakwa, ia disebabkan pihak pengurusan sekolah mementingkan kualiti sekolah menyebabkan mereka mengambil keputusan tidak melaporkan perkara itu kerana bimbang reputasi sekolah akan terjejas teruk."Inilah akibatnya apabila pengurusan pihak sekolah mahu menjaga reputasi sehingga kegiatan yang tidak sihat di sekolah terus berlaku," dakwa beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chepir dekat sini hari ini. SAMBUNG SLIDE BAWAH

Page 29: Tugasan ELM3104

Hadir sama isteri beliau, Datin Siti Hajar Othman dan Pengetua SMK Chepir, Zahara Ismail dan Pengerusi PIBG sekolah berkenaan, Abdullah Md. Daud.Md. Jali berkata, kegiatan itu turut menyebabkan anaknya menjadi mangsa.Malah, tambah beliau, kebiasaannya kegiatan itu berlaku pada waktu rehat dan ketika pulang dari sekolah terutama di luar pagar sekolah."Perbuatan mengugut dan mengutip wang perlindungan sebanyak RM5 oleh pihak tertentu terhadap pelajar merupakan perkara serius yang perlu ditangani segera," katanya.Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Mega Group Sdn. Bhd. bimbang sekiranya gejala tidak sihat itu terus dibiarkan, ia akan menyebabkan pelajar merasa takut dan kualiti pelajaran mereka terjejas.Dalam pada itu, Md. Jali turut meminta Kementerian Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) menyiasat dan memastikan supaya pengurusan sekolah tidak menyembunyikan sesuatu kejadian semata-mata kerana takut populariti sekolah akan terjejas.Tambahnya, pengurusan sekolah yang diketuai oleh pengetua perlu bijak menangani masalah seumpama itu, bukan membiarkan ia terus berlaku tanpa ditangani dengan bijaksana.

SAMBUNG DARI SLIDE ATAS

Page 30: Tugasan ELM3104

Peranan Sebagai Seorang Ketua Panitia Pendidikan Moral.

• Menubuhkan Persatuan dan Kelab yang berkaitan untuk pelajar.

Contoh : Kelab mencegah jenayah, Persatuan Moral.• Menubuhkan Ahli Jawatankuasa ( AJK ) untuk mengatasi

masalah gangsterisme di sekolah.• Mengadakan mesyuarat untuk AJK dan guru-guru yang

terlibat. - memastikan semua AJK menjalankan tugas masing-

masing dengan sempurna Contoh : Mengadakan program yang sesuai.

• Mengagihkan tugas-tugas yang telah ditetapkan kepada AJK guru-guru yang terlibat.

Page 31: Tugasan ELM3104

• Menyediakan perancangan strategik untuk Program menangani masalah Gangsterisme Sekolah.Contoh : menyediakan : pelan strategik jangka panjang ( 5 tahun ), program jangka pendek ( 3 tahun ), program tahun semasa ( 1 tahun ).

• Memastikan program dijalankan dengan sempurna.• Berkerjasama dengan guru disiplin, guru bimbingan

dan kaunseling.• Menyebar bahan-bahan bacaan dan maklumat

mengenai perkara menanggani gangsterisme sekolah kepada guru dan juga pelajar.

Page 32: Tugasan ELM3104

• Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat dan sesuai bagi pihak sekolah.

• Mempertingkatkan mutu disiplin murid.• Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar

dan staf- Hubungan yang baik antara guru dengan pelajar perlu dipupuk dan dijadikan sebagai amalan untuk mewujudkan budaya sekolah yang positif.

• Menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk memantau kegiatan pelajar-pelajar yang terlibat dengan gangsterisme.

Page 33: Tugasan ELM3104

• Menekankan sekolah mewujudkan hubungan dengan pelajar, keluarga dan masyarakatContoh : Sekolah perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat atau komuniti sekolah. Ini termasuklah ibu bapa pelajar, PIBG, Jemaah Pengurus Sekolah ( JPS ), masyarakat sekitar sekolah, polis, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.

• Mengadakan Program bersepadu antara Unit Bimbingan Kaunseling dengan Badan Disiplin sekolah bersatu dan bekerjasama untuk membendung pelajar-pelajar daripada terlibat dengan masalah gangsterisme.

Page 34: Tugasan ELM3104

Video Klip Penutup

Page 35: Tugasan ELM3104

KESIMPULAN

Golongan remaja ditakrifkan sebagai aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara yang sedang membangun.Maka pelbagai

langkah yang berkesan perlu dilaksanakan supaya membantu mereka menghindari

gejala gangsterisme yang membawa impak negatif kepada masyarakat.

Page 36: Tugasan ELM3104

Bibliografi & Rujukan :

Bahan dari internet :- http://www.utusan.com.my/utusan/i

nfo.asp?y=2010&dt=0228&sec=Utara&pg=wu_02.htm#ixzz2wYlJGL14

- http://pengurusanbm.blogspot.com/2010/08/gejala-gangsterisme-dalam-era.html

- http://jiajiagoodday.blogspot.com/2010/10/gangsterisme.html

Page 37: Tugasan ELM3104

Bibliografi & Rujukan :

Bahan dari buku :- Abdul Aziz Shamsuddin ( 1997 ) Siri Pelangi Fokus Pengetahuan Moral SPM, Penerbit Pelangi Sdn. Bhd. - Modul ELM 3104 Isu-isu dan cabaran penghayatan nilai-nilai murni.- Awang Sariyan, Supian Mohd Noor

( 1995 ) Revisi Cepat SPM Karangan (Kertas 1), Sasbadi Sdn. Bhd.

Page 38: Tugasan ELM3104

Gambar Buku Rujukan:

Page 39: Tugasan ELM3104

Sekian, terima kasih !