tugasan edu3106.pptx

22
EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDKAN TEKNIK KUALA LUMPUR

Upload: niza-sham

Post on 18-Jan-2016

34 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

EDU 3106 BUDAYA DAN

PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS PENDIDKAN TEKNIK

KUALA LUMPUR

NAMA : KHAIRUL NIZA BINTI ISMAIL

NO. K. PENGENALAN : 740624-08-6206

UNIT : PPG AMBILAN JUN 2011 (KOHOT

1)

KUMPULAN : SAINS 1

KOD KURSUS : EDU 3106

(BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

NAMA PENSYARAH : PN. NOR AZAH BT AHMAD

SAFRAN

TARIKH HANTAR : 1 SEPTEMBER 2012

PERAYAANDAN

UPACARA ADAT RESAMKAUM MELAYUDI MALAYSIA

TAJUK

Perayaan Dan Adat

ResamKaum Melayu

PERAYAAN UTAMAKAUM MELAYU

Hari Raya Puasa / Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Qurban/Hari Raya Aidiladha

Maulud NabiMaal Hijrah

PERAYAAN BAGI PENGANUT AGAMA ISLAM

Hari Raya Puasa Dikenali sebagai Hari raya Aidilfitri. Diraikan pada 1 Syawal setiap tahun mengikut kalendar Islam. Perlu berpuasa selama 1 bulan Tujuan merayakannya sebagai tanda kemenangan setelah

berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan.

HARI RAYA HAJI Diraikan pada 10 Zulhijah sempena memperingati peristiwa

penyembelihan kibas oleh Nabi Ibrahim sebagai menggantikan anaknya Nabi Ismail yang telah diwahyukan oleh Allah.

Pada bulan tersebut, penganut agama Islam di seluruh dunia berkumpul di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Hari raya Haji juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha

PERAYAAN BAGI PENGANUT AGAMA ISLAM

Maulidur Rasul Diraikan sempena kelahiran Nabi Muhammad S.A.W Pada 12 Rabiulawal 1429 Seluruh umat Islam dan kaum Melayu meraikannya. Tujuan merayakannya sebagai mengingati sejarah kehidupan

rasullullah, mengagungkan keperibadian dan mendapat keredhaan Allah SWT.

MAAL HIJRAH Diraikan pada setiap awal tahun hijrah mengikut kalendar Islam Pada Kalendar Hijrah, pertukaran tahun atau waktu adalah

berdasarkan waktu maghrib atau terbenam matahari. Disambut sempena TAhun Baru Islam dan penghijrahan Nabi

Muhammad dari Makkah ke Madinah Merayakan pertukaran tahunnya dengan doa akhir dan awal tahun.

Selebihnya dengan solat hajat dengan harapan setahun mendatang yang dilalui dipenuhi dengan keselamatan dan berkat.

HARI RAYA PUASA

HARI RAYA HAJI

MAUDIRUR RASUL

MAAL HIJRAH

UPACARA ADAT RESAMKAUM MELAYU

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh kepada adat resam

Terdapat tiga peringkat adat resam dijadikan kepercayaan iaitu :

KelahiranPerkahwinanKematian

- Masyarakat Melayu begitu memegang teguh kepada adat kerana mempunyai kesan dalam kehidupan.  

- Terdapat tiga peringkat di mana adat resam dijadikan kepercayaan iaitu : •kelahiran•perkahwinan•kematian

ADAT KELAHIRANSewaktu Mengandung

Melenggang Perut Dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika

kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Membuang kecelakaan dan membetulkan kedudukan bayi dalam

perut.yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin

Sewaktu Bersalin Potong Tali Pusat Azan/Qamat Membelah/Mulut Berpantang     Bertungku

Selepas Lahir Tanggal Pusat/ Cuci lantai Memberi Nama Cukur Rambut/ Potong Jambul Naik Buai / Majlis Berendoi JejakTanah/TurunTanah Bersunat / Berkhatan

Peringkat Kelahiran

ADAT PERKAHWINANMerisik Untuk memastikan bahawa gadis masih belum berpunya Menyelidik latar belakang si gadis dan memberi sebentuk cincin

Meminang Menetapkan tarikh pertunangan Menentukan jumlah hantaran

Bertunang Saling bertukar hantaran dalam jumlah yang ganjil

Menyarung cincin ke jari manis di gadis oleh wakil pihak lelaki.

Akad Nikah

selepas perjanjian telah dipersetujui seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain .

Dijalankan oleh tok kadi atau imam  Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara

membatalkan air sembahyang.

ADAT PERKAHWINANAdat Berinai Sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para

jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan

 Majlis Perkahwinan Dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pengantin

digelar raja sehari. Pengantin perempuan diandam oleh mak andam , solekan

pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh

Pengantin lelaki diarak dengan paluan kompang dan diiringi bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan.

Pengantin bersanding di atas pelamin yang dihias indah yang diapit oleh bunga pahar.

Majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Peringkat Perkahwinan

ADAT KEMATIANSemasa Kematian Pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam. Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan

serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula

dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-

Quran dan sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat

dengan tertib dan cermat. Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat

dengan kain putih. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus.

Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah.

Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid. Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris

si mati memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang.

ADAT KEMATIANSemasa Pengkebumian Keranda dan diusung ke tanah perkuburan. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur,

sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam.

Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala.

Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda.

Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam. Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur .

Peringkat Kematian

KESIMPULANKaum Melayu merupakan kaum yang terbesar di Malaysia .

Kaum Melayu dikatakan sangat istimewa kerana mempunyai kepelbagaian adat dan budaya yang diamalkan oleh bangsanya. Malah sehingga ke hari ini, adat resam , budaya dan perayaan zaman nenek moyang dibawa turun –temurun dan masih diamalkan sehingga ke hari ini .

Secara ringkas bolehlah dikatakan semua kaum yang tinggal di Malaysia memahami dan menghormati perayaan, budaya dan adat resam kaum Melayu . Senario ini dapat dibuktikan melalui amalan kunjung mengunjung, ucapan takziah jika berlaku musibah, meraikan kebahagiaan ketika mendapat khabar gembira dan paling ketara, majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh kaum Melayu dikunjungi oleh masyarakat berbilang kaum tanpa sebarang rasa curiga.