tugasan

21
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI) Nama : Fatin Nabilah Binti Abdullah Angka Giliran Pelajar : 0614/3320 Tajuk Tugasan : Pilih satu isu semasa, analisis dan kaitkan isu tersebut dengan konsep peranan al-Quran dalam membimbing kehidupan. Pensyarah : En. Zulkarnain Bin Muhammad Kursus/Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (GPI 1083) Tarikh hantar : 23 Mac 2015 Tarikh terima : 23 Mac 2015 Pengakuan Pelajar : Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :................................ (Fatin Nabilah Binti Abdullah) Tarikh : ................................... Perincian Maklum Balas Tugasan Pemeriksa Moderator (jika berkaitan) Kekuatan : Kekuatan : Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki : Tandatangan : ..................... Tarikh : .......... Tandatangan : ................... Tarikh :................ Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah. Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tandatangan pelajar : ........................ Tarikh : ..................... 1

Upload: fatinabdullah

Post on 13-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hey

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PERLIS

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

Nama : Fatin Nabilah Binti Abdullah Angka Giliran Pelajar : 0614/3320

Tajuk Tugasan : Pilih satu isu semasa, analisis dan kaitkan isu tersebut dengan konsep peranan al-Quran dalam membimbing kehidupan.

Pensyarah : En. Zulkarnain Bin Muhammad Kursus/Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (GPI 1083)

Tarikh hantar : 23 Mac 2015 Tarikh terima : 23 Mac 2015

Pengakuan Pelajar :Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :................................(Fatin Nabilah Binti Abdullah)

Tarikh : ...................................

Perincian Maklum Balas TugasanPemeriksa Moderator (jika berkaitan)Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : ..................... Tarikh : .......... Tandatangan : ................... Tarikh :................Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah.

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.Catatan (jika ada)

Tandatangan pelajar : ........................ Tarikh : .....................

1

Page 2: TUGASAN

2.0 ISI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS 1

2.0 ISI KANDUNGAN 2

3.0 PENGHARGAAN 3

4.0 TUGASAN PROJEK 4

5.0 BIBLIOGRAFI 11

6. LAMPIRAN 13

2

Page 3: TUGASAN

3.0 PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada

Tuhan di atas nikmat dan rahmat-Nya, saya dapat meneruskan kehidupan sehingga

saat ini. Saya bersyukur kerana dengan izin-Nya, saya dipermudah untuk

menyempurnakan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang

banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan, panduan, material dan buah fikiran yang

bernas untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Kepada En., pensyarah GPI 1083 Pendidikan Islam ,terima kasih diucapkan

di atas tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan.Terima kasih yang tak terhingga juga saya

ucapkan kepada ayahanda dan ibunda saya di atas kata-kata semangat yang tidak

pernah lekang dibibir. Tidak dilupakan kepada keluarga yang banyak memberi

sokongan moral dan rakan-rakan yang turut bersama-sama membantu

menyumbangkan buah fikiran dan pendapat terhadap tugasan ini. Hanya Tuhan

yang dapat membalas segala jasa baik mereka.

Ringkasnya, sepanjang saya melakukan tugasan ini, saya dapati banyak

perkara baru yang tidak pernah saya pelajari dan temui sebelum ini. Mudah-

mudahan tugasan ini bukan sekadar tugasan biasa tetapi dapat memberi implikasi

dan manfaat kepada diri saya sebagai bakal guru serta dapat menyampaikannya

kepada para pelajar kelak.

Saya berharap semoga tugasan ilmiah seperti ini dapat diteruskan dan

bakal guru seperti saya dapat memperoleh banyak manfaat dan panduan pada masa

yang akan datang. Akhir kata, saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya

terdapat salah dan silap semasa saya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya yang

baik itu datang dari Tuhan dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Sekian,Salam 1 Malaysia.

3

الله بسم

الرحيم الرحمن

Page 4: TUGASAN

4.0 PILIH SATU ISU SEMASA, ANALISIS DAN KAITKAN ISU TERSEBUT

DENGAN KONSEP PERANAN AL-QURAN DALAM MEMBIMBING KEHIDUPAN

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta.

Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Kata orang, cinta itu

suci, mahal dan tinggi tarafnya Namun, ramai juga yang lupa terhadap Penciptanya

kerana cinta. Orang yang ber’couple’, boleh dipastikan selalu membayangkan orang

yang dicintainya. Dalam kamus ber’couple’, hal-hal seperti ber’dating’ dan

sebagainya adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk

mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi. Fatwa

Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta

sebelum nikah. Jawab beliau, “Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran

atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk

bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan,

memandang, atau berdua-duaan“. Budaya ‘couple’ yang diamalkan oleh masyarakat

terutamanya remaja kian berleluasa sehingga pelbagai perkara negatif mula berlaku.

Budaya ‘couple’ beerti bercinta antara dua insan tanpa ikatan pernikahan. Walaupun

masyarakat mengetahui bahawa budaya ‘couple’ ini haram kerana perkara ini boleh

membawa kepada zina dan pelbagai masalah lagi, namun masyarakat tetap

meneruskan juga budaya ini. Seolah-olah menolak kewajipan sebagai umat Islam

untuk mengikut peraturan Allah sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah al-

Hasyr, ayat 18;

Ertinya : “Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan

mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap

kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi

hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah

amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

Tuntasnya, budaya ‘couple’ ini mampu merosakkan aqidah masyarakat kerana

apabila masyarakat mengamalkan budaya ini, mereka seolah-olah menolak perintah

Allah untuk menjauhi zina.

4

Page 5: TUGASAN

Fenomena ‘couple’ dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan

pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat

membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai

dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah

rasul-Nya. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu

tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang

menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu.

Apabila dua insan ber’couple’, pasti mereka akan berdua-duaan apabila keluar

berjumpa. Ada juga pasangan yang berpegang tangan apabila keluar berjumpa

malah ada juga yang bercumbuan di khayalak ramai seperti gambar pasangan

remaja yang bercumbuan di restoran yang telah ‘viral’ di laman sosial. Budaya

‘couple’ akan mendekatkan masyarakat kepada zina. Budaya ini bercanggahan

dengan Firman Allah dalam Al-Quran ;

Ertinya : “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu

perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”. (Al-Isra'

17:32)

Sesungguhnya Allah tidak menyukai umat-Nya mendekati zina. Malah, Rasulullah

SAW telah bersabda ;

“Semua umatku dimaafkan oleh Allah kecuali orang yang berbuat (maksiat) terang-

terangan. Dan di antara bentuk menampakkan maksiat adalah seorang melakukan

pada malam hari perbuatan (dosa) dan berada di pagi hari Allah menutupi dosanya

lalu dia berkata: ‘Wahai Si fulan, tadi malam aku melakukan begini dan begini.’

Padahal dia berada di malam hari ditutupi oleh Rabbnya namun di pagi hari ia

membuka apa yang Allah tutupi darinya.” (HR. Al-Bukhari no. 6069)

Secara zahirnya, budaya ‘couple’ ini akan melahirkan masyarakat yang gemar

melakukan maksiat secara tertutup mahupun secara terang-terangan. Hal ini akan

menyebabkan matlamat Islam untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan ciri-

ciri Islam sejati terbantut.

5

Page 6: TUGASAN

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut seperti keluar berdua-

duaan,berpegangan tangan dan sebagainya adalah lumrah dilakukan, padahal satu

hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang

lain-lainnya lagi. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki

bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan

janganlah seseorang wanita keluar kecuali bersama mahramnya.” Namun begitu

masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh,

antaranya ialah tidak boleh dikatakan semua cara ber’couple’ itu haram, kerana

mungkin ada orang yang ber’couple’ mengikut landasan Islam, tanpa melanggar

syariat. Namun, hakikatnya istilah ber’couple’ berlandaskan Islam itu cuma ada

dalam khayalan. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh

serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling

memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang

mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh. Contohnya, lelaki dituntut

untuk menundukkan pandangannya. Seperti dalam Surah An-Nuur, ayat 30, Allah

berfirman;

Ertinya : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman

supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),

dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;

sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka

kerjakan.”

Bagaimanakah pasangan yang ber’couple’ mengikut landasan Islam dapat

mengelakkan zina kerana orang yang ber’couple’ tidak mungkin menundukkan

pandangannya terhadap kekasihnya. Hal ini boleh menyebabkan aqidah seseorang

terpesong kerana mereka mengiakan sesuatu yang haram sedangkan sudah dalil

yang mengatakan ianya haram. Natijahnya, masyarakat Islam yang hidup

berpandukan Islam tidak dapat dilahirkan jika ada lagi segelintir pihak yang

mengiakan sesuatu yang haram. Malah, masyarakat Islam yang kononnya

ber’couple’ secara landasan Islam mungkin bertambah kerana mereka baru ingin

mendalami agama Islam dan kurangnya didikan agama dalam bab ini.

6

Page 7: TUGASAN

Bukan itu sahaja, budaya ‘couple’ akan menyebabkan seseorang itu hilang

kebergantungan kepada Allah. Hal ini kerana mereka terlalu mencintai dan

bergantung kepada kekasihnya sehingga menjadikan kekasihnya sebagai nombor

satu dalam hidupnya sehingga cinta kepada Allah ditolak mentah ketepi. Masalah ini

boleh merosakkan aqidah seseorang kerana lebih mengutamakan kekasihnya

berbanding Allah yang merupakan penciptanya. Nabi SAW menjelaskan ;

“Seseorang daripada kamu tidak beriman (atau tidak sempurna) hinggalah aku lebih

dia kasihi berbanding bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya”

(HR. al-Bukhari, Kitab al-Iman, no. 15)

Jika seseorang itu mencintai kekasihnya lebih daripada cintanya kepada Allah dan

Rasulullah, maka tidak sempurna imannya. Seseorang itu juga dikatakan mencintai

Allah jika dia mengikuti perintah Allah dengan sebaiknya. Allah SWT berfirman ;

Ertinya : “Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka

ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.

Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Surah Ali-Imran: Ayat 31).

Intihanya, masyarakat yang mencintai Allah dan Rasulullah SAW sebagai nombor

satu dan mengikuti perintah-Nya mampu terhasil sekiranya budaya ‘couple’

dihapuskan. Sekiranya budaya ‘couple’ masih berleluasa, pelbagai masalah seperti

keruntuhan akhlak, bunuh diri dan banyak lagi akan berlaku. Contohnya, di

Indonesia, Harian Rakyat Bengkulu melaporkan dalam surat khabarnya bahawa

murid sekolah rendah mahu membunuh diri kerana cintanya ditolak. Tuntasnya, cinta

Allah yang harus dikejar bukannya cinta manusia kerana manusia tidak akan hilang

Allah kerana Allah akan sentiasa bersamanya. Namun, jika manusia memilih cinta

manusia berbanding cinta Allah, maka dia akan hilang segalanya apabila cinta itu

hilang. Pembangunan masyarakat Islam juga akan terbantut kerana umatnya lebih

rela membunuh diri kerana terlalu kecewa dan mengagungkan percintaan dengan

manusia.

7

Page 8: TUGASAN

Apabila bisikan syaitan menguasai diri, pasti ada pasangan yang ber’couple’

akan terlanjur. Menurut kajian, segelintir remaja diakui sudah pernah melakukan

hubungan seks seawal usia 15 tahun. Ekoran hal ini, kebanyakan perempuan

terlanjur akan mengandungkan anak luar nikah. Namun, yang terjadi permasalahan

ialah apabila si teman lelaki tidak mahu bertanggungjawab terhadap bayi tersebut

dan memaksa si teman wanita menanggung malu dan tanggungjawab terhadap bayi

tersebut. Si teman wanita berasa sangat kecewa dengan tindakan si teman lelaki lalu

memaksanya membuat tindakan drastik iaitu menggugurkan janin bayi tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga perempuan yang sanggup membuang bayi ke dalam tong

sampah. Malah ada bayi yang dibuang ke dalam sungai dan ada juga yang dibakar.

Ke manakah hilangnya sikap dan nilai kemanusiaan terhadap bayi tersebut sehingga

sanggup berbuat demikian. Al-Quran menyatakan ;

Ertinya : “Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya. Dengan

dosa apakah ia dibunuh? “ (Surah at-Takwir 81, 8-9)

Sikap membuang bayi adalah sama seperti sikap membunuh anak hidup-hidup.

Sikap ini merupakan satu dosa kerana dikira satu pembunuhan. Bagaimana umat

Islam mahu melahirkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni serta berpegang

teguh pada ajaran Islam jika umatnya membunuh umatnya sendiri? Rentetatan

situasi ini , pembangunan umat Islam tidak dapat dibangunkan kerana hilangnya

sikap dan nilai kemanusiaan dalam diri. Mereka lebih sukakan aktiviti yang

menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Maka, langkah yang baik untuk

perempuan yang mengandung anak luar nikah dan tidak mahu menjaga anaknya

ialah memberi anaknya kepada orang lain untuk dipelihara. Keluarga yang menjaga

anak angkat perlu sedar bahawa anak angkat bukanlah anak kandung. Oleh itu,

tidak harus dinasabkan kepada lelaki yang menjaganya. Firman Allah SWT ;

8

Page 9: TUGASAN

Ertinya : "Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa

mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui

bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang

seagama dan sebagai "maula-maula" kamu. dan kamu pula tidak dikira berdosa

dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu

ialah perbuatan) Yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. dan Allah Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Al-Ahzab : 5 )

Maka, jalan keluar bagi keluarga angkat ialah menasabkan anak angkat kepada

Abdullah. Bagi menambah nama bapa angkat, diharuskan dengan pengunaan ‘@’.

Ini sebagai satu pengenalan bahawa bapa angkatnya bertanggungjawab menjaga

dan memeliharanya sejak kecil. Konklusinya, setiap masalah ada penyelesaian yang

terbaik, cuma janganlah sehingga meragut nyawa yang tidak bersalah. Namun, yang

haram dilakukan tetap haram dilakukan. Malah, aqidah seseorang juga mampu rosak

kerana perbuatan ini kerana sanggup menolak perintah Allah untuk menjauhi zina

dan membunuh anak sendiri.

Kesimpulannya, budaya ‘couple’ ini mampu memesongkan aqidah seseorang

jika dia melanggar segala perintah Allah dalam bercinta malah menjadikan sesuatu

yang haram menjadi halal. Budaya ‘couple’ ini dapat dicegah dengan ikatan

pernikahan. Disebabkan hal itu, kini ramai orang yang berkahwin di waktu muda

kerana ingin mencegah maksiat. Namun, bagi yang belum berkahwin, diharapkan

dapat menjaga etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan

menurut Islam seperti menundukkan pandangan, menutup aurat dan adanya

pembatas antara lelaki dengan wanita seperti kalau ada sebuah keperluan terhadap

kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Selain itu,

lelaki dan wanita mestilah tidak berdua-duaan dan tidak menyentuh kaum berlainan

jenis serta seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain

kepada suaminya. Firman Allah SWT;

9

Page 10: TUGASAN

Ertinya : Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika

kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang

menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi

ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Natijahnya, masyarakat Islam perlu saling menasihati di samping cuba mengubah

budaya ini sebelum menular untuk membangunkan umat Islam agar hidup

berpandukan agama Islam dan melahirkan umat Islam yang harmoni dan sejahtera

serta melahirkan bakal pemimpin masa hadapan yang akan menerajui pucuk

pimpinan umat Islam.

(1690 patah perkataan)

10

Page 11: TUGASAN

Bibliografi

Abidin, P. M. (2012, Januari 2). Apakah Terlarang Bercinta Sebelum Berkahwin?

Retrieved from Minda Tajdid: http://drmaza.com/home/?p=1729

Bercinta Bukan Bercouple. (n.d.). Retrieved from Cahaya Islam.net:

http://wanwma.com/motivasi/bercinta-bukan-bercouple/

Jauziyyah, I. Q. (1997). Cinta & Rindu Menurut Al-Quran dan Sunnah. Jakarta:

Albaz.

Kadir, M. N. (2012). Bolehkah Bercouple? Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Khairul. ( 2011, Disember 16 ). Declaration Of Hukum Haram : Beza Antara Couple

Dan Bercinta. Retrieved from The Other Khairul:

http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/12/declaration-of-hukum-haram-

beza-antara.html

Mat, N. A. (2008). Kisah Cinta Dalam Al-Quran. Petaling Jaya: Anbakri Publika.

Percintaan Dalam I slam - Kontemporari Dunia Remaja Islam. (2009, Ogos 19).

Retrieved from Masalah Couple:

http://abenaqib.blogspot.com/2009/08/percintaan-dalam-islam-

kontemporari.html

Usrah. (19, Ogos 2009). 5 Sebab Menjadikan Bercouple Haram. Retrieved from

Masalah Couple: http://abenaqib.blogspot.com/2009/08/5-sebab-menjadikan-

bercouple-haram.html

11

Page 12: TUGASAN

Usrah. (19, Ogos 2009). Adab Bercinta Dalam Islam. Retrieved from Masalah

Couple: http://abenaqib.blogspot.com/2009/08/adab-bercinta-dalam-

islam.html

Usrah. (19, Ogos 2009). Hakikat Percintaan Dalam Islam. Retrieved from Masalah

Couple: http://abenaqib.blogspot.com/2009/08/hakikat-percintaan-dalam-

islam.html

Usrah. (2009, Ogos 19). Bercinta Cara Islam. Retrieved from Masalah Couple:

http://abenaqib.blogspot.com/2009/08/bercinta-cara-islam.html

Usrah. (2009, Ogos 19). Bercouple Bukan Budaya Umat Islam Yang Beriman.

Retrieved from Masalah Couple:

http://abenaqib.blogspot.com/2009/08/bercouple-bukan-budaya-umat-islam-

yang.html

Usrah. (2009, Ogos 19). Kasih Dan Cinta Dalam Islam. Retrieved from Masalah

Couple: http://abenaqib.blogspot.com/2009/08/kasih-dan-cinta-dalam-

islam.html

12

Page 13: TUGASAN

13

Page 14: TUGASAN

Gambar Hiasan ; Perilaku Masyarakat Yang Ber’couple’

14

Page 15: TUGASAN

Keratan Akhbar Mengenai Bunuh Diri

15

Page 16: TUGASAN

Keratan Akhbar Mengenai Kes Pembuangan Bayi

16

Page 17: TUGASAN

17