tugasan 1.docx

30
PENGENALAN Mengikut Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan Universisti Komonwel (ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti. Fungsi utama globalisasi pendidikan adalah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu. Pada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan Malaysia telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan berdaya saing. Sejak tahun 2004, sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat primary dan secondary iaitu di peringkat sekolah yang meliputi pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah; dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab ke atas pendidikan peringkat tertiary iaitu pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam menentukan hala tuju sistem 1

Upload: jega84m

Post on 17-Sep-2015

103 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

PENGENALANMengikut Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan Universisti Komonwel (ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti. Fungsi utama globalisasi pendidikan adalah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu. Pada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan Malaysia telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan berdaya saing. Sejak tahun 2004, sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat primary dan secondary iaitu di peringkat sekolah yang meliputi pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah; dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab ke atas pendidikan peringkat tertiary iaitu pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan, KPM telah menggubal misi pendidikan sebagai fokus yang ingin dicapai dalam mengangkat martabat Malaysia dalam dunia global.Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Misi Pendidikan Malaysia Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Dengan ini Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan dan penyampaian sekolah. Antaranya ialah pengenalan amalan pengurusan yang berkesan dan pengurusan kualiti pendidikan kea rah reformasi pendidikan. Hasil daripada usaha ini, Pengurusan Berasaskan Sekolah(PBS) telah terbukti sebagai amalan pengurusan yang sangat berkesan untuk mencapai keberkesanan sekolah(Y.C Cheng 1996). Sistem pengurusan sekolah umumnya boleh dibahagikan kepada system sentralisasi dan desentralisasi. Sentralisasi adalah system pendidikan di kawal oleh pusat. Manakala desentralisasi adalah sistem penentu dasar dan pentadbiran dibuat d peringkat negeri, daerah atau sekolah sendidri.

SISTEM PENGURUSAN PENDIDIKAN DESENTRALISASI.

Desentralisasi adalah sistem penentu dasar dan pentadbiran dibuat d peringkat negeri, daerah atau sekolah sendidri. Ini adalah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) atau sekolah mempunyai kuasa autonomi penuh dalam menentukan dasar dan pentadbiran sendiri. Sistem pendidikan desentralisasi memberi kuasa kepada sekolah membuat keputusan tentang kurikulum pendidikan. Kelebihan desentarlisasi pendidikan adalah mendorong usaha kepimpinan dari bawah secara lebih meluas. Pihak sekolah bebas dalam pelaksaan kurikulum. Desentralisasi pendidikan juga mewujudkan prinsip demokrasi.Setiap jabatan dan sekolah berkuasa untuk membuat keputusan. PPD bebas untuk merancang program mengikuti keselesaan daerah masing-masing. Semua keputusan boleh diambil tanpa campur tangan pusat. Disentarlisasi menjadikan sistem pendidikan lebih bersesuaian dengan perubahan persekitaran dan keperluan masyarakat

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER

Idea mewujudkan kluster kecemerlangan institusi pendidikan telah disuarakan oleh YB Menteri Pelajaran pada 3 April 2006. Hasrat KPM ialah untuk melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan negara menerusi kluster kecemerlangan institusi pendidikan. Kertas konsep Pelaksanaan Sekolah Kluster telah dibentangkan kepada YB Menteri Pelajaran pada 27 Februari 2007. Rentetan daripada kertas konsep tersebut, YB Menteri Pelajaran telah bersetuju supaya Sektor Sekolah Kluster diwujudkan di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengurus pelaksanaan Sekolah Kluster. Sekolah Kluster ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan (niche area) yang menggambarkan watak sekolah.Tinjauan literatur menunjukkan amalan mengelompokkan sekolah dengan tujuan peningkatan kualiti pendidikan telah dilaksanakan di banyak negara berlandaskan asas-asas yang berbeza. School Learning Cells di Filipina dan Association of Schools di Colorado, Amerika Syarikat adalah dua contoh di mana sekolah dikelompokkan untuk mengoptimumkan sumber yang ada dan berkongsi kepakaran. Begitu juga di Singapura di mana sekolah dikelompokkan dalam kluster mengikut lokasi bagi menyediakan ... a framework for a group of schools to come together, ideas, facilities, personnel and other educational resources can be effectively pooled and utilized (Wong, 2000). Atas dasar yang sama juga, New Zealand mewujudkan Ruapehu Cluster. Bilangan sekolah bagi setiap kluster kurang daripada 10 buah. Peru di Amerika Selatan mengumpulkan 30 - 40 buah sekolah dalam sesebuah kluster.Pewujudan sekolah kluster ada yang berdasarkan kecemerlangan sekolah seperti Pockets of Educational Excellence di daerah Abbott, New Jersey, Amerika Syarikat. Di United Kingdom, terdapat Sekolah Kluster Cemerlang seperti Scunthorpe Excellent School Cluster, Halifax Excellence Cluster (22 sekolah rendah dan 5 sekolah menengah), serta Lancaster Schools Excellence Cluster (8 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah). Pengelompokan sekolah cemerlang ini bertujuan berkongsi amalan baik dan membina jaringan kerjasama dalam kalangan sekolah. Di Hong Kong, terdapat Cluster Schools Gifted Education yang berfokus untuk menyediakan peluang pembelajaran khusus bagi murid pintar cerdas menerusi pull-out programmes.Bertolak daripada tafsiran luas mengenai sekolah kluster sebagaimana ditunjukkan di atas, KPM mewujudkan pengelompokan sekolah dalam bentuk kluster di mana dalam setiap kluster itu ada sekolah yang cemerlang. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kluster sebagaimana dirujuk oleh YB Menteri Pelajaran (NST, 14 Januari 2007). Pewujudan Sekolah Kluster ini sesuai dengan pendekatan kedua PIPP, iaitu mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia (PIPP, 2006, ms. 31).

Definisi Sekolah Kluster

Sekolah Kluster ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan (niche areas) yang menggambarkan watak sekolah. Tujuan

Pewujudan Sekolah Kluster dalam sistem pendidikan di Malaysia bermatlamat merealisasikan Teras Strategik Ke-6, PIPP. Sekolah ini diwujudkan bertujuan: (a) Melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia (b) Membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan sekolah lain di luar kelompok(c) Menjadi showcase di peringkat antarabangsa. Kluster SekolahModel sekolah kluster pada prinsipnya boleh berasaskan beberapa kelompok seperti berikut : (a) Lokasi (b) Jenis sekolah (c) Jenis program (d) Kebitaraan (Niche Areas)

Bagi fasa pertama sekolah dikelompok seperti berikut:(a) Sekolah Rendah (SK, SJK(C), SJK(T), Sekolah Pedalaman, Sekolah Orang Asli dan Sekolah Kurang Murid);(b) Sekolah Menengah (SBP, SMT, SMKA, Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah 100 tahun, Sekolah Sukan, Sekolah Seni, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, Sekolah Model Khas);(c) Sekolah Pendidikan Khas (SPK, SMPK, SMPKV);(d) Institusi lepasan menengah (Kolej Matrikulasi, IPG); dan(e) Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta. Pengurusan Pelaksanaan Sekolah Kluster Peringkat KPM

Bagi memastikan sekolah kluster dapat beroperasi perkara-perkara berikut telah dilaksanakan : (a) Jawatankuasa Pelaksana Sekolah Kluster dipengerusikan oleh TKPPM Jabatan Sekolah dan ahlinya terdiri daripada Pengarah/wakil Bahagian KPM yang berkaitan serta Pengarah/wakil JPN. (b) Jawatankuasa Pemilihan Sekolah Kluster (Selection Committee) di peringkat kementerian Pelajaran Malaysia dipengerusikan oleh KPPM dengan 5 ahli dari KPM (TKPPM Jabatan Sekolah, TKPPM JPTek, TKPPM JAPIM, TKSU Kewangan dan Pemerolehan, dan TKSU Sumber Manusia). (c) Jawatankuasa Panel Penasihat terdiri daripada ahli luar KPM yang dilantik oleh YB Menteri Pelajaran dan dua orang ahli daripada KPM. (d) Sektor Sekolah Kluster diwujudkan di Bahagian Sekolah untuk menyelaras pemilihan dan pengurusan pelaksanaan Sekolah Kluster. (e) Jemaah Nazir Sekolah akan berperanan membuat penilaian verifikasi kepada calon Sekolah Kluster dan membuat penaziran ke atas Sekolah Kluster secara berkala. (f) Bahagian Pendidikan Guru berperanan mengendalikan latihan dan kursus kepada guru-guru (g) Institut Aminuddin Baki berperanan mengendalikan kursus dan latihan dalam dan luar negara kepada pengetua dan guru besar Kriteria Pemilihan Sekolah Kluster PrasyaratSekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia -Sekolah (SKPM) terkini. Pencapaian akademik Sekolah MenengahPenentuan kecemerlangan kurikulum akan berbeza mengikut kategori sekolah. Gred Purata Sekolah untuk peperiksaan awam PMR dan SPM bagi setiap kategori adalah seperti yang berikut untuk tiga tahun berturut-turut tidak melebihi:i. SBP : GPS 2.5ii. SMKA : GPS 3.0iii. SMT : GPS 4.0iv. SM Harian : GPS 4.0 Sekolah Rendahi. 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, ATAUii. Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; ATAUiii. Gred Purata Sekolah: GPS 2 Syarat Pemilihani. Kecemerlangan murid dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiahii. Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.iii. Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.iv. Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.v. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.vi. Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.vii. Keberkesanan pelaksanaan program KPM Pemilihan Sekolah Kluster perlu mematuhi kriteria di atas. Sekolah mesti mencapai tahap sekurang-kurangnya 80% bagi semua syarat di atas. Walau bagaimanapun, Kementerian Pelajaran berhak membuat pengubahsuaian dari semasa ke semasa. Prosedur Pencalonan Sekolah Kluster

Pencalonan Sekolah Kluster adalah berdasarkan kepada: (a) Permohonan oleh sekolah (b) Pencalonan oleh KPM Prosedur Pemilihan Sekolah KlusterLangkah 1 : Penerimaan pencalonan atau permohonanLangkah 2 : Penilaian borang pencalonan atau permohonanLangkah 3 : Penilaian sekolah dan verifikasiLangkah 4 : Penentuan standard (standard fixing) oleh JK PemilihanLangkah 5 : Senarai calon dimaklumkan kepada panel PenasihatLangkah 6 : Pengesahan dan pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran Pengumuman Sekolah Kluster

Senarai Sekolah Kluster akan diumumkan oleh YB Menteri Pelajaran dalam majlis yang akan diurus oleh Pejabat YB Menteri Pelajaran. Pengurusan Sekolah Pemimpin Sekolah(a) Gred jawatan pengetua/gurubesar adalah lebih tinggi daripada pengetua/gurubesar sekolah biasa (b) Barisan pengurusan sekolah terdiri daripada pengetua/guru besar, timbalannya dan guru-guru kananKepimpinan pengurusan sekolah adalah termasuk pemimpin sekolah merujuk kepada Pengetua/Guru besar dan Penolong Kanan. Mereka ialah pemimpin yang terpilih dan memenuhi syarat pemimpin cemerlang berdasarkan kriteria pentaksiran IAB. Gred jawatan pemimpin sekolahlebih tinggi daripada sekolah biasa. Dicadangkan gred jawatan Pengetua ialah DG52 dan Guru Besar ialah DGA 36. Guru (a) Guru yang berkhidmat di Sekolah Kluster berpotensi mencapai kriteria Guru Cemerlang. (b) Prestasi guru akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster. (c) Sekolah juga boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut kebitaraan secara kontrak atau sambilan (d) Nisbah kelas : guru ialah 1:2 . Norma perjawatan guru bagi Sekolah Kluster ialah 2.0 Kemasukan Murid

Kriteria kemasukan murid ke sekolah kluster kekal. Bagaimanapun Sekolah diberi kuasa mengambil tidak lebih daripada 10% daripada jumlah murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah. Key Performance Indicator (KPI)

(a) Sekolah menyediakan KPI (b) KPI yang akan dibuat oleh sekolah mesti merujuk kepada panduan KPI KPM Kuasa Autonomi Sekolah Kluster (a) Sekolah Kluster diberi kuasa, ruang atau fleksibiliti oleh KPM untuk mengurus kurikulum program dan kegiatan dalam bidang autonomi yang ditetapkan dalam bidang seperti berikut :Kurikulum; Kokurikulum; Hal ehwal murid; Kewangan; Fizikal sekolah; Pemilihan dan pembangunan staf bagi pemimpin sekolah, guru, staf sokongan dan staf tambahan; Projek khas berdasarkan kebitaraan sekolah; Asrama; Penglibatan ibu bapa dan komuniti. (b) Kuasa Autonomi yang diberi kepada sekolah kluster tertakluk kepada pematuhan sekolah kepada piawai yang berikut: Akta Pendidikan 1996; Sistem Pendidikan Kebangsaan; Kurikulum Kebangsaan; Dasar, undang-undang dan arahan berkaitan penjawat awam; Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Siaran/Garis Panduan Kewangan.; Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Kuasa Autonomi Sekolah Kluster Sekolah kluster diberi kuasa, ruang atau fleksibiliti oleh KPM untuk mengurus kurikulum program dan kegiatan dalam bidang autonomi yang ditetapkan dalam bidang kurikulum ; kokurikulum; hal ehwal murid; kewangan; fizikal sekolah; pemilihan dan pembangunan staf bagi pemimpin sekolah, guru, staf sokongan dan staf tambahan; projek khas berdasarkan kebitaraan sekolah; asrama; penglibatan ibu bapa dan komuniti. Autonomi yang tersenarai di bawah ini dicadangkan untuk membolehkan sekolah beroperasi secara optimum bagi melonjakkan kecemerlangannya. Senarai ini dikelompokkan mengikut kategori yang berikut: i. Pengurusan Sekolah(a) Mengguna pendekatan inovatif untuk melonjakkan kekuatan yang sedia ada(b) School Based Management (SBM) - sekolah diberi pengupayaan untuk mengubahsuai tadbir urus sekolah untuk mencapai KPI sekolah(c) Keputusan dibuat secara musyawarah (kolaboratif) dalam Senior Management Team (SMT) yang boleh melibatkan pengurus sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti;(d) Mewujudkan rangkaian hubungan dengan institut pengajian tinggi dalam dan luar negara, badan korporat, NGO, komuniti dan ibu bapa untuk mendapatkan sokongan berbentuk material dan bukanmaterial (kepakaran) (e) mewujudkan jaringan dengan sekolah-sekolah yang berhampiran dan sekolah ternama di dunia. ii. Pengurusan Sumber Manusia(a) Kemasukan dan pemindahan guru bergantung kepada pencapaian KPI(b) Memilih 10% daripada jumlah murid baru berasaskan kebitaraan sekolah(c) Pengambilan staf adalah mengikut kepakaran yang berkaitan (d) Menentukan dasar latihan dan perkembangan staf dengan kerjasama IAB dan BPG yang berterusan mengikut keperluan.

iii. Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal(a) Mencari sumber kewangan sendiri selain peruntukan daripada negeri dan kebangsaan;(b) Membuat keputusan berkaitan peruntukan dan perbelanjaan dengan adanya PTJ / akaun sekolah(c) Memohon insentif untuk menjayakan Request For Proposal (RFP) dalam bidang kebitaraan sekolah. iv. Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum(a) Boleh menawarkan mata pelajaran selain mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan seperti mata pelajaran LCCI, CAT dan ABRSM; (b) Penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap murid; (c) Pemerolehan dan penggunaan bahan bantu mengajar berdasarkan ICT(d) Penentuan penjadualan waktu belajar/interaksi pembelajaran. v. Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum(a) Boleh mendapatkan jurulatih berkelayakan bagi meningkatkan prestasi kokurikulum(b) Boleh menentukan sendiri penyertaan pertandingan sehingga ke peringkat antarabangsa. vi. Jaminan Kualiti Sekolah KlusterTKPPM Jabatan Sekolah akan mempengerusikan pemastian kualiti pengurusan pendidikan di Sekolah Kluster menerusi mekanisme Kawalan Luaran. (Quality Assurance Mechanism) vii. Kawalan/Audit Luaran(a) Majlis Maklum Balas Bersama YB Menteri Pelajaran. (b) Sektor Sekolah Kluster di Bahagian Sekolah bertanggungjawab mengurus dan memantau pengurusan dan perjalanan Sekolah Kluster .(c) Jawatankuasa Pelaksana akan menyelaras pelaksanaan mengikut bidang tugas bahagian masing-masing (d) Penaziran Sekolah Kluster berdasarkan SKPM dan KPI sekolah. viii. Kawalan Dalaman(a) Pihak pengurusan sekolah mesti memperkukuhkan mekanisme pemantauan secara profesional dalam semua aspek. (b) Pelaporan kemajuan sekolah dan pencapaian murid (termasuk Laporan Penarafan Kendiri menggunakan SKPM) dimaklumkan kepada Sektor Sekolah Kluster mengikut jadual yang ditentukan.

ix. Peranan Agensi LainPIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO boleh memainkan peranan dalam memastikan Sekolah Kluster berfungsi dengan berkesan. Antara peranan mereka ialah memberi sumbangan dalam bentuk: Biasiswa; Kewangan/Dana; Program Kecemerlangan Akademik; Program Kecemerlangan Kokurikulum; Program Kerjaya Sekolah yang telah terpilih untuk menjadi Sekolah Kluster perlu memastikan terus cemerlang dalam semua aspek sebagaimana dalam syarat pemilihan Sekolah Kluster. Dalam memastikan usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan menerusi Sekolah Kluster, elitism tidak mewujudkan di dalam diri warga Sekolah Kluster. Sekolah Kluster boleh membantu pembangunan warga sekolah lain menerusi contohnya:i. Menjadi model kepada sekolah berhampiran;ii. Menjadi enabler kepada pembangunan pendidikan sekolah berhampiran; daniii. Berkongsi kemudahan fizikal sekolah dengan sekolah berhampiran.Sekolah Kluster perlu bekerjasama secara kolaborasi dengan sekolah lain dalam kelompoknya atau di luar kelompoknya untuk melonjakkan lagi kecemerlangan atas prinsip Kaizen dan situasi win-win.

Kerangka Konseptual Sekolah Kluster

ImplikasiSekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi: Program Kecemerlangan Kokurikulum Program Kerjaya Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah) Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

Cabaran

Bagi memantapkan lagi proses mengklusterkan institusi pendidikan untuk mencapai objektif Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, beberapa cadangan telah dikenalpasti. Oleh kerana pelaksanaan projek sekolah kluster ini bukanlah satu perkara atau agenda yang mudah, maka pelaksanaan ini memerlukan kerjasama dari semua pihak. Ini termasuklah pihak sekolah dan pentadbirannya, pihak pelajar, ibu bapa dan juga masyarakat di sekelilingnya.Antara cabaran yang dihadapi ialah pemilihan guru besar dan pengetua yang akan ditempatkan di sekolah yang telah diklusterkan. Kerajaan telah mewartakan taraf kelayakan bagi pengetua dan guru besar iaitu kelayakan DG 52/DGA 36. Pelaksaanannya perlulah dipilih secara sistematik supaya guru besar dan pengetua yang dilantik ini dapat membantu pengurusan sekolah kluster di samping dapat memimpin pentadbirannya di landasan yang tepat. Ini akan memudahkan lagi pengurusan sekolah kluster dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh kerajaan.Seterusnya ialah dari sudut bilangan guru, kerajaan perlulah menambah jumlah guru bagi memenuhi permintaan kekurangan tenaga pengajar. Dari aspek guru yang mahir dan berkelayakkan pula, kerajaan perlu melahirkan banyak tenaga pengajar yang pakar dalam matapelajaran tertentu melalui pengkhususan matapelajaran yang diambil semasa di intitusi pengajian tinggi dan juga maktab. Di sudut yang berlainan, guru yang ditempatkan di sekolah untuk mengajar perlulah diberi keutamaan mengajar subjek dalam pengkhususan mereka. Ini penting untuk melihat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Dari aspek penyampaian pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam bilik darjah pula, guru itu sendiri harus mempelbagaikan teknik dan corak penyampaian agar ianya lebih berkesan dan dapat menarik minat pelajar. Penggunaan kaedah humor dalam pengajaran pada masa kini adalah lebih berkesan kerana pelajar tertarik untuk berkomunikasi bersama guru melalui humor yang disampaikan. Gelak tawa dan komunikasi yang berlaku akan menambah lagi minat dan perhatian untuk belajar. Dengan cara ini, interaksi lebih berkesan dan penyampaian pembelajaran dan pengajaran (P&P) lebih tercapai.

PENGURUSAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGIEnam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Results Area - NKRA) telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta Government Linked Companies (GLC)di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 Julai 2009. Hasrat untuk mengenal pasti dan mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri di dalam majlis yang tersebut.Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terlibat secara langsung dalam NKRA yang ketiga, iaitu Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan. Untuk mencapai hasrat ini, KPM telah menyediakan pelan tindakan untuk merealisasikan subNKRA yang ketiga iaitu mengenal pasti 100 buah SBT menjelang 2012 sebagai sebahagian daripada portfolio kepada Y.A.B Menteri Pelajaran. Usaha ini sejajar dengan hasrat 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos dan identiti unik yang boleh mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha ke arah mencapai kemajuan berterusan di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. SBT akan berusaha meningkatkan piawaian sekolah setaraf dengan sekolah terbaik di dunia dan menjadi model kepada sekolah lain serta memberi sokongan melalui rangkaian bimbingan dan latihan. Sejumlah 100 SBT akan dibangunkan menjelang 2012 dengan peruntukan sebanyak RM140 juta.

Rasional menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah dalam Sistem Pendidikan Malaysia adalah untuk:* Mengangkat Kualiti Sekolah-sekolah TerbaikMeningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan (contoh: pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia).* Menghasilkan Murid CemerlangMenghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi.* Merapatkan Jurang Antara Sekolah-sekolah Dalam SistemMenjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT.Kriteria pemilihan diumumkan kepada semua sekolah melalui portal KPM www.moe.gov.my/nkra atau portal NKRA www.apps.moe.gov.my/nkra. Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan dianggotai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) (Sektor Operasi Pendidikan), TKPPM (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), TKPPM (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Pengarah BPSBPSK, dan Unit PADU.Calon untuk pengiktirafan SBT adalah terdiri daripada semua sekolah rendah dan menengah yang berada dalam Band Satu (1) berdasarkan skor komposit yang mengambil kira Gred Purata Sekolah (GPS) dan keputusan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Cadangan tempoh dan pemilihan SBT adalah seperti Jadual 1 yang berikut:Jadual 1 : Tempoh Pemilihan SBTTahunSBT BaharuJumlah SBT

SasaranPencapaianSasaranPencapaian

201020202020

201130325052

2012503910091

20131924110115

201410120

201510130

Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan melalui tiga (3) peringkat saringan:a. Saringan PertamaSekolah yang berada dalam Band Satu (1), iaitu sekolah rendah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 85 peratus (%), dan sekolah menengah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 90 peratus (%) wajib mengisi Instrumen Annex SBT 2.0 (IA-SBT 2.0) dalam portal KPM www.moe.gov.my/nkra atau portal NKRA www.apps.moe.gov.my/nkra.b. Saringan KeduaKPM akan memilih sekolah yang layak daripada Band Satu (1) untuk dinilai dan diverifikasi dengan Instrumen SKPM dan Annex-SBT oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Lima (5) ciri kecemerlangan dankeunggulan sekolah yang dinilai dalam Instrumen Annex-SBT adalah personaliti unggul, anugerah diterima, jalinan, jaringan danpenandaarasan.c.Saringan KetigaSekolah yang telah diverifikasi oleh JNJK disusun mengikut markah penarafan SKPM dan Annex-SBT. Hanya sekolah yang mendapat skor sekurang-kurangnya 90 peratus (%) dalam penarafan SKPM yang telah diverifikasi oleh JNJK dan skor sekurang-kurangnya 40 peratus (%) dalam Annex-SBT akan diambil kira. Jawatankuasa Pemilihan akan memilih sekolah yang layak untuk diiktiraf sebagai SBT.Sekolah yang menerima pengiktirafan SBT diberi peruntukan khas, insentif dan latihan untuk pemimpin, guru dan Anggota Khidmat Pengurusan (AKP). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek berikut: pengurusan kurikulum; pengurusan kewangan; pengurusan sumber manusia berdasarkan prestasi; dan pemilihan murid.* Peruntukan KhasPeruntukan khas diberi supaya sekolah dapat melaksanakan aktiviti untuk mempertingkat prestasi sekolah dalam aspek pembangunan modal insan, pengantarabangsaan, penyelenggaraan dan ubah suai kecil serta perolehan harta modal.* LatihanPemimpin dan guru SBT akan menerima latihan yang dikendalikan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG). IAB bertanggungjawab untuk memberi latihan kepada pemimpin sekolah manakala BPG bertanggungjawab untuk memberi latihan kepada guru.Kelebihan Sekolah Berprestasi Tinggi adalah Pelbagai prasarana yang disediakan.. Pihak pentadbiran berhak untuk mengeluarkan guru yang bermasalah. Diberi kelongaran dalam pemilihan kokurikulum. Diberi kelebihan untuk memendekkan tempoh waktu pembelajaran bagi sesuatu tahun tertentu. Cth: Pelajar ini boleh melangkau Tahun 2 dengan menghabiskan 50% sukatan pelajaran tahun tersebutsemasa Tahun 1.Insentif kewangan sebanyak RM 1,000 bagi setiap orang di sekolah menengah dan RM 700 di sekolah rendah.Diberi kelonggaran dalam memilih kurikulum.

AutonomiY.A.B. Perdana Menteri telah meluluskan pemberian autonomi yang merangkumi aspek pengurusan kurikulum, kewangan dan sumber manusia kepada SBT.Pelaksanaan autonomi bermakna pengetua, guru besar, guru dan warga sekolah mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap segala keputusan yang diambil di peringkat sekolah. Kesediaan KPM dan sekolah dalam hal ini merupakan input kritikal yang menentukan kejayaan pelaksanaannya. KPM perlu bersedia untuk memberi ruang dan kuasa supaya pelaksanaan Pengurusan Berasaskan Sekolah (PBS) dapat diperluas. Khidmat nasihat akan diberi oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) bagi memastikan pelaksanaan autonomi di SBT dilaksanakan dengan berkesan. Agensi KPM yang terlibat untuk membantu SBT bagi mengekalkan tahap kecemerlangan sekolah adalah seperti seperti Institut Aminuddin Baki (IAB), Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Bahagian Pembangunan Kurikuklum (BPK), Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), JNJK, BPSBPSK dan lain-lain Bahagian yang berkaitan. Pemberian autonomi akan meningkatkan kualiti SBT melalui inovasi dan kreativiti masing-masing dalam pengurusan pendidikan mengikut keperluan. Inovasi dalam pengurusan akan berupaya menghasilkan murid cemerlang dan berkaliber antarabangsa yang akan dapat dan mampu melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan terbaik di dunia. Seterusnya, mereka akan menjadi personaliti unggul dalam bidang yang diceburi. Setiap sekolah yang disenaraikan dalam kategori Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan menerima peruntukan khas dari Kementerian Pendidikan berjumlah RM700,000 pada tahun pertama, RM500,000 pada tahun kedua dan RM300,000 pada tahun-tahun berikutnya.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi

Kohort 5Terdiri dari 13 buah sekolah, terpilih pada 30 Oktober 2014. Bil.Nama SekolahLokas, Negeri

1Sekolah Kebangsaan Air MerahKulim, Kedah

2Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf BharuWakaf Bharu, Kelantan

3Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3Kota Bharu, Kelantan

4Sekolah Menengah SainsRembauRembau, Negeri Sembilan

5SJK (T) RingletRinglet, Pahang

6Sekolah Kebangsaan St. ThomasKuantan, Pahang

7Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman TalibKuantan, Pahang

8Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit JambulGelugor, Pulau Pinang

9Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh ShahabudinBukit Mertajam, Pulau Pinang

10Sekolah Kebangsaan Lingga BaruTamparuli, Sabah

11Sekolah Kebangsaan Saujana ImpianKajang, Selangor

12Sekolah Kebangsaan Kampong RajaBesut, Terengganu

13Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2)Wilayah Persekutuan Putrajaya

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pelaksanaan pengurusan berasaskan sekolah adalah bertujuan untuk penambahbaikkan pendidikan dan hasil akhir pada proses pendidikan dengan penyertaan dengan semua stake holder. Perlaksaanaan pengurusan berasaskan sekolah menuntut pengorbanan daya usaha lebih dan tanggungjawab yang sangat tinggi. Dengan adanya pengurus tang berkualiti di kalangan lembaga pemegang amanah guru besar, guru-guru dan staf pengurusan berasaskan sekolah boleh mencapai objektif yang diingini. Penyeliaan ke atas pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa sangat diperlukan sebagai saluran pengawasan untuk penambaikan dan pemantapan supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di atas landasan yang betul dan bermutu tinggi selaras dengan hasrat Negara untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.

21