tube - apps-oss.ump.edu.my · program 2 hari ini menggunakan gabungan kaedah ceramah, perbincangan...

2

Upload: others

Post on 28-Oct-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

28-29 Ogos 2013USM, Pulau Pinang

TUBE©

MetodologiProgram 2 hari ini menggunakan gabungan kaedah ceramah, perbincangan kumpulan, kajian kes dan ujian/analisis inventori.

Siapa Patut Hadir• Pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Gred 41- 54• Penyelia kumpulan pelaksana Gred 27-40• dan individu yang berminat

TUBE©

TUBE©

TUBE©

TUBE©

TUBE©

TUBE©

Matlamat ProgramPada akhir program ini, peserta akan dapat;

• Memahami keperluan dan kepentingan proses transformasi organisasi

• Mengenalpasti elemen penting dalam melaksanakan transformasi organisasi

• Memahami konsep dan proses pelaksanaan pendekatan

• Menguasai teknik dalam merangka pelan transformasi di peringkat organisasi dan individu

KandunganProgram 2 hari ini akan memberi fokus berikut;

• Organisasi dan tuntutan perubahan

- Punca perubahan

- Dimensi perubahan

- Model perubahan

• Kerangka pendekatan dan teknik

• dan hubungannya dengan elemen penting dalam pengurusan sumber manusia

• Merangka dan menghubungkaitkan halatuju organisasi dan peranan individu

• Elemen High-Tech dan High-Touch dari dimensi

• Mengaplikasikan teknik dalam merangka pelan tindakan peringkat organisasi dan individu.

PemudahcaraMusa Ali telah mengetuai Unit Latihan, Universiti Sains Malaysia sejak Julai 2002 dan telah terlibat dalam pengendalian program latihan untuk pelbagai agensi kerajaan dan swasta selain mengendalikan program latihan yang di-rumah bagi kakitangan USM. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) dan ijazah kedoktoran dalam pengurusan sumber manusia dari Universiti Murdoch, Australia. Beliau juga telah menghadiri pelbagai program latihan peringkat tempatan dan antarabangsa. Pada awal tahun 2008, beliau telah dianugerahkan biasiswa oleh Centre for Creative Leadership, Amerika Syarikat untuk menjalani latihan di San Diego dan beliau adalah certified facilitator untuk Benchmarks®, SKILLSCOPE®, Prospector®, 360 BY DESIGN®, Executive Dimension® dan KEYS®. 'MyCPD' sistem pembelajaran sepanjang hayat yang beliau asaskan telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kerajaan (KSN) pada 24 Januari 2008 dan bukunya 'Transformasi Pengurusan Latihan Sektor Awam’ telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada 22 Ogos 2008. Pada tahun 2010, beliau juga bekerja sebagai perunding sumber manusia sebuah jabatan kerajaan, Australia Barat dalam membantu membangunkan program kompetensi untuk staf jabatan berkenaan. Pada tahun 2012, beliau dan rakan strategik dari Australia dan Amerika Syarikat telah mengasaskan penubuhan pusat latihan berasaskan penyelidikan yang dikenali sebagai Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PiPPA). Pada masa sekarang beliau adalah Pengarah, PIPPA dan juga giat menulis artikel tentang transformasi sektor awam di media tempatan.

Pelajari kaedah membangunkanpelan transformasi melalui pendekatan

• SISTEMATIK • BERASASKAN HASIL • PRAKTIKAL

* Yuran RM650 adalah termasuk minum pagi, makan tengahari dan minum petang, kit program & sijil penyertaan