trump azmin bidas 8 kebisuan meningkat putrajaya filekewarganegaraan serta agama dato’ seri...

23
Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 3 - 10 Februari 2017, 6 - 13 Jamadilawal 1438 BERITA MUKA � � institusi terima RM�.6 juta 10 SPRM jangan pilih kasih IHP enam negeri meningkat KOMITED TAMBAH BAIK JALAN RAYA DASAR ANTI ISLAM TRUMP 3 8 Kisah �‘Spiderman’ Malaysia 14 & 15 BERITA PENUH MUKA � AZMIN BIDAS KEBISUAN PUTRAJAYA Saya menyeru Perdana Menteri melakukan perkara betul dan me- nyatakan pendirian jelas, sama seperti pihak lain tanpa mengira bangsa, kewarganegaraan serta agama Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar

Upload: hoangque

Post on 03-Apr-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 3 - 10 Februari 2017, 6 - 13 Jamadilawal 1438

BERITA MUKA �

�� institusi terima RM�.6 juta

10

SPRM jangan pilih kasih

IHP enam negeri meningkat

KOMITED TAMBAH BAIK JALAN RAYA

DASAR ANTI ISLAM

TRUMP

3

8

Kisah �� ‘Spiderman’Malaysia

14&15BERITA PENUH MUKA �

AZMIN BIDASKEBISUAN

PUTRAJAYASaya menyeru Perdana Menteri

melakukan perkara betul dan me- nyatakan pendirian jelas, sama seperti

pihak lain tanpa mengira bangsa,kewarganegaraan serta agama

Dato’ Seri Mohamed Azmin AliDato’ Menteri Besar

Utama2 SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

Kukuh gabungan parti hadapi BN

KEADILAN sedia main peranan OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - KEADILAN sedia memainkan peranan memperku-kuh gabungan politik parti pro-gresif bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) yang nazak.

Timbalannya, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, proses rundingan dan perbin-cangan perlu dilakukan demi rakyat yang amat mendam-bakan kepimpinan negara lebih wibawa, berintegriti dan dihor-mati.

“Dalam konteks ini, KEADI-LAN menyambut baik kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ba-hawa parti itu sedia bekerjasama dengan semua termasuk PAS demi menumbangkan BN.

“Ia adalah langkah positif menuju ke arah penyatuan parti politik dengan meletakkan ke-pentingan rakyat dan negara se-bagai keutamaan tertinggi.

“Ini pastinya menuntut kebi-jaksanaan dan pendekatan inklu-

Krisis Umno: Hishamuddin mahu jatuhkan Zahid Hamidi?SHAH ALAM - Penganalisis Poli-tik, Mohd Sayuti Omar tidak me-nolak kemungkinan wujudnya gerakan yang mahu menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Menulis dalam blognya, Sa-yuti percaya gerakan itu ditun-jangi Menteri Umno, Datuk Seri Hishammudin Hussein yang juga naib presiden parti ketuanan Me-layu itu.

“Orang yang mahu melihat Za-hid tumbang tentu mereka yang tidak mahu melihat beliau terus selesa menjadi TPM seterusnya menjadi PM. Tentu sekali kumpu-lan itu mereka yang ada calon lain untuk diletakkan di tempat Zahid.

“Apabila bercakap fasal ini dan mencari siapakah tokohnya, ia tentu orang yang senior dalam parti waktu ini dan berada di hirearki ketiga iaitu dijawatan

naib presiden.“Siapakah pula yang satu-sat-

unya berada di jawatan naib pre-siden waktu ini yang layak? Jawa-pannya Hishamuddin Hussein,” katanya.

Zahid sebelum ini mendedah-kan wujudnya usaha untuk men-jatuhkannya sebagai Ahli Parli-men Bagan Datoh dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Zahid menyifatkan usaha itu

umpama ‘rosak ikan bermula di kepala’.

Ketika ini, Zahid yang juga Naib Presiden Umno menjalankan tu-gas Timbalan Presiden Umno selepas pemecatan Tan Sri Muh-yiddin Yassin daripada jawatan itu.

Hishammudin dan Zahid ma-sing-masing berada di dalam ke-lompok tertinggi Umno selepas presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Noh Omar perlu henti politik ‘plastik’SHAH ALAM - Nilai positif di-semai Kerajaan Negeri menerusi kempen pengharaman polisteri-na dan plastik di Selangor dice-mari dengan amalan politik ko-tor pemimpin Umno, Tan Sri Noh Omar.

Angkatan Muda KEADILAN Selangor berpendapat, Noh se- ngaja menanamkan benih nega-tif dalam pelaksanaan sebuah kempen yang penuh nilai positif.

“Noh disaran menghentikan politik ‘plastik’. Jangan seseka-li menanamkan benih negatif dalam sesebuah pemikiran ber-nas Kerajaan Negeri yang cukup positif.

“Beliau seharusnya mengakui kelemahan Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu alam sekitar.

“Kempen bebas plastik Sela-ngor wajib dijadikan contoh ke-pada Kerajaan Persekutuan untuk mempelajari cara menyelamat-kan alam sekitar,” kata Ketua Biro Guamannya, Muhammad Harris

sif dengan mengenepikan per-bezaan pendekatan juga politik kepartian demi matlamat men-yeluruh yang lebih penting iaitu menyelamatkan negara serta bangsa daripada belenggu pe-mimpin rasuah termasuk kera-

jaan kleptokrat,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Kit Siang me-nyatakan kesediaan DAP ber-gabung semula dengan PAS jika presidennya, Datuk Seri Ab-dul Hadi Awang sedia memberi

komitmen menyelamatkan Ma-laysia daripada menjadi klep-tokrasi dunia.

Beberapa pimpinan tertinggi PAS bagaimanapun memberi respon kurang senang dengan salam rujuk Kit Siang itu.

Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor ber-kata, beliau amat memahami dan menghormati tumpuan di-berikan pimpinan tertinggi PAS menjelang muktamar 2017 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Kami yakin kebijaksanaan dan pengalaman luas kepimpinan PAS. Anggota PAS juga mahu-kan kerajaan bersih dan mereka komited kepada prinsip keadi-lan serta pembanterasan rasuah demi menyelamatkan negara untuk generasi masa depan,” ka-tanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, KEADILAN ma-sih meneruskan perbincangan dan rundingan dengan PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan parti lain demi membuka ti-rai Malaysia Baru.

“Program bersama terus ber-jalan baik terutama di peringkat Selangor dan di akar umbi demi membela nasib semua rakyat,” ka-tanya.

Idaham Abdul Rashid.Terdahulu, pelaksanaan Kem-

pen Bebas Polisterina dan Plas-tik yang mula dilaksanakan bermatlamat mengurangkan penggunaan bahan plastik, sejak Januari lalu.

Bagaimanapun, kempen itu dipertikai Noh yang menyifatkan pelaksanaannya gagal dan tidak memberi manfaat jangka pan-

jang kepada masyarakat awam.Sementara itu, usaha men-

didik orang ramai untuk tidak menggunakan beg plastik dilak-sanakan menerusi kaedah cas RM0.20 sen bagi setiap penggu-naan beg plastik di pasaran.

Selangor mula mengharam-kan penggunaan beg plastik pada setiap hari Sabtu, sejak ta-hun 2009.

Mahkamah terburu-buru tentukan tarikh bicara Jabatan AG?SHAH ALAM - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mempersoalkan tin-dakan Mahkamah Rayuan yang terburu-buru dalam me-nentukan tarikh perbicaraan bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara merayu kepa-da Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hal itu diputuskan selepas beliau dan 10 pengundi mendapat kebenaran men-cabar persempadanan semula SPR awal bulan ini membabit-kan kawasan diwakilinya.

Nurul Izzah berkata, Mah-kamah Rayuan akan menetap-kan tarikh selepas dua bulan rayuan berkenaan difailkan pada kebiasaannya.

Bagaimanapun, dalam kes beliau yang didakwanya menjejaskan kawasan Lem-bah Pantai, rayuan Jabatan Peguam Negara ditetapkan, pada 13 Februari ini.

"Kita tidak tahu alasan ra-yuan Jabatan Peguam Negara kerana rekod rayuan belum difailkan lagi. Biasanya, proses ini mengambil masa dua bu-lan atau lebih.

"Namun, Mahkamah Ra-yuan menetapkan tarikh itu untuk mendengar dan mem-percepatkan permohonan (Ja-batan) Peguam Negara. Saya berharap tidak ada gangguan (atas badan kehakiman)," ka-tanya dipetik MalaysiaKini, pada 31 Januari lalu.

Utama3SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

Dasar anti Islam Trump

MB tuntut PM nyatakan pendirian

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Perdana Men-teri, Dato’ Seri Najib Razak dige-sa menyatakan pendirian jelas berhubung arahan eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J Trump membekukan kemasukan pelarian dan pelan-cong daripada beberapa negara Islam.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kebisuan Najib sehingga kini seo-lah menjelaskan banyak perkara berkenaan kedudukan beliau se-laku peneraju di Putrajaya.

Katanya, Najib juga sebelum ini secara terbuka memuji pen-tadbiran baru di Rumah Putih dan kesediaannya bekerjasama rapat dengan gagasan Trump.

“Kebisuan Putrajaya ini juga menimbulkan pelbagai persoa-lan, termasuk sama ada terdapat sebarang kaitan dengan siasatan antarabangsa yang sedang di-jalankan Jabatan Kehakiman AS.

“Saya menyeru Perdana Men-teri melakukan perkara betul dan menyatakan pendirian jelas, sama seperti pihak lain tanpa mengira bangsa, kewarganega-raan serta agama yang terlebih dahulu berbuat demikian,” ka-

�� institusi Islam Gombak terima RM�.� jutaGOMBAK - Kerajaan Negeri meng- hulurkan sumbangan RM1.6 juta kepada 20 masjid, lima surau dan lima sekolah agama di Gombak bagi memastikan kerja menai-ktaraf dan pembaikan institusi berkenaan berterusan dan sesuai dengan tuntutan semasa.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, semua institusi itu sangat penting bagi memupuk perpa- duan dan melahirkan masyara-kat berilmu dalam kalangan umat Islam.

“Kerajaan Negeri melalui Ja-batan Agama Islam Selangor (JAIS) memang mempunyai pe-runtukan memastikan menaikta-raf juga pembaikan surau, mas-jid dan sekolah agama dibuat secara berterusan.

“Ini kerana sudah menjadi pendirian Kerajaan Negeri, mas-jid dan surau adalah tempat umat Islam berhimpun mengu-kuhkan perpaduan sementara sekolah agama ini penting mela-

hirkan anak yang bukan sahaja berilmu tetapi memiliki sahsiah serta kepimpinan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-pada SelangorKini pada Pro-gram Kenduri Rakyat di Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati, pada 27 Januari lalu.

Pada majlis itu, setiap mas-jid dan sekolah agama rakyat kawasan Parlimen Gombak ma-sing-masing menerima sum-bangan RM50,000 sementara surau masing-masing menerima RM20,000.

Mohamed Azmin berharap, masjid, surau dan sekolah me-manfaatkan sumbangan Kera-jaan Negeri demi kepentingan masyarakat setempat.

Selain menyampaikan sum-bangan dan solat Jumaat, Mo-hamed Azmin turut meluangkan masa beramah mesra dengan masyarakat kawasan terbabit yang sememangnya sudah tidak asing bagi Ahli Parlimen Gom-bak itu.

Selangor tegas tangani isu judi, rumah urutSABAK BERNAM - Kerajaan Negeri tidak akan berkrompo-mi dan melindungi mana-mana individu menjalankan aktiviti perjudian serta rumah urut di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, pihak berkuasa tempatan

(PBT) dipertanggungjawabkan mengambil tindakan mengha-lang penularan aktiviti terbabit.

“Kerajaan Negeri tidak mem-benarkan sebarang aktiviti ha-ram seperti ini berleluasa di Selangor.

“PBT memainkan peranan cukup berkesan pastikan akti-

viti ini tidak berkembang. "Tindakan tegas akan dikena-

kan sekiranya ia dikesan,” kata- nya pada Majlis Penyerahan Ban-tuan Mangsa Banjir di Dewan Parit Baru, pada 25 Januari lalu.

Beliau berkata demikian se-bagai mengulas komitmen Ke- rajaan Negeri menangani isu

kebanjiran pusat judi dan rumah urut di Selangor.

Media melaporkan, terdapat lebih 4,00 premis rumah urut di Selangor dengan sebahagian besarnya didakwa menjalan-kan operasi sekitar Ampang, Klang, Kuchai Lama dan Da-mansara.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan ang- ka sebenar jumlah premis berkenaan.

Pada masa sama, polis dan PBT seluruh negeri konsisten menjalankan operasi dengan mengadakan serbuan di pre-mis berkenaan.

tanya dalam kenyataan.Pada 28 Januari lalu, Reuters

melaporkan Trump mengelu-arkan arahan membekukan ke-masukan pelarian selama empat bulan terhadap warga Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.

Mohamed Azmin mengutuk keras arahan eksekutif Trump itu yang disifatkan sebagai perkauman melampau yang han-ya mengukuhkan tembok per-musuhan terhadap golongan mi-noriti dan imigran di AS.

Katanya, pembekuan itu juga mencabul prinsip antarabangsa dalam mengurus pelarian mang-sa perang yang seharusnya di-bela negara bertamadun.

“Lebih membimbangkan, la-rangan ini menandakan fasa baru kerajaan tajaan Islamophobia, yang, jika tidak dikawal, akan

diterjemahkan dalam pelbagai cara termasuk dasar dalam dan luar negara.

“Ia juga secara kolektif mem-beri kesan di peringkat global, terutama dalam usaha menan-gani keganasan dan ekstrem-isme agama,” katanya.

Utama4 SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

SHAH ALAM - Skim Peduli Sihat yang di-lancarkan baru-baru ini adalah salah satu program kepedulian rakyat Kerajaan Ne-geri bagi membantu golongan kurang berkemampuan menangani gejala penya-kit tidak berjangkit.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, tindakan awal itu adalah pelaburan ekonomi terbaik un-tuk mengelakkan kos rawatan lebih mahal pada masa akan datang.

Skim terbabit menjadi tunggak dan ber-matlamat mencapai keadilan sosial supaya golongan miskin dan berpendapatan ren-dah memperoleh rawatan kesihatan asas juga pemeriksaan kesihatan berjadual.

Melalui Skim Peduli Sihat untuk sejuta rakyat Kerajaan Negeri juga akan mem-peroleh dan mengumpul data status kesi-hatan rakyat Selangor.

Data kesihatan itu kemudiannya akan digunakan untuk memberdayakan lagi program kesihatan rakyat.

Skim yang bakal memanfaatkan 250,000 keluarga atau sejuta warga Sela- ngor mendapat respon positif bukan saha-ja dari rakyat Selangor, malahan negeri lain.

"Untung rakyat Selangor di bawah pen-tadbiran PAKATAN yang baru sembilan tahun bermacam-macam dikembalikan kepada rakyat," kata Abu Bakar Sulaiman menerusi laman Facebook.

Pandangan sama dikongsi Mohd Khayat yang menyifatkan pengenalan skim pro rakyat terbaru itu sebagai tindakan yang baik daripada Kerajaan Selangor dalam membantu rakyat yang saban hari semakin terbeban.

"Syabas Selangor. Terbaik untuk rakyat, semoga Selangor terus maju di bawah Pa-katan," katanya.

Sementara itu, Aziz Abu pula terus mendoakan kesejahteraan buat Kera-jaan Negeri dan pimpinan PAKATAN atas kepeduliaan tinggi terhadap rakyat sejak mentadbir Selangor pada 2008.

"Tahniah kepada kepimpinan kerajaan dan kakitangan Selangor. Moga negeri bertambah makmur dan cemerlang untuk masa hadapan.

"Buatlah apa yang boleh meringankan beban hidup rakyat. Percayalah, rakyat akan menilainya dan jangan berkecil hati dengan tohmahan," katanya.

MERINGANKAN beban rakyatMENAMBAH akses kepada

rawatan kesihatan asas

Atau hubungi Pejabat Ahli Dewan Negeri / Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri

1

32

Pendaftaran secara atas talian di pedulisihat.com

Pertanyaan : +603 2089 3911

PENDAFTARAN

KRITERIA

MANFAAT

KATEGORI KELUARGA

KATEGORI KELUARGA

KATEGORI INDIVIDU

KATEGORI INDIVIDU

< RM 3,000 sebulan

RM500 Setahun,

RM50 Setiap kali rawatan

RM200 Setahun RM50 Setiap

kali rawatan

Warganegara Malaysia

Lahir/menetap di Selangor

lebih 10 tahun

Warganegara MalaysiaLahir/menetap di

Selangor lebih 10 tahun

Rawatan kesihatan asas PERCUMA*

di lebih 1,000 klinik swasta di Selangor dan

Lembah Klang yang berdaftar dengan skim ini

< RM 1,500 sebulan

> 21 tahun

*Tiada had jenis rawatan / perubatan bagi kesihatan asas

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kumpulan Selgate mensasarkan 50,000 penyertaan Skim Peduli Sihat pada suku perta-ma 2017 selepas mencapai sasaran 10,000 dalam tempoh seminggu se-jak dilancarkan, pada 24 Januari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Hisyam Ghouth berkata, 3,000 peserta yang layak berjaya didaftar-kan pada hari pelancaran di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.

"Untuk tiga bulan pertama ini, kita perlu mempergiat promosi secara besar-besaran di peringkat media sosial dan bertemu secara berhada-pan rakyat kerana ramai masih ter-tanya berkenaan Skim Peduli Sihat.

"Kita perlu mempergiat pemasa-ran dan jelajah supaya lebih ramai memahami skim ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan semasa Skim Peduli Sihat yang dira-smikan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dengan pe-runtukkan RM125 juta setahun.

Katanya, Unit Perancang Eko-nomi Negeri (UPEN) sudah mene-tapkan jelajah Skim Peduli Sihat ke sembilan daerah dan Ahli Dewan Negeri boleh mengambil inisiatif menjemput Selgate memberikan taklimat tambahan.

"Kita menjalankan siri jelajah ber-sama UPEN di DUN Lembah Jaya dan Kota Damansara hujung ming-

gu. Ia akan diikuti DUN Kajang dan Sabak," katanya.

Noor Hisyam berkata, sasaran utama pendaftaran di beberapa ja-batan kerajaan dan individu yang mempunyai penyata gaji serta berkelayakan.

Bagi tahun ini, Kerajaan Negeri mensasarkan sejuta rakyat Selangor bakal mendapat manfaat daripada Skim Peduli Sihat yang memberikan perlindungan kesihatan asas bagi menampung kos sara hidup semasa.

Jumlah itu dianggarkan dari 250,000 keluarga dalam kumpulan B40 yang terdiri dari empat ahli ke-luarga dengan pendapatan antara RM1,500 hingga RM3,000 sebulan.

Skim Peduli Sihat

��,��� penyertaan suku pertama ����

Rakyat sambut baik

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri sudah melaksanakan pel-bagai program ‘Memberdayakan Komuniti’ dalam usaha membantu menyelesaikan masalah secara tuntas diha-dapi semua pangsapuri di Selangor.

Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Har-tanah Selangor (LPHS), Norzaton Aini Kassim berkata, perancangan berterusan dilakukan bagi tujuan itu demi penambahbaikan bagi mewujudkan persekitaran lebih baik kepada penghuni pangsapuri.

Katanya, Kerajaan Negeri menyalurkan kira-kira RM128.41 juta melalui program pemberdayaan komu-niti, sejak 2008.

“Semua program dirangka itu memberi penekanan kepada tiga aspek iaitu pengurusan fizikal, komuniti dan kepimpinan.

“Sejumlah besar peruntukan digunakan bagi pelaksa-naan pengurusan fizikal iaitu RM125.95 juta diikuti pe-ngurusan kepimpinan RM1.38 juta dan komuniti dengan RM1.08 juta,” katanya.

Beliau berkata, program di bawah pengurusan fizikal ialah Ceria (Caring Government For Residents Improve-ment Aid) membabitkan 263 pangsapuri, Safwa (Sela-ngor Free Water Apartment) (234), Selangor B.E.S.T Van Mobile (Bring Excellence Into Society) (96), Permai Ceria (Permudah Penyelesaian Migrasi Meter Air Individu) (24) dan Laman Hijau (15).

Bagi pengurusan kepimpinan pula, katanya, antara program adalah Fokus (Format Kurikulum Pengurusan Bangunan Strata) meliputi 99 pangsapuri, K-Star (Penara-fan Komuniti Bestari) (96), K-Klik (Kelab Interaktif Komu-niti) (10) serta K-Squad (Pemberdayaan Komuniti)(1).

“Di bawah pengurusan komuniti, kita juga menja-yakan program Seroja iaitu Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri membabitkan 50 pangsapuri serta Kempen BCH ‘Pangsapuri Kita…Bersih, Ceria dan Harmoni’ di 31 pangsapuri.

“Manakala program selainnya ialah K-Stac (Sistem Tadbir Urus Akaun) dengan 25 pangsapuri, K-Inovasi (7) dan Skora (Skim Pengenalan Pengurusan Kehidupan Strata) (5),” katanya.

RM��� juta laksana pemberdayaan Komuniti

Utama5SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

MB & Exco santuni mangsa banjir

Hulur bantuan keperluanOLEH ERMIZI MUHAMAD

SABAR BERNAM - Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turun padang me-nyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Dewan Paya Baru, pada 25 Januari lalu.

Komited memastikan kebaji-kan 107 mangsa banjir, di sini, dibantu, Mohamed Azmin turut menyampaikan bantuan sum-bangan RM500 kepada setiap keluarga terbabit.

Tidak terhenti setakat itu, Dato’ Menteri Besar turut me-nyampaikan bantuan kepada 158 mangsa banjir di Dewan Serbanguna Sungai Besar.

Pada masa sama, bantuan berupa barangan keperluan da-pur dan bekalan makanan turut diagihkan kepada mangsa.

Bercakap kepada Selangor-Kini, Mohamed Azmin berkata, sumbangan diagihkan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri meri-ngankan beban mangsa.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mendengar taklimat daripada Unit Bencana Negeri berhubung masalah banjir yang

melanda penduduk di Sabak Bernam dan Sungai Besar.

“Di Selangor juga tidak ter-kecuali menerima musibah ini yang menyebabkan beberapa kampung ditenggelami air ber-mula isnin lalu (20 Januari).

“Justeru, Kerajaan Negeri mengambil perhatian terhadap musibah ini dan terus komited membantu kebajikan mangsa terlibat,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan ban-tuan.

Terdahulu beliau turut me-ngambil peluang mendengar permasalahan dibangkitkan penduduk berhubung isu se-tempat.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi dan Exco Infrastruktur dan Kemuda-han Awam, Zaidy Abdul Talib.

Turut hadir mengiringi Dato’ Menteri Besar, Exco Hal Ehwal Agama, Islam, Adat Melayu dan Pembangunan Desa, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Exco Perumahan, Pengurusan Ba-ngunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad.

Khidmat kaunseling, pembersihan bantu mangsa banjirSABAK BERNAM - Khidmat kaunseling dan bantuan pem-bersihan rumah kediaman disediakan bagi membantu mangsa banjir yang mengalami trauma, susulan musibah itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, pasukan khas digerak-kan bagi membantu keperluan terbabit.

“Kerajaan Negeri menyiap-kan unit kaunseling di semua pusat pemindahan dan turut menyediakan pasukan yang akan membantu kerja pember-sihan pasca banjir.

“Inisiatif ini dibuat sebagai komitmen Kerajaan Negeri su-paya dapat meringankan be-ban keluarga mangsa,” katanya.

Pada 25 Januari lalu, Kera-

jaan Negeri menyampaikan bantuan sumbangan kepada lebih 107 keluarga mangsa banjir berbentuk wang tunai dan keperluan harian.

Usaha itu digerakkan menerusi inisiatif bersama Lembaga Zakat Selangor, Ma-jlis Daerah Sabak Bernam, Ja-batan Kebajikan Masyarakat dan badan bukan kerajaan.

Lapan pam sedut air banjir Sabak BernamSABAK BERNAM - Kaedah me-nyedut air banjir menggunakan pam berskala besar dilaksanakan bagi mengurangkan takungan air di kawasan terbabit banjir di Sa-bak Bernam dan Sungai Besar.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, la-pan pam air digunakan bagi tu-juan itu.

“Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor menggunakan lapan pam yang beroperasi bagi tujuan menyedut air takungan banjir di kawasan dinaiki air.

“Kami menjangkakan kerja ini akan selesai selewat-lewatnya Sabtu ini (28 Januari). Sekiranya cuaca bertambah baik, penduduk yang terjejas boleh pulang ke ke-diaman masing-masing,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, sehingga kini semua agensi di bawah seliaan Kerajaan Ne-geri dengan usahasama pihak berkuasa tempatan, Angkatan Tentera Malaysia dan polis ber-

ada di lokasi berisiko banjir.Beliau berkata, persediaan rapi

turut dibuat terhadap sebarang kemungkinan sekiranya berlaku kenaikan limpahan paras air su-ngai dan laut seluruh negeri.

Fenomena mahasiswa lapar semakin serius?

SHAH ALAM - Satu kajian Pertu-buhan Sukarelawan Muslim Malay-sia pada 2016 mendapati lebih 75 peratus daripada mahasiswa tidak mempunyai wang yang cukup un-tuk makan.

Fenomena mahasiswa lapar ini amat berbeza dengan suasana se-belum kerajaan mula memperke-nalkan Perbadanan Tabung Pen-didikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan mengurangkan peruntukan pendidikan.

“Selain peruntukan khas dari-pada kerajaan, dermasiswa dan bi-asiswa bantuan kerajaan yang juga sandaran pelajar miskin juga dipo-

tong. Antara 2015 hingga 2016, lebih RM800 juta atau 27 peratus dan ini menimbulkan fenomena baru.

“Satu kajian Pertubuhan Suk-arelawan Muslim Malaysia pada awal 2016 mendapati lebih 75 peratus daripada mahasiswa yang diselidik tidak cukup wang untuk makan dan ia adalah fenomena mahasiswa lapar.

“Jika dahulu, nasib petani di Baling diperjuangkan oleh maha-siswa tetapi hari ini mereka send-iri yang kelaparan dalam kampus. Ini satu fenomena yang serius,” kata Nik Nazmi pada Forum Pen-

didikan Percuma Penyelesaian Kemelut PTPTN di Rumah Gerak-budaya di sini, baru-baru ini.

Katanya, bagaimanapun pe-lajar IPTA lebih bernasib baik berban-ding pelajar di IPTS yang terpaksa mengeluarkan kos lebih tinggi.

Maka sebab itu Pakatan sebe-lum ini mencadangkan satu lang-kah radikal iaitu memberi pendi-dikan percuma kepada rakyat.

“Perkara itu boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan berjaya men-gatasi masalah rasuah, ketirisan dan pembaziran yang banyak ber-laku, dalam kerajaan hari ini.

Anugerah PKNS milik SelangorKiniSHAH ALAM - Wartawan Ka-nan SelangorKini, Hafizan Taib menerima Anugerah Laporan Berita Online Terbaik dari Per-badanan Kemajuan Negeri Se-langor (PKNS), pada 20 Januari lalu.

Bertempat di Laman PKNS, anugerah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Noraida Mohd Yusof dan dihadiri lebih 100 pengamal media.

Hafizan menerima anugerah berkenaan menerusi laporan berita bertajuk 'PKNS Bimbing

6Utama

SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SEPANG - DYTM Raja Muda Se-langor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah setiap orang yang per-nah melakukan kesalahan diberi peluang memperbaiki diri men-jadi insan lebih baik serta tidak terus disisihkan masyarakat.

Penaung Diraja dan Presiden Eksekutif Selangor Youth Com-munity (SAY) itu juga bertitah, baginda yakin mereka mampu menjadi aset bernilai sekiranya diberi ruang secukupnya.

“Semua yang berjaya di dunia ini sering berkata bahawa me-reka melakukan banyak kesala-han dalam hidup, tetapi kuncinya adalah bangkit di saat rebah.

“Kita juga perlu saling menyo-kong antara satu sama lain seb-agai satu komuniti.

“Hari ini, kita meraikan pela-jar yang berjaya menamatkan latihan pemulihan untuk memu-lakan kehidupan normal dan ber-sedia menerima mereka kembali ke dalam komuniti,” titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina – ‘Ha-rapan dan Kemakmuran’, di La-pangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), baru-baru ini.

Majlis menyaksikan 40 pelatih Rumah Victory Drug Rehabilita-tion Centre dan One Way Home diraikan dalam program khas bersama Raja Muda Selangor itu.

Majlis turut menyaksikan Per-janjian Persefahaman (MoU) di-tandatangani di antara Segi Val-ue Holdings Sdn Bhd dan Biforst Group dengan Malaysian Sub-stance Abuse Council (MASAC).

Raja Muda: beri peluang mereka bangkit

PETALING JAYA - Expert Market ia-itu laman sesawang yang membuat perbandingan yuran pengajian an-tara negara dengan mengumpul-kan data ‘Quacquarelli Symonds Top Universities’ bagi tahun pe- ngajian 2014 dan 2015 serta lapo-ran ‘Gallup Median Self-Reported Income’ pada 2013 mendapati raky-at Malaysia menghabiskan 55 pera-tus gaji untuk membiayai yuran pengajian.

Exco Pendidikan, Pembangu-nan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kajian itu mendapati per-belanjaan 55 peratus dibuat bagi membiayai yuran purata 18,000 dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran kesan pemotongan peruntukan untuk pendidikan.

“Walaupun yuran ini boleh dianggap rendah dengan be-berapa negara lain tetapi jika diban-dingkan dengan gaji, tahapnya 55 peratus daripada gaji dihabiskan untuk mem-bayar yuran pengajian di Ma-laysia berbanding paling tinggi Chile iaitu 73 peratus.

“Manakala, AS adalah 53 pera-tus sedikit rendah dari Malaysia, United Kingdom (42%), Singa-pura (32%) dan 18 peratus untuk Jepun,” katanya pada Forum Pen-didikan Percuma Penyelesaian

Kemelut PTPTN di Rumah Gerak-budaya, baru-baru ini.

Katanya, tanggungan rakyat un-tuk membiayai pendidikan untuk diri sendiri dan keluarga juga se-makin bertambah apabila kerajaan mula memotong peruntukan kepa-da institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sejak beberapa tahun.

Kesan pemotongan peruntu-kan itu akan menyebabkan IPTA terpaksa menaikkan yuran penga-jian di kampus masing-masing.

Selain itu, langkah pemotongan itu juga menyebabkan ramai pe-lajar yang layak gagal memasuki IPTA apabila institusi itu terpaksa menghadkan pengambilan ma-sing-masing.

Sementara itu, Timbalan Pre-siden Mahasiswa Keadilan Malay-sia (MKM), Affendy Hasni berkata, IPTA juga mencari dana tambahan melalui sumber lain selain me- naikkan yuran.

“Selain menaikkan yuran, IPTA juga akan ‘gagau’ apa sahaja sum-ber yang ada misalnya mengena-kan caj menggunakan dewan dan menaikkan denda lalu lintas,” ka-tanya.

Katanya, langkah seperti me-naikkan caj penggunaan dewan misalnya mampu memperlahan-kan aktiviti ilmuan yang diran-cang mahasiswa.

Jangan sisih pesalah

Rakyat habiskan ��% gaji biayai pengajian

40,000 usahawan babit kos RM230 juta' yang disiarkan, pada 29 September lalu.

Berkhidmat di Selangor Kini lebih lima tahun, penghargaan itu melayakkan beliau meneri-ma piala dan sijil penghargaan PKNS.

Dihoskan pengacara terke-nal, Ally Iskandar, majlis turut dimeriahkan persembahan artis seperti Elly Mazlein, Ronnie Hus-sin dan Aiman Tino.

Anugerah lain termasuk Anu-gerah Laporan Berita Korporat Terbaik, Anugerah Laporan Be-rita Komuniti Terbaik, Anugerah Laporan Berita Sukan Terbaik dan Anugerah Gambar Terbaik.

MASAC adalah gabungan per-tubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pusat pemulihan berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Beta berterima kasih kepada semua pihak termasuk guru dan pembantu di pusat pemulihan yang memainkan peranan kritikal membimbing pelatih.

“Sesungguhnya, beta sentiasa ada untuk menyokong perjala-nan hidup kamu semua ke arah lebih baik,” titahnya.

Utama7SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017

Jumlah kenderaan semakin meningkat

Komited selenggara jalan rayaOLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Saban tahun, jum-lah kenderaan semakin mening-kat menjadikan jumlah pemandu di atas jalan raya juga bertambah.

Mengikut statistik dikeluar-kan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jumlah pemandu terkum-pul pada 2015 adalah 14,764,527 berbanding hanya 12,236,254 pada 2010.

Sebagai negeri termaju de-ngan jumlah penduduk teramai, Selangor semestinya menam-

pung lebih beban dalam memas-tikan penyelenggaraan jalan raya sentiasa berada di tahap terbaik untuk keselesaan pemanduan.

Exco Insfrastruktur dan Ke-mudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, Kera-jaan Negeri sentiasa komited me-mastikan kerja pembukaan jalan persekutuan serta negeri dise-lenggara dengan baik.

Beliau berkata, pelaksanaan kerja penyelenggaraan jalan ne-geri dan persekutuan dilakukan

secara kontrak jangka panjang merangkumi kerja senggara ru-tin, berkala pavemen dan berkala bukan pavemen.

"Pelaksanaan program kajian pavemen adalah satu kaedah saintifik iaitu kekuatan, keta-hanan dan kerosakan jalan dini-lai secara sistematik.

"Kerja penyelenggaraan jalan negeri dibuat berdasarkan sena-rai keutamaan melalui kajian berkenaan," katanya.

Bagi mencapai tujuan itu, Ja-batan Kerja Raya (JKR) Selangor

turut menerbitkan Garis Pan-duan Amalan Baik Dalam Kerja Turapan dan Senggara Jalan serta diedarkan kepada semua pegawai JKR sebagai rujukan ke-tika kerja pengawasan di tapak.

Zaidy berkata, spesifikasi pembinaan dan membaiki jalan raya akan sentiasa ditingkatkan.

"Ibu pejabat JKR Malaysia juga sentiasa mengemaski-ni spesifikasi pembinaan dan selenggara jalan yang dilak-sanakan kumpulan pakar me-reka," katanya.

JKR negeri pantau pembinaan jalan rayaSHAH ALAM - Pengarah JKR Se-langor, Mas Abdul Rahman Mas Mohamed berkata, pihaknya menggunakan khidmat pihak berkecuali bagi menjalankan ker-ja pengauditan dan pemantauan pembinaan jalan di Selangor.

Katanya, langkah itu bagi me-mastikan kerja pembinaan jalan dilaksanakan kontraktor mengi-kut jadual.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pada pem-bentangan Belanjawan Selangor 2017 mengumumkan pengguna jalan raya boleh melaporkan lo-kasi jalan berlubang (potholes) menerusi aplikasi Waze.

Aduan diterima akan dipan-jangkan kepada pihak berkua-sa berkenaan untuk diperbaiki dalam tempoh maksima lima hari.

Satu sistem 'middleware'

juga akan dibangunkan untuk mengumpul aduan jalan ber-lubang dan memantau tempoh pembaikan.

"Dengan ini, Kerajaan Negeri berupaya untuk memetakan hayat jalan raya bagi tujuan perancangan program ‘preven-tative maintenance’ lebih ber-kesan tanpa mengganggu ke-selesaan pengguna jalan raya," katanya.

Pada 23 September 2016, pi-hak berkuasa tempatan (PBT) memeterai kerjasama dengan Google Asia Pacific menerusi Waze Connected Citizens Pro-gramme.

Setakat ini, PBT terbabit adalah Majlis Bandaraya Peta-ling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbanda-ran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Kajang.

Terus martabat pendidikan negeriSHAH ALAM - Keunggulan Kerajaan Negeri memartabatkan institusi pen-didikan tidak dapat dinafikan teru-tama dalam memberikan keselesaan kepada pelajar daripada peringkat pra persekolahan hingga ke institut pengajian tinggi (IPT).

Di saat Kerajaan Persekutuan memotong peruntukan sektor pen-didikan dari RM13.38 bilion pada 2016 kepada RM12.13 bilion, Sela-ngor mengambil langkah berbeza dengan menyalurkan RM44 juta buat Universiti Selangor (UNISEL) bagi ta-hun ini, berbanding RM21.5 juta ta-hun sebelumnya.

UNISEL juga berjaya membuka pe-luang 211 pelajar menikmati Program

Tajaan Yuran Percuma bagi tahun asas dan jumlah itu dijangka mening-kat kepada 1,000 pelajar tahun ini se-lain menubuhkan 'Selangor Business School' dengan tawaran pengajian MBA.

Nasib Sekolah Rendah Agama (SRA) juga tidak dipinggirkan de-ngan peruntukan RM42.9 juta untuk kerja naik taraf dan baik pulih di selu-ruh negeri.

Selangor juga komited untuk

melahirkan lebih banyak huffaz dengan peningkatan peruntu-kan Tabung Pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Qiraat kepada RM5 juta.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebang-saan Tamil (SJKT) turut menerima

peningkatan peruntukan dengan masing-masing menerima RM9 juta dan RM7 juta, tahun ini.

Bermula dengan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) hingga program Peduli Siswa bagi membi-ayai pengajian anak Selangor di IPTA tempatan, ia menunjukkan komit-men serius Kerajaan Negeri dalam usaha melahirkan modal insan ter-baik menerusi pendidikan.

SHAH ALAM - Setakat 15 Oktober 2016, Sela-ngor menerima RM412.5 juta peruntukan Kumpu-lan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS).

Dalam tempoh itu, kemas kini siling peruntukan MARRIS 2016 adalah RM672.6 juta berbanding sasa-ran siling awal RM600 juta.

Setakat Oktober lalu, agensi pelaksana pula men-capai prestasi;

Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) mencatat prestasi 73.89 peratus,

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 85.84 peratus Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) 86.63 peratus.Jabatan Kerja Raya (JKR) 59.37 peratus (ekoran

terdapat baki tanggungan RM32.4 juta yang dibayar pada tahun ini secara berperingkat).

Berdasarkan perkembangan itu, prestasi sebenar perbelanjaan semasa adalah RM148.8 juta iaitu 75.95 peratus.

Terima RM���.� juta peruntukan MARRIS

Pada masa sama, JKR juga merancang mewujudkan pasu-kan khas bagi men-jalankan kerja pe-mantauan berterusan di lapangan.

"Fokusnya adalah untuk memastikan bahan pembinaan ja-lan dan penyelenggaraan men-capai spesifikasi kerja di bawah ketetapan JKR Selangor," katanya.

Selain itu, kontraktor yang gagal mematuhi spesifikasi dan piawaian kerja ditetapkan JKR akan dikenakan Non Confor-mance Report (NCR) serta denda RM2,000.

Untuk rekod, JKR Selangor ber-tanggungjawab melaksana kerja pembinaan dan penyelenggara-an jajaran di sepanjang 4,041,165 kilometer jalan seluruh negeri.

Sementara itu, Kerajaan Ne-geri tidak ketinggalan meng-guna pakai teknologi terkini melancarkan sistem pengurusan perhubungan pelanggan dalam menuju ‘Smart State’.

Pengguna jalan raya boleh melaporkan lokasi jalan berlubang (potholes) menerusi aplikasi Waze. Aduan diterima akan dipanjang-kan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk diperbaiki dalam tempoh maksima lima hari

Nasional8 SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

SPRM perlu laksanakan amaran

Jangan pilih kasihOLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkif-li Ahmad digesa tidak membuat pendakwaan terpilih tetapi bersi-fat menyeluruh termasuk individu politik terbabit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib Presiden KEADILAN, Tian

Chua berkata, mereka turut me-ngalu-alukan tindakan tegas SPRM kepada ahli politik yang di-dapati terbabit dengan rasuah.

“Kita alu-alukan jika SPRM be-tul-betul nak bertegas kepada mana-mana ahli politik yang di-kaitkan dengan rasuah.

“Tak patut hanya ambil tinda-kan kepada pegawai kerajaan sa-haja tetapi juga kepada pihak lain

yang terbabit membuat keputu-san hingga menyebabkan keru-gian jutaan ringgit,” katanya.

Katanya, kegagalan SPRM mengambil tindakan tegas ter-hadap kes rasuah berprofil tinggi hanya menjejaskan lagi kewibawaan badan itu.

Sebelum ini, Dzulkifli dalam temubual media berkata masa untuk ahli politik terbabit rasuah

ditangkap akan tiba juga.

Katanya, SPRM tidak akan melepaskan ahli politik, ahli perniagaan, pegawai syarikat berkait-an kerajaan (GLC) atau sesia-pa sahaja yang terbabit.

“Kepada ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan sahaja, tunggu,” katanya.

Menteri ‘tidur’ punca rasuah meningkatSHAH ALAM - Kelemahan pen-tadbiran negara mendorong berlakunya penurunan dalam kedudukan Indeks Persepsi Ra-suah CPI 2016, kata Ahli Parli-men Bukit Katil, Shamsul Iskan-dar Md Akin.

Beliau berkata, Parlimen juga didakwa gagal membuat pe-mantauan rapi susulan ketidak-telusan pentadbiran Kerajaan Umno Barisan Nasional.

“Lebih mengejutkan, indeks itu mencapai aktiviti berisiko rasuah terlalu tinggi membabit-kan sektor pertahanan negara.

“Keadaan ini dipercayai ber-laku kerana tiada pemantauan rapi oleh Parlimen, belanjawan negara, pertahanan tidak telus dan penguatkuasaan anti ra-suah yang terlalu lemah dalam menjalankan operasi,” katanya.

Beliau berkata demikian se-

bagai mengulas kenyataan kebimbangan awam susulan kurangnya keinginan Kerajaan Persekutan secara konsisten dalam menangani rasuah.

Terdahulu, Malaysia berada di tangga ke-5 berbanding tahun sebelumnya 54 dari 176 negara di kedudukan indeks rasuah CPI.

Menurut indeks yang dikelu-arkan Transparency International (TI) Malaysia, ukuran skor Malay-sia juga merosot kepada 49 ber-banding 50, pada tahun lalu.

Di peringkat ASEAN, Malay-sia berada jauh di belakang berbanding Singapura yang be-

rada pada kedudukan ke-7 dan Brunei.

Sementara itu, Presiden TI-Malaysia, Datuk Akhbar Satar menuntut ahli politik menga-malkan kepimpinan bersih dan telus.

“Kita melihat banyak yang diperkatakan dalam usa-ha menangani rasuah tetapi semua hanya janji. Malangnya, kita belum melihat tindakan yang konkrit.

“Selain itu, ahli politik juga bukan hanya perlu bebas ra-suah mereka juga perlu kelihat-an ‘bersih’,” katanya.

‘Sudah masa’ pesalah rasuah dihukum mati SHAH ALAM - Kerajaan disa-ran mengkaji pelaksanaan hu-kuman mati kepada pesalah rasuah membabitkan jumlah suapan besar dan memberi ke-san teruk kepada rakyat juga negara.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ber-kata, perkara itu tidak mustahil dilaksanakan seperti dilakukan di China.

“Mungkin sudah sampai masa Malaysia turut mengkaji hukuman mati dengan me-ngambil kira kesan besar ke-pada masyarakat awam. Kalau tidak, mereka tetap tidak takut mengambil rasuah.

“Misalnya, laporan SPRM dalam skandal Jabatan Air Ne-geri Sabah (JNS), 60 peratus daripada keseluruhan peruntu-kan projek menyalurkan air ber-sih diselewengkan dan ini mem-beri kesan kepada beratus ribu rakyat Sabah.

“Bayangkan, perbuatan khia-nat seorang dua kerana tamak dan mementingkan diri sendiri menyebabkan ramai menderi-ta,” katanya.

Katanya, hukuman penjara dikenakan pada masa ini tidak memadai khususnya membabit-kan kes berprofil tinggi berjuta

atau berbilion ringgit apabila pesalah masih mampu hidup mewah selepas menjalani huku-man penjara.

Beliau berkata, walaupun wang suapan dirampas teta-pi tidak mustahil masih ter-dapat wang haram lain yang gagal dikesan penyiasat SPRM dan memberi peluang kepada ahli keluarga lain menggunak-an wang terbabit sementara pesalah berada di penjara.

Bagaimanapun, katanya, hu-kuman berat itu perlu diser-takan dengan ketegasan SPRM melaksanakan penguatkua-saan bagi mendapatkan kesan maksimum.

Pada masa sama, beliau ber-kata, terlalu kerap dihidang-kan berita pemimpin tinggi kerajaan, penjawat awam dan golongan lain terbabit rasuah berprofil tinggi terlepas daripa-

da pendakwaan menjadi antara faktor mendorong golongan berumur bawah 40 tahun tu-rut terjebak dalam aktiviti tidak bermoral itu.

Katanya, perkembangan itu memberi persepsi kepada golongan itu bahawa kebarang-kalian ditangkap dan didakwa atas tuduhan rasuah sangat ti-pis sama seperti yang mereka lihat.

Katanya, lebih memburuk-kan keadaan apabila pucuk kepimpinan negara turut di-

kaitkan dengan skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Antara penyebab mendo-rong anak muda terbabit de-ngan rasuah adalah kepimpin-an melalui teladan.

“Mereka dapat lihat banyak contoh individu terlibat rasuah terlepas dan ini menyebabkan timbul tanggapan jika mereka me-ngambil rasuah, peluang mereka terlepas juga tinggi di sebabkan penguatkuasaan le-mah,” katanya.

Mungkin sudah sampai masa Malaysia turut mengkaji hukuman mati dengan mengambil kira kesan besar kepada masyarakat awam. Kalau tidak, mereka tetap tidak takut mengambil rasuah

SYED SADDIQKetua Armada PPBM

Nasional9SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

Adakan sidang tergempar OIC

Rangka strategi hadapi TrumpOLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Pertubuhan Ker-jasama Islam (OIC) perlu me-ngadakan pertemuan tergempar bagi merangka strategi menja-min keadilan dan persefahaman antara semua pihak dalam isu berkaitan arahan eksekutif Pre-siden Amerika Syarikat (AS), Do-nald J Trump.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Malaysia selaku anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersama 57 negara Islam perlu membabitkan diri dalam perbincangan itu.

Katanya, arahan eksekutif me-larang kemasukan pelarian dari tujuh negara Islam ke Amerika Syarikat membuatkan banyak yang terkesan.

“Saya kecewa menerima be-rita arahan eksekutif Trump yang ditandatangani Jumaat lalu (27 Januari) bagi melarang kemasu-kan pelarian dari tujuh negara Is-lam ke Amerika Syarikat.

“Walaupun isu imigresen dan kawalan sempadan adalah hak setiap negara, namun larangan umum seperti yang kita saksikan ini dikesali dan menampakkan tahap kepercayaan yang wujud pada waktu ini di antara pentad-biran Amerika Syarikat sekarang dan dunia Islam,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Angka-tan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad memaklum-

kan, arahan itu tidak sah, tidak berperikemanusiaan, malahan turut bersifat perkauman.

Beliau berkata, tindakan itu tidak akan memberi jaminan ke-selamatan di negara lain di dunia.

Sehubungan itu, Nik Nazmi meminta supaya Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Razak me-nyatakan pendirian sama ada menyokong atau membantah tindakan Trump.

“Saya juga menggesa satu si-dang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan hal ini dan memutuskan reaksi negara ter-hadap tindakan itu serta yang kita boleh ambil untuk memban-tu pelarian,” katanya.

Pada masa sama, Dewan Pemuda PAS yakin sekatan ime-gresen dikenakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump adalah langkah awal neg-ara itu ke arah pelbagai lagi tin-dakan berbentuk diskriminasi.

Timbalan Ketua Dewan Pemu-da PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tindakan itu juga bakal meningkatkan sentimen Islamofobia terhadap minoriti Muslim di AS dan seluruh dunia.

Katanya, ia sekaligus mening-katkan momentum Islamofobia global hingga mempengaruhi pi-hak lain terutama beberapa neg-ara Eropah yang bakal mengada-kan pilihan raya tahun ini.

"Tanpa bukti dan kajian, Trump menyemarakkan lagi sen-timen haluan kanan ekstrem di AS yang disambut sebilangan

orang awam sebagai pengesa-han terhadap sentimen anti Mus-lim," katanya dalam kenyataan.

Pada 28 Januari lalu, Reuters melaporkan Trump mengelu-arkan arahan membekukan ke-masukan pelarian selama empat bulan terhadap warga Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman atau sekurang-kurangnya 90 hari.

Sejak Trump memenangi Pili-han Raya Presiden pada 8 No-vember 2016, serangan Islamo-fobia terhadap minoriti di AS dilaporkan.

Sebelum ini, Southern Poverty Law Center berkata, terdapat 867 serangan dan gangguan dilapor-kan, dalam tempoh 9 hingga 29 November tahun lalu.

Kaji semula perjanjian perdagangan antarabangsa Malaysia-AmerikaSHAH ALAM - Kajian semula perjanjian perdagangan anta-rabangsa perlu dijalankan bagi memastikan kepentingan rakyat terus terjamin.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, beberapa lang-kah efektif perlu disemak semula supaya ia berupaya menjaga ke-pentingan rakyat yang semakin terhimpit dengan arus globa-lisasi.

Katanya, ia termasuk peme-teraian rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dilihat ramai pihak sebagai menguntungkan syarikat korpo-rat.

“Ia (perjanjian perdagangan) tidak harus hanya menjaga ke-pentingan korporat. Kepenti-ngan rakyat juga penting.

“Adalah lebih baik kerajaan

menyemak semula kedudukan perjanjian ditawarkan itu, dari Malaysia sebagai negara mem-bangun kemudian melompat daripada satu perjanjian perda-gangan ke satu perjanjian lain,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tumpuan terse-but terarah kepada jaminan ke-daulatan Malaysia supaya tidak wujudnya pelanggaran yang akhirnya menafikan hak rakyat.

Terdahulu, perjanjian TPPA dimuktamadkan selepas rundi-ngan berkenaannya dijalankan selama tujuh tahun antara Ameri-ka Syarikat dan Malaysia.

Bagaimanapun, Amerika me-ngumumkan penarikan daripada perjanjian itu selepas presiden barunya, Donald Trump mene-rajui kepimpinan negara berke-naan.

Sekatan Trump: Diskriminasi, tidak masuk akalSHAH ALAM - Tindakan Ameri-ka Syarikat (AS) menggantung kemasukan warga Islam dari tu-juh negara majoriti Muslim dan pelarian ke negara itu tidak wajar.

Ketua Kluster Politik, Kesela-matan dan Antarabangsa Maj-lis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Seri Dr Mustafa Ishak ber-kata, sekatan imegresen itu juga adalah satu bentuk diskriminasi nyata.

Katanya, ia juga dibuat secara menyeluruh tanpa mengira sama ada mereka pengganas atau ti-dak.

“Tidak masuk akal kalau selu-ruh penduduk dari tujuh negara itu pengganas.

“Perkara ini buat pertama kali dilakukan di AS iaitu satu tinda-kan dibuat presiden berasaskan kepada prinsip dijunjung AS se-

lama ini iaitu tiada diskriminasi terhadap individu berdasarkan kaum, agama dan jantina,” kata-nya dipetik Astro Awani.

Pada 28 Januari lalu, Reuters melaporkan Presiden AS, Do- nald Trump mengeluarkan ara-han membekukan kemasukan pelarian selama empat bulan terhadap warga Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman atau sekurang-kurangnya 90 hari.

Kata Trump, pentadbirannya memerlukan masa mewujudkan proses penapisan lebih ketat bagi pelarian, imigran dan pelancong.

Tindakan itu bagaimanapun dikecam Parti Demokrat yang menyifatkannya sebagai berten-tangan dengan nilai AS dan men-jejaskan reputasi negara itu yang mengalu-alukan imigran sebe-lum ini.

Shahrir hanya ‘penenang’ kemarahan peneroka SHAH ALAM - Lantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi FELDA hanya menjadi penenang kemarahan peneroka yang ma-hukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden KEADILAN, Nu-rul Izzah Anwar berkata, refor-masi FELDA secara struktural per-lu dilaksanakan segera dengan menekankan integiriti dan kete-lusan sebagai asas perubahan yang baik.

“Namun, apa yang pasti, saya masih menitipkan kesangsian ke atas cara lama perdana menteri melantik seorang ahli politik ke-tika FELDA memerlukan seorang pakar dalam merawat krisis ini.

“Justeru, jika beliau tidak pro-aktif dan berdedikasi memimpin FELDA, maka saya mendesak Tan Sri Shahrir meletakkan jawatan itu demi kepentingan peneroka

dan masa hadapan FELDA,” ka-tanya dalam kenyataan.

Izzah turut mendesak supa-ya sebuah blueprint dikeluar-kan FELDA dalam penstrukturan semula di bawah pengerusi baru bagi memacu dasar-warsanya.

Katanya, laporan itu perlu dibentangkan menteri pada si-dang Parlimen akan datang su-paya dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap pengurusan FELDA.

“Saya masih memperso-alkan kedudukan Tan Sri Isa Samad yang masih berada dalam FGV, walhal beliau ga-gal dalam mengurus FELDA se-hingga membabitkan kerugian pada skala besar. Apakah ke-sinambungan FELDA mengekal-kan orang politik berpangkat yang gagal?,” soalnya.

Beliau mahu setiap perjan-

jian, pelaburan dan pembelian aset dikaji semula supaya pela-buran serta pembelian itu dapat memberi nilai keuntungan kepa-da FELDA juga peneroka.

Pada masa sama, Izzah meny-ifatkan penangkapan pegawai baru-baru ini bukan satu per-mulaan yang baik tatkala FELDA bergelut dengan isu ketirisan dana dan pengurusan yang ti-dak stabil.

“Pengerusi, Tan Sri Shahir se-awal pelantikannya sendiri men-gakui bahawa institusi awam mi-lik peneroka FELDA berhadapan dengan masalah ketirisan yang agak membimbangkan.

“Maka, saya turut bimbang akan nasib dan cabaran terpak-sa diterima peneroka yang tu-rut terpaut rugi dalam kes pen-yelewengan wang rakyat ini,” katanya.

10Ekonomi

SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

Melebihi indeks nasional

Enam negeri catat kenaikan IHP SHAH ALAM - Enam negeri men-catatkan kenaikan lebih tinggi bagi indeks kumpulan Makanan dan minuman bukan alkohol me-lebihi paras indeks nasional bagi Disember 2016 berbanding bu-lan yang sama 2015.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataan menyatakan indeks bagi kumpulan Makanan dan minuman bukan alkohol naik 5.2 peratus di Melaka, 4.7 pera-tus di Johor, 4.6 peratus di Pulau Pinang.

Manakala naik 3.9 peratus di Selangor dan Wilayah Perseku-tuan Putrajaya, 3.8 peratus di Wilayah Persekutuan Kuala Lum-pur dan 3.8 peratus di Negeri Sembilan.

Perbandingan bulan ke bulan, indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol naik 0.6 peratus pada Disember 2016,

selepas naik 1.0 peratus, pada November 2016.

Sementara itu, indeks kumpu-lan bukan makanan mencatatkan penurunan 0.3 peratus pada Dis-ember 2016 berbanding bulan sebelumnya.

Berdasarkan terma pelarasan musim, IHP bagi Disember 2016

kekal pada 116.9 berbanding No-vember 2016

Inflasi teras naik 2.1 peratus pada Disember 2016 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Perubahan IHP bagi tempoh Januari hingga Disember 2016 mencatatkan kenaikan 2.1 pera-tus berbanding tempoh sama ta-

Harga minyak dunia lebih rendah akhiri Januari

Harga getah dijangka naik KUALA LUMPUR - Pasaran ge-tah Malaysia dijangka mening-kat lagi minggu depan susulan kebimbangan terhadap gang-guan bekalan berterusan, kata peniaga.

Peniaga berkata, banjir yang berlaku di negara pengeluar ge-tah asli terbesar dunia, Thailand, dijangka menjadi faktor kepada kenaikan harga dengan permin-

taan yang kekal kukuh.“Jika SMR (Getah Mutu Malay-

sia) 20 mula mencatat asas ku-kuh pada 1,000 sen sekilogram, pasaran mungkin menyaksikan harga berada dalam aliran tinggi mulai minggu depan.

“Sokongan pada 1,000 sen sewajarnya bertahan dengan baik, namun kebanyakan peni-aga bercuti sempena sambutan

Tahun Baharu Cina. Jadi, pasaran boleh diniagakan lebih tinggi sedikit atau berjajaran kecil,” ka-tanya lapor BERNAMA.

Pasaran tempatan, yang memulakan minggu dengan prestasi bercampur-campur, memperoleh momentum dan pada dagangan separuh hari, SMR 20 yang menjadi pe- nanda aras bagi piawaian ta-

yar mencecah paras 1,005.5 sen sekilogram.

Ia adalah paras tertinggi sejak 2012.

Harga tertinggi SMR 20 pada tahun berkenaan adalah 1,139 sen sekilogram iaitu pada 26 Januari 2012, manakala harga tertinggi yang pernah dicatat adalah melepasi paras 1,700 sen sekilogram (Februari 2011).

SINGAPURA - Harga minyak mentah Brent jatuh kira-kira lima peratus daripada paras tertinggi awal Januari apabila peningkatan aktiviti cari gali di Amerika Syari-kat (AS) mengimbangi usaha Per-tubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain mengurangkan output bagi mengukuhkan pasaran.

Agensi Berita Antarabangsa Reuters melaporkan niaga ha-dapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa harga minyak, diniagakan pada AS$55.25 satu tong pada 0112

GMT, hampir tidak berubah dari-pada penutup terakhirnya.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$52.58 setong, turun lima sen daripada penutup terakhirnya.

Bagaimanapun, Brent susut lima peratus sejak paras kemun-caknya awal Januari manakala WTI jatuh 2.5 peratus, mencer-minkan sentimen bahawa usa-ha OPEC memotong output 1.8 tong sehari (bpd) bagi mengakh-iri lambakan pengeluaran se-takat ini tidak mencukupi untuk mengimbangi aktiviti cari gali AS.

“Harga minyak mentah terus berdepan masalah apabila pela-bur kekal bimbang dengan pe-ningkatan aktiviti cari gali di AS,” kata ANZ Bank.

Selepas beberapa bulan aktiviti cari gali meningkat, pengeluaran minyak AS ber-tambah 6.3 peratus sejak Julai tahun lalu kepada hampir sem-bilan juta bpd, menurut data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS.

Bank AS, Goldman Sachs menganggarkan bahawa pe-ngeluaran minyak tahunan AS

INDEKS KUMPULAN MAKANAN & MINUMAN BUKAN ALKOHOL

Negeri Peratus Kenaikan

Melaka 5.2 %Johor 4.7 %Pulau Pinang 4.6 %Selangor & Putrajaya 3.9 %Kuala Lumpur 3.8 %Negeri Sembilan 3.8 %

*Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia

KUMPULAN LAIN PENYUMBANG KENAIKAN IHP

Kumpulan Peratus Kenaikan

Minuman Alkohol & Tembakau 17.2 %Barangan & Perkhidmatan 2.9 % Restoran & Hotel 2.8 %Kesihatan 2.7 %

*Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia

hun 2015.Indeks kumpulan makanan

dan minuman bukan alkohol adalah pendorong utama kepada kenaikkan IHP bagi tempoh Janu-ari hingga Disember 2016, men-catatkan peningkatan 3.9 peratus.

Peningkatan itu disebabkan kenaikan indeks makanan di rumah (+4.0 %); makanan di luar rumah (+3.8 %) dan kopi, teh, koko dan minuman bukan alko-hol (+1.2 %).

Antara sub kumpulan makan-an di rumah yang mengalami ke-naikan signifikan dalam tempoh ini ialah sayur-sayuran (+6.5 %); minyak & lemak (+6.5 %); ikan & makanan laut (+6.3 %); buah-buahan (+4.8 %) dan daging (+3.7 %).

Indeks bagi kumpulan pe-rumahan, air, elektrik, gas & ba-han api lain naik 2.4 peratus.

Kumpulan utama lain yang menyumbang kepada kenaikan IHP dalam tempoh itu ialah minu-man alkohol & tembakau (+17.2 %); pelbagai barangan & perkhid-matan (+2.9 %); restoran & hotel (+2.8 %) dan kesihatan (+2.7 %).

Bagaimanapun, peningkatan ini sebahagiannya diimbangi kumpulan pengangkutan yang mencatatkan penurunan 4.6 peratus disebabkan harga yang lebih rendah untuk petrol.

Inflasi teras, yang tidak ter-masuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal mencatatkan perubahan dalam julat antara 2.0 peratus hingga 3.6 peratus dalam tempoh Jan-uari hingga Disember 2016 ber-banding tempoh yang sama ta-hun sebelumnya.

meningkat 290,000 bpd pada 2017, jika aktiviti cari gali masih belum beroperasi dikira sekali.

11SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

ADN

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Isu banjir lumpur yang sering berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) perlu diselesaikan segera kerana menyebabkan gangguan awam.

Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Has-bullah Ridzwan berkata, masalah itu perlu dibawa dalam Jawatankuasa Bertindak Ban-jir supaya tindakan lebih tegas dan drastik dapat diambil.

Katanya, tindakan penguatkuasaan di peringkat daerah dilakukan sebelum ini, na-mun aktiviti di tanah persendirian bersebe-lahan MRR2 masih berterusan.

“Tanah persendirian berstatus pertanian itu dibangunkan tanpa membuat permoho-nan kebenaran merancang.

“Notis, sitaan dan kompaun pernah dike-luarkan sebelum ini. Malah, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak juga mengeluarkan notis 7A kepada pemiliknya untuk pemuli-han tanah atau berdepan rampasan,” kata-nya selepas lawatan tapak bersama Pasukan Petugas Op Lumpur, baru-baru ini.

Hasbullah berkata, insiden itu berlaku dua kali pada tahun lalu dan berulang kem-bali akibat hujan lebat, baru-baru ini.

“Lokasi banjir sama tetapi air lumpur datang dari dua lokasi berbeza. Insiden ba-ru-baru ini juga berpunca dari tanah perta-nian itu.

“Pentingnya kelulusan kebenaran meran-cang adalah bagi menyediakan infrastruk-tur yang baik sebelum kerja tanah dilakukan supaya kesannya tidak menjejaskan awam,” katanya.

SHAH ALAM - Pusat Khidmat DUN Taman Medan mengadakan Taklimat Belanjawan Selangor 2017 bagi memastikan pelak-sanaan pengurusan kewang-an ditadbir urus dengan lebih efisien.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Ta-man Medan, Haniza Talha berka-ta, taklimat itu diberikan kepada persatuan kuil, tokong, gudwara

dan gereja bertujuan memberi manfaat dan maklumat leng-kap berkenaan Belanjawan Sela- ngor.

“Kerajan Negeri memperun-tukkan RM21 juta untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Je-nis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Selain itu, peruntukan khas

RM1 juta untuk usahawan be-lia India dan RM500,000 untuk komuniti Sikh bagi aktiviti ke-agamaan,” katanya dalam ke-nyataan.

Beliau berkata, setiap wakil rumah ibadat yang hadir dibekal-kan dengan Buku Belanjawan 2017, kalendar 2017 dan risalah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) DUN Taman Medan.

Bawa dalam Jawatankuasa Bertindak Banjir

Selesai segera banjir lumpur MRR�

DUN Taman Medan anjurtaklimat Belanjawan Selangor

DUN Sungai Pinang edar ��� kotak limauSHAH ALAM - Sempena sambu-tan Tahun Baru Cina baru-baru ini, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pinang, Dato’ Teng Chang Khim berkesempatan mengedar-kan 200 kotak limau di sekitar pasar pagi di Taman Eng Ann, di DUN itu.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS dan Perdagangan serta Pe-ngangkutan itu juga turut me-luangkan masa beramah mesra

dengan pengunjung dan penia-ga pasar.

Edaran buah limau dan ucapan Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Tionghua sudah menjadi tradisi di DUN itu setiap kali menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Selain mengedarkan limau, ak-tiviti berbasikal turut dijalankan.

Hadir sama, Ahli Majlis Perban-daran Klang dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT).

Album12 SelangorKini 3 - 10 Feb 2017

Album13SelangorKini 3 - 10 Feb 2017

ADN Batu Caves, Amiruddin Shari hadir aktiviti sarapan pagi bersama masyarakat Kampung Melayu Batu Caves Selatan dan mendapatkan penjelasan isu setempat

ADN Kota Anggerik, Yaakob Sapari merasmikan program kesihatan 1000 Langkah bersama penduduk Bukit Subang

ADN Pandamaran, Tan Pok Shyong turun padang menyantuni masyarakat sekitar DUN beliau sempena Tahun Baru Cina

ADN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar menyampaikan sumbangan duit raya sempena Tahun Baru Cina kepada masyarakat di Pasar Awam Kampung Sejantung Kalumpang

ADN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz turun padang berjumpa masyarakat dan melihat pelbagai barangan dijual di Pasar Pekan Beranang

ADN Sekinchan, Ng Suee Lim menyerahkan sumbangan ketika program keselamatan jalan raya sempena Tahun Baru Cina di DUN beliau

ADN Batu Tiga, Rodziah Ismail menyantuni ahli taekwando cilik ketika mereka menjalani latihan di kawasan DUN beliau

ADN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz menyantuni masyarakat setempat ketika turun padang di Program Jom Shoping anjuran DUN beliau

ADN Meru, Dr Abdul Rani Osman turun

padang ke kawasan banjir

di Bukit Kapar bagi memperin-

cikan bantuan susulan

14Rencana

SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

Di sebalik kemegahan projek mega Makkah Al-Mukarramah

Kepakaran �� ‘Spiderman’ Malaysia ditagih dunia

karramah hingga hari ini ekoran pembesaran Masjidil Haram yang dilakukan dengan begitu pesat dan pantas oleh Kerajaan Arab Saudi bagi menampung jumlah jemaah umrah dan haji yang kian meningkat setiap tahun. Benar-lah kata orang, ‘tuah ayam nam-pak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu’ dan begitulah tuah 14 anak muda itu apabila terpilih mencurah keringat dan bakti di bumi penuh keberkatan yang menjadi impian setiap umat Islam untuk menetap di bumi Ha-ramain.

Kepakaran dan pengala-man luas yang ada menjadi fak-tor utama menyebabkan me- reka mendapat kepercayaan PCT dalam melancarkan gerak kerja pembesaran Masjidil Haram. Tia-da siapa mampu menduga, Malay-sia memiliki warga berkeupaya- an tinggi dan mampu mencipta nama di pentas antarabangsa selain melakar sejarah tersendiri menjadi antara yang terpenting dalam proses pembesaran itu.

Malah, bertugas mengha-dap Kaabah setiap hari adalah satu rahmat Allah SWT yang ti-ada tandingan selain menunai-kan umrah juga haji setiap tahun disebabkan kelebihan beragama Islam yang turut menjadi faktor penyumbang keberadaan mereka di tanah suci Makkah Al-Mukarra-mah. Namun, kekangan masa dan tuntutan kerja antara pengorban-an mereka apabila ada dalam ka-langan 14 anak muda itu terpaksa meninggalkan isteri, anak serta ahli keluarga di Malaysia yang ma-suk tahun ketujuh.

OLEH NURUL FARINA NAZLAN

Pembinaan Menara Jam Gergasi Abraj Al Bait bertentangan Masjidil Haram Makkah Al-Mu-

karramah menjadi bualan ma-syarakat seantero dunia, bahkan ia memperlihatkan keunikan dan kemegahan seni bina Islam apa-bila projek mega pertama yang dibina di tanah suci itu siap, pada 2012. Namun, mungkin tidak ra-mai yang tahu di sebalik gahnya projek berkenaan, ia didukung khidmat dan kepakaran 14 anak muda Malaysia bermula dengan pembinaan serta pemasangan bahan komposit pada Menara Jam Gergasi Abraj Al Bait ber-ketinggian 601 meter termasuk pemasangan juga pembukaan semula struktur binaan mataf se-mentara Masjidil Haram.

Mereka bukan sahaja bertang-gungjawab melaksanakan gerak kerja Menara Jam Gergasi Abraj Al Bait tetapi turut terbabit dalam penstrukturan juga pembinaan sepanjang proses pembesaran Masjidil Haram, bahkan 14 anak muda bertuah itu mempunyai pelbagai bidang kepakaran se-laku tenaga profesional di bawah pengurusan syarikat Premier Composite Technologies (PCT) LLC, Dubai iaitu sub kontraktor bagi syarikat yang memonopoli majoriti projek di Arab Saudi iaitu Saudi BinLaden Group serta ber-peranan penting dalam proses pemasangan komponen bagi projek menara jam terbabit.

Sejak tahun 2010, mereka berpangkalan di Makkah Al Mu-

Terpilih dalamprojek kedua terbesar

Masjidil Haram

Kepakaran dan khidmat 14 anak muda itu terus diiktiraf apa-bila sekali lagi terpilih dalam pro-jek kedua terbesar bagi Masjidil Haram iaitu pemasangan serta pembukaan semula komponen mataf sementara yang memer-lukan profesionalisme termasuk ketelitian dalam aspek kesela-matan diri, pekerja juga jutaan je-maah yang berada di kawasan dataran Kaabah. Mataf semen-tara yang dipasang pada tahun 2013 dibuka seluruh struktur bi-naannya dan dibawa keluar dari kawasan Sahn di dataran Kaabah membabitkan tempoh 24 hari juga 24 jam waktu bekerja siang hingga malam dengan seluruh tenaga kerja bertungkus-lumus dalam operasi pembukaan itu, pada 2016.

Di sini, komitmen 14 anak muda yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang kejurute-raan dan profesional ‘climber’ itu ditagih bagi membantu men-yempurnakan proses pembukaan mataf sementara. Hal itu kerana seorang ‘climber’ diperingkat an-tarabangsa memerlukan sijil khas yang dikeluarkan Industrial Rope Access Trade Association (IRATA) iaitu kursus terperinci yang di-berikan sebelum diiktiraf selaku profesional ‘climber’.

Sentuhan Jurutera dan Pengu-rus Tapak Projek PCT, Hairul Nizam Baharuddin bersama barisan 13 anak muda Malaysia itu adalah ke-megahan sebenarnya bagi Malay-

15SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

Rencana

sia kerana beliau adalah tunjang dan kekuatan bagi mengemudi tiga projek di Masjidil Haram iaitu Menara Jam Gergasi Abraj Al Bait, mataf sementara dan Shamia Ex-tensions dengan dibantu rakan senegara lain.

Hairul Nizam, 40, berkata, be-liau dan rakan yang lain berbang-ga dengan kepercayaan juga pe-luang diberikan syarikat hingga membolehkan mereka men-curah keringat, idea dan bakti dalam rangkaian projek mega di tanah suci Makkah Al-Mukar-ramah yang menjadi tumpuan serta bualan bukan sahaja dunia Islam tetapi negara lain. Kesem-patan bekerjasama dan berpadu tenaga dengan rakan senegara dan negara Islam lain menjadi pengalaman peribadi yang san-gat berharga dalam kamus ke-hidupan beliau.

“Cabaran utama ketika mula menjejak kaki di sini adalah ma-salah komunikasi kerana pekerja di bawah seliaan saya datang da-ripada pelbagai negara anta-ranya Arab Saudi, India, Iran, Syria dan Pakistan. Jadi untuk memu-dahkan situasi kami, bahasa Ing-geris digunakan sebagai bahasa pengantara.

“Namun, tak dapat dinafikan adakala timbul salah faham yang membuatkan saya rasa kurang efisien dalam memberi arahan juga panduan kepada pekerja ekoran berlainan bahasa dan bu-daya.

“Kini, ia bukan lagi masalah be-sar walaupun kekangan daripada sudut komunikasi dan budaya adakala masih berlaku tetapi ti-dak seperti awal ketibaan ke sini kerana saya berusaha meng-gunakan pelbagai kaedah bagi memudahkan proses arahan juga keberkesanan mesej untuk di-sampaikan kepada pekerja,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Pengalaman jadibekalan di rantauan

Hairul Nizam berkata, beliau bersyukur kerana turut disokong 13 rakan senegara dan kumpulan jurutera dari PCT serta kontraktor terbabit selain pengalaman dalam bidang kejuruteraan selama lebih 15 tahun daripada peringkat awal pembabitan dalam projek pem-besaran itu hingga kini. Beliau juga mengakui, belum berhada-pan dengan sebarang konflik dan masalah ekoran komitmen, disip-lin serta sikap profesional yang di-praktikkan setiap pekerja apabila gigih menyiapkan projek berke-naan dengan penuh konsisten dan komitmen padu.

“Lebih utama, saya perlu efek-tif dalam pengurusan beberapa projek dalam satu masa dan ia ti-dak hanya berkaitan pengurusan tetapi turut merangkumi keselu-ruhan aspek kejuruteraan, reka bentuk struktur serta seni bina.

“Tidak ramai yang mahir dan

arif dalam pengendalian juga pengetahuan berkenaan bi-dang komposit berteknolo-gi tinggi yang sedikit seba-nyak memberi ruang untuk berkongsi ilmu pengetahuan juga kemahiran dengan kon-traktor yang terbabit dalam projek ini. Selain itu, kami per-lu memastikan tenaga, masa, keupayaan dan kesabaran di-luangkan sepenuhnya supaya setiap tugas mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu mengakui, masih ba-nyak yang perlu diterokainya su-paya kemahiran dan kepakaran diperoleh dapat memberi man-faat serta faedah bukan sahaja untuk diri-sendiri tetapi dapat juga dikongsi bersama seluruh warga kerja serta pengetahuan umum kepada kontraktor terma-suk rakyat Malaysia walaupun be-liau berpengalaman luas dalam bidang berkenaan.

“Tanpa kesungguhan, ke-gigihan, semangat, doa dan so-kongan padu daripada isteri, ke-luarga serta rakan seperjuangan bukan mudah untuk saya menca-pai kebolehan yang ada pada ta-hap ini terutama cabaran bekerja di perantauan,” katanya.

Peranan penting ‘Spiderman Malaysia’

Hairul Nizam berkata, kemam-puan 13 rakan senegaranya yang lain tidak boleh dipandang en-teng kerana turut memainkan peranan penting dalam setiap projek yang dilaksanakan. De-ngan jolokan ‘Spiderman Malay-sia’ di Makkah, sudah tentu tidak tercapai dek akal fikiran bahawa mereka mempunyai keberanian dengan hanya bergantung kepa-da tali keselamatan (safety rope) dalam usaha memasang kompo-nen pada struktur menara jam yang mempunyai ketinggian 601 meter dari paras laut itu. Mungkin tidak ramai antara kita me-nga-tahui 14 pakar dari Malaysia itu

adalah cabaran pa-ling besar dengan pengendalian peker-ja membabitkan 120 orang daripada pel-bagai negara bagi pro-jek Menara Jam Ger-gasi Abraj Al Bait dan mataf sementara. Saya perlu bertanggung-jawab atas setiap ken-dalian dan ‘climbers’ di bawah seliaan saya selain pemantauan berterusan selain ha-rus teliti bagi men-jaga aspek kesela-matan pekerja ketika pengendalian juga pemasangan struktur binaan ekoran kekan-gan masa dalam usa-

ha mencapai ‘dateline’.“Ini kerana ketepatan penyela-

rasan amat penting kerana saya mengetuai kumpulan pekerja waktu siang dan perlu menyerah-kan tugasan selanjutnya kepada kumpulan kerja waktu malam. Pengalaman yang tidak dapat di-lupakan ketika projek Menara Jam Abraj Al Bait iaitu di saat proses pemasangan ‘clock hand’ apabila saya diangkat oleh kren bersama struktur binaan seberat sembilan tan itu pada ketinggian 480 meter.

“Ketika pemasangan struktur hilal yang diangkat kren bersama komponen seberat 17 tan de- ngan paras ketinggian 590 me-ter, angin kuat dan ribut. Saya yang bergantung pada tali ke- selamatan terhuyung-hayang dan ketika itu komponen tidak dapat dinaik juga diturunkan ekoran ribut pasir. Saya begitu cemas selain hanya mampu ber-tawakal pada Allah SWT supaya selamat dan itulah pengalaman yang paling menakutkan,” katanya.

Penutup

Ketika ini, Hairul Nizam ber-sama warga kerja PCT sedang gigih menyempurnakan tugas yang diberikan pemaju dan kon-

traktor dalam projek pembesaran Masjidil Haram. Beliau dan kum-pulannya turut melahirkan rasa terima kasih atas sokongan padu juga semangat diberikan jemaah Malaysia apabila berselisih ke-tika berada di kawasan Masjidil Haram yang turut berkongsi ke-banggaan apabila projek mega itu mempunyai sentuhan anak Malaysia.

Tidak terjangkau di benak fiki-ran, bagaimana 14 anak muda itu mampu menjalani kehidupan di rantau orang dengan penuh kesabaran terutama jika difikir daripada sudut komunikasi juga budaya kehidupan masyarakat timur tengah. Namun, komitmen dan semangat juang yang tinggi membolehkan mereka terus positif dalam memastikan segala gerak kerja serta ‘dateline’ sasaran mengikut masa ditetapkan wa-laupun terpaksa meninggalkan keluarga nun jauh beribu batu.

Di sebalik semua itu, Hairul Nizam dan 13 rakan lain berharap diberi peluang mencurah keri-ngat dan jasa bagi pembangunan di tanah air sendiri jika mempu-nyai tawaran kompetatif. Namun, bilakah semua itu akan menjadi kenyataan kerana usaha mereka seakan dipandang sepi oleh Ke-rajaan Malaysia yang lebih sang-gup mengeluarkan perbelanjaan tinggi untuk mendapatkan kepa-karan warga asing sedangkan kita mempunyai pakar yang khid-mat mereka ditagih dunia.

Jangan jadi seperti kata pe-patah ‘kera di hutan disusukam, anak di rumah dibiar kelaparan’ dan sampai bila kita ingin me-nidakkan kemampuan anak tempatan di saat dunia luar mengiktiraf kemampuan serta kepakaran mereka. Siapa yang rugi akhirnya?

Nurul Farina Nazlan adalah Penga-rang SelangorKini dan maklumat berkenaan rencana dikongsi Amera Sabrena Dato’ Ahmad Sobri (isteri Hairul Nizam Baharuddin) yang kini di Makkah Al-Mukarramah

berisiko tinggi apabila memperta-ruhkan nyawa demi menjalankan tanggungjawab yang dipikul.

Hairul Nizam menjelaskan, pe-ngendalian operasi pemasangan dan pemantauan dari PCT yang diketuai Armiazizul Ariffin bukan sahaja dijalankan ketika siang, bahkan syarikat itu turut meman-tau jadual kendalian pada waktu malam di bawah seliaan Hashim Ripin dan Zulkefli Sulaiman.

Sementara itu, Armiazizul, 39, berkata, berada di tempat tinggi adalah suatu kepuasan dan be-liau teruja dengan profesion se-bagai ‘climbers’. Beliau yang ber-pengalaman dalam bidang sejak tahun 1998 bermula sebagai pe-kerja biasa sebelum meniti ker-jaya sebagai profesional ‘climb-ers’ pada tahun 2000 hingga kini yang melakukan kerja pendakian di bangunan tinggi dengan kepa-karan sebagai ‘industrial climber’.

Kepakaran ‘climbers’ terba-hagi kepada dua iaitu ‘industrial climbers’ dan ‘sports climbers’. Ada syarikat memerlukan ‘climb-ers’ yang mempunyai kelayakan akedemik antaranya dalam bi-dang kejuruteraan awam atau mekanikal.

“Bekerja di negara orang

14 ‘Spiderman’ Malaysia PENGURUS TAPAK

Hairul Nizam Baharuddin

PENYELIA/’CLIMBER’

Armiazizul Arifin Zulkefli Sulaiman Mohamed Norhisam Hashim Muliana Ahmad Mohd Anuar Abu Hashim Ripin Mohd Najib Ahmad Ramli Sehad Muhamad Armi Azizuddin Mohd Zaidi Abu Shah Sabri Jaka Mohd Hamka Alipyan Airhan Mohd Rasullan

16Rencana

SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

OLEH RADIN MUHD IMADUDDIN RAH

Al-Quran diturunkan un-tuk memandu hidup manusia. Ia keperluan penting untuk meng-

aktualisasi maslahah manusia. Baik manusia, baiklah dunia ini. Matlamat penurunan Al-Quran dipanggil sebagai Maqasid Al-Quran. Manusia yang dididik dengan akhlak Quranik dise-but sebagai manusia yang ter-baik iaitu berbakti dan memberi manfaat kepada manusia lain-nya tanpa mengira agama, kaum atau bangsa.

Selain itu, disebut dalam Al-Quran bahawa tugas manusia sebagai hamba Allah SWT iaitu beribadah kepada Maha Pencip-ta serta tugas manusia sebagai khalifah, membangun, mentad-bir dan berbakti untuk kebaikan makhluk seluruhnya.

Ayat di dalam surah Ali Imran ayat 110, ‘kuntum khaira Ummah ukhrijat lin nas...’ selalu dipetik ketika membahaskan umat ter-baik.

Yang jarang direnung ialah kalimah ‘an nas’ yang bererti ‘ma-nusia’. Ayat itu menjadi ter-as kepada pemberian makna bahawa umat terbaik perlu ke-pada kesan penting iaitu mem-beri manfaat untuk manusia seluruhnya yang sesuai dengan misi Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin.

Implikasinya ialah waima orang yang berwarna apa sek-alipun, akan ada jaminan ke-selamatan untuk setiap orang itu. Jaminan keselamatan, kese-jahteraan dan aman ketika bera-da di tengah masyarakat muslim berakhlak Quranik.

Mesej Al-Quran ialah univer-sal yang merentas bangsa dan agama iaitu untuk mensejahte-rakan. Maka, tidak wajar orang Islam secara sedar, memonopoli secara eksklusif kebaikan yang ada untuk orang Islam sahaja

Maqasid Al-Quran dan negeri berkebajikan

Tadbir urus Selangor lahir masyarakat Quranik

terutama apabila orang Islam dalam tampuk pemerintahan atau kekuasaan. Misi perjua-ngan Islam yang tulen ialah misi kemanusiaan sejagat bukan un-tuk orang yang beragama Islam sahaja.

Antara mesej universal dalam Al-Quran ialah kisah pembe-basan. Kisah memerdekakan minda umat yang mengingat-kan kita kepada perjuangan nabi Musa AS juga dalam membawa misi memerdekakan bangsa yang lumpuh akibat bertahun dianiaya, diperhamba dan ditin-das sehingga jiwa hamba sebati dengan watak bangsa bani Israel itu.

Malah, lebih teruk apabila ke-hidupan hina sebagai hamba di-anggap suatu norma dan biasa sahaja. Sejarah itu lebih drama-tik apabila dikisahkan seperti se-buah tahaluf siasi antara Firaun iaitu sang raja penguasa yang tidak boleh disentuh dan Qarun seorang kapitalis besar dan ta-mak serta Hamman si politikus yang rakus.

Nasib boleh berubah dan harus berubah

Namun, selepas umat itu diberdayakan dengan pembi-naan keyakinan, pembinaan maruah, kehormatan dan harga diri sebagai manusia yang dimu-liakan Tuhan serta pembangu-nan jiwa optimisme bahawa nasib mereka boleh berubah serta harus berubah juga pem-bangunan idealisme umat yang merdeka serta berdaulat, akh-irnya mereka sanggup berhijrah

meninggalkan ‘zon selesa’. Iaitu menyeberangi Laut Merah ke ta-nah yang serba baharu kepada mereka.

Namun, selepas mereka terse-lamat dan tinggal selangkah lagi untuk memasuki negeri baharu yang menjanjikan kemerdekaan dan kedaulatan, mereka gagal untuk berhijrah bersama de-ngan nabinya sehingga ke tanah yang dijanjikan.

Sejarah menukilkan bahawa bangsa itu tidak sanggup untuk berhadapan dengan qawman jabbarin iaitu kaum teroris yang mesti diperangi yang menempa-ti tempat itu. Mereka menjawab, “maka pergilah engkau bersama Tuhanmu, dan perangilah mere-ka. Kami mahu bersenang-senang sahaja di sini.” (Al-Maidah:24). Ternyata, jiwa hamba yang me-reka warisi sekian lama amat su-kar dicabut hingga ke akar umbi.

Sesungguhnya memahami sejarah sangat penting supaya tidak melalui dan melakukan kesilapan lalu. Al-Quran menye-diakan segala macam lagi kisah yang relevan sehingga akhir za-man kerana memang itu matla-mat Al-Quran. Malah, dalam konteks organisasi, bagaima-na mungkin kita tahu ke mana mahu untuk dituju jika tidak tahu di mana kita masa lalu. Dalam konteks kenegaraan, ke-bebasan dan pembebasan min-da daripada jiwa hamba kepada jiwa merdeka sangat besar erti-nya kepada karamah insaniah atau kemuliaan insan.

Jiwa manusia perlu dikeluar-kan daripada derita kesesatan dan kezaliman kepada cahaya

yang terang iaitu cahaya Al-Quran. Manusia yang merdeka jiwanya dan tinggi akal budinya akan sentiasa mahukan keadilan untuk semua.

Atas sebab itu, Al-Quran per-lu sebagai teras dalam memba-ngunkan masyarakat yang bera-khlak Quranik. Masyarakat yang baik lahir daripada pembinaan individu yang baik. Masyarakat yang baik seterusnya akan mela-hirkan negeri yang baik.

Seterusnya, negeri yang baik juga perlu kepada pentadbiran dan kerajaan yang baik. Dengan kata lain, individu yang berakhlak Quranik adalah titik penting dalam melahirkan masyarakat, negeri dan pemimpin yang baik.

Selangor negeri idaman

Dalam konteks Selangor se-bagai sebuah negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebaji-kan, maka nilai Quranik perlu diberi penekanan dalam tadbir urus dan tatakelola kerajaan dan program yang menjadi dasar ke-pada Kerajaan Negeri.

Jika dirujuk kepada trend di seluruh dunia Islam, terdapat tiga ciri utama kejayaan politikal Islam pasca Arab Spring iaitu ‘Wa-cana Muslim Demokrat’, kese- diaan perkongsian kuasa (power sharing) dan pengaruh dalam kalangan rakyat melalui jaringan kerja kebajikan serta pendidikan yang menyeluruh, berterusan juga meluas.

Idea pemikiran konsep nega-ra sivil berlandaskan nilai Islam atau berteraskan syariah dan ‘Civil State with Islamic Refe-

rence ‘ yang lebih progresif serta dinamik juga dibicarakan secara meluas. Antara ilmuwan kon-temporari yang turut mewa-canakan konsep itu termasuk Yu-suf Al Qaradawi, Tariq Ramadan, Rashid Al-Hannoushi serta Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Matlamat Darul Islam dalam konteks negara sivil berinspira-sikan kepada jaminan terhadap kebebasan (al-hurriyah) dan ke-adilan berteraskan tauhid yang menjadikan maqasid syariah se-bagai panduan, mengangkat hak kemanusiaan (huquq al insan) dengan penghormatan tinggi ke-pada jiwa manusia (karamah in-saniah), mengangkat konsep syu-ra selain menghormati aspirasi rakyat dan warganegara dengan menjadikan nilai Islam juga sya-riah sebagai rujukan teras.

Tidak timbul lagi istilah kafir harbi dan kafir zhimmi atau is-tilah Daulah Islam dan Daulah Kufar.

Wacana sebuah negeri yang menjadi idaman warganya iaitu yang maju, sejahtera dan mense-jahterakan serta mengutamakan soal kebajikan warganya sudah pasti perlu mengangkat per-juangan ketuanan rakyat dalam konteks demokrasi yang matang di bawah naungan raja berper-lembagaan.

Demokrasi yang matang adalah apabila rakyatnya per-kasa, jiwanya merdeka, akalnya pintar, tindakannya dipandu prinsip moral dan idealisme. Demokrasi itu yang perlu diper-juangkan.

Program yang berkebajikan sedari Dasar Selangorku dan kini Smart Selangor berupaya mem-beri makna kepada melahirkan generasi terbaik. Program teras Peduli Rakyat diaktualisasikan dalam sektor yang kritikal dalam maslahah rakyat iaitu sektor pendidikan, kebajikan harian, kesihatan dan pemberdayaan usahawan.

Lantas, seperti sejarah lalu, ik-tibarnya supaya kita tidak melalui dan melakukan kesilapan lalu. Setiap zaman ada cabaran qaw-man jabbarin, kaum terorisnya yang tersendiri dan perlu dipe-rangi. Semoga kita berada dalam kelompok yang bersedia untuk memaknakan maqasid Al-Quran.

Radin Imaduddin adalah Yang DiPertua Angkatan Muda Islam Malaysia (ABIM) Selangor

Dalam konteks Selangor sebagai sebuah negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan, maka nilai Quranik perlu diberi penekanan dalam tadbir urus dan tatakelola kerajaan dan program yang menjadi dasar kepada Kerajaan Negeri.

17SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

Alam Sekitar

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR - Ta-man Alam Kuala Selangor kini menawarkan Pusat Sumber per-tama seumpamanya untuk orang awam menelaah atau mengkaji berkenaan tanah lembab.

Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan berkata, ia menawarkan pelbagai jenis bahan bacaan ter-masuk buku, majalah dan jurnal berkaitan sebagai rujukan pe-ngunjung.

Katanya, pusat sumber itu juga menyediakan komputer un-tuk kemudahan carian internet serta ruang membaca kondusif dan berhawa dingin.

“Bila kita lihat ada ruang milik Persatuan Pencinta Alam (Malay-sian Nature Society-MNS) di sini, kita mula usaha dan realisasi hasrat untuk menjadikannya se-bagai pusat sumber.

“Dalam tempoh tiga bulan, bermula daripada cetusan idea saya, kita mula mencari dana dan akhirnya persiapan fizikal disempurnakan dalam tempoh kurang satu bulan,” katanya.

Terdahulu, beliau menyem-purnakan Majlis Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2017 dan Perasmian Pusat Sumber Ta-man Alam, pada 25 Januari lalu.

Hadir sama Presiden MNS, Henry Goh, ahli majlis MDKS dan kira-kira 200 pelajar sekolah sekitar Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR - Persatuan Pencin-ta Alam (Malaysian Nature Society-MNS) memuji usaha Majlis Daerah Kuala Selan-gor (MDKS) mewujudkan Pusat Sumber Taman Alam.

Presidennya, Henry Goh berkata, usa-ha itu sewajarnya dijadikan ikutan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di Malaysia dalam usaha mewujudkan masyarakat ce-lik alam sekitar terutama tanah lembab.

“Kami sangat bangga dan gembira de-ngan apa yang dilakukan MDKS yang ber-jaya mewujudkan pusat pertama seum-pamanya.

“Harapan kami, ia tidak dipersiakan dan digunakan sebaiknya orang awam sehingga mencapai kelasnya tersendiri serta dirujuk sebagai pusat sumber tanah lembab terbaik di dunia,” katanya kepada

SelangorKini.Beliau ditemui sejurus selesai Majlis

Sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia 2017 dan Perasmian Pusat Sumber Taman Alam, pada 25 Januari lalu.

Henry berkata, MNS juga sedia beker-jasama dengan Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan kesedaran umum berkenaan kepentingan tanah lembap.

“Kerajaan Negeri boleh memperba-nyakkan lagi program pendidikan alam sekitar dalam usaha mendidik generasi muda hari ini.

“Tanpa usaha sebegini, kita khuatir ia memberi kefahaman salah mengenai ta-nah lembab kepada umum sehingga ia diabaikan dan akhirnya memberi kesan jangka panjang kepada kita semua,” ka-tanya.

Noraini berkata, dana mewu-judkan pusat sumber berkenaan diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk sumbangan MDKS berjumlah RM10,000.

“Kita juga menjalankan usa-

hasama dengan pelukis yang menjual hasil lukisan berasaskan alam dan tanah lembab dengan hasil jualan dibahagi sama rata dan berjaya peroleh RM30,000.

“Sumber lain termasuk tajaan

pemaju seperti IJM Land, Eco World, MKH Berhad dan kilang getah KOSSAN yang digunakan bagi menampung ‘initial cost’ berjumlah kurang RM55,000,” katanya.

Taman Alam dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dengan bayaran ke-masukan RM3 seorang dan ke-mudahan Pusat Sumber adalah percuma.

MNS puji usaha MDKS

Taman Alam Kuala Selangor

Sedia khidmat pusat sumber

KUALA SELANGOR - Bakal menerajui Ma-jlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Noraini Roslan berhasrat menubuhkan rakan pelan-congan lebih kukuh bagi menjayakan pro-gram pendidikan alam sekitar di daerah berkenaan.

Beliau yang kini menyandang jawatan Yang DiPertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Se-langor (MDKS) berkata, Hulu Selangor masih kaya dengan khazanah alam sekitar yang sewajarnya dikekal dan dipelihara.

Katanya, usaha pendidikan itu semesti- nya memerlukan masa, namun beliau komited ia mampu dijayakan dengan ker-jasama semua pihak.

“Daripada segi kewangan, MDHS lebih kukuh maka saya boleh fokus kepada pro-jek pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar.

“Saya mahu wujudkan kesedaran awam berkenaan kepentingan memelihara ka-wasan hutan yang dibenarkan aktiviti rekreasi seperti di hulu sungai dan air terjun,” katanya kepada SelangorKini.

Lima tahun di MDKS, Noraini antara lain mengilhamkan Pusat Sumber Taman Alam yang menawarkan pusat rujukan seperti buku, majalah dan jurnal ilmiah berkenaan tanah lembab.

“Saya sentiasa mempunyai minat tinggi terhadap alam sekitar dan Hulu Selangor menawarkan saya peluang lebih besar un-tuk direalisasikan.

“Hasrat terbesar, saya mahu pengunjung taman rekreasi mempunyai kesedaran un-tuk tidak meninggalkan sampah dan ber-sama memastikan alam sekitar bersih terpe-lihara,” katanya.

Noraini fokus pelihara alam

18PBT

SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Sekurang-kurang-nya lapan premis makanan ditutup sementara sempena Operasi Berse-padu Pemeriksaan Premis Makanan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sekitar Pusat Komersial, Seksyen 7, pada 26 Januari lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, tindakan penu-tupan sementara diambil atas ke-salahan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Un-dang-Undang Kecil (UUK) Establi-syemen Makanan MBSA 2007.

Katanya, MBSA turut menge-luarkan tujuh notis dan 11 kom-paun terhadap premis makanan terbabit atas kesalahan seperti tiada suntikan anti-Typhoid (TY2) dan membuang sisa makanan ke dalam longkang.

“MBSA sentiasa mengambil langkah menguatkuasakan pe-raturan serta mengeluarkan no-tis dan kompaun kepada premis yang gagal mematuhi syarat juga peraturan.

“Kami juga tidak akan berkom-promi dengan isu kebersihan dan tidak teragak-agak menutup pre-mis makanan sekiranya terdapat

SHAH ALAM - Taman Rekreasi Puncak Jalil yang terbengkalai sejak 2006 kini dibuka kepada awam yang diharapkan dapat mewujudkan persekitaran segar dan selesa bagi semua lapisan masya-rakat.

Timbalan Pengarah Korporat Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik Maj-lis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Azfarizal Abdul Rashid berkata, pemba-ngunan taman rekreasi awam itu selaras dengan ‘Wishlist Green City 2030’ komu-niti MPSJ.

Katanya, ia dapat memberi manfaat kepada penduduk di Taman Puncak Jalil dan kawasan sekeliling dengan pembu-kaan taman rekreasi itu.

“Taman rekreasi ini menempatkan be-berapa kemudahan untuk orang awam seperti struktur teduhan, wakaf, laluan

pejalan kaki (450 meter) dari bawah ke atas bukit, kerusi taman dan kemudahan asas seperti tong sampah juga papan tanda.

“Selain itu, pokok sedia ada cuba un-tuk dikekalkan dengan penambahan se-dikit yang baru bagi mengindahkan ta-man rekreasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Taman Rekreasi Puncak Jalil yang berkeluasan 6.33 ekar itu dibangunkan pemaju iaitu Maxisegar Sdn Bhd dan di-serahkan kepada MPSJ, bermula tahun ini.

Cadangan pembangunan itu bermula sejak tahun 2003 sebelum terbengkalai pada tahun 2006.

MPSJ meminta kerjasama pemaju me-mastikan projek itu disiapkan demi kese-jahteraan penduduk sekitar yang sangat memerlukan taman riadah.

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerahkan tanggungjawab kutipan sampah pukal dan kerja pemotongan po-kok kepada Syarikat KDEB Waste Manage-ment Sdn Bhd (KDEBWM) secara berpe-ringkat hingga penghujung 2018.

Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Ya-sid Bidin berkata, penyerahan secara ber-peringkat itu akan dibuat bermula Mac ini sejurus kontrak kontraktor tamat.

“Pada bulan Jun ini akan ada lagi pertu-karan sehingga semua kerja pembersihan akan diambil alih sepenuhnya oleh KDEB-WM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pem-berita dalam sesi sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK BIL.1/2017 di Hotel Aliya.

Katanya, untuk peringkat awal MPK meny-erahkan 20 dari 111 Zon sampah pukal terma-suk kawasan strata.

KDEBWM sebelum ini diberikan tanggung-jawab melaksanakan kerja kutipan sampah domestik, sejak 1 Julai 2016.

Command Centre boleh dihubungi menerusi talian 019-2742824 (talian What-sapp), 019-375 9592, 019-375 3980, talian be-bas toll STARS di 1-800-88-2824 .

SHAH ALAM - Sempena sambutan ulang tahun Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang ke-20, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik mengambil inisiatif melaksanakan pengindahan juga penam-bahbaikan di bawah jambatan.

Timbalan Pengarah Korporat, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik, Az-farizal Abdul Rashid berkata, ia membabit-kan Persiaran Tujuan melalui projek pengin-dahan lukisan mural, tanda nama kawasan dan landskap.

Katanya, lokasi jambatan adalah laluan utama masuk ke Subang Jaya dan amat strategik bagi tujuan komersial dan penje-namaan perbandaran.

“Projek pengindahan mural itu membabitkan lukisan mural pada dinding bawah jambatan yang berkonsepkan mot-to MPSJ iaitu ‘a place to live, learn, play and work’.

“Selain bertujuan bagi pengindahan, inisiatif ini juga dilihat mendatangkan ni-lai komersial kepada MPSJ di samping landasan bagi memperkenalkan kawasan MPSJ secara kreatif kepada pengujung luar

Ops Bersepadu Premis Makanan MBSA

8 premis makananditutup sementara

urungan lipas atau tikus atau pre-mis makanan yang mempunyai ‘rating’ kebersihan di bawah 50 peratus,” katanya.

Shahrin berkata, MBSA sen-tiasa mengadakan operasi secara berkala bagi memastikan keber-sihan premis dan pengendalian makanan berada pada tahap ter-tinggi.

“Setiap premis makanan di-ingatkan supaya menjaga ke-bersihan serta mengamalkan pengendalian makanan betul serta memastikan pembantu ke-dai mendapat suntikan TY2 dan menghadiri kursus pengendalian makanan,” katanya.

Diketuai Pegawai Kesihatan Persekitaran, Norhisham Muham-mad, operasi turut disertai Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Notis dan kompaun dikenakan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Establisyemen Makanan MBSA 2007, Undang-Undang Ke-cil (UUK) Pengendalian Makanan MBSA 2007, Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred Per-niagaan dan Perindustrian MBSA 2007, Akta Jalan Parit dan Bangun- an 1974 dan Akta Kerajaan Tem-patan 1976.

MPSJ warnai jambatan, perindah landskap perbandaran

KDEBWM kutip sampah pukal bermula Mac

dan pemandu yang menggunakan laluan utama ini masuk ke dalam kawasan Sub-ang Jaya,” katanya dalam kenyataan.

Azfarizal berkata, usaha terbabit turut mendapat sokongan dan kolaborasi orga-nisasi lain termasuk The One Academy, Subang Jaya yang menyumbang kepada idea kreatif visual.

Manakala, pihak ICI Paints (M) Sdn Bhd turut menyumbang cat yang diperlukan dengan nilaian keseluruhan usahasama RM 24,060.

“Pemasangan papan tanda ini akan di-laksanakan di kawasan lain secara berpe-ringkat bagi memberi impak yang lebih berkesan bagi menonjolkan lagi imej MPSJ sebagai perbandaran vibrant,” katanya.

Taman Rekreasi Puncak Jalil lengkap pelbagai kemudahan

19SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

PBT

SHAH ALAM - Sekurang-kurangnya 394 kes demam denggi dicatatkan pada ming-gu epid pertama hingga ketiga di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Yang DiPertuanya, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, jumlah itu lebih rendah berbanding ming-gu epid sama tahun lalu iaitu 737 kes.

Katanya, Seri Serdang mencatatkan lima loka-liti bagi hotspot demam denggi.

“Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara adalah satu-satunya lokaliti hotspot denggi melebihi 100 hari dengan jumlah 40 kes didaftarkan.

“Tempoh hotspot berlarutan sehingga 153 hari. Aktiviti cari dan musnah dijalank-an empat kali dan terkini pada 22 Januari lalu,” katanya di mesyuarat bulanan, baru-baru ini.

Nor Hisham mengingatkan penduduk menjalankan kerja pembersihan kawasan rumah dan pangsapuri.

Katanya, bekas boleh menakung air

hendaklah sentiasa dicuci dan dibersihkan supaya tidak menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.

Sementara itu, dalam laporan pen-guatkuasaan isu sampah haram, sehing-ga bulan Disember 2016 sebanyak 202

Notis Tawaran Kompaun (NTK) dikelu-arkan dan 12 sitaan kenderaan di-

lakukan.Katanya, 61 NTK dikeluar-

kan di bawah Seksyen 4 (Ke-salahan membuang apa-apa sampah di tempat awam), 93 NTK di bawah Seksyen

6 (Kesalahan tidak menye-diakan tong sampah di premis

perniagaan) dan 48 NTK di bawah Seksyen 12 (Kesalahan membuang

buangan perindustrian dan buangan da-gangan yang ditetapkan.

Kesemua NTK ini dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (UUK PPPS) MPSJ 2007.

“MPSJ akan terus meningkatkan aktivi-ti penguatkuasaan terhadap aktiviti pem-buangan sampah di tempat yang tidak dibenarkan,” katanya.

CYBERJAYA - Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menjadi pihak berkuasa tem-patan pertama diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) susulan kejayaan-nya menghasilkan semburan pembas-mi nyamuk aedes ‘Aedes Bio-Based Fuel’ (ABBF) menggunakan minyak masak ter-pakai.

Yang Dipertua MPSepang, Datuk Puasa Md Taib berkata, ABBF dibangunkan den-gan kerjasama Institut Penyelidikan Per-hutanan Malaysia (FRIM) sejak 2015 dan produk itu kini diguna di lokaliti terpilih seperti Taman Dengkil Jaya sebagai per-cubaan.

“Produk akan dipaten dan didaftarkan dalam waktu terdekat supaya penggunaan-nya boleh diperluas,” katanya lapor BERNAMA.

Katanya MPSepang merancang meng-gunakan ABBF di kawasan yang merekod-kan peningkatan kes demam denggi.

Antara kelebihan ABBF ialah mempu-nyai kesan membunuh nyamuk sama se-perti semburan diesel, mengurangkan ke-san toksik, tidak memedihkan mata atau mengeluarkan bau serta asap yang tidak selesa.

ABBF juga mengurangkan risiko kesi-hatan kepada pekerja yang melakukan ak-tiviti semburan dan mereka yang terdedah kepada asap semburan selain mesra alam sekitar.

Puasa berkata, kekangan yang dihadapi oleh MPSepang pada masa ini ialah beka-lan minyak masak terpakai yang terhad iaitu sekitar 5,000 kilogram sebulan.

KLANG - Sebanyak 29 notis dike-luarkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam Operasi Pemerik-saan Lesen Anjing Peliharaan dari premis ke premis, pada 26 Janu-ari lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan MPK, Azmi Muji berkata, notis terbabit dikeluarkan terdahulu sebelum mengambil tindakan kompaun kepada pemilik ingkar mendapatkan lesen.

Katanya, dalam pemeriksaan 32 premis, hanya tiga premis sa-haja mempunyai lesen.

“Bermula tahun ini, MPK akan menguatkuasakan sepenuhnya

lesen bagi membela anjing un-tuk pemilikan haiwan peliharaan persendirian dan premis komer-sial di seluruh Klang.

“Penduduk ingin membela anjing dikehendaki mendapat-kan lesen daripada MPK dengan kadar RM10 seekor bagi tempoh setahun,” katanya.

Azmi berkata, anjing berkeliar-an tanpa ikatan sama ada ber-lesen atau tidak akan ditangkap sekiranya operasi dijalankan.

“Pemunya ingkar mendapat-kan lesen boleh dikenakan denda tidak melebihi daripada RM2,000 atau penjara tidak lebih

dari satu tahun atau kedua-duan-ya di bawah UUK 3 (1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MPK) 2007.

“Sesuatu keselahan yang berterusan boleh dikenakan denda sejumlah wang tidak me-lebihi dari RM200 bagi satu hari selama tempoh kesalahan itu diteruskan selepas sabitan,” ka-tanya.

Tahun lalu, 986 ekor anjing dilesenkan dan 337 notis dikelu-arkan serta 54 kompaun dikena-kan, sepanjang tahun lalu.

Setakat 21 Januari lalu, 259

ekor anjing dilesenkan.Terdahulu, Yang DiPertua

MPK, Dato’ Yasid Bidin berkata, penguatkuasaan itu bertujuan

mengawal populasi anjing se-lain memudahkan proses iden-tifikasi pemilikan haiwan peli-haraan berkenaan.

Lesen Anjing: �� premis diperiksa hanya � berlesen

Denggi menurun: Penduduk disaran terus musnah aedes

MPSepang basmi aedes guna minyak masak terpakai

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Orang ramai kini berpeluang menikmati kemu-dahan sistem bayaran tempat letak kereta pintar ‘Flexi Parking’ di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, sistem itu memerlukan penggunaan telefon pintar sebagai kaedah alternatif selain kupon gores dan pas bulanan.

Katanya, ia antara inisiatif bagi menambahbaik pengurus-an tempat letak kereta supaya lebih efisien dan sistematik.

“Orang ramai boleh mem-buat belian kredit secara talian terus melalui perbankan inter-net menggunakan telefon pin-tar. ‘Flexi Parking’ memudahkan proses pembayaran pengguna tanpa perlu mempamerkan ku-pon gores atau pas bulanan.

“Ia sekali gus berupaya me-ngurangkan masalah serta adu-an pengguna berkaitan kesu-karan mendapatkan kupon, salah menggores kupon serta lambakan buku kupon,” katanya.

Aplikasi ‘Flexi Parking’ boleh dimuat turun secara percuma di ‘Android Play Store’ atau ‘Apple Apps Store’ dan berfungsi secara dwi bahasa.

Shahrin berkata, pengguna akan di-beri makluman peringatan sepuluh minit lebih awal sebelum tamat tempoh letak kenderaan.

“Sistem ini juga selaras hasrat Kera-jaan Negeri menjadikan Selangor sebagai Smart State, menjelang 2025,” katanya.

Selaras Smart State

Flexi Parkingmudahkanwarga Shah Alam

.

Hubungi 03-5510 5133 sambungan1477 /1656/1657/1658Seksyen Pengurus-an Hasil, Jabatan Kewangan MBSA

INFOFLEXIPARKING

20Pendidikan

SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - RM50,000 disum-bangkan Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) kepada Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS) sebagai inisiatif mem-perkaya sumber bacaan di per-pustakaan itu.

Ketua Bahagian Komunikasi Worldwide, Ami Nardin Ishak berkata, komitmen itu dilaksana sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) membantu mem-perkukuhkan agenda pemba-ngunan pendidikan negeri.

“Ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial di-rangka sepanjang tahun ini

dengan berpandukan kepada empat teras utama iaitu sukan, alam sekitar, pendidikan dan so-sial.

“Sumbangan ini merupakan program tahunan bagi tujuan perpustakaan menambah jum-lah buku dan sumber bacaan lain.

“Kerjasama ini diharapkan berterusan sehingga Worldwide mampu untuk terus membantu meningkatkan frasarana PPAS bagi masa akan datang,” katanya kepada Selangorkini.

Terdahulu, majlis penyerahan sumbangan diadakan di Dewan Utama PPAS turut dihadiri Pe- ngarah PPAS, Mastura Muha-mad; Ketua Divisyen Kutipan,

Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Ketua Divisyen Komunikasi Kor-porat Lembaga Zakat Selangor, Norajun Ainon.

Pemeteraian penyerahan sumbangan itu menyaksikan Worldwide Holding sebagai syarikat milik Kerajaan Negeri pertama membuka lembaran 2017 dengan melaksanakan ini-siatif CSR membabitkan prospek pendidikan negeri.

Sementara itu, Mastura ber-kata, penyerahan sumbangan terbabit dimanfaatkan bagi tu-juan penambahan sumber dan keperluan bahan bacaan di PPAS yang bermanfaat untuk rujukan masyarakat.

SHAH ALAM - Worldwide Hold-ing Berhad (Worldwide Holdings) komited memainkan peranannya sebagai syarikat milik Kerajaan Selangor untuk menyumbang kepada agenda pembangunan pendidikan negeri.

Ketua Bahagian Komunikasi-nya, Ami Nardin Ishak berkata, tumpuannya terarah kepada pelaksanaan dasar pendidikan se-dia ada seperti diumumkan dalam Belanjawan Negeri, Oktober lalu.

“Worldwide menyokong pro-gram Kerajaan Negeri dalam usa-ha melahirkan mahasiswa dan penghafaz Al-Quran melalui pro-gram pendidikan di Kolej Univer-siti Islam Selangor.

“Tidak terhenti setakat itu, kami turut membantu dalam usa-ha memperkasakan sistem pendi-dikan di bawah Program Penerbi-tan Buku Sekolah Rendah Agama

yang mengguna pakai sukatan dan modul pendidikan JAIS.

“Komitmen dilaksanakan ini diharap membantu segala ben-tuk keperluan pendidikan dan tangungjawab sosial kami kepa-da agenda pembangunan pendi-dikan,” katanya.

Worldwide Holdings adalah anak syarikat Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS) yang giat mendukung pelaksa-naan dasar yang dibangunkan Kerajaan Negeri.

Untuk tempoh 2016 antara inisiatif utama dijalankan syarikat itu termasuk penyediaan modul pendidikan bagi kegunaan ma-syarakat Islam Champa, di Kem-boja.

Malah, syarikat itu juga turut menaja program pendidikan tah-fiz, Al-Quran dan Al- Qiraat di ins- titusi pendidikan negeri.

SHAH ALAM - Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS) kini dileng-kapi kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan.

Pengarahnya, Mastura Muha-mad berkata, PPAS menawarkan perkhidmatan buku audio ber-manfaat kepada golongan itu untuk mendapatkan sumber ba-caan secara berkesan.

“Perkhidmatan ini dijalankan menerusi kerjasama Unit Per-ancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan beberapa syarikat penerbi-tan buku untuk menterjemah-kan karya tempatan dalam ben-tuk audio.

“Inisiatif ini digerakkan atas komitmen Dato’ Menteri Besar yang mahu ia dihasilkan supaya karya agung Sasterawan Negara diterjemahkan dalam bentuk au-dio untuk OKU cacat penglihatan.

“Manfaatnya OKU cacat penglihatan ini tidak perlu lagi membaca buku braile, seba-liknya guna medium buku audio ini dan dengar,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif itu lebih memberi manfaat kepada golongan berkenaan kerana terjemahan audio dilengkapi dalam Bahasa Melayu.

“Sebelum ini agak sukar kerana buku audio hanya tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja dan tidak dibuat dalam Bahasa Melayu.

“Inisiatif dibangunkan Kera-jaan Negeri, PPAS dapat memu-dahkan pembaca khususnya golongan OKU cacat penglihatan.

“Justeru, kami berharap penambahbaikan ini akan mendorong orang ramai untuk datang berkunjung ke PPAS,” ka-tanya.

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengumumkan pelaksanaan inisiatif siswazah khas dikenali sebagai Graduate Employabi-lity Enhancement Programme for Smart Selangor (PROGRESS) Batch 2 sebagai sebahagian da- ripada Inisiatif Peduli Rakyat dan kempen Smart Selangor.

Exco Pendidikan, Pemba-ngunan, Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ob-jektif PROGRESS adalah me-ningkatkan kebolehpasaran graduan serta menyediakan peluang latihan kerja dengan syarikat terpilih.

“Pada batch pertama lebih daripada 90 pera-tus peserta pro-gram ini berjaya mendapat peker-jaan dan kini PRO-GRESS dibuka per-mohonan untuk batch keduanya.

“Program ini terbuka kepada graduan yang se-dang mencari pe-kerjaan dan mahu-kan program yang boleh memper-tingkatan peluang mendapatkan kerja adalah digalakkan untuk membuat permohonan me-nyertai program ini,’ katanya dalam kenyataan.

Difahamkan pro-

gram itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu latihan kelas se-bulan (lapan kemahiran insaniah atau soft skills) dan program pe-rantisan selama enam bulan di syarikat terpilih serta elaun.

Program itu terbuka kepada seluruh anak Selangor, ber-mastautin lebih dari lima ta-hun mempunyai ijazah sarjana muda dan berumur 27 tahun ke bawah.

Program bakal berlangsung selama 29 hari bermula 19 Feb-ruari hingga 19 Mac ini.

Orang ramai boleh layari Facebook PROGRESS untuk se-barang maklumat lanjut.

Worldwide Holdings sumbang RM50,000

Perkaya sumber bacaan PPAS

Worldwide Holding peduli pendidikan negeri

PROGRESS bantu graduan cari kerja

PPAS tawar bahan bacaan mesra OKU cacat penglihatan

21SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

Agama

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Kerajaan Arab Saudi mengembalikan semula kuota jemaah haji Malaysia kepa-da 27,900 jemaah untuk Musim Haji 2017.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataannya berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohammad Saleh Bentan ketika mesyuarat tahunan urusan haji di Jeddah, baru-baru ini.

Katanya, mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“TH juga dimaklumkan ba-hawa Kerajaan Arab Saudi ham-pir selesai melaksanakan projek pembangunan mega di sekitar Masjidil Haram sebagai usaha-nya memastikan jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia dapat menunaikan ibadat dengan lebih

selesa juga selamat seiring de-ngan penambahan jumlah je-maah setiap tahun.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Men-teri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi di atas pengembalian semula kuota haji berkenaan yang amat dinan-tikan seluruh umat Islam,” kata kenyataan itu.

TH juga memaklumkan, Kera-jaan Malaysia dan Arab Saudi sentiasa duduk semeja bagi membincangkan soal penguru-san jemaah haji dan penambah-baikan setiap tahun.

“Antara perkara dibincang-kan setiap tahun adalah perun-tukan kuota tambahan bagi memendekkan tempoh penggili-ran haji,” kata kenyataan sama.

Sebelum ini, Kerajaan Arab Saudi menghadkan kuota je-maah haji dari Malaysia kepada 22,230 sahaja, sejak 2013.

Tabung Haji

Kuota haji Malaysia dikembalikan

SEMENYIH - Seramai 10 pasa-ngan pengantin Orang Asal se-lamat dinikahkan dengan enam pasangan wali raja dan empat pasangan pengantin permohon-an nikah di bawah umur, baru-baru ini.

Pernikahan itu dilakukan dalam satu program Pemurnian Pernikahan Orang Asli bertempat di Kampung Orang Asli Sungai Lalang dan Mahkamah Syariah Hulu Langat.

Majlis pernikahan itu dimu-lakan dengan prosiding mahka-mah syariah oleh Ketua Hakim

Syarie Selangor, Dr Mohd Naim Mohktar dalam mendapatkan Perintah Raja bagi membolehkan pasangan terbabit mendapatkan wali hakim.

Acara pernikahan dilakukan dua kadi dengan menikahkan pa-sangan pengantin berusia antara 15 hingga 25 tahun.

Majlis turut dihadiri Penolong Pendaftar Nikah PAID Hulu La-ngat, Hanifuddin Roslan.

Program itu bertujuan untuk memudahkan proses pernikahan pasangan Orang Asal membabit-kan wali hakim.

�� pasangan Orang Asal selamat dinikahi

Surau Hidayah kumpul RM�,��� bantu Syria

WAKTU SOLAT SELANGOR3 - 10 Februari 2017

6 - 13 Jamadilawal 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

03 Jumaat 6:00 6:10 7:27 1:30 4:51 7:28 8:3904 Sabtu 6:00 6:10 7:27 1:30 4:51 7:28 8:4005 Ahad 6:00 6:10 7:27 1:30 4:51 7:28 8:4006 Isnin 6:00 6:10 7:27 1:30 4:51 7:28 8:4007 Selasa 6:00 6:10 7:27 1:30 4:51 7:28 8:4008 Rabu 6:00 6:10 7:27 1:30 4:50 7:29 8:4009 Khamis 6:00 6:10 7:27 1:30 4:50 7:29 8:4010 Jumaat 6:00 6:10 7:26 1:30 4:50 7:29 8:40

03 Jumaat 6:02 6:12 7:29 1:32 4:53 7:30 8:4204 Sabtu 6:02 6:12 7:29 1:32 4:53 7:30 8:4205 Ahad 6:02 6:12 7:29 1:32 4:53 7:30 8:4206 Isnin 6:02 6:12 7:29 1:32 4:53 7:30 8:4207 Selasa 6:02 6:12 7:29 1:32 4:53 7:31 8:4208 Rabu 6:03 6:13 7:29 1:32 4:53 7:31 8:4209 Khamis 6:03 6:13 7:29 1:32 4:52 7:31 8:4210 Jumaat 6:03 6:13 7:29 1:32 4:52 7:31 8:42

SHAH ALAM - Ahli kariah surau Hidayah AU1 ber-jaya mengumpulkan RM2,781 untuk tabung kema-nusiaan Syria sempena satu program kemasyaraka-tan, baru-baru ini.

Yang DiPertua Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Ampang Jaya, Othman Mahmud berkata, program itu bertujuan mengeratkan hubungan ahli kariah setempat.

"Ia juga mampu meningkatkan ketakwaan dan kesedaran terhadap Islam terutama dalam isu Syria juga umat Islam.

"Program ini juga dilihat dapat memberi motiva-si kepada belia untuk belajar lebih tekun," katanya dipetik akhbar Sinar Harian.

Program dianjurkan secara bersama antara Ikram dan Persatuan Kebajikan Islam Rumah Teres Taman Keramat Permai AU1B (Pekerti) dan Persatuan Pen-duduk Rumah Pangsa.

Selain sumbangan ahli kariah, program turut diselit slot kuliah Subuh bertajuk Isu Semasa Syria, Pengajaran Buat Kita oleh Pengerusi MyCare, Dr Hafidzi Mohd Noor.

Turut diadakan, gotong royong bersama pen-duduk, program Junior Hebat dan Remaja Kental.

22Kebajikan

SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM - Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) melalui ADN Selat Klang melawat 13 warga emas dan orang kelain-an upaya (OKU) dalam kalangan kaum Tionghua bagi menyampaikan beberapa hadiah dan sum-bangan wang.

ADN Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, be-liau bersama petugas PAS dan Briged Amal Selat Klang menyerahkan sumbangan daripada PE-KAWANIS kepada 13 penerima di sekitar Teluk Pu-lai, pada 26 Januari lalu.

“Sumbangan itu mensasarkan golongan warga emas dan OKU berbangsa Cina bagi meringankan beban mereka menyambut Tahun Baru Cina.

“Selain menyerahkan sumbangan, saya sem-pat menziarahi dan bertanya khabar, di samping melihat hasil lukisan unik seorang belia OKU,” ka-tanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, seramai 400 rakyat Selat Klang menyambut perayaan Tahun Baru Cina menerima baucer Jom Shopping.

“Kita mahu orang Cina gembira ketika me-

SHAH ALAM - Penduduk Semenyih berpeluang menyertai pelbagai program anjuran Kerajaan Negeri sempena Program Mesra Rakyat di Semenyih, baru-baru ini.

Disempurnakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, program turut disertai Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin.

“Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap rakyatnya dan sentiasa aktif menyampaikan sumbangan serta bantuan bagi meringankan beban,” kata Daroyah.

Antara program dijalankan ialah Ziarah Medik iaitu program pemeriksaan kesihatan yang dilakukan dari rumah ke rumah.

Selain itu, sumbangan barangan keperluan turut diagihkan kepada golongan memerlukan.

KAJANG - Sebanyak 50 topi keledar de-wasa dan 15 topi keledar kanak-kanak diagihkan kepada penunggang serta pembonceng motosikal dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena pera-yaan Tahun Baru Cina 2017.

Sebanyak 800 beg cenderahati turut di-agihkan kepada pengguna jalan raya keti-ka sesi interaksi dan khidmat nasihat bagi menyuntik kesedaran mereka berkenaan aspek keselamatan yang perlu dititikbe-ratkan setiap masa.

Manakala, 30 jaket pantulan cahaya juga diagihkan kepada penunggang mo-tosikal bagi meningkatkan tahap keboleh-lihatan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Kempen terbabit dirasmikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pengurusan, Dato’ Mazlan Md Noor di Plaza Batu 11 Cheras-

Kajang, di sini.Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan

Raya (JKJR) Selangor, Mohammad Fakhri Mansor berkata, kempen itu bertujuan menyuntik kesedaran berkenaan kesela-matan ketika berada di jalan raya, sekali gus mampu mengurangkan kadar kema-langan dan kematian yang berlaku sepan-jang musim perayaan kali ini.

Fakhri berkata, polis dan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan mengambil langkah strategik dalam usaha mengu-rangkan kadar kemalangan juga kematian jalan raya.

“Ops Selamat bermula 21 Januari lalu hingga 5 Februari ini sebagai usaha me-ngurangkan kadar kemalangan. Tahun lalu, Ops Selamat mencatatkan 5,247 kes iaitu peningkatan 248 kes, berbanding ta-hun 2015,” katanya.

Ringan beban rakyat

PEKAWANIS serah sumbangan sempena Tahun Baru Cina

Ziarah Medik santuni penduduk Semenyih

JKJR Selangor agih topi keledar,cenderahati

nyambut perayaan Tahun Baru Cina ber-sama keluarga tersayang,” katanya.

Difahamkan, pemberiaan baucer itu dilakukan melalui tiga fasa iaitu pada 17,

24 dan 26 Januari lalu yang diadakan di Pasaraya Econmart berhampiran pejabat ADUN Selat Klang.

Turut hadir ialah Ketua Komuniti Kaum

India Selat Klang, Radhakrishnan; Ketua DHPP Selat Klang, Ramanchandran dan Pegawai Khas Ahli Majlis MPK, Ismail Rab-bani.

23SelangorKini 3 - 10 Februari 2017

Sukan

GOMBAK - Program pencarian bakat sepak takraw Trio Impian Perangsang Selangor bagi dae-rah Gombak berjaya mengesan Zuhri Muhammad Zain iaitu pe-lajar berusia 16 tahun dari Taman Melawati yang dilihat berpotensi dimajukan sebagai atlet Sela-ngor.

Dengan ketinggian hampir 190 sentimeter, Zuhri yang ber-aksi di posisi tekong mempunyai ciri hampir sama dengan tekong kebangsaan terkini iaitu Syahir Rosdi.

Kemampuan beliau melaku-kan servis ke pelbagai sudut dengan kelajuan yang hebat tu-rut membuatkan bekas pemain negara iaitu Zulkarnain Arif yang turut menjadi jurulatih dalam

program itu kagum dengan ke-mampuan beliau.

Program disertai 42 peser-ta itu berjalan lancar dan turut mendapat sokongan daripada ibu bapa sekitar Gombak selain turut membantu pelajar mem-persiapkan diri bagi kejohanan MSSD Gombak yang bakal ber-langsung, pada Februari ini.

Selain Zulkarnain, dua lagi bekas pemain sepak takraw Sela-ngor iaitu Mat Supian Samad dan Airul Anwar Azman turut sama mencurahkan ilmu juga pengala-man bagi memantapkan lagi ke-mahiran peserta.

Pada hari pertama, peserta di-dedahkan dengan pelbagai teknik latihan termasuk pendekatan ‘To-tal Warm-up’, ‘Court Graph’ dan

‘Sports Imagery’.Ketua jurulatih, Syarudin Nazir

berkata, tempoh dua hari program yang turut dibantu Gajah Emas In-dustries itu mencukupi untuk tu-juan pendedahan dan membina jaringan diantara penggiat sepak takraw daerah Gombak.

Ia turut dijelmakan dengan sesi praktikal apabila kejohanan mini turut dijalankan pada hari kedua.

Peserta diundi dan memben-tuk regu lalu perlawanan dengan format liga dijalankan dengan regu Korea B muncul juara me-newaskan regu Putra Selayang dengan mata 3029.

Maklumat lanjut berkenaan program boleh didapati di Bo-larotan.com dan di Facebook ras-mi Bolarotan.

SHAH ALAM - Atlet menembak negara, Eddy Chew mahu men-cabar dirinya untuk tampil lebih cemerlang pada Piala Dunia 2017 di New Delhi, India yang akan berlangsung, dari 22 Februari hingga 4 Mac ini.

Kini, Eddy, 22, enggan mem-beri tekanan pada sasaran warna pingat sebaliknya akan memas-tikan penampilan di kejohanan berprestij itu tidak akan disia-siakan.

Atlet kacukan Melayu-Cina itu berkata, kejohanan Piala Dunia adalah landasan terbaik untuk mengukur pencapaiannya selain persiapan berguna bagi meng-hadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang bakal berlangsung, dari 19 hingga 31 Ogos ini.

SHAH ALAM - Tiga pemain Red Giants dipanggil Frank Bernhardt bagi menyertai kem latih-an skuad Harimau Malay-sia B-22.

Tiga pemain itu adalah Adam Nor Azlin, Syahmi Safari dan Kannan Kalaiselvan.

Sebelum ini, Red Giants me-nyenaraikan 27 pemain rasmi- nya selepas tarikh tutup Pendaftaran Pertama Liga Su-per 2017 (22 Januari) dan se-lesainya urusan mendapatkan ITC (International Transfer Cer-tificate) bagi pemain import baharu.

Pemain Timor Leste kela-hiran Brazil, Juliano Mineiro memperkuatkan barisan pe-main The Red Giants musim ini selepas pemain tengah pe-nyerang itu mengikat kontrak hingga Jun ini bagi mengam-bil tempat Andik Vermansyah buat sementara waktu.

Ketua Jurulatih The Red Gi-ants, P Maniam berkata, mengi-kut perancangan awal Juliano

Mineiro yang sebelum ini me-wakili kelab Jepun, Kashiwa Reysol hanya bersama pasu-kan The Red Giants sementara menunggu Andik kembali pu-lih daripada kecederannya se-belum dijangka beraksi, pada Mei ini.

P Maniam turut menjelas-kan, Andik dijangka pulih Mac ini dan memerlukan masa un-tuk beliau mendapatkan kecer-gasan semula, pihaknya turut bercadang mengambil Miniero sementara menunggu Andik datang semula menyertai The Red Giants.

Berdasarkan senarai rasmi 27 pemain yang diumumkan, The Red Giants kini dibarisi empat pemain import, iaitu Francis Forkey Doe dan Victor Astafei di bahagian hadapan, Juliano Mineiro di bahagian tengah dan Ugochukwu Ukah di bahagian pertahanan.

Pendaftaran kedua Liga Su-per 2017 dibuka semula pada 15 Mei hingga 11 Jun 2017 ini.

Trio Impian Perangsang Selangor gilap potensi atlet

Zuhri permata baru Selangor

� tonggak sertaiHarimau Malaysia

Atlet menembak bawa misi negara ke Piala Dunia

“Pencapaian terbaik saya dalam 10 meter (m) ‘Air’ Pistol adalah 577 mata dan 50m ‘Free’ Pistol 555 mata ketika beraksi di Kejohanan Menembak Asia di Kuwait tahun lalu. Saya berharap

keputusan di Piala Dunia kali ini lebih baik.

“Saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri un-tuk warna pingat di India. Beraksi di peringkat dunia bukan senang,

jadi saya tidak akan sia-siakan peluang dan kepercayaan yang diberikan ini,” katanya dipetik BERNAMA, baru-baru ini.

Eddy berkata, pelbagai ele-men baharu ditekankan untuk menjadi seorang penembak pro-fesional sejak berlatih di bawah

jurulatih, Park Sang Sun dari Ko-rea Selatan, sejak dua bulan lalu.

Katanya, prestasinya semakin baik walaupun hanya berlatih dalam negara sejak terpilih me-nyertai program Kita Juara ken-dalian Kementerian Belia dan Su-kan serta Majlis Sukan Negara.

Eddy meraih sebutir pingat emas acara 50m ‘Free’ Pistol indi-vidu, satu pingat perak ‘Air’ Pistol individu dan dua gangsa dalam kategori 50m ‘Free’ Pistol serta 10m ‘Air’ Pistol berpasukan lelaki, pada Sukan SEA Myanmar 2013.

Beliau juga hampir membidik pingat gangsa pada Sukan Ko-manwel 2014, di Scotland dalam acara 10m ‘Air’ Pistol individu, na-mun terpaksa berpuas hati de-ngan kedudukan keempat.

Kejohanan PialaDunia adalahlandasan terbaikuntuk mengukurpencapaiannya selain persiapan berguna bagi menghadapiSukan SEA Kuala Lumpur 2017

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

23

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Kelemahan bahagian tengah menjadi punca kekalahan PKNS FC kepada Kelantan dalam per-lawanan Liga Super di Stadi-um Shah Alam, 27 Januari lalu.

Bagaimanapun Ketua jurulati-hnya, E Elavarasan, tidak berasa ke-cewa dan yakin pasukannya sedia bang-kit dengan persembahan lebih baik dalam perlawanan seterusnya selepas ini.

Beliau berkata, sebagai pendatang

Jurulatih Red Giants lega dapat ikat MU

Terus beri cabaran hebat

PKNS FC yakin bangkit

LIGA SUPER 2017Kedudukan Terkini 31 Januari

Zuhri permata baru Selangor

SHAH ALAM - Keputusan seri 1-1 dengan Melaka pada per-lawanan kedua Liga Super 2017 di Stadium Majlis Per-bandaran Selayang diang-gap keputusan baik ber-dasarkan pasukan lawan itu dibarisi pemain berkualiti.

Jurulatih Red Giants, P Ma-niam berkata, Melaka menguasai permainan pada separuh masa per-tama dengan baik.

“Apapun sudah tentu ia keputusan baik buat Selangor dapat mengutip satu mata. Sekali lagi ingin saya katakan yang Melaka salah satu pasukan terbaik,” katanya dipe-tik laman sesawang FAS Selangor.

Selangor kini berada di tangga ketiga Liga Super 2017 dengan mengutip empat mata dibelakang Pahang dan Johor Darul Takzim.

baru dalam liga utama seme-mangnya PKNS FC memerlu-kan masa menyesuaikan diri dengan cabaran baru berde-pan pasukan lebih berpen-galaman.

“Untuk membentuk perse-fahaman dan rentak permainan

bagus, kita memerlukan sedikit masa lagi.

“Berdepan Kelantan dengan pengala-man lebih kurang 10 tahun dalam Liga

Super, ia memang mencabar apabila mereka mempamer

aksi mantap dan konsisten.“Prestasi mereka tidak terjejas walau-

pun beberapa isu melanda pasukan,” kat-anya dalam sidang media selepas perlawa-nan itu.

PKNS FC ditewaskan Kelantan 1 3 menerusi gol jaringan Mohammad Ghad-dar (dua gol) dan Badhri Radzi manakala gol saguhati The Red Ants dihasilkan Gon-zalo Soto.

Elavarasan berkata, kekalahan kedua dialami pasukannya tidak melemahkan se-mangat mereka untuk bangkit selepas ini.

“Ketika di Liga Perdana, cabarannya berbeza dengan pasukan dihadapi tidak sekuat begini.

“Ia hanya perlawanan kedua dan kita kali pertama dalam Liga Super yang mana kita akan berusaha membaiki kelemahan yang ada,” katanya.

P M S K G Mt

1 Pahang 2 1 1 0 6:1 4

2 JDT 2 1 1 0 4:2 4

3 Selangor 2 1 1 0 3:1 4

4 Kedah 2 1 1 0 4:3 4

5 Perak 2 1 1 0 2:1 4

6 Kelantan 1 1 0 0 3:1 3

7 FELDA 2 1 0 1 2:3 3

8 Malacca United 1 0 1 0 1:1 1

9 Sarawak 2 0 1 1 3:4 1

10 T-Team 2 0 1 1 1:6 1

11 PKNS 2 0 0 2 1:4 0

12 Pulau Pinang 2 0 0 2 0:3 0