tragedi 12 oktober

5
Tragedi 12 Oktober Oleh Mohd Azis Ngah KELUARGA mengelilingi jenazah Allahyarham Bechek Bacok, 16. Beliau adalah mangsa pertama yang dibunuh Jaafar Patola. Kejadian amuk di Kampung Parit Stan korbankan enam orang termasuk dua kanak-kanak LAGU 'Tragedi Oktober' nyanyian Awie cukup popular di kalangan anak muda pada awal 90-an, tetapi 10 tahun sebelum itu, pada bulan sama mencatatkan detik sejarah hitam penuh tragis bagi penduduk Kampung Parit Stan, Pontian, Johor.

Upload: abdul-mukhlisin-b-ahmad

Post on 07-Jun-2015

765 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Peristiwa berdarah di Pontian

TRANSCRIPT

Page 1: Tragedi 12 Oktober

Tragedi 12 Oktober

Oleh Mohd Azis Ngah

KELUARGA mengelilingi jenazah Allahyarham Bechek Bacok, 16. Beliau adalah mangsa pertama yang dibunuh Jaafar Patola.

Kejadian amuk di Kampung Parit Stan korbankan enam orang termasuk dua kanak-kanak

LAGU 'Tragedi Oktober' nyanyian Awie cukup popular di kalangan anak muda pada awal 90-an, tetapi 10 tahun sebelum itu, pada bulan sama mencatatkan detik sejarah hitam penuh tragis bagi penduduk Kampung Parit Stan, Pontian, Johor.

Tragedi 12 Oktober 1981, pastinya sentiasa diingati sebagai pengajaran, teladan kepada generasi sedia ada selepas berlakunya peristiwa amuk oleh

Page 2: Tragedi 12 Oktober

seorang lelaki yang mengakibatkan enam nyawa terkorban dan 30 lagi cedera.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika kebanyakan penduduk Kampung Parit Stan, kira-kira 11 kilometer dari pekan Benut, keluar bekerja dan bersekolah manakala sebahagian penduduk yang bekerja sendiri turut memulakan tanggungjawab masing-masing.

Tanpa diketahui punca dan sebabnya, seorang penoreh getah dikenali sebagai Jaafar Patola, 35, mengamuk menghayunkan parang panjang dan menyerang dari rumah ke rumah.

Akibatnya, enam orang termasuk dua kanak-kanak tidak berdosa terbunuh sebelum lelaki terbabit turut menemui ajalnya pada hari yang sama selepas ditembak anggota Unit Kawalan Kawasan (UKK) yang mengejarnya ketika dalam perjalanan ke rumah mangsa seterusnya.

AHLI keluarga kepada seorang mangsa kanak-kanak memangku jenazah untuk dikebumikan.

Empat daripada mangsa mati di tempat kejadian manakala dua lagi ketika dalam perjalanan ke hospital. Jaafar menyerang mangsa pertama dikenali sebagai Bechek dan selepas itu memasuki 10 rumah lain berdekatan yang kebanyakan terdiri daripada Orang Bugis dan Banjar.

Dia kemudian berlari ke Kampung Parit Rahman dan mengamuk di sana. Unit UKK yang dipanggil ke tempat kejadian bertembung dengan suspek dalam semak di Parit Hassan,dekat Tampok kira-kira sebatu dari Parit Stan.

Page 3: Tragedi 12 Oktober

Ketika terserempak dengan polis selepas hampir tiga jam mengamuk, Jaafar dikatakan masih cuba melawan polis dengan menghayunkan parang panjang di tangannya. Akibatnya, seorang anggota UKK Koperal Shamsuddin Mohyen, 37, cedera parah.

MANGSA dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke hospital.

Anggota unit UKK lain terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi menghentikan tindakan ganas lelaki terbabit dan akhirnya Jaafar mati di tempat kejadian.

Sepanjang tempoh mengamuk, lelaki itu menghayunkan parang tanpa simpati termasuk mangsa yang mempunyai pertalian keluarga dengannya. Kebanyakan mangsa cedera di muka, bahu dan kepala akibat ditetak.

Seorang penduduk, Mohamad Nor Daing Mapunah, 40, yang turut menyertai pasukan 'memburu' Jaafar tidak menyedari rumahnya sendiri diserang hinggalah terdengar jeritan keluarganya dan mendapati bapa dan ibu mentua, isteri dan anaknya cedera ditetak.

Seorang bayi berusia tujuh hari, Noorliza Mohd Noor, terselamat ketika tidur dalam buaian dan ibunya, Becek Ambok Tang, 26, yang masih berpantang cedera parah di leher akibat ditetak.

Empat sekeluarga dalam rumah itu turut diserang termasuk ayah Becek, Ambok Tang Daeng Pengelak, 55, isterinya, Induk Memek, 45, Rabiah Ambok Tang, 24, Hayati Mohd Noor, 4, manakala tiga lagi sempat melarikan diri.

Jaafar dikatakan menggunakan parang untuk membuka pintu rumah mangsa yang tertutup dan selepas menyerang rumah itu, dia tidak menyedari ulu

Page 4: Tragedi 12 Oktober

parangnya tercabut.

Selepas itu, dia lari menggunakan jalan rentas kebun kelapa dan ketika baru bergerak sejauh 250 meter, dia bertembung dengan pasukan UKK dan ditembak mati.

Kejadian itu turut menarik simpati banyak pihak termasuk Sultan Johor, Sultan Iskandar Alhaj, yang melawat kampung berkenaan bersama puteranya, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail; Tunku Majid dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ngah Abdul Rahman serta pegawai kerajaan negeri.

Baginda menziarahi penduduk dan bertanya khabar setiap mangsa dan pernah satu ketika mengarahkan doktor peribadinya merawat seorang kanak-kanak perempuan yang baru keluar hospital Johor Bharu.

INFO: Kampung Parit Stan

Kira-kira 750 penduduk Kampung Parit Stan, kebanyakannya berkebun, bertani dan menoreh getah, menanam koko, pisang, pinang, kelapa.

Selepas tragedi, beberapa peruntukkan dicurahkan iaitu memasang pagar Sekolah Kebangsaan Semangat, membina pusat menyalai pisang serta beberapa peruntukan kecil bernilai RM10,000 daripada Ahli Parlimen Pontian, Ikhwan Nasir. Ia bertujuan meringankan beban penduduk serta menyokong usaha pemulihan segera.

Mangsa yang maut: 1) Abdul Aziz Alwi, 1 1/2 tahun 2) Mohamed Karim Mohamed Yatim, 2 1/2 tahun 3) Lalak Seman, 28. 4) Mengmohtan Intang, 55, 5) Bechek Made, 16, 6) Ambok Tang Daeng Pengelek, 55.