totaps folio

13
, .................................. .................... No. K/p : .................................. .................... No. K/p : ................................... ...................... No. K/p : ................................... ....................... No. K/p : TUTORIAL : ............................................. Kelas KOKURIKULUM : .............................................

Upload: 547m4wn

Post on 28-Oct-2015

708 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Getting on the wide field for sport make us vulnerable towards injuries. So, it's important for us to know how to deal with these situation. FIRST AID is the first step.

TRANSCRIPT

Page 1: TOTAPS folio

,

......................................................No. K/p : ............-.....-..........No. Matrik: ..............................

......................................................No. K/p : ............-.....-..........No. Matrik: .............................

.........................................................No. K/p : ............-.....-..........No. Matrik: .............................

.......................................................... No. K/p : ............-.....-...........No. Matrik: ...............................

TUTORIAL : .............................................

Kelas KOKURIKULUM : .............................................

Pensyarah : .............................................

Page 2: TOTAPS folio

i.

Risiko Kecederaan Dalam Sukan

1

Langkah Pencegahan Awal Kecederaan Dalam Sukan

Bantu Mula

T.O.T.A.P.S.

Carta Alir Pengaplikasian T.O.T.A.P.S.

2

3

7

8

Page 3: TOTAPS folio

BANTU MULA

Definisi: Pertolongan awal yang diberikan kepada seseorang yang tercedera sebelum

mendapat rawatan daripada pakar perubatan yang bertauliah.

Bantu mula biasanya terdiri daripada teknik-teknik yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja

walaupun tanpa latihan perubatan yang khusus.

PRINSIP BANTU MULA

o Untuk menyelamatkan nyawa.

o Untuk mengurangkan kesakitan dan mengehadkan kesan kecederaan.

o Untuk mengelakkan jangkitan.

o Untuk menggalakkan pemulihan.

o Sebagai persediaan sebelum dihantar ke pusat perubatan.

CIRI-CIRI PEMBANTU MULA YANG MAHIR

Berfikiran waras

Berkebolehan dalam melakukan bantu mula

Berpengetahuan dalam teknik bantu mula

Berkeyakinan dengan tindakan yang diambil

Tajam pemerhatian

Pantas ikhtiar(bijak menggunakan benda di sekeliling)

Bertimbang rasa terhadap mangsa ketika membantunya.

1

Page 4: TOTAPS folio

PERATURAN AM BANTU MULA

Berikan bantuan kepada mangsa yang cedera lebih teruk dahulu.

Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedarkan diri. Pastikan pernafasan mangsa yang

pengsan tidak terganggu.

Jika mangsa mengalami kesukaran pernafasan, longgarkan pakaian mangsa sekadar

memberi kemudahan kepada mangsa untuk bernafas secara lancar.

Buat persediaan untuk menghantar mangsa ke pusat perubatan yang berhampiran.

RISIKO KECEDERAAN DALAM SUKAN

i) Kecederaan tisu lembut

ii) Kejang otot

iii) Sengal otot

iv) Luka

v) Dislokasi

vi) Fraktur

vii) Kontusi

viii) Kecederaan kepala dan anggota badan

2

Page 5: TOTAPS folio

Dalam sukan, terdapat banyak risiko kecederaan sama ada serius ataupun sebaliknya. Apabila

berdepan dengan masalah ini , tindakan menguruskan kecederaan yang betul haruslah

dipraktikkan.

Pengurusan kecederaan melibatkan mengenal pasti kecederaan, merawat serta pulih daripada

kecederaan. Pengurusan kecederaan yang betul dapat :

mempercepatkan pemulihan

mengelakkan kesakitan dan ketidakselesaan berlanjutan

meminimumkan kesan susulan atau komplikasi kecederaan.

APA ITU T.O.T.A.P.S.?

T.O.T.A.P.S. merupakan prosedur pengurusan kecederaan yang digunakan untuk menilai

tahap kecederaan atlet sebelum membenarkan atlet meneruskan permainan. Lazimnya,

prosedur ini dipraktikkan dalam pertandingan sukan yang besar mahupun kecil atau semasa

sesi latihan.

3

Page 6: TOTAPS folio

Prosedur T.O.T.A.P.S.

1) T = Talk (Bercakap)

Bertanya kepada mangsa tentang peringkat kesakitan dan tempat yang tercedera.

Antara soalan yang boleh ditujukan ialah;

? Apakah yang sebenarnya telah berlaku?

? Di bahagian yang manakah yang anda sakit?

? Bagaimanakah sakitnya?

? Adakah bahagian lain yang cedera?

? Pernahkah bahagian ini cedera sebelum ini?

Tujuan bertanya adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan punca berlakunya

kecederaan, tahap kecederaan serta memudahkan pembantu mula untuk fokus kepada

bahagian yang cedera.

2) O = Observe (Perhatikan)

Perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa.

Periksa pernafasan serta kadar denyutan nadi mangsa sama ada normal atau sebaliknya.

Pastikan kesan-kesan luka, lebam, bengkak atau keadaan tidak normal(deformiti) di

bahagian yang cedera serta sekitar bahagian yang berkaitan dengannya.

4

Page 7: TOTAPS folio

3) T = Touch (Sentuh)

Sebelum menyentuh bahagian yang tercedera, maklumkan dahulu kepada mangsa bagi

mengelakkan mangsa daripada terkejut.

Setelah memberitahu mangsa, sentuh bahagian yang tercedera dengan penuh berhati-

hati dan tidak terburu-buru.

Periksa sebarang bengkak dan deformiti yang dialami anggota badan yang tercedera.

Perhatikan respons mangsa sama ada berasa sakit semasa bahagian yang tercedera

disentuh.

Tujuan utama menyentuh bahagian yang tercedera adalah untuk mentafsir darjah

kecederaan itu.

4) A = Active movement (Pergerakan aktif)

Arahkan mangsa supaya menggerakkan sendiri anggota badan yang cedera secara aktif

tanpa bantuan individu lain.

Tujuannya adalah untuk menilai sejauh mana tahap kecederaan yang dialami.

Pastikan bahawa adakah mangsa dapat menggerakkan bahagian yang cedera pada julat

pergerakan yang normal atau tidak.

Jika mangsa dapat menggerakkan bahagian yang cedera pada julat pergerakan yang

normal, langkau ke langkah terakhir iaitu Skill (Kemahiran).

Tetapi jika mangsa tidak dapat menggerakkannya pada julat pergerakan yang normal,

ikuti langkah seterusnya iaitu Passive movement(Pergerakan pasif).

5

Page 8: TOTAPS folio

5) P = Passive movement (Pergerakan pasif)

Bantu mangsa menggerakkan bahagian yang cedera dengan perlahan-lahan dan penuh

berhati-hati pada julat pergerakan yang normal.

Regangkan otot.

Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan bahagian yang cedera.

Berhenti dan rujuk kepada pakar perubatan jika mangsa berasa sakit atau julat

pergerakan sangat terhad.

Jika bahagian yang cedera dapat digerakkan dalam julat yang normal, teruskan ke

langkah yang terakhir.

6) S = Skill (Kemahiran)

Arahkan mangsa untuk berdiri dan melakukan pergerakan asas seperti berjalan, berlari

dan melompat.

Jika mangsa berasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.

Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yang khusus pada anggota badan mangsa,

mangsa dibenarkan untuk meneruskan permainan.

6

Page 9: TOTAPS folio

CARTA ALIR PENGAPLIKASIAN T.O.T.A.P.S.

7

Mangsa cedera.

TALK (Bercakap)

OBSERVE (Perhatikan)

TOUCH (Sentuh)

ACTIVE MOVEMENT (Pergerakan aktif)

PASSIVE MOVEMENT (Pergerakan pasif)

SKILL (Kemahiran)

Mangsa (atlet) dibenarkan meneruskan permainan.

Jika mangsa dapat menggerakkan anggota yang cedera dengan sendirinya,

Jika mangsa berasa sakit, rujuk pakar perubatan dengan segera.

Page 10: TOTAPS folio

Langkah Pencegahan Awal Kecederaan Dalam

Sukan

1. Pastikan fizikal diri benar-benar bersedia untuk bersukan.

Sesuaikan aktiviti sukan yang ingin dilakukan dengan kemampuan

diri sendiri. Lakukan latihan yang secukupnya untuk memantapkan

kemahiran dalam bersukan.

2. Ketahui dan patuhi peraturan sukan itu sendiri. Peraturan yang ditetapkan bukan sahaja

bertujuan untuk menentukan piawaian permainan, tetapi ia juga memastikan

keselamatan pemain serta persekitaran.

3. Pakai alat perlindungan yang bersesuaian. Gunakan pad pelindung,

topi keledar, sarung tangan dan sebagainya yang bersesuaian dengan

pemain serta sukan yang dimainkan.

4. Dapatkan rehat yang cukup. Latihan yang intensif tidak memastikan mutu permainan

yang berkualiti. Rehat yang cukup juga menjadi komponen yang kritikal dalam rutin

latihan atlet kerana ia dapat mengelakkan keletihan yang berlebihan pada badan dan

meningkatkan fokus atlet.

5. Sentiasa memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti sukan. Memanaskan badan

dapat menyediakan otot-otot untuk melakukan regangan dengan lancar.

6. Elakkan bermain apabila badan sangat letih atau mengalami kesakitan. Kecederaan

yang belum pulih sepenuhnya akan menjadi bertambah teruk jika badan dipaksa

melakukan aktiviti yang lasak.

8