tort

4
Definisi Dalam tritisnya yang terkenal, Handbook of the Law of Torts, William Prosser menakrifkan "tort" sebagai "satu istilah yang diaplikasikan kepada satu kumpulan kesalahan sivil yang tidak tentu dan tidak berkaitan antara satu sama lain tetapi tidak sama sekali berkait dengan satu perlanggaran kontrak dimasa satu mahkamah undang-undang mampu memberi satu pampasan dalam satu bentuk tindakan tuntutan ganti rugi." Selain pampasan , dalam sesetengah kes berhad, undang-undang tort membenarkan tindakan sendiri, seperti menggunakan kekerasan yang wajar untuk membuang penceroboh. Tambahan pula dalam satu kes tort yang berlarutan, dimana gangguan terus-menerus, mahkamah pada sesetengah masanya akan memberi gran injunksi untuk menghalang daripada gangguan itu terus berlaku, sebagai contoh, satu kes pengaduan tentang bunyi yang terlalu kuat di sebuah tapak pembinaan sebelah memungkinkan mahkamah mengarahkan pembinaan itu diberhentikan sementara kes masih berlangsung. [sunting ]Matlamat Undang-undang tort menentukan sama ada satu kehilangan yang menimpa sesuatu mangsa patut atau tidak patut diletakkan puncanya pada orang lain. Sesetengah hasil daripada kesalahan yang dilakukan, seperti kos-kos perubatan yang terpaksa dibayar, boleh diganti rugi . Ganti rugi boleh juga dibayar dalam bentuk wang untuk hasil tidak kewangan, seperti kesakitan yang dialami. Dalam "Matlamat-Matlamat Undang-undang Tort" (The Aims of the Law of Tort) (1951 ) Glanville Williams melihat empat batu asas diamana pelbagai tort bersantai: pemujukan, keadilan, pencegahan dan pampasan. Undang-undang mempunyai kecenderungan menekan matlamat-matlamat berlainan mengikut tort sengaja dengan tort yang berlaku akibat kecuaian atau liabiliti ketat. Selepas rencana si William itu, berkembangnya satu sekolah penganalisa ekonomi undang-undang yang menekankan insentif dan pencegahan. [sunting ]Kategori Tort secara amnya dikatagorikan oleh dua faktor: 1. Tahap kesengajaan yang mesti dikira dengan melihat kelakuan pembuat kesalahan, dan 2. Kepentingan yang terganggu oleh perbuatan tort. [sunting ]Tort yang sengaja dilakukan Tort sengaja adalah apa-apa perbuatan sengaja yang dikatakan boleh menyebabkan satu kecederaan berlaku kepada seseorang individu. Tort sengaja mempunyai beberapa subkatagori, termasuk tort mencederakan orang , tort milikan tanah , tort ekonomi dan tort menjaga air muka .

Upload: nadya-nerdy

Post on 11-Aug-2015

158 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tort

Definisi

Dalam tritisnya yang terkenal, Handbook of the Law of Torts, William Prosser menakrifkan "tort" sebagai

"satu istilah yang diaplikasikan kepada satu kumpulan kesalahan sivil yang tidak tentu dan tidak berkaitan

antara satu sama lain tetapi tidak sama sekali berkait dengan satu perlanggaran kontrak dimasa satu

mahkamah undang-undang mampu memberi satu pampasan dalam satu bentuk tindakan tuntutan ganti

rugi."

Selain pampasan, dalam sesetengah kes berhad, undang-undang tort membenarkan tindakan sendiri,

seperti menggunakan kekerasan yang wajar untuk membuang penceroboh. Tambahan pula dalam satu

kes tort yang berlarutan, dimana gangguan terus-menerus, mahkamah pada sesetengah masanya akan

memberi gran injunksi untuk menghalang daripada gangguan itu terus berlaku, sebagai contoh, satu kes

pengaduan tentang bunyi yang terlalu kuat di sebuah tapak pembinaan sebelah memungkinkan

mahkamah mengarahkan pembinaan itu diberhentikan sementara kes masih berlangsung.

[sunting]Matlamat

Undang-undang tort menentukan sama ada satu kehilangan yang menimpa sesuatu mangsa patut atau

tidak patut diletakkan puncanya pada orang lain. Sesetengah hasil daripada kesalahan yang dilakukan,

seperti kos-kos perubatan yang terpaksa dibayar, boleh diganti rugi. Ganti rugi boleh juga dibayar dalam

bentuk wang untuk hasil tidak kewangan, seperti kesakitan yang dialami.

Dalam "Matlamat-Matlamat Undang-undang Tort" (The Aims of the Law of Tort) (1951) Glanville Williams

melihat empat batu asas diamana pelbagai tort bersantai: pemujukan, keadilan, pencegahan dan

pampasan. Undang-undang mempunyai kecenderungan menekan matlamat-matlamat berlainan

mengikut tort sengaja dengan tort yang berlaku akibat kecuaian atau liabiliti ketat. Selepas rencana si

William itu, berkembangnya satu sekolah penganalisa ekonomi undang-undang yang menekankan

insentif dan pencegahan.

[sunting]Kategori

Tort secara amnya dikatagorikan oleh dua faktor:

1. Tahap kesengajaan yang mesti dikira dengan melihat kelakuan pembuat kesalahan, dan

2. Kepentingan yang terganggu oleh perbuatan tort.

[sunting]Tort yang sengaja dilakukan

Tort sengaja adalah apa-apa perbuatan sengaja yang dikatakan boleh menyebabkan satu kecederaan

berlaku kepada seseorang individu. Tort sengaja mempunyai beberapa subkatagori, termasuk tort

mencederakan orang, tort milikan tanah, tort ekonomi dan tort menjaga air muka.

Tort mencederakan orang

Tort mencederakan orang mencederakan atau menghalang sifat keorangan si pendakwa. Tort

mencederakan orang termasuk serangan, pukulan penahanan salah  dan pengenaan sengaja

kesusahan emosional.

Tort milikan tanah

Page 2: Tort

Tort milikan tanah merangkumi semua pencerobohan terhadap hak pendakwa keatas tanah

milikannya. Yang paling kerap adalah pencerobohan tanah, pencerobohan keatas

barangan dan konversi.

Tort ekonomi

Tort ekonomi termasuk common law penipuan dan gangguan bersifat tort dengan hubungan

bisnes atau kontrak.

Tort menjaga air muka

Tort menjaga air muka adalah tort yang tidak menyebabkan apa-apa implikasi ketara kepada

seseorang atau tanahnya, akan tetapi kepada reputasinya. Tort ini merangkumi fitnah secara

percakapan atau secara penulisan, penggelapan pengumuman, penzahiran. Adalah perlu

difahami tort fitnah adalah terjemahan daripada istilah Bahasa Inggeris "Defamation".

Penggunaan istilah "saman malu" yang popular di kalangan masyarakat awam di Malaysia

adalah tidak tepat. Istilah "saman fitnah" adalah lebih tepat. Ini kerana seseorang boleh

menyaman seseorang lain dengan saman fitnah apabila kenyataan "tidak benar" disebarkan

terhadapnya. Tidak wujud "tort fitnah" walaupun seseorang itu terasa dimalukan jika kenyataan

yang disebarkan itu adalah benar. Contohnya seseorang itu tidak akan berjaya membuat saman

fitnah ke atas sebuah syarikat surat khabar kerana memaparkan berita bahawa dia telah

dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana didapati bersalah mencuri di pasar raya. Walaupun

berita itu memalukan diri orang tersebut, namun jika berita itu memang benar dan bukannya

fitnah, maka dia tidak akan berjaya di dalam saman fitnahnya.

[sunting]Kecuaian

Tort kecuaian adalah tort yang paling meluas antara kesemua tort dan adalah asas

kepada kebanyakan kes kecederaan peribadi. Terdapat beberapa elemen yang sama

kepada semua bidang kuasa, secara khususnya: terdapat satu standard

penjagaan yang minima yang semua orang dewasa harus mencapai dalam kehidupan

seharian mereka; defenden mempunyai satu tugas menjaga kepada pendakwa dan

sebarang pelanggaran kepada tugas itu dengan melakukan atau tidak melakukan

sesuatu memungkinkan si pendakwa menuntut ganti rugi keatas sebarangkehilangan

yang berlaku disebabkan kecuaian ini. Dalam semua situasi, ia mestilah adil dan

munasabah untuk memerintahkan defenden membayar pampasan kepada si

pendakwa. Elemen-elemen ini sering dipermudahkan sebagai formula "standard

penjagaan, tugas, pelanggaran, penyebab dan ganti rugi".

[sunting]Gangguan

Tort gangguan membolehkan seseorang pendakwa untuk menyaman atas kebanyakan

sebab gangguan keatas haknya menggunakan tanah dengan suka sendirinya. Sebagai

contoh, bunyi bising daripada lapangan terbang biasanya dipampas oleh tuntutan

gangguan.

Page 3: Tort

[sunting]Liabiliti ketat

Liabiliti ketat diaplikasikan kepada aktiviti berbahaya (seperti pembinaan bangunan)

dalam sesetengah negara bagi tujuan melindugi pihak-pihak terlibat dalam aktiviti itu

daripada mengalami sebarang kecederaan yang berpunca oleh tindakan pihak lain

meskipun pihak berkenaan tidak cuai dalam melakukannya. Teori ini tidak diaplikasi

kepada kecederaan yang lebih serderhana sifatnya seperti penjagaan binatang buas,

penggunaan bahan letupan, atau simpanan bahan radioaktif. Dalam undang-undang

Inggeris, penjagaan makanan juga tertahluk kepada liabiliti ketat, dengan satu restoran

boleh didakwa tidak kira betapa berhati-hati tindakan ia menjaga kebersihan.

Dalam sesetengah negara, liabiliti ketat adalah peraturan dalam sesetengah kes liability

produk, dengan teorinya berdasarkan hanya liabiliti ketat boleh

memaksa pengilang untuk menggunakan reka bentuk paling selamat. Ia juga dipercayai

bahawa paksaan ini perlu keatas semua pihak dalam "rantai perdagangan" untuk lebih

berhati-hati dalam penjagaan pengeluarkan produk mereka dan tidak cacat cela. Liabiliti

produk juga dikatagorikan sebagai satu cabang undang undang tort spesifik,

iaitu undang-undang tort toksik.

Pelanggaran hak cipta juga diklasifikasikan sebagai liabiliti ketat dalam sesetengah

bidang kuasa.

[sunting]Tort dan undang-undang jenayah

Dalam common law, ramai tort berasal daripada undang-undang jenayah. Sebagaimana

dinotakan di atas, masih terdapat sesetengah pertindanan diantara jenayah dan tort.

Sebagai contoh, dalam undang-undang Inggeris, satu serangan adalah satu jenayah

dan satu bentuk tort (sejenis pencerobohan keatas individu).

Perbezaan antara kedua-duanya adalah satu tort membenarkan seseorang individu,

iaitu biasanya si mangsa, (pendakwa dalam undang-undang Inggeris) untuk mendapat

satu pampasan untuk tujuannya sendiri (sebagai contoh dengan pembayaran [[ganti

rugi] kepada seseorang dalam satu kemalangan kereta, atau injunksi bantuan untuk

menghalang seseorang daripada masuk campur dalam satu peniagaan). Tindakan

jenayah pada sebelahnya pula dibuat tidak untuk mendapat pampasan untuk membantu

seseorang (walaupun pampasan berkenaan sering terdapat dalam pemberikan

mahkamah Jenayah), tetapi untuk menghukum seseorang kerana tindakan mereka. Ini

menerangkan kenapa, sebagai contoh, pemenjaraan wujud sebagai satu penalti

jenayah berat, tetapi tidak untuk tort.

Kendatipun, ramai bidang kuasa masih menpunyai satu elemen hukuman sebagai

sebahagian daripada undang-undang tort seperti kerosakan contoh dan 'kerosakan

parah'. Terdapat situasi dimana jika seseorang defenden mengingkari perintah

mahkamah, satu pendakwa boleh meminta untuk satu ganti rugi berbentuk hukuman

keatasnya, termasuk pemenjaraan. Sesetengah tort mungkin mempunyai elemen umum

— sebagai contoh, gangguan umum, — dan ada kalanya satu tindakan dalam tort akan

dibawa oleh satu badan umum. Juga, di mana undang-undang jenayah adalah bersifat

penghukuman, ramai bidang kuasa telah memajukan bentuk-bentuk ganti rugi

Page 4: Tort

kewangan atau pengembalian dimana mahkamah jenayah boleh secara terus

mengarahkan defenden untuk membayar mangsa.