topik5

Download TOPIK5

If you can't read please download the document

Upload: kongsiilmu

Post on 06-Jun-2015

2.956 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

HAZAD ERGONOMIK TOPIK 5 TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK PENGENALAN Topik ini membincangkan tentang persekitaran tempat kerja seperti tempat yang ditugaskan (stesen/ruang kerja), peralatan kerja dan postur badan semasa bekerja. Persekitaran tempat kerja dikaitkan dengan teknologi peralatan yang semakin canggih dan pantas kerana ia memberi risiko kecederaan kepada individu dalam jangka masa panjang. Pada asasnya, punca kecederaan yang membahayakan kesihatan ini ialah masalah lambat dan individu yang tidak sedar dia mengalami risiko penyakit yang disebabkan oleh masalah ergonomik. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan takrif ergonomik; 2. menghuraikan ergonomik dari aspek perundangan; 3. mengenal pasti dan membincangkan 8 pembolehubah yang mempengaruhi tekanan fizikal; 4. mengenal pasti dan menghuraikan petanda umum dan masalah khusus ergonomik; dan 5. menjelaskan 3 langkah pencegahan dan kawalan hazad. 5.1 TAKRIF ERGONOMIK Apakah yang dimaksudkan dengan ergonomik dan apakah kepentingannya kepada para pekerja? Prinsip ergonomik melibatkan segala-galanya dari sistem kerja, sukan, riadah, kesihatan dan kepada aspek keselamatan dan kesihatan. Pengaplikasian ergonomik dalam lain-lain industri kian meningkat sebagai satu timbal balas kepada keperluan untuk menambah baik produktiviti sumber manusia, kualiti kehidupan bekerja dan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Hasil kajian juga telah menunjukkan bahawa individu yang bekerja di stesen atau ruang kerja yang ergonomik atau menggunakan peralatan yang ergonomik tidak mudah letih, tidak mudah berasa tidak selesa dan tidak tertekan dengan persekitaran pekerjaannya. Ergonomik berasal daripada perkataan Greek di mana ergon bermaksud kerja dan nomos bermakna undang-undang. Oleh itu, ergonomik bermaksud undang-undang kerja. 52 OUM

TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK Secara tidak langsung, ergonomik merupakan reka bentuk kerja yang disesuaikan dengan pekerja dan bukan memaksa pekerja menyesuaikan diri mereka dengan kerja tersebut. Dengan ini, ergonomik meliputi segala aspek pekerjaan, dari tekanan fizikal terhadap otot, urat saraf, tulang, tendon, sendi-sendi dan sebagainya kepada faktor persekitaran yang memberi kesan terhadap pendengaran, penglihatan, keselesaan dan kesihatan. Malahan ada juga yang mentakrifkan ergonomik sebagai Aplikasi sistematik tentang pengetahuan tentang fisiologikal, fizikal dan atribut sosial manusia dengan reka bentuk dan penggunaan semua benda yang memberi kesan kepada keadaan kerja seseorang individu, iaitu peralatan dan mesin, susun atur dan persekitaran kerja, pekerjaan itu sendiri, latihan dan susun atur sesuatu kerja. Dalam bahasa biasa, ergonomik bermaksud menyesuaikan kerja dengan individu yang melakukannya menerusi reka bentuk peralatan dan tatacara kerja. 5.2 KEHENDAK PERUNDANGAN DAN APLIKASI ERGONOMIK Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 merupakan akta yang memberi tumpuan kepada konsep penilaian kendiri. Konsep penilaian kendiri bermaksud majikan yang mewujudkan risiko dan pekerja yang bekerja dengan risiko tersebut perlu memastikan keselamatan dan kesihatan mereka di tempat kerja. Salah satu objektif akta ini adalah untuk menggalakkan persekitaran pekerjaan yang sesuai dengan keperluan fisiologi dan psikologi pekerja. Justeru itu, menjadi tanggungjawab majikan untuk membentuk suatu sistem kerja yang selamat yang tidak memberi sebarang risiko terhadap kesihatan pekerja (Seksyen 15 (2) (a) Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994). Rujuk Jadual 5.1 berikut bagi mendapatkan penjelasan ringkas tentang beberapa akta yang mengawal pengaplikasian ergonomik. Jadual 5.1: Penjelasan Ringkas Akta yang Mengawal Pengaplikasian Ergonomik Akta Penjelasan Ringkas Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 Peruntukan akta ini menyenaraikan secara umum tentang tanggungjawab majikan untuk mengurangkan masalah ergonomik. Akta Kilang dan Jentera 1967 [Peraturan 29, Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1970]. Peruntukan akta ini memperuntukkan secara khusus tentang keperluan pencahayaan yang

mencukupi bagi pekerja melakukan tugasan mereka. Peraturan 30, Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1970 Peruntukan akta ini memperuntukkan kemudahan tempat duduk yang sesuai kepada pekerja. OUM 53

54 OUM HAZAD ERGONOMIK TOPIK 5 Aplikasi ergonomik di tempat kerja mengambil kira empat elemen utama. Sila rujuk Rajah 5.1 yang berikut bagi mengenal pasti empat elemen utama tersebut. Rajah 5.1: Empat elemen utama dalam mengaplikasi ergonomik 5.3 FAKTOR BERKAITAN TEKANAN FIZIKAL Terdapat lapan pembolehubah yang telah dikenal pasti mempengaruhi tekanan fizikal yang dialami ketika bekerja. Kelapan-lapan pembolehubah tersebut adalah disenaraikan dalam Rajah 5.2 yang berikut. Rajah 5.2: Lapan pembolehubah yang mempengaruhi tekanan fizikal ketika bekerja

TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK Fahamilah lapan pembolehubah tersebut yang mampu mempengaruhi individu melakukan kerja dengan efisien. (a) Duduk Berbanding Berdiri Rajah 5.3: Elakkan berdiri untuk tempoh yang lama kerana ia menghasilkan tekanan pada bahagian belakang, kaki dan tapak kaki Pada asasnya, postur duduk mengurangkan tekanan berbanding postur berdiri. Berdiri untuk jangkamasa yang lama, terutamanya di satu tempat, boleh menghasilkan tahap tekanan pada bahagian belakang, kaki dan tapak kaki. Postur duduk juga mampu memberikan tekanan walaupun agak kurang berbanding postur berdiri. Bagi mengatasi masalah ini, langkah-langkah pencegahan seperti duduk dengan postur yang betul, duduk di kerusi yang mempunyai sokongan belakang, dan kerap berdiri atau melakukan gerakan meregangkan badan akan membantu meredakan tekanan fizikal ini. (b) Pegun Berbanding Bergerak Rajah 5.4: Pegun berbanding bergerak OUM 55

HAZAD ERGONOMIK TOPIK 5 Kerja-kerja yang dilakukan dalam keadaan pegun merupakan kerja-kerja yang dilakukan pada satu stesen kerja sahaja. Kadangkala, kerja-kerja ini melibatkan pergerakan yang minima di stesen kerja utama dan juga pergerakan ke stesen-stesen lain. Kerja bergerak pula memerlukan pergerakan berterusan dari satu stesen ke stesen yang lain. Walaupun kerja secara pegun kelihatan tiada bermasalah tetapi sekiranya pekerja tidak mengambil langkah berjaga-jaga seperti berdiri secara berkala, meregangkan badan atau bergerak semasa melakukan kerja maka tekanan fizikal akan meningkat. Bagi kerja yang memerlukan pergerakan pula, pekerja-pekerja yang membawa atau mengangkat objek-objek ketika mereka bergerak dari satu stesen ke satu stesen yang lain berpotensi mendapat tekanan fizikal. Rajah 5.4 menunjukkan operator-operator pengeluaran yang lazimnya melakukan tugas dengan keadaan pegun. (c) Keperluan kepada Tenaga yang Banyak Berbanding Tenaga yang Sedikit Rajah 5.5: Keperluan kepada tenaga yang banyak berbanding tenaga yang sedikit Pada umumnya, angkatan yang memerlukan tenaga yang lebih banyak akan meningkatkan tekanan barbanding angkatan yang memerlukan tenaga yang sedikit. Walaupun tenaga yang sedikit diperlukan untuk mengangkat bebanan yang kecil tetapi proses angkatan ini perlu dilakukan secara berulang manakala angkatan bebanan besar yang memerlukan tenaga yang banyak tidak melibatkan angkatan secara berulang. Angkatan bebanan ringan secara berulang untuk satu tempoh masa boleh menghasilkan kesan terkumpul yang menyamai jumlah tekanan yang dihasilkan ketika memindahkan bebanan berat. Rajah 5.5 menunjukkan pekerja yang sedang mengangkat muatan yang berat. (d) Stesen Kerja Mendatar yang Baik Berbanding Stesen Kerja Mendatar yang Tidak Baik Stesen kerja mendatar yang baik merupakan satu kawasan yang direka bentuk agar pekerja tidak perlu membongkok ke depan atau memusing badan ke kiri atau ke kanan. Stesen kerja yang memerlukan pekerja melakukan pergerakan sedemikian merupakan satu stesen kerja yang tidak baik. Permukaan tempat kerja yang tidak baik meningkatkan lagi tekanan fizikal. 56 OUM

TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK (e) Stesen Kerja Menegak yang Baik Berbanding Stesen Kerja Menegak yang Tidak Baik Stesen kerja menegak yang baik direka bentuk agar pekerja tidak perlu mengangkat tangan melebihi paras bahu atau membongkok ketika menjalankan sesuatu kerja. Stesen kerja menegak yang memerlukan pergerakan sedemikian merupakan stesen kerja yang tidak baik. Stesen kerja menegak yang tidak baik meningkatkan lagi kemungkinan terhasilnya tekanan fizikal. (f) Pergerakan Tidak Berulang Berbanding Pergerakan Berulang Kerja yang berulang melibatkan pergerakan pusingan-singkat yang diulang secara berterusan. Kerja tidak berulang pula melibatkan pelbagai jenis tugasan yang tidak berulang atau tugasan yang tidak perlu kerap diulang. Pengulangan boleh membawa kepada keadaan kerja yang sama yang mewujudkan kebosanan. Apabila perkara ini berlaku, potensi berlakunya tekanan fizikal akan bertambah. (g) Permukaan Rendah Berbanding Permukaan Tinggi Tekanan permukaan boleh terhasil daripada sentuhan dengan permukaan keras seperti perkakasan, mesin dan peralatan. Kerja-kerja yang melibatkan sentuhan permukaan tinggi lebih mudah menghasilkan tekanan fizikal berbanding kerja-kerja yang melibatkan sentuhan permukaan rendah. (h) Wujud Faktor Persekitaran Negatif Berbanding Tiada Faktor Persekitaran Negatif Lebih banyak tekanan terhasil apabila wujudnya kehadiran faktor persekitaran yang perlu dihadapi oleh pekerja semasa melakukan pekerjaannya. Sebagai contoh, peralatan perlindungan peribadi boleh meningkatkan tekanan fizikal sesuatu pekerjaan walaupun membantu mengurangkan hazad persekitaran. Rajah 5.6, Rajah 5.7 dan Rajah 5.8 yang berikut menunjukkan postur duduk yang betul dan tidak betul semasa melakukan sesuatu pekerjaan. Rajah 5.6: Postur duduk yang tidak betul OUM 57

HAZAD ERGONOMIK TOPIK 5 Rajah 5.7: Postur duduk yang betul Rajah 5.8: Postur duduk yang betul semasa berehat Bagi memantapkan pemahaman anda tentang postur badan semasa melakukan sesuatu pekerjaan, jelaskan dengan ringkas pengaruh tiga (3) pembolehubah seperti yang telah ditunjukkan di Rajah 5.7 dan Rajah 5.8 terhadap produktiviti pekerja. 5.4 PETANDA UMUM MASALAH ERGONOMIK Terdapat tujuh petanda yang boleh dilihat sebagai tanda wujudnya masalah ergonomik di organisasi. Tujuh faktor umum tersebut adalah seperti berikut yang ditunjukkan dalam Rajah 5.9 berikut. 58 OUM

TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK Rajah 5.9: Petanda umum masalah ergonomik Berikut diperjelaskan tujuh petanda umum wujudnya masalah ergonomik. (a) Trend Ketara dalam Kemalangan dan Kecederaan Majikan boleh mengenal pasti trend yang wujud melalui laporan kemalangan, buku catatan bantuan kecemasan, borang-borang insurans, dan rekod-rekod kecederaan dan penyakit yang ada. Sesuatu pola atau kadar yang tinggi bagi sesuatu jenis kecederaan yang tertentu lazimnya menunjukkan wujudnya masalah ergonomik. Sebagai contoh, seseorang operator pengeluaran yang sering mengangkat kotak berat ke stor sering mendapat rawatan sakit belakang. Akhirnya, ia telah dirujuk kepada pakar kiropraktik yang telah mengesahkan bahawa sakit belakangnya telah serius. Ini merupakan satu contoh trend kecederaan berdasarkan rekod pemeriksaan pekerja tersebut. (b) Gangguan Trauma Terkumpul [Cumulative Trauma Disorders (CTD)] Faktor berkaitan CTD termasuklah kadar kerja berulang yang tinggi, penggunaan tangan yang lama melebihi kebiasaan, kedudukan yang tidak selesa, tahap getaran yang tinggi, tahap tekanan mekanikal yang tinggi, suhu yang melampau, dan cengkaman tangan yang berulang. Dengan memerhatikan keadaan tempat kerja dan pekerja yang sedang bekerja, majikan boleh menentukan kadar pendedahan pekerja terhadap faktor-faktor ini dan kemungkinan wujudnya masalah yang berkaitan ergonomik. Sebagai contoh, seseorang pekerja yang sering menggunakan gerudi tukul untuk memecahkan jalan yang mengakibatkannya mendapat white syndrome finger akibat getaran yang tinggi daripada gerudi tukul tersebut. (c) Kadar Ketidakhadiran dan Lantik-henti yang Tinggi Kadar ketidakhadiran dan lantik-henti yang tinggi boleh menjadi petunjuk kepada wujudnya masalah ergonomik. Pekerja yang berasa tidak selesa dengan pekerjaannya sehingga menyebabkan tekanan fizikal lebih berkemungkinan tidak hadir bekerja serta meninggalkan kerjanya dan mencari kerja yang kurang tekanan. OUM 59

HAZAD ERGONOMIK TOPIK 5 Sebagai contoh, seorang operator pengeluaran yang sering bekerja secara berdiri sepenuh masa. Berdiri untuk jangka masa yang lama, terutamanya di satu tempat, boleh menghasilkan tahap tekanan pada bahagian belakang, kaki dan tapak kaki. Ini menyebabkan operator tersebut sering mengambil cuti sakit atau tidak hadir ke tempat kerja kerana mengalami tekanan fizikal. (d) Rungutan Pekerja Rungutan yang sering diluahkan oleh pekerja tentang tekanan fizikal atau keadaan tempat kerja yang tidak selesa menunjukkan wujudnya masalah ergonomik. Sebagai contoh, seorang jurutaip sering merungut tentang kerusinya yang terlalu tinggi menyebabkan kakinya berasa lenguh dan sakit belakang. Jurutaip tersebut sering mengadu kepada penyelianya tentang kerusi tersebut tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. (e) Perubahan Pekerja Pada umumnya, pekerja cenderung menyesuaikan dirinya dengan tempat kerja mengikut keperluan mereka. Kewujudan banyak petanda penyesuaian diri di tempat kerja, terutamanya di kalangan mereka yang ingin mengurangkan tekanan fizikal menunjukkan wujudnya masalah ergonomik. Sebagai contoh, pekerja meletakkan pelapik tambahan pada kerusi, membuat pengubahsuaian terhadap alat perlindungan diri, membawa lampu tambahan, atau lainlain pengubahsuaian semasa bekerja. Perubahan sedemikian, mungkin boleh menjadi petanda kewujudan masalah ergonomik. (f) Penurunan Kualiti Kerja Penurunan kualiti kerja, walaupun tidak semestinya disebabkan oleh masalah ergonomik, kadangkala boleh juga dijadikan petunjuk kepada kewujudan masalah ergonomik. Jika berlaku penurunan kualiti, pemeriksaan yang rapi perlu dilakukan untuk mengesan punca sebenarnya. (g) Pengendalian Bahan Secara Manual Kecederaan musculoskeletal (otot dalam badan) lazimnya kerap berlaku dalam situasi yang melibatkan pengendalian bahan secara manual. Kecederaan musculoskeletal meningkat apabila keadaan berikut terlibat dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan pekerja melakukan perkara-perkara berikut. mengangkat objek besar mengangkat objek berat mengangkat objek dari lantai kerap melakukan angkatan Kekerapan melakukan angkatan objek berat secara tidak betul dan tidak mendapat latihan yang berkesan menyebabkan seseorang pekerja boleh mendapat kecederaan dalam otot di badan yang akhirnya menyebabkan pekerja terlibat tidak boleh melakukan tugasan tersebut.Apabila keadaan ini sering berlaku dan organisasi tidak mengendahkan keadaan

tersebut maka organisasi mempunyai masalah ergonomik. 60 OUM

TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK Untuk mengetahui maklumat tentang Ergonomics: Problem Recognition, sila layari laman web berikut: http://www.osha.gov/SLTC/ergonomics/ recognition.html 5.5 MENGENAL PASTI MASALAH KHUSUS ERGONOMIK Petanda umum kadangkala tidak boleh dijadikan bukti kukuh kepada kewujudan masalah ergonomik dalam organisasi. Oleh itu, majikan perlu melihat masalah ergonomik secara khusus yang boleh dikenal pasti melalui analisis kerja secara terperinci. Jenisjenis kerja yang dianalisis selalunya adalah kerja yang melibatkan: pergerakan yang berbahaya kekerapan melakukan angkatan secara manual gerakan atau tenaga yang berlebihan aliran operasi yang tidak baik postur badan yang tidak selesa tekanan psikologi yang tinggi faktor keletihan yang tinggi masalah kawalan kualiti penggunaan alatan secara automasi Setelah mengenal pasti kerja yang perlu dianalisis secara terperinci, majikan boleh melakukan enam teknik analisis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.10 yang berikut. Rajah 5.10: Enam teknik analisis kerja OUM 61

HAZAD ERGONOMIK TOPIK 5 (a) Pemerhatian Pemerhatian terhadap pekerja-pekerja yang sedang melaksanakan tugasan yang dikaji boleh dilakukan. Teknik ini akan menjadi lebih berkesan dalam keadaan di mana pekerjapekerja tidak menyedari mereka sedang diperhatikan. Dalam melakukan pemerhatian, perhatian khusus perlu diberikan kepada tugasan yang melibatkan pengendalian bahan secara manual dan pergerakan berulang. (b) Soal Selidik dan Temu Bual Soal selidik dan temu bual boleh dilakukan untuk mengenal pasti masalah ergonomik. Borang soal selidik mudah diagihkan, dijadualkan dan dianalisis. Temu bual pula mampu memberikan maklumat yang lebih terperinci. (c) Rakaman Video dan Fotografi Teknologi rakaman video memudahkan proses menganalisis tugasan kerana ia merakamkan kerja yang sedang diperhatikan semasa ia dilakukan dan proses ini tidak mengganggu pekerjaan yang sedang dijalankan. Teknik ini mampu meningkatkan keupayaan menganalisis kerana rakaman gambar boleh dikakukan (tidak bergerak) atau diulang tayang. Fotografi pula mampu meningkatkan keupayaan menganalisis kerana setiap pergerakan atau langkah yang terlibat dalam melakukan pekerjaan boleh direkod. Satu kelemahan penggunaan kamera ialah gangguan pancaran lampu kamera yang menyebabkan pekerja tahu gerak-gerinya dirakam. (d) Lakaran atau Lukisan Membuat lakaran tempat kerja yang kemas atau melukis proses aliran kerja boleh membantu mengenal pasti masalah. Pastikan lakaran atau lukisan adalah tepat sebelum digunakan sebagai teknik menganalisis tugasan. Lukisan atau lakaran yang dibuat perlulah diperiksa oleh pekerja yang biasa dengan kawasan kerja yang dilakar untuk memastikan ketepatannya. (e) Mengukur Persekitaran Tempat Kerja Pengukuran juga boleh membantu mengenal pasti masalah ergonomik tertentu. Pengukuran dibuat untuk mengenal pasti perkara-perkara berikut: jarak yang diperlukan untuk mengangkat bahan secara manual; ketinggian yang diperlukan untuk mengangkat sesuatu objek; berat objek tersebut; dan kekerapan pergerakan tersebut perlu diulang. Jawapan kepada soalan-soalan ini boleh membantu meningkatkan keberkesanan proses analisis. (f) Memahami Faktor Usia (Ergonomics of Aging) Apabila mengenal pasti masalah ergonomik tertentu di tempat kerja, cabaran atau masalah yang dihadapi oleh pekerja berusia tidak harus diabaikan. Sebuah program ergonomik yang baik akan menyesuaikan kerja dengan pekerja. Apabila kebanyakan tenaga kerja di organisasi berusia 45 tahun dan lebih, organisasi perlu bersedia menyesuaikan tempat kerja dengan pekerja-pekerja berusia yang mempunyai keperluan fizikal yang berbeza daripada pekerja-pekerja muda. 62 OUM

TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK Beberapa peraturan berikut perlu diambil kira semasa melakukan penyesuaian tersebut, iaitu: kelajuan pengaliran saraf, kekuatan cengkaman tangan, jisim otot, julat pergerakan, dan kelenturan mulai berkurangan apabila usia mencecah 45 tahun; berat dan jisim mula meningkat pada usia awal 50-an; ketinggian mula menyusut bermula pada usia 30 tahun; sakit belakang lebih biasa dihadapi oleh mereka yang berumur 45 tahun dan lebih; dan ketajaman pandangan pada jarak dekat menyusut dengan peningkatan usia. Peraturan ini bermaksud majikan tidak boleh mengambil pendekatan satu-saizuntuksemua terhadap masalah ergonomik. Penyesuaian untuk pekerja-pekerja berusia perlu dibuat secara individu dengan mengambil kira faktor usia mereka. Sila layari laman web berikut: http://www.combo.com/ergo/pseating.htm untuk mendapat maklumat tentang Proper seating and sitting properly. 5.6 LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN HAZAD Lazimnya, apabila berlaku sesuatu masalah, kita akan cuba mencari jalan penyelesaian. Dalam masalah ergonomik, adalah lebih berkesan dan kos efektif sekiranya majikan mengambil langkah yang proaktif untuk mencegah berlakunya tekanan ergonomik. Kelazimannya, penyelesaian kejuruteraan merupakan kaedah yang lebih diutamakan untuk pencegahan dan pengawalan hazad ergonomik. Fokus sesuatu program ergonomik adalah untuk menyesuaikan kerja dengan pekerja, dan bukan menyesuaikan pekerja dengan kerja. Penyesuaian sebegini boleh dilakukan melalui rekaan semula stesen kerja, kaedah kerja atau perkakasan bagi tujuan mengurangkan keperluan sesuatu kerja seperti tenaga yang banyak, pergerakan berulang dan kedudukan yang tidak selesa. Jadual 5.2 berikut menjelaskan tiga contoh pengawalan kejuruteraan yang telah terbukti berkesan dan boleh dicapai: OUM 63

HAZAD ERGONOMIK Jadual 5.2: Contoh Pengawalan Kejuruteraan TOPIK 5 No. Contoh Penerangan 1 Reka Bentuk Stesen Kerja Stesen kerja haruslah direka agar dapat disesuaikan dengan individu yang menggunakannya dan bukan direka untuk memenuhi keperluan semua pekerja. Stesen kerja seharusnya mudah dilaras agar dapat disesuaikan dengan suatu tugasan khusus supaya wujud suasana kerja yang selesa bagi pekerja-pekerja yang menggunakannya. Ruang kerja seharusnya mempunyai keluasan yang mencukupi untuk menampung pergerakan pekerja, terutama untuk pekerjaan yang melibatkan penggunaan pisau, gergaji, cakuk dan perkakasan yang seumpamanya. 2 Reka Bentuk Kaedah Kerja Analisis kaedah kerja kebiasaannya memfokus kepada postur statik dan kadar pengulangan. Kaedah ini menjadi lebih baik apabila perhatian diberi kepada tahap kekuatan serta postur tangan dan kaki. Tugasan perlu diubahsuai bagi mengurangkan perkara-perkara tersebut serta tekanan lain yang berkaitan dengan cumulative trauma disorder (CTD). Keputusan analisis kaedah kerja ini seharusnya diberitahu kepada pihak yang bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan (healthcare provider) agar satu senarai kerja ringan dan kerja berisiko tinggi dapat disusun dan senarai ini perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. 3 Reka Bentuk Peralatan dan Pemegang Peralatan perlu direka bentuk dan dipilih agar risiko cumulative trauma disorder (CTD) dan sakit belakang dapat dikurangkan. Beberapa kriteria pemilihan peralatan adalah seperti berikut: x Peralatan menggunakan tangan perlu mengambil kira pekerja yang menggunakan tangan kiri atau kanan; x Peralatan kuasa dan pneumatik yang kurang gegaran dan diselenggara mengikut spesifikasi pengeluar, dan x Mengguna peralatan yang mempunyai pemegang yang dapat dipegang sepenuhnya oleh tapak tangan. Selain dari kawalan kejuruteraan, langkah-langkah berikut boleh digunakan untuk mencegah dan mengawal masalah ergonomik. (a) Pengawasan kesihatan berkala Pengawasan kesihatan berkala harus dilakukan kepada semua pekerja yang melakukan kerja-kerja yang terdedah kepada tekanan ergonomik. Ia harus dilakukan setiap dua atau tiga tahun. Tujuan pengawasan kesihatan secara berkala adalah untuk memantau sebarang perubahan terhadap kesihatan pekerja terutama pekerja yang sering terdedah kepada pekerjaan yang berisiko dan berpotensi mendapat tekanan ergonomik. 64 OUM

TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK (b) Program ergonomik Program ergonomik yang berkesan perlulah merangkumi proses latihan dan pendidikan yang berterusan. Tujuan program latihan dan pendidikan diadakan adalah untuk memastikan supaya pekerja-pekerja mendapat maklumat tentang hazad ergonomik yang mungkin dihadapi oleh mereka. Ia juga bertujuan agar mereka dapat mengambil bahagian secara aktif melindungi diri mereka. Latihan dan pendidikan membolehkan pengurus, penyelia dan pekerja memahami hazad-hazad yang berkaitan dengan sesuatu kerja atau proses, pengawalan dan pencegahannya dan kesan-kesannya dari segi perubatan. Pasukan atau pihak yang terlibat dalam program ergonomik merupakan: pihak yang bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan penyelia pegawai pengurusan tapak Program pendidikan perlu mendedahkan pekerja kepada pengetahuan dan latihan dalam perkara-perkara berikut: jenis-jenis CTD dan cara mencegahnya; penyebab-penyebab CTD; tanda-tanda awal CTD; dan rawatan bagi risiko CTD. Pengetahuan ini harus diberikan semasa pasukan yang terlibat dengan program ergonomik membuat lawatan ke tempat kerja dan semasa pekerja menjalankan pemeriksaan kesihatan. Bagi pekerja-pekerja baru, pengetahuan dan latihan ini harus diberikan dalam program orientasi. Dengan tersebarnya pengetahuan ini, pengesanan awal terhadap berlakunya CTD dapat dilakukan. Ini dapat membantu mengurangkan kesan CTD yang lebih teruk. (c) Pemberitahuan awal terhadap tanda-tanda awal Cumulative Trauma Disorder (CTD) Pekerja harus digalakkan supaya membuat laporan awal jika mereka mendapati tandatanda awal CTD pada diri mereka. Laporan harus dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap kesihatan pekerja di tapak kerja. Ini membolehkan penilaian dan rawatan awal diberikan. Untuk mengetahui maklumat tentang Ergonomics: Controls, sila layari laman web berikut: http://www.osha.gov/SLTC/ergonomics/solutions.html 5.7 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH ERGONOMIK Pada awal topik ini telah dinyatakan lapan pembolehubah yang mempengaruhi tekanan ergonomik. Berikut merupakan lapan postur bekerja yang dapat meningkatkan tekanan ergonomik: OUM 65

66 OUM HAZAD ERGONOMIK TOPIK 5 Rajah 5.11: Postur bekerja yang dapat meningkatkan tekanan ergonomik Sekarang marilah kita lihat strategi yang boleh diguna pakai dalam postur bekerja seperti yang telah disenaraikan supaya masalah ergonomik dapat diselesaikan atau dikurangkan. (a) Kerja Duduk Melakukan Pergerakan Berulang dengan Komponen Sedikit Kerja jenis ini boleh menghasilkan lebih tekanan fizikal. Belakang badan, leher, bahu, dan kesakitan bahagian bawah kaki biasanya berkaitan dengan kerja jenis ini. Postur kerja yang tetap dan pergerakan berulang boleh menyumbang kepada masalah ergonomik. Untuk menyelesaikan masalah ini, stesen kerja dan proses kerja perlu diubah suai. Strategi yang boleh dilakukan adalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 5.12 berikut. Rajah 5.12: Strategi bagi kerja duduk melakukan pergerakan berulang dengan komponen sedikit (b) Kerja Duduk dengan Komponen Besar Kerja jenis ini melibatkan interaksi dengan objek-objek yang mungkin terlalu besar untuk dikendalikan dengan tangan terutama yang berkaitan dengan kerja-kerja pemasangan dan pengimpalan. Masalah-masalah yang berkaitan dengan pekerjaan ini biasanya berhubung kait dengan cara duduk, pencahayaan, aktiviti mencapai dan mengangkat. Strategi ergonomik untuk memperbaiki keadaan kerja ini adalah seperti yang disenaraikan di Rajah 5.13 berikut.

OUM 67 TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK Rajah 5.13: Strategi bagi kerja duduk dengan komponen besar (c) Kerja Kawalan Secara Duduk Kerja jenis ini melibatkan duduk di satu lokasi dan menggunakan roda, tuas, tombol, dan butang untuk mengawal proses, sistem, atau bahagian-bahagian peralatan. Aktiviti membongkokkan badan dan pemusingan yang berlebihan untuk melihat dengan lebih jelas serta getaran tombol kawalan akan menghasilkan tekanan fizikal. Strategi ergonomik bagi kerja-kerja jenis ini termasuk perkara-perkara yang disenaraikan di Rajah 5.14 berikut. Rajah 5.14: Strategi bagi kerja kawalan secara duduk (d) Kerja Berdiri Kategori kerja ini melibatkan kebanyakan kerja yang dilakukan secara berdiri. Kerjakerja sebegini tidak melibatkan pergerakan berulang yang banyak tetapi melibatkan pengendalian bahan-bahan yang sederhana berat dan berat. Sebagai contoh, kerja mengendalikan mesin seperti mesin pelarik, pengisar, gerudi, penukul, gergaji dan sebagainya. Tekanan fizikal yang terhasil daripada kerja-kerja ini termasuklah kesakitan kaki, tangan dan sakit belakang. Kadangkala, ketegangan bahagian sisi badan dialami apabila pekerja perlu membongkok dan memusingkan badan. Strategi ergonomik untuk memperbaiki keadaan kerja sebegini adalah seperti yang disenaraikan di Rajah 5.15 berikut.

68 OUM HAZAD ERGONOMIK TOPIK 5 Rajah 5.15: Strategi bagi kerja berdiri (e) Berdiri Semasa Mengangkat dan Mengalih Barangan Berat Kerja jenis ini melibatkan angkatan barangan berat dan mengalih barangan tersebut secara berdiri. Fizikal tekanan yang biasanya berkaitan dengan kerja jenis ini ialah ketegangan bahagian belakang dan otot yang diakibatkan oleh cara mengangkat yang tidak betul. Masalah jatuh juga boleh berlaku. Strategi ergonomik untuk memperbaiki keadaan ini adalah seperti yang disenaraikan di Rajah 5.16 berikut. Rajah 5.16: Strategi bagi berdiri semasa mengangkat dan mengalih barangan berat

OUM 69 TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK (f) Menggunakan Tangan Melepasi Aras Dada Ketika Bekerja Kerja-kerja sebegini boleh dilakukan sama ada secara duduk atau berdiri yang mungkin melibatkan angkatan barangan. Tekanan fizikal yang berkaitan kerja jenis ini termasuklah ketegangan leher, bahagian atas tubuh, dan ketegangan jantung. Ketegangan jantung merupakan akibat yang paling merbahaya. Kerja-kerja yang memerlukan tangan berada melepasi paras bahu secara berpanjangan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke paras yang tinggi. Strategi ergonomik untuk memperbaiki keadaan kerja sedemikian adalah seperti yang disenaraikan di Rajah 5.17 berikut. Rajah 5.17: Strategi bagi menggunakan tangan melepasi aras dada ketika bekerja (g) Bekerja Menggunakan Perkakasan Tangan Tekanan fizikal berkaitan penggunaan perkakasan tangan adalah carpal tunnel syndrome (CTS) dan ketegangan otot di bahagian bawah lengan, tangan dan pergelangan tangan. Strategi ergonomik untuk memperbaiki keadaan kerja ini perlu memfokus kepada memperbaiki kedudukan tangan semasa menggunakan perkakasan, menguatkan genggaman peralatan, dan meminimakan jumlah pusingan. Berikut merupakan strategistrategi yang boleh diguna pakai seperti yang disenaraikan di Rajah 5.18 berikut. Rajah 5.18: Strategi bagi bekerja menggunakan tangan

70 OUM HAZAD ERGONOMIK TOPIK 5 (h) Bekerja dengan Terminal Paparan Video (VDT) Terminal paparan video merupakan automasi pejabat yang digunakan secara meluas pada masa kini. Berikut merupakan sebahagian daripada strategi untuk mengurangkan hazad yang berkaitan dengan VDT seperti seperti yang disenaraikan di Rajah 5.19 berikut. Rajah 5.19: Strategi bagi bekerja dengan terminal paparan video (VDT)

TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK Rajah 5.20 menunjukkan cara-cara duduk di komputer dengan betul.

Rajah 5.20: Cara duduk di komputer dengan betul Berdasarkan kepada postur bekerja seperti di atas, jelaskan dengan ringkas satu strategi yang boleh diguna pakai untuk menyelesaikan dua postur bekerja pilihan anda. Sila layar laman web berikut: http://www.llnl.gov/es and h/hsm/doc19.01/ doc19-01.html untuk mendapat maklumat tentang Program Ergonomik. RUMUSAN Pengetahuan tentang isu-isu ergonomik adalah satu keperluan kualiti kehidupan bekerja agar produktiviti pekerja tidak menurun tetapi berlaku penambahbaikan prestasi kerja mereka. Pekerja yang terdedah kepada risiko penyakit akibat ketidaksesuaian stesen kerja, proses kerja atau peralatan di tempat kerja mengambil masa yang panjang untuk menyedari penyakit tersebut. Majikan perlu lebih prihatin terhadap kesihatan pekerja dengan menyediakan program-program ergonomik agar pekerja mengetahui cara-cara untuk mengatasi risiko tersebut di samping menyediakan stesen kerja, peralatan kerja dan proses kerja yang sesuai dengan pekerja. OUM 71

HAZAD ERGONOMIK TOPIK 5 UJIAN 1 Soalan Esei 1. Jelaskan secara ringkas maksud ergonomik. 2. Jelaskan secara ringkas TIGA (3) petanda umum wujudnya masalah ergonomik dalam organisasi. Soalan Aneka Pilihan 1. Yang manakah antara berikut BUKAN merupakan petanda wujudnya masalah ergonomik? A. Kadar ketidakhadiran yang tinggi B. Kadar lantik-henti yang rendah C. Rungutan pekerja D. Trend kemalangan yang ketara 2. Kecederaan musculoskeletal semakin meningkat apabila pekerja terlibat dalam aktiviti berikut KECUALI: A. Mengangkat objek besar B. Mengangkat objek berat C. Kerap melakukan aktiviti angkatan D. Mengangkat objek dari meja 3. Proses mengenal pasti masalah khusus tentang ergonomik adalah seperti berikut KECUALI: A. Pemerhatian B. Temu bual C. Menyesuaikan pekerja dengan kerja D. Mengukur persekitaran tempat kerja 4. Aktiviti berikut merupakan kawalan kejuruteraan untuk mencegah masalah ergonomik KECUALI: A. Reka bentuk stesen kerja B. Pemilihan perkakasan tangan C. Pengawasan kesihatan D. Reka bentuk proses kerja 5. Strategi menyelesaikan masalah ergonomik untuk postur duduk yang melakukan pergerakan berulang adalah seperti berikut KECUALI: A. Laraskan ketinggian stesen kerja B. Tugasan kerja yang berulang C. Pusingan kerja D. Ruang meletak kaki 72 OUM

TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK UJIAN 2 Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P) 1. Prinsip ergonomik melibatkan sistem kerja, sukan, riadah, kesihatan dan keselamatan dan kesihatan. 2. Pekerja perlu menyesuaikan diri dengan stesen kerja dan proses kerja. 3. Postur berdiri didapati tidak mendatangkan tekanan ergonomik kepada pekerja. 4. Stesen kerja mendatar yang baik memerlukan pekerja selalu membongkok. Soalan Esei 1. Terangkan secara ringkas TIGA (3) strategi yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan tekanan ergonomik semasa melakukan postur berdiri untuk mengangkat dan mengalihkan objek berat. 2. Jelaskan secara ringkas EMPAT(4) langkah pencegahan dan kawalan masalah ergonomik. OUM 73