topik x 1 melayu - oum.edu.my · raja tidak dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa ... 1.2.5 faktor...

19
X PENGENALAN Tahukah anda bahawa kemajuan dan pembangunan negara bangsa pada hari ini adalah atas sumbangan dan peranan orang-orang terdahulu? Tidakkah kita terfikir jika tidak ada orang lama yang menjadi perintis, kita tidak akan mengecapi apa yang ada pada hari ini? Begitu juga dari segi sejarah pembangunan negara, peranan masyarakat zaman dahulu perlu dinilai semula oleh generasi pelapis pada hari ini. Mereka perlu mengetahui bahawa tradisi sosio-politik yang kita amalkan pada hari ini adalah warisan daripada masyarakat tradisional pada zaman dahulu. Justeru itu, melalui topik ini, tradisi sosio-politik dan ekonomi masyarakat Melayu tradisional akan dikupas semula untuk tatapan generasi pelapis supaya mereka tidak lupa asal-usul dan jati diri mereka. Bak kata pepatah Melayu, „Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung‰ dan juga „Takkan Melayu hilang di dunia‰. T T o o p p i i k k 1 Kerajaan Melayu 1 Tradisional X HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti kerajaan-kerajaan Melayu tradisional yang teragung; 2. Membincangkan ciri-ciri kerajaan Melayu tradisional; dan 3. Membincangkan peranan/sumbangan kerajaan Melayu tradisional kepada pembentukan masyarakat masa kini. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Upload: duonganh

Post on 21-Aug-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa kemajuan dan pembangunan negara bangsa pada hari ini adalah atas sumbangan dan peranan orang-orang terdahulu? Tidakkah kita terfikir jika tidak ada orang lama yang menjadi perintis, kita tidak akan mengecapi apa yang ada pada hari ini? Begitu juga dari segi sejarah pembangunan negara, peranan masyarakat zaman dahulu perlu dinilai semula oleh generasi pelapis pada hari ini. Mereka perlu mengetahui bahawa tradisi sosio-politik yang kita amalkan pada hari ini adalah warisan daripada masyarakat tradisional pada zaman dahulu. Justeru itu, melalui topik ini, tradisi sosio-politik dan ekonomi masyarakat Melayu tradisional akan dikupas semula untuk tatapan generasi pelapis supaya mereka tidak lupa asal-usul dan jati diri mereka. Bak kata pepatah Melayu, „Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung‰ dan juga „Takkan Melayu hilang di dunia‰.

TTooppiikk

1Kerajaan Melayu 1 Tradisional

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti kerajaan-kerajaan Melayu tradisional yang teragung;

2. Membincangkan ciri-ciri kerajaan Melayu tradisional; dan

3. Membincangkan peranan/sumbangan kerajaan Melayu tradisional kepada pembentukan masyarakat masa kini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

2

SIAPAKAH YANG DIKATAKAN MELAYU TRADISIONAL?

1.1

Melayu tradisional merujuk kepada masyarakat Melayu yang kaya dengan adat dan budaya serta nilai-nilai murni kesopanan. Ia juga merujuk kepada masyarakat Melayu yang hidup sebelum zaman penjajahan. Jadi, segala bentuk kegiatan sosio-ekonomi mereka adalah acuan mereka sendiri tanpa adanya pengaruh daripada negara Barat. Masyarakat Melayu tradisional ini sangat terkenal, khususnya pada abad ke-13 hingga abad ke-16. Ini adalah ekoran kemunculan beberapa buah kerajaan Melayu tradisional seperti Kerajaan Melayu Melaka, Johor, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan sebagainya.

KERAJAAN MELAYU MELAKA 1.2

Dalam bahagian ini, anda akan mempelajari sedikit sebanyak tentang Kerajaan Melayu Melaka.

1.2.1 Pengenalan

Kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada awal kurun ke-15. Pada masa ini, Kerajaan Melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal di alam Melayu. Kerajaan ini dikatakan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1456-1477). Antara faktor-faktor yang memunculkan Melaka sebagai kerajaan yang unggul dan gemilang pada waktu ini ialah:

(a) Faktor Geografi

(b) Faktor Ekonomi

(c) Faktor Politik dan Pentadbiran

1.2.2 Melaka sebagai Sebuah Kerajaan Agung

Kerajaan Melayu Melaka yang mencapai zaman kegemilangan pada kurun ke-15 Masihi terkenal di seluruh dunia sebagai: (a) Sebuah empayar yang besar dan kukuh dari segi pemerintahan,

ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL 3

(b) Pusat perdagangan dunia Melaka menjadi pusat pertembungan semua saudagar Timur dan Barat,

misalnya dari Negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.

(c) Pusat penyebaran agama Islam Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan

sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya. (d) Pusat penyebaran ilmu pengetahuan Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan

dan kesusasteraan.

1.2.3 Sistem Politik dan Pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka

(a) Meletakkan sultan sebagai kuasa tertinggi. (b) Beberapa jawatan diwujudkan untuk memudahkan urusan pentadbiran

seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana.

(c) Tamadun Islam - Konsep ÂdevarajaÊ yang mempunyai pegangan politik dan

lambang kedaulatan raja-raja tempatan telah digantikan dengan konsep Âkhalifatullahfil -ardhiÊ. Raja tidak dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa Hindu tetapi merupakan khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi.

(d) Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar Contohnya,

Kerajaan China bagi mengukuhkan kedudukannya. (e) Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa ini , terdapat

dua jenis undang-undang iaitu:

(i) Hukum Kanun Melaka

(ii) Undang-undang Laut Melaka

Undang-undang ini diwarisi sejak turun-temurun, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Kedua-dua undang-undang ini menerima banyak pengaruh atau unsur-unsur adat tempatan dan Hindu. Nama lain bagi Hukum Kanun Melaka ialah Risalat Hukum Kanun dan Undang-undang Darat Melaka. Naskhah asal hukum kanun ini mengandungi 19 fasal,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

4

kemudian bertambah kepada 22 fasal dan seterusnya bertambah kepada 44 fasal. Undang-undang Laut Melaka juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Hukum Undang-undang Laut dan Kitab Peraturan Pelayaran. Ia mengandungi 24 bab. Undang-undang ini diadakan untuk mengatur kehidupan masyarakat Melaka pada waktu itu, sama ada di darat atau di laut.

1.2.4 Kejatuhan Melaka

Kegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah (1456 1477). Namun, pengaruh kerajaan Melaka didapati semakin merosot pada akhir abad ke-15, terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kerajaan ini ialah: (a) Ketiadaan Pemimpin yang Cekap

Ketiadaan pemimpin yang cekap bermula daripada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah. Baginda mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya, Sultan Mansor Syah yang sangat gagah, berani dan tegas. Sultan Alauddin, walaupun merupakan seorang yang berani dan tegas, namun bersikap lembut dan tidak suka akan kekerasan. Oleh itu, tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman baginda. Ini menyebabkan banyak wilayah-wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan membentuk autonomi masing-masing. Sementara itu dari segi pembesar pula, bendahara-bendahara yang menggantikan Tun Perak didapati tidak secergas dan sebijaksana beliau. Misalnya, adik Tun Perak iaitu Tun Perpatih Putih yang menggantikan beliau merupakan seorang yang pemboros. Demikian juga Tun Mutahir yang lebih memberi tumpuan kepada keinginan menambahkan kekayaan berbanding mengutamakan pentadbiran kerajaan. Selain daripada bendahara, dari segi pertahanan ketenteraan dan kepahlawanan, ketiadaan pahlawan-pahlawan yang handal seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan.

(b) Pemerintahan yang Zalim Di samping itu, walaupun agama Islam menjadi anutan dan disebarkan secara meluas di Melaka, pegangan dan amalannya di kalangan pembesar dan rakyat terlalu nipis dan tidak dihayati sepenuhnya. Justeru itu, banyak berlaku kezaliman, ketidakadilan dan penindasan. Fenomena ini boleh dikaitkan juga dengan meningkatnya kegiatan rasuah di kalangan pembesar-pembesar kerana terlalu mengejar kekayaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL 5

(c) Rakyat Berpecah-belah dan Tidak Bersatu-padu Kurangnya semangat perpaduan di kalangan rakyat juga mengundang kepada kemerosotan Melaka. Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak, misalnya wujud puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak bersefahaman. Demikian juga, wujud pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.

(d) Pedagang Mula Mengalihkan Pusat Perdagangannya ke Tempat Lain Sikap tidak adil pembesar juga seperti mengenakan cukai yang berlebihan kepada pedagang-pedagang menyebabkan mereka menjadi marah dan mula mencari pelabuhan lain seperti Aceh, Bentan, Patani dan Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka.

(e) Tidak ada Kekuatan Tentera dan Pertahanan Kerajaan Melaka masih lagi belum maju dari segi ketenteraan, strategi perang dan juga senjata. Tentera Melaka masih lagi mengamalkan kaedah lama, iaitu menggunakan keris dan pedang sedangkan pihak Portugis menggunakan senjata yang lebih canggih iaitu menggunakan senapang dan peluru.

1.2.5 Faktor Luaran

Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang penemuan jalanan laut melalui Tanjung Harapan di selatan Afrika oleh Bartholomew Diaz pada tahun 1488. Akibat bermulanya aktiviti penjelajahan di Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung Harapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan di kawasan timur. Pihak Portugis telah menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511. Pada masa itu, Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata angkatan Portugis yang lebih canggih dan moden. * Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, iaitu kepada angkatan Portugis yang dipimpin oleh Alfonso de Alburqueque.

AKTIVITI 1.1

Dengan menggunakan peristiwa kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka, apakah pengajaran yang dapat dikutip oleh generasi Malaysia pada hari ini bagi memastikan kemerdekaan negara kekal hingga ke akhirnya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

6

KERAJAAN JOHOR 1.3

Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Ahmad Syah dan ayahandanya Sultan Mahmud Syah serta pengikut-pengikut mereka telah berundur dari Melaka ke selatan. Sultan Mahmud Syah bersemayam di Batu Hampar sementara Sultan Ahmad pula membuat kubu di Pagoh. Mereka bersiap sedia bagi melancarkan serangan untuk merampas semula Melaka dari tangan Portugis. Rancangan Sultan Ahmad bagaimanapun berjaya dikesan oleh Portugis, menyebabkan Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud kemudian berundur hingga ke Pahang. Setelah beberapa tahun di sana, kedua-dua keluarga diraja ini pergi pula ke Bentan. Di Bentan, mereka bersemayam di Kopak. Sultan Ahmad mangkat di Kopak dan dimakamkan di Bukit Batu. Justeru itu, baginda digelar ÂMarhum di Bukit BatuÊ. Dengan kemangkatan Sultan Ahmad, ini bermakna Sultan Mahmud mengambil alih semula teraju Kesultanan Melayu Melaka yang sebelum ini telah dilepaskan. Sehubungan dengan kemangkatan Sultan Ahmad juga, Sultan Mahmud melantik puteranya hasil perkahwinan baginda dengan puteri dari Kelantan, iaitu Puteri Onang Kening. Putera tersebut yang bernama Raja Muzaffar telah dilantik sebagai pengganti baginda dan bergelar ÂRaja MudaÊ. Namun begitu, apabila isteri Sultan Mahmud yang lain (Raja Fatimah) selamat melahirkan seorang putera bernama Raja Ali, kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas. Atas permintaan Raja Fatimah, Sultan Mahmud telah menabalkan Raja Ali sebagai ÂSultan MudaÊ. Sultan Mahmud bersemayam di Bentan hampir 13 tahun, iaitu dari tahun 1513 hingga 1526. Dalam tempoh ini juga, Portugis telah beberapa kali menyerang Bentan, iaitu pada tahun 1521,1523 dan 1524. Walaupun Sultan Mahmud bersemayam lama di Bentan, ini tidak bermakna baginda berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang tetap dan kukuh. Baginda kemudian berundur ke Kampar, Sumatera apabila diserang Portugis pada Oktober 1526. Di Kampar, baginda bersemayam di istana Kampar, milik saudara baginda, almarhum Sultan Munawar Syah, sekali gus menerajui pemerintahan Kampar. Sultan Mahmud mangkat di Kampar pada tahun 1528 yang bergelar Marhum Kampar. Raja Ali ditabalkan sebagai pengganti Sultan Mahmud dan bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah. Sementara Raja Muzaffar yang disingkirkan tadi membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah (memerintah hingga 1549). Sultan Alauddin kemudian berpindah ke Pahang dan mengahwini puteri Pahang, iaitu Puteri Kesuma Dewi dan berpindah pula ke Johor lalu membuka penempatan yang tetap pada tahun 1528 di Hujung Tanah. Justeru itulah, beliau disebut sebagai Sultan Johor yang pertama. Pada tahun 1718, kerajaan Johor

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL 7

diserang dan ditawan oleh Raja Kecil dari Siak. Baginda menabalkan diri sebagai Sultan Johor yang baru bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Baginda memindahkan pusat pentadbiran dari Panchur ke Pulau Bentan. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah berjaya dikalahkan pula oleh putera Sultan Abdul Jalil IV, iaitu Raja Sulaiman. Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor yang seterusnya bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada tahun 1722. Baginda terus bersemayam di Pulau Bentan. (Mardiana Nordin, 2000). Kerajaan Johor banyak mewarisi sistem dan bentuk pentadbiran dari Kerajaan Melaka. Bagi pentadbiran di peringkat pusat, kedudukan tertinggi dalam kerajaan ialah Sultan, dibantu oleh pembesar-pembesar utama seperti Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari, Laksamana dan Syahbandar. Selain daripada pembesar-pembesar tadi, wujud juga jawatan lain seperti Seri Bija Diraja, Seri Perdana Menteri, Seri Nara Diraja dan Seri Amar Diraja di samping pembesar agama seperti Kadi dan Imam. Selain daripada kumpulan pembesar, Sultan juga dibantu oleh kerabat diraja terdekat seperti bakal sultan atau juga Raja Muda/Sultan Muda. Dari segi bentuk pemerintahan, ia dapat diklasifikasikan seperti berikut:

(a) Sultan;

(b) Kumpulan menteri yang berperanan meneguhkan lagi institusi Kesultanan Johor; dan

(c) Unit Orang Kaya. Dalam kelompok ini wujudnya gelaran-gelaran seperti DatoÊ Bendahara, Paduka Raja, Tuan Pikrama, Laksamana, Temenggung, Seri Bija Diraja, Seri Nara Menteri, Seri Nara Diraja, Seri Bija Wangsa, Paduka Seri Maharaja, Seri Pikrama Raja, Seri Mahawangsa dan Maharaja Indera Denda.

Johor telah muncul sebagai pusat perdagangan yang penting sekitar pertengahan abad ke-17 dan secara tidak langsung sebagai sebuah pusat perdagangan yang utama di Nusantara. Kemampuan tapak pelabuhan Johor muncul sebagai pelabuhan antarabangsa memang dipengaruhi oleh beberapa faktor, seperti berikut:

(a) Tapak-tapak ibu kota Johor di sepanjang Sungai Johor merupakan kawasan yang strategik bagi persinggahan pedagang-pedagang dari Timur dan Barat. Sungainya yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal besar mampu mudik sehingga jauh ke pedalaman terutamanya ketika air pasang.

(b) Kemampuan menyediakan gudang dan pasaran yang baik untuk melancarkan aktiviti perdagangan. Catatan penulis Barat bertarikh 1703M

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

8

menyebut, Pelabuhan Johor yang berpusat di Panchor waktu itu menyediakan kemudahan membaiki kapal-kapal dagang. Pada tahun 1706M, dilaporkan Johor telah membuka tiga buah kilang membaiki kapal. Antara kemudahan lain yang disediakan di pelabuhan ini adalah seperti gudang-gudang, pegawai-pegawai terlatih dalam urusan perjalanan perdagangan, cukai kastam yang berpatutan dan sistem sukat yang tetap.

(c) Johor juga banyak bergantung kepada barang-barang dagangan yang diperolehi dari luar. Pelabuhan Johor berjaya membekalkan kain-kain dengan corak terbaru dengan harga yang murah. Di samping itu, di sini juga diperdagangkan emas, kayu gaharu, sarang burung, gading, kapur barus, bijih timah, rotan, lilin, tembaga, sutera, tembikar, candu dan pelbagai barang lain yang datang dari merata dunia.

(d) Orang Laut turut berperanan dalam mempengaruhi kepesatan perdagangan di Johor. Orang Laut inilah yang paling banyak menggalakkan para pedagang berkunjung ke Johor dalam usaha untuk menghalang pesaing-pesaing ekonomi mereka yang lain.

(e) Pelabuhan Johor mendapat faedah yang besar melalui persahabatan mereka dengan Belanda (terutama apabila membantu Belanda mengusir Portugis dari Melaka). Sebagaimana Melaka yang mendapat naungan dari China, Johor pula mendapat perlindungan keselamatan daripada Belanda.

Dalam urusan perdagangan Kerajaan Johor, sebagaimana juga negeri-negeri Melayu yang lain, wujud jawatan Syahbandar. Syahbandar ini adalah antara empat orang menteri utama di Johor yang mempunyai tugas-tugas seperti;

(a) Mengawal pedagang-pedagang yang keluar masuk dari dan ke Johor;

(b) Menjadi hakim bagi sebarang perselisihan antara pedagang dan merujuk kepada mahkamah jika berat kesnya;

(c) Memeriksa dan menentukan segala cukai;

(d) Memeriksa muatan kapal-kapal dagang dan saiz kapal-kapal tersebut; dan

(e) Menjaga keselamatan pelabuhan. Selain itu, perdagangan di Johor dijalankan di bawah satu sistem naungan. (Sistem ini lebih menonjol pada zaman penguasaan Laksamana Tun Abdul Jamil di Johor). Mengikut sistem ini, seseorang pedagang, sama ada dari luar atau dalam Johor sendiri mendapat naungan daripada seorang individu yang berkuasa di dalam kerajaan seperti Bendahara, Raja Indra Bongsu, Temenggung dan Laksamana.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL 9

Secara keseluruhan, kerajaan Johor menjadi pusat perdagangan yang masyhur, pada abad ke-17, di samping menjadi pusat penyebaran Islam apabila peranan yang dipegang oleh Aceh sebelum ini semakin merosot. (Mardiana Nordin, 2000)

KERAJAAN PERAK 1.4

Bukti awal wujudnya penempatan di Perak adalah berdasarkan penemuan-penemuan arkeologi. Beberapa artifak purba telah pernah ditemui di kawasan-kawasan seperti Kota Tampan dan Gua Badak di Lenggong, Gua Kerbau di Sungai Siput dan Gunung Churau di Ipoh. Selain itu, terdapat juga catatan di dalam naskhah Sejarah Melayu tentang kewujudan kerajaan tua di Perak seperti Beruas dan Dinding. Pernah juga disebut sebuah negeri bernama ÂGangga NegaraÊ yang dipercayai wujud pada abad ke-5 atau ke-6 di kawasan Beruas atau Manjung, Perak. Pengasasan Kesultanan Perak juga berkaitan dengan Kesultanan Melaka. Apabila Melaka diserang Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud dan anakanda baginda, Sultan Ahmad telah berundur ke Johor dan bergerak ke beberapa buah tapak dalam usaha untuk merampas semula kota Melaka di samping mengelakkan diri daripada serangan balas oleh Portugis sendiri. Ketika di Bentan dan bersemayam di Kopak, Sultan Ahmad telah mangkat. Kemangkatan baginda menyebabkan Sultan Mahmud melantik puteranya dengan puteri Kelantan iaitu Puteri Onang Kening iaitu Raja Muzaffar sebagai ÂRaja MudaÊ. Biarpun begitu, apabila isteri baginda yang lain, iaitu Raja Fatimah melahirkan putera, kedudukan Raja Muzaffar ditarik balik dan Sultan Mahmud melantik pula putera barunya, Raja Ali sebagai Sultan Muda. Justeru itulah apabila Sultan Mahmud mangkat pada tahun 1528 di Kampar, Raja Ali telah ditabalkan sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah. Raja Muzaffar yang berkecil hati dengan peristiwa ini kemudian telah membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Shah. Ini bermakna mulai kurun ke-16, keluarga pemerintah Perak adalah daripada keturunan Sultan Mahmud Syah, Melaka. Keluarga diraja ini bertahan dalam kerajaan Perak sehinggalah abad ke-17 apabila keluarga baru muncul dari Pahang untuk memerintah Perak. Peralihan tampuk pemerintahan ini berlaku kerana melibatkan campur tangan pemerintah Aceh iaitu Sultan Iskandar Muda Thani. Pada zaman pemerintahan baginda di Aceh, Perak menjadi salah sebuah negeri yang tunduk di bawah kekuasaannya. Oleh itu baginda telah melantik saudara sepupunya dari keturunan Kesultanan Melaka-Pahang bernama Raja Sulong sebagai Sultan Perak yang baru dan digelar Sultan Muzaffar Syah II.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

10

KERAJAAN PAHANG 1.5

Sejarah awal Pahang juga dibuktikan melalui penemuan arkeologi di kawasan-kawasan Sungai Lembing, Tembeling dan Tresang. Nama Pahang juga turut terdapat dalam catatan pengembara-pengembara terdahulu, dengan pelbagai nama. Daripada catatan pengembara Arab, Eropah dan Cina; Pahang ditulis sebagai ÂPamÊ, ÂPanÊ, ÂPaamÊ, ÂPaonÊ, ÂPhaanÊ, ÂPhangÊ, ÂPahanÊ, ÂPan-PanÊ dan ÂPan-HangÊ. Selain itu, teks klasik seperti Hikayat Hang Tuah menyebut Pahang sebagai Inderapura. Pengasasan Kesultanan Pahang pada abad ke-15 juga berkait rapat dengan Kesultanan Melayu Melaka. Naskhah Sejarah Melayu menyebut, pada zaman pemerintahan Melaka oleh Sultan Mansur Syah, putera baginda iaitu Raja Muhammad telah membunuh anak Bendahara Tun Besar kerana bermain sepak raga. Bola anak Bendahara Tun Besar telah terkena destar baginda. Oleh itu, untuk membalas perbuatan Raja Muhammad yang zalim itu, Sultan Mansur telah menitahkan baginda dibuang dari Melaka dan dirajakan di Pahang. Oleh itu, Raja Muhammad menjadi Sultan Pahang yang pertama bergelar Sultan Muhammad Syah. Baginda kemudian mengahwini puteri Raja Kelantan bernama Mengindera Puteri dan memperolehi tiga orang putera iaitu Raja Jamil, Raja Ahmad dan Raja Mahmud. Justeru itu, sehingga awal kurun ke-17, keturunan baginda (Raja Muhammad) menjadi pemerintah Pahang. Keturunan baginda yang memerintah Pahang berakhir pada tahun 1614 apabila Raja Muda Abdullah, iaitu putera kepada Sultan Abdul Ghafur mangkat pada tahun tersebut. Implikasinya, takhta Pahang diambil alih oleh keluarga Kesultanan Melaka Johor iaitu Raja Bujang. Walaupun muncul keluarga baru yang memerintah Pahang, tetapi kedua keluarga ini sebenarnya dari jurai keturunan yang sama iaitu Kesultanan Melayu Melaka.

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN 1.6

Nama Negeri Sembilan itu terhasil apabila terbentuknya sebuah negeri yang berasaskan gabungan sembilan buah negeri atau kawasan. Negeri-negeri tersebut asalnya adalah Sungai Ujong, Naning, Rembau, Jelebu, Johol, Klang, Jelai, Ulu Pahang dan Segamat. Namun begitu, kawasan seperti Klang kemudian telah diserahkan kepada Selangor, Jelai dan Ulu Pahang diberikan kepada Pahang sementara Segamat diberikan kepada Johor. Kemudiannya, sembilan kawasan lain terkumpul di dalam Negeri Sembilan iaitu Sungai Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir, Terachi dan Jempol. Kawasan-kawasan tersebut telah digabungkan menjadi Negeri Sembilan (Hari ini, hanya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL 11

terdapat tujuh daerah sahaja dalam Negeri Sembilan, iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin.) Sehingga abad ke-16, Negeri Sembilan adalah sebuah wilayah taklukan kerajaan Johor. Pada hujung abad ke-17, wilayah ini mula melonggarkan diri mereka daripada pengaruh Johor memandangkan Kerajaan Johor sendiri mulai lemah dan banyak berlaku konflik dalaman. Oleh itu, muncullah pembesar-pembesar, yang mula menonjol di daerah tadbiran masing-masing.

KERAJAAN SELANGOR 1.7

Asal-usul Selangor juga boleh dilihat berdasarkan penemuan-penemuan arkeologi yang membuktikan negeri ini telah didiami manusia sekurang-kurangnya 2000 tahun dahulu. Antara alatan yang pernah dijumpai adalah gendang dan loceng gangsa di Klang dan Sungai Lang, Kuala Langat. Tulang mawas turut ditemukan di Klang. Tapak-tapak pra- sejarah lain adalah seperti di Jenderam Hilir, Gombak, Batu Caves, Ampang, Bukit Kuda, Bukit Jati dan Bukit Badak. Selangor berada di bawah taklukan Melaka pada abad ke-15. Catatan dalam naskhah Sejarah Melayu membuktikan dakwaan ini dengan menyebut nama-nama tempat seperti (Kuala) Selangor, Klang, Jeram, Jugra dan Morib. Apabila Melaka ditewaskan Portugis dan kesultanannya berpindah ke Johor, Selangor turut menjadi wilayah taklukan Johor. Sehingga abad ke-18, Selangor kekal di bawah kuasa dan pengaruh Kerajaan Johor. Pada bulan Mei 1745, Daeng Chelak, iaitu salah seorang daripada opu (gelaran bangsawan Bugis) Bugis lima bersaudara yang bertapak dan berpengaruh dalam pentadbiran Johor pada abad ke-18 telah mangkat. Beliau meninggalkan dua orang putera yang kemudian menjadi tokoh yang masyhur dalam politik Negeri-Negeri Melayu, iaitu Raja Haji dan Raja Lumu. Semasa Selangor di bawah taklukan Johor, pentadbiran Selangor diuruskan oleh seorang pemangku raja iaitu Daeng Lakani (Suliwatang), Raja Said (anak Daeng Marewah) dan satu badan yang terdiri daripada orang tua-tua. Pengasasan Kesultanan Selangor berlaku apabila pada tahun 1766, Raja Lumu telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor yang pertama bergelar Sultan Salahuddin Riayat Syah. Tindakan Raja Lumu ini dikatakan kerana beliau ingin mendapatkan kedudukan yang baik memandangkan abangnya Raja Haji telah menjadi Yamtuan Muda Johor. Oleh itu, untuk mengelakkan Selangor daripada terus-menerus dikawal oleh Johor dan menjadi pemerintah yang berdaulat, beliau telah merancang untuk menjadi Sultan Selangor. Dengan perlantikan Raja Lumu yang bergelar Sultan Salahuddin Shah, maka bermulalah keluarga kesultanan baru di Selangor yang kekal hingga hari ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

12

KERAJAAN TERENGGANU 1.8

Sejak abad ke-13, peranan Terengganu sebagai pelabuhan perdagangan telah terbukti melalui catatan pengembara-pengembara asing. Pengembara Cina yang menulis pada tahun 1525M menyebut nama pelabuhan di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu sebagai ÂTong-Ya-NongÊ. Dalam peta lakaran Ptolemy pada abad ke-12 pula menyebut pelabuhan di Kuala Terengganu iaitu ÂPerimoulaÊ dan ÂKoleÊ di Kemaman. Penemuan Batu Bersurat Terengganu di Kuala Berang yang bertarikh 702H (1303M) membuktikan pula penerimaan Islam di Terengganu telah bermula selewat-lewatnya pada abad ke-14. Apa yang jelas ialah Tun Zainal Abidin Ibn Tun Habib Abdul Majid adalah pengasas Kesultanan Terengganu iaitu pada abad ke-18. Baginda adalah keturunan keluarga bendahara dari Johor. Perlantikan Tun Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu ini telah membawa kepada kemunculan keluarga pemerintah berdaulat di Terengganu pada abad ke-18.

KERAJAAN KEDAH 1.9

Dari segi penemuan arkeologi, negeri Kedah merupakan negeri yang tertua didiami di Tanah Melayu. Antara tapak-tapak penempatan awal itu adalah di kawasan sekeliling Gunung Jerai seperti dataran Lembah Sungai Merbok dan Sungai Muda. Kedah juga wujud dalam catatan-catatan asing dengan beberapa nama. Penulis Arab dan Parsi menyebutnya sebagai ÂKilahÊ atau ÂKalahÊ atau ÂQalhaÊ. Sementara catatan Sanskrit menyebutnya sebagai ÂKatahaÊ atau ÂKadaraÊ dan catatan Tamil yang menyebut Kedah sebagai ÂKadaramÊ atau ÂKalagamÊ. Sebuah sumber Melayu tempatan yang boleh dimanfaatkan dalam melihat sejarah Kedah adalah

(a) Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah menyatakan pemerintah-pemerintah awal Kedah adalah dari Gumrun Parsi yang memakai gelaran Maharaja bermula dengan Maharaja Durbar Raja; dan

(b) Hikayat Merong Mahawangsa mendakwa pemerintahan Kedah diasaskan oleh raja yang datang dari Rom bernama Raja Merong Mahawangsa. Menurut hikayat ini lagi, raja yang ketujuh daripada dinasti ini yang bernama Raja Phra Ong Mahawangsa sebagai raja Kedah pertama memeluk Islam dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah.

Sejarah negeri Kedah telah melalui beberapa episod pemerintahan misalnya pernah ditewaskan oleh Aceh, diduduki kuasa Siam juga dipindahkan ke tangan British melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Namun begitu, peristiwa-peristiwa tersebut tidak memutuskan warisan kesultanan tersebut sehinggalah hari ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL 13

KERAJAAN KELANTAN 1.10

Bukti awal kewujudan penempatan dan pelabuhan di Kelantan, boleh dikenal pasti melalui catatan-catatan pengembara asing. Antaranya ialah:

(a) Catatan sejarah daripada Dinasti Tang (618-907M) ada menyebut tempatan yang bernama ÂKo-loÊ atau ÂKo-lo Fu-sha-loÊ yang berkemungkinan besar merujuk kepada Kelantan.

(b) Tulisan Cina yang lain pula ada menyebut Kelantan itu dengan ÂHo-lan-tanÊ atau ÂKou-lo-tanÊ.

Sejarah awal pemerintahan di Kelantan menunjukkan negeri ini pernah ditadbir oleh dinasti Jembal sebelum beralih kepada dinasti kesultanan yang bertakhta hingga ke hari ini. Selain itu, kewujudan negeri Kelantan boleh didapati melalui teks klasik Melayu seperti:

(a) Hikayat Seri Kelantan

(b) Riwayat Kelantan Kedua-dua teks ini menyatakan bahawa negeri Kelantan pernah diperintah oleh raja perempuan iaitu Puteri Saadong dan Cik Siti Wan Kembang. Biarpun begitu, dinasti Jembal yang bertakhta di Kelantan berakhir pada tahun 1721 dengan kemangkatan Sultan Omar. Hal ini demikian kerana, walaupun Sultan Omar mempunyai putera, namun selepas kemangkatan baginda, takhta diberikan kepada menantunya, Long Bahar yang juga merupakan warisan keluarga diraja Patani. Keturunan dinasti Jembal hilang terus penguasaan terhadap Kelantan apabila Long Bahar mangkat kerana puteranya dengan puteri Kelantan (Raja Pah) tidak dilantik sebagai pengganti baginda sebaliknya puteranya bernama Long Sulaiman iaitu anak hasil perkahwinan dengan Puteri Patani ditabalkan sebagai pemerintah Kelantan.

STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN SOSIO-EKONOMI MELAYU TRADISIONAL

1.11

Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang struktur pemerintahan dan sosio-ekonomi Melayu Tradisional.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

14

1.11.1 Sistem Sosio-Politik Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem politik Tradisional merupakan sistem pemerintahan yang dominan sebelum berlakunya proses pemodenan politik yang bermula dengan kedatangan penjajah pada abad ke-18. Sistem politik tradisional ini banyak dipengaruhi oleh kepercayaan, adat resam dan agama. Ciri utama sistem politik tradisional ialah wujudnya jurang perbezaan antara golongan pemerintah, aristokrat/bangsawan dan rakyat jelata/bawahan. Keadaan ini boleh digambarkan melalui Rajah 1.1 yang berikut.

Rajah 1.1: Stratifikasi sosial masyarakat Melayu Tradisional

Sumber: Diadaptasi dari Sivachandralingam, Tamadun Dunia, 1999 Dalam masyarakat Melayu tradisional, kuasa politik, ekonomi dan sosial dipegang oleh golongan aristokrat. Rakyat jelata tidak diberi peluang untuk melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Secara kesimpulannya, masyarakat pada masa ini dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. (a) Sistem Pemerintahan Beraja

Raja sebagai tonggak kedaulatan. Di rantau alam Melayu, Raja-Raja Melayu yang bertakhta di singgahsana kerajaan, memberikan identiti sejarah Kerajaan Melayu dan kewujudan alam Melayu. Kerajaan Melayu dan alam Melayu sudah bertapak sejak zaman Kerajaan Funan pada kurun pertama Masihi dan Kerajaan Seri Vijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera pada kurun ke-7M. Alam Melayu di bawah pemerintahan Kerajaan Melayu merangkumi kawasan dan wilayah yang luas meliputi selatan Thailand,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL 15

Langkasuka, Majapahit, Mentaram, Brunei, Campa hingga kepada era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Dalam konteks sistem pemerintahan beraja Melayu, Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya menjana tamadun bangsa dalam sistem politik, perundangan, keilmuan, kecendekiawanan dan kesusasteraan di alam Melayu melalui tamadun yang dibina. Walaupun kerajaan silih berganti tetapi setiap kerajaan sentiasa meneruskan tradisi mengekalkan identiti bangsa. Kesultanan Melayu adalah satu realiti, satu manifestasi dan satu lambang keagungan tamadun bangsa. Pada hari ini hanya tiga negara di dunia yang masih dikuasai oleh pemerintahan Melayu. Pertama, Kesultanan di Brunei, kedua, Republik Indonesia dan ketiga, Kerajaan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pengekalan institusi raja di negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan Melayu di tanah air warisan bangsa. Atas fahaman itu, Tunku Abdul Rahman (Almarhum) ketika merangka formula membentuk kerajaan, telah mengasaskan sistem berkerajaan dan bernegara atas landasan yang menggabungkan institusi Raja dan institusi rakyat. Raja dimaktubkan sebagai ketua agama Islam. Peranan ini diwarisi sejak era Kesultanan Melayu Melaka dan tidak pernah dipindahkan bidang kuasanya. Islam adalah petunjuk moral kepada pemerintahan yang harus diterjemahkan melalui sifat adil lagi saksama, tidak melakukan kezaliman dan tidak melakukan penindasan. Islam juga mempunyai nilai yang sejagat sifatnya, iaitu nilai yang terkandung dalam semua agama. Ajaran Islam begitu sebati dengan institusi Kesultanan Melayu kerana selari dengan nilai dan amalan yang dianjurkan oleh Islam dalam sistem pemerintahan pada era Kesultanan Melayu. Undang-undang Melaka umpamanya menjelaskan bahawa martabat tinggi seseorang sultan itu dinilai daripada sudut amal makruf baginda menyempurnakan tanggung jawab (Raja Nazrin Shah, 2004).

(b) Konsep Daulat dan Derhaka Konsep ini membawa maksud rakyat tidak boleh menderhaka kepada pemerintah atau Raja. Jika seseorang rakyat itu mengingkari perintah raja, dia akan ditimpa tulah atau kecelakaan.

(c) Sistem Pembesar

Jika dilihat pada Rajah 1.1 tadi, golongan pembesar berada di tempat ketiga tetapi masih lagi tergolong dalam golongan atasan. Sesetengah daripada mereka bertugas di istana sebagai penasihat raja dan ada antara mereka yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

16

menjadi pembesar di daerah-daerah tertentu. Pembesar-pembesar ini dilantik oleh sultan dan diberi kuasa untuk memungut cukai dan memiliki tentera dan orang suruhan mereka sendiri. Antara pembesar-pembesar yang terkenal adalah Seri Nara Diraja, Tun Perak, Laksamana Hang Tuah, Tun Bija Sura dan banyak lagi (sila rujuk Teks Sejarah Melayu). Pembesar yang terakhir adalah penghulu atau ketua kampung yang merupakan orang paling berkuasa di peringkat kampung. Beliau juga merupakan perantara antara Raja dan rakyat.

(d) Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar. Contohnya semasa

pemerintahan kerajaan Melayu Melaka: Jepun, China, Asia Barat. Orang-orang Melayu telah hidup bertamadun sejak beribu tahun yang lalu. Selain daripada dapat mengatur dan mentadbir negaranya sendiri sesuai dengan keadaan waktu itu, nenek moyang kita juga telah biasa mengharungi samudera luas seperti Lautan Hindi, Laut China dan sekitar Lautan Pasifik Selatan selain daripada laut alam Melayu dengan menggunakan kapal-kapal layar yang besar yang mereka bina sendiri. Mereka bukan saja membuat perhubungan dengan negeri China, di sebelah timur, malah dengan negara yang lebih bertamadun dan kuat di Barat yang kita kenal dengan nama Benua Rom. Laksamana Hang Tuah pernah diutus oleh Sultan Melaka sebagai duta pelawat di kedua-dua buah negara tersebut, selain daripada menjalin hubungan dan mengikat tali persahabatan di antara kerajaan Melayu Melaka dengan negeri China dan Benua Rom, hubungan dagang juga telah turut dijalinkan.

SEMAK KENDIRI 1.1

Apakah perbezaan antara sistem politik tradisional dengan sistem politik moden pada hari ini?

1.11.2 Sistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang masih kuat terikat dengan ekonomi tradisional iaitu berbentuk sara diri. Penumpuan adalah untuk keperluan ahli keluarga, manakala barang keperluan yang tidak dapat dihasilkan sendiri akan diperolehi melalui pertukaran barangan dengan orang luar. Walau bagaimanapun, pada masa ini sudah ada hubungan perdagangan dengan negara luar khususnya dari China, India dan Asia Barat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL 17

Ciri kedua sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional adalah pemisahan antara golongan pemerintah dan rakyat. Dalam hal ini, golongan pemerintah dan aristokrat memegang sistem ekonomi dan menguasai kedudukan dalam ekonomi. Mereka ini menerima cukai daripada pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan serta cukai daripada rakyat jelata. Rakyat hanyalah menjadi petani yang menyewa tanah-tanah milik golongan aristokrat.

1.11.3 Sistem Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu tradisional mencerminkan tamadun yang tinggi. Hal ini sedemikian kerana corak hidup mereka berubah mengikut kesesuaian masa berdasarkan beberapa siri pertembungan budaya luar seperti Hindu, Islam dan Barat. Walau bagaimanapun, corak hidup masyarakat Melayu semakin matang dan lebih teratur dengan kedatangan agama Islam kerana sebelum itu, mereka sangat mempercayai tahyul dan animisme. Masyarakat Melayu mengamalkan budaya dari pelbagai kepulauan Melayu, terutamanya budaya Melayu-Indo dan Melayu-Islam. Ciri kedua adalah dari segi kekeluargaan. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang paling kuat mempertahankan sistem kekeluargaan kerana daripada keluargalah bermulanya sistem sosialisasi seseorang individu Melayu. Di rumahlah mereka dididik dengan nilai-nilai murni seperti menghormati orang tua dan belajar untuk menjadi insan yang baik. Ciri seterusnya adalah pengenalan undang-undang untuk mengawal tingkah laku masyarakat, iaitu undang-undang laut dan tanah. Kepentingan undang-undang dan adat dalam masyarakat Melayu boleh dilihat melalui perumpamaan berikut ‰Biar mati anak, jangan mati adat‰. Perumpamaan ini sengaja direka untuk menggambarkan betapa pentingnya undang-undang dan adat bagi menjaga tatasusila dan kelakuan individu dalam bermasyarakat. Pada masa ini, setiap negeri mempunyai undang-undangnya sendiri, contohnya Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan sebagainya.

1.11.4 Pencapaian dalam Bidang Teknologi

(a) Seni bina Melayu rumah Melayu (Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor);

(b) Pembuatan senjata keris;

(c) Pembuatan alat pengangkutan perahu, perahu layar; dan

(d) Perubatan perubatan Tradisional (perubatan herba).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

18

AKTIVITI 1.2

Pada pendapat anda, apakah sumbangan masyarakat Melayu tradisional kepada pembangunan masyarakat Melayu masa kini? Apakah sumbangan kerajaan Melayu tradisional kepada pembentukan bangsa pada hari ini?

• Masyarakat Melayu tradisional memainkan peranan penting dalam mencorakkan sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu moden masa kini.

• Walaupun kini sudah ada asimilasi dengan budaya baru, elemen tradisional masih lagi dikekalkan.

• Elemen tradisional ini akan hilang dan lenyap jika generasi baru tidak menghargai dan membuang nilai-nilai murni atas dasar pemodenan.

Bidang Teknologi

Struktur Pemerintahan

Kerajaan Selangor

Kesultanan Melayu Melaka

Melayu Tradisional

Sosio-ekonomi

Kerajaan Kelantan

Kerajaan Johor

Kerajaan Negeri Sembilan

Kerajaan Pahang

Kerajaan Perak

Kerajaan Terengganu

Kerajaan Kedah

Andaya, Barbara, W.E. Andaya, & Leonard Y. (1982). Sejarah Malaysia. London:

Macmillan Press.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL 19

Hasnah Binti Hussiin & Mardiana Nordin. (2000). Pengajian Malaysia. (Edisi Pertama dan Kedua) Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ismail Hamid. (1991). Masyarakat dan budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein. (1996). Tamadun Melayu. Jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. Muhammad Yusoff Hashim. (1988). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur. Paimah Atoma, Hamidah Ab. Rahman & Shahri Ab. Majid. Kenegaraan

Malaysia. Johor: UTM, Skudai. Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan. (1999). Tamadun

Dunia. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). Malaysia warisan dan perkembangan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)