topik 8 pendidikan khas

29
PENGENALAN Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas; kerencatan akal; cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal; bermasalah pembelajaran atau kesihatan; dan sebagainya. Walaupun mereka dikenali sebagai kanak-kanak berkeperluan khas, tidak bermakna mereka tidak boleh menyumbang kepada masyarakat dan negara. Mereka tidak wajar dipinggirkan malah, perlu diberi pendidikan. Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberikan kepada mereka agak berbeza dan ia digelar sebagai pendidikan khas. DEFINISI PENDIDIKAN KHAS Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital atau institusi. 8.1 T T o o p p i i k k 8 8 Pendidikan Khas HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan tentang pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar-pelajar istimewa; dan 2. Menjelaskan tentang program-program yang disediakan oleh kementerian pendidikan untuk kanak-kanak khas.

Upload: amerlie-lim

Post on 31-Dec-2015

199 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 8 Pendidikan Khas

� PENGENALAN

Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas; kerencatan akal; cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal; bermasalah pembelajaran atau kesihatan; dan sebagainya. Walaupun mereka dikenali sebagai kanak-kanak berkeperluan khas, tidak bermakna mereka tidak boleh menyumbang kepada masyarakat dan negara. Mereka tidak wajar dipinggirkan malah, perlu diberi pendidikan. Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberikan kepada mereka agak berbeza dan ia digelar sebagai pendidikan khas.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital atau institusi.

8.1

TTooppiikk����

88��

� Pendidikan Khas

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan tentang pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar-pelajar istimewa; dan

2. Menjelaskan tentang program-program yang disediakan oleh kementerian pendidikan untuk kanak-kanak khas.

Page 2: Topik 8 Pendidikan Khas

� TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS 200

Pendidikan khas juga boleh didefinisikan sebagai:

„Pendidikan yang menggunakan kaedah khas yang bersesuaian dengan keperluan pelajar di mana perkembangan fizikal, intelektual, emosi atau sosial tidak boleh dicapai secukupnya dengan menggunakan pendekatan yang biasa menurut pandangan pihak autoriti pendidikan.‰

Pendidikan khas juga merujuk kepada:

Manakala Slavin (1997) pula mendefinisikan pendidikan khas sebagai:

Menurut Gearhart & Weishman (1980) pula, pendidikan khas ialah:

Manakala, Krik & Gallagher (1983) menyatakan bahawa golongan luar biasa meliputi golongan yang bergeliga dan yang handikap. Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa pendidikan khas merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya dan yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

„Satu program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas daripada segi intelek, fizikal, sosial atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.‰

(Chua, 1992)

„Sebarang program yang diperuntuk atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas‰.

Subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakanperuntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu pelajar-pelajardan belia bersifat luar biasa.

Page 3: Topik 8 Pendidikan Khas

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS �

201

PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

Pendidikan khas di Malaysia adalah pendidikan yang disediakan khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas. Pelajar-pelajar berkeperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa adalah pelajar-pelajar yang cacat daripada pelbagai jenis atau kategori kecacatan. Ini meliputi ketidakupayaan atau kesukaran yang disebabkan ketidakfungsian sistem saraf. Pelajar-pelajar ini memerlukan pendidikan khas kerana mereka memerlukan pengubahsuaian dalam amalan hidup biasa. McDonnell et al. (1995) pula mengklasifikasikan pelajar-pelajar berkeperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa ini kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga di kalangan kanak-kanak istimewa ini yang mempunyai gangguan yang pelbagai (sebagai contoh, rencatan akal dan gangguan tingkah laku). Lerner et al. (1998), dalam memperihalkan kanak-kanak istimewa di peringkat pra-sekolah, mencadangkan dua kategori kanak-kanak, iaitu:

(a) Kanak-kanak yang dianggap mempunyai risiko untuk gagal dalam pelajaran di bangku sekolah; dan

(b) Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan yang diambil kira di bawah sesuatu akta atau undang-undang khas di sesebuah negara.

Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa bolehlah ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).

8.2

Adakah pelajar-pelajar istimewa (contoh: cacat penglihatan danpendengaran) dan bermasalah pembelajaran (contoh: terencat akal)patut diberi pendidikan yang serupa dengan pelajar normal? Mengapa?Bincangkan.

AKTIVITI 8.1

Page 4: Topik 8 Pendidikan Khas

� TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS 202

Kesimpulannya, pendidikan khas adalah pendidikan yang ditujukan kepada pelajar-pelajar yang cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat mental, bermasalah pembelajaran dan tingkah laku, cacat budaya atau sosial, cacat fizikal dan sebagainya; termasuk juga pelajar-pelajar pintar cerdas. Idea-idea utama yang mempengaruhi perkembangan pendidikan khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Amerika Syarikat dan juga di Malaysia adalah seperti dalam Jadual 8.1.

Jadual 8.1: Perkembangan Pendidikan Khas

Tokoh Tarikh Kewarganegaraan Idea Utama

Jean Marcgaspard 1775–1838 Perancis Mengajar pelajar-pelajar terencat akal.

Samuel G. Howe 1801–1876 Amerika Syarikat Pelajar-pelajar yang cacat boleh diasuh melalui pendidikan yang tersusun.

Edward Seguin 1812–1889 Perancis Pelajar-pelajar terencat akal boleh diajar melalui latihan deria motor.

Alfred Binet 1857–1991 Perancis Kecerdasan atau kepintaran boleh diukur dan dimajukan melalui pembelajaran.

Louis Braille 1809–1852 Perancis Pelajar-pelajar buta boleh diajar melalui titik-titik timbul.

Thomas Hopkins 1787–1851 Amerika Syarikat Pelajar-pelajar pekak boleh berhubung melalui bahasa isyarat dan ekspresi muka.

Alexander Graham Bell 1847–1922 Amerika Syarikat

Pelajar-pelajar pekak boleh belajar bercakap menggunakan pendengaran terhad.

Maria Montessori 1870–1852 Itali Pelajar-pelajar mudah belajar menggunakan bahan konkrit.

Anna Freud 1895–1982 Austria Teknik psikoanalisis boleh membantu pelajar-pelajar bermasalah emosi.

Alfred Staruss 1897–1957 Jerman Kanak bermasalah dengan kerosakan otak minimum memerlukan latihan khas.

Sumber: Kirk & Gallagher (1983)

Page 5: Topik 8 Pendidikan Khas

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS �

203

PENDEKATAN BAGI MENJAYAKAN PENDIDIKAN KHAS

Dalam usaha menjayakan pendidikan khas ini, faktor kritikal perlu diberi perhatian (lihat Rajah 8.1).

Rajah 8.1: Faktor kritikal pendidikan khas Mari kita lihat penjelasan bagi setiap satunya. (a) GGuru Terlatih Guru-guru terlatih khas merupakan komponen penting dalam program

pendidikan khas. Guru yang mengajar pelajar berkeperluan khas memerlukan latihan khusus untuk mengendalikan program-program yang disediakan untuk pelajar tersebut. Setiap guru terlatih khas harus mempunyai kelayakan perguruan yang asas untuk mengajar pelajar normal supaya mereka mengetahui pertumbuhan dan perkembangan

8.3

SEMAK KENDIRI 8.1

Siapakah pelajar istimewa dan bagaimanakah cara anda mengenalimereka? Bincangkan bersama rakan dan tutor anda.

Page 6: Topik 8 Pendidikan Khas

� TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS 204

normal pelajar. Guru pendidikan khas juga perlu sabar, rajin, sentiasa berikhtiar untuk memperoleh sesuatu, kreatif, mempunyai hubungan mesra dengan pelajar, menggunakan perancangan yang berkesan dan sentiasa bekerjasama dengan guru besar dan guru sejawat.

(b) KKombinasi Kepakaran Selain daripada guru-guru terlatih, pendidikan khas juga memerlukan

perkhidmatan pakar-pakar daripada bidang lain. Antara pakar-pakar yang diperlukan ialah pakar psikologi pendidikan, pediatrik; pakar mata, pakar telinga, hidung dan tekak; ahli fisioterapi atau terapi pertuturan; dan lain-lain. Pakar-pakar ini memainkan peranan masing-masing dalam mendiagnosis, menilai, melatih dan memberi rawatan perubatan kepada pelajar-pelajar terbabit.

(c) KKurikulum Khas Pendidikan khas turut menyediakan satu kurikulum khas pengajaran dan

pembelajaran yang berbeza daripada kurikulum untuk pelajar normal. Pada amnya, pelajar-pelajar luar biasa akan mengikuti kurikulum sekolah biasa yang telah diubahsuai untuk memenuhi keperluan-keperluan khas.

(d) OObjektif Pengajaran Khas Objektif pengajaran pendidikan khas haruslah objektif yang nyata dan

menekankan dua komponen utama iaitu tingkah laku yang dapat diperhatikan dan kriteria-kriteria untuk kejayaan berdasarkan bilangan atau peratusan gerak balas yang betul (Chua, 1992). Penulisan objektif pengajaran jangka pendek selalu diabaikan oleh guru-guru pendidikan biasa tetapi dalam pendidikan khas, objektif pengajaran jangka pendek ini amat penting. Objektif-objektif yang dianggap berkesan mempunyai ciri-ciri seperti pengkhususan, menjelaskan pencapaian utama yang diingini, perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan, kriteria pencapaian yang jelas serta berorientasikan pelajar dan bukan berorientasikan guru.

(e) PPenglibatan Aktif Pelajar Pendidikan khas menghendaki penglibatan pelajar yang aktif. Kebanyakan

pelajar-pelajar normal belajar dengan mendengar ucapan atau pelajaran diberi oleh guru biasa tetapi pelajar-pelajar luar biasa perlu dilibatkan secara aktif untuk membantu mereka menguasai sesuatu tugasan atau konsep tertentu. Bahan-bahan konkrit perlu digunakan untuk memberi gambaran kepada pelajar-pelajar buta dengan membuat sentuhan dan secara tidak langsung, pelajar-pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran.

Page 7: Topik 8 Pendidikan Khas

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS �

205

(f) KKaedah Pengajaran Khas Terdapat dua kaedah pengajaran dalam pendidikan khas, iaitu:

(i) Model latihan kebolehan; dan

(ii) Model latihan kemahiran. Kaedah ini menentukan kelemahan pelajar terlebih dahulu dan kemudiannya mengajar apa yang sesuai dengan keperluan mereka. Model latihan kebolehan menekankan proses pemulihan yang melibatkan fungsi-fungsi yang kurang daripada segi persepsi penglihatan, pendengaran atau motor. Sementara itu, model latihan kemahiran bertujuan untuk mengenal pasti gerak balas tertentu yang lemah atau salah dan kemudian memperkuatkan gerak balas tersebut (Chua, 1992).

Di sini, dapat dirumuskan bahawa terdapat ciri-ciri tertentu yang perlu ada pada guru-guru yang mengajar pendidikan khas. Ciri-ciri yang diperlukan termasuklah sabar, kreatif, rajin dan sebagainya. Selain daripada itu, beberapa ciri-ciri lain yang turut membantu dalam mengendalikan pendidikan khas ini adalah seperti keperluan pakar-pakar dalam bidang tertentu, kurikulum khas, penglibatan pelajar yang aktif dan sebagainya. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memahami tujuan pendidikan khas diberikan kepada pelajar-pelajar istimewa ini dan apakah falsafah serta matlamat pendidikan khas sebenarnya.

FALSAFAH DAN MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS

Tujuan pendidikan secara umumnya adalah untuk mewujudkan individu yang berpengetahuan, berdikari, bijak, mempunyai nilai hidup yang tinggi, berdaya maju dan sebagainya. Oleh itu, pendidikan khas juga mempunyai falsafah dan matlamat tertentu yang hendak dicapai. Falsafah dan matlamat pendidikan khas ini dijelaskan dalam bahagian ini.

8.4

AKTIVITI 8.2

Pada pendapat anda, mengapa pengetahuan tentang psikologipendidikan amat penting kepada guru pendidikan khas? Bincangkan.

Page 8: Topik 8 Pendidikan Khas

� TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS 206

(a) FFalsafah Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (1986) menggariskan Falsafah Pendidikan Khas yang bersifat progresivisme. Falsafah itu berbunyi:

Falsafah Pendidikan Khas menegaskan kepentingan kita mengenal pasti

perbezaan-perbezaan dalam diri setiap pelajar dan antara mereka. Disebabkan oleh kewujudan perbezaan-perbezaan, pelbagai keperluan pendidikan khas turut diperlukan. Pendidikan khas perlu memenuhi keperluan-keperluan ini supaya setiap pelajar dapat berfungsi sedaya yang boleh.

Sebagai kesimpulannya, serupa dengan Falsafah Pendidikan Negara,

Falsafah Pendidikan Khas menekankan perkembangan optimum seseorang individu sebagai orang yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang dan mengurus kehidupan sendiri serta menyedari potensi diri kepada masyarakat. Falsafah ini juga menyediakan peluang-peluang yang sama kepada pelajar-pelajar khas, seperti yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa untuk perkembangan psikologi dan sosial yang seimbang.

(b) MMatlamat dan Tujuan Pendidikan Khas

Matlamat umum pendidikan khas ialah untuk menyediakan perkembangan optimum pelajar dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang dan mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Di Malaysia, matlamat umum pendidikan khas ialah untuk memberi pendidikan yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan pelajar-pelajar berkeperluan khas dalam persekitaran biasa. Pendedahan pelajar-pelajar berkeperluan khas kepada persekitaran biasa, antara lain, adalah bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang dapat mendedahkan mereka kepada persekitaran hidup yang sebenarnya.

„Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada pelajar-pelajar khas seperti yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan keperluan tenaga rakyat dan untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.‰

Page 9: Topik 8 Pendidikan Khas

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS �

207

Dengan ini, diharapkan mereka akan dapat belajar, bermain dan bersama-sama mendapat faedah untuk menghilangkan rasa rendah diri dan tersisih mereka. Selain itu, kanak-kanak berkeperluan khas ini juga akan berpeluang belajar di dalam kelas harian biasa. Terdapat beberapa tujuan pendidikan khas yang spesifik seperti dinyatakan oleh Isahak Haron & Koh Boh Boon (1982). Mereka memberikan beberapa tujuan pendidikan khas diadakan seperti berikut:

(i) Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani; kekuatan kanak-kanak luar biasa perlu dikesan dan diberi penekanan;

(ii) Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak cacat fizikal atau akal supaya menjadi pekerja yang berguna dalam masyarakat;

(iii) Mencegah sesuatu ketidakbolehan dari menjadi sesuatu kecacatan;

(iv) Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan memperkembangkan atau memulihkan perasaan yakin diri dan sanggup mencapai sesuatu pada setiap kanak-kanak luar biasa; dan

(v) Mengeratkan kanak-kanak cacat dengan masyarakat biasa supaya mereka yang cacat ini dapat diterima oleh masyarakat.

Bagi mencapai matlamat dan tujuan ini, pelaksanaan harus dibuat untuk mewujudkan program pembelajaran yang menggalakkan perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek dan sentiasa peka dan prihatin terhadap kebajikan kanak-kanak istimewa (Rajah 8.2).

Rajah 8.2: Kanak-kanak cacat diberi didikan supaya tidak membatasi pencapaian diri Sumber: www.hksap.org

Page 10: Topik 8 Pendidikan Khas

� TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS 208

Pelbagai aktiviti pengajaran perlu diwujudkan bagi menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Para guru juga perlu sentiasa menilai tahap pencapaian akademik dan kurikulum kanak-kanak istimewa ini. Untuk mencapai matlamat ini, gabungan semua pihak terutamanya hubungan baik antara ibu bapa dengan guru-guru adalah amat diperlukan.

KATEGORI PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

Pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar-pelajar berkeperluan khas adalah seperti yang disenaraikan dalam bahagian berikut.

8.5.1 Bermasalah Pendengaran

Seseorang yang bermasalah pendengaran kerap kali dikatakan sebagai pekak. Anggapan ini adalah salah kerana bukan semua orang yang bermasalah pendengaran tidak boleh mendengar tetapi pendengarannya tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Seseorang yang dilahirkan dengan masalah pendengaran, perkembangan pertuturannya dan bahasanya akan terganggu atau lambat. Keadaan akan menjadi semakin teruk jika pelajar-pelajar tersebut langsung tidak mendengar; sudah pasti ianya tidak dapat bercakap (bisu) juga. Pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu bermasalah pendengaran:

(a) Penerimaan (getaran tidak sampai ke bahagian dalam telinga);

(b) Pengamatan (masalah saraf deria pada bahagian telinga);

(c) Pusat (sistem urat pusat tidak bergerak dengan betul atau cedera); dan

(d) Psikogenik (tidak boleh mendengar apa-apa kerana gangguan emosi yang terpendam).

8.5

AKTIVITI 8.3

Bincangkan bagaimana anda sebagai seorang guru dapat menjalinkanhubungan baik dengan ibu bapa pelajar khas.

Page 11: Topik 8 Pendidikan Khas

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS �

209

Secara umumnya, pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu;

(a) Pekak; dan

(b) Separa pekak. Pelajar-pelajar yang mengalami kecacatan ini biasanya boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri seperti:

(a) Kurang memberi perhatian;

(b) Susah mengikut peraturan;

(c) Selalu berkhayal;

(d) Memerlukan bantuan daripada kawan;

(e) Kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan;

(f) Cara percakapan yang janggal; dan

(g) Mempunyai masalah kesihatan.

8.5.2 Bermasalah Penglihatan

Pelajar-pelajar yang bermasalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan, iaitu:

(a) Buta yang langsung tidak dapat melihat; dan

(b) Separuh buta yang kabur penglihatan. Pelajar-pelajar buta biasanya belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu dan rasa. Mereka menggunakan tulisan Braille (Rajah 8.3) untuk membaca dan tongkat untuk bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain. Pelajar-pelajar separa buta pula mempunyai deria penglihatan yang kabur dan memerlukan bantuan seperti pemakaian cermin mata atau mendapatkan rawatan doktor pakar.

Page 12: Topik 8 Pendidikan Khas

� TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS 210

Rajah 8.3: Sistem Braille digunakan oleh pelajar buta untuk membaca

Selain daripada dua kategori di atas, pelajar-pelajar yang mengalami masalah penglihatan juga boleh dibahagikan kepada lapan kategori mengikut peringkatnya, iaitu:

(a) Astigmatisme (rabun);

(b) Strabismus (juling);

(c) Amblipia (mata malas);

(d) Diplopia (nampak dua);

(e) Glaukoma (tekanan biji mata merosakkan urat saraf mata);

(f) Albinisme (sensitif pada cahaya);

(g) Myopia (rabun jauh); dan

(h) Hyperopia (rabun dekat).

8.5.3 Bermasalah Pembelajaran

Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ialah pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian pelajar seperti kebolehan kognitif tingkah laku (perkembangan sosial), penguasaan bahasa lisan (pertuturan) dan membaca, kemahiran perkembangan dan kemahiran matematik. Pelajar-pelajar ini boleh

Page 13: Topik 8 Pendidikan Khas

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS �

211

dikesan melalui beberapa cara. Biasanya, kriteria yang digunakan ialah kekerapan kegagalan yang dialami pelajar-pelajar tersebut berbanding dengan kekerapan kejayaan mereka. Kadang-kadang cara seseorang itu bertutur, cara dia memberi sebab atau alasan apabila disoal, cara dia menerangkan sesuatu, gerak gerinya dan juga kebersihan dirinya dijadikan kriteria untuk guru-guru mengesan pelajar istimewa ini. Jenis-jenis kumpulan pelajar yang bermasalah pembelajaran ialah seperti dalam Rajah 8.4:

Rajah 8.4: 11 jenis kumpulan pelajar bermasalah pembelajaran

Secara umumnya, kriteria yang digunakan ialah tahap jangkaan atau harapan yang patut dicapai oleh seseorang pelajar pada sesuatu peringkat umur. Jangkaan ini pula berasaskan norma-norma tahap pencapaian pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi, sosial dan intelek bagi majoriti pelajar. Lazimnya, golongan ini mempunyai atau akan mencapai pertumbuhan dan perkembangan daripada segi fizikal, emosi, sosial dan intelek secara perlahan dan amat berbeza dengan pelajar-pelajar normal. Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap masalah yang mereka dihadapi agar mereka dapat menjalani kehidupan seharian yang bermakna bersama keluarga dan masyarakat sekeliling. Mari kita lihat jenis-jenis pelajar ini dengan lebih lanjut.

Page 14: Topik 8 Pendidikan Khas

� TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS 212

(a) LLembam Brennan (1974) mendefinisikan pelajar lembam sebagai pelajar yang gagal

melaksanakan kerja normal sekolah seperti kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak dapat dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan. Pelajar lembam ini kurang aktif dan kurang berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah.

(b) SSindrom Down Sindrom Down ialah masalah yang disebabkan masalah berlebihan

kromosom dan bahan kimia yang tidak seimbang. Sindrom ini biasanya diwarisi daripada keluarga iaitu baka yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Kecacatan sindrom Down ini boleh dikesan sebaik sahaja bayi dilahirkan. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap darjah kecerdasan otak (IQ) yang rendah antara 30 hingga 80.

Pelajar-pelajar sindrom Down mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

(i) Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat;

(ii) Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung terjelir;

(iii) Mata sentiasa berair dan merah;

(iv) Mata sepet dan bentuk muka yang kecil;

(v) Tangan yang lebar dan pendek serta satu garisan tapak tangan melintang;

(vi) Berbadan gempal dan pendek serta badan yang agak bongkok; dan

(vii) Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik. (c) HHipoaktif Kanak-kanak hipoaktif adalah pasif daripada segi aktiviti fizikalnya dan

amat takut kepada orang lain. Di sekolah, mereka lebih suka berada atau bersembunyi di bawah meja dan tidak menghiraukan panggilan atau gurauan daripada guru atau rakan sebaya (Naim, 1997). Golongan ini suka menyendiri dan bersikap murung serta suka berkhayal, suka bermain sendirian dan suka termenung. Selain itu, pelajar-pelajar hipoaktif tidak suka bergaul atau berinteraksi, menundukkan muka apabila nama dipanggil dan tiada tindakan kepada persekitaran.

(d) HHiperaktif Pelajar-pelajar hiperaktif mempunyai ciri-ciri khusus seperti aktiviti fizikal

yang agresif dan berlebihan, tindakan yang berlebihan terhadap ransangan cahaya, bunyi dan warna. Pelajar-pelajar ini tidak takut kepada orang, kerap menangis, corak tidurnya tidak tetap, suka ketawa, sukar memberi

Page 15: Topik 8 Pendidikan Khas

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS �

213

tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan, mudah mengamuk apabila kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan diri serta sukar untuk berinteraksi dengan rakan sebaya yang lain.

(e) GGangguan Emosi atau Tingkah Laku Pelajar-pelajar yang bermasalah emosi atau tingkah laku biasanya dapat

dilihat daripada segi intelek, pencapaian akademik, penyesuaian emosi dan perlakuan sosial. Pelajar-pelajar yang mengalami masalah ini boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu:

(i) Penarikan diri (elakkan diri daripada orang lain);

(ii) Neurotik (menderita daripada gangguan psikoanalitik – fobia dan lain-lain);

(iii) Autistik; dan

(iv) Skizofrenik (personaliti atau pemikiran berbelah bahagi). Menurut Habet (1974), terdapat beberapa ciri yang tertentu pada pelajar-pelajar yang bermasalah emosi iaitu kurang selera makan, masalah tidur, kencing pada waktu siang dan malam di tempat tidur serta mengotorkan pakaian, gagap, suka merosakkan sesuatu, suka bercakap bohong, terlalu bergantung kepada orang lain, terlalu merendah diri dan kekok.

(f) PPalsi Serebrum Palsi serebrum adalah sejenis kecacatan yang berkaitan dengan kelemahan

anggota yang dialami oleh pelajar (Rajah 8.5). Kecacatan anggota ini mengakibatkan pelajar tersebut tidak dapat melakukan pergerakan motor kasar seperti berjalan atau berlari dengan bebas. Pelajar-pelajar palsi serebrum ini juga tidak dapat melakukan aktiviti pengamatan dan pergerakan motor halus seperti melukis, menulis, mengingat dan sebagainya.

Rajah 8.5: Kanak-kanak palsi serebrum susah mengawal pergerakan badannya

Sumber: http://polaris.umuc.edu

Page 16: Topik 8 Pendidikan Khas

� TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS 214

Pelajar-pelajar yang mengalami palsi serebrum ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

(i) SSpastik

Kerosakan pada bahagian konteks motor yang boleh mengakibatkan kehilangan kawalan terhadap otak dan otot yang boleh dikawal. Ia akan menghalang pergerakan yang sempurna iaitu koordinasi pergerakannya sukar dikawal. Ia boleh dikesan melalui ciri-ciri kesukaran pada waktu makan, masalah pernafasan, masalah pada pertuturan, tanda-tanda terencat akal, tidak berupaya mengurus diri atau tidak berupaya berdiri dan memijak.

(ii) AAtitosis

Kerosakan pada bahagian basel ganglion yang boleh memperlahankan pergerakan. Pergerakan pada bahagian bahu, muka, kaki dan tangan tidak boleh dikawal atau pertuturan menjadi agak susah dan tidak jelas, di samping masalah mengawal air liur.

(iii) AAtaksia

Kerosakan pada bahagian serebral otak yang boleh menyebabkan kesulitan dalam mengawal imbangan badan. Pergerakan pelajar-pelajar ini juga kekok dan teragak-agak serta pertuturannya dan pendengarannya kurang jelas.

(g) PPelbagai Kecacatan Pelajar-pelajar pelbagai kecacatan mempunyai masalah pada lebih

daripada satu bahagian seperti buta dan bisu, atau buta dan pekak. Salah seorang contoh pelajar istimewa ini ialah Helen Keller yang buta dan pekak. Beliau dapat diajar dengan pendidikan khas oleh Anne Sullivan sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

(h) TTerencat Akal Terencat akal didefinisikan oleh American Association on Mental

Deficiency (1873) sebagai kecacatan akal yang merujuk kepada kecerdasan akal di bawah kecerdasan purata. Ia menunjukkan kekurangan dalam penyesuaian tingkah laku dan dapat dilihat semasa pembesaran. Pelajar-pelajar terencat akal boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu:

(i) Terencat akal ringan; dan

(ii) Terencat akal berat.

Page 17: Topik 8 Pendidikan Khas

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS �

215

Tahap kerencatan akal boleh dikelasifikasikan seperti berikut:

(i) Ringan (mild) – IQ antara 50–70;

(ii) Sederhana (moderate) – IQ antara 35–49;

(iii) Teruk (severe) – IQ antara 20–34; dan

(iv) Amat Teruk (profound) – IQ kurang daripada 20. Pelajar-pelajar terencat akal ringan terdiri daripada:

(i) BBodoh (Idiot) Pelajar-pelajar yang tidak dapat melindungi diri mereka daripada bahaya fizikal seperti mencederakan diri sendiri, tidak berupaya makan, duduk, berdiri atau berjalan sendiri.

(ii) IImbersil (Imbecile)

Pelajar-pelajar yang tidak boleh mengurus diri tetapi boleh dilatih untuk menjaga keperluan tubuh badan.

(iii) DDungu (Moron)

Pelajar-pelajar yang mempunyai perkembangan mental 23% daripada kadar biasa. Pelajar-pelajar ini tidak boleh bermain atau belajar dengan pelajar-pelajar biasa. Mereka boleh dikesan semasa umur dua hingga tiga tahun kerana lambat berfikir. Pelajar-pelajar moron memerlukan penjagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.

(iv) LLembam

Pelajar-pelajar yang lambat menerima pelajaran dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan sekolah biasa.

Bagi golongan pelajar yang dikategorikan sebagai cacat akal berat, mereka

biasanya sukar untuk makan dan selalu muntah. Pelajar-pelajar ini juga suka menyendiri dan pendiam. Sikap mereka juga kadang-kadang sukar dikawal. Misalnya, jika menggigit sesuatu dalam mulut, benda tersebut tidak mahu dikeluarkannya. Selain itu, pelajar-pelajar ini juga sukar bernafas, air liur meleleh tanpa kawalan, sukar tidur, selalu menangis, sukar bercakap dan memahami orang lain, kebingungan pada cahaya lampu dan tidur yang berlebihan.

Page 18: Topik 8 Pendidikan Khas

� TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS 216

(i) AAutistik Pelajar-pelajar autistik adalah pelajar-pelajar yang berkelakuan seperti

orang pekak tetapi mereka tidak pekak. Namun begitu, mereka tidak menyatakan apa yang mereka dengari. Golongan ini biasanya berada dalam dunianya sendiri. Pelajar-pelajar autistik juga tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal dan bertingkah laku aktif yang keterlaluan. Golongan ini juga selalu menunjukkan perlakuan yang bongkak, ketawa dengan tiba-tiba, takut dan cemburu berlebihan.

Selain itu, pelajar-pelajar ini juga suka berkelakuan seperti menggigit kuku,

menghisap jari dan mencederakan diri. Mereka tidak mengenali bahaya dan tidak merasa kesakitan. Pelajar-pelajar ini juga gagap, perkataan disebut secara berulang-ulang, menangis dan marah tanpa sebab, tidak mahu dipeluk, suka permainan yang luar biasa, tidak dapat menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar lain, tiada hubungan mata apabila bercakap dan tidak mahu menerima pelajaran biasa.

(j) MMasalah Pertuturan Bermasalah pertuturan boleh didefinisikan sebagai pertuturan yang

menunjukkan ketidaksempurnaan, sama ada daripada segi bunyi, penguasaan bahasa atau gangguan semasa bertutur.

Pelajar-pelajar yang bermasalah pertuturan boleh dibahagikan kepada enam

jenis, iaitu:

(i) Gangguan artikulasi yang puncanya adalah kecacatan lidah, sumbing bibir dan lelangit, penyakit hidung dan tekak dan peniruan yang salah semasa pembelajaran;

(ii) Gangguan bunyi pula berkaitan rapat dengan nada dan kekuatan serta kualiti bunyi yang dikeluarkan oleh peti suara. Suara yang kurang menyenangkan atau tidak normal akibat daripada alunan bunyi yang tidak teratur, pengeluaran bunyi yang terlalu tinggi atau rendah dan penyebutan perkataan yang kurang jelas. Ini boleh dikesan melalui pengeluaran suara yang kasar, sengau, berbisik, serak dan nyaring. Kecacatan ini berlaku dalam bentuk pengeluaran bunyi dan arahan bunyi suara;

(iii) Gagap juga merupakan salah satu daripada masalah pertuturan yang dialami oleh pelajar-pelajar berkeperluan khas di Malaysia. Seseorang itu boleh dianggap gagap apabila penyebutan satu-satu perkataan diulang-ulang, terhenti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak dan tulang dada;

Page 19: Topik 8 Pendidikan Khas

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS �

217

(iv) Kelewatan bertutur pula ialah perkembangan pertuturan yang berlaku pada kadar lambat daripada normal dan kebolehan bertutur yang tidak sesuai dengan umur sebenar. Punca utama masalah ini ialah lembam, kekurangan motivasi dan kecederaan otak; dan

(v) Sumbing pula disebabkan oleh kegagalan di antara tulang dan tisu lelangit janin untuk bercantum selepas tiga minggu dalam kandungan (Rajah 8.6). Pelajar-pelajar sumbing akan bertutur dengan suara yang sengau.

Rajah 8.6: Sumbing boleh menyebabkan kanak-kanak

menghadapi masalah pertuturan Sumber: hsc.virginia.edu

(vi) Kurang pendengaran menyebabkan pertuturan seseorang itu menjadi

tidak sempurna. Ia boleh berpunca daripada kemalangan, kecederaan, penyakit atau semula jadi sejak dilahirkan.

(k) EEpilepsi Epilepsi juga dikenali sebagai penyakit sawan. Pelajar-pelajar yang

mengidap penyakit ini akan mengalami hilang ingatan untuk sementara waktu. Mereka juga akan menjadi cepat lupa dengan apa yang telah dipelajari dan suka bertanya sesuatu perkara secara berulang-ulang kali.

8.5.4 Pelajar Pintar/Berbakat

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, pelajar-pelajar pintar cerdas ialah pelajar-pelajar yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan boleh menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada pelajar normal. Pelajar-pelajar ini dianggap mempunyai kebolehan yang luar biasa.

Page 20: Topik 8 Pendidikan Khas

� TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS 218

Pelajar-pelajar ini memerlukan program pendidikan khas yang berbeza daripada program pendidikan biasa bagi mencungkil potensi mereka. Golongan ini biasanya mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar biasa. Ujian kecerdasan boleh dilaksanakan untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas yang bertujuan mengukur tahap kecerdasan dan intelek golongan ini. Seseorang pelajar yang mempunyai IQ 120 ke atas dikategorikan sebagai pelajar cerdas. Pelajar-pelajar pintar cerdas mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Daripada segi akademik, mereka mempunyai daya ingatan yang kuat, dapat berfikir secara logik, fleksibel atau meluas. Mereka juga mempunyai daya cipta dan berupaya mengeluarkan idea dan rekaan baru, di samping mempunyai stamina yang kuat. Bagaimanapun, pelajar-pelajar ini menghadapi masalah daripada segi psikososial, iaitu masalah pergaulan, kelakuan dan emosi. Mereka juga menghadapi masalah perkembangan bahasa yang lambat, perbendaharaan kata yang keras, mengemukakan soalan bertalu-talu, suka bergaul dengan orang yang lebih tua dan suka mencari helah.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Program pendidikan khas bermaksud suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan penglihatan; atau kecacatan pendengaran. Ia adalah suatu program percantuman di sekolah biasa bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; serta suatu program pendidikan inklusif bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama pelajar biasa. Program-program pendidikan khas ini dijelaskan dalam bahagian berikut.

8.6

Berpandukan apa yang telah anda pelajari mengenai psikologipendidikan dan kategori pelajar khas, gunakan kreativiti anda untukmereka cipta suatu metodologi bagaimana anda boleh mengajar setiapkategori pelajar ini untuk membaca.

Bezakan antara pelajar-pelajar terencat akal, pelajar bermasalahpembelajaran dan pelajar cacat anggota.

SEMAK KENDIRI 8.2

AKTIVITI 8.4

Page 21: Topik 8 Pendidikan Khas

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS �

219

8.6.1 Pendidikan Inklusif

Perkataan „inklusif‰ berasal daripada perkataan bahasa Inggeris inclusive yang bermaksud „mmerangkumi‰. Bagi menerangkan maksud inklusif, pelbagai istilah telah digunakan seperti pengaliran utama, last restricted area (Amerika Syarikat), normalisation (United Kingdom) atau integration (Australia dan New Zealand). Secara umumnya, istilah inklusif ini membawa maksud mengintegrasikan pelajar-pelajar berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti pelajar-pelajar biasa, tanpa mengira status (Naim, 1997). Sila lihat Rajah 8.7.

Rajah 8.7: Pelajar khas diintegrasikan dalam pendidikan bersama pelajar normal

Sumber: http://globaled.ausaid.gov.au Pendidikan inklusif terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

(a) Pendidikan inklusif separuh masa iaitu bentuk program di mana pelajar-pelajar hanya dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti beberapa mata pelajaran sahaja; dan

(b) Pendidikan inklusif sepenuh masa iaitu bentuk program di mana pelajar-pelajar dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti semua mata pelajaran (Naim, 1997).

Barirah (1995) menyenaraikan empat objektif pendidikan inklusif seperti berikut:

(a) Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat;

Page 22: Topik 8 Pendidikan Khas

� TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS 220

(b) Memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka;

(c) Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka; dan

(d) Untuk mengelak daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Deschenes et al. (1994) menggariskan sembilan jenis penyesuaian dalam strategi pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaan program pendidikan inklusif seperti berikut: (a) SSaiz

Menyesuaikan jumlah perkara atau pelajaran yang pelajar sepatutnya belajar atau capai.

(b) MMasa Menyesuaikan masa bagi setiap pengajaran ataupun ujian.

(c) TTahap ssokongan Menyesuaikan bantuan secara individu kepada pelajar yang memerlukannya.

(d) IInput Menyesuaikan cara pengajaran dengan tahap pencapaian atau keupayaan seseorang pelajar supaya mereka lebih memahami apa yang diajar.

(e) KKesukaran Menyesuaikan tahap kemahiran, jenis masalah atau cara bagaimana pelajar boleh menyelesaikan tugas yang diberikan.

(f) OOutput Menyesuaikan cara bagaimana pelajar boleh memberi tindak balas terhadap arahan yang diberikan.

(g) PPenglibatan Menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran supaya semua pelajar terlibat dalamnya.

Page 23: Topik 8 Pendidikan Khas

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS �

221

(h) PPilihan Menyesuaikan sasaran pencapaian atau matlamat yang ingin dicapai.

(i) KKurikulum Menyesuaikan kurikulum berdasarkan mata pelajaran, gaya pembelajaran dan minat pelajar untuk membantu setiap pelajar mencapai matlamat masing-masing.

8.6.2 Rancangan Pendidikan Individu

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang dirancang khas untuk seseorang pelajar. Ia bertujuan untuk mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan. Ia juga merupakan perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan pelajar dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Menurut Daniel et al. (1997), daripada segi pelaksanaan, RPI adalah satu kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang pelajar tersebut. Bender (1995) mendefinisikan RPI sebagai satu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan-keperluan individu pelajar yang kurang upaya. Kesimpulannya, RPI adalah satu rancangan program penilaian berterusan untuk seseorang pelajar dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

8.6.3 Program Pendidikan Pemulihan

Menurut Kamus Dewan, perkataan „pulih‰ bermaksud „kembali seperti biasa‰ atau „sembuh‰ tetapi maksud pemulihan dalam konteks pendidikan boleh diertikan sebagai „sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul‰. Secara umum, pendidikan pemulihan boleh didefinisikan sebagai:

„Satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.‰

(Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983)

Page 24: Topik 8 Pendidikan Khas

� TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS 222

Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ialah satu usaha untuk menolong pelajar yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Biasanya pelajar yang memerlukan pemulihan perlu didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar untuk membolehkannya membina gambaran mental yang jelas dan seterusnya memahami konsep yang betul. Objektif pendidikan pemulihan diberikan dalam Rajah 8.8.

Rajah 8.8: Objektif pendidikan pemulihan

Pengajaran pemulihan merupakan satu proses yang berperingkat-peringkat yang disusun mengikut urutannya. Peringkat-peringkat ini pula saling berhubung antara satu sama lain. Pendekatan ini dapat digambarkan secara ringkas dalam satu pusingan yang mengandungi empat langkah utama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.9.

Page 25: Topik 8 Pendidikan Khas

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS �

223

Rajah 8.9: Proses pengajaran pemulihan Penjelasan bagi keempat-empat peringkat proses pengajaran pemulihan adalah seperti berikut:

(a) Peringkat Satu: Mengenal pasti pelajar-pelajar lemah dan masalah pembelajaran mereka;

(b) Peringkat Dua: Menentukan punca dan sebab kelemahan mereka;

(c) Peringkat Tiga: Memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif); dan

(d) Peringkat Empat: Menilai kejayaan program pemulihan. Pendidikan pemulihan ini perlu diberikan supaya pelajar-pelajar lembam ini mendapat layanan yang adil dan sama seperti pelajar-pelajar biasa dan untuk membantu mereka mengembangkan potensi hingga ke peringkat yang memuaskan.

Page 26: Topik 8 Pendidikan Khas

� TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS 224

8.6.4 Program Pengayaan

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (1988), konsep program pengayaan bermaksud:

Program pengayaan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi pelajar ketahap yang sebenar dan membolehkan mereka mencuba sesuatu yang baru untuk meningkatkan lagi daya kreativiti dan kebolehan intelek mereka. Aktiviti pengayaan boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:

(a) Pengayaan secara mendatar; dan

(b) Pengayaan secara menegak. Pengayaan secara mendatar merupakan aktiviti pengayaan yang dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan. Pengayaan secara menegak pula merupakan aktiviti pengayaan yang dirancang untuk kumpulan pelajar yang cerdas sahaja. Dalam matematik, pengayaan dalam bilik darjah adalah aktiviti tambahan yang lebih kompleks, menarik dan mencabar yang bertujuan untuk meluaskan pengetahuan dan kemahiran matematik yang telah dipelajari. Pengayaan boleh dibuat untuk kumpulan cerdas, sederhana dan lemah. Setiap pelajar layak menerima pengayaan. Berapa banyak pengayaan yang mereka terima bergantung kepada keupayaan dan prestasinya sendiri. Proses pengajaran pengayaan matematik ditunjukkan dalam Rajah 8.10. Proses ini meliputi pengajaran pengayaan matematik bagi pelajar-pelajar cerdas dan juga pelajar-pelajar lambat. Langkah pertama dalam proses ini ialah menjalankan penilaian ke atas semua pelajar. Sekiranya pelajar menguasai kemahiran yang dinilai, pelajar ini diberikan program pengayaan. Sebaliknya, pelajar yang lambat menguasai kemahiran tersebut, diberikan program pemulihan. Selepas itu, mereka dinilai semula untuk menentukan penguasaan kemahiran tersebut. Apabila pelajar lambat menguasai kemahiran ini, mereka tidak diberi program pengayaan.

„Aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini, pelajar-pelajar akan mendapat peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat, daya kreatif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka.‰

Page 27: Topik 8 Pendidikan Khas

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS �

225

Rajah 8.10: Proses pengajaran pengayaan matematik

Selain daripada itu, pengajaran pengayaan dan pemulihan boleh dilaksanakan kepada pelajar-pelajar yang cepat atau lambat menguasai sesuatu kemahiran matematik. Proses ini ditunjukkan dalam Rajah 8.11. Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Langkah pertama dalam pengajaran pengayaan dan pemulihan ialah menilai penguasaan kemahiran tertentu, sama ada sudah dikuasai oleh pelajar atau belum. Sekiranya pelajar menguasai kemahiran yang dinilai, pelajar ini akan diberikan program pengayaan. Sekiranya pelajar belum menguasai kemahiran tersebut, mereka diberikan program pemulihan. Dalam pengajaran ini, pelajar-pelajar yang lambat menguasai kemahiran tidak diberi program pengayaan.

Rajah 8.11: Pelaksanaan aktiviti pengayaan dan pemulihan matematik

Page 28: Topik 8 Pendidikan Khas

� TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS 226

� Pendidikan khas ialah satu kaedah pengajaran untuk kanak-kanak istimewa

seperti kanak-kanak cacat penglihatan, cacat akal dan termasuk juga kanak-kanak pintar.

� Kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga termasuk dalam golongan kanak-kanak berkeperluan khas. Antara kanak-kanak dalam golongan ini ialah mereka yang mengalami sindrom Down, hipoaktif, hiperaktif, kanak-kanak lembam, kanak-kanak palsi serebrum dan juga autistik.

� Pelajar pintar atau berbakat pula mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti mempunyai IQ yang tinggi, daya ingatan yang kuat dan berdaya cipta. Bagaimanapun, mereka mungkin menghadapi masalah daripada segi psikososial.

� Program pendidikan khas memerlukan guru yang terlatih, penglibatan pelbagai kepakaran, kurikulum khas dan juga kaedah pengajaran khas.

� Antara program-program pendidikan khas ialah pendidikan inklusif, rancangan pendidikan individu, program pendidikan pemulihan dan juga program pengayaan.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran

Pendidikan pemulihan

Pendidikan inklusif

Pendidikan khas

Program pengayaan

Rancangan Pendidikan Individu

AKTIVITI 8.5

Sebagai guru, apakah langkah yang dapat anda ambil bagi mengesanmasalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar khas dan apakah tindakanselanjutnya? Lukiskan rajah untuk menunjukan proses ini.

Page 29: Topik 8 Pendidikan Khas

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS �

227

Perlukah pelajar-pelajar istimewa dan bermasalah diberi pendidikan yang serupa atau sebaliknya? Huraikan secara kritis.

Siapakah pelajar berkeperluan khas? Adakah keadaan dan suasana pendidikan kini dapat disesuaikan kepada kumpulan istimewa ini?