topik 10 integrasi

21
X PENGENALAN Untuk mendapat satu pembelajaran dan pengajaran yang sangat berkesan, satu penegasan kepada pengajaran perlu diberi perhatian yang serius. Untuk itu, dalam pelaksanaan pengajaran kurikulum, pembelajaran yang ada perlulah diintegrasikan agar beberapa aspek penegasan dan cara pelaksanaannya akan dapat untuk membuat penerokaan dalam mendapatkan pengetahuan, kemahiran serta penghayatan nilai. Untuk itu pelajar harus diberi banyak peluang dan ruang untuk mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat. Antara lain pelajar boleh diberi peluang untuk mencari dan melahirkan idea melalui percakapan, tulisan, lukisan, muzik, nyanyian, lakonan dan sebagainya. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mampu membina dan menyuburkan sikap dan pemikiran kreatif selain daripada menjadi aktif dan progresif. T T o o p p i i k k 1 Integrasi X 1 0 0 Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan pelbagai jenis integrasi yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran; 2. Menyatakan kelebihan integrasi semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan; 3. Mengenalpasti isu-isu dan cabaran-cabaran integrasi; 4. Menjelaskan bagaimana melaksanakan integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran lain; dan 5. Membuat perancangan dan penilaian menggunakan pendekatan integrasi. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: efek-domino

Post on 02-Aug-2015

40 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 10 Integrasi

PENGENALAN

Untuk mendapat satu pembelajaran dan pengajaran yang sangat berkesan, satu penegasan kepada pengajaran perlu diberi perhatian yang serius. Untuk itu, dalam pelaksanaan pengajaran kurikulum, pembelajaran yang ada perlulah diintegrasikan agar beberapa aspek penegasan dan cara pelaksanaannya akan dapat untuk membuat penerokaan dalam mendapatkan pengetahuan, kemahiran serta penghayatan nilai. Untuk itu pelajar harus diberi banyak peluang dan ruang untuk mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat. Antara lain pelajar boleh diberi peluang untuk mencari dan melahirkan idea melalui percakapan, tulisan, lukisan, muzik, nyanyian, lakonan dan sebagainya. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mampu membina dan menyuburkan sikap dan pemikiran kreatif selain daripada menjadi aktif dan progresif.

TTooppiikk

1Integrasi

100

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan pelbagai jenis integrasi yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran;

2. Menyatakan kelebihan integrasi semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan;

3. Mengenalpasti isu-isu dan cabaran-cabaran integrasi;

4. Menjelaskan bagaimana melaksanakan integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran lain; dan

5. Membuat perancangan dan penilaian menggunakan pendekatan integrasi. 

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 193

PENGENALAN 10.1

Program Pendidikan Intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negara khususnya di Amerika Syarikat di mana program ini telah bermula sejak tahun 1900an. Pada ketika itu, penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintegrasikan dengan mata pelajaran lain. Ini adalah disebabkan kerana dia telah menganggap sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran lain diintegrasikan ke dalam kurikulum di sekolah-sekolah. Kesimpulan konsep integrasi dalam kurikulum telah diamalkan secara meluas oleh kebanyakan pelajar di negara-negara maju.

10.1.1 Pelbagai Pengertian Integrasi

Kebanyakan pendidik menggunakan konsep dan makna pengintegrasian dari pelbagai sudut, antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi. Integrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total di mana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain. Dari sudut sosiologi, integrasi mempunyai lebih daripada satu makna. Pertama, ia boleh dilihat dari sudut perhubungan di antara personaliti dengan personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan di antara pelajar dengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam perhubungan di antara individu dengan pelbagai agensi masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan di antara pelbagai institusi masyarakat itu. Manakala dari sudut pedagogi, integrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

10.1.2 Pelbagai Jenis Integrasi

Terdapat pelbagai cara integrasi dijalankan dalam pengajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang berkesan sangat dititik beratkan bagi memastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif Pendidikan Kebangsaan, beberapa kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran

Page 3: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 194

antaranya ialah konsep integrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Untuk itu, konsep bersepadu dalam KBSR membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara berintegrasi dan menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR, pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk itu beberapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran KBSR yang mengandungi aspek: (a) Penggabungjalinan

Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran.

Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.

Jenis-jenis Penggabungjalinan Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dilihat dari tiga sudut seperti:

(i) Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran;

(ii) Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran; dan

(iii) Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum.

Rajah 10.1: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata

pelajaran bahasa

Page 4: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 195

AKTIVITI 10.1

1. Apakah itu integrasi?

2. Nyatakan kemahiran-kemahiran yang boleh diperoleh berdasarkan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum?

(b) Penyerapan

Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains, guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini, pelajar akan memperoleh ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. (rujuk Rajah 10.2)

Rajah 10.2: Penyerapan unsur-unsur Sains dan Kajian Tempatan (KT) dalam Bahasa

Melayu

Ciri-ciri penyerapan:

(i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai pelajaran;

(ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran;

(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel;

Page 5: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 196

(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih; dan

(v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira.

(c) Penerapan Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua pendekatan iaitu:

(i) Pendekatan implisit Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan datang ke bilik darjah tepat pada waktunya secara tidak langsung perlakuannya ini diperhatikan oleh para pelajar dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh mereka. Tindakan guru menyokong dan memberi pujian kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan pelajar untuk menerima sesuatu nilai yang positif itu.

(ii) Pendekatan eksplisit Penerapan nilai secara eksplisit ialah dengan mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan. Program atau aktiviti yang khusus juga adakalanya diadakan untuk menerapkan sesuatu nilai seperti program motivasi, sambut Hari Guru, Hari Kemerdekaan, kempen kebersihan, kempen anti rokok dan sebagainya. Di dalam bilik darjah, guru pendidikan moral dan pendidikan Islam akan mengajar sesuatu topik berkaitan dengan sesuatu nilai; ini juga dianggap sebagai eksplisit. Untuk itu penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya jelas.

(d) Pemulihan Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah

Page 6: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 197

pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk:

(i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan;

(ii) Pengajaran dan pembelajaran perlu diubah suai dan dipelbagaikan mengikut keperluan kognisi murid;

(iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid memahami dan menguasai hasil pembelajaran; dan

(iv) Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan secara pemerhatian, lisan atau bertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai.

(e) Pengayaan Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya. Oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.

Guru perlu mengorganisasikan semula kelas untuk menempatkan murid dengan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri 80% dalam praujian. Pencapaian sedemikian menunjukkan bahawa murid telah menguasai unit pembelajaran tertentu dan kumpulan murid ini akan terus menjalani aktiviti pengayaan tanpa melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut. Aktiviti pengayaan juga dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri 80% dalam pascaujian selepas melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut

(i) Pengayaan Berbentuk Pengukuhan Aktiviti ini menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama dan bukan sesuatu yang baru. Sebagai contoh di HSP Sains Tahun 4, Tema: 'Menyiasat Alam Fizikal', di bawah Hasil Pembelajaran 'Memahami Konsep Isipadu'; murid mempelajari konsep isipadu dan mengukur isipadu. Dalam aktiviti pengayaan berbentuk pengukuhan, murid diberi pelbagai masalah berkaitan dengan konsep isipadu yang biasa ditemui dalam kehidupan harian. Antaranya, ialah mengukur isipadu air yang diminum oleh murid setiap hari dan mencari isipadu beg sekolah murid untuk memuatkan buku sekolah. Melalui aktiviti sedemikian, murid dapat mengaplikasikan konsep isipadu dalam konteks yang lebih relevan dan seterusnya dapat mengukuhkan pemahaman tentang konsep isipadu.

Page 7: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 198

(ii) Pengayaan Berbentuk Perkembangan Aktiviti ini merupakan aktiviti yang lebih kompleks, serta mencabar pada peringkat kognisi yang lebih tinggi dalam unit pembelajaran yang berkait rapat dengan unit pembelajaran yang dipelajari. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui aktiviti ini boleh meliputi bidang yang lebih luas dan lebih mendalam. Aktiviti ini boleh dijalankan secara kadar kendiri dan terarah kendiri.

(iii) Pendekatan Integrasi Menurut Passe (1999) terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan integrasi dalam kurikulum iaitu:

• Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada Sesuatu perkara yang diintegrasikan ke dalam mata pelajaran yang sedia ada. Pendekatan ini melihat hubungan antara mata pelajaran dan seterusnya menggalakkan rentasan disiplin. Sebagai contoh antara mata pelajaran seni visual dengan muzik dan pergerakan, mata pelajaran kemahiran hidup dengan matematik serta antara sains dengan pendidikan jasmani dan kesihatan. Adaptasi adalah melalui konsep penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Selain itu unsur-unsur nilai murni, KBKK, unsur patriotisme, unsur-unsur kebersihan dan penjagaan alam sekitar boleh diintegrasikan melalui pendekatan adaptasi ini.

• Membina kurikulum baru Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan di dalamnya mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan. Contohnya disiplin kesihatan telah dimasukkan ke dalam mata pelajaran pendidikan jasmani sehingga menjadi mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Gabungan unsur sejarah, geografi dan hal ehwal tempatan telah mewujudkan mata pelajaran kajian tempatan.

AKTIVITI 10.2

1. Nyatakan kebaikan integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan.

2. Nyatakan dengan menggunakan idea grafik, integrasi antara Seni dalam Pendidikan dan satu mata pelajaran sekolah.

Page 8: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 199

10.1.3 Kelebihan Integrasi

Saranan mengintegrasikan Seni dalam Pendidikan ke dalam bidang-bidang kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antara kelebihan-kelebihannya adalah seperti berikut:

(a) Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unit-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan masalah.

Contoh, jika sesebuah kelas sedang mempelajari satu unit pelajaran

berhubung dengan tajuk „Cara Kehidupan Masyarakat Iban di Rumah Panjang‰, guru atau pelajar dalam bilik darjah itu akan menubuhkan unit-unit kumpulan kecil dan setiap unit itu akan mengkaji satu aspek masyarakat orang Iban seperti apa yang dilakukan oleh orang Iban untuk hidup, permainan dan rekreasi mereka, upacara dan tarian-tarian adat resam mereka seperti ketika menyambut Hari Gawai, perkahwinan dan pelbagai aspek lain lagi. Apa sahaja bahan dan maklumat yang diperoleh oleh setiap kumpulan itu boleh dipersembahkan baik dalam bentuk penerangan lisan, pergerakan atau bentuk aksi. Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.

(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti Seni dalam

Pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.

(c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam Pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum

yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah.

Page 9: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 200

10.1.4 Isu dan Cabaran Integrasi

Masalah berhubung dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan, seni visual atau musik bukanlah satu alasan yang baru. Dengan keadaan jadual waktu yang padat, sesetengah sekolah agak berasa keberatan untuk menambahkan lagi jumlah mata pelajaran. Oleh yang demikian, apabila sesuatu bidang baru diperkenalkan, beberapa langkah-langkah terpaksa diambil oleh pihak sekolah untuk memuatkan mata pelajaran baru itu ke dalam jadual pembelajaran yang sedia ada. Ianya dilakukan dengan cara mengeluarkan mata pelajaran tertentu yang dianggap kurang penting dari segi akademiknya. Apa yang berlaku kepada mata pelajaran pendidikan jasmani di negara ini merupakan satu contoh yang baik. Daripada tiga waktu seminggu, kini telah dikurangkan kepada dua dan daripada peruntukkan masa 45 minit sesetiap waktu telah dikurangkan kepada 40 minit. Jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah ini ialah pihak pengurusan sekolah dan guru-guru perlulah melaksanakan perancangan yang lebih berdaya cipta di mana mata pelajaran pendidikan jasmani digabungkan dengan mata pelajaran teras yang lain ataupun kepada mata pelajaran yang sudah kukuh kedudukannya dalam kurikulum.

10.1.5 Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan

Kesemua mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan boleh diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Malahan dengan diadakan pengintegrasian mata pelajaran ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang hendak diajar.

(a) Aspek Psikologi Seperti yang dinyatakan sebelum ini, integrasi dari sudut psikologi merangkumi personaliti secara menyeluruh pelajar. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan yang memberi impak kepada minda dan tubuh pelajar. Terdapat teori metafizik berhubung dengan fungsi-fungsi tubuh dan mental yang menyokong pernyataan ini. Pada dasarnya, teori-teori ini terjelma daripada kepercayaan tentang wujudnya persemadian di antara tubuh dan minda. Berdasarkan hakikat ini, sudut psikologi, mempunyai kesan pengaruh yang ketara terhadap pelajar.

Pergerakan, pada dasarnya merujuk kepada pembelajaran melalui aktiviti pendidikan jasmani. Ramai di kalangan pendidik, malahan termasuk ahli-ahli falsafah kontemporari, memperakui hakikat prinsip perhubungan minda-tubuh atau istilah lain kepaduan psikomotor. Namun, pelaksanaan prinsip ini masih jauh dari kebenarannya. Ada juga dalam kes-kes tertentu,

Page 10: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 201

guru-guru pendidikan jasmani terlalu menekankan aspek bukan fizikal sehingga mengabaikan aspek fizikal seperti yang diperlukan. Kedua-dua keadaan yang melampau ini boleh memberi kesan sampingan kepada pelajar terhadap pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh pelajar sehingga boleh menjejaskan personalitinya.

(b) Aspek Sosiologi Dari segi sosiologi terdapat tiga kategori integrasi, iaitu:

(i) Integrasi antara personaliti;

(ii) Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat; dan

(iii) Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat.

Perhatian utamanya ialah mengenai aspek integrasi sosiologi yang memberi tumpuan kepada hubungan di antara personaliti dengan personaliti. Dalam hubungan ini, Seni dalam Pendidikan mempunyai peranan sebagai agen integrasi.

Manusia, pada dasarnya, adalah mahkluk sosial. Menerusi Seni dalam Pendidikan, faktor ini dapat dieksploitasikan dengan sebaik mungkin kerana kebanyakan aktivitinya secara semula jadi tidak dapat mengelak daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti-aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Oleh yang demikian, aktiviti Seni dalam Pendidikan dengan sifatnya yang berkelompok, mempunyai ciri-ciri yang berteraskan demokrasi. Dalam hubungan ini, aksi-aksi yang terdapat dalam seni dalam pendidikan yang merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan itu mempunyai satu titik tolak interaksi sosial yang terjalin menerusi perhubungan deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.

Program yang terdapat dalam Seni dalam Pendidikan bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar tetapi juga berupaya memenuhi keperluan-keperluan sosial yang asas. Apabila semua pelajar berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.

Keperluan untuk belaian berkait rapat dengan keperluan untuk ketermilikan. Pelajar mahukan dirinya diterima sebagai anggota sesebuah kelompok dan pada masa yang sama mereka juga memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi

Page 11: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 202

kepada pelajar sebaik sahaja merreka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan di antara pelajar dengan pelajar, guru dengan pelajar yang mesra mewujudkan suasana yang harmonis dan ini akan menyebabakan pelajar merasakan bahawa guru dan rakan-rakan mereka prihatin terhadap diri dan menghargai bakat yang mereka miliki. Suasana yang sedemikian rupa yang akan mencetuskan perhubungan mesra boleh diwujudkan menerusi program yang terdapat dalam Seni dalam Pendidikan.

(c) Aspek Pedagogi

Integrasi dari sudut pedagogi boleh berlaku dengan dua cara, iaitu

(i) Berkait dengan prosedur mengajar Yang menggabungkan pelbagai bidang pelajaran melalui unit-unit

kerja, dan bidang-bidang pelajaran itu akan membantu mengembangkan konsep-konsep dan pemahaman terhadap unit-unit itu.

(ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran Perhubungan terjalin dengan sebegitu rupa membuatkan isi atau

kandungan setiap bidang bertambah mapan dalam usaha untuk mempertingkatkan kefahaman dalam bidang-bidang lain yang bersangkutan. Dalam kebanyakan program di sekolah rendah, kedua-dua pendekatan ini dianggap sangat praktikal dan memberi makna kepadanya.

Dalam banyak hal pelajaran, Seni dalam Pendidikan belum diiktiraf sebagai satu subjek yang sah dalam kurikulum kerana penekanan terhadapnya berbeza berbanding dengan penekanan yang diberikan kepada bidang-bidang akademik yang lain.

Page 12: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 203

INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN

10.2

Mari kita lihat contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan dalam Rajah 10.3 dan 10.4.

Rajah 10.3: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran

seni visual, muzik dan pergerakan

Rajah 10.4: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran misalnya Matematik dan Bahasa Melayu

10.2.1 Matematik

Dalam mengajar matematik, konsep integrasi yang ditekankan adalah berdasarkan cara penyampaian guru, kaedah dan strategi pelaksanaannya iaitu dengan berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang akan diperoleh oleh pelajar. Jika menggunakan proses penyerapan ianya dapat dirumuskan seperti Rajah 10.5 dengan berdasarkan kepada Seni dalam Pendidikan.

Rajah 10.5 : Integrasi seni dalam pendidikan dengan matematik

Page 13: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 204

10.2.2 Sains

Dalam subtopik, kita akan berbincang tentang integrasi antara mata pelajaran Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran Sains. Dalam mata pelajaran sains banyak didapati aktiviti seni visual iaitu melukis. Dengan ini secara tidak langsung pelajar akan melukis gambar-gambar yang terdapat di dalam mata pelajaran sains dan diintegrasikan dengan seni visual. Integrasi mata pelajaran ini juga dapat membolehkan dan meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan mata pelajaran tersebut ke dalam ingatan minda pelajar dengan melukis peta minda. Di samping itu, muzik boleh diintegrasikan dengan mata pelajaran sains apabila guru dapat membantu pelajar mengingati mata pelajaran tersebut dengan menyanyikan lagu berdasarkan tajuk mata pelajaran dengan menggunakan melodi lagu-lagu masa kini. Contoh untuk lagu „Deria‰.

Lirik lagu ‰Deria‰ (Ciptaan Zulkiply Yaakob) Saya lihat dengan mata,

macam-macam warna Biru, kuning, merah, unggu, Indah mata ku. Saya dengar dengan telinga, Macam-macam benda,

Tip tap, tum tam, cak-cak, bum-bam Riuh bunyinya.

Saya rasa dengan lidah, Macam-macam rasa, Pahit, masin, manis, kelat Enak rasanya. Saya sentuh dengan jari, Macam-macam benda, Kasar, kesat, lembut, nipis Itu rasanya.

10.2.3 Kajian Sosial

Guru juga boleh menggunakan kemahiran nyanyian daripada mata pelajaran muzik ke dalam mata pelajaran kajian sosial. Banyak lagu-lagu patriotik yang boleh dinyanyikan untuk penghayatan semangat patriotisme di kalangan pelajar seperti Jalur Gemilang, Lagu Rukun Negara, Bahtera Merdeka, Tanjung Puteri sebagainya. Lagu-lagu bertemakan motivasi diri, semangat kekeluargaan, keamanan dan

Page 14: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 205

kemakmuran juga boleh diperoleh dengan banyak untuk disesuaikan dengan tajuk-tajuk pengajaran guru dalam mata pelajaran kajian sosial. Kemahiran daripada pendidikan seni visual juga boleh diintegrasikan dalam mata pelajaran kajian sosial seperti melukis bendera Jalur Gemilang, poster Hari Kebangsaan/ Merdeka dan sebagainya.

PERANCANGAN DAN PENILAIAN 10.3

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan, pelbagai aktiviti perlulah diadakan untuk membantu proses pembelajaran dapat dilaksanakannya dengan lancar dan berkesan. Untuk itu sesuatu proses pengajaran tidak dapat lari daripada perkara-perkara asas yang melibatakan guru, pelajar, isi pelajaran, bahan-bahan pembelajaran, bilik darjah serta kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk itu sebelum melaksanakan pengajaran guru perlulah menyediakan satu perancangan yang rapi agar pembelajaran dapat disampaikan dengan lebih teratur.

10.3.1 Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual, Komunikasi antara Berbagai Pihak)

Pengurusan atau pengelolaan adalah penting dalam sesebuah organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil ataupun besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar, atau pengarah atau guru besar tetapi juga tanggungjawab penyelia atau guru yang berada di dalam organisasi tersebut. Pengurusan yang cekap mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu, antaranya:

(a) Pengelola ialah pengurus dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka mempunyai kuasa yang diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya.

(b) Pengelola bertanggungjawab menggunakan sumber dengan efisien untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

(c) Pengelola juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan orang di bawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan prestasi pengelola berkenaan.

(d) Pengelola mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti menjalankan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta.

Page 15: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 206

(e) Pengelola mewujudkan matlamat, perancangan, dasar dan mengimplementasikan strategi.

Apabila seseorang pengelola berada di dalam organisasi, beliau dikehendaki mengetahui perlakuan yang diharapkan oleh ketua, rakan sekerja, kakitangan bawahan serta mengetahui juga tugas dan tanggungjawabnya. Ini disebabkan keberkesanan perjalanan organisasi itu dipengaruhi dan dikawal oleh faktor-faktor persekitaran organisasi itu sendiri. Manakala organisasi merujuk kepada satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung di antara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan atau organisasi. Definisi ini menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi: Organisasi sebagai satu unit sosial, perlu ada penyatuan usaha dan ada hubungan yang erat dan akrab pada hubungan di antara seorang individu dengan individu yang lain.

10.3.2 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Untuk melaksanakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya, guru perlulah menyediakan satu perancangan yang rapi. Untuk itu penglibatan serta penyertaan pelajar amat diperlukan. Salah satu tujuan pengajaran adalah untuk memastikan pelajar berpeluang menjalani kehidupan di masa akan datang dan dapat membawa perubahan ke atas seseorang individu. Perubahan ini boleh melibatkan beberapa faktor antaranya tingkah laku, daya kognitif, afektif dan psikomotor ke arah yang lebih positif. Perancangan pengajaran dapat dibahagikan kepada tiga fasa seperti yang dihuraikan dalam Rajah 10.6 iaitu;

(i) Fasa sebelum pengajaran;

(ii) Fasa semasa pengajaran; dan

(iii) Fasa selepas pengajaran.

Page 16: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 207

Rajah 10.6: Urutan fasa-fasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999, hanya dua perancangan sahaja yang perlu ditulis iaitu:

(i) Rancangan Pelajaran Tahunan Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran

dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

(ii) Rancangan Pelajaran Harian Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran

Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.

Page 17: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 208

10.3.3 Penilaian Pendekatan Integrasi

Penilaian ialah proses menguji, mengumpul maklumat dan membuat justifikasi tentang penguasaan, kefahaman, kebolehan atau kemahiran pelajar berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Penilaian secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

(a) Penilaian Formatif Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Ini kerana perkembangan pembelajaran pelajar perlu dikesan dari semasa ke semasa pada kadar yang segera dalam masa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan juga setiap kali selepas pembelajaran. Hasilan penilaian ini akan diguna pakai untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dialami oleh pelajar.

Berdasarkan maklumat ini, guru dapat memikirkan pelaksanaan strategi pengajaran yang lebih baik dan berkesan di dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran pembelajaran sedang berlaku.

Kaedah pelaksanaan penilaian formatif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut iaitu;

(i) Aktiviti pemerhatian atau pengamatan oleh guru;

(ii) Soal jawab secara lisan;

(iii) Perbincangan;

(iv) Pelaksanaan aktiviti; dan

(v) Pentaksiran hasil kerja.

(b) Penilaian Sumatif Setelah satu tempoh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun, penilaian akan dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang.

Objektif penilaian sumatif ini adalah untuk melihat tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), penilaian sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar yang lain. Penilaian ini juga seringkali digunakan untuk membuat pemilihan bagi tujuan pengaliran, penganugerahan dan sebagainya. Penilaian dilaksanakan secara rasmi di

Page 18: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 209

peringkat sekolah dan kadangkala setara bagi seluruh daerah. Untuk Seni dalam Pendidikan, penilaian dijalankan di dalam pelbagai bentuk iaitu mengikut kesesuaian mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan. (i) Penilaian dalam Perkembangan Proses Pembelajaran

Rajah 10.7 merumuskan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 10.7: Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(ii) Penilaian Serta-Merta Penilaian ini dijalankan semasa proses pengajaran berlangsung iaitu melalui pemerhatian, tindak balas serta kerja harian pelajar. Guru dapat menilai pelajar, sama ada pelajar dapat memahami pelajaran yang disampaikan atau tidak. Jika pelajar tidak dapat mencapai objektif guru, maka guru perlu memikirkan perancangan lain yang lebih berkesan agar kemahiran atau pengetahuan dapat disampaikan. Penilaian ini berbentuk formatif dan berjalan secara berterusan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Penilaian Kemajuan Penilaian jenis ini dilakukan oleh guru setelah pelajar melalui satu-satu unit pembelajaran, kemahiran atau tajuk yang diajar. Penilaian ini juga bertujuan untuk mengesan penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran yang telah didedahkan. Proses penilaian dilakukan secara formal iaitu secara terancang, bertulis dan didokumentasikan mengikut format tertentu; atau secara informal itu

Page 19: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 210

tiada kaedah khusus, namun maklum balas pencapaian akan dicatat untuk dibuat penganalisisan untuk tujuan penyimpanan rekod.

(iv) Penilaian Pencapaian Penilaian jenis ini diadakan selepas beberapa unit pembelajaran disampaikan oleh guru. Markah akan diberi dan ditukar kepada gred untuk dicatatkan dalam rekod profil. Penilaian pencapaian biasanya dijalankan pada setiap hujung semester.

(v) Penilaian Kerja Amali Penilaian kerja amali dilakukan keatas kerja-kerja amali pelajar seperti dalam seni visual, muzik dan pergerakan. Ciri-cirinya ialah:

• Secara formatif dan berterusan;

• Dikendalikan oleh guru sekolah;

• Dapat mengesan perkembangan pembelajaran;

• Berasaskan kriteria;

• Memberi fokus kepada perkembangan individu;

• Menggalakkan refleksi kendiri;

• Membolehkan tindakan susulan dibuat; dan

• Mempunyai pelbagai kaedah.

AKTIVITI 10.3

1. Nyatakan fasa-fasa urutan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Nyatakan empat bentuk penilaian proses pengajaran dan pembelajaran untuk Seni dalam Pendidikan.

Page 20: Topik 10 Integrasi
Page 21: Topik 10 Integrasi

TOPIK 10 INTEGRASI 212

Hermann, N. (1991). The creative brain, Journal of Creative Behaviour. 25(4): pp. 275- 295.

Isbell, R., & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New York: Thomson Delmar learning.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: PPK.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Pengajaran berasaskan kajian masa depan. Kuala Lumpur: PPK.

Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations. Curriculum Studies Vol. 1, No.2 pp. 245-256