topik 10 adab dalam kehidupan bersosial

15
PENGENALAN Struktur pembentukan kandungan dalam komponen Adab dan Akhlak Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berteraskan empat aspek hubungan iaitu hubungan dengan: (a) Diri sendiri; (b) Individu lain; (c) Alam sekitar dan negara; dan (d) Rasul dan Pencipta. T T o o p p i i k k 1 1 0 0 Adab dalam Kehidupan Bersosial HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti adab bercakap dengan rakan; 2. Menyatakan adab berziarah; 3. Membandingkan antara kelebihan melayan tetamu dan tidak beradab melayan tetamu; dan 4. Mencadangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk topik adab bergaul dengan rakan.

Upload: zaradi-lestari

Post on 12-Jan-2016

206 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Adab bersosial

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

� PENGENALAN

Struktur pembentukan kandungan dalam komponen Adab dan Akhlak Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berteraskan empat aspek hubungan iaitu hubungan dengan:

(a) Diri sendiri;

(b) Individu lain;

(c) Alam sekitar dan negara; dan

(d) Rasul dan Pencipta.

TTooppiikk

1100

� Adab dalam Kehidupan Bersosial

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti adab bercakap dengan rakan;

2. Menyatakan adab berziarah;

3. Membandingkan antara kelebihan melayan tetamu dan tidakberadab melayan tetamu; dan

4. Mencadangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk topikadab bergaul dengan rakan.

Page 2: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

TOPIK 10 ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL � 201

Daripada teras ini, maka sebanyak enam bidang pembelajaran telah digariskan iaitu:

(a) Adab dalam kehidupan seharian;

(b) Adab dalam kehidupan bersosial;

(c) Adab dalam menunaikan ibadah;

(d) Adab terhadap ibu bapa dan keluarga;

(e) Adab menuntut ilmu; dan

(f) Adab terhadap Allah dan Rasul.

Topik 10 ini akan mengulas berkenaan adab dalam kehidupan bersosial yang memfokus kepada adab dengan rakan dan adab melayan tetamu.

ADAB BERGAUL DENGAN RAKAN

Imam al-Tirmizi dan Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

��� ��� ��� �� � Maksudnya:

„Dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.‰

Islam adalah agama yang sempurna. Islam mengatur tatacara hubungan antara manusia supaya manusia dapat hidup sejahtera. Antara aspek yang diberi perhatian oleh Islam adalah pergaulan yang baik sebagaimana mafhum hadis yang lalu.

Dalam pergaulan kita, hendaklah sentiasa bersikap rendah diri, jauhkan sikap sombong, takbur serta suka menunjuk-nunjuk. Bergaullah sesama rakan dengan lemah lembut dan menjaga hati mereka dengan tidak melakukan perbuatan yang menyakiti hati seperti memalingkan muka apabila bertemu dengan mereka, melihat dengan sinis dan buruk sangka terhadap mereka.

10.1

Page 3: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

� TOPIK 10 ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL 202

Perbuatan sombong dan bongkak sangat dimurkai oleh Allah sepertimana dalam ayat al-Quran yang berikut di mana Luqman menasihati anaknya yang bermaksud:

„Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya, Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.‰

(Surah Luqman, 31: 18�19)

Kita hendaklah menghormati persahabatan seperti menjaga rahsia dan keaiban rakan kita, dan tidak memalukan atau menjatuhkan maruah mereka di hadapan orang lain. Jangan bersikap mementingkan diri, sentiasalah bertolak ansur serta bantu membantu dalam sesuatu perkara.

Jika kita ingin disayangi oleh rakan, amalkan sikap bermurah hati terhadap mereka, jangan kikir dan sekiranya rakan kita memerlukan atau meminjam sesuatu, berilah kalau kita ada lebih atau mampu.

Sebagai sahabat, kita hendaklah bersedia untuk melindungi sahabat kita daripada perkara yang tidak baik dengan memberi teguran dan nasihat yang baik. Kita juga mestilah menunjukkan sikap terbuka dan bersedia menerima teguran seterusnya berubah kepada yang lebih baik.

Selain menasihati, kita hendaklah ikhlas membantu rakan yang kurang berkebolehan dalam pelajaran atau miskin. Demi menjaga persahabatan, sekiranya berlaku perselisihan, hendaklah kita bersikap sedia untuk memaafkan kesalahan sahabat kita.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

„Mereka yang menahan marah dan memaafkan sesama manusia, Allah kasih (membantu) pada orang yang berbuat baik.‰

(Surah al-Imran, 3: 134)

Bila berbual-bual dengan rakan, bercakaplah dengan sopan sambil tersenyum dengan suara yang sedang-sedang iaitu tidak ditinggikan dan cukup jelas. Jangan berbohong, memaki, mengadu domba, mengejek, menyindir atau memperolokkan mereka dan memanggil mereka dengan panggilan yang tidak disukai atau panggilan yang memalukan mereka.

Page 4: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

TOPIK 10 ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL � 203

Allah menegaskan tentang perkara ini melalui firman-Nya yang bermaksud:

„Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu suka mengejek satu sama lain, sebab mungkin golongan yang diejek itu lebih baik daripada golongan yang mengejek. Demikian juga antara golongan perempuan dengan perempuan, sebab mungkin golongan perempuan yang diejek itu lebih baik daripada golongan yang mengejek. Jangan kamu suka mengumpat satu sama lain dan jangan suka mencela-cela sebab sebutan yang buruk sekali adalah panggilan yang buruk, sesudah (mereka itu) beriman, maka barang siapa yang tidak mahu bertaubat, mereka itu adalah orang yang zalim.‰

(Surah Hujurat, 49: 11)

Menjaga ukhuwah amat penting sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

„Semua orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.‰

(Surah Hujurat, 49: 10)

ADAB BERCAKAP DENGAN RAKAN

Ada hadis menyatakan:

����� �� �� ����� �� �� ������ �� ��!" #$ �� Maksudnya:

„Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik atau hendaklah dia diam.

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

10.2

Senaraikan tiga kelebihan beramal dengan adab-adab baik dalampergaulan dengan rakan.

AKTIVITI 10.1

Page 5: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

� TOPIK 10 ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL 204

Bercakap atau berbicara adalah medium untuk berinteraksi antara manusia termasuk antara seorang rakan dengan yang lain. Namun, jika tidak berhati-hati, niat yang baik akan bertukar menjadi buruk apabila seseorang itu tidak menjaga adab ketika bercakap.

Antara adab bercakap dengan rakan adalah seperti yang berikut:

(a) Memulakan percakapan dengan ucapan salam;

(b) Menggunakan bahasa yang lemah lembut dengan muka yang manis dan menghormati perasaan rakan;

(c) Menggunakan nada yang jelas dengan bahasa yang baik tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar;

(d) Bercakap dengan memandang muka rakan dan bertentangan mata; rakan akan merasakan mereka dihargai. Ini antara cara komunikasi yang berkesan;

(e) Jika seorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan, maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu;

(f) Jika seseorang sedang makan, maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya;

(g) Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan, sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan;

(h) Jangan sesekali meniru gaya percakapan orang lain dengan tujuan menghina mereka;

(i) Jangan bercakap secara berkemam mulut;

(j) Jangan bercakap mengenai hal orang lain, menabur fitnah dan mencaci orang lain;

(k) Jangan memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama, seeloknya panggillah dengan nama yang memuliakan mereka;

Page 6: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

TOPIK 10 ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL � 205

(l) Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya;

(m) Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya; dan

(n) Jika rakan ada pandangan dan pendapat yang berbeza dengan kita, hormatilah pandangan rakan.

ADAB MENZIARAHI RAKAN

Ziarah-menziarahi adalah amalan terpuji. Ziarah dapat mengeratkan tali silaturahim antara satu sama lain. Maka, Islam menganjurkan amalan ziarah-menziarahi.

Berikut merupakan hadis mengenai adab menziarahi ini:

%�"�& '� �( -)( �� *+, - .�� �( -/�0� )��( �� 1�2-) : ,�4 567, #�589�� );7,<� 1�( =>? �� <2,@� �A� � B"�C D )� 5 � .FC )��( 1?� ��� :

FC G<"�? �"� :B"���� HI& D J 5 � <",� .FC : KL�? B�>M �� )��( N� �&FC G)��( : )O;PP�� Q� �R �S=>? �� D .FC : �� #@� N��T �� F�0, QU�

)�� );PP�� �$ NP�� <C( Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w.: „Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki terbabit melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya: „Ke mana kamu ingin pergi?‰ Dia berkata: „Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini.‰ Malaikat bertanya: „Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?‰ Lelaki itu menjawab: „Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala.‰ Lalu malaikat itu berkata: „Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana-Nya.‰

(Hadis Riwayat Muslim)

10.3

Page 7: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

� TOPIK 10 ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL 206

Sepuluh adab berziarah adalah:

(a) Ziarah dengan tujuan yang baik;

(b) Ziarah pada masa yang sesuai;

(c) Memberi salam kepada rakan Islam dan mengucapkan selamat kepada yang bukan Islam;

(d) Berpakaian sopan dan menutup aurat;

(e) Menjaga tingkah laku;

(f) Menjaga maruah diri dan keluarga;

(g) Memasuki rumah setelah mendapat keizinan;

(h) Bermanis muka;

(i) Membawa buah tangan;

(j) Berbual tentang perkara yang membawa faedah; dan

(k) Bersalam-salaman dan meminta izin ketika hendak pulang.

ADAB MELAYAN TETAMU

Selain daripada memelihara adab bergaul sesama rakan, topik ini juga turut membincangkan adab melayan tetamu. Penekanan ini agak signifikan memandangkan orang moden kadangkala terlalu sibuk sehingga mengabaikan tetamu. Tetamu datang membawa keberkatan dan kerahmatan. Oleh itu, tetamu perlu dihormati dan dilayani sewajarnya.

Ada hadis menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

)W�+ ��8��� �� �� ������ �� ��!" #$ ��� Maksudnya:

„Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaknya dia menghormati tetamu.

(Riwayat Bukhari & Muslim)

10.4

Page 8: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

TOPIK 10 ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL � 207

10.4.1 Konsep Melayan Tetamu

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan tetamu?

Sesiapa sahaja yang berlaku sedemikian, maka dianggap sebagai tetamu. Tetamu wajib dilayan dengan baik dan istimewa oleh tuan rumah mengikut kemampuan yang ada, terutamanya pada hari pertama tetamu menginap di rumah. Pada hari yang kedua dan ketiga pula, layanan mestilah diberikan sepertimana ahli keluarga kita sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

„Sesiapa sahaja yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya.‰

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Tujuan kita melayan tetamu dengan baik adalah:

(a) Mengeratkan tali silaturahim dan persaudaraan antara umat Islam;

(b) Menunjukkan keindahan Islam; dan

(c) Menghindari persengketaan dan permusuhan.

10.4.2 Adab Melayan Tetamu

Sekiranya ada tetamu yang mengunjungi rumah kita, maka hendaklah kita memberi layanan yang sepatutnya kepada tetamu. Memberi layanan adalah seperti berjabat tangan ketika bertemu dan mempersilakan tetamu masuk ke dalam rumah dengan penuh ceria dan mesra.

Sikap berlapang dada, ikhlas, gembira dan suka dengan kedatangan tetamu adalah sifat yang dituntut dalam Islam sebagai perwatakan umat Islam yang baik. Menunjukkan muka yang manis dan sentiasa senyum di hadapan tetamu amatlah digalakkan kepada tuan rumah yang menyambut tetamu. Sikap yang ramah terhadap tetamu juga penting bagi menjalin hubungan yang baik dengan tetamu yang hadir.

Tetamu bermaksud orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dan lain-lain, orang jemputan, jamu, tamu.

(Kamus Dewan, 2010)

Page 9: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

� TOPIK 10 ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL 208

Kita amat digalakkan untuk menyediakan yang terbaik kepada tetamu mengikut kemampuan yang ada seperti yang berikut:

(a) Makanan dan minuman;

(b) Tempat tinggal atau bilik rehat; dan

(c) Pakaian yang cantik dan selesa.

Hal ini penting tetapi tidak menjadi kewajipan kerana ia bergantung pada kemampuan masing-masing. Selain itu, kebersihan rumah amatlah dititikberatkan untuk menjaga nama baik ahli keluarga ataupun agama Islam.

10.4.3 Batas Pergaulan dengan Tetamu

Batas pergaulan yang mesti dijaga ketika bersama tetamu ialah seperti yang berikut:

(a) Menutup aurat;

(b) Berpakaian yang bersih dan sopan;

(c) Beradab sopan ketika bercakap dengan tetamu;

(d) Memberitahu tetamu terlebih dahulu sekiranya tuan rumah ada urusan dan terpaksa keluar; dan

(e) Menunjukkan kegembiraan dengan kehadiran tetamu.

Pada suatu hari, rakan anda telah mengunjungi rumah anda. Kebetulanketika itu, ibu bapa anda tiada di rumah. Ceritakan apa yang patutkamu lakukan.

AKTIVITI 10.2

Page 10: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

TOPIK 10 ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL � 209

10.4.4 Kelebihan Melayan Tetamu

Melayan tetamu dengan baik adalah salah satu daripada tuntutan dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t. memberikan banyak kelebihan kepada orang yang melayan dan menyambut tetamu dengan baik, ikhlas dan bersih (rujuk Rajah 10.1).

Rajah 10.1: Lima kelebihan melayan tetamu

10.4.5 Implikasi Tidak Beradab Melayan Tetamu

Sekiranya kita tidak beradab terhadap tetamu, kita akan menerima kesan negatifnya.

Berikut adalah lima implikasi tidak beradab melayan tetamu:

(a) Menimbulkan permusuhan dan pergaduhan;

(b) Lahirnya perasaan benci-membenci;

(c) Menjatuhkan imej diri, keluarga dan masyarakat;

1. Apakah batas-batas yang harus dijaga ketika melayan tetamu?

2. Jelaskan kelebihan yang dapat dinikmati kerana melayan tetamudengan baik.

SEMAK KENDIRI 10.1

Page 11: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

� TOPIK 10 ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL 210

(d) Hilangnya sikap hormat-menghormati; dan

(e) Sektor pelancongan terjejas.

Kita seharusnya beringat bahawa jika hari ini kita melayan tetamu di rumah kita, esok hari mungkin kita yang menjadi tetamu di rumah orang. Renungkan!

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Subtopik ini menerangkan tentang cadangan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkenaan adab bergaul dengan rakan. Rajah 10.2 memaparkan tiga kaedah yang boleh digunakan.

Rajah 10.2: Kaedah pengajaran dam pembelajaran bagi topik Adab Bergaul dengan

Rakan

Mari kita pelajari setiap kaedah ini dengan lebih mendalam.

(a) KKaedah Sumbangsaran Cadangan aktiviti bagi kaedah ini adalah seperti yang berikut:

(i) Guru menyoal tentang adab bergaul dengan rakan;

(ii) Pelajar diberikan peluang untuk mencetuskan idea berkaitan adab yang baik dan perlakuan yang tidak baik dalam pergaulan dengan rakan;

(iii) Selepas itu, guru melakarkan dua lajur pada papan hitam untuk melihat perbezaan adab baik dan perlakuan buruk;

(iv) Beberapa pelajar diminta melekatkan kad manila yang tertulis adab yang baik dan perlakuan yang buruk pada ruang yang sesuai; dan

(v) Guru membimbing dan membuat rumusan.

10.5

Page 12: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

TOPIK 10 ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL � 211

(b) KKaedah Bercerita Cadangan aktiviti bagi kaedah bercerita adalah seperti yang berikut:

(i) Guru memulakan cerita persahabatan antara Rasulullah dengan Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali;

(ii) Selepas bercerita, pelajar ditanya mengenai kefahaman tentang mesej cerita (sanggup berkorban demi persahabatan);

(iii) Pelajar ditanya tentang pengalaman manis dalam bersahabat dan diminta untuk menceritakan pengalaman tersebut di hadapan rakan; dan

(iv) Guru mengulas beberapa pengajaran penting daripada cerita teladan serta mengaitkannya dengan adab bergaul dengan rakan.

(c) KKaedah Simulasi Berikut adalah cadangan aktiviti bagi kaedah simulasi:

(i) Guru memberi arahan simulasi berkaitan situasi bercakap bersama rakan;

(ii) Empat pelajar dipilih untuk melakonkan watak iaitu cara yang beradab dan perlakuan yang tidak beradab;

(iii) Pelajar yang lain diminta mencatatkan perlakuan beradab dan membezakannya dengan perlakuan yang tidak beradab;

(iv) Guru memantau aktiviti pelajar; dan

(v) Sebagai rumusan, guru menyoal pelajar tentang perlakuan yang ditunjukkan dalam simulasi tersebut.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tadi sesuai juga untuk dilaksanakan untuk topik melayan tetamu. Hanya sedikit modifikasi perlu dilakukan dalam memilih cerita yang bersesuaian dengan melayan tetamu.

Page 13: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

� TOPIK 10 ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL 212

� Islam mengatur tatacara perhubungan sesama manusia. Oleh itu, Islam telah

memberi panduan yang lengkap kepada individu dalam berinteraksi sesama manusia terutamanya sesama rakan.

� Antara adab bercakap dengan rakan adalah seperti yang berikut:

– Memulakan percakapan dengan ucapan salam;

– Menggunakan bahasa yang lemah lembut dengan muka yang manis dan menghormati perasaan rakan;

– Menggunakan nada yang jelas dengan bahasa yang baik tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar; dam

– Bercakap dengan memandang muka rakan dan bertentangan mata; rakan akan merasakan mereka dihargai. Ini antara cara komunikasi yang berkesan.

� Pergaulan antara manusia ada adab (sikap berlapang dada, ikhlas, gembira, suka dengan kedatangan tetamu dan sebagainya) dan batas (menutup aurat, berpakaian yang bersih dan sopan, beradab sopan ketika bercakap dengan tetamu, dan lain-lain) yang perlu diikuti.

� Ada lima kelebihan melayan tetamu iaitu:

– Mendapat rahmat daripada Allah;

– Dapat menjalinkan kasih sayang sesama manusia;

– Dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.;

– Perpaduan dan kerjasama terjalin; dan

– Orang bukan Islam tertarik dengan keindahan adab yang terdapat dalam ajaran Allah s.w.t.

Page 14: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

TOPIK 10 ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL � 213

� Kita akan menerima implikasi yang berikut sekiranya kita tidak beradab melayan tetamu:

– Menimbulkan permusuhan dan pergaduhan;

– Lahirnya perasaan benci-membenci;

– Menjatuhkan imej diri, keluarga dan masyarakat;

– Hilangnya sikap hormat-menghormati; dan

– Sektor pelancongan terjejas.

� Ziarah-menziarahi adalah amalan yang terpuji. Namun, jika tidak dipelihara adabnya (ziarah dengan tujuan yang baik, ziarah pada masa yang sesuai, menjaga tingkah laku, membawa buah tangan dan sebagainya), ia akan memberi lebih banyak keburukan berbanding dengan kebaikan.

Benci membenci

Berlapang dada

Ikhlas

Mengadu domba

Pelancongan

Menunjuk-nunjuk

Permusuhan

Persengketaan

Sombong

Takbur

Al-Kaysi dan Marwan Ibrahim. (1997). Adab sopan dan budi pekerti dalam

Islam. Hussin Salamon dan Mohd Nasir Ripin (terjemahan). Johor, Malaysia: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Al-Mayadani, Abd al-Rahman Habannakah. (1999). Al-Akhlaq al-Ismaiyyah wa ususuha. Damsyik, Syria. Dar al-Qalam.

Darraz, Muhammad Abd Allah. (T.th.). Dustur al-akhlaq fi al-Quran. Mesir: MuÊassasah al-Risalah.

Page 15: Topik 10 Adab Dalam Kehidupan Bersosial

� TOPIK 10 ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL 214

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan (Ed. ke-4). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hassan Ayub. (2002). As-suluk al-ijtimaei fi al-Islam. Kaherah, Mesir: Dar As-Salam.

Mohd Ali Hashimi. (1986). Keperibadian Muslim (terjemahan). Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Mohd Nazmi Desa et al. (2003). Buku teks pendidikan Islam tingkatan 2. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Abdul Qadir. (1997). Fitrah Muslim sejati (terjemahan). Johor Bahru, Malaysia: Perniagaan Jahabersa.

Mustafa ÂAbdul Rahman. (2001). Hadith 40: Terjemahan dan syarahnya. Shah Alam, Selangor: Dewan Pustaka Fajar.