tokoh-tokoh islam

15
KOLEJ VOKASIONAL LEBUH CATOR IPOH TAJUK : 7 LAPORAN NAMA PELAJAR : MOHAMAD MUHAIMIN B. HALIM KURSUS: TAHUN 1 SEMESTER 1 DVM ELEKTRONIK NO.KAD PENGENALAN : 970302-10-5471 NAMA PENSYARAH: PUAN siti nurhidayah binti mansor

Upload: min-halim

Post on 07-Dec-2015

305 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ini adalah beberapa tokoh islam.harap ianya dapat membantu antum antum semua..

TRANSCRIPT

KOLEJ VOKASIONAL LEBUH CATOR

IPOH

TAJUK : 7 LAPORAN

NAMA PELAJAR : MOHAMAD MUHAIMIN B. HALIM

KURSUS: TAHUN 1 SEMESTER 1 DVM ELEKTRONIK

NO.KAD PENGENALAN : 970302-10-5471

NAMA PENSYARAH: PUAN siti nurhidayah binti mansor

IMAM HANAFI (PENDEBAT KEBENARAN)

TAJUK : IMAM HANAFI (PENDEBAT KEBENARAN)

BILANGAN MUKA SURAT : 272

NAMA PENGARANG : ABDUL LATIP TALIB

PENERBIT BUKU : PUBLISHING HOUSE

TARIKH BUKU : 7 FEB 2010

Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80

hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah,

Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak

bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa

dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat

dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.

Beliau berkata “Aku memberi hukum berdasarkan al Quran. Sekiranya

tidak terdapat dalam al Quran aku gunakan hadis. Jika tidak terdapat pada

keduanya (al Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat

Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada

mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku

berpegang pada pendapat yang benar sahaja.”

Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah

pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah. Beliau

terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau

belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya

Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga

sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehannya itu sangat

dihormati lawan dan kawan.

Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara pada tahun 150

hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al

Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan

dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap

sebagai pendebat kebenaran.

TANDATANGAN IBU BAPA

………………………………….

(EN.HALIM BIN ZAIN)

UMAR ABDUL AZIZ (BAYANGAN KHALIFAH AL-RASYIDIN)

TAJUK : UMAR ABDUL AZIZ (BAYANGAN KHALIFAH AL-

RASYIDIN)

JUMLAH MUKA SURAT : 300

NAMA PENGARANG : ABDUL LATIP TALIB

PENERBIT BUKU : PUBLISHING HOUSE

TARIKH BUKU : 28 JAN 2010

Semasa hidupnya, Khalifah Umar al Khattab selalu berdoa. “Wahai

tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.” Doa Khalifah Umar

al Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz atau nama

sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash

bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim binti Ashim

bin Umar al Khattab, khalifah al Rasyidin yang kedua.

Beliau dilahirkan di Halwan pada tahun 61 Hijrah/683 Masihi. Namun

pendapat yang popular mengatakan beliau lahir pada tahun 63 Hijrah/684

Masihi di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari Damsyik

menyerang kota suci tersebut. Selepas menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz

yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai

keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil

tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan

dengan sempurna.

Keadilan yang beliau perjuangkan menyamai keadilan pada zaman

datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan

oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim.

Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Umar Abdul Aziz dan

mengapa dia dianggap sebagai bayangan khalifah al Rasyidin

TANDATANGAN IBU BAPA

………………………………….

(EN.HALIM BIN ZAIN)

IMAM HANBALI (PEJUANG KEBENARAN)

TAJUK : IMAM

HANBALI

(PEJUANG

KEBENARAN)

JUMLAH MUKA SURAT : 272

NAMA PENGARANG : ABDUL LATIP TALIB

PENERBIT BUKU : PUBLISHING HOUSE

TARIKH BUKU : 22 APR 2010

Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih

700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis.

Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum Fikah.  Imam Hanbali

juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300

rakaat sehari semalam dan khatam Al-Quran seminggu sekali.Beliau sangat

menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah,

beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut  kedatangan gurunya

lalu diberikan tempat duduk yang  tinggi sementara dia duduk di

bawah.Imam Hanbali tTidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan

diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hokum

agama.  Suka  bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul

dengan orang kaya  dan orang-orang berpangkat.

Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie

tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie

mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad Mengunjungi

Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut  tetapi ditolaknya

dengan berkata ” Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan

jawatan daripada khalifah”.Imam Hanbali  terkenal dengan sikap  pemurah.

 Jirannya  pernah memberinya  sepinggan anggur dibalasnya dengan

gula, garam dan beberapa pinggan buah-buahan.Semasa  pemerintahan

Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid, beliau menganut  fahaman

Muktazilah yang  berpendapat  Al-Quran  itu makhluk yang bersifat baharu.  

Baginda memaksa ulama-ulama  menerima pendapat itu tetapi Imam

Hanbali menentangnya  dengan  mengatakan  Quran itu kalamullah yang

diwahyukan kepada Nabi Muhamad melalui malaikat Jibrail.Akibat

penentangannya itu  Imam Hanbali ditangkap lalu dipenjara kemudian

disebat dengan rotan dalam memaksanya tunduk kepada fahaman

Muktazilah.  Beliau disebat dengan rotan  sehingga kulitnya mengelupas dan

keluar darah.Setelah khalifah  Al Makmun meninggal dunia diganti  khalifah

Al Muktasyim.

Beliau terus memenjarakan  Imam Hanbali  kerana melindungi

fahaman Muktazilah. Sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil  yang menganut

mazhab Ahli sunnah wal jamaah berkuasa barulah Imam Hanbali

dibebaskan.Dalam usaha memujuk Imam Hanbali  Khalifah Al-Mutawakkil

menghadiahkan 10,000 dirham. Wang itu diambilnya  tetapi kemudiannya

disedekahkan kepada fakir miskin.Pada hari-hari tuanya Imam Hanbali

menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di Baghdad. Dalam

menentapkan hukum beliau lebih mengutamakan Al-Quran dan As-Sunnah

dan pendapat  para sahabat Rasulullah.Imam Hanbali meninggal dunia pada

pagi hari Jumaat  12 Rabiul Awal  tahun 241 hijrah bersamaan 855 masihi

ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan di Baghdad.

TANDATANGAN IBU BAPA

………………………………….

(EN.HALIM BIN ZAIN)

KHALIFAH UTHMAN AFFAN (PENGUMPUL AL-QURAN)

TAJUK : KHALIFAH UTHMAN AFFAN (PENGUMPUL AL-

QURAN)

JUMLAH MUKA SURAT : 251

NAMA PENGARANG : ABDUL LATIP TALIB

PENERBIT BUKU : PUBLISHING HOUSE

TARIKH BUKU 14 JUN 2009

Uthman Affan mendapat gelaran Zin Nurain yang ertinya memiliki dua

cahaya kerana Rasulullah sudah mengahwinkannya dua orang puterinya

iaitu Ruqayah dan kemudiannya Ummu Kalthum selepas Ruqayah meninggal

dunia. Uthman Affan antara yang terawal memeluk Islam selepas Abu Bakar

As-Siddiq. Beliau antara 10 sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga.

Beliau terkenal dengan silat lemah lembut, pemalu dan berbudi pekerti

mulia. Rasulullah pernah berkata, “Saya memohon kepada Tuhanku supaya

tidak ada seorang pun yang pernah menjadi menantuku ataupun menjadi

mentuaku dimasukkan ke dalam neraka.” Beliau berkata lagi,"Tiap-tiap nabi

mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku di dalam syurga."Ramai

berpendapat punca kekecohan yang berlaku pada masa pemerintahan

Khalifah Uthman Affan adalah kerana campur tangan keluarga Bani Umaiyah

dalam urusan pentadbiran negara.Contohnya beliau melantik Marwan al-

Hakam menjadi setiausahanya. Kemudian memecat Amru al-Ash sebagai

Gabenor Mesir digantikan dengan Abdullah bin Saad. Beliau juga dikatakan

mengutamakan keluarga sendiri.

TANDATANGAN IBU BAPA

………………………………….

(EN.HALIM BIN ZAIN)

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH (PENAKLUK KONSTANTINOPEL)

TAJUK : SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

(PENAKLUK KONSTANTINOPEL)

JUMLAH MUKA SURAT : 336

NAMA PENGARANG : ABDUL LATIP TALIB

PENERBIT BUKU : PUBLISHING HOUSE

TARIKH BUKU 14 JUN 2009

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah

bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. Ketika

berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan

Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu

kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika

berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel

pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam

keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia

dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah

cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak

berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya

dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan

ditawan oleh orang Islam.

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW

barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu

Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng

Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan

bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau

pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota

konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk

Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan

ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang

tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-

merahan dan hidungnya mancung. Beliau mula menaiki takhta ketika

umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah

musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk

mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi

beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang

bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan

serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-

menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada

Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia

pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad

al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak

kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri.

Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal

dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah

meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.

TANDATANGAN IBU BAPA

………………………………….

(EN.HALIM BIN ZAIN)

ALI BIN ABI TALIB (MUTIARA ILMU ISLAM)

TAJUK : ALI BIN ABI TALIB (MUTIARA ILMU ISLAM)

JUMLAH MUKA SURAT : 280

NAMA PENGARANG : ABDUL LATIP TALIB

PENERBIT BUKU : PUBLISHING HOUSE

TARIKH TERBIT: 1 MAR 2009

Ali bin Abi Talib dilahirkan pada tahun

ke-9 sebelum Muhammad menjadi Rasul. Usianya 31 lebih muda daripada

Nabi Muhamrmad.lbunya Fatimah binti Asad bin Hasyim binti Abdul Manaf

daripada Bani Hasyim. Ayahnya Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim.

Nama asalnya Haidarah, Rasulullah memanggilnya Ali. Selain itu pernah juga

Rasulullah memanggilnya Abu Turab. Ali bin Abi Talib dididik dan dibesarkan

dalam rumah tangga Rasulullah. Beliau kanak-kanak pertama memeluk

Islam ketika berumur 9 tahun. Beliau terkenal sebagai orang yang alim dan

bijaksana, penghafal Quran, seorang sasterawan dan ahli pidato,seorang

pahlawan perang dan negarawan. Dia seorang yang berilmu dan cintakan

ilmu. Ali juga adalah pelopor ilmu taubid, ilmu mantiq, fiqih, ilmunahu

dengan penulisan bahasa Arab. Terdapat empat golongan yang mempunyai

kaitan dengan Ali iaitu Ahlus Sunnah, Syiah, Al-khawarij dan Bani Umaiyah.

Syiah begitu menyanjung Ali bin Abi Talib. Al-Khawarij pula adalah mereka

yang keluar dari kelompok Ali.

TANDATANGAN IBU BAPA

………………………………….

(EN.HALIM BIN ZAIN)

ABU UBAIDAH (PENAKLUK PARSI)

TAJUK : ABU UBAIDAH

(PENAKLUK PARSI)

JUMLAH MUKA SURAT : 368

NAMA PENGARANG : ABDUL LATIP TALIB

PENERBIT BUKU : PUBLISHING HOUSE

TARIKH TERBIT: 19 OCT 2008

Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal Al Fihri Al

Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah al-Jarrah. Beliau lahir di Mekah

daripada sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Termasuk orang yang

awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.

Beliau salah seorang yang dijamin masuk syurga. Berperawakan tinggi,

kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri, dan amat pemalu.

Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.

Selepas menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW, Abu Ubaidah al-

Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani ketika berada di

medan perang. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah

SAW. Dalam Perang Badar,  Abu Ubaidah al-Jarrah cuba mengelak daripada

bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang

menentang Rasulullah SAW. Tetapi ayahnya bersumpah hendak membunuh

anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhammad. Abdullah terus

memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah al-Jarrah terpaksa

berdepan dengan ayah sendiri.

Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al-Jarrah membunuh ayahnya.

Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran Surah al-Mujadalah

ayat 22 yang bermaksud,

“Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari

kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah,

walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya

sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka

dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam

syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di

dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang

dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah

pasti akan berjaya.” 

Semasa berlakunya Perang Uhud, Rasulullah SAW terkena anak panah

yang dilepaskan musuh lalu tersangkut pada rahang baginda. Abu Ubaidah

al-Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya

tercabut. Rasulullah SAW memberinya gelaran 'Gagah dan Jujur'.

TANDATANGAN IBU BAPA

………………………………….

(EN.HALIM BIN ZAIN)