tokoh islam

27
LATAR BELAKANG IBNU SINA IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan. Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al- Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi “Doktor Di Raja”. Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi Ensiklopedia Kedoktoran Pertama Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul “Al-Majmu” yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul “Essai de Bibliographie Avicenna” yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam

Upload: azilazabidi4821

Post on 23-Oct-2015

67 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh Islam

LATAR BELAKANG IBNU SINA

IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi “Doktor Di Raja”. Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi Ensiklopedia Kedoktoran PertamaPada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul “Al-Majmu” yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul “Essai de Bibliographie Avicenna” yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.

Teori-Teori Anatomi Dan FisiologiTeori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh

Page 2: Tokoh Islam

manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan. Sementara itu “Canon of Medicine” memuatkan pernyataan yang tegas bahawa “darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti” . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- TibbPada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali. Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Kedoktoran”. Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.Perintis Pengenalan Penyakit SarafAl- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.

Ibnu Sina- Sebagai Seorang DoktorIbnu Sina pernah di beri gelaran sebagai “Medicorum Principal” atau “Raja Diraja Doktor” oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai “Raja Ubat”. Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai “Zenith”, puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi “Doktor Di Raja” iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih.

Page 3: Tokoh Islam

Bab, Mata dalam kitab Qanun fi Thib atau The Canon of Medicine karya Ibnu Sina (980-1037 M)

Penemuan-Penemuan BaruIbnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.Bidang GeografiIbnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina ” gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah.”

Bidang Geologi, Kimia Dan KosmologiSumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada :

1. Bidang logika “Isaguji”, “The Isagoge”, ilmu logika Isagoge.2. Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang

pembahagian ilmu-ilmu rasional.

Page 4: Tokoh Islam

3. Bidang metafizika , “Ilahiyyat” (Ilmu ketuhanan)4. Bidang psikologi , “Kitab an-Nayat” (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan

jiwa.5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi “Liber de

Mineralibus” yakni tentang pemilikan (mimeral).6. Bidang sastera arab “Risalah fi Asab Huduts al-Huruf” ,risalah tentang sebab-sebab

terjadinya huruf.7. Bidang syair dan prosa “Al-Qasidah al- Aniyyah” syair-syair tentang jiwa manusia.8. Cerita-cerita roman fiktif , “Risalah ath-Thayr” cerita seekor burung.9. Bidang politik “Risalah as-Siyasah” (Book on Politics) – Buku tentang politik.

Sumbangan Ibnu SinaIbnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics “psychosomatic medicine”. Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak – seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :

1. Kuat atau denyutan yang lemah.2. Masa antara denyutan.3. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya, beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina “Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah”.(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang “Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. “Qanun Fitt Tibb” adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman “Renaissance”. Karya Qanun itu telah mempunyai

Page 5: Tokoh Islam

pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.

PenutupIbnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai “Father of Doctor” untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana “zeninth” itu dimakamkan.

Page 6: Tokoh Islam

At-Tufail ibn Amr ad-DawsiDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

At-Tufail ibn Amr Ad-Dawsi atau Tufail bin Amar adalah salah seorang sahabat Nabi. Tufail bin Amar

adalah seorang bangsawan Arab terkemuka serta merupakan ketua Kabilah Arab Daus. Beliau mempunyai

sifat yang mulia dan suka menolong dan melindungi masyarakat yang berada dalam kesusahan dan ketakutan.

Beliau juga mempunyai tahap pemikiran yang luas, bijak, cerdas dan berperasaan halus. Juga merupakan

penyair yang mampu membuat untaian terhadap syairnya agar lebih indah dan tajam.

Tufail memeluk Islam [sunting]

Minatnya terhadap bidang kesenian membuatkan beliau sering kali tidak mahu melepaskan peluang dalam

menyertai "Pesta Kesenian" di Pasar Ukaz. Pasar Ukaz merupakan suatu pasar kesenian yang terletak tidak

jauh dari Kota Suci Makkah.

Namun demikian, Tufail merasakan yang beliau perlu bertemu dengan seorang lelaki di Kota Suci Makkah al-

Mukarramah yang sebelum ini dikhabar merupakan lelaki yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri (luar

biasa dan handal dalam pelbagai bidang) seperti yang selama ini didengari olehnya di negerinya yang

bernama Tihamah (negeri yang terletak di dataran rendah sepanjang persisiran Laut Merah yang menjulur ke

Makkah). Lelaki itu bernama Muhammad bin Abdullah (Nabi Muhammad SAW) seorang lelaki yang menggelar

dirinya "Utusan Allah".

Demi memastikan bahawa lelaki itu benar-benar wujud, Tufail bertanyakan khabar tersebut dengan beberapa

pembesar Quraisy yang dalam perjalanan ke kota suci Makkah. Para pembesar Quraisy tidak memberikan

apa-apa jawapan terhadap pernyatan Tufail tadi mungkin mereka ingin menjaga kepentingan keturunan

mereka dan pangkat kemuliaan mereka di depan bangsawan kabilah Arab yang lain. Namun Tufail tidak

berputus asa, hasratnya yang membara ingin bertemu dengan Muhammad terus dipendam sehingga beliau

sampai di Kota Suci Makkah.

Sesampai sudah Tufail di Makkah, Tufail dilayani dengan penuh meriah oleh para pembesar Quraisy. Mereka

membuat suatu majlis keraian sebagai tanda menyambut kedatangan Saudara pembesar dari puak Kabilah

Arab yang lain. Dalam majlis tersebut Tufail bertanyakan tentang perihal kewujudan Muhammad di bandar itu

kepada salah seorang pemuka Quraisy. Beliau tidak tahu yang Muhammad itu memang merupakan Nabi,

Rasul dan Utusan Allah. Dia juga tidak mengetahui bahawa Muhammad itu merupakan keturunan kepada

pemerintah Kota Suci Makkah yang sangat dibenci dan dimusuhi oleh kaum Quraisy yang menyembah berhala

akibat dari sikap Muhammad yang mengagungkan Allah yang Esa dan tidak mahu berganjak dari dakwahnya

itu,

Demi tidak mahu melukakan hati Tufail, pemuka Quraisy itu menjawab pertanyaannya:"Wahai Tufail sahabat

kami, pemimpin kaum Daus yang bijak bestari, Engkau datang ke mari dalam keadaan selamat. Tiada satu

Page 7: Tokoh Islam

halangan pun yang menimpamu. Kami pun menghormatimu dengan sepenuhnya. Muhammad yang kau

maksudkan itu memag ada di kota Makkah ini. Dia seorang yang suka menimbulkan perselisihan diantara kami

sehingga terjadilah perpecahan dan permusuhan antara satu sama lain".

Para pembesar Arab quraisy yang lain terdiam sejenak,masing-masing sepert mahu mengumpulkan kekuataan

dan mempertahankan keyakinan mereka. Bagi mereka pertanyaan Tufail itu telah dapat dijangkakan awal lagi

disebabkan;

Tufail merupakan seorang bangsawan yang sangat berpengaruh dalam hal ehwal sosial. Dan orang yang

baik-baik dan tidak mementingkan pangkat semata-mata.

Tufail merupakan seorang yang amat meminati kepada kesenian, jadi tidak hairanlah jika dia sentiasa

mahukan kelainan dan mencari ilmu berkaitan agama, kesenian, dan lain-lain dari orang yang

dianggapnya terlalu luar biasa seperti Muhammad Rasullullah.

Kebanyakan pembesar Arab yang melawat kota-kota besar mereka akan sentiasa berbuat baik dengan

cara mengenali orang-orang yang yang terpengaruh dalam masyarakat dan keturunan mereka. Hal ini

menjadi lambang persaudaraan Arab yang kukuh pada sejak berkurun lamanya.

Namun, pemuka Quraisy tidak putus-putus menghasut Tufail dengan memburuk-burukkan Nabi Muhammad

seperti mendakwa bahawa Muhammad itu membawa ajaran palsu dan hanya memainkan sihir semata-mata.

Walau bagaimanapun, lonjakan hati nurani Tufail yang ingin bertemu dengan Muhammad dapat memutuskan

hasutan dan tuduhan palsu pemuka/pembesar Quraisy itu. Akhirnya Tufail menjawab dengan tegas: "Demi

Tuhan!, Kedatangan saya ke mari memang sengaja hendak bertemu dengannya (Muhammad) dan hendak

mendengar ucapannya. Jika tuan-tuan sekalian tidak memperkenankan saya mendengar ucapannya, menatap

raut wajahnya pun sudah cukup bagi saya. Saya tidak akan berbicara dengannya. Kedua-dua belah telinga

saya ini akan saya sumbati dengan kapas (dalam-dalam)agar saya tidak dapat mendengar ucapan-

ucapannya". Kata-kata Tufail itu membuatkan pemuka Quraisy tidak berdaya menghalangi keinginan

bangsawan itu untuk bertemu Nabi Muhammad SAW.

Keesokan harinya,Tufail telah menuju ke Masjid (diriwayatkan kawasan sekitar Masjidil Haram) untuk menemui

Nabi Muhammad SAW. Seperti yang telah dijanjikan Tufail telah menyumbatkan putik-putik kapas ke dalam

telinganya sehingga beliau tidak boleh mendengar apa-apa suara yang telah terhasil dari luar. Seketika, beliau

telah menanyakan orang sekeliling bagaimanakah rupa Muhammad itu lalu orang yang lalu lalang di situ

memberitahu gerangan Muhammad serta tempat baginda berada. Akhirnya Tufail menemui Muhammad, di

mana ketika itu Muhammad sedang solat disisi Kaabah. Lalu Tufail pun menghampiri Muhammad, beliau

benar-benar ingin melihat paras rupanya dan keistimewaan yang ada pada Muhammad itu.

Lantas dengan izin Allah, Tufail yang sedang menghampiri Muhammad pada waktu yang tidak membenarkan

beliau boleh mendengar tiba-tiba boleh mendengar dengan jelas alunan bacaan Al-Quran yang dibacakan oleh

Page 8: Tokoh Islam

Muhammad. Dia berusaha untuk terus menutup telinganya rapat-rapat namun tidak berjaya. Suara Muhammad

yang membacakan Al-Quran amat jelas walaupun pada zahirnya bacaan Muhammad itu perlahan dan tidak

pula ditinggikan. Beliau akhirnya terpesona dengan bacaan itu.

Tufail bertanya sendirian: "Mengapa begitu indahnya perkataan-perkataan yang diucapkannya itu? Saya tidak

akan takut pada barang yang baik daripada barang yang buruk. Apa yang menghalangi saya jika saya

mendengar apa-apa yang dibaca oleh orang itu? Barang yang baik sudah tentu saya terima dan barang yang

buruk akan saya buang. Siapakah yang menghalang saya jika saya memperkenalkan diri kepada orang itu?

Saya ingin belajar kepadanya sesuatu yang saya belum ketahui. Alangkah baiknya jika saya dapat

mempelajari rangkaian kata-kata seperti yang sedang diucapkan".

Selepas Nabi Muhammad menunaikan sembahyang, Nabi terus pulang ke rumahnya, dalam pada itu Tufail

turut mengikuti nabi pulang ke rumah secara senyap-senyap. Sesampainya Nabi Muhammad ke rumah, Tufail

meminta izin Nabi untuk masuk ke rumah baginda. Beliau memberi salam dan memperkenalkan dirinya

kepada Muhammad. Nabi meminta Tufail untuk duduk. Lalu Tufail menjelaskan kedatangannya dan cabaran

yang hendak diterima sewaktu bertemu ingin bertemu Muhammad. Namun beliau menyerahkan semua itu

kepada keizinan Allah. Tufail meminta untuk Muhammad membacakan beberapa ayat-ayat Al-Quran

kepadanya. Nabi pun setuju dan membacakan Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas, lalu selepas

Nabi selesai membacanya, lalu Tufail berkata kepada Nabi: "Demi Allah!Saya belum pernah mendengar

bacaan yang lebih bagus daripada ini. Saya belum pernah mendengar urusan yang lebih lurus daripada

bacaan ini".

Ketika pada waktu itu juga beliau mengucapkan kalimah syahadah dan berkata kepada Muhammad: "Wahai

Rasulullah, sesungguhnya saya ini seorang yang ditaati oleh kaumku. Saya akan kembali kepada mereka

untuk mengajak mereka memasuki Islam. Doakanlah semoga Allah memberikan suatu tanda (bukti kebenaran)

yang akan membantu bagiku mengenai soal kuserukan kepada mereka". Lalu Nabi Muhammad SAW tidak

menghampakan permohonan Tufail yang ikhlas itu dengan berdoa: "Ya Allah!Jadikanlah baginya suatu

tanda(bukti kebenaran)".

Akhirnya Tufail telah memeluk Islam, menerima cahaya keimanan dan hidayah serta ketaqwaan. Nabi telah

mendidik Tufail akan cara hidup baharunya apabila beliau mengamalkan Islam. Hatinya telah puas dan lega.

Keimanan barunya itu tidak mudah untuk dicanang dan digoncang oleh sesiapapun. Kerana itu beliau tidak

mengherankan ejekan dan tomahan kerana dia memeluk dan mempelajari Islam secara mendalam serta

mengamalkannya.

Pemuka Quraisy tidak boleh berbuat apa-apa kerana beliau adalah pembesar Kabilah Arab Daus yang paling

disegani dan apabila sesuatu kecelakan yang menimpa atas Tufail sudah pastinya masyarakat Daus di

Tihamah akan menuntut bela atas apa-apa kecelakaan terhadap Tufail.

Page 9: Tokoh Islam

AL-KHAWARIZMI & SUMBANGAN

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.

Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin

Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-

Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara

ejaan lagi.

             Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah

zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun

220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal

pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism,

Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di

Baghdad.

 PENDIDIKAN

             Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah

seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran

beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah,

logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

             Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah

menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri

dan astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah

pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

             Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni

belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin

perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan angka-

angka India dan cara-cara perhitunganIndia pada dunia Islam.  Beliau juga

merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

             Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula

memperkenalkan aljabar dan hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang

beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep

matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

Page 10: Tokoh Islam

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

 Gelaran Al-Khawarizmi

Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-

Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.  Nama al-gorism telah

dikenali pada abad pertengahan.  Negara Perancis pula al-Gorism  muncul

sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai

Aurym atau Augrim.

 Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya

Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan

tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh

persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang

sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan

oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan

kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia

penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.

Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam

penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh

semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

 Hasil Karya Al-Khawarizmi

 Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan

karya-karya agong dalam bidang matamatik.  Hasil karya tersebut terkenal

pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.

Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De

Numero Indorum.

2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam

Page 11: Tokoh Islam

pelbagai bidang.

3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke

dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan

ia mengenai algebra.

5. Al-Amal bi’ Usturlab’

6. Al-Tarikh

7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

 Ketokohan al-Khawarizmi

 Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri.  Ketokohan al-

Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan

astronomi.  Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci

berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

             Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan

aljabar dan hisab.  Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor

ketika zaman tamadun Islam.  Antara karya-karya yang  beliau hasilkan ialah

‘Mafatih al-Ulum’.  Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah

digunakan pada zaman tamadun Islam.

             Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang

dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian

persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas

segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri.  Masaalah pecahan

dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.

             Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang

dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian

persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas

segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri.  Masaalah pecahan

dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.  Banyak lagi

konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi

sendiri. Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada

zaman tamadun Islam.  Astronomi dapat ditakrifkan sebagai

ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian

tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan

Page 12: Tokoh Islam

dengan bintang.

                         Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun

Islam amat sedikit dan terhad.  Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan

matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

 Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga

Barat.  Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang

masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat.  Ini dapat

dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan“pencapaian-pencapaian yang

tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....” Maka temasuklah al-

Khawarizmi itu sendiri.

             Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang

pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai

personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’.  Setiap apa yang

dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai

sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

 Strategi Pengislaman Sains Matematik

Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa

perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak.  Ini

kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan

setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

 Tauhid

Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan

ilmu-ilmu Islam yang lain.  Mengikut matlamat  Islam, semuanya Ayyatullah

[tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan

Tuhan.  Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan

matematik.  Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus

diterima bulat-bulat tanpa syarat.

 Syariah

Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk

Page 13: Tokoh Islam

masyarakat. Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri.  Dari

sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang

melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar

kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi

Institusi.  Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan

keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

Akhlak

Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia

perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat

menerapkan nilai murni.  Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat

dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan

keadilan.  Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu

sendiri.  Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat

memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

 Cabang Matematik

 Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri,

algebra, aritmetik dan lain-lain.

 Geometri

Ia merupakan cabang kedua dalam matematik.  Isi kandungan yang

diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan

utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid :

geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani

iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan.  Dari segi ilmunya pula

geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud

dan sifat-sifat ruang.  Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun

[2000SM].  Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada

Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM.  Seterusnya sarjana

Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada

abad ke9M.

Page 14: Tokoh Islam

Algebra/aljabar

Ia merupakan nadi untuk matematik algebra.  Al-Khawarizmi telah

diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam

bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul

‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun

820M.  Sebelum ini tak ada istilah aljabar

3.Sistem Nomor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem Nomor pada zaman

sekarang. Karyanya yang satu ini memuat Cos, Sin dan Tan dalam penyelesaian persamaan trigonometri , teorema

segitiga sama kaki dan perhitungan luas segitiga, segi empat dan lingkaran dalam geometri.

Banyak lagi konsep dalam matematika yang telah diperkenalkan al-khawarizmi . Bidang astronomi juga membuat al-

Khawarizmi terkenal. Astronomi dapat diartikan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang

melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

Pribadi al-Khawarizmi

Kepribadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam maupun dunia Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sarton

mengatakan bahwa“pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur….” Dalam hal ini

Al-Khawarizmi. Tokoh lain, Wiedmann berkata…." al-Khawarizmi mempunyai kepribadian yang teguh dan seorang

yang mengabdikan hidupnya untuk dunia sains".

Beberapa cabang ilmu dalam Matematika yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi seperti: geometri, aljabar,

aritmatika dan lain-lain. Geometri merupakan cabang kedua dalam matematika. Isi kandungan yang diperbincangkan

dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil

karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ yang berarti bumi dan ‘metri’

berarti pengukuran. Dari segi ilmu, geometri adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubungan dengan magnitud dan

sifat-sifat ruang. Geometri ini dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan

geometri Mesir kepada Yunani sebagai satu sains dalam kurun abad ke 6 SM. Seterusnya sarjana Islam telah

menyempurnakan kaidah pendidikan sains ini terutama pada abad ke9M.

Algebra/aljabar merupakan nadi matematika. Karya Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano

Page 15: Tokoh Islam

dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropa pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-

Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

TOKOH ILMUAN ISLAM

IBNU SINA

( ABU ALI AL – HUSEYN BIN ABDULLAH BIN

HASSAN ALI BIN SINA )

SUMBANGAN

DALAM BIDANG PSIKOLOGI DALAM PERUBATAN

Page 16: Tokoh Islam

TOKOH ILMUAN ISLAM

IBNU TUFAIL

(Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail al-Qisi )

SUMBANGAN

PAKAR DALAM BIDANG ILMU HUKUM DAN PERUBATAN

Page 17: Tokoh Islam

TOKOH ILMUAN ISLAM

AL- FARABI

(Abu Nasr Mohammad Ibn al-Farakh al-Farabi)

SUMBANGAN

Dalam sains, falsafah, logik, sosiologi, perubatan, matematik dan muzik.

Page 18: Tokoh Islam

klaldun

ToKoH-ToKoH IsLaM - Al-RaziIbn Bajjah | Ibn Maskawaih | Ibn Haitham | Jabir Ibn Haiyan | Badi'uzzaman Sa'id Nursi | Ibn Rusyd | Al-Ghazali | Al-Farabi | Ibn Tufail | Ibn Qayyim | Al-Biruni | Al-Razi | Ibn Sina | Ibn Khaldun | Malik Ben Nabi

Page 19: Tokoh Islam

Al-Razi - Karyanya menjadi rujukan dunia Eropah.

Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.

Walau bagaimanapun, al-Razi tetap diletakkan dalam senarai ahli falsafah muslim yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya yang besar dalam bidang perubatan dan kimia sangat berharga kepada generasi selepasnya. Manakala dalam bidang falsafah, al-Razi memberi sumbangan besar dalam menghuraikan falsafah logik, metafizik, moral, dan kenabian dengan cara rasional dan harmoni. Oleh sebab itulah al-Razi terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang rasional dan murni.

Al-Razi atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, lahir pada tahun 236H bersamaan 850M. Sesetengah pendapat mengatakan yang beliau lahir pada 1 Sya'ban 251H bersamaan 865M. Beliau anak kelahiran bum! Iran iaitu di Ray dekat Tehran merupakan seorang tokoh falsafah yang masyhur pada kurun ke-3 Hijrah.

Beliau pada zaman mudanya menjadi pemain gambus (rebab, rebana) sambil menyanyi, kemudian dia meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang perubatan dan falsafah. Beliau belajar ilmu kedoktoran dengan Ali ibn Rabban al-Thabari (192 - 240H bersamaan 808-855M) dan belajar ilmu falsafah dengan al-Balkhi. Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia.

Page 20: Tokoh Islam

Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad menjadi Gabenor Ray, al-Razi diberi kepercayaan memimpin rumah sakit (hospital) selama enam tahun (290-296H bersamaan 902 - 908M). Pada masa ini juga al-Razi menulis buku al-Thibb al-Mansuri yang dipersembahkan kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad. Kemudian al-Razi berpindah ke Baghdad atas permintaan Khalifah al-Muktafi (289 - 295H bersamaan 901 - 908M), yang berkuasa pada waktu itu.

Dalam menjalankan kerjaya kedoktoran, beliau dikenal sebagai seorang yang pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya, dermawan kepada orang-orang miskin dan memberi rawatan kepada mereka secara percuma. Hitti menyifatkan al-Razi sebagai seorang doktor yang paling agung dalam kalangan doktor Muslim dan juga seorang penulis yang produktif.

Kemasyhuran al-Razi sebagai doktor bukan sahaja di dunia timur, tetapi juga di barat; sehinggakan beliau telah digelar The Arabic Galen. Setelah Khalifah al-Muktafi wafat, al-Razi kembali ke Ray, dan meninggal dunia pada 5 Syaaban 313H (Oktober 925M).

Para sarjana berpendapat bahawa al-Razi mengalami sakit mata dan kemudiannya buta pada penghujung hayat-nya. Al-Razi menderita akibat ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak.

Dalam dunia keilmuan, tradisi pro dan kontra tidak pernah luput sejak zaman dahulu bahkan sehinggalah ke hari ini. Demikianlah pada zaman al-Razi, beliau tidak terlepas daripada ditentang oleh para ilmuwan sezamannya.

Penentang al-Razi yang dapat dikenal pasti oleh para sarjana dan ilmuwan Islam ialah Abu Qasim al-Balkhi. Beliau banyak menulis penolakan terhadap buku-buku al-Razi, terutama buku 'Ilm al'Ilahi. Begitu juga dengan Syuhaid ibn al-Husain al-Balkhi, beliau mempunyai banyak perbezaan dengannya al-Razi terutama tentang teori kesenangan. Teorinya tentang kesenangan itu

dijelaskan dalam kitabnya Tafdhil Ladzdzat al-Na^s, yang ditulis kembali oleh Abu Sulaiman al-Mantiqi al-Sajistani dalam Siwan al-Hikmah.

Page 21: Tokoh Islam

Karya-karya dan sumbangan

Al-Razi merupakan antara tokoh yang produktif dalam lapangan penulisan. Hal ini terbukti dengan banyak hasil karya beliau ditemui termasuk yang telah hilang. Tidak kurang daripada 200 buah karangan termasuk buku, makalah, dan surat-surat telah dihasilkan oleh al-Razi dicatatkan para pengkaji. Karya-karya beliau banyak membincangkan persoalan falsafah, perubatan, sains, ketuhanan, al-Quran, ilmu kalam, bahasa Arab, fiqh dan usul fiqh, geometri, dan sejarah.

Kemasyhuran al-Razi bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada dunia Islam malah ketokohan dan kepakaran beliau turut diakui oleh dunia barat. Hal ini terbukti dengan banyak karya-karya beliau telah menjadi rujukan dan panduan dunia barat terutamanya dalam bidang perubatan. Sehingga kini karya-karya al-Razi masih diguna.

Kitab al-Hawi (Liber Contines) merupakan sebuah ensiklopedia amalan perubatan terapeutik yang dihasilkan olehnya menjadi rujukan dunia Eropah. Minat yang mendalam dunia Eropah kepada karya agung yang seberat 10kg ini terbukti dengan penerbitannya beberapa kali sejak abad ke-12M lagi sehingga abad ke-17M.

Penemuan al-Razi berkenaan sakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18M. Kedua-dua karya ini juga merupakan sumber kurikulum tradisional di kalangan para pengamal perubatan Islam.

Kitab al-Mansur (Liber medicinalis ad al Mansorem) juga karya agung al-Razi dalam dunia perubatan. Al-Razi telah menghasilkan buku ini ketika beliau di Khurasan di bawah pemerintahan Gabenor al-Mansur Ibnu Ishaq. Dalam buku ini terkandung 10 penemuan berkaitan tentang amalan sent dan sains perubatan. Buku ini dianggap satu karya beliau yang tulen dan mencerminkan kematangan dan kepakaran beliau dalam amalan perubatan moden.

Dalam buku ini juga beliau menekankan betapa pentingnya cara pemeriksaan yang teliti sebelum membuat sesuatu kesimpulan tentang sesuatu penyakit. Satu falsafah yang terpenting dalam karya al-Razi ini ialah kebenaran dalam ilmu perubatan merupakan suatu

Page 22: Tokoh Islam

yang amat sukar diperoleh dan walaupun banyak tersedia rujukan namun kurang juga nilainya sekiranya dibandingkan dengan amalan seorang doktor yang sentiasa menggunakan kuasa pemikiran dan logiknya.

Al-Razi menentang sekeras-kerasnya amalan penipuan dan penyelewengan dalam amalan perubatan. Padanya penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan dengan penyakit rohani. Oleh sebab itu, dalam merawatnya kedua-dua pendekatan iaitu rohani dan jasmani terus digemblengkan.

Al-Razi turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang kimia dengan terhasilnya Kitab al-Asrar (The Book of Secrets). Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama maklumat bahan kimia sehingga abad ke-14M. Antara lain kejayaan al-Razi dalam dunia perubatan ialah penemuan rawatan kepada penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam penghasilan antiseptik.

Sumbangan al-Razi dalam bidang falsafah tidak kurang hebatnya, dengan terhasilnya banyak karya tentang falsafah sudah cukup untuk membuktikan minat yang mendalam al-Razi dalam bidang falsafah. Karya beliau dalam bidang falsafah yang berjudul Al'Thib al-Ruhani merupakan karya teragung beliau dalam bidang falsafah. Karya ini berkisar tentang cara pengubatan penyakit jiwa dan pengubatan fizik yang menyembuhkan tubuh badan.

Antara karya utama yang membincangkan persoalan falsafah ialah al-Sirah al'Falsafiyyah, Amarah al-lqbal aI'Dawlah, Kitab al-Ladzdzah, Kitab al-llmi al-Ilahi, Maqalah fi ma baid al'Thabiiyah, dan al-Syukuk 'ala Proclus.

Alt Sami al-Nasysyar telah mengesan sebanyak 97 buah buku yang telah dihasilkan oleh al-Razi yang merangkumi bidang-bidang al-Quran (tafsir) lima buah, Ilmu kalam 40 buah, Falsafah 26 buah, Bahasa Arab tujuh buah, Fiqh dan Usul Fiqh lima buah, Perubatan tujuh buah, Geometri lima buah, dan Sejarah dua buah.

Brockelman seorang pengkaji biografi orientalis pula membahagikan penulisan tokoh ini kepada 13 bidang dengan hanya menemui 38 buah karya sahaja, antaranya History dua buah, Fiqh tiga buah, Quran tiga buah, Dogmatics 13 buah, Philosophy lapan buah, Astrology satu buah, Cheiromancy satu buah, Rhetoric satu buah, Encyclopedia satu buah, Medicine satu buah, Physionomy dua buah, Alchemy satu buah, dan Mineralogy satu buah.

Page 23: Tokoh Islam

Tokoh-tokoh Falsafah Islam: Al-FarabiAl Farabi (870 - 950 AD)

Page 24: Tokoh Islam

Menyumbangkan pemikiran beliau dalam sains, falsafah, logik, sosiologi, perubatan, matematik dan muzik.

Riwayat Hidup

Nama penuh: Abu Nasr Mohammad Ibn al-Farakh al-Farabi.

Lahir di Wasij, Turkistan pada 870 AD.

Ali Sains, Pakar Bahasa dan Ahli Falsafah.

Sumbangan

Fusus al-Hikam - masih digunakan sehingga hari ini.

Kitab al-ihsa al 'Ulum - menghuraikan klasifikasi dan prinsip-prinsip asas sains.

Ara Ahl al- Madina al-Fadila (The Model City) - sumbangan dalam sosiologi dan sains politik.

Kitab al-Musiqa - Merupakan sebuah buku muzik.